lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Tiada Masalah Had Umur Kahwin Sedia Ada
Mohd Nor Hamzah.KUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Kerajaan Terengganu bercadang mengekalkan peruntukan sedia ada yang terkandung dalam Seksyen 8 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Terengganu 2017.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, peruntukan tersebut menyebut bahawa tiada sesuatu perkahwinan boleh diakad nikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu."Walaupun demikian, enakmen itu membenarkan remaja bawah umur untuk berkahwin, tetapi perlu mendapatkan kebenaran Hakim Syarie atau mahkamah."Dalam erti kata lain, peruntukan ini masih memberi ruang kepada lelaki atau perempuan bawah umur yang ingin berkahwin dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi."Kita melihat ianya bersesuaian dengan suasana masyarakat yang ada."Umur 12 tahun sekalipun, jika dia sihat dan mencukupi syarat untuk berkahwin serta akan mendatangkan zina jika disekat hasratnya, sudah tentu perkara ini perlu diteliti dengan surat sokongan dari jabatan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semalam di Wisma Darul Iman, mengulas tentang kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan mengarahkan semua kerajaan negeri di Malaysia untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun untuk orang Islam dan bukan Islam.Dalam perkembangan yang sama, menurut Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, sebarang perubahan perlulah merujuk kepada Jabatan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Terengganu.Turut hadir dalam sidang media tersebut, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan Pengarah Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) negeri, Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
21 Oct 18
40
Empty Image
Ada Unsur Diskriminasi Dalam Bayaran Royalti Minyak
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. -Foto Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu dan Kelantan mempunyai hak yang sama menerima bayaran royalti petroleum dan gas sebanyak lima peratus setahun sebagaimana diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kewangan Negara 7 Jun lalu.Beliau mengharapkan apa yang sedang berlaku bukan satu cubaan mana-mana pihak yang berkuasa untuk mencanggahi komitmen Perdana Menteri Tun Dr Maharhir dalam mesyuarat tersebut.Katanya, Komitmen itu bertujuan untuk mengukuhkan semangat federalisme sebagaimana dibentangkan Perdana Menteri dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) di Parlimen, 19 Oktober lalu.Beliau menyifatkan ada unsur diskriminasi dibuat oleh kepimpinan DAP apabila cuba menghalang pembayaran royalti kepada Kelantan dan Terengganu." Saya telah diminta mengulas mengenai bunga diskriminasi oleh pimpinan utama DAP yang menjadi Menteri dalam kementerian berkaitan dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebagaimana yang ditegur oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan isu pembayaran royalti kepada Terengganu dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan media di sini 21 Oktober.Sebelum itu dalam laman Facebooknya, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata, Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam Manifesto PH."Namun pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang. Jika Saudara Lim Kit Siang mahukan bukti, sila tanya Menteri Kewangan (Lim Guan Eng)," ujarnya.Dr Ahmad Samsuri turut berkata, Lim Kit Siang boleh merujuk kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkenaan kedudukan pembayaran royalti kepada negeri yang layak menerimanya seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara berkenaan.
21 Oct 18
39
Empty Image
Peristiwa Di Sulawesi, Palu Jadi Pengajaran - Ustaz Satiful
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Bencana tsunami di Sulawesi dan Palu, Indonesia cukup banyak memberikan peringatan dan pengajaran kepada umat Islam khususnya, kata Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat.Menurut beliau, sebagai peringatan daripada peristiwa itu, sekiranya manusia melakukan empat perkara, nescaya Allah SWT menurunkan bala bencana kepada kita  tanpa mengira sesiapa sahaja."Pertama, apabila kamu berzina secara terang-terangan. Kita Kerajaan Terengganu akan cuba sebaik mungkin untuk menghalang perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah zina kepada masyarakat. Sebab itu kita pihak kerajaan akan memberi sokongan penuh kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan bidang kuasa yang mereka miliki. Kedua, apabila kamu minum arak secara terang- terangan."Kita tidak menghalang orang bukan Islam minum arak, mereka boleh minum di rumah mereka, tetapi jangan minum di kawasan awam yang mencabar majoriti umat Islam di negara kita. Ini disebabkan kita tahu bahawa perbuatan ini akan membuka pintu bala daripada Allah SWT,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pidato Solidariti Ummah Palestin  di Masjid Lama Sura, di sini, 20 OktoberTurut hadir, Imam Besar Masjidil Aqsa Palestin, Sheikh Dr E'krima Sa'eed Sabri.Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka menegaskan bahawa amar makruf nahi mungkar ini merupakan tanggungjawab kita bersama.Tambah beliau lagi, jangan biarkan maksiat ini berlaku dan menjadi tugas kita untuk menghalang perkara sebegini kerana kita sudah melihat sendiri apa yang menimpa di negara jiran kita."Ketiga apabila kamu berniaga tetapi melakukan timbang dan sukat secara zalim.“Keempat apabila pemimpin - pemimpin kamu mengabaikan hukum Al - Quran malahan mengambil hukum berdasarkan pemikiran sendiri ," kata beliau.Sehubungan itu juga, menurutnya, Kerajaan Terengganu akan memperkemaskan lagi pelaksanaan syariah di negeri ini tahun hadapan.“InsyaAllah Kerajaan Terengganu akan memberi komitmen sepenuhnya serta menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan syariah dari semasa ke semasa," jelasnya.Dalam pada itu, beliau juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sheikh Dr E'rima yang menyampaikan amanat kepada para jemaah yang hadir.
20 Oct 18
124
Empty Image
TFC Mara Ke Final Piala Malaysia
Pasukan TFC meraikan kejayaan selepas mencatatkan kemenangan menerusi agregat 3-2 ke atas Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan aksi timbal-balik di Stadium Larkin.Oleh: Mohd Zukifli MatLARKIN, 22 Oktober - Pasukan tunggal dari pantai timur, Terengganu Football Club (TFC) mengesahkan slot ke 'final' Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan menerusi agregat 3-2 ke atas Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan aksi timbal-balik di Stadium Larkin, malam tadi.Timbalan 1 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim yang menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di Larkin berkata, ianya adalah satu perlawanan yang cukup mencemaskan."TFC terlebih dahulu ketinggalan 0-2 kepada tuan rumah apabila dihadiahkan sepakan penalti dan disempurnakan oleh Fernando Marquez pada minit ke-40."Ianya diikuti pula gol kedua daripada penyerang berbisa JDT, Gonzalo Cabrera pada minit ke-62 dalam separuh masa kedua perlawanan."Namun, Terengganu yang pada awalnya ketinggalan 0-2 bangkit mengatur semula jentera serangan dan berjaya merapatkan kembali jurang apabila Kipre Tchetche selaku peledak utama TFC menjaringkan gol menerusi hantaran dari Lee Tuck pada minit ke-69 perlawanan."Kebangkitan yang luar biasa dipamerkan Terengganu apabila Kipre Tchetche sekali lagi menjadi duri dalam daging buat JDT dengan meledak gol kedua hasil lorongan cantik dari pemain gantian, Ashari Samsudin sekaligus menembusi gawang gol JDT," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang kejayaan pasukan penyu mara ke pusingan akhir Piala Malaysia 2018.Hishamuddin Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tepoh turut memuji semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Haji Irfan Bakti.Keputusan yang berkesudahan seri 2-2 memadai buat Terengganu untuk melayakkan diri ke pentas akhir di Stadium Shah Alam 27 Oktober ini.Pasukan pantai timur itu yang terkenal dengan jolokan 'The Turtles' mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas JDT pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, baru-baru ini (13 Oktober).
20 Oct 18
49
Empty Image
600 Sertai Kemaman International Motorcross Challenge - Yahaya Ali
Peserta Kemaman International Motorcross Challenge memulakan saingan. Foto - Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 20 Oktober - Seramai kira-kira 600 orang peserta dari seluruh negara dan 11 buah negara luar menyertai Kemaman International Motorcross Challenge di Monica Bay, Kemaman, hari ini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, sambutan yang diterima daripada orang ramai terutama dalam kalangan orang muda sangat memberangsangkan. "Kerajaan negeri sangat menggalakkan suasana ini, bahkan kepimpinan kerajaan yang ada turut memberi perhatian yang serius dalam bidang sukan seumpama ini."Sukan adalah sebahagian aktiviti yang perlu dititik beratkan dalam kehidupan."Namun, apa yang penting mereka mesti dibimbing dengan kegiatan sukan yang sihat dan selamat di samping tidak lalai menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT," ujarnya.Foto - Abdul Hafiz GhazaliBeliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kemaman International Motorcross Challenge mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Monica Bay, Kemaman, hari ini.Dalam perkembangan yang sama, Haji Yahaya Ali turut berasa teruja menyaksikan kejohanan tersebut.Foto - Syed AzizuddinHadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman dan Presiden Kelab Motosikal Lasak Cukai (KMX).
20 Oct 18
165
Empty Image
Terengganu Bawa Bincang Dalam ECER
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.DUNGUN, 20 Oktober - Kerajaan Terengganu menyambut baik dan mengalu-alukan kenyataan positif Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu memberi keadilan termasuk kepada negeri dikuasai pembangkang.Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu akan dibincang secara terperinci dalam mesyuarat ECER bersama Perdana Menteri itu pada 31 Oktober ini.Menurutnya, Mesyuarat Pembangunan Wilayah ECER itu akan melibatkan tiga Menteri besar dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.“Terengganu mengalu-alukan pemakluman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu, yang membuat kenyataannya untuk memberi pembangunan yang saksama di negeri-negeri dikuasai pembangkang termasuklah Terengganu, Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak.“Perkara itu akan kita bincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat ECER yang akan diadakan bersama Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri) dengan tiga Menteri Besar di wilayah ECER ini iaitu Menteri Besar Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 31 Oktober ini di Putrajaya.“Saya percaya, sebahagian apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri itu kelmarin adalah secara dasar (sahaja) dan akan diperincikan dalam mesyuarat pertama ECER itu nanti,” jelasnya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam Amal Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, di Dewan Arena Square, Dataran Merdeka, Dungun, semalam.Kenyataan Perdana Menteri ketika membentang laporan separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) adalah untuk memperbaiki hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri atas semangat federalisma.“Sudah tentu hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dalam konsep federalisma itu turut memberi maksud, sebarang perjanjian yang dipersetujui sebelum ini haruslah dihormati dan dilaksanakan.“Isu royalti ini menjadi sebahagian dari perkara yang dipersetujui dalam perjanjian, saya percaya ianya merangkumi perkara itu,” jelasnya.Ketika ditanya wakil media tentang bayaran royalti, Dr Ahmad Samsuri berkata, beliau masih menunggu laporan terperinci jumlah keseluruhan yang patut diperolehi.“Buat masa ini untuk keadaan (royalti) di Negeri Terengganu, sebagaimana yang saya sebut dahulu, sudah ada keputusan Majlis Kewangan Negara, bahawa pembayaran Dana Khas Kerajaan Persekutuan atau royalti itu akan diberi terus kepada kerajaan negeri (Terengganu).“Tanpa membezakan fahaman politik, sama ada kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri dari parti yang sama ataupun tidak, itu keputusan awal yang dipersetujui pada awal pemerintahan kerajaan baharu Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. “Kita (Terengganu) mengalu-alukan keputusan itu. Pada tahap ini, saya boleh nyatakan bahawa kita ada menerima sebahagian daripada wang berkenaan, walaupun masih lagi dalam proses mendapat jumlahnya yang sebenar.“Sebab, kita pun perlu tahu jumlah sebenar yang diperolehi berdasarkan lima peratus yang dipersetujui dalam perjanjian sebelum itu. Setakat ini ada terima sedikit-sedikit secara beruncit walaupun kita masih menunggu jumlah sebenarnya yang patut diterima setahun,” ujarnya.Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat.Menurut Dr Ahmad Samsuri, kajian separuh penggal RMK11 itu adalah pada tahun ini, setelah dinilai pencapaiannya dari tahun 2016 hingga 2018.
20 Oct 18
51
Empty Image
Terengganu Cadang Rundingan Isu Pembangunan Negeri
Rundingan akan wujudkan ruang persefahaman antara negeri dan persekutuan.DUNGUN, 20 Oktober - Kerajaan Negeri Terengganu berharap dapat mengadakan rundingan bersama Kerajaan Persekutuan berkenaan projek pembangunan yang perlu diutamakan di negeri itu.Menteri Besar, Dr Ahmad  Samsuri Mokhtar berkata, keutamaan Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak semestinya sama."Kerajaan negeri yang merupakan 'stakeholders'  lebih mengetahui pembangunan yang diperlukan oleh rakyat dalam negeri dan keutamaan terhadap projek yang perlu dilaksanakan," katanya.Beliau bagaimanapun berterima kasih atas tindakan Kerajaan Persekutuan meneruskan pembangunan projek Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin  (UniSZA), sebuah hospital dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai di Kemaman."Kita berharap Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah hakisan yang berlaku di pesisir pantai Terengganu sebagaimana dalam perancangan.Majlis makan malam amal SMASID meriah dengan kehadiran Menteri Besar."Kita juga menyokong penuh penambahbaikan 'governance' yang dinyatakan Perdana Menteri kerana 'governance' yang baik akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri," ujarnya ketika ditemui pemberita sewaktu merasmikan Makan Malam Amal Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, di Arena Merdeka semalam.Majlis makan malam itu diadakan bertujuan untuk mengumpulkan dana pembinaan surau sekolah berkenaan bagi memuatkan lebih 800 pelajarnya.Pembinaan surau itu berada di fasa terakhir dengan lebih kurang RM 100,000 lagi diperlukan untuk menyelesaikannya.
20 Oct 18
31
Empty Image
Mengundi Muda, Bukan Sekadar Isu Usia
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.DUNGUN, 20 Oktober - Keputusan membenarkan rakyat mengundi seawal usia 18 tahun tidak menjamin penyelesaian kepada isu daftar pengundi.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pengumuman Perdana Menteri tentang hal itu bukan melibatkan isu umur semata-mata. Sebaliknya, ada isu yang lebih besar iaitu bagaimana untuk memastikan tidak berlaku salah guna dalam pendaftaran pengundi."Ini kerana, pada daftar undi sebelum ini berlaku banyak salah guna dan kesilapan. Selain itu, masih ramai anak muda kurang kesedaran mendaftar undi walaupun had umur 21 tahun sudah dikira rendah," katanya.Dr Samsuri turut mengulas cadangan memendekkan had lantikan menteri dan Perdana Menteri kepada dua penggal. Cadangan tersebut perlu melalui proses perlembagaan sebelum dilaksanakan."Ia suatu cadangan yang baik namun perlu dinilai secara mendalam. Secara peribadi, pelaksanaan cadangan ini dapat meningkatkan integriti, dan menyerlahkan idea-idea baru, maka ia wajar dibincangkan."Tetapi buat masa ini, belum ada tindakan berkaitan cadangan yang dikemukakan. Kita masih  menunggu penilaian dan perincian daripada pihak persekutuan," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Makan Amal Sekolah Menengah Sultan Ismail, di Arena Merdeka semalam.Dalam pada itu, Dr Samsuri menegaskan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) konsisten dengan keputusan untuk mewujudkan satu undang-undang berkaitan pembiayaan politik. "Sebelum pilihan raya lagi kita dah hantar memorandum cadangan berkenaan akta ini dan kerajaan terdahulu positif mengenainya, tetapi peralihan kerajaan menyebabkan ia tertangguh."Kita amat berharap ia akan diketengahkan berikutan pengumuman kerajaan hari ini sebagai satu usaha menambah baik politik dalam negara," katanya.
20 Oct 18
51
Empty Image
Terengganu Sahut Seruan Semangat Federalisme
Dr Samsuri positif hasil pembentangan KSP.DUNGUN, 20 Oktober - Kerajaan Negeri Terengganu mengalu-alukan hasil pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohktar memandang positif hasrat kerajaan persekutuan untuk mengembalikan semangat federalisme dengan pemerkasaan negeri melalui pengagihan kuasa dalam beberapa fungsi."Federalisme membawa konsep kita mengiktiraf dan menghormati  sebarang perjanjian yang telah dimeterai antara kedua pihak. Ini termasuklah perjanjian pembahagian Dana Khas Persekutuan (DKP) atau royalti kepada negeri-negeri terlibat. "Setakat ini bagi Negeri Terengganu, sudah ada keputusan positif daripada Majlis Kewangan Negara dan sebahagian dana tersebut sudah diperoleh secara berperingkat walaupun kita masih belum menerima jumlah sebenar."Manakala, agenda pembangunan wilayah yang seimbang yang dinyatakan dalam KSP juga amat baik untuk pembangunan secara saksama," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Malam Amal Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail di Arena Merdeka, malam tadi.Menteri Besar menyatakan sokongan kepada SMASID dengan hadir merasmikan majlis.Dr Samsuri menjelaskan, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan berkaitan perkara tersebut dalam mesyuarat Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECER) bersama Kelantan dan Pahang pada hujung bulan ini."Kerajaan negeri juga berharap segala perancangan RMK-11 dilaksanakan sebagaimana dirancang."Kami menanti pengumuman strategi kerajaan dalam mengurangkan hutang isi rumah dan tindakan kerajaan dalam menghadapi kemelut 'trade war' yang berlaku di antara negara China dan Amerika Syarikat hari ini di mana ia akan turut mempengaruhi Terengganu sebagai kerajaan negeri," katanya.
20 Oct 18
61
Empty Image
Media Diminta Sebar Maklumat Untuk Kesedaran Masyarakat
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Pihak media diminta untuk menyebarkan maklumat sekaligus menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Islam dan merungkai setiap persoalan yang timbul.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ada sesetengah golongan yang cuba untuk mengelirukan Islam dan mereka yang masih lagi tidak meletakkan keutamaan tentang perundangan Islam.“Saya ucap terima kasih kepada seluruh warga media pada pagi ini yang sama-sama hadir mendapatkan maklumat Muzakarah Perundangan Islam yang dianjurkan oleh  Jabatan Mufti  Negeri Terengganu dengan kerjasama  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan kerajaan negeri.“Ramai pimpinan masyarakat, ketua jabatan dan pemimpin negeri yang terlibat hadir untuk  mendengar ulasan daripada tokoh agama dan mufti daripada Sabah dan Kelantan serta Pengerusi Persatuan Peguam Syarie  dan tokoh yang  lain termasuk Naib Kesatuan Ulamak  Sedunia, Dato Seri Abdul Hadi Awang,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Muzakarah Perundangan Islam Negeri Terengganu 2018  di Wisma Darul Iman (18 Oktober).Katanya, setiap ulasan dan perbincangan serta perbentangan Muzakarah pada hari ini boleh disebarkan kepada mereka yang hadir dan masyarakat di luar sana.Menurutnya, Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Terengganu telah ditetapkan  bahawa mana-mana yang datang untuk menyampaikan ceramah khususnya dalam masjid mesti mendapat kelulusan daripada jawatankuasa yang telah ditetapkan oleh Maidam.“Antara program yang dilakukan oleh Pejabat Agama dan di bawah jawatankuasa saya serta Jabatan Mufti ialah jelajah fatwa pergi ke kampung-kampung untuk memberitahu fatwa lama dan baru untuk kefahaman masyarakat dan menganjurkan program termasuk maulud Nabi SAW,” ujarnya.Justeru, beliau akan menyusun kuliah dan khatib utama bagi memahamkan rakyat tentang perundangan Islam sebagaimana yang telah disusun oleh jabatan mufti.
19 Oct 18
35