lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Sultan Mizan Raikan Perkahwinan Anak Mufti Negeri
Sultan Mizan Zainal Abidin (dua dari kanan) dan Sultanah Nur Zahirah (kanan) berbual dengan Dr Zulkifly Muda. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Walimatulurus anak perempuan Mufti Negeri Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda dan isteri, Toh Puan Prof Madya Nizaita Omar di Rumah Warisan Haji Su, Kampung Losong, hari ini (23 Ogos).Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta anakanda baginda, Tengku Muhammad Mu'az dan Tengku Nadhirah Zaharah.Majlis berkenaan bersempena meraikan anak sulung Mufti Terengganu, Hanifah Nur Zulkifly, 24, dengan pasangannya, Mohd Fauzan Anuar, 29.Dato' Dr Zulkifly sekeluarga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Terengganu yang sudi mencemar duli berangkat ke majlis perkahwinan anak sulungnya.Dalam ucapannya, beliau berkata, keberangkatan Sultan ke majlis menambahkan lagi seri dan memberikan keberkatan ke atas pasangan pengantin berdua yang diraikan dan keluarga kedua belah pengantin."Kami sangat berbesar hati dan merasa sangat dihargai apabila Sultan berkenan ke majlis ini. Malah, saat ini akan menjadi kenangan manis yang terpahat kepada pasangan pengantin."Moga Tuanku Sultan berada dalam keadaan sihat dan baik dengan iringan doa rakyat jelata insya-Allah," katanya.Hanifah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Fauzan kira-kira jam 9:00 pagi di Rumah Warisan Haji Su, Kampung Losong, hari ini.Majlis dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 orang tetamu.
22 Aug 18
2222
Empty Image
Kesibukan Tak Halang Jumpa Rakyat
Dr Ahmad Samsuri (berdiri, tengah) menyaksikan seekor lembu disembelih di Rhu Muda Marang.KUALA TERENGGANU - Kebanyakan kepimpinan Negeri Terengganu mempunyai jadual ketat sejak PAS mengambilalih kerajaan dari Barisan Nasional (BN) selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama dengan penduduk setempat dalam Program Korban Perdana di Dataran Pemuda, Hadapan Masjid Rhu Muda, Marang, 23 Ogos.Beliau menjawab soalan Media berhubung dengan isu pembatalan Projek ECRL oleh Kerajaan Pusat di majlis tersebut.Ustaz Wan SukairiSementara Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO Negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah meninggalkan tradisi berhari raya Idul Adha di luar negara dengan menumpukan tugas dalam negeri menyantuni rakyat dan permasalahan mereka."Lima tahun berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2017, saya berhari raya di serata tempat termasuk di Sudan menyantuni pelarian-pelarian Islam di Kem-kem pelarian di seluruh Sudan dengan daging-daging lembu atau khoruf Qorban serta Aqiqah."Tahun ini saya berhari raya di Terengganu saja. Komitmen tugasan baru membatasi aktiviti kemanusiaan saya bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) tahun ini, " tulisnya dalam status Facebook beliau semalam.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam membayangkan wajah-wajah pelarian yang kegembiraan menerima sumbangan daging dari rakyat Malaysia."Masih jelas kelihatan raut wajah pelarian yang bergembira dengan sumbangan  daging yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang mencecah hingga 750 ekor lembu setiap tahun. Mereka hanya menikmatinya semasa Idil Adha."Saya mengambil semangat dan kenangan itu dengan memakai Jubah Sudan (Gambar) hari raya ini pemberian rakyat Sudan tempohari, " ujarnya.Beliau mngharapkan agar dapat kembali semula ke Sudan satu hari nanti."Semoga mereka juga sentiasa tabah, " katanya lagi.Dato' Tengku Hassan (tengah) dan Dato' Wan Hisham (kanan) ketika mengerjakan haji di Makkah.Dalam pada itu,  Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri,  Dao' Tengku Hassan Tengku Omar,  mengerjakan haji di Makkah Al-Mukarramah tahun ini.Beliau kelihatan bersama bekas calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang,  Dato' Wan Hisham Wan Salleh yang pernah bertanding dalam PRU12 menggambarkan bahawa perbezaan fahaman politik tidak menghalang untuk bersua dan bermesra. 
22 Aug 18
325
Empty Image
ADUN Kemasik Laksana Korban Di Tiga Lokasi
Oleh: Ahmad Syahid AdnanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili  menyempurnakan ibadah korban di tiga lokasi yang berbeza."Alhamdulillah, di hari yang penuh dengan barakah ini, saya diamanahkan untuk menjadi penyembelih haiwan korban di tiga lokasi berbeza, satu di Masjid Lama Kampung Baru, satu di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin Kerteh dan di Kampung Baru Kemasik", ujarnya.Beliau berkata demikian setelah selesai melaksanakan tugasnya pada 10.30 pagi tadi di salah satu lokasi penyembelihan, iaitu di Gelanggang Futsal Kampung Baru Kemasik.I"Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang melibatkan diri dalam menghidupkan ibadah dalam memperingati pengorbanan kekasih Allah, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s", tambahnya.Turut hadir, semua MPKK Kampung Baru Kemasik, serta Kampung Baru Kerteh.
22 Aug 18
87
Empty Image
Dr Samsuri Turun Padang Korban Perdana Rhu Rendang
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berucap dalam majlis tersebut. Foto - Harish FadzillahOleh: Aslam WiraMARANG - Kerajaan akan memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang parti sebagaimana yang dituntut oleh agama dengan mengambil ibrah bersempena Hari Raya AidilAdha.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, target kita adalah untuk memberi dan membahagikan daging kepada seluruh penduduk Rhu Rendang yang memerlukan tanpa mengira parti politik mana sekalipun."Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada tetamu dan pihak yang hadir pada hari ini ke Majlis Sembelihan Perdana bagi DUN Rhu Rendang."Semoga mereka yang terlibat di dalam program ini termasuk penyembelih, pelapah daging dan sebagainya, diterima amal mereka oleh Allah SWT," katanya.Beliau juga menegaskan bahawa hari ini merupakan hari untuk meraikan penerima-penerima sumbangan yang selayaknya dan insya-Allah program ini akan diteruskan pada tahun depan dengan lebih baik, teratur dan meriah.Program Korban Perdana DUN Rhu Rendang ini bermula pada jam 10:00 pagi di mana sebanyak 22 ekor lembu telah disumbangkan termasuk Pejabat Menteri Besar. individu mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO).Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dataran Pemuda, Kampung Rhu Muda, hari ini (22 Ogos).Dr Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut mengagihkan daging dan memberikan sumbangan kepada penduduk kawasan Rhu Rendang yang hadir.Turut hadir, isteri beliau, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman, Pegawai Khas ADUN, Wahad Osman dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Haji Daud Jusoh.Sementara itu, Pengarah Program selaku Ketua Cawangan Rhu Muda, Ustaz Rasyid berkata, mudah-mudahan ibadat korban yang dilakukan pada hari ini mendekatkan diri kepada Allah di samping mengingati orang-orang yang tidak bernasib baik di kalangan kita dengan menghadiahkan daging kepada mereka.Pengarah MTD Rhu Rendang, Haji Daud Jusoh berkata, beliau berharap program ini akan diteruskan dengan kadar yang lebih baik pada tahun seterusnya.Program korban perdana ini berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk Rhu Rendang.Sebanyak 18 cawangan terlibat dalam program tersebut.
22 Aug 18
36
Empty Image
20 Rumah Rosak Akibat Ribut
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN- Dalam keghairahan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha penduduk Jerangau telah dikejutkan dengan angin yang kencang sehingga mengakibatkan 20  rumah  rosak.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN ), berkata kejadian  ribut di kampung itu berlaku kira- kira jam 4.30 petang sehingga mengakibatkan beberapa rumah rosak teruk dan bekalan elektrik terputus."Kita telah memaklumkan pada Tenaga Nasional Berhad yang berdekatan agar menyegerakan untuk diambil tindakan segera, " katanya.Sementara itu, menurut Mohd Zuki Ali yang merupakan Bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di mana rumahnya turut dihempap pokok yang besar serta terkena atap rumahnya kejadian yang berlaku itu disedarinya kerana mendengar angin yang kencang dan melihat pokok sekeliling bergoncang dengan kuat." Tiba-tiba saya terdengar  bunyi yang kuat diatas bumbung rumah saya kerana dihempap pokok dan telah mengakibatkan atap rumah telah pecah," jelas beliau.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Arfan Tahir menyatakan kemudahan berkomunikasi melalui media sosial (whatsapp) memudahkan penduduk kampung berhubung dan segera serta cepat mengetahui rumah yang telah terkena musibah."Apabila mengetahui maklumat rumah mana yang menjadi mangsa kejadian,"Saya segera pergi mengambil keterangan mangsa dan profil peribadi mangsa agar tindakan untuk melaporkan pada pihak polis," katanya.Menurutnya beliau bersyukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Penyelas Dun Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman yang cepat bertindak, serta penduduk kampung yang segera membanting tulang agar segala proses membersihkan pokok yang tumbang, serta melihat keadaan rumah mangsa dengan jumlah yang begitu banyak menjadi mudah dan senang."Kesungguhan yang diberikan oleh penduduk adalah diatas rasa tanggungjawab berada didalam satu komuniti,"Lebih-lebih lagilah esok (hari ini) merupakan Hari yang bermakan buat umat islam iaiti hari Raya aidiladha," ucapnya..
22 Aug 18
36
Empty Image
Agihan Daging Korban Utamakan Golongan Asnaf
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN- Ibadah korban yang dilakukan serta dikhususkan pada Hari Raya Aidiladha akan lebih bermakna  sekiranya daging agihan korban itu dipastikan agihan sampai pada Asnaf yang memerlukan.Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi menyifatkan Ibadah korban akan dapat mendidik jiwa Umat Islam akan lebih prihatin dan lebih kasih kepada golongan yang memerlukan."Mereka sudah tentu sukar untuk menikmati akan kelazatan dan keenakan daging lembu atau kambing sebagaimana mereka yang mampu," katanya.Beliau berkata demikian ketika Majlis Agihan Daging Korban di Surau Seren, Bukit Besi pada Rabu 22 Ogos.Menurutnya, di antara hikmah melakukan sembelihan korban yang dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia dapat memperlihatkan serta menzahirkan Islam islam adalah agama yang mengajar penganutnya agar saling sayang meyanyangi diantara sesama umat Islam." Sudah tentu akan terlahir rasa syukur kepada penerima dan bertambahlah pahala bagi orang yang memberi diatas keikhlasanya," katanya.Beliau turut menambah Ibadah Korban yang dilakukan setahun sekali itu biarlah bererti jangan hanya daging itu berlegar sesama ahli keluarga dan sanak-saudara yang mempunyai kemapuan, adalah lebih baik jika ianya benar-benar sampai kepada yang memerlukan, " katanya."Bagi memastikan daging ini benar-benar sampai kepada asnaf,"Kita telah mempunyai data e-Kasih dalam simpanan, di mana kita semak data tersebut untuk kita agihkan kepada mereka," ucapnya.Beliau berharap agar pada tahun akan datang penyertaaan korban akan lebih bertambah agar agihan akan dapat dilakukan dengan menyeluruh dan jumlah yang diagihkan akan semakin bertamabah," ucapnya lagi.
22 Aug 18
367
Empty Image
Sultan Mizan Bersama Rakyat Di Masjid Al-Muktaffi Billah Shah
Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Sunat AidilAdha bersama para jemaah. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu,  Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid Al-Muktaffi Billah Shah, di sini, pagi ini.Baginda tiba di perkarangan masjid sekitar jam 8 pagi bersama anakanda Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az.Ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Hadir sama, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda dan Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam, Mohd Azam Awi.Selesai solat, jemaah diperdengarkan khutbah yang disampaikan Mufti Terengganu.Baginda kemudian berangkat menziarahi makam ayahanda, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Makam Diraja masjid berkenaan.Sultan Mizan berangkat pulang sekitar jam 9.15 pagi.
22 Aug 18
544
Empty Image
Pertimbangkan Semula Keputusan Batal Projek ECRL- Dr. Azman
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula keputusan pembatalan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Menurutnya,  Kerajaan Terengganu sebelum ini sudah banyak melaksanakan kerja pembangunan projek mega itu serta kerajaan negeri sekarang  pula bertanggungjawab melancarkan urusan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bagi menjayakannya terutama dalam urusan pengambilan tanah sepanjang laluan yang dicadangkan.Dr Azman berkata, MRL juga telah mengadakan taklimat tentang progres projek ECRL kepada kepimpinan baru kerajaan negeri."Kita tahu ada Bukit Bauk yang telah ditebuk untuk dibina terowong, kelulusan pengambilan tanah telah diberikan oleh kerajaan negeri, depo telah dibina di beberapa lokasi serta pelbagai lagi kerja-kerja yang telah dibuat."Meskipun ada kontroversi dari segi nilai projek yang terlalu tinggi, saya berpendapat keputusan membatalkan terus projek adalah sangat merugikan samada dari segi implikasi kewangan untuk membayar ganti rugi kepada China, kehilangan peluang pekerjaan dan yang paling besar ialah menafikan tiga negeri pembangkang Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk menikmati impak sosioekonomi yang besar dari pelaksanaan projek ini, "katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini, hari.Dr Azman berkata, masih belum terlambat untuk mempertimbangkan semula keputusan pembatalan ini.Tambah beliau lagi,  tenaga pakar yang ada di negara kita boleh dimanfaatkan untuk mencari jalan bagi pengurangan kos tapi bukannya keputusan pembatalan.Semalam, kerajaan memutuskan membatalkan pelaksanaan ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) buat masa ini.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengakhiri lawatan ke China berkata, beliau sudah menyampaikan keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia.Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran Dato'  Seri Najib Razak mencetuskan kontroversi berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion.Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan.
22 Aug 18
34
Empty Image
Hari Arafah Martabatkan, Hidupkan Sunnah Serta Beri Kesedaran
Foto : Tg Syamim Tg IsmailKUALA TERENGGANU – Hari Arafah peringkat negeri diadakan untuk memartabatkan dan menghidupkan Sunnah serta memberikan kesedaran mengenai kepentingan hari tersebut kepada pebagai lapisan masyarakat dan mempromosikan keindahan islam melalui Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, objektif utama program tersebut ialah untuk menghayati konsep Hari Arafah di samping menanam amar makruf nahi mungkar  dalam masyarakat dan kesedaran untuk melaksanakan kerja-kerja Islam.“Pada 9 Zulhijjah kita berwukuf di Arafah antara perkara yang wajib bagi mereka yang menunaikan haji."Haji itu adalah wukuf di Arafah bahkan di hari wukuf inilah digalakkan semua berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT kerana sebaik-baik doa adalah doa Hari Arafah,” katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Program Penghayatan Hari Arafah di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, semalam (20 Ogos).Mohd Nor juga menyeru agar sama-sama berdoa  supaya bumi yang didiami ini sejahtera dan terhindar daripada segala wabak  yang terlalu pantas dan cepat iaitu wabak sosial  dalam kalangan anak-anak  muda yang mangalami masalah kecelaruan identiti, maksiat dan zina serta dari malapetaka yang dasyhat seperti gempa.“Kita sebagai umat Islam harus merebut peluang dan kesempatan  ini agar tak termasuk dalam kalangan yang rugi dan lalai dalam melaksanakan tanggungjawab  agama sebagai hamba Allah.“Semoga Allah Taala memberikan kita taufik  dan hidayah dalam melaksanakan setiap amalan yang dilakukan,” ujarnya.
22 Aug 18
220
Empty Image
MB Cadang Projek ECRL Diteruskan
Dr Ahmad Samsuri (tengah) ditemubual Media di Rhu Muda Marang hari iniMARANG - Kerajaan PAS Terengganu tidak menyokong pembatalan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebaliknya mencadangkan Kerajaan Pusat membuka tender baharu kepada syarikat tempatan atau luar negara yang berminat untuk meneruskan projek itu.Dipetik dari Berita Harian Online, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata amat merugikan andai ECRL dihentikan terus lebih-lebih lagi proses awal pelaksanaan projek itu sudah berjalan."Proses awal membabitkan pembinaan laluan, stesen, terowong dan jambatan sudah pun dilakukan termasuk mengambil alih tanah."Malah, ada terowong sudah digali sejauh 50 meter dan pada hemat saya, langkah menghentikan pelaksanaan projek ini satu kerugian, sepatutnya boleh buat proses baru membuka tender kepada syarikat tempatan untuk adakan kerjasama dengan luar negara pada kos munasabah,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dataran Pemuda di Kampung Rhu Muda, di sini, hari ini. Semalam, kerajaan memutuskan membatalkan pelaksanaan ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) buat masa ini.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengakhiri lawatan ke China berkata, beliau sudah menyampaikan keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia.Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran Dato'  Seri Najib Razak mencetuskan kontroversi berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion.Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan.Dr Mahathir sebelum ini menolak projek itu sambil menyifatkannya sebagai kontrak ‘pelik’ kerana negara perlu membiayainya dengan pinjaman dari China, selain mengupah kontraktor dari negara itu.Namun, Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri masih menunggu maklumat lanjut daripada kerajaan Pusat mengenai pembatalan projek berkenaan.“Perlu juga ada penjelasan sewajarnya, adakah projek ECRL ini dibatalkan terus tanpa memberi peluang kepada pihak lain mengambil alih atau mengambil inisiatif lain untuk meneruskannya,” katanya.Beliau berkata, kerajaan negeri amat berharap projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti ECRL dapat diteruskan.“Walaupun projek ini terhenti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kita berharap ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS untuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.“Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap dapat menjalin kerjasama yang baik dengan kerajaan Pusat."Kita juga berharap segala janji yang pernah dimeterai antara kerajaan Pusat dengan negeri dapat diteruskan,” katanya.
22 Aug 18
43