lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Johan Piala Presiden
Terengganu FC III penyumbang piala pertama untuk Terengganu baharu. KUALA TERENGGANU - Terengganu mendapat Piala Pertama dalam Kejohanan Bolasepak Piala Presiden selepas PAS mengambil alih teraju pemerintahan Pasca Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu.Serentak itu Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja khususnya para pemain pasukan bolasepak Terengganu FC III kerana berjaya menggondol Piala tersebut dalam pentas final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, 29 Ogos lalu.Ucapan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dalam status facebooknya beberapa hari lalu.Katanya,  itu adalah piala pertama diperolehi dalam aktiviti sukan Pasca Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) di bawah kerajaan baharu.Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalannya,  Haji Hishamuddin Abdul Karim atas kejayaan itu.Haji Hishamuddin, pengurus dan 'team' jurulatih pasukan turut memberi sokongan padu kepada pasukan yang digelar 'Sang Penyu' itu pada malam perlawanan.Di pentas final itu  Terengganu FC III mengalahkan Kedah dengan dua gol berbalas satu,  untuk mempastikan piala kejohanan milik Sang Penyu.Terengganu FC III menyumbat gol ke gawang Kedah masing-masing melalui Mohamad Raimi di minit ke 13 dan Mohamad Samsul di minit ke 102 apabila perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.Manakala Kedah mendapat gol seawal minit ke dua melalui Aminuddin Abu Bakar. 
01 Sep 18
74
Empty Image
Tanpa Ilmu Pengetahuan Kemerdekaan Hanya Kenangan
Dr Samsuri berucap dalam Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan 2018. Foto - Abu UbaidahKUALA TERENGGANU - Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi, kemerdekaan yang dibanggakan oleh seluruh rakyat, akan hanya menjadi sebuah kenangan sahaja.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tugas warganegara pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan.“Sambutan (kemerdekaan) kali ini akan mengukuhkan lagi  semangat kenegaraan dan semangat patriotisma dikalangan  rakyat Malaysia tercinta.“Ianya kerana perjuangan untuk membebaskan  negara dari dibelenggu penjajahan bukanlah  suatu perkara yang mudah dan boleh  dicapai  dalam waktu yang singkat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Ambang Merdeka di Taman Shahbandar kelmarin, Khamis, 30 Ogos.Katanya, perpaduan yang terbina semenjak perjuangan menuntut kemerdekaan perlu  diteruskan dan disemai  supaya semangat perpaduan  serta keharmonian dan keselamatan  negara  menjadi semakin kukuh.“Tanggungjawab rakyat generasi muda hari ini adalah menghayati dan menghargai erti sebuah kemerdekaan, “Generasi muda perlu sedar serta diberi keinsafan  supaya  sentiasa menghargai dan mempertahankan  nikmat  kemerdekaan yang sedang  kita  miliki sekarang ini,” ujarnya.Justeru, beliau menyeru kepada semua pewaris negara supaya mempunyai jiwa besar dan kental serta mempunyai semangat patriotik seterusnya mewariskan kemerdekaan kepada generasi yang akan datang.
31 Aug 18
56
Empty Image
Padan Dengan Kibar Jalur Gemilang Sahaja?
Ustaz Hishamuddin menyampaikan tazkirah kepada hadirin. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Kibaran jalur gemilang sahaja tidak membawa apa-apa makna kepada kemerdekaan jika tidak disertai dengan azam dan perubahan diri.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, orang yang merdeka ialah mereka yang mencari jalan untuk menjadi manusia yang lebih berkualiti."Itulah makna merdeka untuk menghargai perjuangan mereka yang terkorban demi tanah air kita yang tercinta."Menekuni apa yang diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran, kita tidak akan merdeka jika diri dijajah dengan syaitan dan hawa nafsu."Al-Quran merakamkan berkenaan kisah politik dan penjajahan melalui peristiwa Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis."Ternyata Nabi Allah Sulaiman bukanlah penjajah, tetapi pembawa risalah yang membawa kesejahteraan kepada pemerintahan pada zaman tersebut," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika memberikan tazkirah dalam Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan, kelmarin (29 Ogos).Menurut Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, rakyat perlu berusaha gigih dan merasai betapa luasnya dunia, bukannya merasa sempitnya dunia."Ubahlah perangai dan mentaliti diri kita termasuk menjaga kebersihan tanah air."Negeri Terengganu di atas nama Darul Iman, 'hubbu wathan' (cintakan negara), marilah kita bersatu mempertahankan kedaulatan negara dan agama."Biar orang luar datang mulai saat ini merasai pakej pelancongan yang disediakan oleh rakyat negeri ini iaitu menjaga kebersihan dan bertanggungjawab."Baru betul kita sambut kemerdekaan," jelasnya.
31 Aug 18
36
Empty Image
Pertahan Kemerdekaan Dengan Islam
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersemangat melaungkan 'Merdeka' bersama rakyat.KUALA TERENGGANU - Kemerdekaan yang dikecapi oleh generasi kini mestilah dipertahankan dan diisi dengan cara hidup Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah di samping saban tahun mengenang pengorbanan pejuang terdahulu.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mohktar berkata, merdeka yang dilaung-laungkan oleh semua tidak kira pemimpin mahupun rakyat mempunyai identiti sendiri dan sudah pasti Malaysia mengikut identiti Islam yang menjadi agama persekutuan."Inilah fasa untuk mengisi kemerdekaan dengan agenda Islam yang adil untuk semua."Malaysia hari ini dikenali sebagai negara umat Islam yang menjadi contoh kepada dunia."Justeru, wajar warganegara merdeka memperbaiki sahsiah dengan akhlak dan moral yang baik, serta menjauhi gaya hidup yang tidak sihat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini (31 Ogos).Beliau turut mendoakan pahlawan kemerdekaan yang amat berjasa semoga mendapat ganjaran besar dari Allah.Suasana majlis meriah apabila pelbagai peringkat lapisan masyarakat berkunjung bagi menyaksikan acara perbarisan penuh semangat patriotisme yang disertai oleh kakitangan kerajaan, agensi dan pelajar sekolah.Majlis disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Negeri Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, yang berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan perbarisan.
31 Aug 18
180
Empty Image
Merdeka ; Umat Masih Tidak Bebas Laksana Syariah
Ustaz Satiful Bahri Mamat.KUALA TERENGGANU - Umat Islam di negara ini  masih tidak bebas mengamalkan syariat, walaupun telah merdeka selama 60 tahun.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Penyelidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, secara umumnya rakyat Malaysia hanya bebas dari segi fizikal tapi spiritual masih terkongkong.“Kemerdekaan total yang sebenarnya adalah kita memerdekakan diri kita dalam pengabdian kepada Allah.“Jadi, dalam hal ini  kita bebas melaksanakan apa yang dituntut oleh Allah dan juga dalam meninggalkan apa  yang  menjadi tegahan serta larangannya,” katanya.Beliau yang juga Timbalan I Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu  berkata demikian ketika ditemui pihak media semalam di Wisma Darul Iman pada Rabu, 29 Ogos.Walaupun telah  merdeka sekian lama, wanita Islam tidak diberi pilihan yang sewajarnya untuk memelihara kehormatan diri.“Umat Islam masih lagi tidak bebas  untuk memilih peraturan syariat Islam untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.“Di sana masih ada keterbatasan dan halangan yang umat Islam perlu perjuangkan bagi menuntut kemerdekaan  yang hakiki,” ujarnya.Katanya, walaupun berbeza ideologi, selaku rakyat Malaysia, kita semua mewarisi perjuangan dan sejarah yang sama.“PAS sendiri turut sama di dalam perjuangan untuk menuntut  kemerdekaan Malaysia kita cintai ini.“Semua orang perlu mengambil ruang untuk berkhidmat serta menabur bakti bagi kemenangan  dan kemerdekaan hakiki,” jelasnya.
31 Aug 18
39
Empty Image
Terengganu FC lll Julang Piala Presiden 2018
Ustaz Hishamuddin (tengah) meraikan kejayaan Piala Presiden 2018 bersama barisan pemain Terengganu FC III.Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA LUMPUR - Terengganu FC lll mengharumkan nama Negeri Terengganu apabila berjaya membawa pulang Piala Presiden 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menegaskan ia satu bentuk konsep pembangunan bola sepak di dalam negeri ini."Walaupun dalam ruang yang terhad, ia tetap menjadi satu perkara yang perlu diteruskan."Justeru, kami bersyukur kepada Allah yang mengurniakan kejuaraan ini dan mengakui kedua-dua pasukan saling bersaing secara seimbang pada malam kelmarin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menentang Kedah FA dengan gol 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin (29 Ogos).Menurut Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, semangat berpasukan yang dipamerkan bukan sahaja daripada pemain, malah membabitkan semangat berpasukan pihak pengurusan TFC III, PBSNT, penaja-penaja  dan paling istimewa semangat yang tidak pernah luntur daripada kalangan penyokong Terengganu."Mewakili Pengerusi PBSNT, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua."Kejuaraan ini, kami hadiahkan buat seluruh rakyat Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu yang banyak membantu," tambahnya.Turut menyaksikan perlawanan tersebut, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusof Mahadi dan pengurusan tertinggi FAM.
31 Aug 18
120
Empty Image
Pelancongan Desa Tingkat Ekonomi Penduduk Luar Bandar
Menteri KPLB, Rina Mohd Harun merasmikan Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari iniHULU TERENGGANU - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memberi penekanan kepada pembangunan pelancongan desa bagi meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.Menterinya, Rina Mohd Harun berkata, ini penting kerana secara tidak langsung mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat desa dan pada masa yang sama melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang."Contohnya di Tasik Kenyir, aktiviti pelancongan kini mempunyai 90 rumah bot, 110 bot laju, 112 bot rekreasi dan sebagainya yang dipelopori oleh penduduk tempatan."Ada di kalangan usahawan rumah bot mencatat pendapatan sehingga RM 30,000 sebulan, usahawan bot laju memperolehi pendapatan sehingga RM600 sehari dan pengusaha kedai makan yang boleh mencecah RM45,000 sebulan,"kata Rina.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan Majlis Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Ban­dar, R. Sivarasa; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim  serta Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail. Rina berkata, pihaknya juga akan memberi bantuan dalam bentuk dana kepada usahawan yang berpotensi untuk memajukan bidang yang diceburi melalui beberapa buah agensi yang berada di bawah kementeriannya."Kita akan lihat dan cuba memperincikan bagaimana bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada usahawan-usahawan ini."Paling penting semangat keusahawanan dan setiap pengusaha perlu mempunyai kreativiti tersendiri seperti tarikan rumah bot dari segi hiasan dan ada karekter yang unik,"ujarnya.Sementara itu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) disarankan merancang projek baharu bagi meningkatkan lagi keboleh pasaran Tasik Kenyir ke seluruh dunia dengan pelbagai tarikannya yang tersendiri."Ketengah perlu melihat pasaran-pasaran baru terutama negara Timur Tengah yang amat tertarik dengan elemen air dalam bentuk sebegini besar."Antara yang boleh diberi penekanan ialah konsep pelancongan Islam yang mampu menarik pelancong Muslim dari seluruh dunia,"katanya lagi.Terdahulu dalam ucapannya, Omar berkata pihaknya sedang merancang untuk mewujudkan program homestay atau inap desa di Kampung Basung dan Pasir Dula, iaitu dua buah kampung yang berada di laluan utama ke Tasik Kenyir."Sebagai pintu masuk, inap desa ini amat sesuai bagi mengetengahkan pengalaman tinggal bersama masyarakat di kampung-kampung sekitar dan mampu melahirkan usahawan tempatan yang maju dan dapat bersama-sama memajukan industri pelancongan di Tasik Kenyir."InsyaAllah KPLB dan Ketengah akan meneliti perkara ini bagi melihat kesesuaiannya dalam usaha memberi faedah kepada penduduk luar bandar," katanya.
30 Aug 18
147
Empty Image
Kerajaan Negeri Komited Bantu Golongan ‘Mak Nyah’
Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) komited membantu memulihkan golongan ‘mak nyah’ di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, menerusi program Mukhayyam berbentuk perkhemahan tiga hari dua malam untuk golongan itu yang memasuki edisi kedua dianjurkan JHEAT dilihat menunjukkan suatu perkembangan yang positif.“Pada sesi pertama yang dihadiri 100 orang ‘mak nyah’, ada di kalangan mereka yang telah berubah walaupun tidak sepenuhnya dan kita tetap melakukan pemantauan terhadap mereka yang pernah menyertai program ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penutup Program Sekuntum Impian Sejambak Harapan yang dihadir 18 orang ‘mak nyah’ negeri ini di Anggullia Beach House, Kuala Terengganu hari ini.Mohd Nor berkata, program yang diadakan selama tiga hari bermula 28 ogos lalu itu bertujuan mendampingi golongan berkenaan dalam usaha membentuk dan memulihkan golongan tersebut ke arah kehidupan mengikut hukum hakam Islam yang sebenar.“Selain menekankan aspek kerohanian dan keagamaan yang memberi kesedaran dan muhasabah diri , turut didedahkan pada program ini agensi-agensi yang boleh membantu mereka dari segi kemahiran, kursus, bantuan perniagaan dan sebagainya.“Antara yang terlibat termasuk Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Pembangunan keluarga (YPK) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU),” ujarnya.Katanya, kerajaan negeri sentiasa bersedia membantu mereka melepaskan diri mereka dari kehidupan mereka sekarang kepada kehidupan yang lebih baik.“Kita boleh memberi laluan kepada mereka untuk mencari hala tuju yang lebih baik dalam kehidupan kerana tidak semua golongan ini mahu kehidupan yang sedemikian,’ ujarnya.
29 Aug 18
51
Empty Image
1,300 Peserta Meriahkan Larian Mahabbah Merdeka 2018
Wan Sukairi melepaskan peserta larian mahabbah Merdeka 2018 di Bataran Batu Burok, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKira-kira 1,300 peserta menyertai Larian Mahabbah Merdeka 2018 anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.Pelepasan para peserta dari Dataran Batu Burok telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Turut hadir, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Belia, Sukan dan NGO) Mohd Rahimee Mohd Ramli.Para peserta dengan diiringi pihak polis dilepaskan kira-kira pukul 8.30 pagi melalui perjalanan dengan jarak 3.5 kilometer menuju Jalan Persinggahan (Belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah) melalui Hotel Sumai sebelum menuju ke Bulatan Batu Bersurat kemudian menuju Jalan Sultan Mahmud dan ke Dataran Batu Burok semula.Selain menyemarakkan sambutan menjelang hari kebangsaan, acara larian ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan serta NGO.Lebih menarik, program yang diadakan secara tahunan dengan kepelbagaian acara itu turut menyediakan hadiah cabutan bertuah dimana kali ini disediakan 61 cabutan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke -61.
29 Aug 18
30
Empty Image
Perutusan Khas Menteri Besar Sempena Hari Kebangsaan Ke-61
Alhamdulillah, negara sudah mengecapi kemerdekaan sejak tahun 1957 selama 61 tahun. Pelbagai onak dan duri telah dilalui oleh negara sepanjang tempoh tersebut yang cukup untuk mematangkan pemikiran kita sebagai seorang warganegara yang berdaya saing untuk membangunkan negara dan negeri Terengganu khususnya.Kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan keberanian para pejuang terdahulu dalam mempertahankan maruah tanah air tercinta daripada penjajah. Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh antara tokoh ulama dari Terengganu yang terpahat dalam lipatan sejarah masih kekal segar di ingatan generasi masa kini kerana sanggup berkorban jiwa dan raga demi kebebasan negara.Mempertahankan sebuah kemerdekaan menuntut komitmen yang padu dan jitu daripada semua lapisan masyarakat. Kerjasama utuh antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sangat penting dalam memastikan keamanan dan keharmonian pelbagai kaum sentiasa dijaga.Namun begitu, hakikat kemerdekaan adalah lebih luas. Merdeka bukan sahaja bebas penindasan fizikal tetapi bebas cengkaman mental daripada ideologi peninggalan penjajah. Mentaliti merdeka sepatutnya adalah berasaskan acuan sendiri, bebas daripada anasir luar yang boleh merosakkan. Negara kita kaya dengan adab dan tatasusila. Tambahan pula, Islam merupakan agama rasmi. Unsur-unsur songsang seperti LGBT, pergaulan bebas, hiburan melampau di alaf dunia tanpa sempadan boleh merencatkan pembangunan insan dan negara. Sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku” menyeru semua rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan etnik agar negara membangun seiring kemajuan global, memangkin pertumbuhan ekonomi dan melahirkan modal insan berintegriti. Besar harapan saya, rakyat Negeri Terengganu dapat menghayati kebebasan secara menyeluruh, mencorak identiti sendiri, mencipta kemajuan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.'Sayangi Malaysiaku''Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu30 Ogos 2018
29 Aug 18
506