lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pusat Tahanan Khas: Exco Hargai Cadangan Hakim Mahkamah Syariah
Ustaz Mohd Nor Hamzah.Oleh: Nasir AbdullahPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah hari ini menzahirkan penghargaan kepada satu cadangan oleh Hakim Syariah Terengganu, berkenaan cadangan membina pusat tahanan khas bagi pesalah syariah.Beliau yang bersetuju dengan idea itu menjelaskan, ianya bukan suatu tindakan yang keluar daripada undang-undang negara malah akan lebih membantu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah.“Kita tetap tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Malaysia dan perlu mematuhi segala kehendak yang Kerajaan Malaysia inginkan dalam hal berkaitan dengan perlembagaan jika kita membina pusat tahanan ini."Cadangan hakim ini hanya ingin memisahkan mereka, banduan yang melakukan kesalahan syariah dengan sivil yang termaktub dalam perlembagaan yang boleh dilihat perbezaan hukumannya."Contohnya, kesalahan merompak, walaupun ia adalah salah satu cabang kesalahan hudud, namun dalam perlembagaan, kes ini mesti dibicarakan di mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah, itu kita maklum."Tetapi, apabila hukuman dijatuhkan, pesalah syariah seperti melakukan mukadimah zina dan dipenjara contohnya, sepatutnya diasingkan di tahanan khas kesalahan syariah, tidak diletakkan bersama banduan-banduan sivil ini di penjara," ujarnya.Menurutnya, beliau maklum bahawa untuk kesalahan berat di penjara, banduan biasanya tidak akan disatukan, tetapi ianya lebih baik dipisahkan terus keseluruhan tempat tahanan mereka, pesalah sivil dan pesalah syariah."Ini juga sebagai menyahut saranan menteri agama untuk tidak memalukan pesalah syariah ini, kerana apabila diletakkan di penjara bersama pesalah sivil ini, maruah mereka dan keluarga lebih tercalar,” kata beliau ketika dihubungi di pejabatnya hari ini.Cadangan mengasingkan pesalah syariah ini disebut oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamarulazmi Ismail sebelum membacakan penghakimannya  terhadap satu kes kesalahan persediaan untuk melacurkan diri di sini, semalam (11 Oktober).Kamarulazmi dipetik sebagai berkata, keadaan kesalahan dan pemulihan bagi kes jenayah syariah berbeza dengan sivil, justeru sekiranya pesalah dijatuhkan hukuman penjara dia akan berdepan pelbagai risiko termasuk menyebabkan dibuang kerja dan sebagainya.“Kesalahan syariah ini berbeza dengan sivil, kadang-kadang orang baik dan terpelajar melakukan kesalahan peribadi, contohnya kesalahan khalwat yang berpunca daripada iman individu yang lemah dan akibat daripada hukuman penjara itu akan memberi kesan seumur hidup terhadap masa depan pesalah,” katanya.Untuk rekod, Kerajaan Terengganu pada pertengahan tahun 2002 dahulu, pernah mencetuskan idea yang hampir serupa, tetapi ianya tidak mendapat sokongan daripada PDRM, sekaligus mematikan hasrat itu.Namun, Ustaz Mohd Nor optimis, PDRM akan membuka ruang perbincangan jika sekiranya kerajaan negeri mahu melaksanakan idea ini kerana ia sangat membantu PDRM dalam menghapuskan jenayah.Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu juga menegaskan bahawa kerajaan negeri dengan enakmen yang ada, akan berusaha menghapuskan segala salah laku yang tidak sepatutnya terjadi, tetapi ia tidak bermakna hukuman itu akan berterusan secara tidak langsung.“Rakyat telah melihat sendiri bagaimana sebatan syariah dibandingkan dengan sebatan sivil dilaksanakan, sehingga menutup mulut pengkritik yang mengatakan Islam itu zalim, yang sebenarnya hanyalah pembohongan mereka."Kerajaan negeri tegas dalam melaksanakan tanggungjawab, keadilan dan hukuman, tanpa kompromi, tetapi, tidak perlulah kita memanjangkan lagi hukuman kepada pesalah sebagaimana Rasulullah melarang pesalah zina dicaci maki, memalukan mereka setelah mereka menerima hukuman."Jadi, jika penjara itu memalukan mereka selepas mereka dijatuhkan hukuman, maka lebih baik mereka dipisahkan di suatu tempat khas, dan mereka boleh menjalankan kehidupan tanpa rasa malu selepas itu."Inilah antara keindahan Islam, manusia mesti dihukum sebagaimana yang disuruh Allah dan Rasul walaupun kelihatan berat pada fikiran kita."Dan setelah selesai dihukum serta bertaubat atas kesalahan mereka, mereka tiada lagi dosa kerana sudah diampunkan Allah, maka kita juga tidak boleh hina mereka,” jelas beliau.
12 Oct 18
128
Empty Image
Empat Nelayan Terima Sumbangan
Oleh: Aslam WiraMARANG - Empat nelayan yang hilang punca pencarian selepas bot gentian kaca milik mereka pecah dan rosak akibat ribut pada 7 September lalu menerima bantuan kewangan.Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Wahab Osman berkata, bantuan tersebut adalah daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu."Ianya bagi meringankan beban keempat-empat nelayan tersebut yang kehilangan punca rezeki."Sumbangan tersebut adalah sebagai sedikit insentif untuk membantu mereka."Sumbangan itu tanda keprihatinan walaupun tidak dapat menampung sepenuhnya kerugian yang dialami oleh mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu penyerahan sumbangan di Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang, baru-baru ini (10 Oktober).Bot yang digunakan mereka untuk keluar menangkap ikan di laut telah rosak dihanyut ombak ketika ribut melanda Kampung Baru Kelulut pada September lalu.Turut hadir sama dalam majlis tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Baru Bukit Kecil, Encik Zulkifli Mohamad.
11 Oct 18
40
Empty Image
Generasi Muda Perlu Cakna Kesihatan Mental
Oleh : Ariss AliasSETIU - Kesihatan mental amat penting kepada semua lapisan umur lebih-lebih lagi generasi muda sebagai pewaris negara pada masa hadapan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, golongan tersebut khususnya perlu belajar mengawal tekanan untuk membina mental yang sihat.Menurutnya, kerajaan negeri berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu semasa."Mengikut kajian, dua orang daripada tujuh pelajar sekolah menengah mengalami ketagihan internet."Ini membimbangkan kerana gejala ini akan meningkat sekiranya tidak dikawal."Internet boleh membawa kebaikan kepada masyarakat namun ia juga membawa masalah baru seperti kes buli siber, sejenis buli alaf baru terhadap golongan muda."Ini merisaukan kerana mangsa berisiko menghadapi gangguan masalah mental. Salah satu langkah membendung gejala ini ialah kestabilan institusi keluarga."Ingatlah di dalam jasad kita terdapat satu gumpal darah. Jika ia baik, maka baiklah kita. Jika ia buruk, maka burukla kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, Setiu, semalam (11 Oktober).Sambutan Hari Mental Sedunia tahun 2018 yang mengangkat tema "Generasi Muda dan Cabaran Kesihatan Mental di Arus Kemodenan" mula diraikan pada 10 Oktober setiap tahun bermula 1992.Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Bahagian Kes Awam), Dr Hajah Kasemani Embong, Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Rosli Awang dan Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Dr Suhaila Abdul Syukor.
11 Oct 18
109
Empty Image
Ariffin Nafi Anjur Oktoberfest
Ustaz Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman meyangkal dakwaan bahawa kononnya Oktoberfest akan diadakan pada bulan Oktober ini, di Kuala Terengganu."Saya ingin menegaskan bahawa apa yang tular di media sosial adalah tidak benar."Kerajaan negeri melalui wakilnya telah berkunjung ke premis yang dimaksudkan itu bagi mendapat penjelasan."Hasil dari kunjungan tersebut didapati bahawa premis yang dinyatakan itu sememangnya telah memiliki lesen untuk menjual minuman keras."Pemiliknya mengesahkan bahawa tiada sebarang sambutan Oktoberfest di premis miliknya," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media pada hari ini (11 Oktober), mengulas tentang dakwaan penganjuran Oktoberfest yang tular, baru-baru ini.Menurut Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, sehingga kini kerajaan negeri tidak menerima sebarang permohonan untuk tujuan penganjuran Oktoberfest di negeri ini."Kerajaan negeri akan sentiasa memantau dari masa ke semasa bagi memastikan tiada penganjuran program tersebut," tegasnya.
11 Oct 18
67
Empty Image
Pelaksanaan Tabung Usahawan Mampu Tingkat Pinjaman 300 Peratus
Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman yakin kerajaan negeri akan meneruskan usaha melatih para usahawan.KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk menyediakan tabung usahawan sebanyak RM10 juta dijangka mampu meningkatkan jumlah pinjaman usahawan kepada 300 peratus.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pihaknya sedang berusaha untuk melaksanakan janji tersebut yang akan memberi manfaat kepada orang ramai untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi setempat.“Saya mendapat signal yang jelas daripada Menteri  Besar supaya melakukan perancangan ke arah itu,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan penutup Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modal 3 (Rancangan Perniagaan) di Hotel Permai, di sini, 10 Oktober.Sehubungan itu, beliau berkata, inisiatif menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu itu akan digerakkan sekiranya kedudukan kewangan negeri berada dalam keadaan baik.“Kita akan masukkan elemen sewajarnya dan di peringkat YPU sendiri pun, kita sudah buat persediaan  untuk menerima dana sejumlah itu.“Sebelum ini, YPU tidak pernah mendapat jumlah yang sebesar itu, mungkin RM2 atau RM3 juta sahaja,” jelasnya.Beliau juga yakin kerajaan akan meneruskan usaha melatih para usahawan berikutan kejayaan sebelum ini.“Insya-Allah dari segi permintaan kita berhasrat untuk teruskan latihan tetapi untuk sekarang ini kita  masih lagi tertakluk kepada keputusan negeri.“Saya rasa harapan cerah untuk kita teruskan dan sekarang ini sudah 'batch' (kumpulan) kelima, mungkin kita akan adakan 'batch' keenam berdasarkan kepada permintaan.“Tengok ‘background’ sejarah kita 87 peratus sudah berjaya. Daripada 135 peserta yang diberi latihan, 117 orang telah berjaya,” kata beliau lagi.
11 Oct 18
28
Empty Image
Jangan Guna Produk Tidak Berdaftar
Dr Kamaruzaman ketika merasmikan Karnival Farmasi Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU- Pengarah Bahagian Amalan Dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Kamaruzaman Saleh menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk tidak berdaftar atau kosmetik yang tidak bernotifikasi dengan KKM.Katanya, orang ramai boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk atau notifikasi kosmetik melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my atau dengan menghubungi bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.“Orang awam boleh semak ketulenan sesuatu produk itu melalui laman sesawang yang kita sediakan.“Jangan terpengaruh dan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang banyak terdapat di media sosial dan sepatutnya sebelum menggunakan sesuatu produk kesihatan mahupun kecantikan, orang awam perlu mendapatkan nasihat daripada pegawai kesihatan yang bertauliah,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Farmasi Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu (11 Oktober).Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh.Sementara itu katanya, karnival tersebut diadakan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Farmasi komuniti dan syarikat farmaseutikal serta peranan masing-masing kepada orang awam.“Karnival ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat secara berkualiti dan kawalan ubat-ubat berdaftar dengan KKM serta aspek keselamatan pengubatan bagi memastikan pengguna menerima ubat yang betul dan selamat,” ujarnya.
10 Oct 18
937
Empty Image
Terengganu Sedia Kaji Teknologi IBS
Dr.Alias Razak ketika bercakap di sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran 'Showroom' Inovar Floor Kuala Terengganu di Jalan Sultan Zainal Abidin, hari ini.Foto Oleh SolahKUALA TERENGGANU-Kerajaan negeri sedia mengkaji keberkesanan Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk digunapakai dalam projek perumahan yang melibatkan kemudahan kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata IBS adalah kaedah terbaik mengurangkan masa pembinaan, pembaziran dan pencemaran alam sekitar, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan serta kemahiran.Katanya, Permintex Warijitu merupakan pemaju dan kontraktor perumahan di negeri ini telah menjalankan kerja-kerja pembinaan struktur rumah dan bangunan dengan menggunakan teknologi pasang siap juga yang pertama di Terengganu."Kita akan lihat keberkesanannya melalui projek perintis yang sedang berjalan sekarang iaitu pembinaan rumah teres 13 unit di hadapan Hospital Dungun."Jika ia berjaya di Dungun, kita tengok samada harganya okey,  cepat siap dan lulus Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta dijamin selamat, InsyaAllah ini pilihan terbaik yang akan kita kemukakan kepada ahli lembaga yang lain,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran 'Showroom' Inovar Floor Kuala Terengganu di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, 10 Oktober.Tambah beliau, menerusi sistem IBS, juga dapat memastikan ketepatan dan keupayaan menyiapkan projek pada masa yang singkat berbanding kaedah pembinaan konvensional."Kita perlu berani buat perubahan dengan teknologi yang baru, yang lebih murah daripada apa yang kita amalkan sekarang untuk rakyat,"ujarnya lagi.Permintex Warijitu merupakan satu-satunya syarikat yang mendapat hak eksklusif membekal dan memasang lantai kayu berlamina jenama Inovar di Terengganu.Pembukaan Inovar Floor Kuala Terengganu merupakan cawangan kedua selepas Inovar Floor Dungun yang beroperasi pada Mac lalu.
10 Oct 18
568
Empty Image
Markaz Lughah Pertama Di Terengganu
Ustaz Satiful Bahri Mamat (dua dari kanan hadapan) menandatangani memorandum persefahaman bersama Syeikh Markaz Lughah (Pusat Bahasa Arab) Rabitah, Syeikh Muhammad Abu Fadhil al-Quasy, semalam di Mesir.Oleh: Muhd LukmanMESIR - Sebuah Markaz Lughah iaitu Pusat Bahasa Arab pertama bakal dibuka di Negeri Terengganu bermula Jun 2019.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat mewakili kerajaan negeri telah  menandatangani memorandum persefahaman bersama Syeikh Markaz Lughah (Pusat Bahasa Arab) Rabitah, Syeikh Muhammad Abu Fadhil al-Quasy, semalam (9 Oktober) di Mesir.Katanya, dengan termeterainya memorandum ini, ia akan memberi banyak manfaat  kepada mahasiswa dan mahasisiwi di Negeri Terengganu seterusnya melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja menerusi bidang akademik bahkan juga dalam bidang agama."Insya-Allah, kita yakin dan percaya perjanjian ini akan memberikan banyak manfaat  kepada golongan mahasiswa di negeri ini seterusnya membantu mereka untuk lebih cemerlang pada masa akan datang."Persefahaman ini juga menggambarkan bahawa kerajaan Negeri Terengganu serius dalam menjadikan negeri ini sebagai hab pendidikan bukan saja di rantau ini malah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini (10 Oktober), mengulas tentang lawatan kerjanya ke Mesir.Menurutnya, dengan wujudnya pusat ini, ianya sekaligus akan memartabatkan bahasa al-Quran iaitu bahasa Arab.Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut menyatakan bahawa kerajaan negeri bertuah kerana dapat bekerjasama dengan universiti ini kerana ia mempunyai sistem kurikulum yang baik dan para pensyarah yang berkemahiran dalam melatih para pelajar."Yang paling penting, Sijil Markaz Lughah ini diiktiraf di serata dunia dan menjimatkan masa para pelajar yang bakal meyambung pengajian di Universiti Al-Azhar kerana tidak perlu mengambil bidang bahasa Arab di sana, sebaliknya terus masuk ke kuliah," ujarnya lagi.
09 Oct 18
527
Empty Image
Tazkirah Bulanan Di Setiap Agensi Kerajaan
Ustaz Mohd Nor (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang boling.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bercadang melaksanakan tazkirah bulanan di setiap jabatan kerajaan di Terengganu dalam usaha mendalami ilmu agama dan al-Quran di kalangan penjawat awam.Program yang berkemungkinan  diadakan pada Khamis pertama pada setiap bulan itu akan diselitkan dengan pengisian ceramah agama, hafal al-Quran dan terjemahan hadis agar jiwa kita dekat dengan al-Quran .Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, berkata apa yang dicadangkan itu seperti mana polisi memakai baju batik pada setiap Khamis, hari tanpa tali leher pada hari isnin dan polisi seterusnya menganjurkan tazkirah Jumaat pada setiap bulan.Katanya, mana-mana jabatan yang tidak arif atau mempunyai kepakaran berkaitan program itu, pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) sedia membantu menjayakannya.“Apa yang penting tujuan  dan matlamat tercapai, termasuk melahirkan insan bertaqwa, cintai agama Islam, taat pada perintah Allah.“Perkara ini masih di peringkat awal dan saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan sebelum menetapkan program itu sebagai polisi kerajaan,” katanya.Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Retreat I-MiTS di Hotel Regency, Kuala Ibai hari ini.Kira-kira 70 kakitangan i-MiTS hadir menjayakan program yang akan diadakan secara berperingkat-peringkat.Mohd Nor turut memberitahu,  kakitangan i-MiTS  perlu menjalin hubungan erat dengan agensi kerajaan, kerana ia akan memberi banyak manfaat kepada  agensi itu.“Dengan terjalinnya hubungan erat pelbagai program dapat dilakukan bersama seperti bergotong-royong dan pelbagai aktiviti di peringkat kampung dapat dijayakan,” katanya.
09 Oct 18
95
Empty Image
Terengganu Mahu Perluas Tanaman Padi
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bercadang menambah seluas  5,046 hektar kawasan  tanaman padi bagi memastikan bekalan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan penduduk Terengganu pada masa akan datang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata ketika ini kira-kira 5,323 hektar tanah ditanam padi dengan kemampuan pengeluaran beras hanya 5,000 tan metrik setahun bagi pasaran tempatan.Katanya, jumlah itu masih belum mencukupi kerana berdasarkan anggaran kecukupan kadar sara diri pengeluaran padi di Terengganu  adalah 10,000 metrik tan bagi tempoh sama.“Buat masa sekarang, kadar pengeluaran hasil padi sedia ada hanya 53 peratus. Bagaimanapun kita masih memerlukan 47 peratus lagi untuk memastikan rakyat Terengganu cukup untuk makan nasi.“Sekarang terdapat 5,323 hektar kawasan tanaman padi di jelapang Besut dan Setiu. Kita dalam proses untuk memperluaskan kawasan jelapang padi dengan tambahan 5,046 hektar  lagi bagi memenuhi pemintaan pasaran tempatan” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui Facebook,”katanya.Projek itu diusahakan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA) untuk fasa 2 dengan memanfaatkan sistem pengairan dari Empangan Paya Peda yang baru disiapkan.
08 Oct 18
130