lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Lakukan Perubahan Tanpa Mengira Fahaman Politik
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim menyeru umat Islam  melakukan perubahan  diri, termasuk berkaitan fahaman politik ke arah lebih baik Katanya, tahun ini rakyat negeri Terengganu memilih untuk melakukan perubahan dengan memberi mandat kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) menerajui   Terengganu dan kami yang berada dalam saf kepimpinan kerajaan inshaAllah akan bekerja bagi merealisasikan tema  Menyantuni Ummat, Membawa Rahmat”.  “Kita mungkin berbeza pendapat ketika musim pilihan raya lalu, tetapi selepas pilihan raya, semua yang ada di Terengganu adalah rakyat kita, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk memberi keadilan dan menyantuni rakyat dengan sebaiknya.“Kita mahu waktu tenang ketika 100 hari peralihan kuasa berterusan dan insaAllah kita akan sama membina Terengganu  dengan matlamat mencapai tahap sebuah negeri  maju yang mendapat keberkatan  dari Allah dan kita perlu membina kesejateraan bersama,” katanya.
09 Sep 18
56
Empty Image
Umat Islam Diminta Hayati Maal Hijrah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah  memintaa seluruh rakyat bersatu hati, ketepikan seketika fahaman politik, perbezaan pendapat  dan bertolak ansur dalam semua pekara  sekiranya mahu benar-benar menghayati Maal Hijrah yang sebenar.Katanya, umat Islam perlu benar-benar  menghayati maksud Maal Hijrah yang disambut pada setiap tahun di mana pada tahun ini bertemakan  Menyantuni Ummat, Membawa Rahmat”.  “Sebagai Muslim, amat penting kita menghayati tema tersebut dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Asas utamanya, umat Islam mesti bersatu dan jangan berpecah.“Walaupun  berlaku kini berlakunya  peralihan  kepimpinan kerajaan,  saya memohon kepada seluruh rakyat Terengganu terus mengikat perpaduan dan mengeratkan  kesatuan ummah tanpa  mengira latarbelakang dan fahaman politik,” katanya.
09 Sep 18
39
Empty Image
53,000 Sertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud
Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri) dan Hishamuddin (kiri) beramah mesra dengan para peserta yang menyertai pertandingan.KUALA TERENGGANU - Seramai kira-kira 53,000 orang peserta telah menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, jumlah peserta yang dapat dilihat daripada pendaftaran yang melibatkan seluruh negara mencecah sehingga 53,000 orang daripada 5 kategori yang dipertandingkan sekaligus menunjukkan peningkatan sambutan berbanding tahun sebelum ini."Kita masih lagi menggunakan konsep bersukan sambil menikmati keindahan yang ada dalam Negeri Terengganu ini .“Ramai juga yang menyertai program ini buat kali pertama.“Kita mengharapkan agar pada tahun-tahun akan datang, penyertaan daripada luar semakin bertambah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melepaskan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam (8 September).Ustaz Wan Sukairi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, program yang bertemakan ‘Lets Vacayrun’ ini akan menjadi satu tarikan kepada orang luar agar dapat lebih mengenali Negeri Terengganu Darul Iman ini.Menurutnya, apa yang menarik peserta akan dihidangkan dengan makanan tradisi negeri iaitu nasi dagang.“Pengalaman berlari dalam hujan rintik juga merupakan satu memori yang sangat menarik yang dilalui oleh peserta hari ini,” jelasnya.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Datuk Wan Hisham Wan Salleh.
09 Sep 18
106
Empty Image
Kerajaan Terengganu Seru Hadir Muktamar Tahunan Kali Ke-64
Haji Muhyiddin Abdul Rashid.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menyeru agar semua rakyat  hadir beramai-ramai untuk memeriahkan Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di mana Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi muktamar kali ini.Muktamar penuh akan berlangsung selama dua hari satu malam  di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak bermula 15 hingga 16 September ini.Setiausaha Politik Menteri Besar selaku Penolong Setiausaha Jawatankuasa Induk Muktamar Tahunan PAS Malaysia, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, program ini tidak hanya tertumpu di Stadium Gong Badak sahaja tetapi juga bakal berlangsung di Hotel Permai Inn yang melibatkan Dewan Ulama, Dewan Pemuda di  Duyong Marina  Resort, Dewan Muslimat  di Taman Tamadun Islam, manakala Auditorium Stadium Tertutup merupakan lokasi bagi Dewan Himpunan Penyokong PAS.“Dewan Ulama’ akan diadakan pada 13 September, Dewan Pemuda pada 13 dan 14 September dan untuk Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS masing-masing berlangsung pada 14 September ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Wisma Darul Iman, baru-baru ini (3 September).Terdapat pengisian-pengisian seperti ceramah , pertandingan jet ski, memanah , 'motor cross',  santai selebriti dan banyak lagi acara menarik akan dipertontonkan di muktamar tahunan tersebut.Menurutnya, ceramah pada malam 14 September akan disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,  Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan dan ramai lagi.“Kita juga mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, persembahan daripada kumpulan qasidah, santai artis dan juga Pentas Otai.“Santai artis kita jemput Zulkifli Yahya, Ustaz Haslin Baharim atau dikenali Ustaz Bollywood dan moderatornya ialah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.“Selain itu, sebanyak 352 lot gerai termasuk untuk jualan-jualan kering  serta 30 buah 'food truck' turut disediakan kepada peniaga-peniaga,” katanya.Beliau berharap agar muktamar kali ini bukan sahaja dapat menghasilkan keputusan-keputusan yang baik tetapi juga menjadi satu pertemuan umat Islam seluruh Malaysia.
09 Sep 18
791
Empty Image
Hijab Republik Tawar Sejuta Stok Kelengkapan Wanita
Tuan Faizah memakai tudung pada seorang kanak-kanak. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailLebih sejuta tudung dan pelbagai keperluan wanita ditawarkan kepada pelanggan yang hadir pada Program Hijab Republik di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.Program selama tiga hari dan berakhir hari ini dirasmikan Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.Pelbagai aktiviti sampingan diadakan termasuk tawaran hadiah cabutan bertuah bernilai RM20,000.Hampir 50 vendor tempatan dan luar Terengganu  mempromosi jualan pakaian, kerongsang, komestik dan pelbagai kelengkapan wanita dalam festival itu.Tuan Faizah berkata, lebih 1 juta stok tudung dan kelengkapan wanita   berjenama terkenal yang ditawarkan serendah RM10 kepada pelanggan. "Dianggarkan hampir 10,000 pengunjung terutama golongan wanita hadir pada festival selama 3 hari dan berakhir hari ini, " katanya.Seorang vendor program yang juga Pemilik Kolorsuri, Nik Haznita Yusuf, berkata seboleh-bolehnya tidak mahu melepaskan peluang menyertai festival atau  program anjuran mana- mana penganjur kerana pelanggan di Terengganu  mempunyai kelainan tersendiri berbanding di negeri lain.Katanya, dia lihat pelanggan di sini lebih menghargai produk hasil tangan yang menekan satu corak pada  satu produk."Faktor itu kebanyakan pelanggan akan kembali mendapatkan produk jualan, sekiranya saya mengadakan jualan di negeri ini."Mereka mengetahui pengerakan saya melalui promosi laman sosial, whatapp dan melalui sembang-sembang," katanya.
08 Sep 18
107
Empty Image
DUN Wakaf Mempelam Paling Teruk Terjejas - Wan Sukairi
Oleh: Khairul AzlamKUALA TERENGGANU - Bencana ribut yang melanda beberapa buah daerah di Terengganu ini pada 3 September lalu, menyaksikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam paling teruk terjejas di Kuala Terengganu.Pada hari ketiga selepas kejadian ribut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu, sejumlah 648 buah rumah rosak akibat bencana ribut itu.Menurutnya, DUN Wakaf Mempelam adalah paling teruk terjejas sebanyak 648 buah rumah daripada lebih 2,600 buah rumah seluruh daerah.Namun, katanya arahan segera telah dikeluarkan kepada semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi mengenal pasti serta memperbaiki kerosakan itu.“Masuk hari ketiga ini selepas bencana ribut, saya dapati sebanyak 648 buah rumah kes yang rosak disebabkan bencana ribut yang berlaku pada 3 September lalu.“Kita telah mengambil langkah segera dengan mengarahkan semua MPKK di setiap kampung yang terlibat dengan bencana itu, untuk kenal pasti kerosakan yang berlaku agar tidak ada yang tercicir.“Mana-mana tenaga tukang yang ada lebihan diminta membantu membaikpulih rumah-rumah yang rosak,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi lawatannya di Kampung Paloh Hilir, yang terletak dalam DUN Wakaf Mempelan, Kuala Terengganu, kelmarin (6 September).Difahamkan terdapat 35 buah kampung terletak dalam DUN Wakaf Memepelam dan 32 buah daripadanya terjejas teruk dengan kerosakkan.Ustaz Wan Sukairi  yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri menjelaskan, daripada 32 buah kampung itu tiga buah kampung paling banyak kerosakkan.“Daripada 35 MPKK yang terdapat dalam Dun Wakaf Mempelam hanya tiga kampung yang tidak terlibat secara serius iaitu di Kampung Tok Jamal, Kampung Wakaf Mempelam dan Kampug Gelugor Raja.“Adapun di 32 buah kampung lagi mengalami kerosakkan teruk seperti paling teruk pertama, di Kampung Bukit Kubang Jambu melibatkan 74 buah rumah, kedua di Kampung Durian Burung sebanyak 61 buah rumah dan ketiga di Kampung Paloh melibatkan 50 buah rumah,” ujarnya.Tinjauan mendapati, kerja-kerja membaikpulih sedang giat dijalankan setiap hari bermula hari pertama selepas tragedi ribut itu berlaku lagi.“Alhamdulillah, sebahagian rumah yang kita baiki telah siap, ada yang sedang dibaikpulih dan ada yang belum sempat baiki kerana kehabisan barang material di kedai-kedai tertentu.“Namun, kita masih lagi kekurangan tukang sebab semua tempat perlukan kepada tukang rumah. Kita akan cuba selesai seberapa segera, Insya’Allah.“Setakat ini tidak ada laporan berlaku kemalangan jiwa akibat bencana ribut itu tetapi ada beberapa kes kemalangan kecil di tempat kerja ketika proses baik pulih rumah,” jelasnya.Semalam, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2.5 juta kepada Tabung Darul Iman (TDI) bagi tujuan pemulihan akibat bencana tersebut.Menurut Ustaz Wan Sukairi, peruntukan itu akan diagihkan kepada semua daerah-daerah yang terjejas akibat bencana ribut yang berlaku dalam tempoh sebulan lalu.Turut mengiringi lawatan Exco Kerajaan Negeri itu, Penyelia Institusi Modal Insan Terengganu Maju Sejahtera  (I-Mits), Radzali Abd Ghani.
08 Sep 18
732
Empty Image
Program Kebudayaan Mampu Tonjol Bakat Anak Muda - Hanafiah Mat
Haji Hanafiah Mat (dua dari kanan) menyempurnakan gimik serahan replika kunci daripada Pengarah Syarikat Pembinaan Tetap Teguh. Foto - Syafiq SapaiKUALA TERENGGANU - Program kebudayaan adalah pentas untuk mencungkil bakat dan kesenian anak muda yang diasah sejak bangku sekolah.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, ianya juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membuat persembahan kesenian di pentas kecil sebelum ke pentas yang lebih berprestij.Menurutnya, Program Malam Kebudayaan yang diadakan pada malam ini adalah setiap 2 tahun sekali, dengan tujuan mengumpul dana bagi Tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah."Antaranya bagi menampung kos pengurusan aktiviti kokurikulum dan pembangunan fizikal yang tinggi. "Contohnya pasukan pancaragam memerlukan lebih RM100,000 setahun."Sudah tentu keterlibatan semua pihak dalam menyumbang akan membantu meringankan dan melicinkan pengurusan dan perjalanan aktiviti sekolah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Malam Budaya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin di Dewan Wei Sin, SMK Chung Hwa Wei Sin, hari ini (7 September).Haji Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata, setiap bangsa mempunyai budaya dan seni mereka tersendiri."Saya percaya, dengan program seperti ini secara tidak langsung dapat memantapkan kebudayaan Cina yang sememangnya menjadi identiti SMK Chung Hwa Wei Sing ini sendiri," tambahnya.Sementara itu, Pengarah Syarikat Pembinaan Tetap Teguh selaku Penaja Utama Program Malam Budaya 2018, Teo Swee Phin berkata, Pembinaan Tetap Teguh sudah berusia 18 tahun bermula dari tahun 2000."Saya salah seorang bekas pelajar di sini dan kini adalah masa untuk saya menyumbang kembali kepada tempat yang banyak berjasa ini," jelasnya.Majlis yang bertemakan 'Autumn Rythm' disempurnakan dengan gimik pukulan gong dan gendang serta serahan replika kunci bas.Sebanyak RM182,568 telah berjaya disumbangkan kepada tabung PIBG sekolah.Majlis turut dimeriahkan dengan 18 persembahan terdiri daripada pasukan gendang besar, kumpulan yoyo, kumpulan tarian naga, nyanyian guru, kumpulan tarian singa dan sebagainya.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Haji Safrudin Ali Hussin, Pengerusi PIBG SMK Chung Hwa Wei Sin, Ho Chiow Ven, Pengetua SMK Chung Hwa Wei Sin, Koo Bon Chin dan semua penaja serta penyumbang samada korporat mahupun individu.
07 Sep 18
358
Empty Image
Hukuman Sebat Syariah, Mesej Kepada Rakyat Malaysia
Foto : Harish FadzillahKUALA TERENGGANU – Seluruh rakyat perlu memahami hukuman sebat syariah yang dilaksanakan adalah untuk memberi pendidikan dan menghantar mesej  kebaikan kepada seluruh warga Malaysia.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat harus memahami prinsip undang-undang yang dilaksanakan itu bagi mengelakkan amalan yang tidak wajar khususnya di Terengganu dan Malaysia amnya, yang mempunyai tatasusila serta amalan agama tersendiri.“Kita menjalankan prinsip 'Rule off Law ' apa yang diputuskan pihak mahkamah itu adalah berdasarkan kepada enakmen dan peraturan yang sedia ada yang sudah diluluskan sebegitu lama.“Pihak penguatkuasa melaksanakan tanggungjawab berdasarkan peruntukan enakmen di mahkamah yang membuat keputusan berdasarkan pengakuan dan sebagainya."Dan tindakan sebagaimana prinsip undang-undang mana yang bersalah  serta dijatuhkan hukuman kepada pesalah,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Kesyukuran meraikan pasukan Piala Presiden TFC III dan Piala Belia IV  di Hotel Permai, di sini, kelmarin, (4 September).Katanya, rakyat seharusnya berfikiran terbuka dan seharusnya menerima serta melihat keindahan di sebalik hukuman tersebut berbanding hukuman sivil.“Dalam hal ini kita tidak dapat menghalang orang yang tidak puas hati dan kita percaya mereka melihat sendiri apa yang di praktikkan  bagaimana hukuman itu dijalankan."Ia sedikit sebanyak mengambil masa masyarakat untuk memahami dan saya  percaya masyarakat yang ada dalam negara kita ini seharusnya melihat dengan objektif  dengan mata hati dan dengan ilmu kefahaman bukan dengan emosi,” ujarnya.Menurut beliau lagi, Terengganu  mempunyai enekmen yang sama dengan negeri lain dan para pemimpin mengambil sikap menjunjung prinsip undang-undang yang ada. “Kalau kita tengok puluhan tahun dahulu apabila negara barat memperkenalkan kewajipan memakai tali pinggang keledar dalam kereta.“Pada peringkat awal kalau kita masih ingat kumpulan hak asasi ada juga  yang menentang kerana mereka mengatakan ini mengganggu hak kereta saya  terpulang saya nak pakai atau tidak.“Tapi lama kelamaan mereka memahami bahawa itu satu keperluan dan ia tidak timbul masalah lagi,” jelasnya.Justeru Menteri Besar berkata, kerajaan bukan sengaja mahu menghukum orang tetapi ianya untuk menghalang perkara yang tidak elok daripada terus berlaku dan rakyat seharusnya mendapatkan maklumat yang tepat serta betul sebelum apa jua tindakan dan tohmahan dibuat.
06 Sep 18
266
Empty Image
Ambil Iktibar Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW
KUALA TERENGGANU - Umat Islam harus mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah yang menyaksikan Rasulullah SAW menempuh pelbagai dugaan demi menegakkan syiar Islam.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, selain kecekalan Rasulullah SAW, semangat perpaduan yang ditunjukkan umat terdahulu harus dijadikan contoh masyarakat Islam di negara ini. “Bersesuaian dengan tahun baru Hijrah ini maka kita perlulah mengambil iktibar dan merenung kembali peristiwa hijrah Rasullullah SAW dari Makkah ke Madinah.“Bagaimana baginda dan para sahabat bersusah payah berkorban dan berjuang untuk menegakkan agama Allah SWT di mana asas utamanya, umat Islam mesti bersatu dan jangan berpecah,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, semalam.Justeru katanya, bersempena dengan ketibaan 1 Muharram 1440H ini, beliau ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada diri sendiri serta seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya untuk menanam keazaman dan komitmen bagi melakukan perubahan ke arah yang lebih baik khususnya di dalam soal mentadbir dan memajukan negeri seiring dengan kehendak rakyat seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT.“Ini juga merupakan suatu keazaman kerajaan baharu supaya dengan Sambutan Maal Hijrah ini kerajaan akan lebih bersungguh melaksanakan perintahNya.“Dengan motto Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera, rakyat diharap turut bersama menjadikan Terengganu lebih ke depan berbanding negeri lain dari segi kemajuan, mendapat keberkatan Allah dan rakyat mendapat sejahtera daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan,” ujarnya.Katanya, seluruh ADUN juga diharapkan dapat bersatu dan lebih komited untuk melaksanakan perkara yang diputuskan dalam DUN supaya Terengganu menjadi sebuah negeri Darul Iman dalam erti kata yang sebenar.
06 Sep 18
466
Empty Image
'Terima Kasih Kelantan'
Wan Sukairi yang mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan cek daripada Kerajaan Kelantan yang diwakili Tuan Mohd Saripuddin di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan Terengganu berterima kasih kepada kerajaan Kelantan di atas bantuan kewangan RM50,000 untuk membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat bencana ribut.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak kerajaan negeri menghargai bantuan yang dihulurkan itu bagi meringankan bebanan mangsa."Mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang telah menghantar wakil bagi menyerahkan sumbangan ini yang akan disalurkan terus kepada Tabung Darul Iman bagi membantu mangsa ribut,” katanya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di majlis penyerahan sumbangan tersebut, di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail telah menyerahkan sumbangan cek bernilai RM50,000 kepada Kerajaan Terengganu yang diwakili oleh Wan Sukairi.Terdahulu, Kerajaan Kelantan melalui Menteri Besarnya, Dato' Ahmad Yakob mengumumkan perkara itu susulan melihat kepada beberapa daerah di negeri ini yang dilanda ribut.Menurut Wan Sukairi, beberapa daerah di negeri ini dilanda ribut besar beberapa hari lalu dan menyebabkan banyak berlaku kerosakan."Daerah paling teruk terjejas adalah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang," ujarnya.Difahamkan, lebih 1,800 rumah dan lebih 30 sekolah, terjejas akibat ribut kali ini.
06 Sep 18
76