Artikel "Utama" Terkini
SUKMA 2018: MB Turun Gelanggang, Suntik Semangat Atlet
Dr. Samsuri meraikan kemenangan skuad berbasikal.IPOH- Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa menyaksikan acara berbasikal trek sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Velodrom Rakyat, di sini, hari ini.Beliau turun ke lapangan acara individu lelaki Pursuit 4KM melibatkan pelumba Terengganu, Wan Abdul Rahman Hamdan yang berjaya menggondol emas dengan catatan masa 04:44:215s.Dr. Samsuri yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya turut menyampaikan pingat kepada Nur Aisyah Mohamad Zubir dan Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham yang memenangi emas dan perak acara Women's Scratch 10KM.Menteri besar sempat mencuba basikal pelumba sambil disaksikan Wan Abdul Rahman.Beliau yang turun beramah mesra dengan pelumba-pelumba menyatakan kegembiraan dan kebanggaannya dengan kejayaan Terengganu mendominasi kebanyakan acara.Semalam, Dr. Samsuri sempat menyampaikan pingat emas 200M wanita kepada ratu pecut SUKMA, Azreen Nabila Alias yang menjuarai acara itu setelah memecahkan rekod baru 100M wanita dengan catatan 11.81s di Stadium Perak, di sini.Berbaki sehari temasya SUKMA, pasukan Terengganu terus mengekalkan kedudukan teratas dengan pungutan 53 emas, 48 perak dan 51 gangsa dan dijangka pulang sebagai juara keseluruhan.Meraikan Azreen Nabila selaku ratu pecut baharu SUKMA.
21 Sep 18
314
SUKMA 2018: Enam Peninju Ke Pentas 'Final' Cipta Rekod Baharu
Peninju Terengganu (kanan) dinobatkan sebagai pemenang dan layak ke pentas akhir SUKMA 2018.Oleh : Wan HadiBAGAN DATUK - Kejayaan enam peninju dari Terengganu ke pusingan akhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 adalah kejayaan terbesar dan sejarah bagi Terengganu.Pengurus Tinju Negeri Terengganu, Ismail Abdul Rahman berkata, dalam sejarah SUKMA, ini merupakan rekod terbaharuyang mana enam daripada tujuh peninju layak ke pusingan akhir.Ketika SUKMA 2016 di Sarawak, hanya seorang peninju yang layak ke pusingan akhir dan memenangi pingat emas.Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid yang juga bapa angkat sukan tinju negeri berkata, kejayaan atlet ke pusingan akhir adalah kejayaan kita bersama.“Kesungguhan jurulatih, semangat yang tinggi peninju serta latihan di Batam Indonesia ternyata membuahkan hasil."Saya berharap, keenam-enam peninju dapat mengekalkan prestasi sebagaimana di pusingan separuh akhir semalam dan dapat menyumbangkan pingat emas buat negeri Terengganu," ujarnya.Acara sukan tinju yang bermula 15 September akan menutup tirainya pada pusingan akhir yang akan berlangsung pada Jumaat (21 September)jam 4.00 petang di Dewan Dato’ Lope Hashim.
21 Sep 18
809
SUKMA 2018 : Terengganu Kuasa Baru Sukan Layar - Ustaz Ahmad Shah
Oleh: SyedmanLUMUT- Pasukan Perahu Layar Terengganu mengungguli acara itu dengan menggondol lapan pingat emas dan tiga perak dari 13 kategori yang dipertandingkan sekali gus menjadi juara keseluruhan pertandingan SUKMA edisi ke-19 2018 ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, semangat juang yang tinggi dari pasukan pelayaran negeri membuahkan hasil yang begitu hebat."Sebelum ini Terengganu hanya mencatat rekod memungut lima pingat Emas,tapi kali ini kita berjaya memecahkan rekod yang sedia ada."Ini merupakan satu rekod dan pencapaian yang besar. Saya mengharapkan kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat para atlet dan pasukan serta memberi satu keputusan yang lebih hebat untuk kejohanan SUKMA yang akan datang,"katanya.Beliau yang juga merupakan bapa angkat kepada Pasukan Perahu Layar Terengganu itu mengucapkan syabas dan berbangga dengan komitmen semua yang terlibat sehingga mampu mencapai kejayaan luar biasa itu sepanjang temasya di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia.Katanya, penghargaan itu khusus kepada barisan jurulatih, Majlis Sukan Negeri Terengganu, para atlet serta semua yang menyokong dan mendoakan kejayaan itu.
21 Sep 18
317
Terengganu 'Transparent' Urus Royalti
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Khairul AzlamKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memberi jaminan bahawa, pengurusan kewangan negeri ini ‘transparent’ dan pihak luar tidak perlu bimbang.Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan Terengganu juga memberi komitmen segala penerimaan hasil negeri terbuka kepada audit.“Saya memberi komitmen bahawa terimaan apa jua hasil sama ada petroleum (royalti) ataupun hasil-hasil yang lain dan terbuka kepada audit. Setiap tahun kita (kerajaan) ada audit. “Ianya begitu ‘transparent’ dan kita akan buktikan bahawa akaun itu boleh dan tidak ada unsur-unsur yang boleh menimbulkan kecurigaan dan kebimbangan, mana-mana pihak dalam pengurusan kewangan dari wang royalti atau sumber lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Wisma Darul Iman, kelmarin (19 September).Menurut Dr Samsuri, dalam kunjungan pertamanya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ada menyebut pemberian balik royalti kepada Terengganu ‘direct’ ke akaun kerajaan negeri.“Saya bersetuju dengan cadangan daripada Perdana Menteri bahawa, ini (royalti) adalah amanah rakyat, ini adalah wang negeri yang tidak harus digunakan oleh mana-mana parti politik. “Ini kerana, ianya harus digunakan untuk kepentingan rakyat di sesebuah negeri (pengeluar minyak) itu,” jelasnya.Sehubungan itu, katanya cadangan seorang pimpinan tertinggi parti agar wang royalti negeri Kelantan dan Terengganu, diagihkan sedikit kepada kawasan pilihan raya yang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertanding itu pendapat peribadinya.“Itu adalah pandangan peribadi dan bukan keputusan daripada organisasi (parti). Kita juga ada menerima cadangan-cadangan yang lain sepanjang tempoh muktamar itu, dan cadangan-cadangan lain yang kita dapat dalam bentuk media sosial, 'facebook' dan sebagainya,” ujar beliau.
20 Sep 18
56
SUKMA 2018: Terengganu Rampas Kembali Kedudukan Teratas
Kedudukn pungutan pingat setakat jam 9.00 malam ini di portal rasmi SUKMA XIX.IPOH- Pasukan Terengganu kembali merampas kedudukan teratas pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 daripada Wilayah Persekutuan hari ini.Hanya selepas sehari di kedudukan kedua, pasukan Terengganu mengumpul lapan emas dan dua perak dari sukan pelayaran pada hari terakhir pertandingan sekali gus melonjak dengan pungutan 46 emas, 40 perak dan 47 gangsa.Perenang Terengganu, Arvin Shaun Singh Chalal turut mengejutkan pasukan renang apabila memenangi emas acara 400M gaya bebas lelaki dengan catatan 04:00:59s menewaskan perenang Selangor ditempat kedua dengan masa 04:06:56.Kutipan keseluruhan 133 pingat itu turut menjarakkan kedudukan daripada Wilayah Persekutuan yang memiliki 42 emas, 35 perak dan 42 gangsa.Ketua kontinjen, Samiun Salleh menyatakan pencapaian hari ini memberi semangat kepada pasukan untuk terus mendominasi pungutan pingat pada baki dua hari terakhir kejohanan.Pasukan pelayaran sumbang lapan emas lonjak keudukan Terengganu."Kita bersyukur dengan pencapaian atlet kita pada temasya kali ini. Kesungguhan pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan pemain memastikan kita terus mendominasi walaupun bersaing hebat dengan Wilayah Persekutuan dan Selangor amat membanggakan," katanya.Beliau turut berharap para atlet akan berusaha sebaik mungkin pada baki temasya SUKMA."Berbaki dua hari terakhir, kita berjaya kembali ke kedudukan teratas. Kini, apa yang perlu dilakukan ialah mengekalkan kedudukan sehingga tamat kejohanan," katanya.Terengganu turut menambah pingat perak dan gangsa melalui acara angkat berat, taekwando, menembak, olahraga, berbasikal, futsal dan gimnastik pada semalam dan hari ini.Kontinjen Pantai Timur itu pernah menjadi juara keseluruhan SUKMA empat kali berturut-turut bermula 2008 sehingga 2012.
20 Sep 18
1592
SUKMA 2018: Hujan Emas Di Lumut
Pasukan pelayaran Terengganu.LUMUT- Hari terakhir sukan pelayaran yang dipertandingkan hari ini menyaksikan Terengganu mengumpul lapan emas dan tiga perak di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) petang ini.Pingat emas dihadiahkan menerusi acara Laser Standard diwakili Asri Azman, Laser Radial (Asmawi Azman), International 420s lelaki (Abdul Latif Mansor dan Alif Safares Azmi) dan International 420s wanita (Al Yauma Akma Zukifeli dan Situ Nurfatihah Norulakhairi).Manakala RS: One lelaki (Illham Wahab) dan wanita (Nuur Fatin Solehah Abdul Rahman) serta Windsurfing Bic Techno lelaki (Muhammad Izzuddin Abdul Rani) dan wanita (Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen) mengumpul empat emas.Pelayar Terengganu cemerlang bolot emas.Bagaimanapun, acara Optimist berpasukan menerusi Al Insyirah Aina Zulkifeli, Asmadi Azman, Muhammad Faizzuddin Mohd Fouzi, Muhammad Khaidir Mohd Zawawi dan Muhammad Luqman Hakim Mansor sekadar menyumbang pingat perak.Dua lagi pingat perak diperolehi melalui Umar Al Farouk Mohd Zawawi dalam acara 4.7 Laser lelaki dan Muhammad Khaidir Mohd Zahawi menerusi Optimist U15 lelaki.Pungutan pingat itu menyaksikan Terengganu kembali di persada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 dengan 40 emas, 31 perak dan 36 gangsa.Pasukan pelayaran memperbaiki rekod mereka di SUKMA Sarawak lalu di mana hanya membawa pulang empat emas, dua perak dan satu gangsa.Berbaki dua hari, ketua kontijen, Samiun Salleh optimis Terengganu berpeluang cerah menjadi juara keseluruhan sekali gus merealisasikan misi #winbackmission.Kontinjen pantai timur itu pernah muncul juara keseluruhan SUKMA sebanyak empat kali berturut-turut dari 2008 sehingga 2012.
20 Sep 18
519
Keselamatan Pelancong Diutamakan
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin Deraman memberitahu keselamatan pelancong ke pulau-pulau peranginan di Terengganu semasa musim tengkujuh adalah agenda utama kerajaan negeri dalam persediaan menghadapi kebarangkalian cuaca dan keadaan laut yang tidak menentu ketika musim tengkujuh.Katanya, apa yang diwar-warkan melalui media yang menyatakan jangkaan penutupan resort-resort adalah sebagai langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh.“Bagaimanapun kepada bot-bot untuk keluar ke laut ianya bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan penilaian agensi penguatkuasa berkaitan untuk memberi pelepasan,” katanya dalam satu kenyataan media.Menurutnya, kerajaan negeri prihatin tentang keselamatan pelancong supaya pengusaha -pengusaha pelancongan di pulau – pulau ini sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap keadaan serta situasi semasa.“Selain perlu peka kepada laporan serta arahan daripada agensi – agensi yang berkaitan seperti Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia.” katanya
19 Sep 18
29
Wanita Perlu Elak Risiko Jadi Sasaran Penjenayah
Wanita perlu sentiasa peka dan berwaspada ketika berada di lokasi berisiko yang mengancam keselamatan bagi mengelakkan diri menjadi sasaran penjenayah terutamanya jenayah seksual seperti rogol dan cabul. Isteri Menteri Besar, Tuan Faezah Tuan Ab Rahman berkata, wanita kerap menjadi sasaran disebabkan faktor kelemahan fizikal yang membuatkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menjadikan mereka sebagai sasaran.Justeru katanya, antara langkah-langkah pencegahan jenayah perlu diberi perhatian oleh golongan ini (wanita) bagi mengelakkan perbuatan yang melangkaui norma kemanusiaan termasuk dengan menjaga kehormatan diri.“Ia seharusnya bermula dengan kesedaran diri wanita itu sendiri.“Islam telah mengajar beberapa prinsip mudah seperti menutup aurat, tidak menunjukkan perhiasan, menjaga batas pergaulan berlainan jantina dan sebagainya bagi melindungi kaum yang lemah ini daripada sasaran penjenayah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Wanita Anti Jenayah di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, hari ini. Katanya, golongan wanita juga perlu mempelajari seni pertahanan diri bagi membantu diri menghadapi serangan penjenayah dan peka terhadap persekitaran serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
19 Sep 18
55
SUKMA 2018: Muay, Tinju Serbu Pentas Akhir
Pasukan Muay Terengganu bersedia bertarung dengan pihak lawan bagi merebut pingat emas petang ini. Foto: Harish Fadzillah Abu Kassim IPOH- Pasukan muay dan tinju Terengganu berada di landasan yang tepat untuk memungut pingat emas apabila masing-masing menghantar enam petarung dan lima petinju ke pentas akhir pertandingan.Pasukan muay yang masih belum memiliki sebarang pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 itu berhasrat mengumpul sebanyak mungkin emas dalam perlawanan akhir petang ini.Petang ini atlet muay, Muhammad Azizi Shamsuddin akan bersaing dalam acara 48kg-51kg lelaki menentang lawan dari Sarawak.Nik Rahami Nik Mustafa (51kg-54kg lelaki), Muhammad Iffat Muizzuddin Mat Ripen (57kg-60kg lelaki), Mohd Fazzatkie Mohd Zaki (60kg-63.5kg lelaki) dan Muhammad Faaid Othman (67kg-71kg lelaki) akan turut bertarung pada perlawanan yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Grik.Satu-satunya finalis wanita Terengganu, Che Halimah Haron pula akan menentang petarung tuan rumah dalam acara 54kg-57kg wanita.Sukan Muay tidak dipertandingkan di SUKMA Sarawak dua tahun lalu.Bagi sukan tinju, Terengganu akan bersaing dalam acara Fly Weight (52kg) menerusi Amirul Hakim Sakila, Light Weight (60kg) diwakili Mohamad Akram Rasit dan Light Welter Weight (64kg) menerusi Halim Izani Sulaiman.Manakala dua petinju, Wan Muhammad Hanif Wan Zahalan dan Muhamad Syahriman Zahar masing-masing akan bertanding dalam acara Middle Weight (75kg) dan Light Heavy Weight (81kg) dalam perlawanan yang akan berlangsung esok di Bagan Datuk. Sehingga kini, sukan tinju belum menyumbang pingat buat Terengganu. Pasukan tinju meraih satu emas, satu perak dan empat gangsa dalam temasya itu di Sarawak dua tahun lalu dan berhasrat memperbaiki catatan pada SUKMA kali ini.
19 Sep 18
826
Dr Samsuri Tekuni Usaha Capai PITAS 2030
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu komited dalam usaha untuk memperincikan hala tuju pentadbiran negeri secara holistik berpandukan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 yang telah pun dilancarkan baru-baru ini semasa Majlis Ucap Negeri 2018.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program pada hari ini diharapkan menjadi titik tolak kepada perancangan yang lebih terperinci yang pastinya akan dilaksanakan oleh kesemua kepimpinan negeri yang hadir.“Saya berharap, setiap anggota dalam pentadbiran negeri mesti memainkan peranan masing-masing, seperti Exco, ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berperanan membuat dasar.“Ianya akan dilaksanakan oleh Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (TCS) bagi agensi kerajaan dan ‘CEO’ bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.“Keserasian perlu wujud antara keduanya supaya dasar yang dilaksanakan kelak dapat memberi manfaat sebaiknya kepada rakyat," ujarnya.Tambahnya, semua ini penting untuk meningkatkan produktiviti dan seterusnya sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik dapat dilaksanakan oleh kedua-dua sektor terlibat.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman, semalam (19 September).Menurutnya, Program Bicara Darul Iman ini menampilkan Tan Sri Dr Sharifah Zarah yang merupakan bekas Pegawai Tadbir & Diplomatik dan jawatan terakhir merupakan bekas Pegawai Tadbir & Diplomatik dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia.“Dengan pengalaman pentadbiran yang ada pada beliau, banyak yang dapat dikongsi kepada peserta pada hari ini."Matlamat perancangan yang dibuat oleh pentadbiran negeri sekarang adalah untuk mencapai PITAS 2030.“Tentunya kerjasama antara semua yang hadir pada hari ini amat diharapkan oleh pentabiran kerajaan negeri pada hari ini,” tambahnya.
19 Sep 18
94