Artikel "Utama" Terkini
Perlu Selaras Antara Negeri Dan Persekutuan
Haji Yahaya Ali (kiri) dan Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof ketika ditemui di Parlimen Malaysia, hari ini. Foto - Harish FadzillahKUALA LUMPUR - Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri perlu diselaraskan dengan mengambil kira semangat dan sistem federalisma di Malaysia.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, ianya penting untuk memastikan perjalanan dewan di semua peringkat berjalan dengan lancar dan teratur.Menurutnya, banyak perkara dan isu dibincangkan hari ini dalam pertemuan dengan Speaker Parlimen (Dewan Rakyat), Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof."Kami bersetuju bahawa baik Parlimen mahupun DUN mesti melaksanakan penambahbaikan untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam negara."Ianya sekaligus menjadikan peranan badan legislatif lebih efektif."Antara yang diberi fokus dalam perbincangan tadi termasuk penubuhan jawatankuasa terpilih (select committee) dan usaha menyelaraskan peraturan tetap dewan (standing orders) di antara Parlimen dan DUN," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini (8 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Haji Yahaya Ali turut menyampaikan penghargaan kepada Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof."Mewakili delegasi, saya cukup berterima kasih dan berbesar hati di atas layanan dan penerimaan kunjungan kami ke sini."Mudah-mudahan Parlimen dan DUN Terengganu dapat bekerjasama dengan baik pada masa akan datang insya-Allah," katanya.Setiausaha Parlimen, Datuk Roosme Hamzah turut memberikan taklimat berhubung perjalanan sidang Parlimen.Turut hadir sama, kedua-dua isteri Speaker Parlimen dan DUN, Panel Penyelidik, Setiausaha dan pegawai-pegawai DUN Terengganu.
08 Oct 18
30
Bengkel Hala Tuju Bagi Tingkat Sektor Pertanian Negeri
Dr Azman memberi taklimat sempena Bengkel Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu 2019 -2023 BESUT - Bengkel Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu 2019 -2023 dianjurkan bagi merangka pelan strategi bertindak dalam tempoh lima tahun akan datang dengan beberapa matlamat bagi sektor pertanian negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelaksanaan bengkel selama tiga hari menekankan tiga objektif utama iaitu menjamin sumber ‘food security’ bagi negeri, memajukan ekonomi berasaskan pertanian dan asas tani serta menjadikan bidang pertanian sebagai perniagaan.Katanya, penglibatan golongan sasar dalam industri pertanian Terengganu terdiri dari rakyat awam terutama golongan belia, persatuan atau koperasi, syarikat serta pelabur, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri serta jabatan dan agensi kerajaan sebagai pemudah cara.“Kita fokus kepada pemulihan dan memanfaatkan sebaiknya semua kemudahan dan infrastruktur pertanian dan asas tani yang telah sedia ada termasuk penyenaraian dan kemaskini semula semua status tanah-tanah kerajaan yang dirizabkan dan diwartakan bagi tujuan pertanian juga penternakan.“Kita juga mencari peluang baru dengan memanfaatkan kira-kira 12,000 hektar lagi tanah terbiar yang ada di negeri kita dan memperkayakan sumber perikanan dan penternakan yang terdapat di dalam negeri,’’katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI, hari ini.Program yang diadakan di Demong Beach Resort Besut pada 6,7 dan 8 Oktober lalu melibatkan 50 peserta yang mewakili pelbagai sektor seperti kerajaan sebagai pembuat dasar dan pelaksana dasar, tenaga cendekiawan dan akademik dengan inovasi dan idea-idea baru, penggiat bidang pertanian dan asas tani samada mewakili individu atau persatuan termasuk veteran-veteran bidang pertanian yang kaya dengan pengalaman serta asam garam pertanian. Tambah beliau, bentuk pelan hala tuju pertanian yang dirangka bermatlamatkan untuk menggariskan suatu pelan strategik yang menjadi panduan bertindak dalam tempoh lima tahun akan datang dengan ciri-ciri yang ada.“Antara ciri yang perlu ada ialah kemas serta lengkap mewakili semua sektor dan kelompok sasaran malah jangan ada pemain dalam industri ini yang tercicir dari perhatian kerana ketika syarikat besar kita raikan, dalam masa yang sama seorang petani kecil yang berjiwa besar juga kita tak lupakan.“Praktikal dan realistik dengan cabaran serta realiti semasa kita di negeri Terengganu dan kita mahu satu pelan yang boleh dijadikan sebagai satu rujukan akademik tapi dalam masa yang sama boleh difahami oleh seorang petani awam tentang apa yang kerajaan sedang buat untuk mereka,” ujarnya lagi.Azman juga berkata, satu pelan yang lengkap dari sebelum suatu projek pertanian diusahakan, sehingga ia diusahakan, dituai hasil, pemasaran dan persijilan kualiti akan turut dilaksanakan.
08 Oct 18
111
Hak Milik Tanah Penduduk Ketengah Sedang Diselesai
Kita mohon kerjasama semua penduduk supaya membayar (tunggakan) agar senang kita percepatkan prosesHULU TERENGGANU - Kesemua hak milik kekal tanah penduduk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Dungun dan Kemaman kini dalam proses dan pertimbangan Jawatankuasa Tanah Daerah masing-masing. Pengerusi Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, perkara tersebut dijangka dapat diselesaikan akhir tahun ini.“Penduduk yang terlibat dengan pembangunan awal dulu kita bina sebanyak 4,800 buah rumah jadi yang telah selesai hak milik 2,700 dan yang 1,000 lebih lagi itu dalam proses.“Itu pun bergantung kepada bayaran (dan sekiranya) penduduk yang gagal buat bayaran jadi proses untuk pindah milik akan terganggu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program Memasak Bubur Asyura Wilayah Ketengahdi Dataran Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di sini, 7 Oktober.Katanya, pemohon tidak boleh menyalahkan 100 peratus kepada Ketengah sekiranya belum menerima hak milik rumah kerana terdapat tunggakan mengakibatkan proses tersebut tertangguh. atasan.“Kita mohon kerjasama semua penduduk supaya membayar (tunggakan) agar senang kita percepatkan proses,” katanya.Selain itu, Ketengah membantu penduduk dengan membuka dan memberi peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk rakyat Negeri Terengganu.Tambahnya, Ketengah sekarang ini bekerjasama dengan kerajaan negeri terutama menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) bagi menarik para pelabur datang untuk melabur di Terengganu.Beliau juga menggalakkan penduduk setempat supaya melibatkan diri secara langsung dan aktif dalam sektor keusahawanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membaiki taraf hidup dan mengembangkan ekonomi setempat.
07 Oct 18
181
Ketengah Anjur Program Kacau Bubur Asyura Inovasi
KETENGAH ambil inisiatif mengadakan satu industri pelancongan makanan melibatkan makanan tradisional penduduk. kanan Pengurus Besar KETENGAH YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku MusaHULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengadakan program kacau Bubur Asyura ‘inovasi’ yang menghasilkan masakan bubur pelbagai rasa bersama penduduk sekitar.Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, jika dahulu masing-masing menggunakan satu resepi yang sama tetapi sekarang berlaku perubahan dengan kelainan resepinya yang berbeza.“Acara memasak bubur asyura merupakan acara tahunan bagi Ketengah yang telah kita mulakan sudah lama dulu. Cuma sebelum ini pelaksanaan kita buat satu tempat sahaja tetapi pada kali ini saya telah berbincang dengan pihak pengurusan supaya buat sedikit transformasi yang mana kita menggunakan konsep program bersama komuniti.“Jadi untuk kali ini kita telah merangka, merancang dan telah pun diadakan yang melibatkan tiga daerah yang berada di Wilayah Ketengah iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu serta di Tasik Kenyir ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program Memasak Bubur Assyura Wilayah Ketengah di Dataran Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di sini, 7 Oktober.Katanya, program tersebut melibatkan sebanyak 72 kawah dengan kos perbelanjaan sebanyak RM50,000.Tambah beliau, enam lokasi yang diadakan program tersebut antaranya Chenih, Kampung (Kg) Lubuk Lesung, Kg Serdang, Dungun, Bandar AMBS, Sungai Binjau, Hulu Terengganu dan kawasan Pelancongan Tasik Kenyir.“Konsep kita melibatkan penduduk (yang) mempunyai idea dan perancangan tersendiri bagi menonjolkan cara memasak dengan resepi masing-masing.“Di Lubuk Lesung ada bubur yang bercampur ikan. Kalau sebelum ini bubur asyura dicampur daging dan ayam tapi disana campur dengan ikan. Di sini pula masakan bubur dicampur dengan udang. Memang ada kelainan dari segi cara memasak dan resepi yang digunapakai,” ujarnya.Justeru itu, beliau mengambil inisiatif daripada apa yang disuarakan Menteri Pembangunan Luar Bandar bahawa kawasan tersebut digalakkan mengadakan satu industri pelancongan makanan yang melibatkan makanan tradisional penduduk.
07 Oct 18
408
TFC Bawa Kelebihan Ke Larkin
Jaringan gol oleh pasukan TFC memberi nafas lega kepada para penyokong Terengganu yang hadir.Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA TERENGGANU - Kemasukan Abdul Malek ternyata membuahkan hasil apabila beliau menjaringkan gol pada minit ke-78 dengan menyambar hantaran yang dilakukan oleh Kipre Tchetche.Perlawanan yang terikat seri 0-0 pada separuh masa pertama memaksa jurulatih Haji Irfan Bakti mengubah corak permainan dengan menukarkan pemain dalam separuh masa kedua.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau beranggapan bahawa perlawanan kali ini sangat mendebarkan."Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berterusan melakukan asakan demi asakan ke pintu gol pasukan Terengganu."Namun, alhamdulillah pasukan Terengganu FC (TFC) membuktikan mereka mampu mengatasi pasukan terkuat."Pasukan kita berjaya menundukkan JDT 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah malam tadi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, mengulas tentang perlawanan menentang JDT dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018, semalam (6 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Hishamuddin Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, bekalan satu gol itu belum cukup selesa buat TFC."Saya berharap agar pasukan Terengganu mempamerkan aksi yang lebih cemerlang dan terus mencari gol menjelang aksi timbal balik di tempat lawan nanti."Jangan pandang rendah pihak lawan, sentiasa fokus dan kekalkan semangat berpasukan untuk mencapai kejuaraan."Mereka tidak bersendirian, malah memiliki penyokong setia dan pengurusan yang sentiasa bersama."Gol tunggal yang dijaringkan oleh Abdul Malek pada minit ke-78 berjaya menjarakkan kedudukan di antara 2 pasukan tersebut."Walaupun pada awalnya perlawanan dikuasai oleh pihak lawan, tetapi satu gol yang dimiliki cukup membuatkan penyokong menarik nafas lega," tambahnya.Perlawanan separuh akhir kedua di antara TFC dan JDT dijadualkan berlangsung di Larkin pada 20 Oktober ini.
06 Oct 18
44
Penyelidikan WABCORE Bantu Penduduk Pesisir Pantai
Oleh: Aslam WiraMARANG - Kerajaan negeri menyokong penyelidikan bagi memasang Tukun Tiruan Wave Breaker Coral and Restorer (WABCORE) di Pantai Kampung Rhu Muda, di sini yang mampu memberi manfaat kepada penduduk sekitar.Kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Hidrolik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) melaksanakan projek tukun tiruan berkenaan untuk melihat keberkesanan struktur WABCORE dari aspek kawalan hakisan pantai terutamanya ketika monsun di samping menggalakkan pembiakan hidupan marin.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Wahad Osman turun padang bagi melihat sendiri aktiviti penyelidikan dan pemasangan tukun tiruan tersebut.Wahad mengalu-alukan aktiviti penyelidikan terutama melibatkan pemuliharaan batu karang dan hidupan laut serta pencegahan hakisan pantai."Kita juga akan mengadakan perbincangan berterusan untuk penyelidikan lain sekiranya perlu seperti contoh penyelidikan di kawasan Sungai,"katanya.Turut hadir, Penyelia Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), Nasaruddin Samsudeng dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Rhu Muda, Zahari Awang.Menurut Ketua Penyelidik, Mohd Kamarul Huda berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 180 tukun tiruan yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM200,000 bagi menjayakan penyelidikan itu.Katanya, penyelidikan itu adalah projek yang ketiga dan Terengganu menjadi lokasi pertama yang dipilih oleh MHI.Selain itu juga, Kampung Rhu Muda dipilih berikutan geografinya yang strategik kerana penyelidikan tersebut bertujuan mengkaji habitat ikan dan mengelakan hakisan pantai."Kami amat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Dewan DUN Rhu Rendang kerana menyokong kami dalam usaha memulihara alam sekitar dan habitat marin."Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang keperluan penyelidikan berkenaan air dan alam sekitar, pihak kami juga tanpa segan silu bersedia membantu setakat termampu,”katanya lagi.
06 Oct 18
255
International Muay Challenge Tampil Peninju Terbaik Dunia
Dua peserta DSPEX International Muay Challenge Terengganu 2018 sedang bergelut memungut mata kemenangan.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU - Penganjuran DSPEX International Muay Challenge Terengganu 2018 mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai malah menampilkan peninju Muay Thai terbaik dunia iaitu Saenchai dari Thailand dan juga Kim Donghuan dari Korea Selatan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pertandingan ini mendapat sambutan daripada para peminat sukan Muay Thai di pantai timur dan negeri-negeri lain."Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan penyertaan dari pelbagai negeri," ujarnya.Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu cukup berbangga dengan atlet sukan Muay Thai Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak baru-baru ini yang telah membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa untuk kontinjen negeri.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan DSPEX International Muay Challenge Terengganu 2018 mewakili Menteri Besar di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam (5 Oktober).Menurut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, pertandingan tersebut dianjurkan oleh Kelab Muay Thai Kubang Jela dengan kerjasama Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu."Ini merupakan penganjuran kali ketiga sejak 2015."Kali ini, kita adakan sedikit kelainan."Pertarungan melibatkan peninju Muay Thai bertaraf dunia dan juga para peserta yang datang dari pelbagai negeri dan juga luar negara," jelasnya.Dalam perkembangan yang sama, beliau mengharapkan penganjuran program ini dapat menarik minat anak muda dan remaja untuk meminati sukan Muay Thai."Aktiviti sukan yang mencabar ini akan dapat mendisiplinkan anak muda dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat dengan kecenderungan mereka kepada aktiviti-aktiviti lasak yang mencabar minda dan fizikal."Selain itu, kita berharap ianya dapat mengcungkil bakat baru anak-anak muda dalam sukan ini yang boleh diketengahkan untuk mewakili negeri dan negara dalam pertandingan-pertandingan akan datang di setiap peringkat," katanya.Tambahnya lagi, penganjuran Muay Thai ini sekaligus dapat menonjolkan industri pelancongan Negeri Terengganu."Mudah-mudahan program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan juga kerajaan negeri khususnya dan Malaysia amnya," ujarnya.
05 Oct 18
685
Skrin Gergasi Perlawanan Terengganu-JDT Di Luar Stadium
Foto credit : Page Kapten LadangKUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan memasang skrin gergasi untuk tontonan umum di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, berhampiran Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), sempena perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, Terengganu menentang Johor Darul Takzim (JDT), pada malam 6 Oktober ini.Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, disebabkan kapasiti ruang SSINS yang terhad, manakala jangkaan kunjungan sokongan peminat agak luar biasa pada perlawanan Sabtu ini, maka PBSNT dengan kerjasama Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) akan menyediakan kemudahan skrin gergasi kepada peminat sukan itu yang tidak dapat memasuki stadium.Katanya, pihaknya juga menerima banyak aduan penonton yang kecewa dengan jualan 'ulat tiket' pada setiap kali perlawanan bola sepak."Jualan ulat tiket dengan harga yang tinggi dan menyebabkan ramai penonton setia bola sepak gagal memperolehi tiket atau memperolehinya dengan harga yang tinggi."PBSNT serius untuk memastikan agar hak penonton dapat dikongsi secara adil,"katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.Tambah Hishamuddin lagi, PBSNT juga amat kesal dengan tindakan menjual tiket yang mengaut keuntungan menerusi jualan mencecah RM20 hingga RM50 sekeping bergantung status perlawanan untuk kategori ruang terbuka itu.Sehubungan dengan itu, menurut beliau lagi, PBSNT akan memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan ulat tiket dapat dibanteras."Dengan kerjasama pihak PDRM dan KPDNHEP agensi ini akan menempatkan anggota berpakaian preman untuk meninjau dan melakukan operasi pembanterasan, termasuk menangkap terus agen yang dikenali sebagai ulat tiket ini," kata beliau lagi.Beliau juga berharap semoga nasib peminat setia bola sepak Terengganu akan terus terbela.Pada masa yang sama, PBSNT juga meminta kerjasama orang ramai dapat mengambil gambar agen atau ulat tiket yang disyaki dan menghantar ke talian hotline 01133045591.
05 Oct 18
93
Kerajaan Negeri Terima Kunjungan Hormat Exco Selangor
Ir Saiful Azmi Suhaili mengiringi Exco Selangor, Puan Hajah Rodziah Ismail sempena kunjung hormat ke Kampung Baru Kemasik, semalamOleh: Ahmad Syahid AdnanKEMASIK- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili menerima kunjung hormat Exco Pembangunan Usahawan/Luar Bandar/Desa/Kampung Kerajaan Negeri Selangor Puan Hajah Rodziah Ismail, ke Kampung Baru Kemasik, semalam.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau berkata, lawatan kerja ini akan memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya kepada rakyat."Kerajaan Negeri sangat berbesar hati dengan kunjungan pihak daripada dalam dan luar negeri."Manfaatnya, sudah pasti kepada rakyat kerana kita telah diamanahkan untuk memimpin mereka, dan saya percaya kerja serta tanggungjawab yang kita buat ini telah dilaksanakan sehabis baik untuk rakyat," katanya.Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan kepada pihak Selangor yang hadir di Pusat Internet Kampung Baru Kemasik, Kemaman, di sini, semalam.Turut hadir, Ketua Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman, Encik Ahmad Nazwawi serta Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kukuran, Rumah Murah Kemasik, Gong Chengal, Kampung Baru Kemasik dan Kampung Baru Kiri Kemasik.Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan input dalam melaksanakan Program Penarafan Bintang (Star Rating) Kampung, Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Program Pembangunan Luar Bandar di Negeri Selangor memandangkan Negeri Terengganu pernah menjuarai Anugerah Desa Lestari Peringkat Kebangsaan 2017.
04 Oct 18
64
Penyu Siap Sedia Asak Harimau Selatan
Pasukan TFC menjalani latihan semalam sebagai persediaan berhadapan dengan JDT, esok.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS - Pasukan Terengganu FC (TFC) bersiap sedia berentap melawan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir pertama esok untuk merebut kejuaraan Piala Malaysia 2018.Jurulatih Pasukan Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pasukan TFC menghormati kekuatan JDT sebagai pasukan yang terbaik di negara buat masa ini.Namun, katanya, untuk mengalahkan pasukan tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil."Mengikut rekod yang lepas, JDT pernah tewas di tangan Pahang dan beberapa pasukan yang lain sewaktu saya mengendalikan pasukan tersebut."Insya-Allah, dengan semangat dan moral yang ada, pasukan kami berada dalam prestasi terbaik."Kami akan menggunakan sebaik mungkin peluang bermain di laman sendiri dengan harapan dan sokongan padu daripada penyokong-penyokong TFC," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Padang C, Stadium Tertutup Gong Badak selepas menjalani latihan, semalam (4 Oktober).Perlawanan separuh akhir pertama tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, esok (6 Oktober).Irfan Bakti turut mengingatkan semua pemain agar fokus sepenuhnya dan memberi tentangan yang sengit kepada pasukan lawan.Sementara itu, Kapten Pasukan Terengganu, Tchetche Kipre meniupkan semangat juang kepada pasukan dan kesebelasan utama."Kami akan bermain dengan sepenuh tenaga walaupun beberapa pemain tidak boleh beraksi akibat kecederaan. "Ketiadaan Nasrullah Hanif Johan (penggantungan) serta Wan Ahmad Amirzafran (cedera) tidak akan mematahkan semangat pasukan yang lain," jelasnya.Dalam perkembangan yang sama, pemain pertahanan tengah, Anas juga menambah, pasukan TFC perlu menang perlawanan pada Sabtu ini untuk bekalan yang selesa sebelum bertandang ke JDT untuk perlawanan separuh akhir kedua.
04 Oct 18
37