Artikel "Utama" Terkini
Muzium Sebagai Institusi Pendidikan Masyarakat
Oleh: Noor Safinah MohdKUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri berharap institusi muzium bukan sekadar tempat untuk memaparkan bahan-bahan sejarah, sebaliknya menjadi bahan pendidikan kepada masyarakat. “Adalah sangat penting menarik golongan muda untuk meminati dan memahami bahan-bahan sejarah ini kerana ia mampu mengajar mereka tentang susur galur kehidupan mereka, tentang budaya, tatacara dan akhlak untuk menjadi warga masyarakat yang mampu menyumbang kepada perkembangan Negeri Terengganu dan Malaysia”. ucapnya ketika merasmikan Majlis Perasmian Seminar Kearifan Tempatan di Muzium Negeri Terengganu hari ini. Namun, pada zaman teknologi maya ini, ia memberi cabaran yang sangat besar kepada agensi seperti ini kerana tarikan pengunjung terutamanya golongan muda terhadap tempat-tempat sejarah semakin mengecil. Jika suatu ketika dahulu muzium dijadikan tempat utama untuk dikunjungi, kini tidak lagi. “Kita tidak mahu muzium kita dan lain-lain seumpamanya bukan sekadar menjadi tempat memaparkan sejarah, tetapi muzium sendiri menjadi bahan sejarah”. ujarnya. Sehubungan itu, Dr Ahmad Samsuri berharap pelbagai inisiatif harus dilakukan untuk menarik masyarakat terutamanya golongan muda untuk meminati dan memahami bahan-bahan sejarah ini agar ia tidak ketinggalan dalam arus globalisasi dan revolusi maya ini. “Saya berharap agensi-agensi kerajaan dan swasta boleh bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk berkongsi kepakaran masing-masing bagi membantu memartabatkan agensi-agensi kerajaan. Dengan pelancaran E-Commerse Muzium Maya, ia menunjukkan satu nilai tambah yang positif kepada Muzium Negeri Terengganu.” ucap beliau lagi.Dalam pada itu, Dr Ahmad Samsuri juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak muzium kerana kejayaan mendapat pengiktirafan lima (5) bintang Audit Pengurusan Kewangan dan Akauntabiliti 2018. Beliau turut mengingatkan agensi-agensi kerajaan lain berusaha untuk tingkatkan Pengurusan Kewangan, menjaga kepentingan awam dan jauhkan dari sebarang salahlaku atau kepincangan urustadbir. Seminar Kearifan Tempatan-Tekstil menghimpunkan ahli akademik dan penyelidik dari seluruh tanah air termasuk peserta dari luar negara seperti Switzerland, Taiwan, Vietnam, Indonesia, Singapore dan Tahiland untuk perkongsian intelektual yang mengfokuskan kepada bidang tekstil. Seminar ini akan berlansung selama tiga hari berturut-turut bermula hari ini sehingga 5 September 2018.
03 Sep 18
115
Pasukan Pencak Silat Sasar 4 Emas
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU- Pasukan Pencak Silat Terengganu mensasarkan sekurang-kurang empat pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan diadakan di Perak dari 12 hingga 22 September ini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Ustaz Ridzuan Hashim yang juga merupakan ADUN Buluh Gading berkata, seramai 32 orang atlet pencak silat sedang menjalani latihan dan telah benar - benar bersedia untuk menghadapi pertandingan itu nanti.Beliau yang juga dilantik sebagai “Bapa Angkat” kepada sukan pencak silat ini berasa amat yakin untuk beroleh 4 pingat emas sebagaimana yang disasarkan. “Apa jua masalah dan halangan yang timbul adalah merupakan suatu cabaran agar para atlet dapat melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu nanti”, tambah beliau.Add captionBeliau berkata demikian ketika ditemui media semasa memantau latihan para atlet pencak silat di Kompleks Majlis Sukan Negeri Terengganu petang tadi.Beliau juga berdoa agar para atlet pencak silat diberi semangat dan kekuatan oleh Allah SWT untuk mencapai sasaran pasukan iaitu 4 pingat emas dan juga sasaran peringkat negeri sebanyak 69 pingat emas untuk dinobatkan sebagai juara SUKMA ke 19.Turut hadir semasa sesi latihan itu tadi adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Tuan Hj Ibni Amin Busu, Pengurus Pasukan Pencak Silat SUKMA Terengganu, Tuan Hj Alias Abas dan Wakil Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu, En Zulbahry Sulong yang juga merupakan jabatan angkat kepada Sukan Pencak Silat Terengganu.
03 Sep 18
499
Terengganu Harap Pulang Dengan Kejayaan
Ustaz Satiful Bahri Mamat (tengah) berucap kepada media selepas perjumpaan ramah mesra tersebut.Oleh: Muhd LukmanKUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri mengharapkan pasukan Terengganu membawa kejayaan membanggakan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan diadakan di Perak dari 12 hingga 22 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YB Ustaz Saiful Bahri Mamat, berkata dia mengharapkan pasukan Sukma Terengganu mampu melakukan yang terbaik dan mampu memperoleh pingat.Katanya, setiap perkara yang kita buat kita dahulukan dengan bismillah dan kita letakkan segala pengharapan kita kepada Allah S.W.T agar beroleh kejayaan, InsyaAllah ada pertolangan dari-Nya."Kita perlu mengharumkan Terengganu bahkan menangkis pandangan remeh pasukan lain terhadap pasukan Terengganu."Saya berharap pasukan kita dapat menyumbang sebanyak mungkin emas buat Terengganu dan boleh mengatasi pencapaian Sukma kita yang lepas,”katanya yang merupakan bapa angkat kepada Pasukan Menembak Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas Perjumpaan Ramah Mesra bersama Pasukan Menembak Negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu petang semalam.YB Ustaz Saiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut memberikan kata-kata semangat dan sedikit tips untuk mereka beroleh kejayaan dalam pertandingan tersebut.Beliau juga sempat mengingatkan para pemain supaya menjaga kesihatan untuk menghadapi sukan ini tidak lama lagi.“Jangan lupa jaga etika dan adab kita semasa berada di negeri orang kerana kamu semua membawa nama negeri ini, perlu menunjukan contoh tauladan yang baik kepada para atlit lain,”katanya.
03 Sep 18
143
10,000 Dijangka Hadir Muktamar PAS
Dr Ahmad Samsuri melihat bahan penulisan yang dipamerkan sempena Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd NoorKUALA TERENGGANU - Kira-kira 10,000 orang dijangka menghadiri Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat 2018 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Terengganu selama tiga hari mulai 14 September ini.Muktamar PAS Pusat akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak diikuti Dewan Pemuda Pas di Duyong Marina Resort, Dewan Muslimat di Taman Tamadun Islam (TTI) manakala Dewan Ulama PAS di Hotel Permai.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohktar berkata, kerajaan negeri berhasrat menjadikan program tahunan yang memilih Terengganu sebagai tuan rumah itu, sebuah acara yang melibatkan seluruh masyarakat bukan setakat anggota parti sahaja.“Orang ramai boleh datang untuk melihat pameran, melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan sebagainya kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung.“Malah, pengunjung luar juga diharap tidak melepaskan peluang untuk menerokai Terengganu kerana terdapat agensi berkaitan akan turut mempamerkan produk pelancongan menarik yang ada di negeri ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri, semalam.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Kamarul Bahrin A. Kassim dan Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Che Muhammad Azmi Ngah.Sementara itu, mengulas mengenai kandungan ucapan dasar yang akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang untuk dibahaskan oleh perwakilan ketika menyempurnakan perasmian muktamar tahunan itu kelak, antaranya termasuk kepentingan mewujudkan kerjasama politik baharu dalam mencorak masa depan PAS.Menurut beliau, selain itu Abdul Hadi juga dijangka menggariskan beberapa hala tuju PAS untuk dipertimbangkan oleh kepemimpinan PAS di setiap peringkat seiring dengan suasana politik negara semasa.“Contohnya mengenai kepentingan untuk memastikan Islam sebagai agama persekutuan dipertahankan dan kebajikan rakyat terutama yang menjadi majoriti dalam negara ini terpelihara, begitu juga dari segi budaya dan akhlaknya,” ujarnya.
03 Sep 18
31
MB Hadir Di Stadium Suntik Semangat TFC
MB (depan, tiga dari kiri) bersama Ustaz Hishamuddin (empat dari kiri) menyaksikan perlawanan bolasepak antara TFC dan Perak di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah Kuala Terengganu. -Foto Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Malaysia antara Skuad Terengganu FC (TFC) dan Perak bagi menyuntik semangat juang pasukan Penyu itu di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah, 2 September.Turut hadir memberi semangat, Timbalan Pengerusi Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menyaksikan pertarungan sengit untuk mempastikan skuad Penyu layak ke separuh akhir bersama Perak.Walaupun skuad TFC kecundang 1-2 kepada Perak namun kedua-dua pasukan berkungsi 10 mata dalam saingan Kumpulan A bagi menempah tempat ke suku akhir piala berkenaan.Bagaimanapun skuad Penyu tetap unggul sebagai pendahulu kumpulan berdasarkan kelebihan jaringan.Skuad Penyu bimbingan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim bermula garang dengan beberapa percubaan bahaya menerusi rangkaian penyerangnya yang diketuai kapten, Kipre Tchetche dan Mohd Ashari Samsudin, namun berjaya dipatahkan pertahanan skuad The Bos Gaurus.Pelawat yang hadir dengan misi wajib menang berjaya menyerap tekanan dengan melakukan serangan balas untuk meledak jaringan pendahuluan menerusi penyerang sensasinya, Gilmar Da Silva tapi kubu tuan rumah terus kebal bertahan.Pada minit ke-20, Gilmar yang mendapat peluang di dalam kotak penalti hasil kealpaan benteng tuan rumah tidak melepaskan peluang berkenaan dengan mencetak nama sebagai penjaring gol buat pasukannya untuk mendahului 1-0.Kelibat pemain TFC dan Perak lincah bertarung di padang.Skuad TFC yang dilihat tertekan nyaris dibolosi buat kali kedua sembilan minit kemudian melalui tolakan mengelirukan Muhammad Firdaus Saiyadi, tapi bola bergolek melepasi tiang gol sekali gus terselamat pintu gol tuan rumah.Bersambung babak kedua, skuad kendalian Irfan Bakti yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir terus diasak pasukan The Bos Gaurus yang ghairah untuk menambah jaringan dengan beberapa percubaan bahaya yang nyaris menemui mulut gol.Hasil sepakan sudut Lee Tuck, Mohd Ashari yang tidak dikawal melakukan rembatan kencang di dalam kotak penalti pada minit ke-65 sekali gus berjaya menyamakan kedudukan 1-1.Semangat juang tinggi pemain Perak akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mendapat jaringan kemenangan 2-1 sekali lagi menerusi Gilmar pada minit ke-86 perlawanan.
03 Sep 18
53
1 Juta Bakal Ke Tasik Kenyir
Ustaz Ariffin Deraman berucap dalam majlis perasmian penutup tersebut. Foto - Syaiful MustafaOleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU - Kerajaan mensasarkan seramai kira-kira satu juta pelancong akan berkunjung ke Tasik Kenyir pada akhir tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, data statistik pelancong ke Tasik Kenyir menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun."Kehadiran pelancong terus meningkat dan kita jangka pada tahun ini akan melepasi angka yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Festival Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, kelmarin (2 September).Festival tersebut melabuhkan tirainya pada hari Ahad, 2 September setelah berlangsung selama 4 hari bermula dari 30 September.Menurut Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, kehadiran pelancong yang ada di Tasik Kenyir adalah paling ramai, disusuli oleh Taman Tamadun Islam dan lain-lain."Kerajaan Negeri Terengganu telah mengeluarkan peruntukan yang besar bagi melaksanakan pembangunan di Tasik Kenyir untuk melengkapkan kemudahan dan tarikan pengunjung ke sini."Kita harus berbangga dengan kelebihan yang Allah berikan di bumi Terengganu ini yang mempunyai pelbagai keindahan alam seperti pesisir pantai, air terjun, pulau, tasik, hutan dan sebagainya."Kita juga harus menghargai dan menjaga kelestariannya agar ia dapat dinikmati oleh generasi seterusnya."Kerajaan Negeri Terengganu akan meneruskan projek yang dapat membawa manfaat kepada industri pelancongan di sini."Pusat Perniagaan Kenyir Trade Center yang dijangka akan siap pada tahun hadapan akan menyemarakkan lagi perniagaan bebas cukai dengan kompleks yang lebih luas, kemudahan yang baik serta barangan yang lebih banyak dan pelbagai," ujarnya.Beliau berharap supaya Festival Tasik Kenyir 2018 telah berjaya mencapai matlamatnya dalam membuka ruang yang seluas-luasnya untuk para pengunjung mengenali Tasik Kenyir."Saya juga berharap agar penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pelbagai bidang yang ada untuk menjayakan hasrat kerajaan agar industri pelancongan ini dapat berkembang pesat di samping dapat menjana pendapatan rakyat Terengganu dan sekaligus meningkatkan ekonomi Kerajaan Negeri Terengganu.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh, ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.
03 Sep 18
90
Kerajaan Negeri Teruskan Pembangunan Di Tasik Kenyir
Ariffin Deraman /Foto oleh Syaiful MustafaHULU TERENGGANU - Kerajaan negeri akan meneruskan projek yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan pelancongan di Tasik Kenyir.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata pusat perniagaan Kenyir Trade Centre yang dijangka siap tahun hadapan akan menyemarakkan lagi industri pelancongan di tasik buatan manusia itu.Katanya, perniagaan bebas cukai ditempatkan dalam kompleks yang lebih luas, mempunyai kemudahan yang baik serta kepelbagaian barangan mampu memberi impak yang positif kepada ekonomi negeri dan juga meningkatkan pendapatan rakyat."Kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan yang besar bagi melaksanakan pembangunan di Tasik Kenyir bagi melengkapkan kemudahan dan tarikan-tarikan bagi meningkatkan kedatangan pengunjung."InsyaAllah pembangunan ini akan kita teruskan bagi memastikan industri pelancongan di Terengganu berkembang pesat malah memberi manfaat yang lebih besar kepada negeri dan juga rakyat Terengganu khususnya," katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi, di sini, semalam.Ariffin berkata, kerajaan negeri juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Ketengah dalam menjayakan Festival Kenyir 2018 sebagai satu wadah untuk mempromosikan lagi Tasik Kenyir di mata pelancong dalam dan luar negara."Kita semua maklum bahawa Tasik Kenyir semakin hari semakin mendapat tempat di hati pelancong."Ini dapat dibuktikan peningkatan bilangan pengunjung yang telah mencecah 800,000 orang setahun dan kesemua ini menunjukkan bahawa Tasik Kenyir mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dengan lebih pesat lagi pada masa yang akan datang,"ujarnya.Sementara itu, Ariffin turut menyeru penglibatan penduduk tempatan secara lebih aktif dalam pelbagai bidang seperti pengusaha bot laju, bot rekreasi, rumah bot, jualan makanan, pembuatan cenderamata dan kraf serta berbagai perusahaan lain.Jelasnya, ini penting dalam usaha untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung dan pada masa yang sama menjadi sumber pendapatan yang baik kepada rakyat."Saya juga percaya banyak lagi pendekatan yang boleh diteroka dari segi konsep pelancongan di Tasik Kenyir kepada pengunjung dari dalam dan luar negara untuk mengenali Tasik Kenyir dengan sedalam-dalamnya."Misalnya Pelancongan Islam yang menawarkan pakej-pakej rekreasi sambil beribadah, pakej Pelancongan Pendidikan bagi menerapkan kesedaran tentang alam, alam sekitar dan hidupan dan sebagainya,"kata Ariffin.
03 Sep 18
40
Hormati Keputusan Mahkamah- Dr Ahmad Samsuri
Dr Ahmad Samsuri (tengah) berkata sesuatu pada sidang media Majlis Perasmian Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd NoorGolongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau mana-mana pihak yang tidak berpuas hati diingatkan supaya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berhubung hukuman terhadap dua wanita hari ini selepas didapati bersalah kerana cuba melakukan hubungan sejenis baru-baru ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan yang dibuat berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 termaktub di bawah bidang kuasa mahkamah syariah di negeri ini.“Peraturan dan enakmen itu sudah ada dalam undang-undang Negeri Terengganu dan sebarang penguatkuasaan terhadap peraturan, undang-undang dan enakmen ini adalah perkara biasa yang perlu dilakukan.“Sebagai pentadbir sebuah kerajaan kita mendokong peraturan dan mana-mana yang dilihat satu tindakan yang salah mengikut enakmen, undang-undang dan peraturan haruslah diambil tindakan berasaskan kepada prinsip perundangan,” ujarnya sebagai mengulas mengenai pelaksanaan sebatan terhadap dua wanita itu yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri, di sini, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Kamarul Bahrin A. Kassim dan Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Che Muhammad Azmi Ngah.Dr Samsuri berkata, hukuman sebatan terhadap pesalah lesbian kali pertama yang dilaksanakan di Terengganu itu membuktikan bahawa tujuan sebenar hukuman dalam Islam bukanlah untuk memudaratkan, bukan juga untuk menzalimi tetapi ia merupakan proses pendidikan.“Di pihak kerajaan negeri peranan kita adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat dan bagaimana kita hendak menukarkan persepsi masyarakat terhadap hukuman ini yang bertujuan untuk mendidik.“Itulah antara prinsip yang perlu kita faham bahawa pihak berkuasa menjalankan hukuman berdasarkan kepada keputusan mahkamah dan kita perlulah menghormati keputusan dibuat begitu juga dengan pihak di luar sana,” ujarnya.Menurut beliau lagi, hubungan songsang sebegini perlu dibendung dan tidak wajar berlaku di negeri ini dan diharap hukuman tersebut akan menjadi pengajaran buat pesalah serta masyarakat.“Telah ada peraturan bahawa perkara yang dilakukan itu tidak boleh. Tentulah orang yang melakukan kesalahan mencari pelbagai alasan, apatah lagi perbuatan yang dibuat itu bertentangan dengan hukum agama, adat, budaya dan masyarakat,” ujarnya lagi.
03 Sep 18
78
Galak Pelajar Sekolah Jadikan Muzium Medan Pencarian Ilmu
Dr Ahmad Samsuri melihat hasil seni tenunan perak yang dipamerkan sempena Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd NoorKUALA TERENGGANU-Sekolah-sekolah dibawah kelolaan kerajaan negeri disaran membawa pelajar mereka berkunjung ke muzium yang berkonsepkan mendidik serta menyebarkan pengetahuan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut telah dimakluman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman untuk tindakan sewajarnya.“Saya telah meminta supaya pelajar-pelajar sekolah dibawah kerajaan negeri mempunyai satu modul yang khusus kepada anak-anak ini untuk datang ke muzium dan membiasakan diri mereka dengan bahan-bahan muzium seperti membaca dan sebagainya serta ada tugasan yang perlu dibuat.“Contohnya, ada pelajar yang berminat berkaitan tentang kendi, jadi mereka boleh membuat penulisan tentang kendi untuk mereka lebih faham tentang sejarahnya, pengunaan, bahan dan sebagainya. “Kita bertanggungjawab untuk memberi maklumat kepada generasi baru ini dari peringkat awal supaya anak-anak minat kepada muzium dan bahan-bahan sejarah dan ini adalah salah satu cara dalam bidang kuasa kerajaan negeri yang boleh dilaksanakan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Kamarul bahrin A. Kassim dan Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Che Muhammad Azmi Ngah. Ahmad Samsuri turut mengharapkan sekolah dibawah kelolaan kerajaan pusat turut mengambil langkah sama dalam menggalakkan pelajar menjadikan muzium bahan pendidikan sekolah.“Saya juga mengharapkan rakyat Terengganu khususnya mengambil sikap yang sama dengan menjadikan muzium sebagai tempat medan ilmu untuk mendapat maklumat berkaitan budaya,warisan, adat melayu serta sosial masyarakat.“Rugi sekiranya bangunan muzium yang begitu cantik dan besar ini tidak dijadikan tempat yang penting untuk dikunjungi,” ujarnya.
03 Sep 18
74
Daurah Al Quran Tampil Ulama Sheikh Dr Ahmad Isa
Kerajaan negeri akan menganjurkan Daurah al-Quran Pendakwah Terengganu Bersama Sheikh Dr Ahmad Isa Al Ma’Sarawi bertujuan mendekatkan masyarakat dengan al-Quran.Program yang akan berlangsung pada 16 September bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu itu bakal menampilkan ulama al-Quran terkenal dunia iaitu Dr Ahmad Isa.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah, berkata, pihaknya sengaja memilih tarikh 16 September di mana sama tarikh dengan program Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat.Katanya, pendekatan itu memudahkan orang ramai terutama pengunjung dan peserta dari luar Terengganu dan luar negara turut mengunjungi program daurah al Quran yang penuh berilmu dan bermanfaat.“Walaupun program itu berlangsung hanya 4 jam iaitu bermula jam 2 petang, pelbagai manfaat dan pengkogsian ilmu diperoleh peserta dan pengunjung, Orang ramai dijemput hadir pada program yang julung kali diadakan itu, “ katanya.
02 Sep 18
123