Artikel "Utama" Terkini
Sebatan Syarie Mendidik Bukan Mendera
Ustaz Satiful Bahri (dua dari kiri) berucap dalam sidang media selepas pelaksanaan sebatan.Oleh: Muhd LukmanKUALA TERENGGANU - Hukuman sebatan terhadap pesalah lesbian kali pertama di negeri ini yang berjaya dilaksanakan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu membuktikan bahawa tujuan sebenar sebatan dalam Islam bukanlah untuk memudaratkan, bukan juga untuk menzalimi tetapi ia merupakan proses pendidikan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, dari sudut pandang Islam, tercatat di dalam Al-Quran bahawa kali pertama muncul hubungan sesama jenis atau perbuatan dari lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bermula pada zaman Nabi Luth."Di dalam Al-Quran Surah Al-A’raf ayat 80 dan 81 Allah berfirman: “Dan (Kami juga telah mengutus Nabi) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan yang sangat hina itu, yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelum kalian?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas."Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Mahkamah Syariah Negeri Terengganu yang berjaya melaksanakan hukuman sebatan dengan baik dan lancar sehingga selesai."Alhamdulillah hukuman sebatan hari ini berjalan dengan lancar dan diharapkan semua pihak saling berganding bahu untuk mengekang gejala LGBT ini."Kerajaan mengecam mana-mana badan atau pihak yang menyokong golongan LGBT ini dan akan berusaha untuk membanteras gejala ini dari terus menular ke dalam masyarakat kita."Pesalah juga menerima hukuman tanpa membuat rayuan dan hadir untuk menerima sebatan atas kerelaan diri sendiri."Kita harap segala kesilapan, keikhlasan dan keredhaan pesalah menerima keputusan sebatan ini akan mengkafarahkan dosa-dosa mereka dan insya-Allah akan memberi ruang kepada mereka untuk bertaubat," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas pelaksanaan sebatan di Mahkamah Syariah Negeri Terengganu, hari ini (3 September).Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berharap agar hukuman sebatan ini akan menjadi peringatan kepada masyarakat umum supaya menjauhi perkara-perkara yang menjadi kesalahan dalam syariat Islam itu sendiri."Al-Quran sendiri telah menegaskan kepada orang Islam supaya jangan menghampiri zina kerana ia merupakan penyakit dan akan menimbulkan banyak masalah di dalam masyarakat," katanya.Mengikut pertuduhan, kedua-dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu didakwa cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan di Dataran Arena Square, Dungun, pada jam 1:50 tengahari, bertarikh 8 April lalu.Keputusan dibuat Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail selepas pasangan itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.Terdahulu, dalam penghakimannya, Kamalruazmi berkata, kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan bertentangan dengan fitrah yang ditentukan Allah.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Bin Hashim, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan barisan Peguam Syariah Negeri Terengganu.
02 Sep 18
84
Jangan Ada Sifat Dendam- Mohd Nor
Oleh Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menutup buku lama serta kita mulakan dengan buku baru.“Saya harap penyelesaian yang lebih baik dan tiada sifat balas dendam. Namun setiap penyelesaian ada kaedah dan cara yang perlu kita ikuti serta akan memerlukan sedikit masa.“Imam dan bilal harus mengikut peraturan dan enakmen yang ditetapkan oleh pejabat agama. Jangan merasa kita telah menjadi imam yang lama, kita sentiasa betul. Oleh sebab itu, imam dan bila, perlu berlajar secara berterusan, “ujar beliau ketika menghadiri majlis pertemuan yang dibawah profotlio beliau bersama Imam dan bilal, semalamDi dalam majlis itu, beliau sempat memuji kepada imam dan bilal yang masih berkhidtmat walaupun telah disekat elaun bulanan serta berharap usaha itu diterima dan mendapat ganjaran dari Allah.Antara Imam masih bertugas selepas elaun disekat seramai 12 yang terdiri daripada 7 orang di Kuala Terengganu, 2 orang di Kuala Nerus dan 3 orang di Dungun. Manakala bilal pula seramai 10 orang yang terdiri daripada 2 orang di Kuala Terengganu, 2 orang di Kuala Nerus dan 6 orang di Dungun.Tujuan perjumpaan bertujuan membincangkan usaha murni yang akan dijalankan oleh kerajaan dan penyelesaian masalah berbangkit telah sekian lama dan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, (JHEAT).Antara yang turut hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam), Ustaz Mohd Azam Awi, Ketua Penolong Pesuruhjaya Pengurusan Masjid, Ustaz Haji Mokhtar Salleh, Pegawai Agama Daerah serta Imam dan bilal masjid mukim.
02 Sep 18
87
SUKMA 2018 : Perak Sedia Sambut Kunjungan 11,000 Atlet
Foto: Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU –Tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19, Perak kini melebihi 90 peratus persiapan akhir dan bersedia menerima kehadiran hampir 11,000 atlet dan pegawai ke temasya dwi tahunan yang akan bermula 12 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zukarnain Abd Munaim berkata, jumlah itu melibatkan 12 kontinjen yang menyertai 29 acara sukan keseluruhannya di 12 lokasi seluruh Perak.Katanya, satu pertiga acara akan berlangsung di Daerah Kinta dan Ipoh, sementara acara perasmian pula bakal berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada 11 September ini.“Dalam tempoh baki yang ada tidak kurang daripada 11 hari lagi kita akan mempergiatkan promosi dalam media utama seperti RTM dan TV3,” katanya lagi.Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Kunjung Hormat Penganjuran SUKMA Edisi Ke-19 Perak 2018 di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin (30 Ogos).Tambah beliau, majlis penutup temasya itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail.Selain itu juga, beliau berharap SUKMA yang berlangsung di Perak buat kali kedua selepas penganjuran pertama kali pada 1994 lalu, adalah yang terbaik sepanjang penganjuran temasya itu di negara ini.“Saya berasa`agak gerun' juga hadir ke Negeri Terengganu kerana Terengganu punya rekod yang sangat baik dalam SUKMA ini kerana beberapa kali menjuarai juara keseluruhan SUKMA.“Kita sedia maklum rekod inilah menyebabkan kerajaan negeri (Terengganu) meletakkan sasaran untuk merampas semula kejuaran SUKMA pada tahun ini,” katanya lagi.Menurut Hasnul lagi, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis jamuan bagi meraikan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, pada 20 September ini.Katanya, jamuan yang bakal meraikan 50 orang atlet dan 15 pegawai menjadi acara istimewa buat tuan rumah dan tetamu yang hadir sempena penganjuran sukan itu nanti.
02 Sep 18
52
UMT Bakal Terima Pelajar Baharu Esok
Seramai 2,451 pelajar baru bakal meneruskan pengajian mereka di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi mengikuti 27 program di peringkat ijazah sarjana muda pada sesi kemasukan 2018/2019 esok.Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ir Noor Azuan Osman berkata, daripada jumlah itu 65 peratus memilih aliran Sains dan selebihnya aliran Sains Sosial.Katanya, daripada jumlah yang mendaftar pula 76 peratus adalah pelajar wanita dan 24 peratus pelajar lelaki.“Saya rasa ini bukan suatu isu tetapi lumrah yang berlaku dimana-mana IPTA sekali pun di dalam negara malah di luar negara pun yang mana kebiasaannya pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki,” ujarnya ketika Sidang Media Khas UMT Peka Kebajikan Pelajar Baharu Sesi 2018/2019 di UMT, hari ini.Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali.Sementara itu katanya, seramai 402 orang turut mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat pasca siswazah.“Daripada jumlah itu 307 adalah pelajar dalam negara dan 95 orang dari luar negara termasuk dari Indonesia, Maldive, Lebanon, Yaman, Kanada dan Bangladesh,” ujarnya.
02 Sep 18
136
SMK Sultan Ahmad Johan Perbarisan Hari Kebangsaaan Ke-61
Pemenang Hadiah Kategori Ketua Perbarisan Terbaik (kanan) menerima hadiah dari Tengku Muhammad Ismail (tengah).- Foto Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Terengganu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000 dan Piala Kejohanan.Serentak itu, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan itu dan pemenang-pemenang yang lain di Dataran Batu Burok, di sini, kelmarin (31 Ogos).Sementara itu, Ketua Pasukan Pancaragam PKBM SMK Seri Nering dinobatkan sebagai Ketua Perbarisan Terbaik 2018 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM500, Piala dan Sijil.Bagi Ketagori Sekolah Menengah Tidak Beruniform, SMK Sultan Ahmad mendapat tempat pertama dengan membawa hadiah kemenangan bernilai RM4 Ribu, Piala dan Sijil.Sementara SMK Belara tempat kedua dengan membawa hadiah kemenangan bernilai RM2 Ribu dan Sijil manakala SMK Seri Nilam mendapat tempat ketiga membawa hadiah bernilai RM2 Ribu dan Sijil.Bagi Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform pula tempat pertama disandang oleh Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu (kedua), Pejabat Daerah dan Tanah Besut (ketiga).Johan Badan Berkanun Tidak Beruniform (kanan) menerima hadiah dan piala dari Tengku Muhammad Ismail (tengah).Untuk Badan Berkanun Tidak Beruniform, tempat pertama dimenangi oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Yayasan Islam Terengganu (kedua) dan Yayasan Terengganu (ketiga).Jabatan Kerajaan atau Badan Berkanun, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta Beruniform, tempat pertama, Kesatria Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (kedua) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (ketiga).Bagi Kategori Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan IPT tidak beruniform tempat pertama, PETRONAS, Universiti Malaysia Terengganu (kedua) dan TATIUC (ketiga).Manakala Pasukan Sekolah Menengah Beruniform Sekolah, tempat pertama PKBM (Darat) SMK Seri Nering, Kadet Polis SMK Sultan Sulaiman (kedua) dan PKBM (Darat) SMK Ibrahim Fikri (ketiga).Bagi Ketegori Pancaragam Sekolah, tempat pertama SMK Sultan Sulaiman, SMK Chung Hwa Wei Sin Kuala Terengganu (kedua) dan Pasukan Elit SMK Lembah Bidong (ketiga).Tujuh Kategori dipertandingkan dengan penglibatan 84 pasukan dan penyertaan seramai 3262 peserta. Sebanyak 22 pasukan lain tidak menyertai pertandingan tersebut.
02 Sep 18
889
Aktiviti Bersukan Mampu Tambah Kenalan
Dr Samsuri mendengar penerangan daripada pihak penganjur Oleh: Aslam WiraMARANG- Kerajaan negeri menyarankan kepada masyakat supaya menjadikan aktiviti bersukan sebagai tempat menambah kenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara umat Islam.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pendekatan itu sewajarnya diamalkan kerana sifat berkenalan di antara kita adalah sifat yang dituntut oleh Allah SWT.Katanya, dia turut mencadangkan supaya memperbanyakan program lain untuk semua lapisan masyarakat selain daripada sukan bola yang boleh diadakan dalam bentuk kejohanan. Satu sukan untuk perempuan dan golongan berumur agar Rhu Rendang boleh menjadi contoh."Kita ingin tunjukkan kepada Dun-Dun lain bahawa dun Rhu Rendang sangat unik, di mana sukan diadakan untuk semua lapisan masyarakat supaya keharmonian dapat dicapai." katanya.Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Rhu Rendang di Padang Astaka Kampung Paya semalam.Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Rhu Rendang disertai oleh 21 pasukan di dalam Dun Rhu Rendang yang berlangsung selama lebih kurang dua bulan, bermula 31 Ogos.Kejohanan ini adalah di bawah anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di bawah kerjasama DACS dan Pemuda Pas Rhu Rendang.Di kemuncak program Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberikan sedikit insentif dan bola sepak khas yang ditandatangani oleh beliau kepada pengurus 21 pasukan diiringi oleh Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Encik Mohamad Bin Embong.Turut bersama di Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Rhu Rendang 2018 tersebut adalah Penghulu Kanan Encik Ibarahim Bin Othman, Ahli Majlis Daerah Yusof Abdul Hadi, Pengarah MTD Tuan Haji Daud Jusoh, Penyelia i-MiTS Encik Mohamad Bin Embong, Pegawai Khas Parlimen Marang Encik Harun Bin Yusof, dan Pegawai Khas ADUN Encik Wahad Bin Osman.
02 Sep 18
399
SST Tidak Selesai Masalah Rakyat
Oleh: Noor Safinah MohdKUALA TERENGGANU – Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya, kos sara hidup dan harga barangan masih lagi meningkat dan membebankan rakyat, kata Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurutnya, sesiapa sahaja boleh melaksanakan sesuatu sistem yang lain tetapi persoalannya adakah ia dapat menyelesaikan masalah asas kepada rakyat iaitu kos sara hidup dan harga barangan yang semakin meningkat."Apa yang paling penting setiap pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk memastikan berlakunya pengurangan kos sara hidup. Bukan sekadar melakukan perubahan semata-mata tetapi ia masih sama,” kata beliau selepas melancarkan acara 10 Ribu Langkah Kemerdekaan di Surau Al-Hikmah, Padang Midin, di sini, semalam.Menteri Besar turut merasmikan Karnival Perkampungan Ilmu sempena penubuhan 30 tahun Surau Al-Hikmah Padang Midin.Program tersebut turut menampilkan beberapa personaliti dakwah dari seluruh Malaysia seperti Ustaz Ahmad Syukri Yusof, Ustaz Dr Zamri dan Ustaz Haslin Bollywood.Dalam pada itu, Dr Samsuri berkata, kerajaan hari ini sepatutnya memberi tumpuan utama kepada langkah untuk mengawal dan menurunkan harga barangan berikutan isu masa kini, harga barangan begitu mudah meningkat berbanding sebaliknya.Menurut beliau lagi, PAS sendiri mencadangkan pemansuhan GST dan berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melaksanakan cukai dalam bentuk yang lain sekali gus tidak membebankan rakyat. "PAS telah memperkenalkan Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham dalam manifesto pilihanraya yang lalu sebagai alternatif kepada cukai sebelum ini,"kata beliau lagi.
02 Sep 18
155
SUKMA 2018 : Terengganu Bakal Cipta Sejarah
Foto : Syaiful MustaffaKUALA TERENGGANU - Atlet Terengganu yang bakal beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak tidak lama lagi, ditagih menunjukkan semangat juang yang tinggi supaya mampu mencipta sejarah yang tersendiri bukan hanya untuk diri masing-masing, malah untuk kontinjen dan juga Terengganu khasnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, atlet perlu mempersiapkan diri dan emosi supaya mampu memahat rekod peribadi yang pastinya menjadi kebanggaan kepada keluarga, negeri dan juga negara.“Kita bersukan dengan bersungguh-sungguh, berusaha dengan semaksima mungkin dan jangan lupa antara tujuan dan matlamat kita bersukan bukan sahaja untuk menang. “Tetapi bersukan juga untuk melahirkan semangat kesukanan, semangat bantu membantu, semangat tolong menolong dan berusaha untuk mendapat kejayaan,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Kunjung Hormat Penganjuran SUKMA Edisi Ke-19 Perak 2018 di Dewan Jamuan Tingkat 18, Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin (30 Ogos).Wan Sukairi berkata, Terengganu akan menghantar seramai 555 atlet dan 199 pegawai serta jurulatih ke SUKMA Perak pada 12 hingga 22 September 2018 yang akan menyertai 29 jenis sukan di temasya itu nanti.Sehubungan dengan itu, pada 5 September ini, satu kem akan diadakan untuk atlet bagi menekankan aspek disiplin dan peraturan sepanjang temasya sukan negara terbesar itu.“Aspek disiplin (adalah) suatu perkara yang sangat penting dan untuk itu kita akan beri penekanan kepada atlet dalam program selama 10 hari tersebut. Insya Allah kita yakin atlet kita mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pegawai dan jurulatih kerana ia menjadi asas kejayaan,” ujarnya. Menurutnya, disiplin adalah perkara yang sangat penting dalam setiap atlet dan mereka tidak boleh mengabaikannya semata-mata untuk mengejar kejayaan.
01 Sep 18
99
Pelbagaikan Sukan Untuk Semua Lapisan Masyarakat
Dr. Samsuri bersalam dengan pemain sebelum perlawanan. Foto: Media MB.MARANG - Kepimpinan di semua peringkat menyarankan penganjuran kepelbagaian kejohanan sukan supaya boleh disertai semua lapisan masyarakat, kata Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar."Pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) yang ada di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama dun Rhu Rendang perlu menganjurkan sukan mengikut kesesuaian penduduk."Usaha ini perlu dilaksanakan supaya DUN Rhu Rendang boleh dijadikan contoh kepada DUN lain dalam keunikan penganjuran kejohanan sukan yang dapat disertai semua golongan dari kecil hingga dewasa," katanya ketika hadir merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan ADUN Rhu Rendang di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini, malam tadi.Dr. Samsuri melakukan sepak mula sebagai simbolik perasmian. Foto: Media MB.Sebanyak 21 pasukan menyertai kejohanan itu yang akan berlangsung selama dua bulan bermula semalam sehingga Oktober 2018 di dua venue perlawanan iaitu Kampung Kelulut dan Kampung Rhu Rendang.Majlis perasmian itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 penonton yang menyaksikan perlawanan pembukaan kumpulan C antara juara bertahan, Rusila FC dan Rhu Rendang B.Perlawanan berakhir menyaksikan Rusila FC menang dengan mata 3-1.Foto: Media MB.
01 Sep 18
83
SUKMA 2018 : Bola Sepak Dijangka Sumbang Emas
Oleh : Syed Kamal Skuad bola sepak Terengganu yakin mampu menghadiahkan emas buat kontinjen negeri pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak nanti.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang juga bapa angkat kepada sukan itu, yakin dengan prestasi semasa yang ditunjukkan pasukan itu selepas menjuarai Piala Presiden 2018, baru-baru ini.“Kita sangat mengharapkan prestasi yang cemerlang dalam Piala Presiden ini dapat dikekalkan di SUKMA nanti. Saya yakin satu emas sudah berada dalam genggaman Negeri Terengganu kerana kita telah pun berjaya meraih johan Piala Presiden baru-baru ini,” katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Jalinan Mesra Bapa Angkat Pasukan Bola Sepak Sukma 2018, di Hotel Primula, di sini, malam tadi. Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman, Mohd Soud Said.Amzad berkata, walaupun sudah bergelar juara, pemain diingatkan supaya tidak begitu selesa dengan kedudukan itu, sebaliknya perlu mengekalkan momentum dan prestasi supaya sentiasa berada di landasan terbaik."Kami akan sedia membantu pasukan kita sama ada dari segi moral mahupun peruntukan yang diperlukan pasukan bagi membuahkan hasil yang gemilang buat pasukan kita insyaAllah,"katanya lagi.
01 Sep 18
42