Artikel "Utama" Terkini
DHPP Perjuangkan Lapan Agenda
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) buat julung kalinya mengadakan Konvensyen DHPP bertemakan 'Memimpin Perpaduan' sempena Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Balasubramaniam Nachiapan berkata, kovensyen tersebut sangat penting dalam menentukan hala tuju perjuangan DHPP khususnya ketika berhadapan dengan kerajaan yang baharu diwujudkan selepas Pilihan Raya Umum Ke 14.Justeru katanya, DHPP akan memperjuangkan lapan agenda pertamanya, memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terbela."Kita sebagai sayap perjuangan semestinya mendokong kerja murni ini dengan mempertingkatkan kerja kebajikan kepada masyarakat di kalangan bukan Islam."DHPP juga mendesak kerajaan Pusat mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat dan mematuhi manifesto seperti dijanjikan," ujarnya ketika menyampaikan ucaptama sempena konvensyen tersebut.Turut hadir, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Malah katanya, DHPP juga meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam agenda bertindaknya yang merangkumi aspek pekerjaan, pelajaran dan sosio ekonomi masyarakat."Dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni, memperkukuh perpaduan rakyat merupakan satu keutamaan yang perlu dititik beratkan dan DHPP akan berusaha untuk menjaga perpaduan rakyat, "ujarnya.Menurutnya lagi, antara lain yang diperjuangkan DHPP ialah untuk menambah keahlian dengan menyasarkan 10 peratus daripada jumlah ahli sedia ada ketika ini yang telah mencecah lebih 20,000 orang.Dalam pada itu, DHPP akan terus berjuang bersama PAS, menyokong pindaan RUU355 dan agenda perjuangan DHPP terakhir adalah fokus kepada kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke15.Katanya, PAS telah mengorak langkah untuk mendekati masyarakat bukan Islam sejak dari awal penubuhannya."Kita menyedari bahawa PAS merupakan sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan namun ia menolak perjuangan yang berteraskan perkauman malah memberi keadilan kepada semua masyarakat," ujarnya.
13 Sep 18
242
SUKMA 2018 : Judo Lubuk Emas Terengganu
KERIAN - Judo mengekalkan status sebagai 'lubuk emas' untuk Terengganu pada Sukan Malaysia (SUKMA) apabila berjaya meraih pungutan emas tertinggi pada temasya edisi ke-19 ini, seterusnya mampu merealisasikan hasrat mengembalikan kejuaraan SUKMA untuk kali kelima.Terengganu menggondol lima pingat emas, empat perak dan empat gangsa daripada keseluruhan 16 emas yang ditawarkan dalam persaingan selama tiga hari yang bermula semalam, di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Krian, di sini.Ketua jurulatih judo Terengganu, Marjan Abdullah berkata, kejayaan itu membuktikan anak didiknya mencapai sasaran ditetapkan pada SUKMA kali ini."Secara peribadi, saya sedikit kecewa kerana saya sendiri sebenarnya sasar lapan emas, namun akhirnya dapat hasilkan lima emas kerana beberapa masalah teknikal."Bagaimanapun lima emas masih menepati sasaran negeri dan pasukan untuk edisi SUKMA ini. Alhamdullah mereka (atlet) menunjukkan prestasi terbaik," katanya ketika ditemui sejurus majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara itu.Dua emas hari ini diraih Alyaa Yasmeen Rosali dan Fakhrul Adam Jose M Cruz melengkapkan koleksi lima emas keseluruhan dengan tiga emas dihasilkan semalam oleh Nur Ain Hafieza Amran, Mohamad Aizul Hilmi Zainudin dan Muhammad Izham Harun.Manakala empat perak menerusi Nurul Safiqah Mohd Raslin, Nik Mohd Alfian Nik Azman, Mohd Alif Asnawi Azman dan Intan Nur Hayati Mahathir.Empat lagi pingat gangsa pula disumbangkan Muhammad Fizwan Abdur Rahman, Nasuha Mohd Khairi, Zuraida Ahmad dan Muhammad Nur Muizzudin Mahsan.Marjan yang juga ketua jurulatih judo kebangsaan berkata, walaupun pencapaian edisi ini sedikit merosot berbanding SUKMA 2013 dengan kutipan tujuh emas, sasaran terkini itu tetap rasional dengan mengambil kira pelbagai faktor.Pada masa yang sama, skuad Hanelang tetap berada di landasan sebenar untuk mengekalkan penguasaan bagi acara itu dengan hampir keseluruhan atlet masih layak meneruskan saingan pada temasya SUKMA akan datang.Tambah beliau, skuadnya diperkuat dengan 20 atlet termasuk pelapis dan atlet muda menerusi kendalian tiga jurulatih lain, Mohd Hadi Musa, Nor Izzatul Fazlia Mohammad dan Nor Asnida Abd Razak.Menurutnya, selain SUKMA, pasukan judo Terengganu turut dikenali sebagai kuasa besar sukan itu di negara ini dengan rekod juara kali ketujuh pada Kejohanan Judo Kebangsaan ke-55 Mac tahun lalu.SUKMA 2018 berlangsung dari 12 hingga 22 September ini menawarkan 427 pingat emas yang melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut bermula SUKMA 2008, 2010, 2011 dan 2012 mensasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa pada temasya kali ini.
13 Sep 18
922
SUKMA 2018: Judo Kekal Dominasi Pungutan Pingat
Atlet Judo Terengganu Hanelang.KERIAN - Kontinjen 'Terengganu Hanelang' mengekalkan penguasaan pungutan pingat bagi acara judo apabila meraih lima emas, empat perak dan empat gangsa sepanjang dua hari pertandingan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018.Kelebihan itu turut menjarakkan kedudukan Terengganu dengan pesaing lain untuk kekal di tangga teratas dengan jumlah pungutan lapan pingat emas, tujuh perak dan lima gangsa sehingga petang ini.Seorang pemenang pingat emas judo, Fakrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz, 20, dari Paka, pingat emas ini merupakan hadiah terakhir buat kontinjen Terengganu sebelum berundur dari bidang itu kerana had usianya yang sudah melepasi syarat penyertaan SUKMA."Ini merupakan penyertaan kali kedua selepas SUKMA 2013 di Kuala Lumpur yang mana pada masa tersebut gagal mendapat mana-mana pingat."Kekalahan tersebut menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk membuktikan bahawa gagal sekali bukan gagal selamanya dan saya berterima kasih kepada jurulatih saya yang banyak membantu untuk mencapai pingat emas pada hari ini," ujarnya ketika ditemui di SMJK Krian di sini hari ini.Nurul SafiqahSementara itu, bagi Nurul Safiqah Mohd Raslin,16, walaupun kecewa kerana gagal menyumbangkan emas namun tetap bersyukur dengan pingat perak yang berjaya diperolehi buat kali pertama menyertai SUKMA."Memang terkilan tetapi kesakitan pada bahu saya menyebabkan saya kurang fokus dan bertenaga untuk mengalahkan pihak lawan."Kecederaan di bahu berpunca dari masalah lama tetapi ia menjadi agak teruk kebelakangan ini menyebabkan pergerakan saya agak terbatas," katanya.Empat lagi emas disumbangkan oleh Nur Ain Hafieza Amran, Alya Yasmeen Rosali, Mohamad Aizul Hilmi Zainudin dan Muhammad Izham Harun.Pingat perak diraih oleh Nik Mohd Alfian Nik Azman, Mohd Alif Asnawi Azman dan Intan Nur Hayati Mahathir.Manakala pingat gangsa pula diraih menerusi Muhammad Fizwan Abdur Rahman, Nasuha Mohd Khairi, Zuraida Ahmad dan Muhammad Nur Muizzudin Mahsan.
13 Sep 18
1018
Kerjasama UMNO-PAS Makin positif
Dato' Hashim JasinKUALA TERENGGANU - Kerjasama antara UMNO dengan PAS mulai dilihat bergerak secara positif sejak Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kadis dan Seri Setia baru-baru ini. Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Haji Hashim Jasin berkata, PAS harus melihat realiti politik bahawa Malaysia sangat berhajat kepada perpaduan orang Melayu Islam dalam mempertahankan agenda Islam dan maruah bangsa."Kita (PAS) sedar sepenuhnya tentang kebobrokan politik yang pernah dilakukan oleh UMNO sepanjang lebih 60 tahun menjadi kerajaan. "Tetapi dengan jiwa da'i (pendakwah) yang ada pada kita, kita harus berusaha untuk memperbetulkan kefahaman pemimpin dan ahli UMNO terhadap Islam, dengan cara kita mendekati mereka," katanya ketika merasmi Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke 57 di Hotel Permai di sini 13 September. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir dalam majlis tersebut bersama 1,000 orang perwakilan dan pemerhati. Dato' Haji Hashim seterusnya berkata, PAS tidak boleh melihat UMNO dan ahlinya sebagai musuh sebaliknya mereka adalah sasaran dakwah dan perlu dikembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenar. Menurut beliau menjadi tanggungjawab besar ulama dalam PAS untuk memahamkan ahli-ahli parti itu bahawa persoalan kerjasama dengan UMNO adalah perkara 'Mutaghayyirat' (strategi boleh berubah). "Apa yang penting, PAS mesti memainkan peranan untuk menjadi pemimpin dalam agenda perpaduan ini dengan Islam menjadi teras kepada segala bentuk kerjasama dengan al-Quran dan Sunnah menjadi sumber rujukannya," jelas beliau.Katanya, apapun bentuk kerjasama yang berlaku, PAS mesti memastikan bahawa ia akan memberi keuntungan kepada Islam. "PAS tidak boleh bersikap keras dengan lawan politik yang juga beragama Islam, semata-mata kerana rekod kejahilan, pengaruh sekular dalam pemikiran mereka dan juga catatan-catatan amalan korupsi yang pernah mereka lakukan. "Inilah medan dakwah yang membawa agenda 'Rahmatan Lil 'Alamin yang sebenar," jelasnya lagi. Katanya dalam soal perpaduan dengan UMNO, ia bukanlah perkara 'Thawabit' (perkara dasar, tidak boleh berubah) menyebabkan PAS tidak boleh berganjak langsung dan sanggup membiarkan maslahah ummah terpinggir oleh sentimen politik sempit.
13 Sep 18
107
SUKMA 2018 : Wushu Lebur Rekod Raih Emas
GOPENG - Terengganu melebur rekod temasya Sukan Malaysia (SUKMA) sejak 32 tahun lalu apabila pertama kali mengutip emas bagi acara wushu di Kolej Matrikulasi Gopeng, di sini, pagi ini.Emas pertama wushu itu dihasilkan Wee Teck Siang, 18, bagi kategori sanda 60 kilogram lelaki selepas menewaskan Tan Xian Jun, dari Selangor menerusi tendangan knockout (KO).Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu berkata, atlet wushu berkenaan hanya disandarkan sekurang-kurangnya mendapat gangsa yang menjadi sasaran keseluruhan bagi acara wushu pada temasya kali ini."Alhamdulillah Teck Siang sudah berjaya memecahkan kebuntuan emas negeri sejak SUKMA dianjurkan menerusi kategori Sanda yang baru diperkenalkan dalam temasya ini."Kita hanya sasarkan beliau untuk membawa pulang gangsa, sebaliknya anak Terengganu ini berjaya menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna untuk Terengganu," katanya ketika ditemui sejurus majlis penyampaian hadiah acara itu.Turut hadir, Ketua Kontinjen Terengganu, Samiun Salleh.Ibni berkata, rekod terbaik Terengganu bagi acara wushu adalah memperolehi pingat perak ketika temasya SUKMA Terengganu 2008.Tambah beliau, kejayaan merangkul emas dihasilkan atlet dari Kuala Besut itu juga membuktikan latihan yang intensif dan komitmen semua pihak bagi memastikan sukan bukan tumpuan turut mampu memberikan pingat emas, akhirnya membuah hasil.Beliau berkata, kejayaan beliau ini juga memecahkan monopoli atlet wushu dari negeri lain seperti Melaka dan diharap menjadi inspirasi buat semua atlet tanpa mengira acara sukan sekali pun.
12 Sep 18
716
SUKMA 2018: Teck Siang Cipta Kejutan
Wee Teck Siang GOPENG - Skuad Wushu menuai emas keenam buat kontinjen Terengganu menerusi Wee Teck Siang yang mengungguli acara sanda kategori 60 kilogram (kg) lelaki di Kolej Matrikulasi Perak, di sini, sebentar tadi.Teck Siang,18, dari Kuala Besut berkata ini merupakan penyertaan kali pertama dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan tidak mengharapkan kemenangan kerana kebanyakan peserta mempunyai pengalaman dalam acara seni mempertahankan diri itu."Saya tak menjangka akan mendapat pingat emas kerana pada awalnya hanya mensasarkan pingat gangsa apatah lagi persaingan hebat dari awal dengan peserta Johor."Mula rasa takut dapat masuk final tetapi dengan kehadiran mak dan ayah serta penyokong dari Terengganu, saya mendapat kekuatan untuk buktikan saya boleh dan seterusnya menghadiahkan emas keenam untuk Terengganu yang juga emas pertama dari wushu setakat ini,"katanya.Teck Siang bersama sumber inspirasinya, ibu bapa dan adik yang sentiasa menemaninya.Anak kelima dari enam beradik itu berjaya mengalahkan lawan, Tan Xian Jun dari Selangor melalui tendangan knockout (KO) dan seterusnya melayakkan beliau memenangi acara tersebut.Tambahnya, sejak mula menceburi sukan Wushu pada Mac lalu, beliau tidak pernah menyesali apabila terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik Muadzam Shah dalam bidang reka bentuk grafik kerana mahu memberi tumpuan dalam sukan itu."Saya tolak tawaran ini kerana jiwa saya lebih kepada sukan Wushu dan tidak pernah menyesal dengan keputusan ini lebih-lebih lagi keluarga memberikan sokongan penuh,"ujarnya lagi.Tenyata keputusan yang dibuat menyebelahinya apabila berjaya memenangi pingat emas pertama kali dalam Borneo Amature Challenge di Labuan pada Julai baru-baru ini.Ibunya, Lim Lee Boey, 53, ketika ditemui berkata dia dan suaminyaWee Chong Aik, 55, tidak pernah menghalang minat dan mempertikaikan keputusan dipilih oleh Teck Siang."Saya tetap menyokong dan kami membuktikan sokongan padu kami dengan hadir memberikan sokongan dan kata semangat setiap kali dia menyertai perlawanan supaya dia tahu yang doa kami sentiasa mengiringinya untuk capai kejayaan,"katanya.
12 Sep 18
715
SUKMA 2018 : Terengganu Lepasi Sasaran
IPOH - Terengganu memulakan persaingan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 Perak dengan momentum terbaik apabila melepasi sasaran pencapaian pingat pada hari kedua temasya, semalam.Kontinjen yang diketuai Samiun Salleh memperolehi lima emas, tiga perak dan tiga gangsa berbanding sasaran awal empat emas dan tujuh gangsa.Kelebihan 'bonus' satu emas itu diraih menerusi atlet judo yang membolot tiga emas, selain turut menghadiahkan satu perak dan tiga gangsa untuk kontinjen Terengganu mengukuhkan penguasaan di persada pungutan pingat.Menurut samiun, Terengganu berjaya melepasi sasaran pingat untuk hari kedua (semalam) dan ini satu permulaan yang baik untuk temasya kali ini."Kita berjaya kutip lima emas dengan tiga terhasil daripada judo, dua lagi berbasikal."Acara judo kita sasarkan mengutip dua emas pada hari ini, bagaimanapun kelebihan tiga emas pada kali ini memberi petunjuk baik untuk kita merampas semula kejuaraan SUKMA edisi ini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman selepas mesyuarat khas bersama pegawai sukan kontinjen Terengganu, di Hotel Seri Malaysia, di sini, malam tadi.Tambah Samiun, pada hari ini juga terdapat tiga acara sasaran, iaitu wushu, judo dan berbasikal yang melangkah ke peringkat akhir dan dijangka dapat menambah pingat emas untuk Terengganu."Kelebihan kita mendapat pingat pada acara yang bukan sasaran akan menyuntik moral atlet untuk membuktikan mampu melepasi sasaran sebenar."Pada masa yang sama saya mahu semua pengurus sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan atlet agar dapat bersaing tanpa sebarang masalah yang menjejaskan fokus di gelanggang,"kata beliau lagi.
12 Sep 18
161
SUKMA 2018 : Terengganu Ungguli Kedudukan Teratas
Kedudukan Terkini pada hari keduaIPOH - Kontinjen Terengganu mula menunjukkan taring sebenar pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 apabila berjaya melonjak di kedudukan terataspungutan pingat pada hari kedua temasya itu, dengan kelebihan dua gangsa berbanding Melaka yang mengekori di tangga kedua.Kontinjen yang diterajui Ketua Kontinjen, Samiun Salleh berjaya mengatasi Melaka dengan kutipan lima emas, tiga perak dan tiga gangsa.Manakala tuan rumah, Perak berada di tempat ketiga dengan dua emas, dua perak dan tiga gangsa.Emas pertama Terengganu dikutip menerusi Nur Aisyah Mohamamad Zubir mengungguli acara berbasikal 30 kilometer (km) perseorangan wanita dan emas kedua berbasikal pula disumbangkan Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff menerusi acara 40km individu lelaki.Tiga lagi emas Terengganu masing-masing disumbang melalui acara judo oleh Muhammad Izham Harun (bawah 60kg lelaki), Mohamad Aizul Hilmi Zainudin (bawah 73kg lelaki) dan Nur Ain Hafieezza Amran (atas 70kg wanita).SUKMA 2018 yang berlangsung dari 12 hingga 22 Sept ini dengan mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
12 Sep 18
393
SUKMA 2018 : Judo Tuai Tiga Emas
IPOH - Pasukan judo menyumbangkan tiga emas, satu perak dan satu gangsa untuk membawa Terengganu ke kedudukan teratas pungutan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak edisi ke-19. sehingga petang ini.Emas disumbangkan Muhammad Izham Harun (bawah 60kg lelaki), Mohamad Aizul Hilmi Zainudin (bawah 73kg lelaki) dan Nur Ain Hafieezza Amran (atas 70kg wanita.Pingat perak pula disumbangkan oleh Muhammad Alif Asnawi Azman (bawah 55kg lelaki) serta gangsa pula terhasil daripada Muhammad Nur Muizzuddin Mahsan (bawah 66kg lelaki) dan Zuraida Ahmad (bawah 63kg wanita).Acara seni mempertahankan diri berkenaan yang bermula hari ini dan berakhir pada Jumaat ini (14 September) berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Krian, Kerian, di sini, menawarkan keseluruhan 16 pingat emas, 16 perak dan 32 gangsa.Pasukan judo Terengganu diperkuatkan di bawah ketua jurulatih Marjan Abdullah dan dibarisi 18 atlet pula mensasarkan lima emas, dua perak dan lima gangsa sepanjang temasya kali ini.SUKMA 2018 yang berlangsung dari 12 hingga 22 September ini mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
12 Sep 18
780
MB Terima Kunjungan Hormat TSG
Ahmad Farhan menyerahkan jersi kuning kemenangan Le Tour De Langkawi 2018 kepada Dr Ahmad Samsuri semasa kunjungan hormat TSG di Pejabat Menteri Besar, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd Noor Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menerima kunjungan hormat pasukan berbasikal profesional, Terengganu Cycling Team (TSG) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Rombongan yang diketuai Ahmad Farhan Abdul Wahab selaku Ketua Pengarah Eksekutif TSG itu mengadakan perjumpaan kira-kira sejam dengan Menteri Besar.Turut menyertai perjumpaan itu pihak pengurusan TSG dan juga para pelumba.Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan termasuk perancangan, hala tuju serta keazaman TSG untuk berada pada tahap tertinggi dalam dunia berbasikal.Pada perjumpaan itu juga, Dr Ahmad Samsuri turut menerima jersi kuning kemenangan Le Tour De Langkawi 2018 dan lebih membanggakan, TSG melakar sejarah negara menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang menawan jersi kuning selaku juara keseluruhan dalam masa 22 tahun.Malah, pasukan TSG bukan sahaja bertindak sebagai duta pelacongan tetapi turut membawa nama Terengganu dalam setiap kejohanan disertai khususnya di peringkat antarabangsa.
12 Sep 18
65