lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Hanafiah Lawat Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz
Hanafiah ( tiga dari kanan ) menyerahkan sumbangan kepada pihak pengurusan tahfiz tersebut.Syukur kerana tiada kehilangan jiwa dan kecederaan terhadap pelajar dalam kejadian ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat ketika menziarah pelajar dan meninjau kesan kemusnahan kebakaran sebuah asrama Pusat Tahfiz, Hafizatul Quran, di Chukai, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 8.30 malam, semua 11 penghuni terbabit terselamat kerana berada di bangunan bersebelahan sedang menghafaz al-Quran. Hanafiah yang tiba tidak lama selepas kejadian tersebut meluangkan masa meninjau keadaan pelajar dan bangunan asrama yang hampir musnah keseluruhannya.Menurutnya, kejadian yang menyedihkan itu berlaku tanpa dijangka dan difahamkan ketika kejadian kesemua pelajar berada di sebuah bangunan lain untuk mengikuti kelas sebelum disedari oleh seorang pelajar yang mahu mengambil wuduk.Hanafiah Mat"Saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dan ini amat melegakan saya kerana sebelum ini kita sudah banyak mendengar dan melihat kecederaan dan kehilangan nyawa pelajar pusat tahfiz dalam kejadian kebakaran," katanya.Hanafiah yang juga ADUN Chukai berkata, bagi membantu meringankan beban mangsa, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan segera berupa tilam, selimut, tuala, tikar dan lain-lain keperluan asas."Saya juga sudah bincang dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan MAIDAM akan menghulurkan sedikit bantuan untuk membaiki rumah banglo yang menjadi asrama pelajar anak yatim ini."Bagaimanapun, untuk menampung kos pembaikian keseluruhannya kita tidak akan gunakan peruntukan dari kerajaan tapi akan buat kutipan derma daripada orang ramai kerana saya yakin, ramai akan terpanggil untuk membantu pusat tahfiz ini," katanya.Tambah beliau, berdasarkan kesan kemusnahan, kos baik pulih dijangka menelan belanja sekitar RM20,000 dan dijangka pusat tahfiz itu hanya akan dapat beroperasi semula selepas dua bulan sebaik dahaja kerja baik pulih siap.Katanya, kerja membaik pulih akan melibatkan penggantian atap, kayu kekuda bumbung dan sistem pendawaian elektrik.Dalam pada itu, Hanafiah berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan untuk kerja - kerja pembaikian asrama pelajar tersebut agar ianya dapat digunakan dalam masa yang singkat untuk pelajar kembali menyambung pengajian mereka di Pusat Tahfiz tersebut.
28 Aug 18
37
Empty Image
UPDI Platform Terbaik Rakyat
Rombongan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Korporat UPDI, Mohd Amaturrahman Mat Jaafar. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) mampu menjadi platform terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat mewakili Kerajaan Negeri Terengganu.Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang, Dato' Toantowee Mohd Lotfie berkata, UPDI mempunyai sistem yang teratur bermula dari pengurusan peringkat atasan hingga operasi di peringkat bawah.Dato' Toantowee (kiri) berucap dalam sesi taklimat tersebut."Semuanya bekerjasama untuk memastikan semua arahan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan sampai kepada rakyat," katanya.Menurut beliau, lawatan ini sangat memberi manfaat dari sudut input pengurusan dan operasi agensi tersebut."Alhamdulillah, banyak input yang diperoleh dapat dibawa balik dan ditambah baik di Negeri Pahang dan penerangan negeri khususnya."Saya cukup berterima kasih di atas sambutan dan kesudian UPDI menerima kunjungan kami," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Lawatan PEJABAT SUK Negeri Pahang ke Pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam (28 Ogos).Sementara itu, Pengarah UPDI, Ustaz Mohd Soud Said berkata, kunjungan tersebut mampu membina hubungan yang baik dan berkongsi maklumat antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Terengganu.Ustaz Mohd Soud Said (dua dari kiri)  menyampaikan cenderamata kepada Dato' Toantowee.Turut hadir, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Pejabat SUK Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Mohd Zakaria Ibrahim dan Pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan UPDI.
28 Aug 18
95
Empty Image
Pemuda Kuala Berang Menang Pertandingan Cipta Logo Hari Kebangsaan
Seorang pemuda dari Kuala Berang, Terengganu, Nik Zulkifli Nik Itam tidak menyangka rekabentuk yang dihasilkan untuk Pertandingan Mencipta Logo Sempena Hari Kebangsaan 2018 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipilih sebagai pemenang utama.Lebih membanggakan, logo ciptaannya bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ itu menjadi pilihan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Menurut Nik Zulkifli, logo yang dihasilkannya membawa maksud warganegara yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara.“Dapat je tema tu, terus buat lakaran ‘’Sayangi Malaysiaku’, saya mula dengan lakaran menggunakan garisan-garisan yang lembut sebab ‘Sayangi Malaysiakukan’, ada jenis rekaan dia bersegi, petak jadi saya elakkan perkara-perkara macam tu.“Saya mulakan dengan huruf lakaran S dan M dan saya olahkan menjadi bentuk love, bentuk sayang, bentuk hati, S jadi bentuk orang dan sebagainyalah secara manual. Apabila puas hati barulah saya siapkan reka bentuk menggunakan komputer,” ujarnya ketika bersiaran di TV1, semalam.Logo ‘Sayangi Malaysiaku’ ciptaan Nik Zulkifli adalah antara 623 penyertaan yang diterima kementerian untuk dipilih sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan 2018.Logo tersebut yang dipilih sendiri oleh Perdana Menteri pada 25 Julai lalu, menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.
28 Aug 18
284
Empty Image
Diskaun Barangan Terpilih Sehingga 50 Peratus Sempena Festival Kenyir 2018
HULU TERENGGANU- Berita gembira kepada wanita terutama peminat barangan pinggan mangkuk berjenama Corelle, selain penggemar coklat Daim, barangan permainan dan pelbagai jenis bagasi apabila berpeluang menikmati potongan harga antara 10 hingga 50 peratus sepanjang Festival Kenyir 2018 bermula 30 Ogos hingga 2 September ini.Pengurus Kanan Korporat Lembaga Kemajuan Terengganu Te­ngah (Ketengah), Zainuddin Md Zaki berkata, program tradisi tahunan di destinasi percutian negara itu mensasarkan 75,000 pengunjung dalam edisi kelapan melalui tarikan aktiviti dan promosi sepanjang festival berkenaan.Katanya, promosi dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberi tarikan kepada pengunjung terus melawat tasik tumpuan ramai itu."Contohnya promosi pinggan mangkuk jenama Corell 16 unit yang biasanya berharga RM239 ditawarkan dengan harga promosi RM199 di samping percuma dua unit mangkuk 144ml, manakala coklat Daim yang dijual RM16.90 satu pek."Mereka juga berpeluang cabutan bertuah yang disediakan oleh KH Shoppe, milik anak syarikat Ketengah dengan tawaran hadiah yang lumayan,"katanya kepada pemberita dalam sidang media di tapak perasmian Festival Kenyir 2018, di Pengkalan Gawi, di sini, hari ini.Zainuddin berkata, hadiah utama bonanza cabutan bertuah yang ditawarkan kepada pengunjung adalah sebuah Motosikal SYM Bonus 110 SR, satu unit televisyen 40 inci dan satu mesin basuh dengan muatan tujuh kilogram manakala cabutan bertuah harian bernilai RM200 untuk lima pengunjung terpilih.Tambahnya lagi, pada malam 1 September para pengunjung akan disajikan konsert fiesta D’Kenyir yang akan disertai artis-artis terkenal seperti Dato'Hattan, Bob AF, Ronnie Hussein, Floor 88 dan Mat Over.Menurut beliau, Festival Kenyir 2018 yang menyediakan 35 acara menarik melibatkan aktiviti air dan darat  dijangka mampu melonjakkan populariti Tasik Kenyir sebagai tempat pelancongan menarik  di Terengganu."Antara acara menarik yang disediakan pada festival itu ialah  Kenyir Cruise, aktiviti sukan air, Tasaik Rang, Family Wefie D'Kenyir dan sebagainya."Salah satu tarikan terbaharu pada kali ini, kita ketengahkan juga Rumah Orang Hulu yang akan mempersembahkan seni dan adat budaya orang hulu seperti Dendang Anak, Silat Kura-Kura, Kertuk Ulu, Tarian Sewang dan sebagainya untuk pengunjung yang datang,"ujarnya.Zainuddin berkata, Ketengah juga menyediakan kemudahan pengangkutan enam buah bas kepada penunjung dari kawasan letak kereta ke tapak acara secara percuma sepanjang festival berlangsung.Perasmian akan di­sem­purnakan oleh Menteri Pemba­ngunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun pada 30 Ogos ini manakala majlis penutup oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada 2 September ini.“Festival ini adalah usaha terancang kerajaan negeri dan Ketengah dalam mempopularkan lagi Tasik Kenyir sebagai sebuah destinasi perlancongan akua eko yang menggabungkan pelbagai unsur alam semula jadi yang masih terpelihara,” kata Zainuddin.
28 Aug 18
111
Empty Image
Dr Mohammad Serah Tugas Kepada Timbalan
Dr. Mohammad Omar (kanan) menyerahkan surat serah tugas kepada Dr. Mohd Jusoh (kiri) di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailDr. Mohammad Omar hari ini menyerahkan jawatan Pengarah Kesihatan negeri kepada timbalannya, Dr. Mohd Jusoh yang akan secara rasmi memulakan tugas barunya sebagai peneraju Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu esok.Majlis serah terima tugas tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan.Dr. Mohammad yang berpegang kepada prinsip meningkatkan perkhidmatan kesihatan di negeri ini telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 35 tahun akan bersara mulai esok.Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Dr. Mohammad turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang beliau menerajui jabatan kesihatan negeri ini.Menurut beliau, kenangan dan pencapaian sepanjang berkhidmat yang tidak akan dilupakan termasuk berkaitan pembinaan Hospital Setiu dan penubuhan Tabung Darul Iman.“Bermula dengan kerja-kerja penghasilan kertas cadangan, pencarian tapak dan lain-lain lagi segalanya saya usahakan bersama pasukan sehingga terbinanya sebuah hospital dan tabung berkenaan adalah antara kenangan manis sukar dilupakan,” ujarnya.Sementara itu, Dr. Mohd yang akan meneruskan legasi Dr. Mohammad memberitahu, beliau akan meneruskan apa yang telah dilaksanakan termasuk memperkemaskan lagi perkhidmatan jabatan kesihatan di negeri ini.“Kita sangat mengharapkan sokongan dari semua pihak untuk meneruskan kesinambungan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat,” ujarnya.
28 Aug 18
41
Empty Image
Terengganu Pertimbang Beri Insentif Atlet Raih Pingat Di Sukan Asia 2018
Kerajaan negeri sedia mempertimbang untuk memberi insentif kepada atlet-atlet negeri ini yang berjaya meraih pingat pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang bermula 18 Ogos hingga 2 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, walau bagaimanapun jumlah dan bentuk insentif tersebut belum diputuskan.“Pada peringkat awal ini kita akan melihat dan meneliti terlebih dahulu perkembangan yang berlaku.“Sekiranya tidak ada masalah, InsyaAllah kita boleh fikirkan sesuatu sebagai satu galakan dan penghargaan kerajaan negeri kepada semua atlet yang berjaya mengharumkan nama negara dan negeri,” ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Terengganu telah berkunjung ke Jakarta selama empat hari sebagai tanda sokongan kepada atlet negeri khususnya yang menyertai Sukan Asia 2018.Turut bersama menyertai rombongan tersebut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Belia, Sukan dan NGO) Mohd Rahimee Mohd Ramli.Wan Sukairi berkata, kunjungan tersebut bertujuan memberikan kata-kata semangat buat semua atlet Terengganu yang mewakili negara."Mereka bukan sahaja berusaha mengharumkan nama negara, malah telah mengharumkan nama Negeri Terengganu.“Kita juga menyampaikan sedikit sumbangan kerajaan negeri kepada 35 orang atlet Terengganu yang telah mewakili negara dalam sukan Asia kali ini sebagai salah satu bentuk motivasi untuk mereka,” ujarnya.Menurut beliau, buat masa ini (petang semalam) Malaysia telah berjaya meraih dua pingat emas, lima perak dan lima gangsa dimana salah satu pingat gangsa telah disumbangkan oleh atlet Terengganu iaitu Mohd Nafiizwan Adnan menerusi acara perseorangan skuasy lelaki.
27 Aug 18
63
Empty Image
Perlu Hormati Perjanjian Yang Dimeterai
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang meninjau unjam yang dilabuhkan di Perairan Marang. Oleh: Aziz HambaliMARANG - Kerajaan pusat perlu meneliti dan membuat penilaian semula ke atas pembatalan yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan isu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, projek berkenaan akan memberi manfaat kepada rakyat di pantai timur dari segi ekonomi."Tetapi di sana ada perjanjian-perjanjian yang tidak menyenangkan, itu yang perlu diperbetulkan."Ianya terserah kepada majlis perundingan dan kerajaan pusat untuk membuat penilaian yang terbaik," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dalam Sidang Media Majlis Melabuh Unjam di Marang Waterfront, Jeti Perairan Marang, semalam (26 Ogos).Dato' Seri Abdul Hadi yang juga Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjelaskan bahawa tidak mudah untuk kerajaan persekutuan membuat keputusan berhubung perkara itu kerana terdapat perjanjian antarabangsa yang perlu dihormati.“Tindakan untuk membatalkan ECRL tidak mudah kerana ada perjanjian yang telah dimeterai dan ada perjanjian antarabangsa yang perlu dihormati dan diselesaikan dengan cara yang baik."Perkara itu akan mengundang banyak masalah sama ada dibatalkan atau diteruskan, tetapi kita perlu melihat pilihan yang terbaik,” katanya.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Desa dan Asas Tani negeri, Dr Azman Ibrahim dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi  Maklumat negeri, Sulaiman Sulong.
27 Aug 18
50
Empty Image
Perairan Malaysia Perlu Dikawal Dengan Helikopter
Foto : Solahuddin Al IdrusMARANG – Ahli Parlimen Marang, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang mencadangkan agar lebih banyak helikopter digunakan untuk mengawal keselamatan perairan negara.Menurut beliau, hasil lawatan ke luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain menyaksikan perairan negara berkenaan dikawal dengan ketat menggunakan helikopter supaya hasil laut tidak terjejas akibat pencerobohan nelayan asing.“Yang penting bukan sahaja penguatkuasaan sahaja malah mesti melakukan kawalan yang ketat.“Dengan alat-alat yang uzur sudah tentu kita tak mampu melaksanakan itu tetapi mesti dibuat menurut kepada kemampuan kita,” katanya.Beliau yang juga Presiden PAS berkata demikian ketika merasmikan Program melabuh Unjam di Perairan Kuala Marang, Marang Waterfront, di sini, semalam, (26 Ogos).Katanya, kerjasama semua pihak bukan sahaja penguatkuasa pemerintah termasuk nelayan sendiri untuk kepentingan mereka sendiri barulah berjaya meningkatkan rezeki dengan pertolongan Allah SWT.“Pihak perikanan letak tukun, letak pelampung, dia kerat pelampung termasuk yang guna kabel cari kikir kerat.“Ini langkah yang bodoh kerana membodohkan diri dia sendiri menyebabkan mereka yang memukat selepas itu tak kena pukat ikan pun lari dan  macam - macam boleh berlaku,” ujarnya.Menurutnya, para nelayan menghadapi kekurangan hasil laut kerana kesilapan manusia itu sendiri dan mereka mengambil langkah untuk meningkatkan hasil laut dengan melabuhkan unjam diperairan laut.“Ini adalah tindakan yang mudah dan segera serta kosnya tidak tinggi, adapun yang besar perlu pada masa dan kos yang besar,“Hari ini kita menyaksikan satu cara yang moden dan ilmu yang sepatutnya kita gunakan ialah dengan cara yang segera dan saya difahamkan tindakan mutakhir agak sedikit berkesan dengan lebih baik lagi,” jelasnya.Justeru, beliau berharap agar nelayan sendiri yang menjaga unjam tersebut.
27 Aug 18
74
Empty Image
Atlet Terengganu Raih Pingat Gangsa Di Sukan Asia 2018
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kanan) menyampaikan insentif kerajaan negeri kepada atlet skuasy negara, Mohd Nafiizwan Adnan.JAKARTA - Atlet Terengganu, Mohd Nafiizwan Adnan menjadi kebanggaan negara dan mengharumkan Negeri Terengganu apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan skuasy lelaki Sukan Asia 2018 yang masih berlangsung di Jakarta dan Palembang.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, walaupun hanya berjaya meraih pingat gangsa, Mohd Nafiizwan Adnan yang merupakan antara anak Terengganu telah mempersembahkan yang terbaik buat negara."Kunjungan ke Jakarta sempena Sukan Asia pada kali ini bertujuan untuk memberikan kata-kata semangat buat semua atlet Terengganu yang mewakili negara."Mereka bukan sahaja berusaha mengharumkan nama negara, malah telah mengharumkan nama Negeri Terengganu.Pihak kerajaan negeri turut mengambil kesempatan menyampaikan insentif buat semua atlet negeri yang terpilih mewakili negara sempena Sukan Asia kali ini sebagai salah satu bentuk motivasi buat mereka,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (27 Ogos).Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Terengganu bagi mengunjungi Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta dan Palembang."Inisiatif yang dimainkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) ini meletakkan objektif utama bagi meraikan atlet negara yang berasal dari Negeri Terengganu sebagai salah satu bentuk motivasi untuk mereka."Seramai 35 orang atlet yang mewakili negara sempena Sukan Asia 2018 ini berasal dari negeri Terengganu."Satu majlis ringkas turut diadakan di wisma atlet atau perkampungan atlet di Kemayoran bersama atlet negara dari Terengganu," ujarnya.Pihak kerajaan negeri turut menyampaikan insentif sokongan buat semua atlet Terengganu yang terpilih mewakili negara sebagai tanda sokongan pihak kerajaan negeri dalam aktiviti sukan.Buat masa ini, Malaysia telah berjaya meraih dua pingat emas melalui acara boling dan skuasy, lima perak dan lima gangsa.Sasaran yang ingin dicapai oleh kontinjen negara masih berpotensi untuk diraih melalui acara sukan yang berbaki.Wan Sukairi Wan Abdullah bersama ahli rombongan berkesempatan menyaksikan keseluruhan acara separuh akhir perseorangan skuasy lelaki dan wanita di Arena Skuasy Gelora Bung Karna.Turut bersama menyertai rombongan ini adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli, .
26 Aug 18
201
Empty Image
Dr Azman Pujuk Ikan Balik Semula
Dr Azman Ibrahim (kiri) bersama Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Yahaya Ali meninjau unjam yang dipamerkan. Foto - Solahuddin Al-IdrusOleh: Rohayati RipinMARANG - Usaha melabuhkan unjam ini ialah usaha segera jangka pendek yang bertujuan untuk memujuk supaya ikan balik semula ke zon tangkapan nelayan pantai.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kita berusaha, berdoa dan bertawakal dengan keyakinan bahawa rezeki di darat, laut dan udara ialah milik Allah."Alhamdulillah sebanyak 51 unjam daun kelapa berjaya dilabuhkan menggunakan 17 buah bot milik ahli Persatuan Nelayan Kawasan Marang."Agenda pagi ini kita nak sebuah rumah ikan."Rumah mahal kita panggil tukun, rumah murah kos rendah kita buat unjam," ujarnya.Tambah beliau, kita mendengar aduan nelayan pantai tentang kurangnya hasil tangkapan ikan yang menjadi sumber rezeki."Pencerobohan nelayan asing dan pencerobohan bot pukat tunda di zon tangkapan nelayan pantai antara punca yang kita telah kenal pasti."Bot pukat kokok yang menceroboh masuk ke kawasan nelayan pantai bukan setakat dia kokok hasil laut, tapi habis bubu dan unjam dikokok sekali."Di tepi Pantai Seberang Takir, seorang nelayan berusia sekitar 60 tahun menitiskan air mata mengadu masalah ini kepada saya."Suara dari bawah ini kita telah angkat ke atas kerana urusan perlesenan dan penguatkuasaan berada dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat."Hal urusan di laut melibatkan beberapa agensi dan jabatan seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan Maritim Malaysia."Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang juga telah mengajukan permohonan kepada saya untuk dibina sebuah bilik sejuk beku, tempat baiki bot dan tempat simpanan bot enjin sangkut."Saya dah minta Pengarah LKIM agar permohonan ini dapat dimasukkan dalam bajet tahun depan insyaAllah."Doakan semoga dipermudahkan urusan pimpinan negeri kita dalam urusan mengembalikan royalti hak rakyat Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Melabuh Unjang Perairan Marang di Jeti Pelancongan Marang, hari ini (26 Ogos).Sementara itu, Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Marang dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang sudi hadir ke majlis tersebut."Saya berterima kasih kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Yahaya Ali yang dapat meluangkan masa hadir bersama kita pagi ini."Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah dan seluruh kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, PNK Marang dan seluruh warga nelayan Marang atas kerjasama yang sangat baik untuk menjayakan program ini."Belum terlambat juga untuk saya rakamkan ucapan syabas dan tahniah atas usaha PNK Marang mengapungkan dan menarik balik ke jeti bot saudara kita yang tenggelam di perairan Pulau Kapas bulan lepas," jelasnya.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.
25 Aug 18
267