Artikel "Utama" Terkini
SUKMA 2018: Impian Terengganu Lebur
Hishamuddin Abdul Karim dihubungi pemberita ketika turun padang memberi galakan kepada kontinjen Terengganu.Oleh : Mohd Zukifli MatIPOH - Terengganu hampa apabila terlepas peluang ibu segala pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak apabila tewas kepada pasukan Kedah 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, malam tadi.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, walaupun tewas di tangan pasukan Kedah, beliau akur dan berpuas hati dengan keputusan tersebut."Secara peribadi, saya berpuas hati dengan corak dan kualiti persembahan pemain Terengganu pada malam ini."Hanya nasib yang tidak menyebelahi Terengganu setelah tendangan penalti di masa tambahan oleh pasukan lawan."Apapun kita bersyukur dan akan terus perbaiki mutu dan kualiti pasukan", ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (18 September).Hishamuddin Abdul Karim hadir bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir tersebut.Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, beliau merakamkan ucapan tahniah buat pasukan Kedah dan mengharapkan Terengganu terus bangkit untuk perlawanan menentang Sabah pada 19 September nanti."Terengganu masih berpeluang untuk meraih pingat gangsa dan masih berpeluang untuk menyumbang jumlah pingat yang dikutip kontijen Terengganu."Alhamdulillah, sehingga sekarang, Terengganu masih mengungguli jumlah kutipan pingat sempena SUKMA kali ini," tambahnya.
17 Sep 18
116
SUKMA 2018: Skuad Ragbi Peroleh Perak, Wan Hapandi Ucap Tahniah
Pasukan Ragbi Terengganu yang berjaya meraih pingat perak dalam SUKMA 2018.Oleh: Mohd AsrafIPOH - Skuad Ragbi Lelaki Terengganu meraih pingat perak setelah tewas kepada Kelantan dalam aksi final saingan ragbi 7 sebelah (7s) lelaki di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 Perak.Bapa angkat Skuad Ragbi Terengganu, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik menzahirkan rasa syukur terhadap pasukan ragbi di atas kejayaan membawa pulang pingat perak pada 16 September lalu.“Saya mengambil peluang merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pasukan Ragbi Terengganu bermula dari jurulatih hingga kepada pemain pemain."Mereka telah menunjukkan suatu usaha yang gigih sehingga mencapai kejayaan merangkul pingat perak dalam pertandingan tersebut," ujarnya.Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri turut mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa serta mereka yang terlibat dalam usaha membangunkan sukan ragbi di Negeri Terengganu ini.Dalam perkembangan yang sama, kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat bagi Skuad Ragbi Terengganu untuk mencipta kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.“Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi suntikan semangat kepada pasukan ragbi agar mencipta kejayaan yang lebih tinggi di masa hadapan," tambahnya.Sementara itu, skuad ragbi lelaki negeri telah diuji dengan penggantungan tunggak utama merangkap ketua pasukan mereka, Haikal Ibrahim kerana telah mendapat dua kad kuning pada perlawanan sebelum ini.Bagi ketua jurulatih, Izaimi Zainuddin, beliau berpuas hati dengan prestasi anak didiknya untuk temasya yang berlangsung kali ini.
17 Sep 18
385
SUKMA 2018: Emas Terakhir Safirredzuan
Safirredzuan (kanan) ceria bersama ibunya selepas menerima pingat emas acara 25 meter pistol individu lelaki.Oleh: Muhd LukmanIPOH - Penembak Terengganu, Safirredzuan Salim berjaya meraih bidikan emas menerusi acara 25 meter pistol individu lelaki hari ini dalam penampilan akhirnya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.Lebih manis lagi, kejayaan Saffiredzuan turut diiringi dengan pingat gangsa oleh rakan sepasukannya, Nik Muhammad Luqman dalam acara yang sama.Atlet berusia 21 tahun itu berjaya mengatasi pencabar terdekatnya dari Pahang dengan kutipan 548 mata, manakala Nik Muhammad Luqman mengumpul 543 mata untuk kedudukan gangsa.Menurut Saffiredzuan, beliau berbangga dengan pencapaiannya dan juga rakan sepasukan."Alhamdulillah hari ini saya berjaya melakukan yang terbaik dan mendapat sokongan padu dari pasukan."Saya sangat gembira hari ini kerana menaiki podium bersama Nik Muhammad Luqman yang meraih gangsa," ujarnya.Menurut atlet itu, beliau pernah menyertai (SUKMA) 2014 dan berjaya memperoleh emas tetapi melalui acara berkumpulan."Dulu saya pernah bercita-bercita untuk dikalungkan pingat emas dalam acara individu, Alhamdulillah hari ini impian saya tercapai," kata beliau ketika ditemubual selepas Majlis Penyampaian Pingat kepada para pemenang, hari ini (17 September).Kedua-dua atlet ini turut memenangi pingat perak buat Terengganu menerusi acara menembak 25 meter berpasukan lelaki bersama seorang lagi atlet, Muhammad Amirul Hisyam.Tambahnya, beliau mahu menghadiahkan pingat emas itu kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa menyokong beliau dan juga kepada Bapa Angkat Pasukan Menembak SUKMA Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat yang turut hadir dan mengalungkan pingat kepada para pemenang di Kompleks Menembak Darul Ridzuan hari ini.
17 Sep 18
740
SUKMA 2018: Takraw Terengganu Peroleh Emas, Khairuddin Ucap Tahniah
Pasukan Takraw Terengganu yang berjaya membidik pingat emas di dalam acara Takraw Lelaki.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS - Bapa angkat Pasukan Takraw Terengganu, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menzahirkan rasa syukur terhadap kejayaan pasukan takraw negeri yang memperoleh pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak yang sedang berlangsung bermula 16 September lalu.Ahli Parlimen Kuala Nerus tersebut berkata, beliau mengharapkan agar prestasi cemerlang itu dapat dikekalkan pada masa akan datang."Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada atlet-atlet Takraw Terengganu di atas kejayaan yang dicapai."Saya juga berharap agar mereka dapat mewakili negara di acara-acara sukan dunia seperti Sukan “Southest Asian Games” (Sukan SEA) dan sebagainya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (17 September).Menurutnya lagi, Pasukan Takraw Terengganu menjadi berjaya menjadi johan dalam acara Takraw Lelaki sekaligus memenangi pingat Emas di SUKMA 2018 di Perak."Pemain-pemain tersebut kebanyakannya berasal dari Seberang Takir, Kuala Nerus," katanya.Pasukan Takraw Terengganu telah bertemu dengan Pasukan Takraw Pulau Pinang di peringkat akhir acara Takraw Lelaki setelah memenangi peringkat separuh akhir bertemu dengan Pasukan Takraw Perak.
17 Sep 18
79
Jalur Gemilang Terbesar Pulau Tenggol Cipta Malaysia Book Of Records - Ariffin Deraman
Sekumpulan penyelam berkemahiran meletakkan Jalur Gemilang terbesar di dasar laut Pulau Tenggol. Foto - Asraf IkhwanOleh: Ahmad FadhilahDUNGUN - Kibaran Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Tenggol, Kuala Dungun, Terengganu mencetuskan kejutan apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai kibaran Jalur Gemilang terbesar di dasar laut.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau dimaklumkan bahawa saiz Jalur Gemilang tersebut ialah 16 meter lebar dan 9 meter panjang."Ianya sekaligus mencatat rekod terbesar dan telah memasuki Malaysia Book of Records 2018.“Bendera ini adalah tempahan khas yang berkualiti tinggi dan tidak mudah koyak bersesuaian dengan tempat diletakkan dalam laut yang mempunyai arus serta gelombang yang kuat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media sempena kibaran Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Tenggol di Ulek Beach Resort, semalam (16 September).Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat mewakili kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menjayakan program tersebut di Pulau Tenggol.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong dan ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.
17 Sep 18
79
SUKMA 2018: BMX Pamer Taring
Skuad BMX Terengganu.TAIPING- Pasukan berbasikal (BMX) mempamerkan aksi garang dengan membolot kesemua pingat emas dan menambah perak dalam perlumbaan BMX 350M yang berlangsung di Taman Tasik Kemunting, hari ini.Ahmad Syazrin Awang Ilah merangkul emas menewaskan rakan sepasukan, Saniy Syahmi Mohd Safiee ditempat kedua dalam acara lelaki dengan beza catatan masa 00:00.003 saat.Manakala, bagi acara wanita Siti Shahirah mencatat masa 00:39.745 saat meninggalkan rakan pasukan, Eddyna Nasuhar Zainal yang meraih perak dengan catatan masa 00:41.929 saat.Pasukan berbasikal BMX Terengganu pamer aksi cemerlang. Foto Harish Fadzillah KassimPengurus pasukan, Mazlan Md Jamil meluahkan kegembiraan atas kemenangan berganda tersebut."Kita hanya meletakkan sasaran pingat perak kerana menjangkakan saingan sengit dalam acara ini."Bagaimanapun kita berjaya merangkul emas dan perak dalam acara ini" katanya sambil menyifatkan latihan ketat selama dua tahun membuahkan hasil terbaik.Dalam pada itu, Mazlan turut berharap negeri lagi dapat mengikut jejak Terengganu dalam pembangunan sukan berbasikal BMX. "Sekiranya demikian, kita dapat wujudkan persaingan lebih meriah serta menyediakan lebih banyak bakat baru untuk mewakili negara dalam sukan ini," katanya.Bersaing sesama sendiri rebut tempat teratas.
17 Sep 18
285
Belajar Al-Quran Perlu Berguru
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mantan Ketua Umum Maqari’ Mesir, Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawi.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU - “Belajar Al-Quran tidak boleh tanpa guru, kerana setiap sifat dan bunyi bacaan huruf tidak dapat kita ketahui (betul atau salah) tanpa mendengar dari bacaan guru yang mahir terlebih dahulu.”Itu ungkapan dan kata nasihat daripada Mantan Ketua Umum Maqari’ Mesir, Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawi.Menurut beliau lagi, Al-Quran bukan hanya percakapan manusia biasa dan sesuatu yang tidak wajar jika belajar membaca Al-Quran dengan guru yang tidak mempunyai penguasaan mendalam berkaitan Qiraat.Tambah beliau, Allah menjaga Al-Quran dari segala aspek. Oleh sebab itu, Al-Quran tidak pernah hilang di muka bumi ni.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau mengharapkan para peserta dapat mengambil manfaat dalam program ini serta bersyukur kerana kesudian beliau (Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawi ) untuk bersama menghadiri dan memberikan penerangan berkaitan Ilmu Qiraat dalam bacaan Al-Quran,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Daurah Al-Quran bersama Mantan Ketua Umum Maqari’ Mesir, Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawi di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, semalam (16 September).Program ini anjuran Rabitah dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu.Seramai lebih 800 orang yang terdiri dari pelajar sekolah dan IPT seluruh Negeri Terengganu dan juga orang ramai telah menyertai program ini.Turut dilancarkan buku berjudul “Miftahul Malayu”.Hadir sama dalam program tersebut, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
17 Sep 18
406
MB Melawat Booth Karnival Kerajaan Terengganu
MB (dua dari kanan) melihat produk yang dipamerkan di Karnival Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera di Perkarangan Stadium Gong Badak.KUALA NERUS - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa untuk melawat 'booth' pameran di Karnival Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera bersama Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, 15 September.Karnival itu dianjurkan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.Karnival yang diadakan di perkarangan stadium tersebut, dianjurkan oleh Menteri Besar Terengganu (Incorporated), sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu, bermula 14 hingga 16 September dikunjungi tidak kurang dari 6 ribu pengunjung dari seluruh negara.Menteri Besar dalam buku cenderamata karnival itu menyatakan bahawa karnival berkenaan berkonsepkan 'Hari Bersama Pelanggan' antara jabatan dan agensi negeri dengan masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat tentang dasar, polisi, produk dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dengan lebih berkesan dan efektif."Ia juga menjadi medium untuk membina jaringan hubungan," jelasnya. Sebanyak 28 buah anak syarikat kerajaan negeri mempamerkan produk masing-masing di karnival itu termasuk Terengganu Inc, TDM Berhad, Epic Berhad, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Golden Pharos Berhad, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd. (TSTC), GPQ Sdn. Bhd.Chicken Cottege, Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd., Hartanah Terengganu Sdn. Bhd., PTB Unit Trust Berhad (ASDI), Husa Network Sdn. Bhd. (yang mengendalikan Siaran radio Manis FM), Primula Beach Hotel, Duyong Marina & Resort Terengganu, Permai Hotel Kuala Terengganu, Paya Bunga Hotel Terengganu, F-Kichen.Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Pertima Terengganu Sdn Bhd, Syarikat Permint Granite Sdn Bhd (PGSB), Terengganu Agrotech Development Sdn Bhd (TADC), TTI Management Sdn Bhd, P-Excell Management Sdn Bhd, Cas Ligas Sdn Bhd dan PMINT Urus Sdn Bhd.Pada hari pertama (14 September), aturcara majlis bermula dengan Pameran, Busking, Sepetang Bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah (UKA).Hari kedua (15 September) bermula dengan Pameran, Perasmian Karnival TMBS, Pertandingan Mewarna, Persembahan Qasidah, Santai Selebriti dan Pentas Otai.Hari terakhir (16 September) acara bermula dengan Pameran dan Acara Ameerah.
17 Sep 18
249
SUKMA 2018: Pasukan Menembak Bidik Tiga Pingat
Safirredzuan merangkul pingat emas selepas menewaskan pasukan Pahang. Foto: Harish Fadzillah KassimIPOH: Memasuki hari ketujuh Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, pasukan menembak menambah pungutan pingat buat Terengganu dalam pertandingan yang berlangsung di Kompleks Menembak Amanjaya di sini, hari ini.Dalam acara 25M Standard Pistol Individu lelaki, Safirredzuan Salim merangkul pingat emas setelah menewaskan lawan dari Pahang, Low Wei Chern dengan kutipan 548 mata.Manakala, rakan sepasukan beliau, Nik Muhammad Luqman Nik Omar meraih gangsa dalam acara sama dengan kutipan 543 mata.Sementara itu, Terengganu berjaya memungut pingat perak dalam acara 25M Standard berpasukan lelaki.Nik Muhammad Luqman.Trio yang disertai Safirredzuan dan Nik Muhammad Luqman bersama Muhammad Amirul Hisyam Luxman mengutip 1588 mata, 12 mata dibelakang pendahulu, Pahang.Pengurus pasukan, Tuan Mamat Tuan Ngah berkata, kemenangan yang dicapai hari ini merupakan bonus kepada pasukan."Bagi acara ini, kami tidak meletakkan sebarang sasaran pingat. Namun tiga pingat yang diperoleh memberi semangat kepada pasukan dalam baki saingan."Kita mensasarkan pungutan pingat untuk saingan esok dan lusa. Insya-Allah, dengan doa dan sokongan keluarga dan rakyat Terengganu sasaran itu akan dapat dicapai," katanya.Semalam, pasukan menembak terlepas peluang meraih pingat dalam acara 10M Air Raifal lelaki berikutan masalah teknikal.Pasukan menembak telah menyumbang dua emas, tiga perak dan satu gangsa dengan saingan berbaki dua hari.Safirredzuan turut menyumbang pingat perak semalam melalui acara 25M Rapid Fire individu lelaki.SUKMA edisi ke-18 di Sarawak dua tahun lalu, skuad menembak berjaya membawa pulang 15 pingat keseluruhan dengan empat emas, tujuh perak dan empat gangsa.Trio menembak Terengganu.
17 Sep 18
181
BPMS Berkesan Di Pahang
Ustaz Zuridan Daud membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Perwakilan Muktamar PAS menyambut baik saranan pucuk kepimpinan tertinggi parti agar ahlinya menerima konsep Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).Perwakilan PAS Pahang, Ustaz Zuridan Daud menyokong penuh, konsep BPMS itu yang membuahkan hasil lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu.Katanya, pendekatan BPMS yang diperkenalkan oleh Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi cukup berkesan di Pahang.“PRU15 akan datang, kita mensasarkan PAS akan dapat menerajui negeri Pahang, InsyaÁllah.“Kita (PAS) kena perkasakan lagi konsep Tahaluf dan Taawun sebagaimana yang disarankan oleh Presiden PAS dalam ucapan dasar muktamar ini,” ujarnya ketika mengambil bahagian membahas Ucapan Dasar Presiden Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, 16 September lalu.1,200 perwakilan menghadiri Muktamar PAS.Justeru, beliau turut mengingatkan kepada seluruh kepimpinan dan ahli parti disemua peringkat agar mempertingkatkan ilmu pengetahuan.“Kita mahu segala tindakan pimpinan disemua peringkat bertindak tidak mengikut emosi tetapi berlandaskan ilmu pengetahuan.“Cuba kita (ahli) perhatikan tulisan-tulisan Tuan Guru (Abdul Hadi) di dalam facebooknya, sarat dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang matang,” jelasnya selaku pembahas keenam muktamar tersebut.
17 Sep 18
614