Artikel "Utama" Terkini
SUKMA 2018 : Aisyah Kutip Emas Pertama Terengganu
Oleh : Aida Abd Rahman dan Mastura Jamal DinIPOH - Sukan berbasikal yang disasarkan sebagai lubuk emas, menyumbang kilauan pingat itu yang pertama untuk Terengganu menerusi Nur Aisyah Mohamamad Zubir sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018, pada hari kedua, hari ini.Pada acara final di Arena Square, Batu Kurau, di sini, Nur Aisyah, 21, menepati sasaran bagi kategori berbasikal wanita 30 kilometer (km) individu wanita, menewaskan pencabar terdekatnya, Nurul Najihah Inani A. Aziz juga dari Terengganu yang meraih pingat perak.Pingat gangsa pula berjaya dimenangi Yeong Zhen Yi dari Wilayah Persekutuan.Selain Aisyah, emas kedua berbasikal turut disumbangkan Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff menerusi acara 40 km individu lelaki dan perak kedua Terengganu pula dihasilkan Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri bagi kategori yang sama.Sehingga petang ini, acara berbasikal menghadiahkan dua emas dan dua perak buat kontinjen Terengganu sekali gus melonjak carta untuk berada di kedudukan kedua teratas.Untuk rekod, sukan berbasikal menjadi taruhan terbaik kontinjen Terengganu untuk menuai emas dalam misi memburu juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19, di Perak yang bakal bermula hari ini.Sembilan kilauan pingat emas dalam acara berbasikal menjadi sandaran buat kontinjen Terengganu kali ini.Ketika SUKMA edisi ke-18 di Sarawak pada 2016, skuad berbasikal Terengganu meraih 14 pingat emas dan menjadi penyumbang emas terbesar buat kontinjen negeri.Pada SUKMA 2014 di Perlis, sukan kanu menjadi lubuk emas buat Terengganu apabila menggondol 14 pingat, manakala di Kuala Lumpur pada 2013, kita berjaya meraih 12 pingat emas.Sukan boling padang, sepak takraw, petanque dan tinju juga menjadi sasaran MSNT mengutip dua pingat emas, manakala gimnastik, hoki, golf, muay thai serta ibu segala pingat iaitu bola sepak masing-masing menjadi sandaran untuk menambah satu lagi pingat emas.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
12 Sep 18
507
APM Terengganu Siap Siaga Hadapi Banjir
Che Adam menyampaikan taklimat pengurusan bencana yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd NoorDalam usaha untuk memastikan anggotanya lebih bersedia menghadapi ancaman banjir penghujung tahun ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu terus komited mengadakan latihan seperti tahun-tahun sebelum ini.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt. Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, dengan kekuatan anggota seramai 700 orang yang sentiasa bersiap sedia, latihan seperti pengendalian bot dan menyelamat mangsa akan diteruskan dari semasa ke semasa.“Kita akan teruskan seperti tahun-tahun dahulu yang mana latihan-latihan yang diadakan melibatkan agensi dan juga jabatan di peringkat daerah dan juga negeri termasuk dari aspek pengurusan aset yang kita lakukan secara lebih bersistematik tahun ini.“Antara agensi keselamatan lain yang bersama APM termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan juga pihak berkuasa tempatan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Pengurusan Bencana yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.Mengulas mengenai taklimat tersebut katanya, Sektretariat Pengurusan Bencana Banjir Peringkat Negeri Terengganu telah diamanahkan untuk mengadakan satu taklimat khas berkaitan pengurusan bencana peringkat negeri dan juga daerah kepada Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Udangan Negeri serta Pegawai Daerah negeri ini.“Antara yang dibentangkan termasuk berkaitan aspek pengurusan bencana untuk dipanjangkan ke peringkat komuniti masing-masing.“Seperti mana kita sedia maklum, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) memainkan peranan yang sangat penting bersama dengan agensi kerajaan dan juga pejabat daerah selaku pengurus bencana peringkat daerah bagi kesiapsiagaan peringkat awal menghadapi musim Monsun Timur Laut yang dijangka akan mengakibatkan berlaku banjir pada penghujung bulan Oktober atau awal November ini,” ujarnya.Katanya, turut dimaklumkan berkaitan struktur organisasi yang terlibat ketika pengurusan bencana banjir dimana pengemblengan tenaga diantara agensi dan juga jabatan kerajaan serta peranan yang berhormat kawasan masing-masing dan juga NGO dan komuniti setempat bagi melicinkan operasi pengurusan bencana banjir sebelum, semasa dan selepas berlaku bencana.Menurut beliau, kerajaan negeri juga menyambut baik taklimat yang disampaikan dan akan memberikan sokongan penuh termasuk dari segi kewangan, logistik dan sebagainya bagi membantu dalam aspek kesiapsiagaan keselamatan pengurusan bencana peringkat negeri Terengganu.“Apa yang penting, diharapkan semua jabatan dan agensi yang terlibat dapat bekerjasama termasuk dalam mengembleng tenaga supaya dapat kita mengoptimakan pengurusan bencana ini secara baik, bersistematik bermula dari peringkat bawahan iaitu komuniti, daerah, negeri,” ujarnya.
11 Sep 18
400
Haron Tokoh Keluarga Mithali Dedah Rahsia Kejayaan
Haron Yusof (duduk tengah) dan keluarga bersama Ustaz Ariffin Deraman dan isteri.Oleh: Aslam WiraKUALA TERENGGANU - Tokoh Keluarga Mithali, Haron Yusof menjelaskan bahawa pendidikan Al-Quran kepada anak-anak merupakan kunci utama kejayaan kepada keluarga beliau.“Alhamdulillah, anak-anak saya kesemuanya boleh membaca Al-Quran dan dua orang daripada mereka merupakan hafiz dan hafizah."Namun, mereka juga mempunyai sijil akademik dan ijazah dari Institut Pengajian Tinggi Awam di beberapa tempat di luar negeri.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri Terengganu, semalam (11 September).Menurutnya, seiring dengan kemajuan Malaysia yang baharu dan moden, anak-anak sepatutnya perlu dipantau oleh ibu bapa daripada terdidik dengan media massa dan gajet.“Kita sebagai ibu-bapa perlu berikan ruang untuk berkomunikasi dengan anak-anak untuk memahami mereka dengan lebih dekat."Jangan biarkan kesibukan kerja membuatkan mereka terjerumus dalam didikan yang tidak bermoral berpunca daripada ketagihan televisyen sdan gajet," ujarnya.Haron Yusof yang menerima Anugerah Keluarga Mithali hadir bersama keluarga majlis tersebut.Beliau telah menerima wang tunai, plak dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Mokhtar.Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.
11 Sep 18
426
SUKMA 2018 : Perasmian Penuh Gemilang
Perasmian SUKMA Ke-19 di Stadium Perak.Foto oleh:Harish Fadzillah KassimIPOH - Selepas 24 tahun, padang Stadium Perak kembali bergemerlapan sebagai tuan rumah buat kali kedua, Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 membuka tirai secara rasmi dengan penuh gemilang meskipun hujan renyai, malam ini.Keadaan itu tidak menghalang lebih 30,000 orang ramai membanjiri stadium seawal jam 6 petang bagi menanti penuh sabar acara kemuncak pengisytiharan perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.Hadir sama, Menteri Besar Perak, Tuan Ahmad Faizal Azumu; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; menteri-menteri, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.Pada majlis yang diserikan dengan persembahan pembukaan Indera Sakti membabitkan 700 peserta itu turut menggunakan lampu laser berteknologi tinggi yang ditembak pada skrin layar berada di tengah padang Stadium Perak.Kepelbagaian persembahan kebudayaan, replika mata keris gergasi yang dijadikan sebagai obor menjadi antara tarikan kepada penonton pada majlis perasmian SUKMA Perak 2018, kali ini.Kontijen Terengganu di Majlis Perasmian SUKMA Ke-19 2018 di Stadium PerakSUKMA 2018 akan berlangsung dari 12 hingga 22 Sept ini dengan mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
11 Sep 18
113
SUKMA 2018 : Lahirkan Nama Besar Seperti Azizulhasni
IPOH - Matlamat penganjuranSukan Malaysia (SUKMA) bukan hanya bertujuan untuk menyediakan satu platform kepada atlet muda mempamerkan bakat dan kebolehan mereka, sebaliknya menghasilkan jaguh di peringkat antarabangsa seperti pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang.Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bagi Kementeri Belia dan Sukan (KBS) serta MajlisSukan Negara, temasya itu begitu penting dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai atlet yang berbakat dan berpotensi untuk dilatih bagi membawa cabaran negara ke peringkat yang lebih tinggi."Kita berharap atlet-atlet yang dilahirkan menerusi temasya ini akan mampumengambil alih kekosongan yang akan ditinggalkan oleh atlet senior negara satu hari kelak."Sejarah pengelolaan temasya ini telahmembuktikan nama-nama besar seperti Dato’ Lee Chong Wei, Dato’ Nicol David, Azizulhasni Awang, Shalin Zulkifli, Pandelela Rinong, Khairul Hafiz Jantan, Goh Jin Wei semuanya dilahirkan menerusi SUKMA," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian SUKMA Ke-19 Perak 2018, di Stadium Perak, di sini, malam tadi.Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Sultan Perak Darul Ridzuan, SultanNazrin Muizzuddin Shah.Baginda diiringi Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.Hadir sama, Menteri Besar Perak, Tuan Ahmad Faizal Azumu.Menurut Syed Saddiq lagi, selain dari pada itu, temasya yang melibatkan pelbagai jenis sukan dan acara ini juga merupakan medan terbaik kepada kontinjen negeri termasuk Negara Brunei Darussalam, mengukur sejauh mana keberkesanan program latihan dan pembangunan sukan yang dilaksanakan selama ini.Oleh kerana itulah, beliau berkata, KBS berharap, temasya itu akan sentiasa menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di negara kita."Kerajaan Negeri turut sama memainkan peranan dalam memastikan matlamat tersebut dapat dicapai."Kita semua haruslah menerima hakikat bahawa tugas untuk membangunkan sukan adalah tanggungjawab bersama Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri,"katanya.
11 Sep 18
74
SUKMA 2018 : Sembilan Emas Sandaran Atlet Berbasikal
Ibni (tengah) bersama penyumbang pingat pertama Terengganu bagi acara wushu Mohamad Afiq Danial Firdaus Chua, di temasya SUKMA 2018, hari ini. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKUALA TERENGGANU - Sukan berbasikal menjadi taruhan terbaik kontinjen Terengganu untuk menuai emas dalam misi memburu juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19, di Perak yang bakal bermula Rabu ini.Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu, berkata sembilan kilauan pingat emas dalam acara berbasikal menjadi sandaran buat kontinjen Terengganu kali ini."Ketika SUKMA edisi ke-18 di Sarawak pada 2016, skuad berbasikal Terengganu meraih 14 pingat emas dan menjadi penyumbang emas terbesar buat kontinjen negeri."Ketika SUKMA 2014 di Perlis, sukan kanu menjadi lubuk emas buat Terengganu apabila menggondol 14 pingat, manakala di Kuala Lumpur pada 2013, kita berjaya meraih 12 pingat emas."Jadi, dalam temasya di Perak ini, selepas kanu tidak dipertandingkan, kami harap skuad berbasikal mampu mengulangi pencapaian itu dan menjadi penyumbang terbesar pingat emas serta berjaya mencapai sasaran diidamkan," katanya.Selain acara berbasikal, sukan memanah, pelayaran dan judo turut menjadi sandaran terbaik untuk memburu sekurang-kurangnya lima pingat emas bagi setiap acara sukan itu."Kita turut menyasarkan sekurang-kurangnya tiga kutipan pingat emas dalam sukan angkat berat, menembak, pencak silat dan taekwondo,” katanya.Sukan boling padang, sepak takraw, petanque dan tinju juga menjadi sasaran MSNT mengutip dua pingat emas, manakala gimnastik, hoki, golf, muay thai serta ibu segala pingat iaitu bola sepak masing-masing menjadi sandaran untuk menambah satu lagi pingat emas.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.Sumber : Berita Harian Online
11 Sep 18
84
SUKMA 2018 : Wushu Sumbang Pingat Pertama Buat Terengganu
Mohamad Afiq Danial ketika beraksi acara Jianshu.Foto oleh: Harish Fadzillah KassimOleh: Aida Abd Rahman dan Mastura Jamal DinIPOH-Atlet Wushu, Mohamad Afiq Danial Mohd Firdaus Chua muncul penyumbang pingat pertama kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 Perak 2018 selepas meraih gangsa dalam acara Jianshu (pedang) yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak sebentar tadi.Gangsa menjadi milik atlet Melayu tunggal dari Terengganu itu selepas mengutip 9.38 mata hanya ketinggalan 0.02 mata dengan pencabar terdekatnya dari Sarawak, Elvic Bong Qian Zhen yang meraih pingat perak.Sementara emas pula berjaya dimenangi oleh Si Shin Peng dari Melaka yang mengumpul 9.48 mata.Mohamad Afiq, 16 ketika dihubungi berkata, dia tidak mensasarkan sebarang pingat dalam temasya peringkat kebangsaan ini, namun gangsa pertama buat kontinjen Terengganu itu menjadi momen terbaik yang menyuntik semangat untuk beraksi pada acara kegemarannya, kategori Changquan (tanpa senjata) pagi esok.Afiq yang mendapat bimbingan jurulatih, Chong Min Fei dan Qin Gan, juga akan beraksi bagi kategori Qiengshu (tombak) pada Khamis, di mana kategori itu turut disertai empat atlet negara.Menurut anak kedua kepada pasangan Mohamad Firdaus Chua Abdullah dan Zanariah Dahlan itu lagi, keluarganya turut hadir memberi sokongan kepadanya sekali gus memberi inspirasi untuk memberi persembahan terbaik ketika di gelanggang.Beliau juga berterima kasih atas sokongan keluarga, jurulatih dan kerajaan negeri khususnya Majlis Sukan Negeri Terengganu yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk beraksi pada penampilan sulung ini.
11 Sep 18
749
Umat Islam Kini Diuji
Sultan Mizan berkenan hadir majlis sambutan Maal Hijrah. Foto: Tg Syamim Tg IsmailUmat Islam di negara ini sedang diuji dengan usaha-usaha untuk menafikan kedudukan Islam seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, suasana sukar yang turut dihadapi umat Islam di seluruh dunia itu menuntut kepada kesatuan dan perpaduan dalam kalangan ummah, yang merupakan kunci penting kepada peristiwa hijrah.Kunci penting itulah yang membawa kepada terbinanya Madinah, model kerajaan Islam terbilang yang dipenuhi rahmat kepada seluruh masyarakat sama ada penduduk Islam atau bukan Islam.“Sebagai umat Islam marilah kita melakukan perubahan dengan berhijrah ke arah yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah S.W.T,” titah baginda. Baginda bertitah demikian dalam majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1440H/2018M di Stadium Negeri , Kuala Terengganu, semalamTurut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail yang diiringi Ahli Dewan Pangkuan DiRaja, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Yang hadir sama, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ A. Rahman Yahya,barisan kepimpinan kerajaan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul. Hadi Awang.Sultan Mizan menarik perhatian, kejayaan peristiwa hijrah telah mengukuhkan pegangan akidah, ibadat, akhlak dan gaya hidup umat Islam pada zaman berkenaan bahkan, langkah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar turut memperlihatkan kebesaran nilai kasih sayang sesama Islam. Titah baginda, kasih sayang merupakan perisai dalam menjaga kekuatan sesebuah negara di samping membanteras kemiskinan dan masalah sosial dalam kalangan fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan.
11 Sep 18
104
Talib Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Sultan Mizan berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Talib. Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailPengawai Penyelidik Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Talib Abdul Rahman, 65 dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440 pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah kepada Talib yang membawa pulang wang tunai RM10,000, tajaan umrah bernilai RM10,000, set persalinan RM500, piala dan sijil penghargaan.Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman, Speaker DUN Yahaya Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' A Rahman.Talib yang dilahirkan pada 1 Januari 1953 berasal dari Kampung Cham Kemboja berhijrah ke Malaysia pada 1977 sebelum mendapat taraf penduduk tetap beberapa tahun selepas itu.Banyak bakti beliau kepada masyarakat di negara ini khususnya Terengganu, termasuk pernah menjadi panel penggubal Peristilahan bahasa dan kesusasteraan Arab Dewan Bahasa dan Pustaka. Di peringkat negeri, beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam),AJK penasihat Zakat Maidam dan AJK Panel penulisan kutbah.Kini Talib merupakan salah seorang AJK Fatwa Negeri Terengganu.Pada majlis sama yang bertemakan Menyantuni Ummah Membawa Rahmat itu turut menganugerahkan Masjid Sultan Muhammad Bukit Besar, Kuala Terengganu sebagai masjid kerajaan terbaik dan masjid mukim terbaik pula dimenangi Masjid Islah, Kampung Limbongan, Besut . Anugerah lain, keluarga mithali dinobatkan kepada keluarga Haron Yusof, keluarga tunggal (Hasnah Sulong), saudara kita (Noorazman Lua @Lua Boon) dan Orang Kurang Upaya cemerlang dimenangi Anjang Ali .
10 Sep 18
724
Politik Kasih Sayang Bawa Negeri Maju, Berkat Dan Sejahtera
Orang ramai mengambil peluang bersalaman dengan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Khairul AzlamKUALA NERUS - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar beriltizam, ingin menerapkan dalam pentadbiran negeri ini dengan sikap amanah, adil, telus dan bertanggungjawab.Katanya, sikap amanah, adil, telus dan bertanggungjawab itu ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika menjadi pemimpin negara.“Dalam konteks hari ini, corak pemerintahan seperti inilah yang ingin diterapkan dalam pentabiran negeri Terengganu dan dijadikan panduan dalam membangunkan dan memajukan negeri ini.“Tema Maal Hijrah 1440H pada tahun 2018 ini, ‘Menyantuni Umat, Membawa Rahmat’ begitu tepat sekali. “Jika dihayati, ia membawa mesej supaya masyarakat perlu sentiasa saling menghormati antara satu sama lain, mengelakkan permusuhan dan pertelingkahan, saling bersatu padu walaupun berlainan agama, kaum, ideologi dan fahaman politik,” ujarnya dalam satu kenyataan perutusan sempena majlis sambutan Hari Maal Hijrah 1440H. Dr Ahmad Samsuri sedang berucap pada Majlis Ambang Maal Hijrah 1440H di Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus.Beliau turut merasmikan Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah 1440H Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, pada 10 September lalu.Dr Ahmad Samsuri menegaskan, teras kepada penyatuan dan perpaduan umat di Madinah ketika itu adalah kasih sayang yang didasari oleh Islam, di mana semua pihak mendapat keistimewaan. Dalam erti kata lain, menurutnya penduduk bukan Islam turut diberikan hak pengiktirafan sebagai rakyat. “Kesannya, kepimpinan Rasulullah SAW telah melahirkan kesatuan dan perpaduan kepelbagaian kaum dan agama di Madinah ketika itu. “Dalam situasi hari ini, perbezaan itu tidak menghalang kita (Terengganu) untuk memupuk nilai kasih sayang demi keharmonian dan kesejahteraan. “Menjadi cita-cita seluruh rakyat untuk melihat negeri Terengganu melangkah ke satu tahap yang lebih baik melalui penghayatan hijrah sebenar bagi mencapai negeri yang diimpikan bermatlamatkan maju, berkat dan sejahtera,” jelasnya di hadapan 2,000 hadiri.Sebelum itu, solat sunat hajat dibimbing oleh Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abd Aziz.Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abd Aziz membimbing bacaan Ya’asin dan solat hajat sempena Sambutan Ambang Maal Hijrah 1440H di Masjid Wakap Membesu, Kuala Nerus.Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah serta ramai lagi.
10 Sep 18
55