Artikel "Utama" Terkini
SUKMA 2018: Penduduk Hulu Terengganu Teruja Sambut Wira SUKMA
Altet SUKMA bergambar kenangan ketika singgah di dataran MDHT. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHULU TERENGGANU: Orang ramai di daerah ini tidak melepaskan peluang membanjiri Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu bagi menyambut ketibaan wira-wira Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 Perak dan pegawai Skuad Hanelang diketuai yang diketuai Chef de Misson, Samiun Salleh.Penolong Setiausaha Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu, Mohd Fadli A Rahman, berkata dia bersama 14 rakan persatuan secara sukarela menawarkan diri mengiringi wira- wira SUKMA bermula dari Jalan Aring, Gua Musang dan berakhir di Batu Burok, Kuala Terengganu.Katanya, langkah itu adalah kali kedua di mana pernah menyambut dan mengiringi atlet SUKMA pada 2012 yang turut menjuarai sukan sama.“Apa yang dilakukan ahli persatuan bukan mahu popular sebaliknya sebagai tanda sokongan, mahu bersama-sama meraikan kejayaan dan semangat kesukanan."Usaha ini tidak terhenti di sini sahaja, malah kami bersedia memberi sokongan sekiranya ada wira lain yang perlu disambut," katanya.Ahli Persatuan Dendang Anak Jenagor, Mohd Haikal Taufiq Mohd Rohaizat dia berasa cukup teruja kerana terpilih memegang Piala SUKMA sepanjang konvoi bermula dari Kuala Jeneris, Hulu Terengganu berakhir ke Batu Burok, Kuala Terengganu."Ini pengalaman pertama saya bersama tiga rakan lain dapat memegang piala SUKMA sambil mengenakan pakaian tradisional Melayu."Setiap kali tiba di persimpangan lampu isyarat dan singgah di Dataran MDHT, orang ramai pastinya memerhati kami berempat yang memegang piala dan cara berpakaian," katanya
23 Sep 18
261
Kerajaan Puji Usaha JHEAT Kekang Maksiat
Ustaz Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menyokong usaha dan langkah drastik Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang melakukan serbuan ke atas dua pusat hiburan yang berkonsepkan ‘disco ala pantai’ di Pulau Perhentian, Besut, baru-baru ini (16 September).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, serbuan dan tangkapan JHEAT adalah selari mengikut undang-undang.“Kita menyokong mana-mana usaha jabatan atau agensi yang mendatangkan manfaat kepada rakyat selagi mana tertakluk kepada undang-undang.“Mereka boleh mengambil tindakan kepada pihak yang melanggar undang-undang tersebut,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam (22 September).Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, kerajaan tidak menghalang sebarang program atau aktiviti para pelancong asalkan mengikut garis panduan dengan sewajarnya.“Melancong adalah salah satu aktiviti yang sangat digalakkan oleh kerajaan negeri.“Bahkan, kita dapat mempromosikan Terengganu sekaligus menjana pendapatan.“Namun, pelancong haruslah mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan,” jelasnya.Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, seramai 10 remaja tempatan termasuk tiga wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang asyik berpesta arak dicekup selain turut dirampas beberapa botol minuman keras dipercayai baki minuman yang diminum mereka.
22 Sep 18
44
Dr Samsuri Umum Cuti Ahad 30 September
IPOH - Kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkan 30 September 2018 iaitu hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi Negeri Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ianya khusus bagi meraikan kejayaan Kontinjen Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.“Bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Kontinjen Terengganu yang telah beraksi dengan cemerlang.“Pasukan kita telah berjaya memungut 56 pingat emas, 51 pingat perak dan 53 pingat gangsa seterusnya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKMA 2018. “Saya juga ucapkan tahniah kepada Azreen Nabila Alias yang telah menerima Anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA Perak 2018,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini (22 September).Kejayaan Kontinjen Negeri Terengganu merampas kembali gelaran Juara SUKMA ini sekaligus melunaskan "Win Back Mission" yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).“Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam catatan sejarah ini.“Harapan saya agar dengan kejayaan ini dapat membawa roh riadhah dan menggalakkan lagi aktiviti bersukan kepada rakyat Terengganu.“Semoga kita semua dapat menjalani gaya hidup yang sihat dan sejahtera,” tambahnya.Majlis Meraikan Juara SUKMA 2018 bersama kontinjen atlet serta pegawai akan diadakan pada hari Ahad (23 September 2018) pada jam 5.00 petang bertempat di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.
22 Sep 18
188
Sudah Bersara Pun Masih Berkhidmat
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) menyampaikan Pingat Setia Sentiasa Berjuan (PSSB) kepada ahli Veteran ATM yang terpilih.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi kebanggaan kerajaan negeri apabila kebanyakan mereka masih berkhidmat kepada masyarakat seperti menjadi ketua kampung, imam dan bilal walapun selepas bersara.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ATM merupakan badan yang utuh kerana kesatuan di antara ahli di dalamnya."Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."Begitulah semangat yang harus diambil dan dicontohi untuk kebaikan bersama," ujarnya.Menurutnya, program ini bertujuan untuk menghargai tugas dan tanggungjawab ahli Persatuan Veteran ATM."Mereka terus berbakti serta menyumbang tenaga sukarela dalam masyarakat walaupun sudah bersara," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Pewakilan Tahunan Ke-60 Persatuan Veteran ATM mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini (22 September).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut menyampaikan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) kepada anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Terengganu Tahun 2018 yang terpilih.Antara 10 anggota yang menerima pingat ini adalah Mohamad Embong, Ramli Yusof, Abdul Rahman @ Ahmad Dato’ Mohd Salleh, Mejar Mohamat Isa Hassan, Pauzi Ibrahim, Md Ali Mohammad, Wan Affandi Wan Sulong, Noraiha Omar, Saudah Saleh dan Liza Abu Bakar.Persatuan Veteran ATM Negeri Terengganu, yang dianggotai bekas tentera menghargai jasa-jasa ahlinya setiap tahun dengan mengadakan persidangan pemilihan serta penyampaian anugerah pingat kepada ahli yang layak.
22 Sep 18
112
SUKMA 2018: Bergelar Juara, Terengganu Congak Cabaran SUKMA 2020
Samiun dan pengarah Majlis Sukan Negeri, Ibni Amin Ismail menunjukkan jumlah kutipan pingat emas Terengganu.IPOH - Pasukan Terengganu bergelar juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 setelah memungut 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa.Kejuaraan itu merupakan gelaran kali kelima setelah kali terakhir bergelar juara pada SUKMA 2012 di Pahang.Ketua kontinjen, Samiun Salleh merakamkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) atas usaha dan kesungguhan pengurusan dalam kejohanan itu."Pengurusan melaksanakan sebaik mungkin pelan pembangunan atlet sejak tamat SUKMA Sarawak dua tahun lalu yang akhirnya membuahkan hasil kini," katanya.Para pemimpin negeri turut hadir menyokong atlet yang bertanding.Dalam kegembiraan, beliau turut mencongak cabaran yang kelihatan semakin terbuka dalam SUKMA akan datang."Berdasarkan pencapaian para atlet negeri lain dalam temasya kali ini, kami melihat SUKMA 2020 yang akan berlangsung di Johor lebih mencabar. "Ini dapat dilihat dengan peningkatan atlet dalam pelbagai jenis sukan di samping pecahan pingat menunjukkan tiada pasukan yang benar-benar mendominasi jenis sukan asas."Pencapaian kali ini menandakan kebangkitan bakat-bakat baru untuk mewakili negara pada masa depan dan saya harap persaingan ini terus hangat untuk kita melahirkan bakat-bakat terbaik."Pasukan Terengganu semestinya akan menggandakan usaha untuk mencabar di temasya edisi akan datang," katanya.
22 Sep 18
144
SUKMA 2018: Rahsia Kejayaan Terengganu
Pembangunan kerohanian rahsia kekuatan mental atlet.IPOH - Kejayaan kontijen Terengganu mengungguli kedudukan teratas pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 membuka mata banyak pihak tentang kejayaan pembangunan sukan yang melahirkan banyak bakat baru untuk negara.Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSNT), Ibni Amin Busu menyifatkan kejayaan tersebut dibantu banyak aspek dari segi pengurusan atlet oleh pentadbiran MSNT."Kita membuat pembangunan berdasarkan acuan pembangunan peringkat kebangsaan yang disesuaikan dengan atlet-atlet negeri.Ibni Amin."Saya terlibat dalam menyediakan atlet negara untuk Sukan Komanwel 1998 dan resepi pembangunan itu dibawa ke Terengganu."Namun, kami melihat ada kekosongan dalam program tersebut dan kami masukkan program kerohanian sebagai salah satu aspek pembangunan atlet," katanya ketika ditemui pemberita pagi ini di penginapan Kontinjen Terengganu, Hotel Seri Malaysia, Ipoh.Ibni memberitahu bahawa kekuatan rohani adalah benteng terkuat dalam diri atlet bagi memastikan mental, emosi dan fizikal mereka bersedia untuk tampil di pentas pertandingan serta berdepan pesaing masing-masing."Sebahagian besar atlet akan berkembang dan mewakili negara di peringkat lebih tinggi. Ketika itu, mereka perlu mengawal tekanan sendiri tanpa bantuan orang lain."Jadi kita memikirkan kekuatan ini perlu dilatih dari peringkat pembangunan lagi. Kita terapkan program keagamaan di mana guru-guru agama bukan sahaja memimpin program tetapi mendidik atlet dengan panduan ibadah."Dalam SUKMA kali ini, kita laksanakan program solat berjemaah oleh tidak kurang daripada empat ustaz yang kami bawa. "Kita juga terapkan tazkirah ringkas dan doa sebelum masuk ke gelanggang bagi meningkatkan keyakinan atlet," katanya.Bagi atlet bukan Islam pula, beliau berkata. jurulatih dan guru bukan muslim akan memberikan motivasi dalam pendekatan agama masing-masing.Program ini banyak membantu merangsang dan membentuk keyakinan atlet walaupun berdepan cabaran dalam acara yang disertai.Hasilnya, Kontinjen Terengganu berjaya mengumpul 53 emas 48 perak dan 51 gangsa dengan pada hari terakhir SUKMA ke-19 ini dan dijangka menggondol gelaran juara keseluruhan bagi kejohanan kali ini.Pengisian sebelum dan selepas pertandingan bina keyakinan atlet.
21 Sep 18
80
Langkah Penyelidikan Untuk Industri Silika - Dr Samsuri
Lawatan kerja dedah pelbagai maklumat menarik.IPOH - Terengganu melengkapkan langkah menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mencorak pembangunan industri dalam negeri.Menteri besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melakukan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, di sini semalam.Beliau yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya menyatakan pelbagai input menarik terutama perkembangan berkaitan industri silika yang menjadi agenda pelaburan berimpak tinggi negeri diperolehi dalam lawatan itu."Lawatan ini membuka mata untuk Terengganu memandang ke depan dalam bidang industri yang akan mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri. "Selain itu, pembentukan industri berimpak tinggi akan turut menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu sekaligus meningkatkan pendapatan rakyat."Ini adalah permulaan dan kita akan bergerak lebih pantas selepas ini," katanya.Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Md Muzayin Alimon berbesar hati di atas kunjungan tersebut."Kami sentiasa bersedia untuk berkerjasama bagi menghubungkan kemajuan industri dengan kerajaan bagi perkembangan industri dalam negeri."Tanggungjawab kami adalah menjalankan penyelidikan teknologi dan kita memindahkan teknologi bagi kemajuan industri negeri."Kami juga bersedia jika Kerajaan Negeri Terengganu ingin membangunkan tenaga mahir daripada anak negeri, kami akan bantu dengan kepakaran yang kami ada," katanya.Dalam lawatan tersebut, Menteri Besar didedahkan dengan info kemajuan industri silika dan mencuba sendiri kemahiran menghasilkan produk daripada silika.Menteri besar mencuba sendiri menghasilkan produk.
21 Sep 18
43
SUKMA 2018: Sedekah, Dhuha Jadi Amalan Atlet Terengganu
Ibni AminIPOH- Solat Sunat Dhuha dan bersedekah menjadi amalan para atlet dalam kontinjen Terengganu sepanjang Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018.Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSNT), Ibni Amin Busu berkata, amalan itu diterapkan dalam setiap program pembangunan atlet di negeri itu."Menguatkan jasmani semata-mata tidak cukup untuk memenangi pertandingan. Jadi, kami membangunkan program kerohanian untuk membina kekuatan minda dan jiwa atlet."Amalan solat dhuha diterapkan setiap hari bagi memupuk keyakinan bahawa kejayaan bukan terhasil daripada usaha kita sendiri sahaja, sebaliknya dari keizinan Allah SWT," katanya.Bagi atlet bukan muslim, kepercayaan agama masing-masing turut ditekankan dalam latihan.Kepercayaan agama jadi benteng kekuatan mental.Selain itu, Ibni Amin menegaskan keperluan membantu orang lain dengan pelaksanaan program derma dikalangan atlet."Atlet dengan pengurusan mengumpulkan derma sepanjang kejohanan dan pegawai akan menyalurkannya kepada masjid, sekolah dan badan yang memerlukan sebagai sumbangan kembali atlet kepada masyarakat."Ini mengingatkan atlet tentang tanggungjawab, amanah dan harapan yang dipikul sepanjang mewakili negeri dan negara."Program ini juga membentuk atlet tidak mementingkan diri disamping keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu jika kita membantu orang lain," katanya.Terengganu mendahului kedudukan teratas pada hari terakhir SUKMA apabila mengumpul 53 emas, 48 perak dan 50 gangsa serta dijangka diraikan pulang dengan status juara keseluruhan.Kontinjen yang terkenal dalam melahirkan atlet berbasikal antarabangsa itu pernah menjadi juara SUKMA empat kali berturut-turut sejak 2008 sehingga 2012.Pembangunan menyeluruh bantu kejayaan Terengganu.
21 Sep 18
77
SUKMA 2018: Aisyah, Azreen Finalis Olahragawati
Azreen Nabila Alias.IPOH - Dua atlet Terengganu disenaraikan antara calon olahragawati Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 yang bakal dinobatkan ketika temasya itu melabuhkan tirainya di Stadium Perak, di sini, malam ini.Atlet berbasikal, Nur Aisyah Muhammad Zubir yang meraih tiga emas dilihat mampu mencabar gelaran itu dengan menambah koleksi pingat dalam acara trek yang berlangsung di Velodrom Rakyat, hari ini.Selain itu, ratu pecut SUKMA, Azreen Nabila Alias yang menyumbang tiga emas menerusi acara pecut 100M, 200M dan 4X100M turut tercalon sebagai pilihan.Azreen yang memecahkan rekod Siti Fatima Mohamad (11.82s) pada SUKMA 2008 dengan catatan 11.81s bagaimanapun tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap gelaran itu.Ini kerana mereka berdua akan bersaing dengan seorang lagi pencabar iaitu gimnas dari Wilayah Persekutuan, Rayna Hoh yang menyapu bersih emas dipertandingkan dalam acara gimrama.Nur Aisyah meraikan menteri besar Terengganu yang hadir menyaksikan pelumbaannya di Velodrom Rakyat,Ipoh.Calon olahragawan pula turut menyaksikan persaingan tiga penjuru antara perenang Johor, Tia'a Fang Der, raja pecut, Muhammad Aqil Yasmin dan pemanah Sabah, Eugenius Lo.Fang Der memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400M rampaian individu (4:30:48) memadamkan rekod terdahulu milik Sebastian Soon dari Wilayah Persekutuan (4:30:85).Namun, keupayaan Eugenius yang cemerlang memecahkan tiga rekod kejohanan dalam acara compound dan Aqil yang mencipta rekod baharu acara pecut 200M lelaki turut mencabar gelaran itu.
21 Sep 18
459
SUKMA 2018: Berbasikal Idam Lepasi Sasaran Emas
Pasukan Terengganu meraikan kejayaan melepasi sasaran emas.IPOH - Jurulatih pasukan berbasikal, Said Muhammad Husaini Said Mazlan, menyeru para atlet di bawahnya untuk membawa pulang lebih banyak pingat emas buat pasukan Terengganu.Hari ini, Terengganu telah menepati sasaran 53 emas setelah memungut satu emas menerusi boling padang (Triples Fin lelaki), tiga daripada tinju (64kg, 60kg dan 52kg), satu menerusi renang (1500M lelaki) dan satu daripada basikal (Pursuit 4KM lelaki)."Esok kita ada lima acara akhir iaitu Pursuit berpasukan lelaki dan wanita, Strech Race 10KM, lndividu Pursuit wanita dan Keirin wanita.Wan Abdul Rahman menang emas berbasikal hari ini."Jadi kita mengharapkan tiga emas terhasil esok di mana ia dapat membantu Terengganu menjadi pasukan terbaik Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini."Setakat ini, pelumba kita berada dalam kondisi terbaik dan prestasi mereka konsisten dalam setiap perlumbaan. Kami cuma membantu mereka menyerap tekanan supaya keyakinan kekal tinggi," katanya.Beliau juga menyatakan, mereka telah sasaran 9 pingat emas pasukan berbasikal yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri."Kami mengumpul empat emas daripada acara extrem dan lima daripada acara jalan raya. Kita juga memperoleh bonus dua emas melalui trek yang mana kita dianggap 'underdog' dalam acara ini."Untuk esok, saya terapkan pelumba supaya 'enjoy to race' disamping berusaha menyumbang pingat sebagai tanda cinta kepada negeri," katanya.Menjelang hari terakhir kejohanan, Terengganu kekal di kedudukan teratas meninggalkan Wilayah Persekutuan yang mengumpul 50 emas, 38 perak dan 50 gangsa di tangga kedua.Ini mencerahkan peluang kontijen dari pantai timur itu yang mengimpikan gelaran juara keseluruhan setelah kali terakhir memenanginya di SUKMA 2012 di Pahang.Pasukan berbasikal tetap optimis tambah emas walaupun bergelar 'underdog' di trek.
21 Sep 18
59