Artikel "Utama" Terkini
Presiden PAS Garis 10 Arahan
Dato' Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kiri) menyempurnakan majlis perasmian dengan penerimaan replika Batu Bersurat Terengganu sebagai simbolik. Foto - Syaiful MustafaOleh: Khairul Azlam MohammadKUALA NERUS - Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Malaysia, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, menggariskan 10 arahan kepada pemimpin parti di semua peringkat.Bertemakan ‘Islam Memimpin’, Dato’ Seri Abdul Hadi menegaskan, betapa pentingnya setiap pendokong PAS menerajui agenda penyelesaian Islam.Menurutnya, perkara itu penting bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara melalui pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).Justeru itu, katanya 10 arahan itu perlu tindakan bersama di kalangan pimpinan parti di semua peringkat.“Pertama, semua pihak dalam PAS Pusat, Dewan-Dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema 'Islam Memimpin', seterusnya merangka perancangan melalui pendekatan BPMS dan kesediaan untuk bekerjasama atas perkara kebaikan di semua peringkat.“Kedua, pentarbiyahan pimpinan dan ahli adalah elemen asasi yang perlu diteruskan melalui aktiviti usrah, tamrin dan liqa' fikri mengikut marhalah yang telah ditetapkan."Penumpuan wajar diberikan untuk memberi penambahbaikan dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’ dan sistem pemantauan, di samping proses pembentukan fikrah di kalangan anak ahli PAS dan pelapis perjuangan.“Ketiga, pentadbiran organisasi di semua peringkat perlu terus diperkemaskan supaya lebih berkesan."Selain itu, beberapa aspek pengurusan organisasi wajar diberi nilai tambah dalam sistem KPI dan perancangan strategik yang semakin diamalkan di peringkat negeri dan kawasan, antaranya dalam kempen penambahan ahli, pengurusan sumber manusia, kualiti mesyuarat, serta pengurusan kewangan yang sistematik," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini (15 September).Keempat, Dewan Ulamak perlu bertindak pantas menjadi jurubicara untuk menjelaskan isu semasa dengan merujuk kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah, serta proaktif dalam menganjurkan seminar ‘ilmiyyah dalam memahami persoalan Maqasid dan Siyasah Syar’iyyah.Ulamak perlu menarik seramai mungkin cerdik pandai untuk bersama PAS, di samping keperluan untuk menguasai ilmu moden dan mengembangkan dimensi ilmu yang dikuasai.Kelima, Dewan Muslimat perlu mendepani pelbagai isu masyarakat dan menyentuh hati nurani rakyat, melalui aktiviti kebajikan dan kekeluargaan."Dewan Muslimat berperanan besar dalam menentukan kuasa politik dan kejayaan membina kualiti insan dalam negara."Penganjuran aktiviti mesra wanita dalam lapangan kemahiran, minat dan riadah boleh dijadikan wadah untuk mendekatkan PAS kepada golongan wanita.“Keenam, Dewan Pemuda mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam, dan bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan."Pendekatan dakwah yang kreatif, penguasaan media sosial dan penglibatan di lapangan anak muda mesti dimanfaatkan untuk membawa mesej Islam."Pemuda juga perlu mendepani isu nasional dan antarabangsa, serta mampu mengemukakan solusi terhadap permasalahan rakyat dan anak muda.“Ketujuh, DHPP wajar diperkemaskan dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya, dibangunkan bersama oleh Lajnah Tarbiah dan Lajnah Dakwah."DHPP di semua peringkat wajar menjadi jambatan yang menghubungkan PAS dengan parti politik dan NGO berasaskan kaum dan agama yang lain, bagi menarik sokongan pengundi bukan-Melayu yang boleh berubah dalam PRU15 kelak," tambahnya.Kelapan, pimpinan dan ahli PAS yang memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan Jawatankuasa yang berkaitan perlu melaksanakan amanah dengan sempurna."Semua yang dilantik wajib menunjukkan adab, akhlak dan keilmuan yang tinggi ketika perbahasan dan menghormati penjawat awam, sehingga menjadi contoh ikutan pihak lain.“Kesembilan, kawasan dan cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas dan dipantau oleh pimpinan negeri."Program dalaman seperti aktiviti tarbiyah dan kepimpinan mestilah menjadi agenda yang penting dalam taqwim tahunan, di samping mempelbagaikan program kebajikan dan kemasyarakatan untuk menambah ahli dan menarik sokongan rakyat kepada PAS.“Dan yang ke-10, pimpinan dan ahli PAS secara keseluruhannya perlu menjaga hubungan dengan Allah, membina syakhsiah dengan Ta’lim dan Tarbiyah, membekalkan ilmu kepada akalnya secara bertafaqquh, menanamkan iman dan akhlak yang mulia kepada rohaninya, serta wajib melengkapkan diri dengan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah mengikut kemampuan,” ujarnya.Perasmian muktamar itu diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini (15 September).Hadir sama pada majlis itu, Mursyidul Am PAS, Haji Hashim Jasin, Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Mahfodz Muhamed, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan serta seluruh kepimpinan PAS Pusat, Dewan-dewan Ulamak, Muslimat, Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Badan Perhubungan PAS negeri-negeri dan para perwakilan di seluruh negara.Manakala, tetamu jemputan terdiri daripada kepimpinan tertinggi Umno yang diketuai Presiden partinya, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri, Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan Umno, Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah.Sementara itu, pimpinan MIC yang hadir iaitu Timbalan Presiden, Dato’ Seri SK Devamany AJK Pusat, Dato’ Seri M Saravanan serta beberapa orang pemimpin MIC Terengganu.
15 Sep 18
338
SUKMA 2018 : Terengganu Kekal Mendahului
IPOH - Terengganu terus mencongak untuk bertahan sebagai pendahulu kedudukan pungutan pingat pada hari kelima temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018, hari ini.Sehingga jam 4 petang ini, Kontinjen Hanelang mengumpul keseluruhan 35 pingat dengan 13 emas, 12 perak dan 10 gangsa makin menjarakkan kedudukan dengan Pulau Pinang, di tangga kedua dengan kutipan 10 pingat emas, enam perak dan lima gangsa.Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu berkata, tiga emas terbaharu diraih masing-masing dari acara berbasikal lelaki dan wanita (kriterium) serta menembak.Katanya, acara kriterium yang berlangsung di Taman Tasik Taiping, pada sebelah pagi tadi turut menghadiahkan dua pingat perak."Alhamdulillah atlet kita menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa dan membuktikan keupayaan masing-masing termasuk melepasi sasaran ditetapkan kontinjen."Pada hari ini juga, ada beberapa sukan yang kita sudah melangkah ke suku akhir seperti futsal wanita dan ke separuh akhir bagi acara pentanque lelaki dan wanita. Doakan kejayaan atlet kita sekali gus misi bergelar juara keseluruhan tercapai,"katanya.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
15 Sep 18
503
‘Islam Memimpin’ Diangkat Tema Muktamar
Dato' Seri Abdul Hadi Awang (kiri) menyampaikan anugerah kepada tokoh PAS. Foto - Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Tema Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-64 iaitu ‘Islam Memimpin’ jelas menekankan kepimpinan dengan agama sebagai agenda dan teras utama parti.Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Malaysia, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, kepimpinan yang dimaksudkan bersyaratkan iman dan sentiasa mentaati Allah dalam ibadah serta amalan diri dan bermasyakat, sehingga memimpin negara.”Alhamdulillah PAS berjaya mempertahankan ciri-ciri parti Islam secara amali yang tidak mampu diganggu-gugat oleh musuh-musuh Islam sejak zaman penjajah sehingga kini.”PAS sentiasa melakukan penambahbaikan mengikut perkembangan semasa, walaupun pemimpinnya silih-berganti menghadapi cabaran mengikut perjalanan usia PAS sejak ditubuhkan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sekaligus merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini (15 September).Dalam perkembangan yang sama, Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan betapa pentingnya setiap pendokong PAS untuk terus menerajui agenda penyelesaian Islam bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara, melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).“Apa yang penting kita menghormati keputusan rakyat dan bersama dengan semua pihak untuk membentuk budaya politik baharu dengan penuh hikmah, bagi membetulkan apa yang salah dan menambah baik apa yang betul,” katanya.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Haji Hashim Jasin, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-64 secara rasminya bermula hari ini, 15 September di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.Majlis perasmian disempurnakan dengan penyerahan gimik replika Batu Bersurat Terengganu kepada Presiden PAS dan penyampaian anugerah kepada tokoh-tokoh PAS.SUKTRA Terengganu menyerikan majlis dengan persembahan pentomen berkisarkan semangat juang tanah air.Muktamar yang diadakan saban tahun ini akan diteruskan sehingga esok, 16 September 2018.
15 Sep 18
84
SUKMA 2018: Tiada Kes Beguk Di Kalangan Atlet Terengganu
Samiun Salleh bersama atlet berbasikal kriterium yang berjaya menuai emas buat TerengganuTAIPING - Tiada penularan jangkitan dan simptom virus beguk di kalangan Kontinjen Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak, sepanjang berlangsungnya temasya, sehingga kini.Ketua Kontinjen, Samiun Salleh berkata, pihaknya serius membendung jangkitan virus berkenaan daripada menular, termasuk mengambil langkah tambahan bagi memastikan atlet Terengganu selamat."Kaum keluarga atlet tidak perlu panik berikutan pemantauan dan pemeriksaan berterusan dijalankan bagi tujuan itu dan semua pengurus pasukan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan."Langkah paling utama, kita beri perhatian yang lebih dalam hal penjagaan kesihatan atlet ini terutama bab kebersihan, pemakanan dan sebagainya untuk pastikan tiada jangkitan berlaku,” katanya ketika ditemui sejurus penyampaian pemenang bagi acara berbasikal kriterium, di Dataran Majlis Perbandaran Taiping, di sini, hari ini.Tambah Samiun lagi, kawalan terhadap pergerakan atlet sepanjang berada di SUKMA turut diperketatkan supaya mereka tidak terdedah dengan virus berkenaan.Antara simptom penyakit beguk ialah demam, sakit kepala, sakit otot, hilang selera, bengkak dan sakit di kelenjar air liur.Sehubungan itu, atlet atau orang ramai yang ada simptom penyakit terbabit dinasihatkan berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjut.Sebelum in, pasukan boling padang wanita Negeri Sembilan menjadi pasukan kedua menarik diri daripada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 akibat jangkitan virus beguk selepas pasukan futsal wanita dan lelaki Sabah berbuat demikian, awal minggu ini.
15 Sep 18
97
PH Menang Tanpa Akhlak & Moral
Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Kerajaan Pakatan Harapan disifatkan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu di atas padang yang tidak sama rata dengan kehilangan akhlak dan moral.Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Malaysia, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, penguasaan media sosial oleh parti gabungan Pakatan Harapan nyata tidak mempedulikan perhitungan dosa dan pahala apabila menyebarkan fitnah kepada pihak yang berbeza pendirian.“Berita bohong yang menyerang parti lain disebarkan meredah sempadan tanpa peduli benar atau salah.“Bahkan, pasca PRU14 masih menampakkan sikap yang sama apabila manifesto yang dicanang dan dijanjikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran dilihat tidak konsisten,” ujarnya.Namun katanya, PAS masih menekankan politik damai kepada kerajaan persekutuan.“Kita tidak menyerang membuta tuli, namun segala tindakan Kerajaan Pakatan Harapan akan berada dalam pemerhatian."PAS juga tidak akan berdiam diri sekiranya tindakan kerajaan pusat memberi mudarat kepada rakyat dan menyalahi prinsip Islam," tegasnya.Beliau mengharapkan perubahan dalam kerajaan baharu dan menyatakan bahawa janji Pakatan Harapan untuk memulangkan royalti kepada Kerajaan Terengganu dan Kelantan merupakan tanda-tanda positif dan perlu dilunaskan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas Muktamar Tahunan PAS malaysia di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, hari ini (15 September).Dalam perkembangan yang sama, Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan muktamar pada kali ini menampilkan kelainan yang ketara.“Kita didatangi oleh banyak parti politik termasuk kepimpinan tertinggi UMNO dan MIC.“Ini merupakan nilai tambah kepada muktamar yang diadakan saban tahun ini,” tambahnya.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Haji Hashim Jasin, Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang.
14 Sep 18
33
SUKMA 2018 : Dua Emas Berharga Kriterium
TAIPING - Dua lagi emas dituai skuad berbasikal Terengganu, hari ini menjadikan keseluruhan lima pingat emas daripada sukan itu sejak dipertandingkan bermula Rabu lalu sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018.Bonus dua emas itu diraih menerusi acara kriterium 50 kilometer (km) wanita, Nur Aisyah Mohamad Zubir dan kriterium 80km lelaki, Wan Abdul Rahman Hamdan.Kejayaan itu juga merupakan emas peribadi ketiga Nur Aisyah selepas menggengam emas pertama dan kedua masing-masing bagi kategori berbasikal 60km dan 80km individu wanita pada temasya ini.Acara itu juga menyumbang dua pingat perak menerusi 50km (wanita) oleh pelumba, Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham dan 80km lelaki, Zuladri Amin Zulkurnain di Taman Tasik Taiping, di sini, hari ini.Terengganu tidak meletakkan sebarang sasaran bagi kategori itu, bagaimanapun kelebihan dua emas berharga dari dua pelumba kebangsaan berkenaan, memberi laluan mudah untuk kontinjen negeri mencapai misi sembilan emas keseluruhan sebelum penamat acara pada 22 September ini.Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu, Zainal Abidin Hussin, berkata sasaran sembilan emas pada hari kemuncak ini lebih mudah dicapai dengan prestasi terbaik semua atlet basikal negeri ketika ini."Biarpun berdepan insiden kemalangan ketika pertandingan (lebuh raya) dua hari lalu, atlet tetap positif dan berada pada tahap dan masa terbaik untuk membuat kejutan sepanjang temasya berlangsung."Kita kekal mendominasi pungutan pingat, malah mengenepikan pencabar lain bagi acara yang tidak disasarkan sebarang pingat seperti hari ini (kriterium),"kata beliau lagi sejurus penyampaian hadiah di Dataran Majlis Perbandaran Taiping, sebentar tadi.Zainal berkata, baki sasaran empat lagi emas dipertaruhkan kepada pelumba BMX yang memulakan saingan esok (16 - 17 September), MTB (18 - 19 September) dan trek (20-22 September).Untuk rekod, pada SUKMA 2016 Sarawak, Nur Aisyah yang juga pelumba negara, mendominasi lima emas menerusi acara ujian masa individu dan berpasukan, lepas beramai-ramai, individu dan berpasukan serta kriterium.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
14 Sep 18
178
PRK ‘Langkah PD’, PAS Buka Laluan Kepada UMNO - Mahfodz
Dr Mahfodz (kanan) dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-64. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Khairul Azlam MohammadKUALA TERENGGANU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedia memberi laluan kepada parti UMNO bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, yang bakal diadakan tidak lama lagi.Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS sempena muktamar ini.“Kelmarin (13 September), kita ada bincang sedikit mengenai PRK (Parlimen) Port Dickson."Kita bagi laluan kepada UMNO dan kita (PAS) lebih suka jika (berlaku) pertandingan satu lawan satu. “Calonnya pun kita tengok, sebab kita hendak beri laluan kepada calon Umno sebagaimana dia (UMNO) memberi sokongan kepada kita (Seri Setia),” beliau berkata demikian ketika muktamar berhenti rehat.Muktamar Dewan Ulamak PAS Malaysia Kali Ke-57, disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, di Permai Hotel Kuala Terengganu, kelmarin (13 September).Menurut Dato’ Dr Mahfudz, kerjasama politik yang dijalinkan itu mesti membawa keuntungan kepada Islam dan orang Melayu.“Matlamat kita bukan hanya hendak keuntungan kepada PAS tetapi menguntungkan Islam dan orang Melayu. “Sebab, dalam apa jua tahaluf atau taawun bukan hanya untuk keuntungan PAS sahaja."Kita ‘win-win situation’,” ujarnya.Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU), Dato’ Dr Nik Wan Zawawi berkata, satu kesepakatan dicapai di kalangan parti-parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.“Kita telah mencapai suatu benda (kesepakatan) yang boleh kita bekerjasama iaitu parti-parti pembangkang yang ada ini kita bentuk kekuatan. “Kita sudah dapat benda yang boleh kita bekerjasama. Semua parti-parti pembangkang yang ada termasuk Sabah dan Sarawak."Dalam erti kata lain, mana-mana kawasan jika berlaku pilihan raya di dalam itu, yang akan bertanding pembangkangya.adalah satu sahaja,” ujarnya.Hadir sama pada sidang media itu, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Johari Mat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
14 Sep 18
605
SUKMA 2018: Lima Emas Petanda Baik
Ustaz Hilmi (kiri) dan Tengku Farok meraikan kemenangan Fakrul Adam yang meraih pingat emas di SMJK Krian, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimOleh: Ahmad MawardiKERIAN - Lima pingat emas dari acara judo merupakan petanda terbaik untuk Terengganu mencipta kejayaan mencapai misi mengembalikan kejuaraan pada temasya edisi ke-19 ini.Bapa angkat pasukan judo Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, kejayaan merangkul emas tertinggi itu membawa Terengganu ke kedudukan teratas pungutan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA), sehingga semalam.Katanya, pencapaian itu juga memberi petunjuk terbaik untuk judo terus mendominasi SUKMA edisi ke-20 nanti.Lima pemenang pingat emas judo, Fakrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz, Nur Ain Hafieza Amran, Alya Yasmeen Rosali, Mohamad Aizul Hilmi Zainudin dan Muhammad Izham Harun.Empat pingat perak pula diraih oleh Nik Mohd Alfian Nik Azman, Mohd Alif Asnawi Azman, Nurul Safiqah Mohd Raslin dan Intan Nur Hayati Mahathir.Manakala pingat gangsa pula hadir menerusi Muhammad Fizwan Abdur Rahman, Nasuha Mohd Khairi, Zuraida Ahmad dan Muhammad Nur Muizzudin Mahsan."Kejayaan tersebut menjadi penyuntik semangat untuk mereka dan seluruh kontinjen sukan Terengganu dan mencipta kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.“InsyaAllah kita berharap ada peningkatan pingat emas atlet judo dengan meningkatkan semangat dalam latihan dan memulakan persediaan awal untuk SUKMA di Johor pada 2020 akan datang,"katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jenis Krian, di sini, semalam.Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh merangkap Ketua Kontinjen Terengganu dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil yang juga Timbalan Ketua Kontinjen.Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Acara seni bela diri berkenaan yang bermula Rabu dan berakhir hari ini menawarkan keseluruhan 16 pingat emas, 16 perak dan 32 gangsa.Pasukan judo Terengganu diperkuatkan di bawah ketua jurulatih Marjan Abdullah dan dibarisi 18 atlet mensasarkan lima emas, dua perak dan lima gangsa sepanjang temasya kali ini.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.
14 Sep 18
606
SUKMA 2018 : Berbasikal Jelmakan Dua Pingat Lagi
Aisyah Mohamamad Zubir dan Sharifah Nur Ilyana Syed Zulkifli. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTAIPING - Sukan berbasikal terus menceriakan kem Terengganu apabila menghadiahkan emas dan gangsa, hasil kayuhan ratu trek, Aisyah Mohamamad Zubir dan Sharifah Nur Ilyana Syed Zulkifli dalam kategori berbasikal 80 kilometer (km) individu wanita, pada hari keempat temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke -19, 2018, di sini, hari ini.Pada acara final di Arena Square, Batu Kurau, Nur Aisyah, 21, sekali lagi menepati sasaran bagi kategori itu apabila mengutip emas kedua peribadi pada temasya ini, selepas merangkul emas pertama bagi kategori berbasikal 60 km individu wanita semalam.Nur Aisyah selepas berjaya sampai di garisan penamat.Nur Aisyah berjaya mencatat masa 03:00:40 mengatasi pencabar terdekatnya dari Sarawak, Nur Azrenna Ahmad Jumry, pemenang pingat perak yang berkongsi catatan masa 03:00:41 dengan rakan seperjuangannya dari Terengganu, Sharifah Nur Ilyana.Setakat ini, Terengganu berjaya mengutip sepuluh emas, lapan perak dan sembilan gangsa untuk kekal menerajui carta pungutan pingat.Terengganu mengumpul keseluruhan 27 pingat dengan diekori rapat Pulau Pinang yang hanya dibezakan dengan kelebihan dua perak dan empat gangsa, sehingga petang ini.Menurut Pengurus pasukan, Ahmad Sabri Mustapa, atlet berbasikal yang mensasarkan sembilan emas berada di tahap terbaik apabila berjaya membaham tiga emas, tiga perak dan satu gangsa pada hari ketiga persaingan sukan itu.“Alhamdulillah, berkat kesungguhan, disiplin dan komitmen semua atlet, acara berbasikal telah meledak satu keputusan yang di luar jangkaan..saya berpuas hati setakat hari ini."Sasaran kita sembilan pingat emas dalam acara basikal dan sehingga hari ketiga kita sudah dapat tiga pingat emas jadi lepas ini kita tengok acara trek, kriterium, downhill, MTB dan BMX, pencapaian yang boleh kita lakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berharap momentum ini akan berterusan dan membantu Terengganu untuk gah kembali merampas juara SUKMA sekali gus mengekalkan status sebagai kuasa sukan negara.Terengganu yang muncul juara keseluruhan empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarkan kutipan keseluruhan 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini.Untuk rekod, pada Sukma 2016 di Kuching, Sarawak, Nur Aisyah yang juga pelumba negara, mendominasi lima emas menerusi acara ujian masa individu dan berpasukan, lepas beramai-ramai, individu dan berpasukan serta kriterium.
14 Sep 18
586
SUKMA 2018 : Angkatan Padu Afiqah Sumbang Emas Buat Terengganu
TAPAH - Atlet angkat berat Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri menambah satu lagi kilauan emas buat kontinjen Hanelang, sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018, hari ini apabila angkatannya yang berjumlah 141 kilogram (kg) bagi kategori 48 kg wanita clean & jerk berjaya mengungguli mata tertinggi.Pingat perak pula dimenangi atlet Pahang, Siti Zaleha Yusop dengan jumlah angkatan 137kg dan gangsa milik atlet dari Sabah, Nilcy Tunik dengan angkatan 136kg.Kejayaan atlet Terengganu itu membaiki rekod penyertaan pertama kali beliau pada SUKMA ke-18 Sarawak dua tahun lalu dengan membawa pulang pingat perak.Nurul Afiqah, 18, anak kelahiran Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, turut meraih gangsa bagi acara snatch wanita dengan jumlah angkatan 60kg, dalam pertandingan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Majlis Daerah Tapah, di sini.Kemenangan gangsa Afiqah dengan pemenang pingat emas (Pahang) dan perak (Perak) hanya dibezakan jumlah angkatan satu kilogram sahaja.Menurut atlet itu, sasaran satu perak dan satu gangsa yang disandarkan kepadanya kali ini berjaya dilepasi dengan memberi 'bonus' emas untuk kontinjen Terengganu."Saya menjadikan penyertaan pertama kali pada SUKMA lalu (Sarawak) sebagai pengalaman untuk membaiki prestasi pada kali ini."Alhamdulillah saya berjaya melakukan lebih baik dan meninggalkan pesaing agak jauh untuk emas (clean & jerk),"katanya.Tambahnya, sokongan semua pihak terutama ibu bapa, Aida Mohd Salleh dengan Muhammad Zamzuri Jusoh dan pengurusan angkat berat serta jurulatih, Azmer A Rahman menyuntik semangat untuk membuat sehabis baik pada persaingan itu tanpa menghiraukan perang psikologi pihak lawan.Beliau yang didedahkan dengan sukan itu sejak berusia 14 tahun ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri juga mahu menyasarkan koleksi emas peribadi kedua pada penyertaan SUKMA akan datang.Acara angkat berat di bawah jabatan angkat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu disertai 27 atlet menawarkan 32 emas bermula pertandingan hari ini dan akan berakhir 21 September nanti.
14 Sep 18
1375