Artikel "Utama" Terkini
YPU Timbang Kerjasama Perniagaan Dengan Pengeluar Susu Soya
Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman (kiri) berbincang dengan Dawood Somchai Kulkirirattana di dalam kilang Labansoy.YALA, 30 Oktober - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mempertimbangkan cadangan untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan pengeluar susu soya Labansoy, Toiyibun Co. Ltd.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, beliau kagum dengan usaha yang dimajukan oleh syarikat tersebut iaitu sebuah perniagaan milik umat Islam di Selatan Thai.“Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak Labansoy yang menerima baik kunjungan kami dan saya sangat bersyukur kerana ia adalah sebuah syarikat milik orang Islam yang berjaya.“Mungkin kita akan melaksanakan kolaborasi perniagaan dalam masa terdekat dengan Labansoy,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika menyampaikan ucapan balas, semasa melawat kilang tersebut, semalam.Menurutnya, YPU bersama 20 orang delegasi daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri dalam rangka lawatan meninjau peluang kerjasama perdagangan di beberapa buah tempat di wilayah Selatan Thai.Sebelum itu, Pengarah Urusan Toiyibun Co. Ltd., Dawood Somchai Kulkirirattana mengalu-alukan kedatangan delegasi dari Negeri Terengganu.Katanya, beliau mengucapkan terima kasih di atas kedatangan rombongan yang dianjurkan YPU ke kilangnya di Petkasem Rd. Thasap, Muangyala, Yala.“Ia adalah langkah yang tepat kerana sebelum ini para pelabur termasuk dari negara China tidak berani datang ke sini.“Mereka takut dan bimbang kerana wilayah Selatan Thai, khususnya Yala merupakan kawasan yang disifatkan sebagai bergolak berikutan beberapa siri serangan bom dan keganasan yang berlaku,” ujar beliau.Dalam perkembangan yang sama, Haji Mohd. Nurkhuzaini berkata, permintaan terhadap minuman soya adalah sangat tinggi.Katanya, ia terbukti dengan fakta yang disampaikan dalam taklimat oleh Dawood iaitu Labansoy telah dieksport ke luar negara, termasuk di Timur Tengah dan Afrika.“Cuma masalahnya ialah rangkaian penawaran bahan asas iaitu kacang soya adalah terhad dan terpaksa dibawa masuk dari negara luar.“Ia melibatkan kos yang amat tinggi, buruh dan pengeluaran dari ladang. Oleh itu, YPU dan usahawan yang ada (di bawah seliaannya) dapat memanfatkan ruang dan peluang yang ada (dari pengeluaran) susu soya ini,” tambah beliau.Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Rozali Salleh, Pengurus Kanan Pengurusan Aset dan Pembiayaan YPU, Haji Zulkifli Yunus dan Pengurus Pembangunan Usahawan YPU, Ahmad Shabirin Awalludin.
29 Oct 18
243
PDRM Kekal Hubungan Baik Kerajaan Terengganu
Dr. Samsuri memenangi ujian menembak 'Falling Plate'.SETIU, 29 Oktober - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut baik aktiviti yang dianjurkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang memberi ruang membina hubungan antara kerajaan negeri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Hubungan yang baik antara kedua-dua pihak membantu menyelesaikan banyak perkara yang menjadi kepentingan rakyat dan mengekalkan kesejahteraan dalam negeri."Kita berharap akan ada lebih banyak aktiviti antara kerajaan negeri dan PDRM samada berbentuk kebajikan atau sebagainya bagi mengeratkan hubungan ini," katanya ketika berucap dalam program Latihan Kemahiran Menembak Pegawai Tertinggi Kerajaan Negeri Terengganu bersama PDRM di Lapang Sasar Bukit Bidong, Setiu, hari ini.Menteri besar melakukan tembakan sasaran dalam ujian individu.Beliau hadir bersama isteri, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman yang turut menyertai ujian menembak yang diadakan.Dr. Samsuri yang menggunakan pistol semi automatik Walther P99 menyertai ujian 'Falling Plate' berpasukan bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, ACP Fazlisyam Abd Majid dan Supritendan Mohd Faudzi Abd Rahman.Pasukan beliau mengungguli tempat pertama dalam acara tersebut.Hadir sama dalam program selama tiga jam tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, exco-exco kerajaan negeri, Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Aidi Ismail, ketua-ketua polis daerah dan kira-kira 100 anggota IPK.PDRM beri pendedahan terbaik kepada pemimpin tertinggi negeri.
29 Oct 18
869
Pengeluaran Silika Di Terengganu Cecah 500,000 Tan Metrik Sejak 2017
Datuk Tengku Hassan (tengah) ketika melawat Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) di Bari, Setiu hari ini.SETIU, 29 Oktober - Sejak pembukaan kilang pemprosesan pasir silika di Bari pada 2017, industri pengeluaran bahan galian itu di Terengganu sehingga kini telah mencecah 500,000 tan metrik.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, lebih RM275 juta juga telah dilaburkan Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) bagi pembangunan projek berkenaan sepanjang tempoh tersebut.“Silika di sini diproses kepada beberapa gred yang diperlukan oleh industri untuk eksport luar negara, antaranya ke Jepun, Korea dan Taiwan. Ianya memerlukan pelaburan yang tinggi dan saya difahamkan TSC telah melabur lebih kurang RM275 juta."Selain itu, bermula tahun depan kita juga berhasrat memperluaskan lagi industri ini dengan penglibatan masyarakat kampung menerusi penghasilan produk cenderamata berasaskan silika," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) di Bari, Setiu hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd., N.Surendran.Katanya, produk cenderamata berkenaan akan dipamerkan dan dijual di Taman Tamadun Islam (TTI) sebagai salah satu tarikan pelancongan terbaharu di Terengganu. Sementara itu, katanya, kerajaan negeri juga akan meminta pihak syarikat supaya menimbus balik 40 peratus daripada lombong dengan sisa silika di samping sebahagiannya akan dijadikan kolam ikan dalam usaha mengelakkan berlakunya pembaziran. Dalam perkembangan sama, katanya, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk membangunkan satu kawasan seluas 4,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang yang dikenali dengan Lembah Silika Terengganu iaitu kawasan perindustrian bersepadu dan tempat pemprosesan produk-produk akhir yang berasaskan silika.“Ianya akan membuka peluang pekerjaan kepada anak Terengganu dan sekali gus dapat merealisasikan usaha kerajaan menunaikan manifesto iaitu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 4 tahun,” ujarnya.
29 Oct 18
1249
PIALA MALAYSIA 2018 : Ibarat Luka Lama Berdarah Kembali
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turun ke padang memberi kata-kata semangat kepada pemain Terengganu sebelum mengharungi perlawanan final yang menyaksikan Sang Penyu muncul sebagai naib juara Piala Malaysia 2018.Oleh : Mohd Zukifli MatSHAH ALAM, 28 Oktober - Kekalahan Terengganu menentang Perak, di Stadium Shah Alam, kelmarin boleh diibaratkan seperti luka lama berdarah kembali yang mengulangi sejarah 20 tahun lalu, juga tewas menentang lawan yang sama pada pertemuan final menerusi penentuan penalti 5-3.Timbalan 1 Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menyifatkan Terengganu FC sudah membuktikan kemampuan dan kesungguhan pada perlawanan yang dipenuhi pelbagai aksi dan dramatik yang memukau penyokong."Namun rezeki tidak memihak kepada kita.Saya harap ia akan menjadi final yang sentiasa diingati sepanjang sejarah 120 minit yang mana kali terakhir Perak pernah menewaskan Terengganu 5-3 pada penentuan sepakan penalti 20 tahun lalu, cerita yang sama berulang," katanya ketika mengulas mengenai perlawanan akhir itu, semalam.Terengganu terpaksa akur dengan kelebihan jaringan Perak dalam penentuan sepakan penalti (4-1) selepas mengheret perlawanan ke masa tambahan yang berkesudahan seri 3-3, pada aksi final Piala Malaysia 2018, di Stadium Shah Alam, kelmarin.Terengganu pada awalnya dilihat menguasai perlawanan di separuh masa pertama itu mendahului 2 gol tersentak apabila Perak bangkit pada separuh masa kedua sebelum mengikat kembali keputusan 2-2 sama dan mengheret Terengganu ke masa tambahan.Faiz Nasir antara pemain yang menjadi tumpuan apabila meledakkan satu gol berharga buat Terengganu pada masa tambahan.Bersambung masa tambahan Faiz Nasir meletakkan Terengganu kembali dihadapan hasil satu tendangan cantik menewaskan penjaga gol perak sebelum keadaan kembali seri selepas jaringan sendiri Igor Zonjic pada masa kecederaan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, perlawanan epik itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan hanya 10 pemain selepas seorang pemain setiap pasukan dilayangkan kad merah yang turut mengubah sedikit rentak penguasaan.Katanya lagi, kali pertama Terengganu berjaya membawa pulang Piala Malaysia, 17 tahun yang lalu selepas menundukkan Perak 2-1 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
29 Oct 18
203
Road To Maha Raih Jualan RM725,000
Dr Samsuri dan isteri mengadakan lawatan ketika merasmikan Program Road To Maha 2018.KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Lebih 50,000 pengunjung hadir sepanjang program Road To Maha Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Oktober lalu di perkarangan Pejabat Mardi, Manir di sini.Program yang bertujuan untuk mempromosikan Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (Maha 2018) yang bakal diadakan pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di MAEPS, Serdang itu dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Khamis (25 Oktober) lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, berdasarkan kehadiran luar jangkaan itu, Road To Maha mampu meraih jualan mencecah kira-kira RM725,000 sepanjang tiga hari program berlangsung.Katanya, kutipan jualan itu hasil daripada pelbagai program yang diusahakan penganjur dengan kerjasama perternak, usahawan dan pelbagai pihak yang terlibat. “Antara yang menarik perhatian pengunjung adalah jualan Happy Hour yang berlangsung selama 10 minit dengan potongan sebanyak 10 peratus daripada harga asal."Setiap hari akan ada jualan Happy Hour membabitkan barangan seperti anak pokok durian musang king, keperluan harian seperti gandum, gula, ubi kentang dan sebagainya,” katanya.Menurutnya, sebanyak 70 gerai pelbagai agensi dan jabatan berkaitan porfolio pembangunan asas tani dan desa mengambil bahagian sepanjang program terbabit."Program julung kali diadakan itu akan dijadikan sebagai acara dwi tahunan sebelum berlangsungnya program peringkat Maha di peringkat pusat."Program Ini mampu menjadi medan pertemuan kepada jabatan dan pengusaha yang terlibat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjadikan ia penyumbang sektor pertanian ke arah satu posisi yang terhormat suatu masa nanti," katanya lagi.
29 Oct 18
163
Wan Hassan Pertikai Sikap Kerajaan Pusat
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.KUALA LUMPUR, 29 Oktober - Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mempertikaikan sikap pemimpin Kerajaan Pusat yang banyak mempersalahkan individu dan kerajaan dahulu berbanding melontarkan idea bernas untuk merencana kemajuan dan pembangunan rakyat.Ini kerana katanya, pemimpin hebat bercakap tentang idea manakala pemimpin biasa bercakap tentang (kesalahan) orang."Mereka asyik menyalahkan orang dengan mengatakan kononnya, orang ini tak betul, kerajaan itu tak betul. Sepatutnya kita bercakap tentang idea," jelasnya ketika bangun membahas Usul Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, hari ini.Beliau turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat menyelesaikan kos sara hidup rakyat di bandar dan luar bandar."Apakah teras dan kerangka untuk kita bincangkan bagaimana kita boleh mengurangkan kos sara hidup rakyat."Sepatutnya itu isu yang utama tetapi kita berbincang tentang orang lain, tentang kerajaan ini salah, kerajaan itu salah, sepatutnya kita bincang tentang idea (penyelesaian masalah rakyat dan negara)," ujarnya lagi.Justeru, beliau ingin tahu bagaimana perancangan kerajaan baru bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.Begitu juga bagaimana Kerajaan Pusat merancang untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri-negeri pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)."Apakah perancangan yang nak dibuat untuk kepentingan kita mengeluarkan rakyat yang berada di paras kemiskinan, di bandar dan luar bandar?" soalnya lagi.Kerajaan Pusat perlu fokus menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan T20, M40 dan B40.Katanya rakyat di kelompok B40 dipercayai telah berperanan menukar kerajaan lama kepada kerajaan baru sekarang."Namun rakyat (termasuk golongan B40) dibebankan dengan SST setelah dihapuskan GST."Rakyat sedang menunggu janji-janji kerajaan baru tentang bagaimana usahanya untuk menurunkan harga minyak dan harga barang," katanya.
28 Oct 18
949
SRIDI: Kerajaan Tunai Janji Manifesto
KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Kerajaan Terengganu sekali lagi menunaikan janji manifestonya dengan menawarkan pengambilan pertama untuk pelajar tahun satu Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di lima daerah mulai tahun depan.SRIDI yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) itu akan dibuka di lima daerah iaitu Besut, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus bertempat di Kampung Raja Besut, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Binjai Rendah, Ajil dan Kubang Jela.Syarat-syarat kemasukan ke SRIDI ialah pelajar mesti warganegara Malaysia, beragama Islam, merupakan rakyat negeri Terengganu, sihat tubuh badan, boleh menulis dan membaca jawi atau al-Quran serta lulus temuduga.Sesi temuduga dibuat setiap hari Ahad hingga Rabu jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang manakala hari Khamis pula, mulai jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang, bertempat di Tingkat 2, Bahagian Pendidikan, Kompleks Seri Iman, JHEAT di sini.Pendaftaran kemasukan dibuka selama sebulan mulai 1 hingga 30 November ini di SRIDI Ajil, Binjai Rendah dan Kubang Jela.Manakala pendaftaran SRIDI Dungun dan Besut dibuat di Pejabat Agama Daerah masing-masing.Setiap SRIDI dibuka sebanyak dua kelas memuatkan pelajar seramai 50 orang (25 orang satu kelas).
28 Oct 18
898
Industri Madu Terengganu Perlu Inovasi
Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berucap pada pemberita selepas melawat sebuah gedung madu di Hat Yai.Oleh: Haji Sazali Mohd NoorHAT YAI, 29 Oktober - Industri madu di Negeri Terengganu perlu ditingkatkan sehingga mencapai tahap sebagaimana di negara jiran, Thailand.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia telah berada jauh di hadapan berbanding perusahaan yang sama di Negeri Terengganu.Menurutnya, di Thailand, madu telah dimajukan sehingga kepada pengeluaran berskala besar, menjadi penghasilan dan meningkatkan industri pelancongan.“Berkenaan dengan industri madu ini, apa yang dibuat oleh Thailand adalah lebih ke depan."Kalau kita hanya bela (pelihara) lebah itu untuk dapatkan madu sahaja, tetapi dia dah buat sampai ke produk akhir, industri hiliran dia (dengan) menghasilkan beberapa produk kesihatan, bukan sekadar hanya makan madu macam kita fahami atau lazimi di tempat kita,” jelasnya.Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera itu berkata demikian selepas melawat sebuah gedung madu di sini, semalam.Katanya, beliau dimaklumkan terdapat lima tempat di seluruh Thailand yang menjalankan industri tersebut secara besar-besaran.Oleh itu, beliau menyarankan kepada pihak yang terbabit dengan pengeluaran madu, termasuk Kelulut agar menjalankan kajian yang dapat memajukan industri tersebut.“Dalam industri madu ini, di peringkat kita mungkin madu Lebah dah menurun dan sekarang ini popular dengan madu Kelulut.“Kita kena (adakan) kerjasama dengan unversiti-universiti yang buat penyelidikan yang boleh buat (hasilkan) produk berasaskan madu Kelulut mahupun madu Lebah,” ujarnya.Justeru itu, beliau mengharapkan agar dilakukan inovasi dalam pengeluaran madu agar pelbagai produk dapat dihasilkan.“Kalau di Terengganu terkenal dengan madu Kelulut, sekarang sepatutya kita ‘advance’ (lebih maju), banyak lagi (yang) kita boleh buat.“Contohnya (seperti penghasilan) gula-gula madu dan madu (Lebah serta Kelulut) dibela mengikut tanaman (sekitarnya),” kata beliau.Tambahnya, beliau telah berbincang dengan pengusaha industri herba termasuk tanaman ‘Belalai Gajah’ agar turut memelihara Lebah dan Kelulut di dalam ladangnya.“Yang nak tanam herba, macam ’Belalai Gajah’, apabila ditanam, di bawah itu boleh letak dan bela Lebah ataupun Kelulut.“Secara tidak langsung Lebah dah (akan) makan madu Belalai Gajah dan ubat kencing manis itu (terdapat) dalam madu itu (yang dihasilkan) dah ada terkandung benda (penawar) itu.“Itu salah satu daripada inovasi kita selain daripada kita keluarkan (pelbagai) produk (kesihatan) seperti dalam penerangan kita tadi,” kata beliau lagi.
28 Oct 18
38
PIALA MALAYSIA 2018 : TFC Kalah Bermaruah
Pasukan Terengganu bergambar bersama pegawai dan pengurusan selepas dinobatkan naib juara Piala Malaysia edisi ke-92, malam tadi. Turut hadir memberi sokongan moral dan mengalungkan pingat buat pasukan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Oleh : Syaiful MustafaSHAH ALAM, 28 Oktober - Terengganu FC (TFC) terpaksa akur dinobatkan sebagai naib juara Piala Malaysia 2018 apabila tewas pada perlawanan akhir menentang Perak menerusi jaringan penalti 1-4, selepas terikat ke masa tambahan dengan keputusan seri 3-3, di Stadium Shah Alam, malam tadi.Terengganu memulakan rentak bertenaga dan mengawal perlawanan pada separuh masa pertama dan menghadirkan gol pembukaan yang menceriakan kira-kira 30,000 penyokong hitam putih seawal minit pertama, menerusi ayam tambatan, Kipre Tchetche.Sekali lagi ketua pasukan TFC itu menghadirkan jaringan kedua untuk menjarakkan kedudukan selepas penjaga gol Perak melakukan kesilapan menendang bola ke arah Kipre yang terus memanfaatkan gawang terbuka pada minit ke-43.Perlawanan turut berlangsung tegang, pada separuh masa kedua selepas pengadil Suresh Jayaraman melayangkan kad merah buat pemain Perak, Gilmar Da Silva pada minit ke-55 akibat pergaduhan kecil dan disusuli kad merah kedua untuk pemain TFC, Lee Tuck pada minit ke-66, apabila mengasari pemain Perak.Namun serangan balas pada separuh masa kedua The Gaurus akhirnya berhasil apabila membuka jaringan pertama oleh Muhammad Firdaus Saiyadi pada minit ke-74 dan gol kedua pula hadir menerusi Brendan Gan pada minit ke-90.TFC menambahkan jaringan minit ke-94 pada tambahan masa pertama yang dihasilkan Faiz Nasir pada minit ke-94 bagi menjadikan Sang Penyu mendahului seketika dengan mata 3-2.Pun begitu, Perak terus mengasak untuk menyamakan keputusan di saat akhir perlawanan pada separuh masa tambahan kedua bagi mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke-120 hasil jaringan Igor Zonjic menyebabkan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti.
27 Oct 18
706
1,000 Teknologi Melayu Bakal Terkumpul
Ustaz Lutfi memberikan penerangan tentang mushaf al-Quran lama dan manuskrip Melayu yang dipamerkan di galeri Pondok Wakaf Anak Ayam.Oleh: Haji Sazali Mohd NoorPATTANI, 28 Oktober - Sebanyak satu ribu manuskrip berkaitan teknologi orang Melayu di nusantara akan dikumpulkan di sebuah pondok pengajian dekat sini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, catatan ilmu pengetahuan yang hebat itu berusia ratusan malah ribuan tahun.“Berikutan lawatan kita ke pondok ini, ianya adalah satu pengalaman baru. Artifak berkenaan termasuk manuskrip dan al-Quran lama daripada orang Melayu sekarang ini.“Ini sebenarnya bagi saya sendiri sebenarnya satu benda di luar pengetahuan umum, maknanya kita ada sebegini hebat teknologi orang Melayu zaman dulu yang hampir ribuan atau ratusan tahun dulu teknologinya adalah sebegini hebat,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pondok Wakaf, Kampung Sela Anak Ayam di sini, semalam.Haji Mohd. Nurkhuzaini bersama rombongan 25 orang pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri, dalam rangka lawatan ke wilayah umat Islam Selatan Thailand selama tiga hari, bermula semalam.Sehubungan itu, Mudir pondok tersebut, Ustaz Muhammad Lutfi Ahmad Samae berkata, selain daripada pondok pengajian agama, terdapat galeri pameran al-Quran lama yang memuatkan tulisan tangan, manuskrip lama ilmu agama, pertukangan dan teknologi.Antaranya, menurut beliau ialah catatan teknologi pelayaran, pembuatan senjata dan perubatan serta pengeluaran makanan.“Selain daripada pondok di sini ada galeri, kita cari khazanah ilmu di alam Melayu dapat kerjasama daripada beberapa universiti di Malaysia.“Cara penjagaan dan pemuliharaannya mendapat bimbingan dari Pustaka Al-Sulaimaniyah di Turki dan pihak muzium Malaysia.“Ia juga mendapat sokongan daripada Raja Thailand yang telah memberikan kelulusan kepada pembinaan muzium baru,” jelasnya.Oleh itu, kata beliau, pihak Kerajaan Turki telah menyumbangkan kewangan sebanyak RM 14 juta bagi membina sebuah muzium untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah tersebut kepada masyarakat Thailand dan antarabangsa.Justeru itu, Haji Mohd. Nurkhuzaini menambah, ia menjadi satu kebanggaan dan manfaat yang besar kepada orang Melayu.“Usaha yang dibuat di bawah pondok (Ustaz) Lutfi ini, adalah bukan calang-calang oranglah yang boleh buat.“Jadi rasa berbangga sangatlah kita anak Melayu yang ada di zaman milenium ini dapat tengok benda ini,” kata beliau.
27 Oct 18
296