lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
SUKMA 2018: Menembak Tuai Pingat Hari Terakhir
Pasukan menembak kekal positif dengan pencapaian kali ini.IPOH- Pasukan menembak terus mengutip pingat pada hari terakhir persaingan acara di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, hari ini.Satu emas menerusi Safirredzuan Salim dalam acara 25M Pistol lelaki individu membantu pasukannya menepati sasaran kontinjen.Manakala, satu perak turut diraih menerusi acara 25M Pistol lelaki berpasukan diwakili Safirredzuan, Muhammad Syafiqrul Firdaus Mohd Husni dan Nik Muhammad Luqman Nik Omar.Nur Muhammad Izham M. Azwi pula menghadiahkan dua gangsa melalui acara 50M Rifle 3 Position lelaki individu dan 50M Rifle 3 Position lelaki berpasukan (bersama Muhammad Nabil Mashudi dan Ahmad Azim Aizuddin Mohd Rafii) yang berlangsung di Kompleks Menembak Darul Ridzuan, di sini.Trio perak pasukan menembak.Pengurus sukan, Adi Hafiza Ariffin menegaskan pasukannya berjaya mengekalkan prestasi berdasarkan kutipan pingat yang diperoleh."Walaupun ramai beraksi kurang baik, kami masih menepati sasaran yang ditetapkan. Saya akui, terdapat banyak halangan untuk meningkatkan konsistensi atlet," katanya ketika ditemui hari ini.Beliau menyuarakan kebimbangan masa depan sukan itu di Terengganu berikutan ketiadaan lapang sasar untuk digunakan dan mengasah bakat pelapis baharu."Boleh dikatakan semua pemenang pingat kali ini akan meninggalkan pentas SUKMA selepas ini, jadi kita akan berdepan kekurangan pengalaman di SUKMA 2020 nanti. Kita ada bakat, tetapi tiada lapang sasar untuk berlatih menyebabkan ramai pelapis hilang minat  dan pembangunan sukan ini terbantut."Atlet kita perlu ke luar negeri seperti Pahang, Perlis dan Subang, Selangor bagi mendapat peluang berlatih di lapang sasar. Ini membuatkan kita berdepan kekangan kos dan masa," katanya sambil berharap masalah itu mendapat perhatian kerajaan negeri.Pencapaian pasukan menembak boleh dianggap baik kerana selain mengekalkan prestasi mereka berjaya memecahkan rekod kejohanan melalui Muhammad Qamarul Naim Bin Abu Aziz dalam acara 50M Pistol Men's Qamarul yang melakar 541 mata, memadam rekod lama milik bersama Muhamad Muthaihir Johari dan Jasmi Mohamad Zin (540 mata) pada 2012 dan 2014.Pada SUKMA edisi ke-18 lalu, pasukan menembak berjaya membawa pulang 15 pingat untuk Terengganu.Trio gangsa pasukan menembak.
19 Sep 18
241
Empty Image
SUKMA 2018: Kuartert Terengganu Hadiah Emas Berganda
Kuartet wanita bersama bapa angkat olahraga, Hishamuddin Abdul Karim dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Dato' Wan Hisham Wan Salleh.IPOH - Kem Terengganu petang ini ceria apabila dihadiahkan pingat berganda oleh pasukan olahraga dengan pungutan dua emas dalam acara 4 X 100 meter yang berlangsung di Stadium Perak, di sini, hari ini.Kuartert wanita diwakili Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka, Azreen Nabila Alias, Nurul Alyssa Azman dan Siti Norzullaika Ramli menggondol emas setelah mudah mengatasi kuartet Sabah (perak) dan Kedah (gangsa) dengan catatan masa 47.01s.Gandingan itu memperbaiki rekod SUKMA Sarawak 2016 lalu yang hanya membawa pulang pingat perak dengan catatan masa 47.56s.Pencapaian luar biasa kuartert lelaki raih emas.Manakala, kuartert lelaki meraih emas menerusi gandingan Muhammad Saifuldin Rizuan Mohamad Ariffin, Muhammad Zulfiqar Ismail, Ahmad Firdaus Zakaria dan Abdul Wafiy Roslan dengan catatan 40.21s.Pada SUKMA 2016 di Sarawak, Terengganu tidak menghantar wakil dalam saingan yang menyaksikan rekod 4X100M lelaki SUKMA diperbaharui oleh kuartet Melaka dengan catatan 39.89s.Dalam pada itu, Ruslem Zikry Putra turut menghadiahkan gangsa dalam acara 400M Hurdles lelaki.Ruslem turut menyumbang pingat.
19 Sep 18
192
Empty Image
SUKMA 2018 : Terengganu Nekad Bangkit Terajui Kedudukan
IPOH - Terengganu yang sudah seminggu mendahului kedudukan teratas pungutan pingat, terpaksa akur berada di tangga kedua selepas dipintas Wilayah Persekutuan dengan kelebihan satu emas.Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu berkata, walaupun sudah dipintas sejak malam tadi, peluang untuk kontinjen Terengganu bangkit serta kembali menerajui tempat teratas masih cerah.“Sama-sama mendoakan agar hari ini atau setidak-tidaknya esok kita dapat memintas kembali Wilayah Persekutuan dan Selangor. Kita melihat mereka (Selangor dan Wilayah Persekutuan) merosot pungutan pingat dalam acara sasaran seperti akuatik dan gimnastik dan mungkin ini antara peluang terbaik kita.“Kita juga perlu optimis dan sentiasa positif untuk membuat yang terbaik. InsyaAllah kejayaan milik kita bersama,”katanya.Sementara itu, Ketua Kontinjen, Samiun Salleh berkata, tempoh baki tiga hari temasya itu masih menawarkan 119 pingat emas dan Terengganu berada di landasan yang betul untuk menambah pingat emas seterusnya dapat mencapai sasaran kontinjen.“Peluang tetap terbuka dan cerah untuk kita memenangi sekurang-kurangnya 25 emas lagi sekali gus mengukuhkan penguasaan semula dan bergelar juara.“Pada hari ini, sebanyak 61 acara dipertandingkan. Daripada 61 acara berkenaan, kita sasarkan 13 emas. Sasaran keseluruhan kita adalah sasarkan 53 emas daripada keseluruhan 427 acara yang dipertandingkan, jadi peluang kita masih ada dan marilah kita semua saling mendoakan kejayaan para atlet serta kontinjen kita mencapai misi kali ini,”katanya.Wilayah Persekutuan memintas Terengganu malam tadi, selepas meraih emas dalam acara silat Jurus Tunggal Baku, menerusi pesilat mereka, Akmal Hisham Ismail, manakala Terengganu sekadar berpuas hati meraih perak menerusi acara Solo Kreatif, pesilat Che Mohamad Fikri Che Ab Rahman.
18 Sep 18
191
Empty Image
SUKMA 2018: Taekwondo Buka Akaun Emas
Ahmad Nor Iman raih pingat semangat untuk pasukan.TELUK INTAN- Pasukan Taekwondo menarik nafas lega apabila berjaya membuka akaun pingat menutup hari kedua sukan itu dipertandingkan.Lebih manis apabila Ahmad Nor Iman Hakim Rakib meraih pingat emas dalam acara Bantam Weight menewaskan lawan dari Pulau Pinang dengan skor 50-0 di Dewan Tan Poh Sang, di sini hari ini.Pengurus sukan Taekwondo, Mohd Zuhairi Amirin Ahmad Zamri optimis dengan pencapaian hari ini sambil berharap pasukannya berjaya memungut pingat yang dipertandingkan esok."Esok kita akan bertanding dalam acara Fly Weight lelaki dan wanita serta Feather Weight wanita. Kami berharap akan berjaya meningkatkan pungutan pingat untuk kontijen Terengganu," katanya.Pada SUKMA edisi ke-18 di Sarawak dua tahun lalu, taekwondo membawa pulang dua emas, satu perak dan lima gangsa.
18 Sep 18
853
Empty Image
SUKMA 2018: Badminton Tamatkan Kemarau Pingat
Faiz sumbang pingat berharga buat skuad badminton.Pasukan badminton mengejutkan kem Terengganu apabila meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki.Pemain perseorangan, Faiz Rozain yang mara ke separuh akhir semalam mengesahkan kedudukan beliau setelah tewas kepada pilihan kedua, Tan Jia Wei dari Pulau Pinang dalam straight set 14-21 dan 15-21.Penyampaian medal hari ini menyaksikan beliau menyumbang satu-satunya pingat buat skuad itu.Ketua kontijen, Samiun Salleh merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan badminton atas pencapaian itu."Sepanjang 18 edisi SUKMA diadakan, ini kali pertama pasukan badminton berjaya meraih pingat. Skuad badminton berjaya pamer kebangkitan.Perkembangan ini baik untuk skuad badminton. Mungkin dalam kejohanan akan datang kita akan menuai emas pula, siapa tahu," katanya.Beliau menyifatkan SUKMA edisi ke-19 ini sebagai permulaan kepada kebangkitan bakat-bakat baru dalam badminton Terengganu.Pasukan Terengganu hari ini masih berada di kedudukan teratas pungutan pingat SUKMA dengan 28 emas, 26 perak dan 25 gangsa.
18 Sep 18
999
Empty Image
SUKMA 2018: Azreen Nabila Ratu Pecut Baharu SUKMA
Azreen rampas gelaran ratu pecut.IPOH - Atlet Terengganu, Azreen Nabila Alias merampas emas acara balapan 100M wanita sekaligus memecahkan rekod Sukan Malaysia (SUKMA) atlet Johor, Siti Fatimah Mohamed iaitu 11.82s yang dipegang sejak 10 tahun lalu.Azreen yang merupakan pelari kebangsaan, mencatat masa 11.81s menewaskan pelari Sabah di tempat kedua dan ketiga dalam saingan akhir di Stadium Negeri Perak, hari ini.Bapa angkat pasukan olahraga, Hishamuddin Abdul Karim merakamkan tahniah kepada Azreen atas pencapaian luar biasa itu."Ia merupakan satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Terengganu. Kita harap Azreen akan terus maju untuk langkah seterusnya."Kita percaya seluruh rakyat merasai kebanggaan memiliki ratu pecut baharu SUKMA ini," katanya.Beliau yang juga merupakan Timbalan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri menyatakan, pasukan olahraga masih berada di landasan yang sepatutnya."Kita tidak meletakkan sasaran yang tinggi buat olahraga dan buat masa ini ia tercapai. "Walau bagaimanapun, kita mengharapkan bonus-bonus pingat diperoleh juga dalam sukan ini," katanya.Dalam perkembangan yang sama, acara 100M lelaki menyaksikan pelari Terengganu, Muhammad Zulfiqar Ismail sekadar meraih gangsa di belakang pelari Selangor (emas) dan Negeri Sembilan (perak) dengan catatan masa 10.46s.Zulfiqar sekadar raih gangsa dalam saingan sengit di peringkat akhir.
18 Sep 18
793
Empty Image
20,000 Rumah Mampu Milik Akan Dibina Segera
Foto: Abdul Muhaimin Oleh : Dzakaria Mohd SallehSETIU - Kerajaan negeri akan merealisasikan perancangan membina 20,000 rumah mampu milik  (RMM) sepertimana dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, secepat mungkin bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat memiliki kediaman lebih selesa.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, bagi memastikan hasrat dan janji kerajaan itu dapat dicapai, agensi kerajaan yang berkaitan perlu memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan."Kerajaan sangat mengharapkan kerjasama semua agensi-agensi yang terlibat menjayakan hasrat ini dapat dilaksanakan," ujarnya ketika merasmikan Bengkel Spesifikasi RMM, di Sutra Beach Resort, Merang, di sini, pagi ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Engku Md. Azmi Engku Abd. Rahman.Bengkel tiga hari anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu turut disertai oleh pegawai-pegawai dari pelbagai agensi berkaitan.Alias berkata, pada tahun ini mesyuarat kerajaan negeri meluluskan empat tapak untuk RMM di empat daerah iaitu di Kampung Tok Jembal (Kuala Nerus), Kampung Tempinis (Setiu), Kampung Gong Cengal (Kemasik) dan Kampung Tajin (Hulu Terengganu).Ujarnya lagi, PMINT dilantik sebagai pelaksana projek dengan sasaran kerajaan untuk membina 700 unit pada peringkat awal sebelum melaksanakan di semua daerah berkenaan.Sehubungan itu, beliau berharap bengkel yang diadakan itu akan dapat menemui langkah terbaik bagi memudahkan dan mempercepatkan proses tender serta mengatasi amalan birokrasi bagi memastikan sasaran itu tercapai.Dalam masa yang sama menurut Alias lagi, kerajaan dalam manifestonya yang lalu juga menawarkan satu pinjaman perumahan kepada rakyat."Sebanyak RM50 juta setahun, tidak salah saya, sebahagiannya sudah bersedia untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah dan tidak mendapat pinjaman dari institusi kewangan."Kerajaan akan membantu memudahkan rakyat supaya memiliki rumah sendiri,"katanya.
18 Sep 18
37
Empty Image
Wacana Al-Quran Kongsi Keistimewaan Kalam Allah
Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi ketika menjawab soalan peserta pada program Wacana Al-Quran yang berlangsung di Auditorium JHEAT. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) buat julung kalinya menganjurkan program Wacana Al-Quran Bersama Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi bagi memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya berkaitan keistimewaan kalam Allah.Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Dakwah JHEAT, Musameh Jusoh berkata, Ketua Lajnah Tashih Al-Quran Mesir itu berada di Terengganu selama tiga hari bermula 15 September lalu bagi berkongsi mengenai ilmu al-Quran.“Penceramah untuk program wacana al-Quran ini adalah seorang tokoh daripada Mesir dimana merupakan pakar rujuk peringkat antarabangsa dan beliau pernah menduduki jawatan tertinggi di Mesir dan menjadi rujukan seluruh dunia tentang perkara berkaitan al-Quran yang menjadi pegangan kita pada hari ini.“Pada 15 September lalu, hampir 1,000 orang telah mengikuti program Wacana al-Quran bersama Mantan Ketua Umum Maqari’ Mesir itu yang kita anjurkan khusus untuk masyarakat dan berlangsung di Masjid Bukit Payong, Marang.“Manakala, keesokkannya (16 September) diadakan  pula di Masjid Abidin, Kuala Terengganu dan dianggarkan hampir 1,500 orang telah mengambil manfaat daripada program yang kita adakan ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berlangsungnya Program Wacana Al-Quran Bersama Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi di Auditorium JHEAT, semalam.Menurut beliau, program yang diadakan di Auditorium JHEAT itu pula memfokus kepada mereka yang terlibat dengan bidang al-Quran di peringkat negeri iaitu khusus kepada para hafiz dan hafizah dan mereka yang berkecimpung dalam bidang al-Quran.“Kita merasakan cukup bertuah kerana dapat membawakan seorang pakar al-Quran untuk berkongsi ilmu dengan rakyat negeri ini dan JHEAT sentiasa bersedia untuk mengadakan program sebegini pada masa akan datang dalam usaha membantu masyarakat mendalami al-Quran,” ujarnya.Sementara itu, Abd Hadi Che Abd Halim, 25, yang merupakan salah seorang daripada 300 peserta Program Wacana Al-Quran Bersama Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi yang berlangsung di Auditorium JHEAT berkata, walaupun hanya dapat bersua dalam tempoh yang singkat, tetapi ilmu yang disampaikan pakar al-Quran itu amat bermakna.“Apa yang keluar dari mulut Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi itu ibarat ketulan emas yang dapat kita semua ambil iktibar untuk terus belajar dan mengajar ilmu al-Quran untuk kebaikan bersama. “Kedatangan beliau juga dapat memberi sinaran baru kepada rakyat Terengganu sekali gus  memberikan semangat kepada anak muda untuk belajar al-Quran yang menjadi panduan hidup kita semua,” ujarnya yang merupakan Bilal Masjid Abidin Kuala Terengganu.Bagi Hafizal Zukairi Wan Azwadi, 23, yang merupakan seorang guru Kafa berkata, al-Quran itu adalah asal-usul kepada segala ilmu. “Marilah kita bersama-sama manfaatkan ilmu al-Quran dalam kehidupan masing-masing untuk kebaikan dunia dan akhirat,” ujarnya.
17 Sep 18
210
Empty Image
SUKMA 2018: Pasukan Renang Baiki Prestasi
Arvin Shaun raih pingat pertama skuad renang.IPOH - Pasukan renang berpuas hati apabila merangkul satu pingat perak dan gangsa pada hari pertama acara itu dipertandingkan, semalam.Pingat itu diraih Arvin Shaun Singh Chahal dalam acara 200M lelaki gaya bebas dengan catatan masa 1:53:12 dan 400M Individual Medley (4:33:01) yang berlangsung di Kompleks Sukan MBI, di sini.Pungutan pingat tersebut memperbaiki rekod akuatik yang hanya memperoleh dua gangsa pada SUKMA edisi ke-18 di Sarawak dua tahun lalu.Pengurus pasukan, Phua Jiunn Young berkata sewaktu SUKMA Sarawak, Arvin masih belum matang dari segi teknikal."Kematangan dan teknikal beliau yang semakin baik membantu skuad memperoleh pingat. Beliau juga adalah tonggak utama skuad kami kerana memiliki pengalaman dan menjalani latihan di Australia sebelum kejohanan."Tetapi boleh dikatakan rata-rata skuad kita masih muda dari segi pengalaman. "Bagaimanapun, kami mengharapkan keajaiban dari perenang- perenang semoga kita dapat meraih pingat dalam acara disertai," katanya.Beberapa acara renang dan terjun dipertandingkan hari ini dengan 11 emas ditawarkan.Skuad renang SUKMA janji aksi terbaik.
17 Sep 18
268
Empty Image
SUKMA 2018: Panahan Saiful Lakar Kejutan
Muhammad Saiful IslamSERI ISKANDAR- Pemanah Terengganu, Muhammad Saiful Islam Mohd Rizuan, 14, mengembirakan pasukan Terengganu apabila panahannya dalam 30M Recurve individu lelaki menghasilkan pingat emas di Padang Universiti Teknologi Petronas, di sini, semalam.Beliau juga berjaya meraih pingat perak bagi acara 50M Recurve individu lelaki yang berlangsung pada sebelah pagi semalam.Remaja berasal dari Kuala Nerus itu menceburi sukan memanah selepas melihat sepupunya, Muhammad Izzat Haziqi Abdul Halim terpilih mewakili negeri dalam sukan tersebut."Ibu bapa saya juga memberi galakan dan sokongan bergiat dalam sukan ini. Bahkan, adik saya juga mula menceburi bidang ini," katanya.Ketua kontijen dan penolong penasihat pasukan meraikan kejayaan skuad memanah. Penyertaan pada edisi ke-19 ini merupakan kejohanan pertama  dan kemenangan itu amat bermakna sebagai platform untuknya terus mencipta kecemerlangan."Kegembiraan ini saya kongsikan bersama ibu bapa, teman-teman dan jurulatih yang menyokong dan menyakini keupayaan saya," kata pelajar Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot itu.Dalam pada itu, pasukan memanah turut meraih pingat emas dalam 30M Recurve individu wanita melalui Nu Aqilah Yusof.Pencapaian itu sehingga semalam, menyaksikan Terengganu terus mendahului kedudukan pingat dengan 24 emas, 22 perak dan 22 gangsa.Nur Aqilah turut raih emas memanah.
17 Sep 18
719