Artikel "Utama" Terkini
Pelancong Datang Bukan Mahu Minum Arak
Dr Haji Alias Razak.KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu percaya ada pihak tertentu cuba menimbulkan suasana tidak baik apabila menggambarkan kerajaan seolah-olah membiarkan mereka mengadakan pesta maksiat di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, ada pihak mengeluarkan iklan secara maya seolah-olah kerajaan negeri membenarkan penganjuran festival maksiat sedangkan tidak ada sebarang kebenaran diberikan untuk penganjuran seumpama itu."Ada siar iklan di alam maya seolah-olah kerajaan telah memberi kelulusan sedangkan tidak ada sebarang kelulusan diberikan untuk penganjuran maksiat."Ini yang susahnya, teknologi moden sekarang tidak boleh menghalang penyiaran iklan seumpama itu di alam maya," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika mengulas pihak tertentu menyiarkan iklan berbentuk video menjolok mata di alam maya tanpa kebenaran, ketika ditemui pemberita selepas perasmian Bengkel Pemeliharaan Kelulut di Bilik Seminar Mardi Terengganu di Kubang Jela di sini 15 Oktober.Menurut beliau, kerajaan tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang pertunjukan yang bertentangan dengan garis panduan hiburan negeri.Ini bukan bererti kerajaan menghalang mana-mana pihak mengadakan majlis hiburan di mana-mana tempat di negeri ini, tetapi mesti mengikut peraturan yang ditetapkan."Semua orang sukakan hiburan tetapi hiburan mesti mengikut garis panduan agama. Apabila hiburan dibuat mengikut garis panduan tersebut, lebih ramai pengujung hadir dalam majlis berkenaan."Kita (kerajaan) pernah membenarkan pertunjukan hiburan diadakan di stadium dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan, tidak jadi masalah," jelasnya.Di samping itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan bahawa pesta hiburan dipenuhi arak kononnya bertujuan menarik pelancong luar dan dalam negara ke Negeri Terengganu.Katanya, jika kedatangan pelancong ke Terengganu untuk minum arak, di negara luar termasuk Thailand, didapati lebih banyak arak dijual dan bebas diminum tanpa had.Katanya, pelancong datang ke Terengganu bertujuan untuk melihat keindahan alam di negeri ini termasuk, pulau, pantai dan tasik, bukan untuk minum arak."Jika mahu minum arak, negara mereka lebih banyak arak dijual berbanding di Malaysia, tak perlu datang ke Malaysia khususnya Negeri Terengganu," ujarnya.
15 Oct 18
102
Hampir 3,000 Penduduk Terengganu Terima Bantuan Tabung Darul Iman
Dr Ahmad Samsuri (Tengah) bersama A.Rahman (Kanan) dan YB. Hanafiah (Kiri) ketika menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Makan Malam Amal tabung Darul Iman di Wisma Darul Iman.KUALA TERENGGANUI- Kerajaan negeri merekodkan sebanyak RM3.8juta dibelanjakan melalui Tabung Darul Iman bagi membantu penduduk Terengganu yang menghidap penyakit kronik dan ditimpa musibah bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata berdasarkan jumlah itu, kira-kira RM1.3 disalurkan kepada pemohon yang layak menerima bantuan sara diri tahunan, masing-masing RM1 juta dibelanjakan untuk bantuan perubatan dan bantuan bencana alam.Katanya, manakala RM500,000 dikhaskan untuk pesakit terlantar yang memerlukan susu khas dan lampin pakai buang.“Jumlah perbelanjaan dijangka meningkat pada setiap tahun kerana mereka yang ditimpa musibah dan menghidap penyakit kronik tidak pernah berkurangan."Sehingga hari ini, hampir 3,000 penduduk telah menerima manfaat hasil sumbangan tabung itu”katanya.Dr Ahmad Samsuri (Tengah) menerima replika cek sumbangan daripada Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd,Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (Kiri) sambil diperhatikan oleh A.Rahman ( kanan) dan YB. Hanafiah (Kanan)Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Makan Malam Amal Tabung Darul Iman, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Haji Hanafiah MatPada majlis itu, pelbagai GLC tampil menghulurkan sumbangan, antaranya Terengganu Incorpprated, Lembaga Tabung Amanah Warisan dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd.Keseluruhan sumbangan yang berjaya dikutip sebanyak RM1 juta.Ahmad Samsuri berkata sehingga Ogos lalu, sebanyak RM10,411 sebulan berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai, khasnya penjawat awam.“Jumlah itu masih tidak mencukupi kerana Tabung Darul Iman sangat memerlukan sumber kewangan bagi membantu lebih ramai mereka yang kurang bernasib baik.“Oleh itu,saya mengajak orang ramai, khususnya GLC, penjawat awam dan mereka yang berkemampuan bersama-sama menghulurkan sumbangan sama ada melalui talian atau secara terus,”katanya.
14 Oct 18
623
Terengganu Destinasi Pelancongan Islamik - Dr Samsuri
Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu,Tun Baharom Tun Abdul Razak (kanan) menurunkan tandatangan aku janji sambil diperhatikan oleh Ustaz Sulaiman Sulong (tengah) dan Pengerusi Tourism Productivity Nexus, Uzaidi Udanis (kiri). KUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu telah menerima anugerah ‘Islamic Quality Standard’ yang sekaligus diiktriraf sebagai destinasi mesra Muslim.Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, anugerah itu suatu pengiktirafan yang cukup membanggakan negeri dan rakyat Terengganu.“Saya sangat berbangga kerana Negeri Terengganu telah menerima anugerah itu daripada Universal Crescent Standard Centre dan Universiti Teknologi Mara.“Anugerah ini selari dengan usaha kerajaan negeri untuk menjenamakan semula Terengganu sebagai pusat pelancongan Islamik,” ujarnya.Teks ucapan Menteri Besar itu dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong, ketika merasmikan Tourism Productivity Day dan Showcasing Tourism Products Terengganu, di Dewan Gamelan, Primula Hotel, Kuala Terengganu, hari ini (14 Oktober).Sehubungan itu, katanya Kerajaan Terengganu komited untuk terus mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama.Menurutnya, kerajaan negeri juga akan mempergiatkan usaha bagi memperbanyakkan produk pelancongan baharu serta menambahbaik produk-produk sedia ada.Katanya, produk pelancongan baharu seperti ‘Dapo Pata’ yang berkonsepkan ‘kitchen-by-the-beach’ mendapat sambutan baik dari para pelancong di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.“Promosi utama kerajaan negeri adalah melalui portal ‘Beautiful Terengganu’ yang mengandungi maklumat aset-aset pelancongan yang unik dari eko-pelancongan, kebudayaan dan warisan.“Antaranya pertama, Tasik Kenyir Terengganu mempunyai tasik terbesar dan tertinggi dengan pulau pedalaman terbanyak di Malaysia.“Kedua, Pulau Redang dan Pulau Perhentian merupakan antara pusat menyelam yang terbaik di dunia. “Ketiga, terdapat kawasan fosil zaman batu yang membuktikan penempatan zaman purba seawal 8,000 hingga 20,000 tahun yang lalu ditemui di Terengganu.“Dan keempat, Festival Peranakan tahunan yang memaparkan budaya dan keunikan masyarakat peranakan Cina Negeri Terengganu dikenali sebagai Festival Mek dan Awang, mulai tahun 2019,” jelasnya.Selain itu, katanya, kemudahan infrastruktur yang lebih berkesan akan terus diberi penekanan seperti memperbanyakkan jumlah penerbangan ke Terengganu.Dr Ahmad Samsuri berharap agar usaha-usaha penambahbaikan yang berterusan akan dapat menyumbang kepada sasaran pertumbuhan sektor pelancongan negara.“Kita (Terengganu) berharap akan dapat menyumbang kepada sasaran pertumbuhan sektor pelancongan negara iaitu seramai 30 juta kedatangan pelancong dan sejumlah RM100 bilion pendapatan pelancongan menjelang tahun 2020,” ujarnya.Oleh itu, katanya, kerajaan dan penggiat industri pelancongan perlu mengenal pasti dan mengambil peluang-peluang baharu bagi meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan.Beliau yakin dan percaya bahawa program ‘Showcasing Tourism Products’ ini adalah salah satu platform ke arah mencapai matlamat tersebut.
14 Oct 18
382
Penganjur Akur Arahan Kerajaan
Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Ustaz Azmi Tengah.KUALA TERENGGANU - Penganjur Island Music Festival 2018 yang dibatalkan permohonannya oleh Kerajaan Negeri Terengganu, akur dengan arahan tersebut.Namun, tinjauan mendapati pihak penganjur meneruskan aktiviti sampingan lain yang hanya melibatkan orang bukan Islam.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Ustaz Azmi Tengah berkata, kerajaan negeri telah melarang dengan tidak mengeluarkan permit dan penganjur juga ada menampal notis makluman pembatalan itu.“Pada hemat saya, penganjur akur dan oleh kerana tempahan bayaran (tiket) telah dibuat oleh peserta. Jadi, dibuat juga oleh penganjur secara tertutup dan khas kepada orang bukan Islam sahaja.“Meskipun ada rayuan, saya difahamkan Kerajaan Terengganu tetap berpegang kepada prinsip dan tidak membenarkan pesta itu diadakan.“Saya rasa tindakan kerajaan itu yang terbaik kerana kekal dengan prinsip yang halal dan haram itu nyata,” tegasnya ketika ditemui selepas membuat pemantauan itu di Long Beach, Pulau Redang, 13 Oktober lalu.Island Music Festival yang dijadualkan pada 12 hingga 14 Oktober 2018, telah mendapat kecaman rakyat Terengganu terutama netizen, apabila satu klip video iklan yang berunsur lucah diviralkan di media sosial.Ustaz Azmi turut menasihatkan pihak penganjur di masa akan datang sama ada dari dalam atau luar negeri agar mematuhi peraturannya.“Suka saya nasihatkan kepada penganjur sama ada dari dalam atau luar negeri Terengganu, supaya mematuhi peraturan yang berkuatkuasa dalam negeri ini, dengan dasar-dasar baru yang diambil dan dibuat untuk mengekang gejala sosial daripada terus berkembang di Negeri Terengganu. “Saya harap kerajaan negeri mempunyai suatu sikap yang tegas dengan tidak membenarkan apa jua bentuk pencabulan terhadap hak-hak Allah dalam perkara halal dan haram,” jelasnya.Menurutnya, pemantauan itu dibuat oleh Penguatkuasa Syariah Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).“Anggota-anggota yang kita bawa adalah untuk memastikan program itu tidak berjalan dan jika melibatkan orang-orang Islam, kita akan ambil tindakan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.“Lebih 20 orang Penguatkuasa JHEAT bersama dengan Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus terlibat untuk operasi ini. Saya difahamkan, pihak polis dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pun ada sama,” jelasnya.Kata beliau, pihak penganjur juga telah menggerakkan para petugasnya sendiri agar tidak ada orang Islam yang terlibat dengan program tersebut.
13 Oct 18
245
Penguatkuasa Pantau Pulau Redang
Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Terengganu, Nik Zulhaiza Ismail.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius agar gejala sosial dapat dibendung dengan menyekat sebarang aktiviti yang menjurus kepada kemaksiatan.Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Terengganu, Nik Zulhaiza Ismail berkata, pemantauan pihak penguatkuasa syariah dibuat bagi membendung gejala tidak sihat di Pulau Redang.Katanya, pemantauan dibuat ekoran promosi yang dibuat oleh penganjur Island Music Festival di media sosial.“Pada malam ini, bahagian penguatkuasaan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Daerah Kuala Terengganu seramai 24 orang telah datang ke Pulau Redang ini untuk membuat pemantauan ekoran promosi yang dibuat oleh penganjur Island Music Festival. “Hasil pemantauan ini, kita dapati tidak ada aktiviti yang diiklankan itu. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang akur dan patuh kepada arahan kerajaan negeri yang tidak membenarkan penganjuran ini dibuat. “Kerajaan negeri hari ini tidak mahu rakyatnya terlibat dengan aktiviti-aktiviti maksiat yang kita jangkakan, sekiranya aktiviti program itu diadakan sudah tentu ramai daripada orang-orang Islam sendiri terutama di kalangan belia akan turut serta berpesta,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas membuat pemantauan di lokasi Island Music Festival, Long Beach Pulau Redang, di sini, 13 Oktober lalu.Ketika ditanya, jika program itu diteruskan bagaimana tindakan pihak berkuasa agama, katanya terdapat dua peruntukan undang-undang berkait perkara tersebut.“Kita ada dua peruntukan, pertama di bawah Seksyen 22 iaitu meminum minuman yang memabukkan. Jika ada orang Islam yang minum minuman keras, kita akan buat tangkapan. “Kedua, kita lihat kepada pakaian yang tidak sopan dan peruntukan di bawah Seksyen 35. Mana-mana orang Islam yang memakai pakaian yang tidak sopan boleh diambil tindakan,” tegasnya. Namun, kata Nik Zulhaiza, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Beliau mengingatkan pihak penganjur pada masa akan datang agar dapat membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jika mahu dibuat sebarang penganjuran hiburan.“Saya nasihatkan kepada mana-mana pihak yang hendak mengadakan apa-apa aktiviti dan program yang berbentuk hiburan, sama ada di pulau atau di mana-mana tempat di negeri Terengganu, perlu memohon kepada pihak PBT. Sekiranya permohonan ditolak, hendaklah akur,” ujarnya.
13 Oct 18
229
PAS Berjaya Tingkat Undi PRK PD - Dr Samsuri
Dr Samsuri Mokhtar (kanan) menyerahkan hadiah kepada para pemenang Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP), hari ini (14 Oktober).SETIU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berjaya meningkatkan undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson walaupun tidak memenanginya.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ianya merupakan sesuatu yang tidak mengejutkan dan beliau berpuas hati dengan proses demokrasi yang ada.“Semua dah tahu keputusan PRK Port Dickson, ianya tidak mengejutkan sebenarnya. Keputusan yang ada adalah hasil proses demokrasi yang ada. Siapa yang dapat undi terbanyak, dialah yang menang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP), hari ini (14 Oktober).Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat berkata, peningkatan undi yang diperolehi oleh calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar adalah lebih baik.“Ini adalah keadaan yang sangat positif dalam keadaan kita berdepan dengan PRK yang mana kita lihat semua jentera daripada Pakatan Harapan melibatkan menteri turun dan sebagainya.“Namun, kita dapat melihat bagaimana undi yang diterima oleh PAS itu masih tetap utuh,” jelasnya. Katanya, ia menunjukkan bahawa dalam apa pun perkara yang berlaku di luar sana, PAS masih mempunyai pengundi setia tersendiri.Dalam PRK Port Dickson yang berakhir semalam, calon PAS mendapat 7,456 undi berbanding calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meraih 31,016 undi.Sementara itu, lima calon bebas, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mendapat 4,230 undi, Mohd. Saiful Bukhari Azlan 82 undi, Stevie Chan Ken Leong 337 undi, Kan Chee Yuen 154 undi dan Lau Seck Yan 214 undi.Sehubungan dengan itu, KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al - Muktafi Billah shah berkenan menyampaikan hadiah di majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sultan Mizan Cup 2018 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong pagi tadi.Turut mengiringi keberangkatan baginda, YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,Pemenang pertama mendapat hadiah RM 25,000, jam Amaswiss, motosikal Ego, piala pusingan, piala iringan dan medal ialah Mohamad Fuad Hashim. Beliau juga mendapat juara dalam acara kuda terbaik. Mohd Faris Haikal Mohd Hassan Saari' memenangi tempat kedua mendapat hadiah berupa wang tunai RM18,000, motosikal Ego, piala iringan dan medal. Pemenang ketiga pula mendapat hadiah RM12,000, piala pusingan, medal dan motosikal Ego iaitu Mohd Sulaiman Muda.Mohd Baharuddin Ab Rahman pula mendapat tempat ke empat dengan hadiah berupa wang tunai RM6,000, piala pusingan, medal dan motosikal Ego.
13 Oct 18
262
Dalami Ilmu Hartanah Elak Penipuan
Dr Alias Razak ketika merasmikan Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018 di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).KUALA TERENGGANU - Kes penipuan jual beli hartanah yang mencatatkan peningkatan dalam tempoh kebelakangan ini, memerlukan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa membeli hartanah.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kebanyakannya ingin memiliki hartanah tetapi tidak tahu bagaimana cara sebenar dan lebih selamat bagi menjamin pelaburan mereka itu tidak mendatangkan kerugian puluhan ribu ringgit.Tambahnya, perkara ini boleh dilakukan sekiranya mereka mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan ia perlu dipelajari kerana ilmu tidak akan datang bergolek."Ilmu hartanah sangat penting kerana pihak kami sering mendapat aduan bila mereka membeli hartanah samada rumah atau tanah. Kecuaian sering berlaku dari segi meneliti perjanjian-perjanjian yang ditandatangani."Kecuaian ini menyebabkan mereka terperangkap dan pelaburan ataupun wang yang telah dibelanjakan untuk mendapatkan aset yang ingin dimiliki hilang begitu sahaja," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018 di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU), Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini (13 Oktober).Turut hadir, Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia, Datuk Nazri Mustafa, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu, Zainal Abidin Mohamed dan Pejuang Hartanah Malaysia, Ahyat Ishak.Katanya lagi, rakyat Terengganu perlu mengambil peluang untuk menambahkan ilmu dalam bidang pemilikan hartanah melalui seminar-seminar yang diadakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam sektor ini."Malah mereka perlu berani menceburi bidang ini tetapi perlu ingat bahawa berani tanpa ilmu, mudah tertipu dan yang paling penting kita perlu pastikan kewangan yang dilaburkan tidak lebur begitu sahaja," ujar Alias.
12 Oct 18
71
Pelaburan Terengganu Bukan Bermotif Untung Semata-mata
Haji Yahaya Ali (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan KOKHIDMAT untuk pelajar cemerlang kepada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Ustaz Mohd Soud Said. Foto - Afif FideeKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu komited dalam menepati hasrat rakyatnya apabila meletakkan perancangan jauh ke hadapan dalam aspek pelaburan negeri yang tidak bermotifkan untung semata-mata.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, contohnya dalam konteks pelaburan silika, ianya bukan sahaja berkait soal merancang penghasilan secara bahan mentah, bahkan menjurus kepada kilang pemprosesan silika untuk menghasilkan produk."Justeru, ia akan menggalakkan wujudnya industri hiliran baharu yang akan menyediakan peluang pekerjaan."Saya optimis dengan usaha kerajaan negeri sedia ada dalam memanfaatkan pelaburan untuk kesejahteraan rakyat."Ianya sekaligus merupakan usaha untuk merealisasikan manifesto iaitu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 4 tahun," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15 Koperasi Khidmat Batu Buruk Kuala Terengganu (KOKHIDMAT) Berhad di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu, hari ini (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, menurut Haji Yahaya Ali, KOKHIDMAT terus mengorak langkah ke hadapan dengan kebijaksanaan dan kekuatan yang ada termasuklah mempunyai penasihat yang banyak memberi tunjuk ajar dan galakan."Koperasi ini bermula dari tiada apa-apa."Hari ini, ia membuktikan kemampuan dengan sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan."Saya yakin dengan kepimpinan yang ada, KOKHIDMAT akan terus berjalan secara aktif dan pergi lebih jauh dengan perancangan demi perancangan."Namun, apa pun yang dirancang, dalam suasana ini, jagalah sungguh-sungguh kerajaan yang ada."Yang terpenting, parti mesti jadi lebih kuat. Tidak boleh bergantung kepada jentera kerajaan. Aktifkan cawangan, hidupkan program dari masa ke masa, mesyuarat mesti berjalan dan seumpamanya."Parti tidak boleh diabaikan. Kitalah yang perlu membantu kerajaan hari ini. Bekerja dari sekarang untuk persiapan pada masa hadapan."Insya-Allah, mudah-mudahan banyak perkara boleh diselesaikan untuk membantu merealisasikan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera," tegasnya.Majlis turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak ahli KOKHIDMAT yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 dan berjaya masuk ke universiti.Seramai 68 ahli hadir ke mesyuarat tahunan tersebut.Turut hadir, Penasihat KOKHIDMAT, Datuk Haji Wan Abdul Mutalib Embong, Pengerusi KOKHIDMAT, Haji Wan Musa Wan Embong dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.
12 Oct 18
220
Amal Gaya Hidup Sihat Realisasi TMBS
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui di Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Dataran Batu Buruk, hari ini (13 Oktober). Foto - Afif FideeKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menyeru seluruh rakyat untuk sama-sama meningkatkan inisiatif dalam mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat dan cergas seiring dengan prinsip Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan sentiasa berusaha dan menyediakan kemudahan kepada rakyat negeri Terengganu agar berpeluang untuk melibatkan diri dalam sukan."Semoga dengan adanya Hari Sukan Negara ini akan memupuk semangat untuk bersukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat."Kita juga mengharapkan lebih ramai yang serius dalam sukan sehingga menjadi atlet yang dapat mewakili Terengganu dan juga Malaysia."Alhamdulillah, baru-baru ini Terengganu muncul sebagai juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, kita memerlukan lebih ramai atlet berkualiti untuk mengekalkan kejuaraan pada SUKMA akan datang."Anda mungkin salah seorang daripadanya," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Dataran Batu Buruk, hari ini (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, menurut Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terdapat pelbagai acara yang dilaksanakan di Dataran Batu Buruk pada hari ini."Antaranya adalah Fun Ride, Fun Run 5 km, Fun Walk 3 km, senamrobik, e-sport, sukan tradisional, pertandingan sepak penalti, pertandingan ‘soccer kids’ tadika Kemas, ‘shooting on goal netball’, pertunjukan lompat tali dan permainan ‘bar steel’."Ada juga pameran daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Majlis Belia Negeri Terengganu dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu."Marilah semua kita sihatkan tubuh badan. Syabas kepada keluarga, orang kurang upaya (OKU), belia, warga emas, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan lain-lain yang cakna tentang gaya hidup sihat," tambahnya.Sementara itu, katanya, Hari Sukan Negara diilhamkan sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober."Ianya berjalan secara serentak di seluruh negara bagi meraikan dan mengiktiraf penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan, seterusnya menjadikannya sebagai satu gaya hidup di kalangan rakyat Malaysia," tambahnya.
12 Oct 18
58
Terengganu Bina Kompleks Menara Darul Iman - Dr Mamad
Dr Mamad Puteh (dua dari kanan) meninjau tapak Projek Menara Darul Iman yang terletak di Muara Selatan Kuala Terengganu City Centre (KTCC), kelmarin (11 Oktober).Oleh: Hanif HamdanKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu dalam proses pembinaan satu Kompleks Menara Darul Iman setinggi 30 tingkat untuk dijadikan Pejabat Pentadbiran Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, beliau mengharapkan pembinaan Menara Darul Iman setinggi 30 tingkat ini akan berjalan dengan baik.“Saya berharap ianya berjalan lancar kerana akan dijadikan sebagai Pejabat Pentadbiran Negeri dan dijangka siap pada hujung tahun 2019,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke tapak Projek Menara Darul Iman yang terletak di Muara Selatan Kuala Terengganu City Centre (KTCC), kelmarin (11 Oktober).Menurut Dr Mamad Puteh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, kos pembinaan Menara Darul Iman adalah sebanyak RM187 juta dan tidak termasuk kos reka bentuk dalaman.“Saya diberitahu kos pembinaan Menara Darul Iman ini adalah sebanyak RM187 juta. Ianya tidak termasuk dengan kos reka bentuk dalaman yang menelan belanja sebanyak RM30 juta,” tambahnya.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Yusuf Abd Ghani.
12 Oct 18
498