Artikel "Utama" Terkini
PBSNT Umum Percaturan Pasukan TFC 2019
Hishamuddin Abdul Karim.KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Sehubungan dengan prestasi yang dicapai oleh Terengganu Football Club (TFC) I hingga IV pada musim ini, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhasrat untuk mengumumkan pembentukan pengurusan bagi semua pasukan yang berada di bawah seliaan PBSNT.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, PBSNT merakamkan rasa syukur atas kejayaan pasukan Terengganu yang telah bersaing dalam sukan bola sepak melalui kejayaan yang memberangsangkan mutakhir ini."TFC 1 akan berada di pentas final Piala Malaysia pada Sabtu ini menentang pasukan Perak."TFC II baru sahaja berjaya bergelar juara dalam Piala Cabaran yang baru diperkenalkan walaupun di peringkat awal, prestasinya merosot."TFC III bergelar Juara Piala Presiden dan tewas bersaing ketika Sukan Malaysia (SUKMA) berlangsung tempoh hari."Manakala TFC IV mampu ke pentas akhir Piala Belia walau hanya bergelar Naib Juara," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, semalam, mengulas tentang pembentukan pasukan TFC bagi tahun 2019."Jawatankuasa Khas Pemilihan yang bersidang 23 Oktober 2018 yang dipengerusikan saya sendiri telah mendapat mandat untuk membuat pengumuman pembentukan pengurusan dan pegawai pasukan TFC."Bagi Pasukan Terengganu FC Liga Super 2019 akan dikendalikan oleh Encik Ahmad Shahrizal bin Yahaya sebagai Pengurus, Encik Zul Fadli bin Rozi sebagai Penolong Pengurus dan Haji Irfan Bakti bin Abu Salim sebagai Ketua Jurulatih."Pasukan Terengganu FC II Liga FAM (Feeder Club) 2019 akan dikendalikan oleh Encik Jasmira bin Othman sebagai Pengurus, Che Wan Azlizan bin Che Wan Abu Bakar sebagai Penolong Pengurus dan Tengku Hazman bin Raja Hassan sebagai Ketua Jurulatih."Pasukan Terengganu FC III (Piala Presiden) 2019 akan dikendalikan oleh Haji Mohd Rusdi bin Hamat sebagai Pengurus, Haji Zulkifli bin Nawi sebagai Penolong Pengurus dan Encik Badrul Hafzan bin Razali sebagai Ketua Jurulatih."Manakala bagi Pasukan Terengganu FC IV (Piala Belia) 2019 akan dikendalikan oleh Encik Mohd Yahaya bin Mohd Noor sebagai Pengurus, Encik Ramlee bin Othman sebagai Penolong Pengurus dan Encik Subri bin Sulong sebagai Ketua Jurulatih," jelasnya.Dalam perkembangan yang sama, menurutnya, pelantikan dan pemilihan yang dibuat ini adalah berdasarkan prestasi dan komitmen yang telah berjaya dipamerkan oleh semua yang terpilih.Justeru, PBSNT merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang telah terpilih dan mengharapkan agar masing-masing dapat mempersembahkan kualiti kerja yang lebih cemerlang untuk melihat kejayaan pasukan Terengganu di persada tanah air."Bagi mendepani musim depan, PBSNT meletakkan sasaran dan akan menyusun Key Performance Indicator (KPI) buat semua pasukan agar musim depan berjalan dengan lebih tersusun."Berasaskan prestasi semasa, TFC I yang melalui kempen Piala FA TFC I hanya berada di Suku Akhir. Manakala kempen Liga Super, TFC I berada di tempat ke-5 dan terkini TFC I dalam kempen Piala Malaysia, kita berjaya berada dalam perlawanan akhir."Kita juga amat berharap agar TFC I berjaya merangkul kejuaraan," katanya.Tambahnya, PBSNT turut mengambil peluang ini untuk mempelawa syarikat dan individu perseorangan untuk turut serta sebagai rakan penaja dan bergerak sebagai satu pasukan secara menang-menang."Kami percaya cabaran mendatang khususnya dalam aspek kewangan antara cabaran yang bakal dilalui secara getir dalam saingan musim depan."PBSNT tidak melupakan jasa semua pihak dalam menyokong dan memperkukuhkan pasukan kesayangan rakyat Terengganu ini."Justeru, kami akan berusaha gigih memperbaiki dan meningkatkan mutu pengurusan untuk musim depan."PBSNT merakamkan ucapan terima kasih khusus buat Kerajaan Negeri Terengganu, GLC, penaja-penaja yang setia, penyokong setia dan semua rakyat Terengganu yang sentiasa bersama kami ketika jatuh dan bangun."Semangat berpasukan ini kita akan kekalkan secara berterusan," tegasnya.
24 Oct 18
231
Drawbridge Dijangka Siap Februari Ini
Oleh : Hanif HamdanKUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Kerajaan negeri melalui portfolio Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri meneruskan pembinaan jambatan angkat (drawbridge) yang pertama di Asia Tenggara.Pengerusinya, Dr Mamad Puteh berkata, jambatan yang menghubungkan Muara Utara dan Muara Selatan di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) menjadi ikonik negeri dan berupaya menarik tumpuan pelancong serta dijangka siap Februari ini."Drawbridge ini yang menyambungkan Muara Utara dan Muara Selatan di KTCC ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya di Jambatan Sultan Mahmud."Selain itu, ianya juga akan memendekkan jarak perjalanan daripada Kuala Terengganu ke Lapangan Kapal Terbang Sultan Mahmud," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja ke tapak projek di KTCC, di sini.Menurut beliau lagi, drawbridge ini bakal menjadi tumpuan pelancongan kerana memiliki keistimewaan yang tersendiri."Istimewanya drawbridge 14 tingkat ini kerana mempunyai ruang galeri dan restoran berkapasiti 200 orang. Yang lebih menarik, drawbridge ini lebih panjang daripada London Drawbridge di London sepanjang 50 meter dan pastinya bakal menjadi tumpuan pelancongan dalam negara ini," katanya.Tambahnya, tinggi 'bascule' (daun jambatan) adalah 40 kaki dan tiada halangan kepada bot nelayan kelas "C" untuk menyusuri drawbridge."Untuk kapal atau bot yang melebihi ketinggian 40 kaki boleh menyusuri pada waktu yang dijadualkan."Kita akan buat penyelarasan jadual waktu membuka 'bascule' dengan Jabatan Laut," jelasnya.Kos keseluruhan projek drawbridge ini menelan belanja kira-kira RM248 juta.
24 Oct 18
172
Terengganu Sambut Baik Kajian Separuh Penggal RMK11
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu menyambut baik apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di parlimen, baru-baru ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau tetap konsisten dan bersetuju bahawa kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dapat memperkukuhkan konsep federalisme."Saya sendiri hadir mendengar pembentangan tersebut di mana Tun menekankan konsep federalisme dalam aspek hubungan akan diperkukuhkan di antara persekutuan dan negeri tanpa mengira parti yang memerintah."Ini amat kita hargai dan kita berpegang bahawa ianya satu natijah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat," tegasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Iman, hari ini.Sehubungan itu, Dr Ahmad Samsuri tidak mahu apa jua isu yang berlaku di antara kerajaan negeri dan pusat memberi kesan kepada kebajikan rakyat."Jadi kita mahu masalah itu selesai."Sebab itulah kita amat mengharapkan supaya segala perancangan yang telah dirangka sebelum ini yang berkait dengan bidang kuasa pusat haruslah diteruskan," jelasnya.Justeru itu kata beliau, sekiranya ada penambahbaikan dan kajian semula, ia perlu dirujuk kepada pihak negeri supaya dapat diberikan pandangan berkaitan."Saya setakat ini merasa hubungan berjalan dengan baik antara negeri dan persekutuan," tambah beliau.
24 Oct 18
85
Kerajaan Negeri Terima Royalti Air RM4 Juta Setahun
Dr Mamad Puteh.KUALA TERENGGANU, 24 Oktober - Kerajaan Terengganu menerima hasil royalti penggunaan air dan lesen takungan air oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stesen Jana elektrik Hulu Terengganu (SJHT) di Tasik Tembat dan Tasik Puah di Hulu Terengganu sebanyak RM4 juta setahun.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, sepanjang 2016 sehingga kini, pendapatan yang direkodkan terus bertambah berdasarkan kemajuan pembangunan infra di SJHT.Jelasnya, empangan Tembat dan Puah menyediakan 265 megawatt (MW) elektrik tambahan kepada kapasiti penjanaan Stesen Tenaga Hidroelektrik Kenyir dan meningkatkan kapasiti stesen kepada kepada 665 MW."Selain membekalkan tenaga elektrik sejak Disember 2015, projek ini telah pun terlebih awal membantu kerajaan negeri dan rakyat Terengganu ketika banjir mahupun kemarau."Pada musim banjir pula, malah ketika banjir besar pada tahun 2014, empangan Hulu Terengganu dapat menakung jumlah air yang sangat banyak akibat hujan lebat berpanjangan, sekaligus meredakan keadaan daripada kemungkinan banjir yang lebih buruk."Dianggarkan, dengan terbinanya projek ini kerugian harta benda penduduk dan kerugian infrastruktur Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akibat banjir yang boleh dielakkan di Kuala Berang berjumlah kira-kira RM6.4 juta (tidak termasuk 'economic loss')," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Kerajaan Terengganu & Tenaga Nasional Berhad Bagi Skim Hidroelektrik Hulu Terengganu Dan Pembangunan Ibu Pejabat TNB Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Dr Samsuri menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Skim Hidroelektrik Hulu Terengganu & Pembangunan Pejabat TNB Terengganu.Perjanjian itu dimeterai antara Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya bagi pihak kerajaan manakala TNB diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato' Seri Ir. Azman Mohd, dengan disaksikan oleh Menteri Besar, Dr, Ahmad Samsuri Mokhtar.Tambah Dr.Mamad lagi, pada musim kemarau, dari semasa ke semasa TNB telah membantu Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) untuk melepaskan lebih banyak air bagi mengimbangi air masin dari laut yang masuk ke Sungai Terengganu , bagi tujuan rawatan bekalan air.Ir Azman Mohd.Sementara itu, Ir Azman berkata, projek SJHT dengan dua tasik berkeluasan 7,197 hektar atau bersamaan satu per enam Tasik Kenyir telah memberi manfaat secara langsung kepada kerajaan negeri dan juga rakyat Terengganu.Tambah Ir Azman, di loji-loji hidro TNB yang lain, penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Tasik dan Kawasan Tadahan telah membuktikan kejayaan dalam mengurus dan memulihara kawasan tadahan."Ini jelas amat berkesan dalam menguruskan kawasan tadahan Pergau. Oleh itu, TNB ingin mencadangkan agar pendekatan seumpama itu dilaksanakan di Hulu Terengganu ini sebagai satu pendekatan strategik demi masa depan."Pengalaman getir dirasai di Cameron Highland yang turut dilanda banjir besar pada tahun 2014, apabila banyak pihak menanggung pelbagai kerugian yang bukan sedikit, berikutan terjejasnya kawasan tadahan Lembah Bertam," katanya.Menurut beliau, loji hidro tidak boleh beroperasi 24 jam sehari kerana bergantung kepada jumlah air yang ada untuk tujuan penjanaan."Sekiranya ia beroperasi berterusan 24 jam sehari, kandungan empangan akan merosot dan tidak dapat memenuhi fungsi kritikal yang lain seperti membekalkan air mentah dan pengairan," ujar Ir Azman.Sementara itu, Ir. Azman juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terengganu, di atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan terhadap pembangunan ibu pejabat TNB Negeri Terengganu, yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.Katanya, konsep reka bentuk bangunan serba lengkap itu mengambil kira kedudukan tapaknya di pusat bandar dan berdekatan pula dengan Menara Darul Iman.Ia bakal menjadi mercu tanda baharu Kuala Terengganu City Centre dengan mengenengahkan ciri-ciri kemampanan alam sekitar dan mesra pengguna.
24 Oct 18
242
TATiUC Jalin Kerjasama Dengan OOSB Dan iMSSB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (empat dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU).KUALA TERENGGANU, 24 Oktober - Kolej Universiti Tati (TATiUC) hari ini menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan industri untuk menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan dan modal insan.Bagi tujuan tersebut, TATiUC menandatangani MoU dengan Optimistic Organic Sdn Bhd (OOSB) yang merupakan sebuah syarikat berasaskan pengeluaran bahan kimia khususnya penghasilan Maleic Anhydride dalam bentuk cecair ataupun pepejal yang menggunakan teknologi Jerman.TATiUC turut menandatangani MoU dengan Integratus Maintenance Services Sdn Bhd (iMSSB) sebuah syarikat kejuruteraan, baik pulih, fabrikasi, operasi dan pengurusan fasiliti yang terkemuka di kawasan industri setempat.Bagi kedua-dua MoU itu, TATiUC diwakili Rektornya, Prof. Dr. Anuar Ahmad, manakala OOSB diwakili Pengarahnya Mohd Ali Ayub dan iMSSB pula diwakili Pengarah Urusannya, Hamidon Md. Khayon.Majlis disaksikan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dr Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, melalui kerjasama itu, ianya memberi makna besar dalam membangunkan modal insan Negeri Terengganu dan mampu membantu merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.“Kerjasama ini diharap dapat dipertingkatkan lagi sehingga ke skala lebih besar seperti industri menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar TATiUC dan pada masa sama, kepakaran TATiUC digunakan di lapangan industri.“Jalinan kerjasama antara TATiUC dan industri tentunya akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, malah memberi impak lebih besar kepada anak-anak Terengganu,” ujarnya di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Diantara TATiUC dengan OOSB dan iMSSB di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat. Sementara itu, Prof. Dr. Anuar berkata, dalam memastikan institut pengajian tinggi seperti TATiUC terus relevan dan berkembang, sinergi dengan rakan industri adalah penting.“Kerjasama yang dimeterai antara TATiUC dengan OOSB dan iMBSSB akan menjadikan TATiUC dan rakan industri sebagai sebuah kerjasama yang baik dalam bidang pendidikan, perundingan, penyelidikan serta latihan khususnya berkaitan teknikal dan kejuruteraan,” ujarnya.Katanya, melalui kerjasama itu antara lainnya adalah untuk menjadikan graduan TATiUC sebagai pilihan utama untuk ditawarkan pekerjaan sejurus selepas menamatkan latihan industri.“TATiUC pula akan membekalkan konsultasi kepakaran dalam bidang berkaitan termasuk menjalankan kursus jangka pendek kepada pemain industri, juga membangunkan dan menggalakkan penyelidikan, seminar, bengkel dan persidangan bersama,” ujarnya.
24 Oct 18
166
Terengganu Isytihar Cuti Peristiwa 28 Oktober
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ditemui pemberita di Wisma Darul Iman.KUALA TERENGGANU, 24 Oktober - Kerajaan Terengganu mengisytiharkan hari Ahad 28 Oktober sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala Malaysia pada 27 Oktober ini, samada Terengganu Football Club 1 (TFC I) menang mahupun kalah.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan berita gembira tersebut dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini."Menyedari bahawa perlawanan kali ini (adalah) perlawanan yang penting, kita melihat prestasi pembangunan sukan bola sepak di Negeri Terengganu dan sukan yang lain termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) berada pada tahap yang amat membanggakan."Sebagaimana yang kita tahu, Terengganu telah berjaya memenangi SUKMA 2018 dan dalam perlawanan bola sepak di peringkat lain."Ia juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan pada kali ini, kemuncaknya adalah perlawanan Piala Malaysia di mana Terengganu bakal berdepan dengan pasukan Perak," jelasnya.Oleh itu, beliau berharap berita ini akan menjadi suatu motivasi kepada para penonton dan penyokong daripada Negeri Terengganu yang akan ke Shah Alam untuk memberikan sokongan kepada para pemain.
23 Oct 18
28
Irfan Harap TFC Juara Piala Malaysia
Irfan (tiga dari kiri) memberi kata perangsang kepada anak buahnya dalam sesi latihan di Padang C, berhampiran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Nerus 23 Oktober. TFC akan berdepan dengan Perak di Stadium Shah Alam, Selangor, 27 Oktober ini.KUALA NERUS, 24 Oktober - Ketua Jurulatih Pasukan Terengganu Football Club (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, 64, mengharapkan pemain Sang Penyu itu memberi sumbangan terbaik di Final Unifi Piala Malaysia berdepan dengan Perak dan sokongan padu daripada penonton amat diperlukan.Katanya, tanpa sokongan padu dari penonton, TFC tidak sampai ke final Piala Malaysia."Jadi bermainlah untuk lencana kita, untuk Negeri Terengganu dan untuk pasukan Terengganu," katanya ketika ditemui di Padang C, berhampiran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam.Irfan Bakti Abu Salim.Katanya, TFC berada dalam kumpulan yang sama dengan Perak (Kumpulan A), mata dan jaringan sama antara kedua-dua pasukan tersebut."Jaringan dan mata sama sahaja antara kita (TFC) dengan Perak, kedudukan kita menjadi 50-50 antara kita dengan Perak," jelasnya.Baru-baru ini, TFC mengalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT), dengan agregat 3-2 dalam perlawanan timbal balas peringkat separuh akhir di Stadium Larkin, Johor.Manakala Perak mengesahkan aksi ke pentas final piala berkenaan biarpun jaringan sekadar terikat 2-2 ketika berdepan Sabah pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini.Serentak itu, Perak layak ke pentas final dengan agregat 7-2, hasil kemenangan 5-0 di Stadium Perak pada aksi separuh akhir pertama yang lalu.Seterusnya, Irfan berkata, untuk strategi juara Piala Malaysia beliau akan berbincang dengan pembantu jurulatih pasukan.TFC mempunyai tiga orang jurulatih tempatan berpengalaman bagi membantu Irfan mengatur strategi kemenangan TFC di pentas final piala tersebut.Irfan yang terbabit selama 30 tahun dalam bidang kejurulatihan bola sepak, memberi jaminan semua kesebalasan utama akan diturunkan di Stadium Shah Alam, Selangor, 27 Oktober (Sabtu) ini dan tiada kecederaan dikenal pasti sekaligus pasukan Sang Penyu dalam keadaan siap sedia berdepan dengan Perak di malam hari tersebut.Irfan menjelaskan bahawa beliau telah membawa TFC (Terengganu FA) ke pentas final menentang Negeri Sembilan FA tahun 2011 di stadium yang sama tetapi hanya berjaya menjadi naib juara Piala Malaysia ketika itu dengan satu jaringan berbalas dua."Jadi secara peribadi saya berhasrat menjadikan Piala Malaysia sebagai senarai anugerah peribadi istimewa saya selama terbabit dengan dunia bola sepak," tegasnya.Sebelum ini, Irfan hanya berjaya membawa banyak pasukan yang dipimpinnya ke final Piala Malaysia tetapi belum membawanya ke peringkat juara.Kipre Tchetche (kanan) dalam sesi latihan bersama pasukan TFC di Padang C berhampiran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak Kuala Nerus.Sementara itu, Ketua Pasukan Sang Penyu, Kipre Tchetche Hermann berkata, pasukan yang dipimpinnya bersemangat menjadi juara piala tersebut untuk tidak menghampakan harapan peminat hitam putih."Kami akan bermain secara berpasukan dan akan memperbaiki segala kelamahan untuk mencapai kemenangan tersebut," katanya kepada pemberita di padang yang sama.Beliau tidak ada strategi dan target gol tertentu untuk mencapai juara tetapi Sang Penyu akan mempamerkan persembahan terbaik untuk tujuan tersebut.
23 Oct 18
145
Tujuh Emas Bawa Aisyah Ke Tanah Suci
Aisyah menunjukkan insentif kemenangannya di SUKMA kepada pemberita.KUALA NERUS, 24 Oktober - Atlet paling cemerlang Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, Nur Aisyah Mohamad Zubir melahirkan rasa gembira apabila dianugerahkan hadiah bonus berupa pakej umrah tajaan Whe Mumtaz Travel & Tours Sdn. Bhd.Pemenang tujuh pingat emas acara berbasikal jalan raya dan trek itu berkata, dia dimaklumkan berita gembira itu oleh pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu, Khamis lalu.Menurutnya, hadiah itu bakal merealisasikan harapan untuk membawa kedua ibu bapanya menziarahi tanah suci Mekah.“Selama ini, saya mengumpulkan wang untuk menunaikan hasrat ini. Alhamdulillah, hadiah bonus ini adalah rezeki kami untuk ke sana,” katanya.Selain pakej umrah, gadis kelahiran Kemaman itu turut menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM21,000. Ketika ditemui, beliau sempat merakamkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang terlibat dalam kejayaannya.“Kepada Menteri Besar dan Exco Belia, Sukan dan NGO, pengarah dan kakitangan MSNT, ketua kontinjen, pengurus sukan dan jurulatih yang banyak mendidik saya, saya ucapkan jutaan terima kasih atas masa, peluh dan keringat yang diluangkan untuk saya sehingga berjaya.Kerajaan negeri berusaha memberikan penghargaan terbaik kepada atlet yang mengangkat nama negeri di peringkat tertinggi.“Saya tidak menyangka menerima hadiah pakej umrah kerana sejak awal lagi kami dimaklumkan hadiah bonus ini hanya untuk olahragawati terbaik yang dimenangi oleh ratu pecut kita, Azreen Nabila Alias,” katanya terharu.Kejayaan itu juga menjadi motivasi baginya yang akan bertanding acara jalan raya dalam temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 di Filipina.Dalam pada itu, Menteri Besar, Dr. Samsuri memaklumkan hadiah itu tanda keprihatinan kerajaan atas usaha dan kesungguhan gadis berusia 21 tahun itu.“Memang pada asalnya, cuma olahragawati yang mendapat hadiah bonus itu. Tetapi, kita menyedari kejayaan Aisyah meraih tujuh pingat emas, iaitu dalam semua acara yang disertainya adalah satu pencapaian yang cemerlang. “Setelah berbincang dengan beberapa pihak, kita berjaya mendapatkan tajaan yang juga berupa pakej umrah untuknya,” katanya.Aisyah dan Azreen dijangka akan menunaikan umrah tersebut pada bulan Disember nanti.
23 Oct 18
540
Atlet Sukma Terima Insentif RM995,000
Dr Samsuri bersama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi (kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya dan Chef de Mission, Samiun Salleh bersama para atlet.KUALA NERUS, 24 Oktober - Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu yang berjaya merealisasikan misi ‘Win Back Mission’ menerima insentif berjumlah RM995,000 daripada kerajaan negeri.Dalam SUKMA yang berlangsung di Perak, kontinjen Terengganu berjaya meraih 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa sekaligus mengulangi pencapaian sebagai juara keseluruhan setelah kali terakhir melakukannya di SUKMA 2012 di Pahang.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, insentif yang diberikan ialah penghargaan kepada para atlet yang telah mengangkat nama negeri di persada sukan negara.“Walaupun mereka mungkin layak menerima nilai yang lebih baik, hanya ini nilai dapat kita sediakan buat masa ini.Kerajaan negeri berusaha merangka strategi supaya kerjaya sukan mereka boleh dipertingkatkan di mana hasilnya akan melebihi jangkauan nilai yang diberikan hari ini dan lebih berkekalan,” katanya kepada pemberita ketika hadir hadir di Majlis Penyampaian Insentif Temasya SUKMA Perak 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, semalam.Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan kali ini.Kesungguhan atlet jayakan misi Win Back Mission.“SUKMA 2018 sangat bermakna. Ia menjadi batu tanda baharu bahawa Terengganu mampu melahirkan sang juara yang dibanggakan seluruh rakyat.“Kita mengimpikan juara-juara ini akan membawa Negeri Terengganu ke peringkat seterusnya sekaligus mewakili negara di peringkat antarabangsa.“Kejayaan hari ini hasil daripada dedikasi dan komitmen menyeluruh dari semua pihak. Ahli-ahli yang berhormat, bapa dan jabatan angkat, majlis sukan negeri, pengurus pasukan, persatuan sukan negeri dan pihak lain yang terlibat, anda adalah juara,” ujarnya.Dalam pada itu, Dr Samsuri sempat berpesan supaya pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC I) berjuang bersungguh-sungguh dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung hujung minggu ini.“Ramai pihak dan netizen mencadangkan kerajaan negeri supaya memberikan imbuhan sekiranya mereka berjaya mendakap Piala Malaysia. Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat terlebih dahulu. “Insya-Allah, kita tidak akan membiarkan usaha mereka tanpa penghargaan. Cuma, bentuk ganjaran itu akan kita maklumkan kemudian,” katanya.
23 Oct 18
176
Bajet Pendidikan Terengganu Meningkat
KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Bajet 2019 Terengganu yang akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan bakal menyaksikan pertambahan peruntukan di sektor pendidikan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peningkatan itu termasuk bagi membiayai beberapa inisiatif baharu yang akan diperkenalkan bagi memperkasakan lagi kecemerlangan pendidikan negeri."Inisiatif itu antara lain akan memberi ruang kepada rakyat supaya dapat mengikuti kursus profesional yang diiktiraf oleh badan profesional."Kebiasaannya orang hanya melihat pembiayaan kepada program ijazah dan Doktor Falsafah (PhD) namun tidak bagi kursus profesional untuk melengkapkan seseorang menjadi anggota profesional dalam bidang tertentu.'Jadi kita akan biaya mereka dan perkara ini akan dimaklumkan dalam pembentangan bajet nanti," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir dan penyampaian hadiah Pertandingan Terengganu-Exxonmobil Mathematics Innovation Challenge (TExMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), hari ini.Turut hadir sama, Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Sukiman Mohamed, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Prof. Dr. Wan Nor Liza Mahadi.Dalam majlis itu, Ahmad Samsuri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang TExMIC iaity Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara yang menjadi juara bagi ketegori menengah atas.Manakala bagi kategori menengah rendah dimenangi oleh SMK Datuk Haji Razali Ismail sementara bagi kategori sekolah rendah disandang oleh Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang.TExMIC 2018 yang dianjurkan sejak 2011 bertujuan mewujudkan pemahaman teori matematik dalam kehidupan seharian, membina kemahiran berpasukan, berkomunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.Pada edisi kali ini, seramai 516 pelajar menyertai TExMIC dengan 100 daripadanya yang mewakili 25 pasukan berjaya mara ke peringkat akhir manakala bagi SYCC pula 30 orang.
23 Oct 18
611