Artikel "Utama" Terkini
Program ETA Bukti Tingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
KUALA TERENGGANU- Kem Bahasa Inggeris Bersama Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA), salah satu program teras di bawah tanggungjawab sosial korporat ExxonMobil di Terengganu diteruskan.Program anjuran bersama Jabatan Pendidikan dan Fullbright dari Amerika Syarikat itu menempatkan graduan kolej dan profesional muda negara itu di beberapa buah sekolah menengah terpilih di seluruh negara bagi meningkatkan penguasaan berkomunikasi dalam kalangan pelajar.Kem ini digerakkan bagi merangsang minat pelajar bagi menguasai bahasa dunia itu dengan lebih berkeyakinan melalui komunikasi secara santai, spontan serta menghiburkan dalam pelbagi kegiatan yang dirangka.ExxonMobil menyumbang RM75,000 bagi menjayakan kem tersebut tahun yang melibatkan 200 pelajar dari 14 buah sekolah di seluruh Terengganu.Pelajar yang terpilih adalah mereka yang berperanan sebagai pemimpin dalam kegiatan kokurikulum dan memperlihatkan penguasaan berkomunikasi yang agak sederhana.Penutupan kem itu disempurnakan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir di Hotel Regency Waterfront, Kuala Terengganu pada hari ini.Kamala berkata, ETA Fulbright membawa perubahan kepada sistem Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah menengah di Malaysia termasuk di Terengganu."Saya sungguh gembira untuk bertemu dengan guru dan pelajar di bawah program ETA, sungguh mengagumkan untuk melihat pelajar-pelajar ini digalakkan dan diberi motivasi untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris oleh pembantu guru mereka."Adalah sangat hebat melihat hubungan yang berlangsung antara pelajar dan guru Bahasa Inggeris mereka, saya rasa pelajar telah mendapat manfaat daripada pelbagai bakat guru-guru mereka," katanya
04 Oct 18
200
Qas Tailor Sambung Legasi Keluarga
YB Mohd Nor sempat menyaksikan demontrasi jahitan ketika merasmikan kedai jahit Qas Tailor di Bukit Payung.MARANG - Ketika remaja lain melepaskan tekanan belajar dengan bersuka ria selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak bagi Nur Qasrina Mohd Laji, 18, apabila sudah merencanakan masa depannya untuk berjaya pada usia muda walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Pengalaman membesar dalam keluarga yang berlatar belakangkan dunia perniagaan menjadikan dirinya lebih matang berbanding rakan-rakan sebaya yang lain.Nur QasrinaAnak kepada pasangan suami isteri, Mohd Laji Mamat, 50, dan Aida A.Rahman, 48, yang merupakan pemilik Jie Shop berkata, semangatnya untuk menceburi perniagaan bermula sejak kecil tatkala melihat kejayaan ibu bapanya dan bercita-cita menjadi ahli peniagaan yang berjaya malah lebih hebat daripada yang dijalankan oleh keluarganya sehingga mampu menembusi pasaran antrabangsa.Dia juga tidak pernah menyesal dengan pilihannya dan jika berpeluang menyambung pelajaran satu masa nanti dia akan memilih bidang perniagaan bagi meluaskan pengetahuannya serta memantapkan kemahiran di bidang itu.“Sebaik tamat SPM, saya mula mengintai peluang perniagaan termasuk di luar negara yang sesuai untuk saya ceburi dan memilih bidang jahitan pakaian siap berbanding perniagaan tempahan pakaian yang dijalankan oleh ayah.“Saya ada kelebihan bila memilih bidang ini apabila mendapat sokongan seratus peratus daripada ibu dan ayah. Dalam tempoh tiga bulan pertama ini, saya dalam proses menyiapkan seribu pasang baju Melayu untuk dijual pada Aidilfitri tahun hadapan termasuk seratus pasang kot yang siap dijahit,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas majlis perasmian Qas Tailor di Bukit Payong, di sini, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Sementara itu, Mohd Nor ketika merasmikan Qas Tailor berkata, dalam perniagaaan perlu menekankan dua perkara untuk menjadi usahawan yang berjaya dan diberkati dalam setiap urusniaga yang dilaksanakan dengan pelanggan.“Yang pertama, kita perlu ikhlas kepada Allah SWT tentang niat untuk kita berniaga dan keduanya menjalankan perniagaan mengikut syariat dalam Islam.“Jangan sesekali menipu kerana ia akan menyebabkan kita hilang keberkatan dalam perniagaan yang dijalankan itu,”katanya.Dalam pada itu, bapa kepada Nur Qasrina, Mohd Laji berkata, dia dan isteri tidak pernah menghalang kemahuan anak ketiganya dari lima beradik kerana yakin dia mampu berjaya dalam bidang yang diceburi.“Sebagai ayah sudah tentu saya menyokong penuh pilihan Nur Qasrina tetapi ada syaratnya iaitu dia harus lebih hebat dari perniagaan yang saya jalankan selama 25 tahun.“Saya mahu lihat dia menembusi pasaran antarabangsa melalui kemahirannya, pengetahuannya dalam memasarkan hasil produk secara atas talian yang lebih hebat jika dibandingkan dengan cara saya menjalankan perniagaan untuk sampai ke tahap ini.”ujar Mohd Laji.
03 Oct 18
1153
Penduduk Pulau Redang Bersyukur Island Music Festival Dibatalkan
Abu Bakar Awang,Dzakaria Mohd SallehSETIU:Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Redang menarik nafas lega dengan pengumuman kerajaan negeri berhubung pembatalan Island Music Festival yang di jadualkan pada 12-14 Oktober ini.Pengerusinya, Abu Bakar Awang melahirkan rasa syukur kerana kerajaan negeri dan pimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit mengambil cakna bantahan penduduk tempatan dan membatalkan program ini.Jelasnya lagi, tindakan pantas pihak kerajaan amat wajar bagi membasmi dan melumpuhkan program seumpama ini selaras dengan dasar pentadbiran khususnya berkaitan perlancongan."Kami ucapkan terima kasih atas pembatalan ini kerana kita tidak tahu apa yang mereka mahukan melalui pesta hiburan ini."Jika diadakan juga, sedikit demi sedikit boleh memesongkan fikiran anak-anak muda ke arah aktiviti yang tidak sihat akibat terpengaruh dengan pengisiannya," beliau berkata demikian ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Tegasnya lagi, jika dilihat bencana alam seperti tsunami yang semakin kerap berlaku mungkin juga berkait dengan perlaksanaan program yang tidak bermoral seperti yang dirancang dan ini menakutkan penduduk khususnya di Pulau Redang yang akan mengalami musim monsun tidak lama lagi.Tambah Abu Bakar, penganjuran festival berunsurkan Islamik berkonsepkan kekeluargaan adalah alternatif terbaik bagi menggantikan program yang dibatalkan ini.Penganjuran Island Music Festival yang dijadualkan pada 12-14 Oktober menjadi bualan hangat pelbagai pihak sebelum ini dan mendapat bantahan daripada orang ramai.Kerajaan negeri melalui sidang medianya hari ini menolak permohonan penganjuran Island Music Festival 2018 di Pulau Redang yang dijadual diadakan mulai 12 Oktober ini.Penganjurannya juga didapati bertentangan dengan moral dan agama serta jelas tidak menepati Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2003.
03 Oct 18
39
Kerajaan Negeri Tidak Benarkan Penganjuran Island Music Festival Di Pulau Redang
Dr Alias Razak (kiri) ketika ditemui pemberita dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri tidak akan membenarkan penganjuran Island Music Festival 2018 yang dirancang diadakan di Pulau Redang pada 12 hingga 14 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, festival itu bukan sahaja mendapat tentangan pelbagai pihak malah bercanggah dengan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 Negeri Terengganu.“Kita telah mendapat banyak bantahan daripada rakyat tempatan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Redang sendiri tidak bersetuju dengan penganjuran festival ini.“Jika kita tengok iklan yang telah diviralkan itu memang tidak menepati langsung dengan enakmen hiburan kita dan menyimpang jauh dari ajaran Islam dan ini boleh menimbulkan gangguan seksual dengan gambar-gambar iklan yang ditayangkan itu menyalahi moral apatah lagi berkait agama Islam yang menjadi agama rasmi negara kita,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini (3 Oktober).Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.Katanya, kerajaan negeri juga mengambil tindakan drastik dan tegas dengan tidak mengeluarkan permit kepada pihak penganjur program ini.“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan permit kepada penganjuran festival ini.“Kita juga akan pastikan anggota penguatkuasa kita melakukan pemantauan di lokasi terbabit dan akan memastikan ianya tidak diteruskan kerana bercanggah dengan moral ketimuran apatah lagi ajaran Islam,” ujarnya.Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Festival Soho yang akan diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu selama tiga hari bermula 4 September ini, katanya kerajaan negeri membenarkan penganjuran festival itu selagi ianya tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
03 Oct 18
180
Rumah Mampu Milik Baharu Bakal Miliki Garaj
Dr Alias Razak (kiri) ketika ditemui pemberita dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akan merealisasikan perancangan membina 20,000 Rumah Mampu Milik (RMM) seperti mana dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu secara berperingkat bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat memiliki kediaman yang lebih selesa.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, bagi memastikan hasrat dan janji kerajaan itu dicapai, sebanyak 710 unit rumah akan dibina tahun ini di empat lokasi yang telah dikenal pasti.“Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri yang lalu telah meluluskan empat tapak untuk RMM di empat daerah iaitu di Kampung Tok Jembal (Kuala Nerus), Kampung Tempinis (Besut), Kampung Gong Cengal (Kemasik) dan Kampung Tajin (Hulu Terengganu).“Perbadanan Memajukan Ikstisad Negeri Terengganu (PMINT) dilantik sebagai pelaksana projek dan satu bengkel telah diadakan bagi memuktamadkan pelan, struktur, saiz rumah dan sebagainya supaya semua rumah yang bakal dibina sama dan selesa untuk didiami,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini (3 Oktober).Katanya, penambahbaikan turut dilakukan di mana RMM yang bakal dibina beserta dengan garaj kereta. Tender terbuka terhadap pembinaan rumah ini akan dikeluarkan selewatnya November depan.“Ini adalah antara komitmen kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah khususnya yang berpendapatan RM3,500 ke bawah memiliki kediaman sendiri.“Walaupun dibina garaj kereta, tetapi harga rumah tetap sama iaitu RM68,000 selepas subsidi dengan komitmen bulanan hanya sekitar RM180 hingga RM200 yang perlu dibayar oleh pemilik rumah mampu milik ini,” ujarnya.
02 Oct 18
44
Kerajaan Negeri Keluar Garis Panduan Pelaksanaan Program Kesenian Dan Kebudayaan
Ariffin Deraman ketika ditemui pemberita dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah mengeluarkan satu garis panduan bagi pelaksanaan program kesenian dan kebudayaan yang diadakan di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penganjuran sebarang acara persembahan pentas di Terengganu selepas ini tidak dibenarkan mengandungi unsur percampuran antara lelaki dan wanita.Menurut beliau, acara persembahan pentas hanya melibatkan penyanyi dan penari lelaki manakala persembahan penyanyi dan penari wanita hanya boleh dilakukan kepada wanita sahaja di tempat tertutup.Katanya, tidak boleh berlaku percampuran terlampau di antara lelaki dan wanita di atas pentas ketika persembahan. "Persembahan kanak-kanak sahaja dibenarkan bercampur di antara lelaki dan perempuan di atas pentas. "Lagu-lagu yang dipersembahkan tidak mengandungi lirik melampau dan melalaikan bahkan, muzik atau hiburan yang dipersembahkan tidak boleh diiringi atau dialunkan dengan instrumen bunyian yang melampau sehingga boleh mempengaruhi penonton atau pendengar mengikut rentak," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu (3 Oktober).Tambah beliau, persembahan muzik hanya dibenarkan selepas waktu Isyak dan tidak melepasi pukul 12 tengah malam manakala persembahan waktu siang perlulah tidak melampaui batas waktu solatDi samping itu, persembahan pentas tidak dibenarkan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat sehingga selepas solat Jumaat hari berikutnya. "Menjaga adab dan tingkah laku dan berpakaian menutup aurat/kemas ketika persembahan dijalankan."Penganjur mestilah memastikan penonton lelaki dan wanita bukan mahram tidak boleh bercampur antara satu sama lain," katanya.
02 Oct 18
48
Kerajaan Guna Sistem E-Dewan
Yahaya Ali berucap semasa perasmian Kursus Pengurusan Undang-Undang Tanah, Protokol dan Sistem E-Dewan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu, di Primula Hotel, Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan membuat penambahbaikan sistem pengurusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan memperkenalkan penggunaan sistem e-Dewan.Yang Dipertua (Speaker) DUN Terengganu, Yahaya Ali berkata, pihak pentadbirannya akan melaksanakan pengurusan digital berhubung dengan perjalanan Sidang Dewan (DUN) akan datang.Justeru itu, katanya setiap ahli dewan terbabit diminta mengemukakan soalan-soalan secara online dan tidak lagi cara manual.“Ahli-ahli Dewan diminta mengemukakan soalan-soalan dewan tidak lagi secara manual iaitu surat biasa tetapi kita ada portal khas, di mana Ahli-ahli Dewan guna secara online dan satu portal akan dibuka.“Harap tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat fobia berkait dengan penggunaan komputer. Ini kerana, ianya suatu sistem yang sangat mudah dan cepat,” ujarnya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pengurusan Undang-Undang Tanah, Protokol dan Sistem E-Dewan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu, di Primula Hotel, Kuala Terengganu, 1 Oktober lalu.Menurutnya, terdapat banyak kelebihan dan kemudahan dari penggunaan sistem e-Dewan tersebut berbanding secara manual.“Kita ada juga ‘aplication’ yang lain. Umpamanya, handset dewan. Jika sebelum daripada ini ianya dibekal dalam bentuk cetakan melalui buku. Apabila kita laksanakan sistem e-Dewan ini, seluruh perjalanan Sidang Dewan boleh dilihat di dalam portal masing-masing sebagai rujukan awal.“Saya harap dalam Persidangan DUN Terengganu yang akan datang ini pada 25 hingga 29 November, kita (DUN) dapat gunakan secara teratur sistem yang dicadangkan itu.“Kita telah melawat DUN di Kelantan, Selangor dan Perak, mereka jauh lebih ke hadapan berkait dengan pengurusan pentadbiran DUN berbanding kita sekarang,” jelasnya.Sehubungan itu, katanya, terdapat tiga eleman penting yang tidak dapat dipisahkan dalam pembentukan sesebuah kerajaan itu.“Apabila bercakap soal kerajaan, ada tiga eleman penting iaitu pertama, pihak eksekutif yang dipimpin oleh Menteri Besar dengan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).“Kedua, badan legislatif iaitu badan perundangan kita dan ketiga, kita ada badan kehakiman. Tiga cabang inilah yang membentuk sebuah kerajaan.“Kita mengharapkan dalam pentadbiran kerajaan kita (PAS) membuktikan kecemerlangan. Bukan sahaja kita hendak melihat kecemerlangan itu dalam konteks kerja-kerja yang diambil tanggungjawab pihak eksekutif, bahkan juga pihak badan legislatif, insya-Allah,” tegasnya.Seramai lebih 40 orang ADUN, Ahli Parlimen dan isteri mengikuti kursus pengurusan tersebut anjuran Pejabat DUN Terengganu dan kerajaan negeri.
01 Oct 18
234
Orang Ramai Boleh Mohon Tanah Terbiar Untuk Diusahakan
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU - Orang ramai khususnya rakyat Negeri Terengganu boleh memohon tanah kerajaan yang terbiar untuk diusahakan dengan tanaman kontang seperti nanas, jagung, labu, tembikai, sayur-sayuran dan lain-lain lagi dalam bentuk Lesen Menduduki Sementara (LMS).Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bagi permohonan LMS untuk tanaman kontang, Pentadbir Tanah Daerah diperturunkan kuasa untuk memproses permohonan tanah tidak melebihi 1 hektar.Bagi keluasan tanah yang tidak melebihi 4 hektar mestilah mendapat kelulusan PTG setelah mendapat persetujuan Jawatankuasa Tanah Daerah.Manakala bagi keluasan tanah melebihi 4 hektar, mestilah mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri setelah mendapat syor dari Jawatankuasa Tanah Daerah.Pihak kerajaan negeri akan menimbang setiap permohonan dengan sebaik dan seadilnya.“Anak muda jangan segan dan malu untuk ke hadapan," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian dalam satu kenyataan (1 Oktober).Tegas beliau, syarat untuk berjaya bukanlah mesti jadi ‘orang besar’, tetapi katanya mesti melakukan kerja dengan semangat dan berjiwa besar.“Saya anak petani kampung yang amat memahami jerit perih kehidupan seorang petani kecil,” tambah beliau.
01 Oct 18
1519
19,237 Pelajar Terengganu Duduki PT3
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU - Seramai 19,237 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membabitkan 145 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu, bermula pagi ini hingga Khamis.Peperiksaan bermula sejurus selepas 8:00 pagi dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik diikuti Bahasa Inggeris dan Sains esok.Pada hari Rabu menyaksikan calon akan menduduki Kertas Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam manakala hari terakhir peperiksaan pada Khamis kertas peperiksaan bahasa akan berjalan.PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Sesetengah pelajar dilihat tidak melepaskan peluang untuk terus mengulang kaji sebelum memasuki dewan peperiksaan.Ibu bapa dan guru juga ada yang dilihat memberi kata-kata perangsang kepada pelajar mereka yang menduduki peperiksaan.Sementara itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PT3 kepada para calon. Hadapilah peperiksaan dengan hati yang tenang, selain perlu yakin dengan kebolehan masing-masing.Katanya, jangan lupa berdoa kepada Allah, semoga dipermudahkan segalanya. Ini bukan kali pertama anak-anak menghadapi peperiksaan, pasti dapat melakukan yang terbaik.“Proses pembelajaran memerlukan kita membuat penilaian kepada pemahaman dan usaha kita selama ini. Apa yang penting ialah mempunyai keyakinan kepada diri sendiri.“Semangat yang kuat serta tidak mudah putus asa dengan setiap rintangan dan kesudahan. Terus berdoa kepada Allah S.W.T agar diberi ketenagan ketika menjawab PT3,” katanya.
30 Sep 18
46
Bola Cetong Rapatkan Hubungan Pimpinan Dan Masyarakat
Ustaz Ariffin Deraman (kanan) bermain Permainan Bola Cetong bersama pengunjung.KUALA TERENGGANU - Permainan Bola Cetong ataupun yang dikenali Baling Tin adalah salah satu permainan tradisional dimainkan oleh para pimpinan kerajaan dan rakyat untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka.Ketua Metodologi Muzium Negeri Terengganu, Mohamad Hafiz Abdul Rahman, 35, berkata, ianya diadakan untuk melestarikan warisan dan memartabatkan permainan tradisional.“Sejarah permainan bola cetong ini adalah salah satu permainan kanak-kanak kampung di Negeri Terengganu dahulu.“Dulu (di mana-mana kawasan) kampung cukup popular dengan permainan ini kerana semua kanak-kanak berkumpul (di tanah lapang) dan kebanyakan mereka bermain waktu Asar sehingga waktu Maghrib,” katanya.Permainan Bola Cetong diadakan untuk melestarikan warisan dan memartabatkan permainan tersebut. Mohamad Hafiz Abdul Rahman.Beliau yang juga merupakan urusetia permainan tersebut berkata demikian ketika ditemui pihak media di Dataran Batu Buruk pada 29 September.Beliau menambah, permainan tradisional tersebut telah dijalankan setiap tahun dan telah mendapat sambutan dari semua pihak samada para pimpinan dan masyarakat.Justeru, beliau mewakili pihak muzium berharap permainan Bola Cetong dapat diperkenalkan balik di kawasan masing-masing dan dapat mencetuskan minat dalam permainan tersebut.
30 Sep 18
1264