Artikel "Utama" Terkini
Hijrah Perlukan Pengorbanan
Barisan panel yang terlibat dalam Forum Perdana sempena Maal Hijrah. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasiimHULU TERENGGANU- Hijrah sebenarnya membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan ilahi.Katanya, tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil.“Islam tidak menyuruh kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang.“Mengambil semangat tahun baharu ini, tahun sempena pemerintahan kerajaan baharu yang menekankan Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera, paling tidak setiap umat Islam mesti berazam dan melakukan hijrah dalam diri masing-masing,”katanya.Beliau demikian dalam ucapan yang dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali pada Forum Perdana sempena Maal Hijrah di Dataran Majlis Hulu Terengganu, Kuala Berang, pada malam tadi.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.Lebih Lebih 2,000 orang ramai terdiri daripada penduduk setempat, pelajar dan golongan belia hadir pada majlis yang dilangsung kira-kira 2 jam itu.Pelbagai pengisian program diselitkan, antaranya forum berkaitan pergertian hijrah yang disampaikan pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim atau dikenali ustaz Bollywood
26 Sep 18
124
Kerajaan Pertahan Juara SUKMA
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kiri) memberi sumbangan kepada peserta program. Foto: Solahuddin Al-IdrusHULU TERENGGANU - Kerajaan negeri akan memperkemaskan pelan tindakan bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan persatuan-persatuan sukan Negeri Terengganu bagi mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor, dua tahun lagi.Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bermula dari sekarang kerajaan akan mencari jalan dan akan berbincang dengan semua pihak terutama MSNT bagaimana pelan tersebut akan dilaksanakan.Katanya, kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan lagi prestasi atlet Terengganu melebihi kejayaan SUKMA 2018."Perancangan serta cadangan daripada semua persatuan dan lain-lain diperlukan bagi mengekalkan persembahan ataupun kelebihan yang ada pada atlet-atlet kita untuk terus konsisten dalam aksi mereka di arena sukan pada masa hadapan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kem Jati Diri Persatuan Orang Cacat Penglihatan, di Kem Bukit Kolam Kuala Berang (24 September).Katanya, cabaran besar ialah mempertahankan kemenangan yang diperolehi tahun ini keranamengekalkan kemenagan lebih susah berbanding mencapai kemenagan.Terengganu telah menjadi juara keseluruhan pada temasya tahun ini yang diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan, dengan pencapaian sebanyak 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa.Ia adalah pencapaian kali kelima bagi negeri Pantai Timur yang dianggap sebagai negeri yang melahirkan juara sukan negara ini.
26 Sep 18
41
Terengganu Sedia Dana Persekolahan RM12 Juta
Exco, Ustaz Satiful Bahri Mamat bercakap dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi bantuan awal persekolahan sesi 2019, khususnya kepada golongan keluarga berpendapatan rendah.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, seluruh rakyat Terengganu yang isi pendapatan keluarganya kurang RM2,500 sebulan layak memohon bantuan awal persekolahan.Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan bantuan dana persekolahan ini dan dibuka secara 'online' bermula 1 hingga 21 Oktober 2018, dalam tempoh masa tiga minggu.“Berdasarkan maklum balas yang lalu, kita menjangkakan seramai 116,000 pelajar bakal memperolehi manfaat itu. Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi kelengkapan persiapan persekolahan. “Pelajar lelaki akan diberi baju, seluar, stokin, kasut dan beg sekolah. Pelajar perempuan pula akan diberikan kain, baju, stokin, kasut, beg dan tudung sekolah.“Kita akan bahagikan baucer dan boleh ditebus di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Kita (kerajaan) memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membantu pelajar miskin dari keluarga berpendapatan rendah,” ujarnya dalam satu sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Wisma Darul Iman, (26 September).Menurutnya, berlaku pertambahan penerima dana bantuan itu bagi tahun 2019 berbanding tahun sebelum ini.“Tahun lepas, kita (kerajaan) membelanjakan sebanyak RM10.9 juta dan tahun ini dianggarkan RM12 juta. “Pemberian dana dalam bentuk barangan itu supaya ianya menepati sasaran secara langsung untuk keperluan persekolahan, berbanding dengan pemberian wang tunai,” jelasnya.Sehubungan itu, kata Ustaz Saiful Bahri, pemohon di kalangan ibu bapa boleh melayari laman sesawang i-dana.terengganu.gov.my bagi tujuan tersebut.
26 Sep 18
57
SUK Terengganu Harap Kekal Gelaran Juara
Dato' A. Rahman bersama sebahagian atlet yang akan menyertai Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) SeMalaysia Kali Ke-7 di Kelantan. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu berharap untuk mengekalkan kejuaraan dalam temasya Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) SeMalaysia Kali Ke-7 yang akan diadakan di Kelantan selama lima hari bermula 30 September ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya berkata, harapan mengekalkan kejuaraan itu berdasarkan kejayaan kontinjen SUK Terengganu yang telah dua kali berturut-turut menjadi juara pada kejohanan yang diadakan secara dwi tahunan itu.“Pada tahun 2014, kita telah bergelar juara pada kejohanan yang diadakan di Pulau Pinang dan ketika Johor Bahru menjadi tuan rumah pada tahun 2016, gelaran juara turut menjadi milik Terengganu.“Diharapkan pada tahun ini, pasukan SUK Terengganu dapat mengekalkan kejuaraan kerana ianya sangat bermakna buat negeri ini yang telah bergelar juara keseluruhan di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Perak baru-baru ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu (26 September).Pada majlis itu, A. Rahman juga turut menyempurnakan penyerahan bendera Negeri Terengganu kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Marzuki Endut selaku ketua kontinjen SUK Terengganu dengan kekuatan 166 orang termasuk atlet yang terdiri daripada kakitangan Pejabat SUK Terengganu dan urusetia.Katanya, dengan persiapan awal yang dilakukan sejak awal September lalu, tidak mustahil pasukan berupaya mencipta sejarah mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turutSebanyak lapan jenis sukan akan dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, badminton, dart, golf dan pingpong.
26 Sep 18
278
Kerajaan Biayai 20 Pegawai Lanjut Pelajaran
'Surca' aplikasi tanpa kos dilancar oleh Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) di Primula Beach Hotel. Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Seramai 21 Pegawai Tajaan Kerajaan Negeri Terengganu telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA ) Sesi 2017/2018 yang lalu.Manakala 2O orang pegawai lagi akan berbuat demikian bagi sesi pengajian 2018/2020 mulai 30 September ini.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penajaan itu dibuat adalah untuk proses pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan mutu kecekapan pentadbiran di kalangan mereka.Serentak itu kerajaan negeri akan mengembangkan lagi kemahiran pegawai dengan menambah peruntukan khusus yang akan dibentangkan dalam Bajet Tahun 2019, Oktober ini."Ada peningkatan peruntukan berbanding dengan tahun lepas, tunggu dan lihat masa pembentangan nanti," jelas beliau.Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan, Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLS) serta Swasta di Primula Beach Hotel di sini 25 September.Turut hadir dalam majlis tersebut, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Haji A Rahman Yahya, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahli-ahli Parlimen, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan.Dr Ahmad Samsuri seterusnya berkata, kemahiran itu boleh diperolehi dalam pelbagai cara termasuk menimba ilmu dan 'job attachment' (sandaran kerja).Menteri Besar dan SUK turut berucap di majlis berkenaan untuk memberi kesedaran kepada pegawai tentang perlunya meningkatkan kualiti profesionalisme dalam kerjaya.Sementara itu, Menteri Besar melancarkan Aplikasi 'Survey Calculation' (Surca) bagi tujuan pengukuran tanah secara tepat di lokasi, di majlis yang sama.Aplikasi tersebut yang direka khas tanpa kos oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah dimuat naik di 'Google Play Store' baru-baru ini.Dr Ahmad Samsuri turut beramah mesra dengan para pegawai kerajaan sebelum majlis itu bersurai.
26 Sep 18
79
Semai Minat, Keikhlasan Dalam Bekerja
Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera di minta agar menyemai minat dan menzahirkan keikhlasan dalam setiap kerja yang telah diamanahkan.Pengawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata peluang berkhidmat dan bekerja sebagai kakitangan IMITS gunakan sebaik-baiknya."Lakukan kerja dengan penuh minat dan keikhlasan, jangan bekerja sambil lewa."Gunakan peluang yang ada untuk menyumbang dan menguatkan pentadbiran kerajaan negeri," ucapnya.Beliau berucap demikian ketika hadir didalam Program 'brain storming' IMITS di Rumah Rehat Pasir Raja, Dungun, baru-baru ini.Beliau yang juga Penyelaras DUN Bukit Besi turut menyatakan anugerah kemenangan ini adalah dari Allah, di mana ianya disusuli dengan amanah yang mesti dipertanggungjawabkan.Katanya, anugerah ini dari Allah setelah 12 tahun kita menanti, maka perlu diingat ianya imbuhan untuk kita bergerak dan bekerja.“Kalau nak difikirkan dahulu kita dalam keadaan susah,namun kita cekal berusaha bagi memastikan PAS mencapai kemenangan (mentadbir kerajaan negeri .“Dalam melakukan kerja didalam IMITS pastikan jangan ada sifat pentingkan diri, jangan ada sifat nak bersaing sebaliknya perlu saling lengkap melengkapi.," ujarnya.
26 Sep 18
64
Tengku Hassan Puji Tindakan Pantas Menyelamat
Tengku Hassan meninjau keadaan rumah yang terbakar ketika melawat tempat kejadian itu, 26 September.Oleh : M. Shukri Mohamed KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar meninjau keadaan rumah yang hampir hangus akibat lintar pintas di Jalan Ibrahim, Kampung Bukit Besar, di sini, 26 September.Beliau bersama ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Jalan Ibrahim meluangkan masa bagi meninjau tempat kejadian dan bertanya khabar keadaan mangsa selepas insiden itu.Menurut Tengku Hassan, kerjasama dan bantuan yang dihulurkan masyarakat sekitar sebaik menyedari kejadian itu amat dipuji kerana bertindak cepat bagi mengelak insiden lebih buruk dan boleh mengancam nyawa penghuni rumah dan premis berhampiran."Terima kasih diucapkan kepada masyarakat setempat dan pihak bomba atas kerjasama dan komitmen yang diberikan."Semoga Allah SWT memberi kemudahan atas musibah ini,"kata beliau lagi.Dalam kejadian tengahari 25 September lalu, sebuah rumah hampir hangus akibat litar pintas.Ketika kejadian, mangsa, Zaini Ismail, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak dan menantunya tidak menyedari kejadian itu kerana menyelesaikan urusan luar.Kejadian itu juga menyebabkan kanak-kanak yang berada di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bersebelahan terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat oleh orang ramai yang kebetulan menyaksikan tragedi malang itu.Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan daripada marak dan menyambar ke seluruh rumah serta- merta dengan bantuan masyarakat setempat dan pihak bomba yang bertindak pantas.
25 Sep 18
79
Penjawat Awam Perlu Tingkat Prestasi Kerja
Dato' A. Rahman ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI) di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail KUALA TERENGGANU - Penjawat awam di negeri ini diseru meningkatkan prestasi kerja supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya berkata, langkah itu perlu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kemudahan kepada semua rakyat.“Marilah kita bersama-sama berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi kerja supaya matlamat kita untuk memberikan penyampaian sempurna kepada rakyat tercapai.“Sebagai penjawat awam, kita hendaklah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkatkan lagi prestasi kerja,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu (26 September).Katanya, penjawat awam juga perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk menjadikan sesuatu tugasan itu lebih mudah dilaksanakan.“Kita memerlukan antara satu sama lain dalam menjalankan tugasan, tanpa kerjasama kita tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.Beliau turut mengharapkan semua penjawat awam di negeri ini bersatu padu untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dimasa-masa akan datang serta menukarkan halangan-halangan yang ada dalam diri masing-masing.“Sebagai penjawat awam, kita hendaklah bersikap dinamik, sentiasa berubah untuk kebaikan jabatan dan juga perkhidmatan awam supaya akhirnya rakyat yang akan menerima manfaatnya,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Terengganu yang telah menjadi juara keseluruhan di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Perak baru-baru ini.“Tahniah dan syabas kepada pasukan Terengganu yang telah menjadi juara SUKMA kali ini. Saya mengharapkan kecemerlangan ini hendaklah diteruskan dan dipraktikkan juga dalam perkhidmatan kita sebagai penjawat awam,” ujarnya.
25 Sep 18
125
Kerajaan Komited Kekalkan Kemenangan SUKMA 2020
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri bersama para atlet Sukma 2018 melaungkan slogan “Terengganu Hanelang” di Dataran Batu Burok. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu komited dalam usaha melihat negeri ini terkenal sebagai ‘kilang’ melahirkan atlet-atlet sukan di persada dunia. Ini terbukti, apabila kontinjen Terengganu berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 dari 11 hingga 22 September di Perak, buat kali kelima.Sehubungan itu, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengumumkan, beberapa insentif kepada para atlet SUKMA yang berjaya merangkul pingat. Azreen Nabila Alias (kanan) dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik Sukma 2018, dan Nur Aishah Muhammad Zubir, berjaya merangkul tujuh pingat emas dalam acara berbasikal.Malah, katanya kerajaan negeri akan menaja Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018, Azreen Nabila Alias ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.“Kerajaan negeri juga telah meluluskan insentif-insentifnya. Pemberian RM3,000 bagi setiap pingat emas untuk setiap pemenangnya. Pemberian RM2,000 bagi setiap pingat perak untuk setiap pemenang dan pemberian RM1,000 bagi pingat gangsa untuk setiap orang pemenang.“Bagi Atlet Wanita Terbaik SUKMA XIX 2018, Azreen Nabila Alias, kita (kerajaan) akan hantar mengerjakan umrah. “Kerajaan negeri juga bersetuju memberi tambahan RM100 kepada setiap ahli kontinjen SUKMA dan semua sekali yang terlibat akan menerima insentif itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Kepulangan Wira-Wirawati Juara Sukma 2018 di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam (23 September).Hadir sama menyambut kepulangan para atlet itu, Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ R Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan ramai lagi.Dr Ahmad Samsuri bangga dengan pencapaian atlet SUKMA 2018 yang mengharumkan nama Negeri Terengganu.Dr Ahmad Samsuri turut merakamkan ucapan syukur dan tahniah khususnya kepada atlet, yang berjaya memecah rekod SUKMA serta merangkul pingat emas yang banyak.“Syukur kita kehadrat Allah SWT dan syabas kepada seluruh kontinjen Terengganu yang telah membawa pulang Piala SUKMA XIX 2018. Pencapaian yang amat cemerlang dan membanggakan.“Tidak ada ucapan yang boleh diberikan kepada seluruh atlet, pengurus, urusetia, ‘bapa angkat’ yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan yang dikecapi oleh seluruh rakyat Terengganu. “Kejayaan kita (Terengganu) menjadi juara dan diiringi dengan kejayaan ‘Ratu Pecut’ Terengganu, Azreen Nabila Alias, yang telah dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018. “Beliau telah memecahkan rekod yang dipegang oleh atlet Johor, Siti Fatimah Ahmad dalam acara 100m. Emas juga dalam acara 200m dan 4x100m. Kita juga ada Nur Aishah Muhammad Zubir yang memenangi tujuh pingat emas acara berbasikal.“Harapan saya, SUKMA 2020 nanti kita (Terengganu) sekali lagi menjadi juaranya, insya-Allah,” jelasnya. Detik-detik manis kejayaan Ratu Pecut Terengganu, Azreen Nabila Alias, sekaligus dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018.Menurutnya, kejayaan paling besar yang menyumbang pingat emas kepada negeri ini adalah acara sukan berbasikal. “Saya suka memberi komitmen yang sesungguh-sungguhnya, bahawa kita akan berusaha untuk memastikan velodrom dapat dijayakan di Negeri Terengganu ini dalam masa terdekat. “Ini kerana sudah lama kita hendak velodrom bagi sukan berbasikal. Kita mahu atlet kita cemerlang di peringkat nasional dan dunia, insya-Allah,” tegasnya di hadapan lebih 1,000 para atlet dan penyokongnya.Dr Ahmad Samsuri ditemani Dato’ A Rahman (kanan) dan Exco Ustaz Wan Sukairi (kiri) mengadakan sidang medianya di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.Kata Menteri Besar Terengganu, bagi mengekalkan prestasi kemenangan itu, kerajaan negeri akan memasukkan peruntukan khusus bagi pembangunan sukan dan atlet berprestasi tinggi dalam Bajet 2019.“Kita juga akan jaga kebajikan para atlet kita kerana mereka membawa wajah Negeri Terengganu. Ini kerana, apabila cemerlang dan bergelar juara yang turut mendapat hasilnya (cuti) ialah rakyat semua. “Kita (kerajaan) juga bersetuju untuk menyiapkan asrama sukan bagi para atlet kita. Insya-Allah, kita akan bawa atlet kita ini ke peringkat yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini.“Sekiranya mereka memerlukan tempat latihan khusus di tempat-tempat tertentu, untuk melahirkan atlet yang berprestasi tinggi, kita (kerajaan) akan bawa. Insya-Allah, itu komitmen kita (kerajaan),” jelasnya. Menurutnya, komitmen kerajaan bukan sekadar mahu mengekalkan kemenangan SUKMA pada tahun 2020, tetapi memastikan nanti orang tengok Negeri Terengganu ini bukan ‘lekeh’ (lemah). Konvoi SUKMA 2018 yang pulang daripada Perak, mula berarak dari persimpangan Kuala Jeneris (Hulu Terengganu) melalui Kampung Matang, Kampung Telaga, Bandar Kuala Berang melalui Mydin Mall, Jalan Gong Kapas hingga berakhir di Dataran Batu Burok sejauh 70 kilometer, kira-kira jam 5.10 petang. Sebahagian dari atlet Sukma 2018 yang meraikan kejayaan mereka di dataran Batu Burok, Kuala TerengganuSebelum itu, Dr Ahmad Samsuri bersama Dato’ A Rahman (SUK) dan kumpulannya berbasikal sejauh dua kilometer ke lokasi dataran sebagai gimik sambutan.Ketibaan konvoi yang diiringi motosikal berkuasa tinggi itu membawa 160 orang pemenang pingat emas, perak dan gangsa, yang diketuai oleh Ketua Kontinjen SUKMA 2018, Samiun Salleh dan Piala SUKMA tersebut diserahkan kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
24 Sep 18
250
Dr Samsuri Suntik Semangat Calon UPSR
Dr Samsuri Mokhtar (tiga dari kanan) beramah mesra dengan calon UPSR SK Sultan Sulaiman. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang bertemu dan memberi semangat kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018, hari ini.Beliau mengharapkan para calon memberikan yang terbaik untuk peperiksaan ini."Give your best today, ini adalah hari penting untuk kamu."Ingat dua perkara, trust yourselves dan be confident," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan calon-calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, hari ini (24 September).Dr Samsuri turut mengingatkan calon UPSR tentang pentingnya menentukan masa hadapan mereka."Kamu semua ada cita-cita, jadilah apa pun."Hari ini adalah permulaannya," tambahnya.Beliau turut melawat dan bertemu calon-calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1.Seramai 141 orang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 akan menduduki peperiksaan UPSR bermula pada hari ini sehingga 27 September 2018.Subjek Bahasa Melayu Pemahaman menjadi kertas ujian pertama yang dihadapi mereka.
23 Sep 18
785