Artikel "Utama" Terkini
Atam Dan Davic Juara King Of Sado
Dr Azman Ibrahim (kiri) bersama seekor lembu sado yang dipertandingkan.Oleh: Hidayah AzlinKUALA TERENGGANU, 28 Oktober - Atam, lembu baka Belgian Blue seberat 912 kg milik Ibrahim Mohamad dari Kampung Gong Pak Maseh Kuala Terengganu muncul juara pertandingan lembu sado kategori sado senior sempena Road To Malaysia Agriculture, Horticulture and Agroturism Show (MAHA) 2018 dengan menewaskan 15 peserta lain.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, lembu sado bakal diberi tumpuan oleh Pejabat Veterinar Terengganu untuk dikembangkan kerana berpotensi pada masa hadapan."Ada beberapa pelan perancangan di pihak portfolio pertanian dan industri asas tani untuk menjadikannya sebagai industri yang boleh menjana pendapatan untuk rakyat," katanya.Lembu jantan berwarna hitam berusia 4 tahun 2 bulan berharga 17 ribu ringgit ternyata cukup sado untuk ditandingi oleh peserta lain.Sementara Davic dari baka Limousine milik Mohd Taufik Mohamad Nor dari Kerteh Kemaman muncul Naib Juara. Davic yang mempunyai berat badan 876 kg bernilai 18 ribu ringgit juga seusia dengan Atam, 4 tahun 2 bulan.Pameran dan Pertandingan Lembu Sado ini sebagaimana dijangka telah menjadi 'wow factor' yang paling mencuri tumpuan pengunjung Road To MAHA telah disertai 16 ekor lembu sado dari semua daerah dalam negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Hadiah Road To MAHA di perkarangan Pejabat MARDI, Manir, semalam.Juara pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500 manakala naib juara dihadiahkan wang tunai RM 1,000 beserta piala dan sijil.Menurut Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, terdapat 70 gerai termasuk pameran dan jualan dari pelbagai agensi dan jabatan dari seluruh Negeri Terengganu dikunjungi peserta sepanjang tiga hari tersebut."Insya-Allah program ini akan disambung ke peringkat nasional di MAEPS Serdang, Selangor pada 22 November sehingga 2 Disember nanti," ujarnya."Saya berharap pengunjung yang hadir dapat mengambil manfaat dari pelbagai jualan, pameran, seminar dan lain-lain acara yang julung kali diadakan di Negeri Terengganu," tambahnya.Antara pameran dan acara yang mencuri tumpuan ialah lembu sado, penyu comel, anak pokok, anak benih dan demo sate ikan aye (tongkol)."Jualan happy hour juga berjaya menarik tumpuan dengan kadar diskaun sebanyak 10%," jelasnya.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali.
27 Oct 18
904
PIALA MALAYSIA 2018 : Lautan Hitam Putih Semarak Sokongan
Oleh : Syaiful MustafaSHAH ALAM, 27 Oktober - Lautan hitam putih memenuhi Stadium Shah Alam bermula jam 3 petang ini bagi menzahirkan sokongan buat pasukan Terengganu yang bakal menentang Perak, di pentas final Piala Malaysia edisi ke-92, malam ini.Sebaik sahaja pintu B dan C untuk laluan penyokong Sang Penyu dibuka pada jam 4 petang ini, kelihatan orang ramai mula memasuki ruang tempat duduk stadium dan mula memenuhi setiap sudut dalam tempoh dua jam.Suasana gegak gempita dengan laungan kira-kira 30,000 penyokong yang bersorak sebaik sahaja pemain Terengganu (TFC) memasuki padang sebagai sesi pengenalan bersama pegawai pasukan dan ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim.Pengacara majlis turut memberi laluan kepada Irfan membuat ucapan sebelum pasukan itu turun beraksi kurang sejam lagi, di hadapan penyokong setia hitam putih itu.Irfan berjanji untuk memastikan anak buahnya mempamerkan persembahan terbaik untuk penyokong yang sanggup menempuhi perjalanan jauh demi melihat kejayaan pasukan yang dicintai, Terengganu.Dalam pada itu, pelbagai aksi dan gaya penyokong dapat dilihat dengan masing-masing turut membawa bersama bendera, sepanduk dan tidak kurang juga yang mengecat wajah dengan warna hitam putih serta mengenakan kostum menarik.
27 Oct 18
236
PIALA MALAYSIA 2018 : Terengganu Sedia Bertempur
Oleh : Syaiful MustafaSHAH ALAM, 26 Oktober- Semua pemain skuad Penyu berada dalam prestasi terbaik dan bersedia untuk menempuhi perlawanan kemuncak menentang Perak, di Stadium Shah Alam, Selangor, malam esok.Pengendali skuad Terengganu Football Club (TFC) 1, Irfan Bakti Abu Salim berkata, barisan pemain turut diterapkan motivasi supaya mengawal permainan secara harmoni dan mampu menyerap tekanan sehingga ke wisel penamat."Kita mahu mereka bermain dalam keadaan gembira. Kebanyakan pemain adalah di kalangan pemain baru dan pertama kali ke pentas final Piala Malaysia kecuali seorang sahaja pemain pernah ke final pada 2011,"katanya ketika sidang media di Stadium Shah Alam, hari ini.Turut bersama, Ketua Pasukan TFC1, Kipre Tchetche.Beliau sebelum itu bersama pemain menjalani latihan akhir di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong.Turun memberi sokongan pada latihan petang tadi, Menteri Besar Terengganu yang juga Pesiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Mengulas lanjut, Irfan juga mahu kejayaan menewaskan JDT, selaku pasukan terkuat liga pada separuh akhir dan kedua, tempoh hari memberi pengalaman berguna untuk dibawa bersama pada malam esok sekali gus mampu menjinakkan skuad Seladang.Beliau yang akan terus mengemudi pasukan utama Terengganu itu pada musim depan juga menasihat anak buahnya supaya mengurangkan kesalahan dan mengambil peluang yang ada sehingga detik terakhir serta sentiasa berwaspada sepanjang perlawanan penting itu."Saya mahu pasukan mestilah menganggap bermain seperti suasana Piala Dunia dengan kebanjiran penonton yang pastinya mahu persembahan yang bermutu dan mampu membawa pulang piala yang ditunggu-tunggu rakyat Terengganu selepas 17 tahun,"katanya lagi.TFC mengalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT), dengan agregat 3-2 dalam perlawanan timbal balas peringkat separuh akhir di Stadium Larkin, Johor, Sabtu lalu.Manakala Perak pula mengesahkan aksi ke pentas final piala berkenaan biarpun jaringan sekadar terikat 2-2 ketika berdepan Sabah pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini.Perak layak ke pentas final dengan agregat 7-2, hasil kemenangan 5-0 di Stadium Perak pada aksi separuh akhir pertama yang lalu.
26 Oct 18
95
Terengganu Sedia Dana 10 Juta Untuk Pertanian - Dr Samsuri
Menter Besar yang hadir bersama isteri melihat lembu sado yang bakal bertanding.KUALA NERUS, 26 Oktober - Kerajaan Negeri Terengganu menggalakkan golongan belia menceburi sektor pertanian terutama bidang tanaman jangka pendek seperti timun, tembikai dan lain-lain.Ini kerana ia dapat memberikan hasil lumayan kepada pengusaha.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri meningkatkan jumlah dana bantuan dalam bidang itu kepada 10 Juta pada tahun 2019."Dana bantuan ini disediakan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang iaitu Dana Usahatani Negeri Terengganu (DUTA)."Yayasan Pembangunan Usahawan juga menawarkan skim-skim pinjaman mudah industri asas tani berbentuk pinjaman tanpa faedah," katanya ketika merasmikan Road To MAHA (RTM) di pejabat MARDI, Manir, semalam.Dr Samsuri membelah melon manis sebagai simbolik perasmian sambil diperhatikan Timbalan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Hilmi Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.RTM yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam melibatkan 25 agensi kerajaan dan 68 usahawan di bawah seliaan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa.Pengerusinya, Dr. Azman Ibrahim menyifatkan program ini sebagai pertemuan antara agensi dan pengusaha dalam usaha memacu industri pertanian ke arah lebih baik."Saya juga berharap rakyat akan mengambil manfaat daripada RTM kerana ia menyediakan banyak peluang untuk membangun kerjaya dalam bidang pertanian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran RTM semalam.RTM menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dalam program dwi tahunan yang julung kali diadakan itu.Selain pameran hasil ternakan dan pertanian, RTM mengadakan tujuh seminar berkaitan industri itu untuk pendedahan umum dan boleh disertai orang awam sepanjang program.Pertandingan Lembu Sado dan Ikan Hiasan turut memeriahkan program selain tarikan utama pameran Penyu Comel yang menjadi tumpuan ramai.RTM dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dengan menampilkan pelbagai aktiviti. Rakyat dijemput hadir beramai-ramai.Menteri Besar turut meninjau perniagaan ikan hiasan yang mendatangkan pulangan lumayan.
26 Oct 18
244
Siasat Jualan Tiket Luar Waktu - Hishamuddin
Hishamuddin (tengah) bersama Pasukan TFC di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus.KUALA NERUS, 25 Oktober - Kerajaan Terengganu meminta Jawatankuasa Pengurusan Tiket menyiasat bagaimana tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia boleh terjual malam semalam sedangkan penjualan diputuskan, dibuat hari ini.Timbalan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, sekiranya perlujawatankuasa berkenaan harus membawa kes penjualan itu kepada pihak polis supaya menyiasat bagaimana ia berlaku."Kita (kerajaan) tertanya-tanya macam mana ada yang sudah dapat tiket pada malam tadi, saya tidak tahu."Sebab itu kita minta Jawatankuasa Pengurusan Tiket menyiasat, hatta kalau dibawa kepada pihak polis sekalipun, kita minta jawatankuasa itu bawa supaya kes ini dapat disiasat."Sebab kita hanya membenarkan hari ini sahaja diagihkan tiket dan tiket pun baru sampai kelmarin," ujarnya.Beliau berkata demikian di Sidang Media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, hari ini, mengulas tentang individu tertentu yang mempamerkan sejumlah tiket perlawanan tersebut dalam video yang diviral di media sosial sejak semalam.Hishamuddin (kanan) bersalaman dengan salah seorang pemain TFC di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus.Turut Hadir, Ketua Jurulatih Pasukan Terengganu Football Club (TFC), Irfan Bakti Abu Salim.Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, kerajaan negeri telah menugaskan jawatankuasa tersebut untuk mengagihkan sebanyak 30,000 tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malayisa antara TFC dengan Perak di Stadium Shah Alam Selangor, malam 27 Oktober ini.Penjualan tiket dibuat pada hari ini dan tidak ada pihak dibenarkan membuat penjualan sebelum itu.Katanya, pihak pengurusan tiket membuat penyusunan tertentu untuk pengagihan dan penjualan tiket tersebut dengan menyerahkan 15,000 tiket termasuk kepada Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu, Kelab Belia, Kelab Sukan, Akademik Bola Sepak, Bekas Pemain, Anggota TFC dan Persatuan Bola Sepak Daerah.Selain itu katanya, agihan juga dibuat kepada anak-anak Syarikat Kerajaan (GLC), pihak kerajaan sendiri, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sekitar 10,000 hingga 11,000 tiket.Beliau menyarankan agar orang ramai turut menumpukan perhatian kepada penjualan tiket secara online kerana kerajaan menyediakan 10,000 tiket untuk tujuan tersebut.Beliau berkata, sebanyak 28,000 tiket telah dikeluarkan untuk dijual pada hari ini mengikut agihan tersebut.Hishamuddin Abdul Karim.Baki sebanyak 2,000 tiket lagi, dijual di kaunter tiket Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah, Kuala Terengganu pada hari ini."Sebanyak 2,000 yang kita jual ini, setelah kita meletakkan keyakinan di daerah-daerah telah selesai penjualan untuk kawasan masing-masing."Jadi 2,000 tiket ini adalah baki yang kita boleh jual di stadium."Kalau kita tidak bagi kepada daerah, jumlah jualan di Stadium menjadi 10,000," jelasnya.Katanya, pengagihan di daerah terserah kepada persatuan bola sepak daerah untuk membuat jualan dan pengagihan.Bagaimanapun tidak diketahui bagaimana pengagihan dibuat oleh persatuan-persatuan berkenaan di peringkat daerah."Jika berlaku kelemahan beberapa permasalahan teknikal, kita (kerajaan) memohon maaf."Kita akan membuat satu usaha baik pulih di masa akan datang. Kita akan cuba baiki dengan cara yang terbaik selepas kita menerima 'post mortem' semua sekali dan kita harap tidak berulang jualan tiket seperti yang ada pada hari ini." ujarnya lagi.
25 Oct 18
61
PIALA MALAYSIA 2018: Kaunter Tiket Diserbu Penyokong Terengganu
Penyokong berkumpul sejak tengah malam untuk mendapatkan tiket.KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Sekitar 5,000 penyokong pasukan Terengganu Football Club (TFC) 1 berkumpul di hadapan kaunter tiket Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, sejak lewat malam tadi untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, di Stadium Shah Alam, Selangor, Sabtu ini. Muhammad mahu Terengganu bawa pulang Piala Malaysia.Seorang peminat bola sepak, Muhammad dari Kampung Ladang mengharapkan keajaiban buat dirinya yang menunggu sejak 8.30 pagi tadi."Penyokong terlalu ramai. Saya cuma harap tiket mencukupi, jika tidak terpaksalah menonton melalui televisyen sahaja. "Sebagai penyokong tegar, kita mengharapkan kemenangan Terengganu. Satu gol sudah cukup, yang penting kita menang," katanya.Sementara itu, Hasrul Bakar, 36 dari Bukit Besar, berjaya mendapatkan tiket setelah menunggu daripada 12.00 tengah malam tadi."Gembira, berbaloi menunggu lama. Tetapi hanya tiga keping tiket dewasa dan satu kanak-kanak dijual untuk seorang penyokong sahaja.Penantian Hasrul berbaloi."Melihat kepada corak permainan, insya-Allah kita boleh menang. Sasaran saya, menang 2-0," katanya.Tinjauan di laman Facebook Tickethotline sejam lalu juga mendapati kesemua tiket telah habis dijual.Tiket perlawanan laku ibarat pisang goreng panas.
24 Oct 18
126
Terengganu Prihatin Masalah Industri Perumahan - Dr Samsuri
Haji Yahaya Ali berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2018.KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Industri perumahan merupakan salah satu sektor yang amat penting dan diambil perhatian serius oleh Kerajaan Negeri Terengganu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, kerajaan komited dalam usaha untuk memastikan seluruh rakyat daripada pelbagai golongan samada berpendapatan rendah, atau tinggi mampu memiliki kediaman.“Pelbagai inisiatif dirangka dan dikaji oleh kerajaan negeri bagi memberi keseimbangan kepada pemilikan tanah untuk setiap golongan dapat dicapai.“Pihak kerajaan negeri juga akan mengambil pandangan daripada pemain industri hartanah terutama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) cawangan Terengganu agar dasar serta hasrat kerajaan dapat mengambil kira keperluan rakyat negeri ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2018 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Paya Bunga Square, hari ini.Katanya, pihak kerajaan negeri amat menggalakkan ekspo sebegini kerana ia memberi ruang kepada pemaju hartanah tempatan untuk memasarkan produk hartanah mereka.Menurutnya, melalui pameran, pengusaha juga berjaya mengumpulkan produk dalam skala yang besar di bawah satu bumbung.Di samping itu, ia memberi peluang dan ruang kepada penduduk untuk membuat pilihan daripada tawaran yang dikemukakan pada harga yang terbaik.“Pihak kerajaan negeri juga berterima kasih di atas penglibatan Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta syarikat lain di bawah Kementerian Kewangan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).“Juga kepada anak syarikat kerajaan negeri sendiri iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang turut serta mempamer dan menawarkan produk,” jelasnya.Justeru, beliau berharap agar semua rakyat dapat mengambil sebanyak mungkin manfaat daripada ekspo ini untuk mengetahui selok belok mengenai perumahan dan hartanah.
24 Oct 18
84
Drawbridge Bakal Beroperasi April Tahun Hadapan
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Jambatan angkat (drawbridge) yang menghubungkan Muara Selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, dijadualkan siap pada Februari depan dan dijangka akan memulakan operasi pada April tahun hadapan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun pembukaannya mengalami sedikit kelewatan, infrastruktur ikonik yang pertama seumpamanya di rantau ini bakal menyediakan satu lagi laluan penghubung yang sekaligus memberikan kelegaan kepada pengguna apabila masalah kesesakan yang semakin ketara di Jambatan Sultan Mahmud dapat dileraikan.Katanya, kerajaan negeri melalui portfolio Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Laut berhubung dengan laluan kapal.“Drawbridgedijangka siap pada bulan Februari 2019 dan dijangka akan dibuka pada bulan April tahun depan.“Tinggi 'bascule' (daun jambatan) adalah 40 kaki dan tiada halangan kepada bot nelayan kelas "C" untuk menyusuri drawbridge."Walau bagaimanapun, kita akan buat penyelarasan jadual waktu membuka 'bascule' dengan Jabatan Laut untuk kapal atau bot yang melebihi ketinggian 40 kaki bagi membolehkannya menggunakan laluan itu pada waktu yang dijadualkan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid.Menurut beliau, kos keseluruhan projek drawbridge menelan belanja kira-kira RM248 juta.“Sekarang ini, cuma ada sedikit bahagian di tingkat 14 dan menara yang belum siap dan apabila siap sepenuhnya nanti kita rancang untuk serahkan kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) bagi menguruskan projek ini,” ujarnya.
24 Oct 18
35
60 Penjawat Awam Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Dr Samsuri
Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama sebahagian penjawat awam cemerlang pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Seramai 60 penjawat awam yang telah menyemai bakti kepada kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Kesemua penerima APC yang dinilai berdasarkan prestasi cemerlang dan integriti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka itu menerima hadiah berupa pakej menunaikan haji atau umrah, wang tunai RM5,000, plak dan sijil penghargaan.Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid.Dr. Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, kejayaan yang dicapai oleh penjawat awam yang menerima APC berkenaan diharapkan menjadi inspirasi kepada keluarga dan semua penjawat awam di Negeri Terengganu.“Semoga pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan pemangkin semangat kepada penerima anugerah untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti seterusnya menjadi ‘role model’ kepada warga kerja yang lain.“Saya juga ingin menyeru kepada semua penjawat awam untuk bersama-sama membangun dan bekerjasama dalam merealisasikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.
24 Oct 18
509
Pok Mi Yakin TFC 1 Julang Kembali Piala Malaysia Sabtu Ini
Pok Mi @ Suhaimi Mohamad . Foto : Sumber FB Terengganu Football ClubKUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Kitman Pasukan Bola Sepak Terengganu yang sekian lama bersama dengan pasukan Terengganu sejak 1995 sehingga kini, Pok Mi atau nama sebenarnya Suhaimi Mohamad menaruh keyakinan tinggi kepada pasukan Terengganu Football Club I (TFC I) untuk menamatkan kemarau 17 tahun menjulang Piala Malaysia pada aksi final di Shah Alam, Sabtu ini.Katanya, beliau sebagai orang lama yakin bahawa skuad Penyu mampu sekali lagi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Terengganu setelah kali terakhir ianya hadir pada 2001 malah kejayaan TFC1 mara ke final Piala Malaysia dalam tempoh tujuh tahun telah membangkitkan keghairahan lebih 1.25 juta rakyat negeri tersebut.“Saya berkeyakinan tinggi TFC I mampu merealisasikan impian rakyat Terengganu untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini setelah sekian lama menunggu untuk sejarah tercipta kembali.“Malah saya yakin dengan kemampuan anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim dapat mengekalkan persembahan terbaik yang telah dipamerkan sejak pada peringkat kumpulan Piala Malaysia lagi ditambah dengan sokongan rakyat Terengganu yang menantikan Piala Malaysia diarak masuk kembali ke negeri sang Penyu ini dengan penuh kebanggaan,” katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Pok Mi diibaratkan bintang lagenda bola sepak Terengganu, telah berkhidmat sebagai Kitman hampir 23 tahun bersama skuad Penyu ini merupakan tulang belakang kepada pasukan dalam semua aspek perancangan setiap latihan dan beberapa tambahan tugas sebelum dan selepas latihan termasuk penyediaan pakaian, makanan dan minuman, pengurusan masa dan sebagainya bagi menjamin kesempurnaan pasukan di bawah penyeliaanya.Sekali lagi pada Sabtu ini, di Stadium Shah Alam dalam catatan sejarah bola sepak, Terengganu akan beraksi di final Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan agregat 3-2 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua kejohanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor baru-baru ini.Terengganu layak selepas mereka memiliki kelebihan satu jaringan setelah menewaskan JDT 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 6 Oktober lalu.Menurut rekod, Terengganu berjaya bergelar juara Piala Malaysia pada tahun 2001 dan tarikh keramat 3 November 2001 pasti diingati oleh semua penyokong skuad penyu yang menyaksikan mereka menewaskan Perak 2-1 di Stadium Bukit Jalil untuk membawa pulang Piala Malaysia buat pertama kalinya ke bumi Terengganu.Terengganu mencipta sejarah baru dalam kancah bola sepak Piala Malaysia apabila menjulang trofi paling berprestij itu buat pertama kali dalam tempoh 80 tahun, selepas menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam itu.Perlawanan itu adalah percubaan kali keempat Terengganu sepanjang tempoh kempen Piala HMS Malaya yang bermula pada 1921 dan Piala Malaysia pada 1967. Kali terakhir TFC I mara ke final Piala Malaysia adalah pada 2011, namun dikecewakan oleh Negeri Sembilan.
24 Oct 18
122