lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Naib Juara Piala Emas Raja-raja
Pasukan Terengganu menyandang naib juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 selepas tewas tipis 0-1 kepada Pahang. Foto - Harish FadzillahOleh: Wan Luqman HakimTEMERLOH, 22 Oktober - Pasukan Terengganu menyandang naib juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 selepas tewas tipis 0-1 kepada Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, semalam.Pahang membuka tirai jaringan pada minit ke-7 menerusi Muhd Hafizi Abd Halim yang melepaskan rembatan kencang menggegar gawang selepas dia menerima umpanan Muhamad Firdaus Abdul Razak.Terengganu mencuba untuk mencari gol penyamaan namun rembatan Muhammad Afif Sufyan Azman pada minit ke-24 berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Muhammad Saufi Mohd.Enggan mengalah sehingga ke saat akhir, Terengganu menggandakan serangan namun kecekapan Mohamad Saufi menjaga gawang berjaya memastikan Pahang muncul juara.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di Temerloh berkata, semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain Terengganu cukup membanggakan walaupun tewas kepada pasukan lawan."Saya cukup berbangga dengan prestasi pemain-pemain kita."Terengganu mula mempamerkan rentak kebangkitan dengan memulakan asakan ke kubu Pahang tetapi beberapa percubaan yang dilakukan tersasar."Walaupun kita gagal namun itulah adat permainan dan itulah perkara yang patut kita terima dalam apa jua permainan sekalipun," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita hari ini, mengulas tentang perlawanan menentang Pahang bagi merebut Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78, semalam.Wan Sukairi juga sempat mengajak rakyat Terengganu untuk hadir menyokong pasukan Terengganu Football Club (TFC) pada perlawanan akhir TFC menentang Perak."Insya-Allah kita akan buat yang terbaik. Terengganu nelang," katanya.
22 Oct 18
654
Empty Image
Monumen TTI Akan Dibaik Pulih
Oleh: Ahmad Fadhilah AzmanKUALA TERENGGANU, 23 Oktober -  Kerajaan negeri akan membaik pulih dan menyelenggara 22 monumen  di Taman Tamadun Islam (TTI) yang berusia hampir 10 tahun pada tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, perkara itu perlu diambil perhatian kerana TTI menjadi antara kawasan tumpuan pelancong.Katanya, apa yang dilihat ada sedikit kerosakan pada beberapa replika yang berusia hampir 10 tahun dan ia perlu diperbaiki segera. Antaranya ialah cat luntur, kepingan dinding replika tercabut dan sebagainya.“Insya-Allah saya cuba untuk dapatkan bajet pada tahun depan bagi membaik pulih taman ini, pada masa sama merancang untuk menambah beberapa buah monumen yang lebih menarik bagi tarikan pengunjung,” katanya ketika mengadakan lawatan ke TTI, semalam.Ariffin Deraman menegaskan bahawa sedikit kerosakan yang ada, tidak menjejaskan atau menghalang pengunjung untuk melawat disini. Pihak TTI telah pun menandakan beberapa kawasan larangan untuk dilawati bagi keselamatan pengunjung.
22 Oct 18
77
Empty Image
Piala Malaysia: 30,000 Tiket Untuk Penyokong Terengganu Mula Dijual Khamis Ini
Hishamuddin Abdul Karim dalam sidang media selepas sesi lawatan dan taklimat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Hamat.KUALA NERUS, 23 Oktober - Sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada penyokong pasukan Terengganu Football Club I (TFC I) untuk aksi perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 27 Oktober ini.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Terengganu dan Perak akan bermula Khamis ini (25 Oktober) dari pukul 10 pagi hingga 2 petang di kaunter Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi kemudahan para penyokong tempatan.“Sebanyak 30,000 tiket diperuntukkan, berharga RM50 bagi dewasa manakala bagi penonton kanak-kanak pula berharga RM10."Kaunter tiket tersebut akan terus dibuka mulai pukul 9 pagi keesokannya sekiranya tiket untuk perlawanan akhir itu masih berbaki," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi lawatan dan taklimat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Hamat di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, UStaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Hishamuddin berkata, pasukan TFC I kini dalam keadaan bersiap sedia untuk bertemu pasukan lawan dengan melakukan latihan insentif.“Kita akan cuba yang terbaik dan berusaha gigih membawa pulang trofi Piala Malaysia 2018," katanya.TFC I mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan agregat 3-2 pada peringkat separuh akhir.
22 Oct 18
211
Empty Image
Terengganu Sedia Kongsi Pembangunan Sukan Negeri
Ustaz Wan Sukairi bersama wakil Kerajaan Kelantan di MSNT, Gong Badak, hari ini.KUALA NERUS, 22 Oktober - Kerajaan Terengganu sentiasa bersedia untuk berkongsi amalan dan pengalaman kejayaannya dalam tadbir urus dan pembangunan sukan dengan negeri lain yang berminat untuk mempelajarinya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, langkah tersebut selaras dengan matlamat menjayakan agenda sukan negeri khususnya dan negara amnya.“Hari ini, kita telah menerima kunjungan dari wakil Kerajaan Kelantan dan satu taklimat khas berkaitan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dibentangkan kepada wakilnya.“Kita telah pun kongsikan maklumat berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan sebagainya dan mudah-mudahan ianya menjadi input yang baik kepada mereka untuk mengadakan perkara yang sama di Kelantan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat bersama timbalannya, Zuraidin Abdullah dan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (UBes) Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari di MSNT Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim.Sementara itu, Wan Roslan berkata, kunjungan ke Terengganu adalah untuk mendapatkan maklumat yang jelas mengenai MSNT.“Selain mendapatkan info dan maklumat berkaitan tadbir urus dan pembangunan sukan di negeri jiran ini, kita mengharapkan hubungan kerjasama ini dapat dikekalkan.“Lebih-lebih lagi Terengganu telah berkali-kali bergelar juara Sukan Malaysia (SUKMA), mungkin hasil daripada lawatan ini akan ada sedikit sebanyak yang boleh kita laksanakan di negeri Kelantan,” ujarnya.
22 Oct 18
114
Empty Image
Terengganu Naib Juara Piala Emas Raja-raja
Pasukan Terengganu menyandang naib juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 selepas tewas tipis 0-1 kepada Pahang. Foto - Harish FadzillahOleh: Wan Luqman HakimTEMERLOH, 22 Oktober - Pasukan Terengganu menyandang naib juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 selepas tewas tipis 0-1 kepada Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, semalam.Pahang membuka tirai jaringan pada minit ke-7 menerusi Muhd Hafizi Abd Halim yang melepaskan rembatan kencang menggegar gawang selepas dia menerima umpanan Muhamad Firdaus Abdul Razak.Terengganu mencuba untuk mencari gol penyamaan namun rembatan Muhammad Afif Sufyan Azman pada minit ke-24 berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Muhammad Saufi Mohd.Enggan mengalah sehingga ke saat akhir, Terengganu menggandakan serangan namun kecekapan Mohamad Saufi menjaga gawang berjaya memastikan Pahang muncul juara.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di Temerloh berkata, semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain Terengganu cukup membanggakan walaupun tewas kepada pasukan lawan."Saya cukup berbangga dengan prestasi pemain-pemain kita."Terengganu mula mempamerkan rentak kebangkitan dengan memulakan asakan ke kubu Pahang tetapi beberapa percubaan yang dilakukan tersasar."Walaupun kita gagal namun itulah adat permainan dan itulah perkara yang patut kita terima dalam apa jua permainan sekalipun," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita hari ini, mengulas tentang perlawanan menentang Pahang bagi merebut Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78, semalam.Wan Sukairi juga sempat mengajak rakyat Terengganu untuk hadir menyokong pasukan Terengganu Football Club (TFC) pada perlawanan akhir TFC menentang Perak."Insya-Allah kita akan buat yang terbaik. Terengganu nelang," katanya.
22 Oct 18
149
Empty Image
Pulangkan Royalti Minyak Bukan Kekalkan Polisi Lama
Ustaz Hishamuddin (dua dari kanan) ketika di Johor baru-baru ini.KUALA TERENGGANU - Bagi membina 'Malaysia Baharu', Kerajaan Persekutuan perlu lebih bersedia memberikan komitmen memulangkan kembali royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri Terengganu bukan mengekalkan polisi lama yang telah diperkenalkan sejak tahun 2000 yang lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ia bertujuan melihat sejauhmana keupayaan Kerajaan Terengganu memacu ekonomi negeri dan membela kebajikan rakyat.Katanya, menuju 'Malaysia Baharu' sepatutnya Kerajaan Pusat membawa satu gagasan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia secara lebih adil. "Buang budaya politik melampau dan bina kembali objektif berpolitik yang menggunakan sistem federalisme secara saksama," katanya dalam satu kenyataan di status facebook beliau baru-baru ini.Bagaimanapun beliau tidak pasti sejauh mana keputusan pihak persekutuan khususnya Kementerian Kewangan terhadap komitmen royalti atau ‘dana khas persekutuan’ untuk Terengganu. "Jika komitmen untuk bina 'Malaysia Baharu', saya kira kerajaan persekutuan perlu lebih bersedia memberikan komitmen memulangkan kembali hak rakyat Terengganu melalui saluran yang sah (kerajaan negeri) bukan mengekalkan polisi lama yang telah diperkenalkan semenjak tahun 2000 yang lalu."Inilah masanya untuk melihat sejauh mana komitmen kerajaan Terengganu dalam memacu ekonomi negeri dan pembelaan terhadap kebajikan rakyat," katanya. Dalam masa yang sama kata Ustaz Hishamuddin, pihak kerajaan persekutuan tidak perlu bimbang dengan penyelewengan kerana semua agensi kerajaan persekutuan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain cukup mampu untuk memantau malah mengenakan tindakan jika terbukti pihak kerajaan negeri melakukan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.Beliau menjelaskan, kadar perolehan hasil untuk negeri pengeluar hanya lima peratus sahaja atas nama royalti."Kerajaan Persekutuan pula memperolehi sumbangan melalui Petronas dalam pelbagai jenis bayaran termasuk royalti lima peratus, dividen, cukai pendapatan, duti dan lain-lain. "Justeru, lima peratus royalti tidak wajar berkira sangat untuk negeri pengeluar minyak. Hormati perjanjian royalti dan kembalikan peluang untuk rakyat melihat bagaimana kerajaan baharu negeri Terengganu membangunkan negeri dengan lancar," ujarnya.Beliau percaya dan menaruh harapan agar kerajaan baharu persekutuan tetap bersedia untuk memperbaiki kesilapan yang lampau."Secara faktanya, royalti minyak Terengganu telah cukup untuk diteliti melalui pelbagai medium. Senang nak dapat info dan kronologi royalti semenjak diperolehi Terengganu pada 1978 hingga dinafikan hak pada tahun 2000 semasa PAS berjaya mendapat mandat dari rakyat Terengganu," jelasnya lagi.
21 Oct 18
40
Empty Image
Pelantikan MPKK - Husam Ketinggalan
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menyifatkan bahawa Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husam Musa jauh ketinggalan dalam isu pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Menurutnya, terdahulu, beliau hadir dalam mesyuarat Exco bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar atas kapasiti Exco Pembangunan Desa Negeri Terengganu yang membincangkan soal penyelarasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Jelas diputuskan dalam mesyuarat tersebut bahawa MPKK ialah di bawah bidang kuasa Pentadbiran Kerajaan Negeri."Kerajaan Pusat tidak campur tangan sedikit pun hal perlantikan MPKK."Di Terengganu dari bulan Julai 2018 lagi kita dah selesaikan pelantikan semua 1,700 MPKK tanpa campur tangan kerajaan pusat walaupun MPKK turut mendapat peruntukan Pusat."Terengganu ialah negeri yang pertama menyelesaikan pelantikan MPKK."Kementerian yang bertanggungjawab dalam hal MPKK ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Siapa Husam dalam Kementerian ini untuk membuat kenyataan?," tegasnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, semalam, mengulas tentang kenyataan Husam Musa yang mendakwa bahawa MPKK merupakan agensi gantian kepada JKKK.Tambah Dr Azman lagi, Kabinet juga telah memutuskan semua JKKK dimansuhkan."Saya dah tanya berulang kali dengan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YB Sivarasa Rasiah adakah Kerajaan Pusat berhasrat utk mewujudkan Institusi Penghulu Persekutuan di Kelantan dan Terengganu?"Jawab Timbalan Menteri, "Tidak sama sekali! Kita tak akan ulang apa yang Umno buat."," jelasnya.
21 Oct 18
206
Empty Image
Hakisan Pantai: MB Bincang Dengan UMT
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian penutup KLK UMT disaksikan oleh Dr Haji Alias (dua dari kiri) dan Prof. Dato’ Dr Nor Aieni  (kanan). KUALA NERUS - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan bahawa beliau pernah mengadakan perbincangan dengan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengenai hakisan pantai Terengganu dengan mendapat pelbagai pendapat cara penyelesaian masalah tersebut.Menurutnya segala pandangan berkenaan jika dimanfaatkan akan memberi keuntungan kepada pihak universiti tersebut dan kerajaan negeri."Apabila saya mengajak Dato' Naib Canselor (Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar) dan rakan-rakan akademik yang lain bertemu dan berbincang mengenai hakisan pantai di Terengganu yang saya kira dapat menjana bermacam-macam pandangan."Dan akhirnya apabila kita bergerak ke hadapan, In Sya Allah akan ada keuntungan kepada universiti dan kepada negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutup Karnival Luar Kampus (KLK) UMT di Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak di sini 20 Oktober.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Haji Alias Razak, Prof Dato' Dr Nor Aieni, Ahli Lembaga Pengarah UMT, Prof TS Aziz Deraman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof TS Cik Mohd Rozaidi Razali, Pegawai-pegawai Utama dan Pegawai-pegawai Kanan UMT, Pelajar-pelajar UMT serta Komuniti Kuala Nerus.Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) menyaksikan tayangan montaj aktiviti KLK UMT bermula 18 hingga 20 Oktober lalu.Dr Ahmad Samsuri seterusnya menyeru warga universiti berkenaan memikirkan persoalan apa yang perlu dilakukan untuk negeri dan negara dalam tempoh lima hingga 20 tahun akan datang."Saya percaya warga universiti bukan sahaja belajar tetapi turut berfikir persoalan, lima tahun, 10 tahun dan 20 tahun akan datang, kepada masyarakat dalam negari dan negara kita ini."Justeru, saya menyeru warga universiti sama-sama menjaga negeri kita ini dengan penterjemahkan ilmu dalam masyarakat dengan membabitkan diri dengan aktiviti komuniti," ujarnya.Katanya, rakan universiti termasuk mahasiswa dan mahasiswi perlu menterjemahkan ilmu yang dipelajari dengan menjana idea baharu untuk membantu membangun masyarakat setempat dan negeri Terengganu."Warga universiti boleh mengaktifkan sukan dan budaya komuniti dengan ilmu yang dipelajari di samping membantu menyelesaikan masalah masyarakat."Kecaknaan ini haruslah disegarkan dalam diri mahasiswa dan mahasiswi sekalian," tegasnya.
21 Oct 18
67
Empty Image
Menteri Besar Sertai De' Perasing Ride@LPT2
Dr Samsuri dan peserta VIP fun ride bergambar sebelum perlumbaan.KEMAMAN, 22 Oktober - Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mempamerkan sokongan De' Perasing Ride 2018 apabila menyertai perlumbaan kategori Fun Ride 5KM yang diadakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, kelmarin.Beliau turut mengejutkan urusetia perlumbaan apabila berjaya menamatkan kayuhan hanya dalam masa 15 minit mendahului peserta lain.Selain Dr Samsuri, fun ride turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' A. Rahman  Yahya, Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Pengarah Eksekutif LPT2 , Datuk Azman Ismail selain pegawai-pegawai kerajaan negeri dan LPT2.Perlumbaan yang dianjurkan oleh Syarikat Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri itu turut disokong oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).Perlumbaan menggunakan laluan di antara persimpangan Jabor hingga Kijal.Penganjuran kali kedua De' Perasing Ride kali ini berjaya menghimpunkan seramai 1,300 peserta dari seluruh negara termasuk dari negara Thailand.Wan Sukairi merakamkan ucapan tahniah kepada syarikat LPT2 atas penganjuran dan berharap ia akan terus menjadi acara tahunan."Perlumbaan ini bukan sahaja mempromosikan LPT2 sebagai laluan utama pantai timur dan R&R Perasing. "Ia juga secara tidak langsung mempromosi Terengganu sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan aktiviti berbasikal dan melahirkan banyak bakat negara dalam sukan ini," katanya ketika ditemui pemberita di sana.De' Perasing menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM52,000 dengan mengetengahkan tiga kategori perlumbaan, Fun Ride, Road Bike 90KM dan Mountain Bike 50KM yang disempurnakan pelepasannya oleh Dr Samsuri seawal jam 7:30 pagi.Kategori Road Bike 90KM diungguli oleh Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff daripada pasukan Sapura dengan catatan masa 1:53:16:00.Wan Sukairi menyampaikan hadiah kepada Mohamad Nur Aiman.Manakala, Mountain Bike 50KM pula dimenangi oleh Muhammad Elmi Jumari daripada Amaniz Cycling Team yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 1:25:05:29.Pasukan berbasikal kebanggaan negeri, Terengganu Cycling Team (TSG) pula dianugerahkan sebagai pasukan terbaik kejohanan dan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000.
21 Oct 18
481
Empty Image
Sidang Dewan DUN 25 November
Dewan Undangan Negeri Terengganu akan melakukan beberapa penambahbaikan untuk keselesaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.  Foto - Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 Oktober - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang ini telah diputuskan pada 25 hingga 29 November 2018.Yang Dipertua DUN Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, beliau telah mengambil inisiatif memberi keselesaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dengan masa yang secukupnya untuk mengemukakan soalan dan mengambil bahagian dalam perbahasan.“Ini juga termasuk dalam agenda di peringat DUN. Kita telah  menubuhkan satu jawatankuasa khas  penambahbaikan dengan melantik beberapa orang  di kalangan mereka yang  mempunyai  pengalaman.“Ia juga termasuk  sekumpulan pakar undang-undang  kita  lantik sebagai panel penyelidik,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelepasan Delegasi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria Di Sempadan Turki di Lobi Pelepasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kelmarin.Sehubungan itu, menurutnya, hasil daripada lawatan beliau ke DUN Perak dan Selangor, DUN Terengganu sudah pun melaksanakan beberapa penambahbaikan.Oleh itu, kata beliau, keutamaan akan diberikan kepada ketua pembangkang dengan mengambil kira perbincangan lanjut yang akan diadakan.“Tapi, saya nak sebutkan sebagai tambahan  di peringkat  awal sebenarnya kita akan menubuhkan  satu jawatankuasa terpilih  iaitu memberi tumpuan  kajian berhubung dengan  peraturan tetap dewan (standing order).“Sebab di sana kita nampak banyak perkara agak ketinggalan  dari segi ‘standing order’ di negeri Terengganu berbanding dengan negeri lain. Kita akan tumpukan dulu kemudian kita akan pergi peringkat demi peringkat,” tegas beliau.
21 Oct 18
32