lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Karnival Pantai Terengganu Jadi Produk Pelancongan
Yahaya Ali (dua dari kiri) menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pemenang Pertandingan Bangsal Tradisi kepada Daerah Kemaman.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mahu menjadikan penganjuran Karnival Pantai Terengganu sebagai salah satu produk pelancongan di negeri ini.Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali berkata, karnival pantai itu perlu diperkasakan untuk dijadikan satu produk pelancongan negeri.“Terengganu sekarang ini sudah terkenal kepada para pelancong sebagai sebuah negeri yang cantik dan menarik. “Kita ada pantai yang terpanjang di Malaysia, Tasik (Kenyir) yang terbesar. Ada sungai yang cantik, air terjun. Apa yang penting tempat-tempat yang menarik ada satu penambahbaikan, supaya pelancong-pelancong yang datang itu mendapat manfaatnya, “Dengan adanya seni-seni budaya kita (kerajaan) melihat Terengganu ini mempunyai satu potensi yang besar terutama kepada para pelancong sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Terengganu pada Majlis Penutup Karnival Pantai Terengganu 2018, di Pantai Peranginan Batu Burok, Kuala Terengganu, pada 29 September.Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali berucap pada Majlis Penutup Karnival Pantai Terengganu 2018 di Dataran Batu Burok, Kuala TerengganuMenurutnya, kepimpinan Terengganu juga akan meneruskan mana-mana program baik untuk rakyat dan negeri, meskipun yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.“Program Karnival Pantai atau dahulunya Pesta Pantai ini pernah dilakukan oleh kerajaan (Barisan Nasional) sebelum ini. “Program lepas mana yang baik boleh diteruskan dan mesti disesuaikan dengan hasrat kerajaan baharu. Terutamanya, mesti selari dengan kehendak Islam,” jelasnya. Katanya, program kesenian Islam, permainan tradisional, masakan tradisional dan banyak lagi boleh diteruskan. Yahaya Ali dan isterinya, Zarani Othman ketika melawat Bangsal Tradisi Daerah MarangJusteru, kata Yahaya, tidak timbul yang kerajaan baharu ini tidak mementingkan soal hiburan, warisan, kebudayaan dan sebagainya. “Perkara-perkara yang bersifat pemujaan, pergaulan bebas lelaki dan wanita, itu tidak sesuai. Kita ada batasannya. Kita kawal dan rakyat boleh mendapat peluang untuk berhibur dalam suasana yang lebih harmoni,” tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu.Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman serta Timbalannya, Ustaz Sulaiman Sulong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
30 Sep 18
80
Empty Image
Pendidikan Fokus Utama Kerajaan
Haji Muhyidin (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan dan saguhati kepada pelajar MDQ. Foto: Solahuddin Al-IdrusOleh: Aslam WiraMARANG - Pendidikan merupakan salah satu fokus atau agenda utama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ianya merupakan asas perjuangan yang telah dibawa oleh Rasulullah yang telah mengeluarkan masyarakat Arab daripada lembah jahiliyah kembali kepada fitrah sebenar iaitu Islam.Menurutnya, beliau sedia maklum dari sudut pembangunan fasiliti, Maahad Darul Quran (MDQ) telah melakukan proses meningkatkan kemudahan infrastruktur dalam pembinaan dewan serbaguna tiga tingkat."Semua ini memerlukan dokongan dan sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa bagi menjayakan segala agenda penambahbaikan buat MDQ," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Muhyidin Abdul Rasyid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-23 Majlis Ibu Bapa dan Guru (MIBG) MDQ di Dewan Besar MDQ, Rusila (29 September).Sementara itu, Haji Muhyidin yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Terengganu berkata, sejajar dengan perjuangan parti bermula dari awal penubuhan sehingga kini, pendidikan telah menjadi fokus utama.Katanya, proses pendidikan akan berjaya dengan adanya kerjasama di antara ibu bapa dan guru-guru.“Saya percaya atas sebab itulah majlis ibu bapa dan guru bertahan sehingga ke hari ini kerana memperjuangkan pendidikan."Pendidikan adalah suatu proses mengekang sifat jahiliah dalam masyarakat sekaligus membentuk manusia menjadi insan beriman serta bertakwa," tambahnya.Mesyuarat yang diadakan setiap tahun itu bermula jam 9:00 pagi.Antara yang terlibat adalah Ahli Lembaga Pengarah MDQ, Ahli Jawatankuasa MIBG MDQ, ibu bapa, guru-guru dan kakitangan MDQ.Turut hadir ke Mesyuarat Agung MIBG tersebut ialah Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Wahad Osman.
29 Sep 18
65
Empty Image
20,000 Hadir Program Karnival Pantai 2018
20 ribu pengunjung membanjiri karnival pantai sepanjang tiga hari yang berakhir 29 September, di Pantai Batu Buruk . YB Ustaz Ariffin Deraman.  Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Kira-kira 20 ribu pengunjung hadir ke Program Karnival Pantai 2018 yang telah diadakan di Pantai Batu Buruk, bermula 27 sehingga 29 September 2018.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Ustaz Ariffin Deraman berkata, karnival tersebut diadakan adalah sebagai satu usaha untuk menarik pelancong.“Karnival ini adalah lanjutan daripada pesta pantai yang lalu dan tradisi  puluhan tahun yang lalu."Orang kampung dulunya sinonim dengan main pantai tetapi kita telah mengubah pengisian dan namanya daripada pesta pantai kepada Karnival pantai.“Ianya adalah untuk mengekalkan tradisi turun temurun. Antaranya  macam hari ini, pada sebelah petang kita ada permainan tradisional seperti bola tin, terompah, dam dan wau tradisional yang ada di Terengganu seperti wau bulan, wau kucing dan lain-lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Dataran Batu Buruk selepas selesai bermain bola tin (29 September).Katanya, ada pengunjung yang datang dari jauh ke karnival itu, antaranya dari Kemaman dan Besut bahkan dari Negeri Pahang.Karnival Pantai dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah portfolio pelancongan.“Kita (pihak kerajaan) telah  memasukkan (karnival ini) dalam kalendar pelancongan untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.Lapan pejabat daerah terlibat dengan program karnival termasuk agensi Yayasan Pembangunan Usahawan yang melibatkan jualan pelbagai produk tempatan.“Setakat ini jualan melibatkan hampir 50 booth dan kita buat bangsal sebenarnya daripada buluh dan pelepah daun kelapa melambangkan keunikan masyarakat lalu.“Kita galakkan pejabat-pejabat daerah menghias booth mengikut kebudayaan dan kesesuaian daerah masing-masing,” ujarnya.Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu agar memberi sokongan kepada kerajaan negeri dan datang beramai-ramai ke Majlis Penutup Karnival Pantai 2018 yang dirasmika oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.
29 Sep 18
42
Empty Image
MPKK Duta Pentadbiran Kerajaan
Haji Yahaya Ali (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Ahli MPKK yang terpilih. Foto: Solahuddin Al-IdrusOleh: Aslam WiraMARANG - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bertanggungjawab sebagai duta kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, ini kerana imej pengurusan dan kebajikan kerajan negeri akan dinilai berdasarkan prestasi yang dimainkan oleh MPKK.Menurutnya, MPKK perlu membudayakan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), dalam pentadbiran di peringkat akar umbi."Kita harus membantu rakyat tanpa melihat warna parti dan menjauhkan diri daripada politik balas dendam," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan MPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Sivik, Kampung Darat Pak Chan (29 September).Katanya, MPKK mesti bergerak sebagai satu pasukan di mana mereka juga mesti menjadi 'telinga dan mata' kerajaan."MPKK perlu meningkatkan usaha dalam pembangunan, keselamatan, kebersihan dan perpaduan serta usaha-usaha di peringkat kampung masing-masing."Bahkan, MPKK perlu membina daya kepimpinan supaya mereka tahu dari segi hubungan di antara kerajaan dan jabatan-jabatan supaya dapat menyelesaikan masalah berbangkit dari masa ke semasa.“Saya berharap dengan penyerahan watikah perlantikan ini, mereka dapat melaksanakan tanggungjawab seperti kerajaan tekankan," ujarnya.Majlis yang diadakan itu bermula 11:00 pagi melibatkan semua Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) MPKK daripada 36 buah MPKK di seluruh Kawasan Rhu Rendang.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Marang, Haji Mat Azmi Arshad, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rhu Rendang, Cikgu Daud Jusof, Penghulu Kanan, Ibarahim, Pegawai Pembangunan DUN, Harun Yusof dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri, Wahad Osman.
29 Sep 18
114
Empty Image
Masjid Nadi Masyarakat Islam
Sultan Mizan berkenan menandatangani plag perasmian Masjid Pengkalan Pandan, Chukai, Kemaman. Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Khairul AzlamKEMAMAN - Masjid merupakan institusi terpenting dalam Islam dan merupakan pusat pembangunan modal insan, sama ada daripada aspek rohani, sahsiah, akhlak mahupun kehidupan bermasyarakat.Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bertitah, masjid dibaratkan sebagai nadi kepada sebuah masyarakat.Kata baginda, masjid juga merupakan jambatan yang memperkukuhkan persaudaraan, kesefahaman, kesatuan, keharmonian, keadilan, keilmuan dan menjadi tempat kemegahan umat Islam.“Rasulullah SAW ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mendirikan Masjid Quba’ untuk dijadikan sebagai pusat ibadat, disamping sebagai pusat penyatuan ummah, pusat pendidikan dan tempat bermesyuarat, ke arah melahirkan generasi umat Islam yang cemerlang,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Pengkalan Pandan, Chukai, Kemaman (28 September).Sultan Mizan ketika bertitah merasmikan Masjid Pengkalan Pandan, Chukai, Kemaman.Justeru, kata Tuanku Sultan Mizan, bagi menjadikan masjid sebagai institusi yang dinamik ke arah membangunkan modal insan, ia perlu diurus dengan sebaik mungkin dari segi organisasi, aktiviti, prasarana, perkhidmatan dan sebagainya.Oleh yang demikian, menurut baginda amat wajar masjid ini diuruskan dan ditadbir dengan baik agar ia benar-benar mampu membangunkan modal insan yang berkualiti seiring dengan perkembangan zaman, serta dapat mendepani cabaran yang mendatang.“Masjid bukan sahaja lambang kemegahan yang membayangkan status kedudukan agama Islam dari segi tempat, bangunan dan kelengkapan sahaja. Tetapi hendaklah menjadi lambang kemegahan umat Islam yang dipenuhi dengan aktiviti dan pengisian program penghayatan Islam.“Dalam usaha mengembalikan  dan memperkasakan fungsi masjid agar terus diimarah dan dapat ‘hidup’ di tengah-tengah masyarakat khususnya untuk umat Islam.“Beta menasihati supaya Jawatankuasa Masjid, Pegawai Masjid, Da’ie dan sebagainya hendaklah mengambil langkah-langkah memperluaskan fungsi masjid,” titahnya kepada lebih 1,500 hadirin.Selain itu, kata Tuanku Sultan, masjid bukan hanya sebagai tempat ibadat sahaja tetapi boleh juga dijadikan sebagai pusat dalam bidang penyebaran ilmu.Menurut baginda, budaya ilmu itu bukan hanya berbentuk ceramah atau kuliah semata-mata, tetapi perlu dalam versi yang pelbagai seperti kelas tambahan akademik, pusat asuhan kanak-kanak, perpustakaan dan sebagainya.Sultan Mizan mencemar duli bersalaman dengan rakyat selepas Majlis Perasmian Masjid Pengkalan Pandan, Chukai, Kemaman.“Masjid hendaklah dijadikan tempat mesra masyarakat termasuk kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), dengan mengadakan program berbentuk kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis akad nikah, korban dan aqiqah yang berpusat di masjid.“Masjid juga hendaklah dijadikan tempat yang aman, selamat dan sejahtera serta tidak berpihak kepada mana-mana perbezaan fahaman dan sebagainya.“Selain daripada itu, masjid perlu berada di tahap yang terbaik dalam semua aspek meliputi kebersihan, keceriaan, kekemasan serta mampu menarik minat orang ramai untuk mengunjunginya,” jelas Sultan Mizan.    Tuanku Sultan Mizan juga menyarankan agar pihak pengurusan berkenaan dapat mewujudkan dan mengukuhkan sumber kewangan masjid.Katanya, sumber kewangan itu penting bagi perbelanjaan pengurusan, membiayai program, mengaturkan bantuan kewangan dan sara hidup kepada yang memerlukan serta membantu gerakan dan usaha membangunkan Islam.Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ A Rahman Yahya, Pegawai Daerah Kemaman, Johan Ibrahim dan ramai lagi.
29 Sep 18
581
Empty Image
Karnival Pantai Gamit Pengunjung Di Pantai Batu Burok
Mat Dan (kanan) turut serta memeriahkan acara berbalas pantun di Booth Beautiful Terenganu. Foto: Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Karnival Pantai Terengganu 2018 di bawah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu terus menggamit suasana dan tarikan pengunjung pada hari kedua penganjurannya.Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung dari dalam dan luar negeri yang berkunjung ke karnival tersebut termasuklah acara berbalas pantun yang dianjurkan dengan kerjasama Lujnah Kesenian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu.Urusetia program, Muhammad Alif Yusof berkata, acara itu bertujuan untuk memperkenalkan Kerajaan Negeri Terengganu kepada orang ramai dengan kaedah yang santai."Pengunjung dapat mengenal keunikan Terengganu daripada pelbagai aspek termasuklah kepimpinan negeri, tempat-tempat pelancongan yang ada dan sebagainya," katanya.Alif berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Acara Pantun "Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera" di 'Booth Beautiful Terengganu', Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu (28 September).Menurutnya, keterlibatan jejaka Inggeris yang fasih berbahasa dialek Terengganu, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali Mat Dan menarik perhatian pengunjung sekaligus memeriahkan suasana.DJ Mat Dan dan pengacara Manis FM sebagai peserta jemputan berbalas pantun dalam acara tersebut dan Kumpulan Batik Shantik muncul sebagai pemenang mengalahkan Kumpulan Mengkuang Merang.Dalam pada itu, Karnival Pantai Terengganu 2018 menampilkan keunikan dengan pendedahan tempat pelancongan negeri dan pengisian berilmu turut disajikan kepada pengunjung.Antara yang bakal berlangsung adalah Malam Kesenian Islam, persempahan teater, deklamasi sajak, kuliah Maghrib, pertandingan nasyid dan pelbagai lagi aktiviti menarik.Karnival berlangsung bermula 27 September hingga 29 September.
28 Sep 18
212
Empty Image
Rakyat Diminta Bersabar, Bekalan Air Akan Pulih
Dr Mamad Puteh.KUALA TERENGGANU - Rakyat Negeri Terengganu di kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air diminta bersabar buat sedikit waktu lagi kerana usaha pemulihan sedang dijalankan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU).Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, beliau telah menerima laporan perkembangan terkini gangguan bekalan air tidak berjadual daripada SATU pada 9:00 pagi tadi.Menurutnya, berdasarkan aduan dan semakan di tapak, masih terdapat gangguan melibatkan kawasan Kuala Terengganu di Kuala Ibai, Sungai Derhaka dan sekitarnya serta Kuala Nerus di Tok Jiring, Tok Jembal, Wakaf Tengah , Maras dan sekitarnya.Katanya, punca gangguan adalah disebabkan ‘air-lock’ dlm sistem agihan dan penggunaan yang serentak pada hari minggu."Kerja-kerja 'shut down' sedang dilakukan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak melibatkan SATU dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)."TNB perlu menukar alat suis manakala SATU perlu buat kerja-kerja senggaraan (internal)."Pihak SATU mula melakukan kerja-kerja mengepam air namun malangnya terganggu akibat alatubah kepunyaan SATU rosak menyebabkan bekalan elektrik terputus semula."Kerja-kerja TNB sedikit tertangguh akibat daripada masalah teknikal yang tidak disangka di tapak (kabel tamatan pada alat suis)," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini (28 September), mengulas tentang masalah ketiadaan air di beberapa kawasan, sejak semalam.Dalam perkembangan yang sama, Dr Mamad Puteh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang menambah, masalah bekalan elektrik yang berulang tersebut menyebabkan tangki utama rendah pada Loji Air Mentah, Serada, Kuala Terengganu."SATU telah mengambil langkah membuat ‘scouring’ pada kawasan yang terlibat dan menghantar bekalan lori air kepada pengguna terutama pusat-pusat kesihatan."Pemantauan secara berterusan sedang dilakukan."Saya harap rakyat dapat bertenang buat sementara waktu. Minimakan penggunaan air dalam tempoh gangguan ini."Insya-Allah dalam masa satu atau dua hari bekalan air akan pulih sepenuhnya," tambahnya.
27 Sep 18
34
Empty Image
Kerajaan Mahu Ubah Imej Penguatkuasa MBKT 
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Haji Samiun Salleh (kiri) memakaikan pangkat kepada sembilan Penguatkuasa MBKT. KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mahu mengubah imej penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya ianya tidak menjadi perbualan negatif masyarakat.Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Haji Samiun Salleh berkata, ianya bertujuan tidak lain tidak bukan  untuk mentransformasi fungsi penguatkuasaan MBKT ke arah yang lebih dihormati dan disegani.“Fungsi penguatkuasaan merupakan salah satu tunjang dan tulang belakang kepada peranan serta fungsi MBKT.“Tambahan pula anggota penguatkuasa merupakan warga yang paling ramai di MBKT,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguatkuasa dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Bandaraya Kuala Terengganu, (26 September).Katanya, pegawai penguatkuasa perlu melihat objektif penubuhannya iaitu menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang dilaksanakan serta dipatuhi bagi mencapai matlamat untuk memperkasakan komuniti.Tambahnya, ianya bertujuan menjadikan kawasan MBKT selesa didiami dan perkhidmatannya diuruskan dengan cemerlang.“Saya mahu melihat masyarakat yang bermukim di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dapat menerima Penguatkkuasa MBKT ini sebagai salah satu badan menegakkan undang-undang dan mempunyai jalinan mesra dalam masyarakat,” jelasnya.Sementara itu, kata Samiun, majlis ini diadakan bagi menghargai dan meraikan pesara serta bakal pesara untuk bulan September dan Oktober.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada sembilan penguatkuasa yang menerima pangkat baharu yang terdiri daripada dua orang 'Chief Inspektor' dan tujuh orang 'Inspector'.
26 Sep 18
1531
Empty Image
Pertandingan Memasak Erat Silaturahim
Tuan Faezah (tengah) melihat hasil masakan berasaskan ubi keledek yang dihasilkan oleh peserta yang menyertai Pertandingan Memasak Sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 di Dataran Batu Burok, hari ini. KUALA TERENGGANU - Usaha berterusan kerajaan negeri dalam mengadakan program kemasyarakatan untuk memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat dapat dibuktikan melalui Pertandingan Memasak anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.Penganjuran pertandingan memasak kuih tradisional menggunakan ubi keledek dan lauk berasaskan ikan siakap sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 yang disertai 40 pasukan itu turut mendapat kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu serta Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa').Pengerusi Khairunnisa’, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman berkata, pertandingan masakan sebegini bukan sahaja membolehkan para peserta mengasah bakat masakan, malah dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.“Pertandingan yang diadakan ini juga merupakan salah satu cara mendedahkan kepada kaum wanita, ibu dan anak-anak muda bagi menonjolkan bakat yang terpendam.“Kalau sebelum ini hanya memasak dekat dapur, sekarang ini kita bawa mereka memasak dan menunjukkan kreativiti masakan masing-masing di khalayak ramai supaya kreativiti yang dihasilkan itu boleh dikongsi bersama,” ujarnya ketika berucap di Program Pertandingan Memasak Sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 di Dataran Batu Burok (27 September).Turut hadir, Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Che Muhammad Azmi Ngah serta Setiausaha Khairunnisa’, Zarani Othman.Beliau yang juga isteri Menteri Besar berkata, kreativiti ditunjukkan setiap pasukan yang dianggotai oleh dua peserta itu turut memberikan idea kepada orang ramai dalam mengaplikasikannya ketika memasak di rumah.“Dengan kreativiti yang ditunjukkan di sini juga, kita boleh menjadikannya satu idea memasak sendiri hidangan untuk keluarga kerana air tangan ibu dan isteri adalah makanan terbaik kepada suami dan anak-anak.“Malah, nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pertandingan ini termasuk dari aspek kebersihan juga selari dengan hasrat kerajaan negeri yang menyeru kepada orang ramai mengutamakan kebersihan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.
26 Sep 18
2876
Empty Image
Lagi Hukuman Sebat Jenayah Syariah Terengganu
Tertuduh (dua dari kiri), 30, dibawa keluar selepas dijatuhkan hukuman sebatan syarie 6 kali sebatan dan 6 bulan penjara.KUALA TERENGGANU - Mahkamah menjatuhkan hukuman sebatan syarie iaitu 6 kali sebatan dan 6 bulan penjara ke atas seorang ibu tunggal selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di Kuala Terengganu, hari ini (27 September 2018).Tertuduh, 30, yang melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri dijatuhkan hukuman tersebut, dengan dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Rosdi Harun selepas hampir 1 jam tempoh jatuh hukum.Hukuman tersebut berkuatkuasa serta merta dan tertuduh dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.Sebatan syarie kali kedua susulan hukuman sama ke atas pasangan pesalah lesbian yang menimbulkan polemik baru-baru ini, (3 September) akan dijalankan di dalam penjara tempat tertuduh ditahan.Hukuman takzir tersebut dikenakan oleh hakim bicara atas ikrar mengaku bersalah tertuduh selepas pertuduhan kali kedua pada 23 September.Dalam prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Rosdi Harun ketika membacakan penghakimannya menyatakan, dalam tempoh tertuduh ditahan dan dihadapkan, tindak balas tertuduh dalam ruang masa yang diberikan memberi anggapan yang tidak elok kepada sifat Orang Kena Tuduh (OKT)."Tiada satu pun keluar dari mulutnya, saya insaf, saya bertaubat, hanya permintaan untuk tidak menetapkan hukuman penjara selama 3 tahun, itu sahaja," ujarnya.Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pencanting batik sambilan itu didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik 507 hotel berkenaan bersama seorang pelanggan pada 17 September antara 11.20 malam hingga 11.45 malam.Serbuan penguatkuasa syariah daerah di hotel berkenaan menemukan tertuduh yang berbaju tidur tanpa lengan serta 11 barangan yang disahkan milik wanita itu termasuk kondom, minyak pelincir, coli dan seluar dalam yang dirampas dalam serbuan.Difahamkan, tertuduh juga menerima bayaran RM100 daripada pelanggan untuk melakukan perbuatan itu pada hari sama ketika ditahan.Tertuduh yang merupakan ibu tunggal mempunyai anak perempuan dan telah bercerai dengan bekas suaminya pada tujuh tahun yang lalu.
26 Sep 18
706