Artikel "Utama" Terkini
Hadiah RM150 Ribu Kepada TFC III, RM50 Ribu Kepada TFC IV
Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bersetuju menghadiahkan RM150,000 kepada Skuad Terengganu Football Club (TFC) III dan RM50,000 kepada TFC IV selepas masing-masing menjadi johan Piala Presiden dan naib johan Piala Belia.Sementara itu, pemain TFC III pula dihadiahkan RM2,000 seorang manakala pemain skuad TFC IV menerima RM1,000.Keputusan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu yang juga Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Kesyukuran sempena meraikan kemenangan mereka. Sementara itu, beliau berkata, ianya adalah tanda keprihatinan atas semangat mereka yang membanggakan dan menjulang nama Negeri Terengganu dalam sukan tersebut.“Sememangnya pencapaian ini adalah satu perkara yang bukan mudah melalui tempoh latihan kecederaan, keletihan dan macam-macam sehingga mampu untuk mencapai kemenangan,“Kita akan buktikan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu dan negara bahawa kita mampu melakukan sesuatu untuk mengekalkan kemenangan serta mencipta kemenangan yang lebih di masa akan datang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Permata Ballroom, Permai Hotel, di sini, semalam, (4 September).Kata beliau, ianya antara pencapaian terbaik dan peluang meningkatkan karier, menimba pengalaman, menambah kemahiran serta meningkatkan prestasi bola sepak bukan sahaja di Terengganu tetapi peringkat nasional.Tambah beliau, ia adalah sebahagian sumbangan kepada bola sepak negara selepas membuktikan prestasi baik pasukan dalam liga Malaysia.“Saya juga mengambil peluang ini mengucapkan selamat maju jaya pada Skuad SUKMA Perak 2018 TFC III yang akan beraksi pada pertengahan bulan ini.“harapkan kejayaan yang dicapai dalam Piala Presiden ini mampu dibawa ke SUKMA untuk merangkul pingat emas….Tiada yang mustahil.. awak boleh buat,” ujar beliau kepada para skuad SUKMA.Sehubungan itu kata beliau, pihak kerajaan akan menyokong sepenuhnya segala aktiviti sukan terutama bola sepak, sebagai sukan paling diminati di dunia khususnya rakyat di Negeri Terengganu. “Kesinambungan penstrukturan bola sepak Terengganu 2018 akan tetap kita teruskan dan kita bersetuju untuk mengekalkan pasukan TFC II sebagai fiden club,“Untuk memberi peluang kepada pasukan pelapis tTFC III dan TFC IV memajukan carier sebelum menjadi pemain professional dan berjaya,” tambahnya.Justeru itu, beliau berharap sukan SUKMA tersebut mampu untuk mengeratkan silaturrahim dan memberi manfaat kepada semua.
05 Sep 18
98
Sebatan Syarie Pesalah Lesbian: Apa Kata Dato' Seri Mufti?
Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.Oleh: Noraini JusohKUALA TERENGGANU - Pelaksanaan hukuman sebatan syarak yang dijalankan di khalayak ramai mengundang pelbagai reaksi masyarakat.Sebahagian pihak menganggapnya secara negatif dengan mendakwa ianya menghina, dan tiada belas kasihan. Manakala pihak lain mendakwa peraturan itu kuno dan kejam serta akan menjejaskan sektor pelancongan.Bahkan ada pihak yang percaya bahawa hukuman tersebut adalah kejam, tidak berperikemanusiaan dan menghina yang melanggar larangan terhadap penyeksaan dalam perjanjian hak asasi manusia antarabangsa yang ditandatangani Malaysia serta tidak memiliki potensi pemulihan.Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, terdapat perbezaan ketara antara sebatan syarak dan sebatan sivil.“Sebatan dalam Islam bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan kesalahan.“Manakala, sebatan sivil yang merupakan pukulan kuat yang terhasil daripada hayunan yang tinggi serta difokuskan kepada satu bahagian tubuh badan sahaja yang pastinya akan menembusi kulit,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini (5 September).Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu sejarah baharu yang dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu iaitu hukuman sebat terhadap pesalah lesbian yang dibuat secara terbuka yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang awam bagi melihat sendiri pelaksanaan hukuman itu.Dari segi perlaksanaan sebatan syarak, beliau menjelaskan bahawa kaedah sebatan iaitu dengan satu bentuk pukulan yang sederhana dan terdapat beberapa syarat utama perlaksanaan kaedah sebatan itu sebagaimana yang terkandung di bawah Seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560).“Antaranya, sebelum dilaksanakan, pesalah mesti diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalani hukuman itu.“Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman pula hendaklah adil dan matang. Serta menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah,” ujarnya.Dr. Zulkifli berkata, pihaknya mengharapkan semua pihak dapat bekerjasama dalam perlaksanaan undang-undang Islam agar buah hasilnya dalam bentuk keamanan, kejayaan dan keselamatan dapat dirasai bersama.“Insya-Allah. Sikap dan pendirian kerajaan untuk mewujudkan badan yang menyelaras dalam mempertingkat kedudukan institusi mahkamah syariah amat dialukan.“Kami juga menyeru agar pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukuman sebat syarak untuk menyelidik terlebih dahulu daripada badan berautoriti Islam sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak adil dan menimbulkan perpecahan,” ujarnya.
05 Sep 18
43
RM2.5 Juta Untuk Mangsa Ribut Terengganu
Haji Hanafiah Mat berucap kepada pemberita dalam sidang media tersebut. Foto - Abu UbaidahOleh: Khairul AzlamKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan segera sebanyak RM2.5 juta kepada semua mangsa-mangsa bencana ribut di beberapa daerah di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2.5 juta.Katanya, peruntukan itu diluluskan kepada Tabung Darul Iman (TDI) sebelum diagihkan kepada semua mangsa bencana ribut di Terengganu.Menurutnya, jumlah kasar mangsa bencana ribut di beberapa buah daerah itu sebanyak 2,600 buah rumah.“Hari ini kerajaan telah mengambil keputusan akan menyuntik kepada Tabung Darul Iman (TDI) bagi memastikan semua mangsa-mangsa ribut akan mendapat bantuan kerajaan negeri. “Kerajaan bersetuju untuk membaiki semua rumah-rumah mereka dan perkara-perkara yang diperlukan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan itu kembali seperti biasa. “Jumlah kasar mangsa ribut di negeri Terengganu ini bermula dari Kemaman hingga ke Setiu, sebanyak 2,600 buah rumah dengan anggaran kos RM2.5 juta. “Mesyuarat Exco hari ini telah bersetuju meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2.5 juta itu,” ujarnya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Kerajaan Negeri di U2 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Sehubungan itu, katanya Kerajaan Terengganu melahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa bencana ribut di negeri ini.Menurutnya, proses baik pulih rumah-rumah yang rosak akibat bencana itu dibuat segera melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).“Proses daripada kerajaan kepada TDI ini kita akan laksanakan dan proses baik pulih itu berjalan segera, boleh buat selalu. “Kita telah arah MPKK kita cari tukang dan terus baiki, tidak perlu tunggu duit lagi. Setakat ini Dewan Undangan Negeri (DUN) yang paling teruk dan ramai mangsanya ialah DUN Wakaf Mempelam dan DUN Buluh Gading.“Di DUN Wakaf Mempelam, lebih dari 600 buah rumah dan DUN Buloh Gading lebih 500 buah rumah. Manakala, DUN lain itu antara 100 hingga 300 buah rumah dan di tempat (daerah) lain tidak sebanyak itu,” jelasnya.Katanya, peralihan angin monsun tenggara kali ini agak panjang yang dikesan bermula sejak 3 Ogos dan berakhir pada 3 September lalu.Hadir sama dalam sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.
05 Sep 18
103
Penduduk Felda Jerangau Sepakat Bersih Kampung
Oleh: Adli MohamadDUNGUN- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau menzahirkan jiwa patriotik melalui Program Gotong Royong Bersama Penduduk dengan membersihkan persekitaran kampung dan kawasan kediaman masing-masing.Penghulu Mukim Jerangau, Abdul Ghafar Bakar berkata program seumpama itu melambangkan kesepakatan penduduk setempat yang pastinya cinta kepada kebersihan dan keharmonian."Melalui semangat bergotong royong ini maka dapat dilihat wujudnya sikap bertanggungjawab dan permuafakatan yang membawa kepada semangat saling bekerjasama didalam sesebuah komuniti," ujarnyaBeliau berkata sedemikian ketika ditemui pada program itu sempena Sambutan Hari Kebangsaan, di Kampung Felda Jerangau, baru-baru ini.Sementara itu, Pengerusi MPKK Felda Jerangau cawangan II, Anuar Omar berkata, program itu kali akan kali pertama dianjurkan sejak MPKK kawasan ini ditubuhkan dan akan diteruskan pada masa akan datang.Katanya, hampir keseluruhan penduduk yang terlibat, rata-rata mereka bersemangat membersihkan kawasan yang dikenalpasti kotor. “Antara kawasan yang menjadi tumpuan utama adalah perkarangan masjid, sekolah rendah, sekolah agama rakyat serta seluruh cawangan di dalam Felda Jerangau“Aktiviti yang bermula jam 8.00 pagi itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat di mana banyak membantu penduduk membersihkan longkang masjid dan menebang pokok, mecantas dahan dan pelbagai kerja-kerja berat .Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Rancangan (JKKKR) Felda Jerangau, Abdul Razet Noordin melahirkan rasa bangga di atas kerjasama yang dipamerkan penduduk dan pelbagai pihak yang terlibat.“Saya berharap apa diuasahakan ini berterusan dan dan akan menjadi budaya di antara komuniti setempat demi memastikan kesejahteraan dan keceriaan kampung ,"'ujarnya
05 Sep 18
655
Kerajaan Komited Sediakan RM10 Juta Tabung Usahawan
Mohd Nurkhuzaini menyampaikan ucapan kepada hadirin. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM10 juta bagi membantu para usahawan di negeri ini sebagaimana janji manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, janji kerajaan negeri untuk mewujudkan tabung usahawan sebanyak RM10 juta setahun akan direalisasikan.Ianya suatu jumlah besar yang belum pernah diperuntukkan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di masa lalu.“Jadi, ini juga satu cabaran untuk YPU melangkah maju jauh ke depan kerana prasarana sedang dan akan berada di depan kita. Macam mana kita nak gunakan sepenuhnya peruntukan yang ada ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Bersama Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Usahawan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 di Sumai Hotel pada Isnin, 3 September.Namun, kata Mohd Nurkhuzaini, Kerajaan Negeri Terengganu tidaklah menjanjikan jumlah peruntukan RM10 juta itu dalam tempoh 100 hari pemerintahannya. “Tapi kita taklah janji untuk adakan RM10 juta dalam masa 100 hari sebab, kita (kerajaan) telah mengkaji nak buat benda-benda ini kena buat kajian dulu, dengan (tempoh) 100 hari ini tak cukup untuk cari dana RM10 juta tetapi dalam tempoh yang ada sekurang-kurangnya satu penggal," ujarnya.Tambah beliau, peruntukan sebanyak RM10 juta itu bakal dibawa masuk dalam Belanjawan (Bajet) 2019 kelak dan jika kewangan mengizinkan akan diluluskan. Sehubungan itu, kerajaan hanya akan mengumumkan perkara yang benar mengikut kemampuan kewangan negeri agar tidak mengecewakan rakyat.“Ini komitmen kita dan kita akan beritahu apa yang ada di alam nyata, bukan bulan dan bintang kita janjikan. Kita tidak mahu suatu hari kita akan tarik balik perkara-perkara sedemikian yang menyecewakan rakyat.“Hari ini pun rakyat tanya bila RM10 juta nak ada ni? Jadi jangan kita mengecewakan rakyat kita, kebanyakan mereka cerdik belaka. “Jangan kita jadikan harapan orang itu pada satu masa dan saat boleh diabaikan begitu mudah dengan persoalan-persoalan yang menyalahkan orang itu orang ini,” jelasnya merujuk kepada janji-janji Pakatan Harapan.
04 Sep 18
32
Terengganu Komited Selesai Isu Tanah Sawah Terbiar
Komited selesai isu tanah terbiat-Dr Azman- Foto oleh Saiful MustafaKerajaan negeri komited menyelesaikan isu tanah sawah terbiar di kawasan Jelapang Padi, Setiu dengan menambah kira-kira 400 hektar kawasan penanaman padi baharu berbanding 335 hektar sebelum ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata difahamkan kawasan kira-kira 400 hektar itu sudah pun dibersihkan, dibajak dan membina sistem pengairan oleh kerajaan sebelum ini membabitkan peruntukan RM46 juta.Katanya, tetapi malang, kawasan itu tidak dimanfaat sepenuhnya dan dibiarkan tanpa sebarang tanaman.“Oleh itu, kerajaan negeri melalui pihak berkaitan akan menyelesaikan masalah itu sebaik mungkin dengan mencari pelbagai alternatif dan kaedah terbaik supaya kawasan tidak dibiarkan kosong.“Perkara ini berlaku mungkin disebabkan keadaan tanah lembut , mudah mendap dan terdedah kepada banjir, jadi sukar untuk jentera padi melakukan kerja-kerja bercucuk tanam,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita, di pejabatnya, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Dr Azman turut memberitahu sebagai langkah panjang, kawasan itu akan dibina pam air sebagai langkah menstabilkan keadaan tanah sawah. “Sekiranya apa yang dirancang itu berjaya, pastinya lebih ramai penduduk setempat dapat menambah pendapatan dengan pengeluaran padi yang dijangka kira-kira 1.5 metrik tan setahun,”katanya .
04 Sep 18
204
MB Menikmati Suasana Malam Di Muara Sungai Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama Dato' Tengku Hassan ((kanan sekali) dan Encik Ariffin (dua dari kanan) di suasana malam sekitar TTI Muara Sungai Terengganu.Kuala Terengganu, 4 September - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Isteri, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman dibawa menikmati suasana malam di muara Sungai Terengganu sambil memerharti bagaimana produk pelancongan boleh dihasilkan untuk manfaat rakyat dan negeri TerengganuTerengganu. Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman dan isteri masing-masing.Mereka dijemput oleh River Cruise Taman Tamaddun Islam (TTI) untuk majlis makan malam sambil menyelusuri sungai Terengganu.TTI adalah satu produk pelancongan terkenal di Malaysia, Pelancong dalam dan luar negeri datang ke situ untuk melihat kecantikan Masjid Kristal khususnya sebagai mercu tanda pelancongan di muara sungai Terengganu.Ada yang datang dari Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain negara terkenal dunia menunjukkan Masjid Kristal popular sebagai produk pelancongan dunia.Mereka datang ke Terengganu, tidak sah jika tidak singgah sebentar untuk mengambil gambar 'selfie' atau seumpamanya sebagai kenangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.Bagaimanapun masjid itu mengalami beberapa kerosakan bahagian dalaman yang perlu dibaiki segera bagi memelihara dan menjaga keindahan masjid itu dan orang ramai dilarang memasukinya. Masjid itu bukan sahaja menjadi tempat pelancongan tetapi ia juga menjadi tempat ibadat pengunjung dan penduduk sekitar. Kerajaan menggaji imam dan bilal khas untuk menghidupkan sembahyang lima waktu di masjid berkenaan sebelum ini.
04 Sep 18
456
Sebatan Syarie Kejayaan Kepada Institusi Mahkamah Syariah
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (kanan) ditemu bual oleh wartawan Isma Web.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Sebatan syarie buat pertama kali ke atas pasangan lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, semalam merupakan suatu kejayaan yang mengangkat martabat dan kewibawaan institusi mahkamah syariah.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ianya suatu kejayaan kepada hukuman syariah dan pemerkasaan mahkamah syariah di dalam negara yang selama ini sinonim dipandang serong dan diserang oleh pelbagai pihak.“Saya melihat ia menjadi tumpuan kepada seluruh dunia termasuk Laman Web BBC.COM yang memaparkan isu ini dan menjadi salah satu tajuk penting di dalam laman web mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh wartawan Isma Web di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini (4 September).Ustaz Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk menjelaskan bahawa Negeri Terengganu dan Kelantan yang diperintah oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meletakkan Islam sebagai dasar dan agenda pemerintahan."Walaupun hukum hudud dan qisas tidak dapat dilaksanakan kerana halangan daripada kerajaan persekutuan, kita laksanakan undang-undang takzir terlebih dahulu."Hukuman takzir tidak boleh melebihi Akta 356 iaitu, 3 tahun penjara, denda RM5000 dan 6 kali sebatan, itulah had yang kita mampu lakukan.“Pelaksanaan hukuman tersebut bukan bertujuan untuk menghukum kerana itulah roh sebenar kepada perundangan Islam yang hanya bertujuan untuk mendidik."Tambahan pula, golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ini semakin berleluasa di seluruh pelusuk dunia malah setiap apa yang berlaku dan menyentuk hak mereka akan dibela oleh semua pihak yang menyokong mereka," ujarnya.
04 Sep 18
94
Kenyataan Khas Sebatan Syarie - Ustaz Mohd Nor Hamzah
Bismillah1- Semalam, 3 September 2018, di Negeri Terengganu, telah menyaksikan satu sejarah baharu yang dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Terengganu iaitu hukuman sebat terhadap pesalah lesbian yang dibuat secara terbuka. Ia dihadiri oleh kira-kira 100 orang awam bagi melihat sendiri bagaimana ia dijalankan. Tahniah kepada pengurusan Mahkamah Syariah Terengganu yang melangkah, membuka era baharu bagi menangani jenayah syariah.2- Sejarah kepada hukuman sebat sebegini telah berlaku semenjak dahulu lagi. Semenjak Rasul-rasul yang diutuskan kepada manusia sejagat. Ianya bukan sesuatu yang pelik, terutama kepada golongan agamawan, samada agama Islam, ataupun agama-agama lain. Mereka tahu hukuman yang dibuat di hadapan orang ramai adalah hukuman pencegahan. Ia tidak boleh dibayar dengan wang ringgit, tetapi dengan maruah mereka. Ia akan menjadi ingatan berpanjangan kepada khalayak manusia. Pernah ada sekumpulan Yahudi meminta Rasulullah mengadili kesalahan mereka. Apabila Rasulullah menyuruh mereka mengikut hukuman kitab mereka, mereka cuba menutupnya. Dan hukuman itu sebenarnya mesti dilakukan di hadapan orang ramai.3- Tetapi agak pelik apabila saya melihat ramai 'non muslim' cuba mencampuri urusan hal ehwal Islam dan muslim. Kenapa mereka suka menyindir dan menghina hukuman Islam? Mereka bukan sahaja lupa tentang kontrak sosial dalam negara ini tetapi juga perlembagaan Malaysia yang memberi kebebasan untuk beramal dengan agama masing-masing. Kami orang muslim dilarang mencerca agama dan pengamalan agama lain walau sepelik mana sekalipun dan kita tidak bersetuju. Jika sikap mempertikaikan ritual yang diamalkan oleh semua penganut, nescaya ia akan mengundang perbalahan dan pertelingkahan agama yang serius dan berpanjangan. Mungkin, golongan ini mahu mencetuskan huru hara agar mereka boleh mengambil kesempatan untuk terus menguasai negeri ini? Dan adakah mungkin juga golongan ini akan mempertikaian pengamalan dalam agama lain juga seperti Hari Thaipusam yang bagi kita jelas menyiksa tubuh badan mereka?4- Dalam Islam, Rasulullah pernah memerintahkan hukuman sebat dilakukan kepada seorang wanita yang mengaku berzina setelah beberapa ketika ditangguhkan akibat wanita itu mengandung, sehinggalah pesalah itu selesai menjaga anaknya sehingga berusia enam tahun, baharulah dia dihukum. Juga terdapat hadis yang mengisahkan adanya hukuman rejam yang dijalankan terhadap pesalah ‘mukhsan’ iaitu pesalah zina yang telah berkahwin. Namun setelah beberapa kali direjam, akibat tidak tertahan, pesalah melarikan diri. Orang ramai yang melaksanakan hukuman rejam itu kemudiannya bertindak mengejar pesalah sambil memaki hamun. Akan tetapi Rasulullah tidak membenarkan mengejarnya dan memakinya. 5- Mengikut pandangan ulamak, hukuman lesbian ini bukan terletak di bawah hukuman hudud secara 'total'. Walaupun ia dianggap sebagai zina, tetapi lesbian diletakkan di bawah hukuman takzir. Bagi memberi kefahaman yang jelas mengenai hudud dan takzir, secara ringkas, hukuman hudud seperti zina lelaki dan wanita mesti disebat 100 kali. Ia tiada tawar menawar kerana itu adalah had oleh Allah, jelas dinukilkan dalam Al-Quran. Manakala takzir adalah suatu hukum yang sedikit bawah daripada hudud, mengikut kebijaksaan hakim, tetapi tidak boleh melampaui hukuman hudud. Jadi apabila lesbian diletakkan dibawah hukuman takzir, ianya tidak boleh mencapai maksima 100 sebatan. Dan tatacara merotan juga tidak menyeksa pesalah.6- Dalil bagi perlaksanaan hukuman sebegini di hadapan orang ramai, disebut dengan jelas dalam Al-Quran. Hukuman ini bukan untuk menagih simpati, tetapi sebagai peringatan dan kesedaran bagi orang-orang yang melihatnya. Firman Allah:الزَّانِيَةُوَالزَّانِيفَاجْلِدُواكُلَّوَاحِدٍمِنْهُمَامِائَةَجَلْدَةٍۖوَلَاتَأْخُذْكُمْبِهِمَارَأْفَةٌفِيدِينِاللَّهِإِنْكُنْتُمْتُؤْمِنُونَبِاللَّهِوَالْيَوْمِالْآخِرِۖوَلْيَشْهَدْعَذَابَهُمَاطَائِفَةٌمِنَالْمُؤْمِنِينَPerempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman (Surah An-Nur, Ayat 2).7- Jelas apabila hukuman ini dijalankan di hadapan orang ramai, ia memberikan kegerunan kepada manusia. Inilah yang kita mahukan. Apabila mereka tertegah untuk melakukan dosa, maka masyarakat akan merasa selamat. Kerajaan negeri juga amat gembira kerana keselamatan rakyat meningkat, rasa selesa dengan jaminan keselamatan. Kerajaan negeri tidak mahu rakyat bergelumang dengan dosa. Dosa adalah menjadi suatu perkara yang sangat memalukan, sentiasa dielak untuk melakukan. Kerajaan negeri tidak mahu bercakap mengenai hak asasi manusia sekiranya hak Allah terlebih dahulu dicabul. Mana mungkin kita mengagungkan hak hamba ketika hak tuan kepada hamba itu diinjak-injak. Suka diingatkan bahawa yang harus kita marah dan benci ialah perbuatan dosa itu sendiri. Adapun kepada empunya badan, sama-samalah kita memohon keampunan Allah kepada mereka. Begitulah hebatnya hukuman daripada Allah. Ia sangat menggerunkan bukan sahaja pesalah, tetapi iuga penyokong-penyokong mereka.YB Ustaz Mohd Nor HamzahPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu23 Zulhijjah 1439/ 4 September 2018
03 Sep 18
297
Menjadi Tokoh Hebat Tidak Mudah -Dr Ahmad Samsuri
Dr Ahmad Samsuri berucap di Program Bicara Tokoh UMT Gong Badak Kuala Nerus.-Foto Saiful MustafaKUALA NERUS - Percaya pada potensi diri sepenuhnya dan berusaha mencapai kejayaan menjadi tokoh yang hebat, satu usaha yang tidak mudah.Dalam menangani masalah itu Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, pelajar universiti perlu meninggalkan kegagalan dan meneruskan kehidupan mereka jika mahu berjaya."Mulailah hidup semula dan maju ke hadapan. Jangan biarkan keadaan negatif anda menghantui diri anda dan menjejaskan tumpuan anda dalam pelajaran."Malah orang terkenal seperti (pencipta Amerika) Thomas Alva Edison telah gagal beberapa ratus kali sebelum berjaya mencipta lampu elektrik," kata Dr Ahmad Samsuri, yang juga seorang pakar kejuruteraan aeroangkasa.Beliau menyeru mahasiswa supaya percaya kepada diri sendiri dan mempunyai keyakinan diri untuk berdepan dengan cabaran semasa yang berubah-ubah ketika mengejar impian dalam pelajaran."Biarkan masa lalu berlalu. Jangan bawa sentimen negatif atau kegagalan berterusan dalam kehidupan."Terokai potensi diri anda untuk membina masa depan yang lebih baik, hargailah pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dan keluarga untuk membawa anda ke tahap hari ini.Dr Ahmad Samsuri (tengah) menyampaikan Dermasiswa Al-Ikhlas kepada wakil pelajar."Beri mereka rasa bangga dan berusahalah untuk muncul sebagai tokoh yang menjulang tinggi," katanya kepada mahasiswa yang baharu dilantik semasa program 'Bicara Tokoh' di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Gong Badak, 4 September.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang mengingatkan mereka supaya bercita-cita tinggi dengan menentukan matlamat yang jelas untuk mencapai cita-cita."Sebaik sahaja anda melakukan ini, pergilah menggapai apa yang anda cita-citakan!" Katanya.Dr Ahmad Samsuri menambah bahawa universiti menyediakan ruang untuk pelajar, 'belajar berenang' (bagaimana cara berusaha) menghadapi cabaran dalam kerjaya mereka, di kemudian hari."Optimalkan pengetahuan yang diperolehi dan memanfaatkannya untuk berdiri sendiri, kerana sebaik sahaja anda meninggalkan universiti, pensyarah anda tidak akan berada di sana untuk membimbing anda."Oleh itu, gunakan sepenuhnya masa anda di sini (di universiti)," katanya.Dr Ahmad Samsuri, bagaimanapun, memberi amaran kepada pelajar bahawa walaupun universiti adalah tempat latihan, seseorang itu tidak boleh menjadi perfeksionis (manusia yang terlalu fokus kepada kesempurnaan) kerana mereka akan menghadapi penyimpangan dalam hidup."Menjadi manusia, tiada siapa yang boleh sempurna. Anda perlu menyesuaikan diri dengan situasi dan perubahan."Cabaran, sama ada dalaman atau luaran, menjadikan kita lebih matang dan orang yang lebih baik. Belajar dari kesilapan anda dan buat pembetulan untuk memperbaiki, "katanya.Beliau menambah bahawa cabaran sedemikian menimbulkan ketidakupayaan individu untuk mengendalikan tekanan rakan, tekanan, menguruskan kewangan atau emosi lain.MB bertanyakan sesuatu kepada pelajar baharu UMT."Jangan berputus asa dengan mudah. Tidak salah untuk jatuh, tetapi anda mesti berusaha untuk bangkit."Ia sama seperti kata-kata legenda tinju Muhammad Ali yang mengatakan anda boleh jatuh dalam gelanggang semasa pertandingan tetapi boleh pergi dan menang jika anda berdiri untuk bertarung," kata Menteri Besar.Beliau mengingatkan pelajar supaya bersuara dan berkongsi masalah mereka dengan pensyarah dan rakan-rakan supaya perkara-perkara tersebut boleh ditangani dengan baik.Pada masa yang sama, Dr Ahmad Samsuri menggesa mereka untuk membangunkan kemahiran 'Soft Skills' (Perhubungan Awam), berinteraksi dengan orang lain, menghadiri ceramah dan seminar, membuat kawan baharu untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan.
03 Sep 18
91