Artikel "Utama" Terkini
Kontroversi Pengadilan Piala Malaysia Tidak Patut Berulang
Wan Sukairi harap mutu pengadilan Liga Malaysia lebih baik pada masa hadapan.KUALA TERENGGANU, 1 November - Kerajaan Negeri Terengganu berharap kontroversi pengadilan yang berlaku dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 tidak akan berulang lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pasukan Terengganu Football Club (TFC) 1 akur dengan kekalahan itu."Saya telah mendapat maklumat daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bahawa kita tidak akan melakukan apa-apa bantahan berkenaan kontroversi yang berlaku termasuklah berkaitan kedudukan penjaga gawang Perak yang dikatakan berada pada kedudukan yang salah ketika penentuan penalti," katanya.Beliau sebaliknya berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat melakukan 'post-mortem' yang telus terhadap perlawanan tersebut."Kita harap kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi dalam perlawanan akan datang khususnya bagi perlawanan-perlawanan penting."Saya juga mewakili rakyat Terengganu ingin melahirkan rasa terkilan dengan sikap pemain Perak yang melakukan aksi kurang sopan serta tidak melambangkan semangat kesukanan dan berharap ia tidak akan diulangi.50 peserta dilepaskan mendaki Bukit Besar."Berkenaan imbuhan kepada pemain TFC 1, perkara ini akan diputuskan dua minggu lagi dalam mesyuarat jawatankuasa kerajaan negeri."Samada ada atau tidak, kita akan umumkan nanti," katanya kepada pemberita ketika merasmikan pelepasan pendakian sempena Hari Kesihatan Warga Pejabat Agama Kuala Terengganu di Bukit Besar, pagi ini.Program itu julung kali diadakan di atas inisiatif Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah dan disertai 50 peserta terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Daerah.Tiga kategori dipertandingkan dalam program itu iaitu kategori terbuka, 40 tahun ke atas dan kategori bawah 40 tahun.Wan Sukairi bergambar bersama peserta Hari Kesihatan.
31 Oct 18
66
Terengganu Tambah Lima Lagi Ahli MPKK Di Setiap Kampung
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA LUMPUR, 31 Oktober - Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju dan bersedia untuk menambah bilangan pelantikan seramai lima orang lagi Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap kampung bagi memastikan pengurusan komuniti kampung terus diperkukuhkan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, senarai nama tersebut akan dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan.Menurutnya, antara aspek yang penting dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah menguruskan komuniti masyarakat supaya dapat berfungsi dengan sempurna dan penuh keadilan."Negeri Terengganu merupakan negeri pertama di Malaysia yang menyelesaikan pelantikan Ahli MPKK di seluruh negeri pada 1 Julai 2018 yang lalu."Ianya telah melibatkan seramai lima belas orang ahli jawatankuasa yang dilihat mampu untuk memberikan sumbangan kepada pengurusan komuniti di setiap 1,044 kampung di negeri ini," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini, mengulas tentang penambahan bilangan ahli MPKK di setiap kampung di Terengganu.Dalam perkembangan sama, katanya, nama MPKK telah dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menggantikan nama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pasca Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.Beliau turut mengharapkan perkembangan ini akan mampu membawa perubahan yang positif dan bermanfaat kepada semua pihak."Adalah diharapkan perkembangan ini akan mampu membawa suara komuniti kampung ke satu tahap yang lebih baik."Bahkan seterusnya memperkukuhkan asas hubungan negeri dan persekutuan, sesuai dengan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada 18 Oktober yang lalu," jelasnya.
31 Oct 18
34
3 Tips Kejayaan Dalam Peperiksaan Awam
Haji Yahaya berucap mewakili Dr Ahmad Samsuri di Malam Restu Perdana di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.KUALA NERUS, 31 Oktober - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan tiga pesanan termasuk manfaatkan masa terluang, jaga kesihatan dan pergantungan kepada Allah sebagai asas kejayaan pelajar dalam peperiksaan awam.Katanya, pelajar harus menggunakan masa yang ada sebelum tarikh peperiksaan untuk terus membuat ulangkaji dan membaca.Sementara ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menjaga kesihatan diri agar tidak mengganggu konsentrasi (tumpuan) untuk ulangkaji pelajaran sebelum sampai waktu peperiksaan.Mereka juga katanya, perlu sentiasa meletakkan kebergantungan diri kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian peperiksaan terbabit.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Malam Restu Perdana di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini, semalam.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali.Orang ramai solat hajat pohon kejayaan dari Allah bagi pelajar menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Satiful Bahri Mamat, Timbalannya, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Shafruddin Haji Ali Hussin.Majlis yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran, membabitkan seluruh rakyat Terengganu, dianjurkan bersama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Kira-kira 1,000 pelajar dan orang ramai mengadakan solat hajat di majlis tersebut sempena peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Menurut laporan terkini Portal Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, sebanyak empat jenis peperiksaan telah selesai diadakan termasuk UPSR pada 20, 24 hingga 27 September yang lalu, PT3 pada 1 hingga 4 Oktober lalu, STAM pada 16 hingga 18 dan 22 hingga 23 Oktober lalu, sementara STPM (Penggal Kedua) pada 21 hingga 24 Mei lalu.Manakala peperiksaaan belum selesai ialah SPM bermula pada 13 November hingga 13 Disember ini dan STPM (Penggal Ketiga) bermula pada 13, 14, 15, 19 dan 21 November ini.
30 Oct 18
121
Berkat Adalah Hasil Sinergi Amalan Pengeluaran ‘Halalan Toyyiban’
Haji Mohd. Nurkhuzaini mendengar taklimat pengeluaran produk kilang Sidratul dari pemiliknya, Ustaz Tajudin (kanan).Oleh: Haji Sazali Mohd NoorKUALA KANGSAR, 31 Oktober - Keberkatan perniagaan adalah hasil sinergi Amalan Pengeluaran Islam (Islamic Manufacturing Practice - IMP) yang mengamalkan konsep ‘Halalan Toyyiban’ di setiap peringkat.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman menyeru para usahawan melaksanakan kombinasi kedua-dua perkara tersebut dalam kehidupan mereka.“Kalau boleh saya masukkan dalam silibus (sukatan) ucapan saya, (kerana perkara) halal itu dia fokus kepada fizikal dan 'toyyiban' itu adalah spiritual kita. Kombinasi antara dua itu barulah lengkap.“Banyak kita lihat orang yang biasa memperjuangkan (pengeluaran) halal ini kadang-kadang dari segi praktisnya tidak ‘toyyiban’.“Bila tidak ada kombinasi, orang boleh sebut 'halalan' semudah tutur kata lidah sahaja tapi bila 'toyyiban' ia melibatkan spiritual kita yang payah kita nak adaptasi dalam diri kita,” tegasnya.Menurutnya, ramai peniaga yang berupaya mengeluar dan menjual barangan serta perkhidmatan yang halal.Namun katanya, ia tidak mendapat keberkatan dari Allah kerana para pengusaha atau peniaga itu tidak tunduk dan patuh kepada Allah semasa proses pengeluaran atau penjualan dijalankan.Oleh itu, Mohd. Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, antara amalan penting yang mesti dititik beratkan oleh para usahawan ialah sentiasa menjaga kebersihan dengan keadaan berwuduk pada setiap masa.Beliau berkata demikian selepas melawat Kilang Sidratul Enterprise yang mengeluarkan produk kesihatan ‘Halalan Toyyiban’, di sini, semalam.Sehubungan itu, pemilik industri kilang tersebut, Ustaz Tajuddin Arshad berkata, pengeluaran produk yang halal tidak semestinya ‘toyyiban’ atau baik kepada orang ramai.“Produk halal senang atau mudah diperolehi dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.“Tetapi untuk mendapatkan (status) ‘toyyiban’ itu melibatkan amalan rohani seperti memulakan pengeluaran dengan keadaan sentiasa patuh kepada Allah, berwuduk (bersih) dan melakukan solat serta berdoa kepada Allah,” jelasnya.Menurut beliau, para pekerja Kilang Sidratul Enterprise mengamalkan Amalan Pengeluaran Islam dan memulakan tugas pada setiap pagi dengan bacaan Asma Al-Husna dan solat sunat Dhuha.“Dengan itu, produk yang dihasikan bukan sahaja halal tetapi toyyiban yang bukan sahaja halal dan bersih, malah membawa keberkatan kepada para pembeli dan penggunanya insya-Allah,” tambah beliau.Katanya, selain mengeluarkan produk kesihatan, kosmetik dan makanan tambahan, kilang beliau turut menerima tempahan untuk pengeluaran pelbagai produk pengguna yang lain.
30 Oct 18
728
PDRM Kukuh Hubungan Dengan Kerajaan Negeri
Haji Yahaya Ali ditemui pemberita dalam kunjungan hormat Timbalan Ketua Polis Terengganu ke pejabatnya.KUALA TERENGGANU, 31 Oktober - Kerajaan Terengganu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu khususnya mengalu-alukan kerjasama baik dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Yang Dipertua DUN Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, beliau berbesar hati dengan kunjungan PDRM Terengganu hari ini.“Saya bagi pihak kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan PDRM."Ianya merupakan suatu amalan yang baik dalam merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak polis dan kerajaan negeri.“Tugas yang dilaksanakan PDRM pada hari ini adalah sangat baik dan kerajaan sentiasa terbuka dalam menjalinkan kerjasama,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita bersama dengan Timbalan Ketua Polis Terengganu yang baru dilantik 1 Oktober yang lalu di Pejabat Yang Dipertua DUN Terengganu, Wisma Darul Iman, hari ini.Menurutnya, pada akhirnya rakyat perlu mendapat perkhidmatan yang baik daripada kerajaan dan PDRM khususnya dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam.Sehubungan dengan itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu, Senior Asisten Komisioner, Dato’ Allaudeen Abdul Majid menekankan bahawa memang menjadi tanggungjawab polis untuk menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak.Katanya, matlamat akhir adalah memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang politik dan kaum.“PDRM sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan pemimpin kerajaan negeri.“Polis (juga) memberikan kerjasama dengan menempatkan pegawai bagi memastikan keselamatan persidangan DUN berjalan dengan baik,” jelasnya.Justeru itu, Haji Yahaya Ali berkata, antara kerjasama yang diberikan oleh pihak polis termasuk menjayakan program-program kerajaan khususnya dalam menghadapi persiapan banjir pada tahun ini.Beliau turut mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada PDRM kerana program menembak bersama kerajaan negeri anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Terengganu, baru-baru ini (29 Oktober) berlangsung dengan meriah.“Sebenarnya ramai antara kami baru memegang pistol (dan tidak biasa dengan senjata api).“Banyak isu dalam masyarakat (yang perlu diselesaikan) bukan sahaja bergantung kepada kecekapan pihak polis, tetapi bergantung kepada kerjasama masyarakat,” tambahnya.
30 Oct 18
547
RMM Cecah 112,000 Pemohon
Dr Alias Razak berucap merasmikan REHDA Members' Day Cum Outreach Programme.Oleh: Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 31 Oktober - Jumlah permohonan RMM buat masa ini mencecah 112,000 pemohon dan akan ditapis mengikut kelayakan masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, Kerajaan Terengganu dan pihak pemaju sektor perumahan akan bekerjasama bagi menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.Menurutnya, kira-kira 20,000 unit rumah mampu milik (RMM) akan dibina dalam tempoh setahun berbanding hanya 1,000 unit yang dibina pada masa pemerintahan kerajaan yang lalu."Kerajaan akan mengenal pasti punca permasalahan yang merencatkan proses pembinaan projek RMM yang lalu."Kerajaan pusat juga turut berjanji akan membina 1 juta unit rumah di seluruh negara dan insya-Allah kita harap ianya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Terengganu yang layak memohon," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan REHDA Members' Day Cum Outreach Programme di Hotel Primula Kuala Terengganu, baru-baru ini (28 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM 50 juta bagi menyediakan tabung pinjaman perumahan bagi pemohon yang tidak mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank atas faktor slip gaji dan sebagainya."Kerajaan akan membelanjakan kira-kira RM 400 juta setahun untuk menyediakan khidmat wad kelas ketiga percuma untuk rakyat di Terengganu di semua hospital kerajaan."Manakala RM10 hingga RM15 juta akan dibelanjakan setahun untuk memberi kemudahan kad sejahtera kepada rakyat Terengganu yang layak sebagaimana dalam janji manifesto PRU yang lepas."Di samping itu, kerajaan dalam proses untuk membuka lembah silika di Marang, yang mana secara langsung dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya."Justeru, kerajaan juga akan berkerjasama dengan pihak swasta dan pemain industri berkenaan serta pelabur daripada dalam dan luar dengan mengambil pandangan mereka bagi memacu pembangunan yang sihat di negeri ini," ujarnya.Hadir sama, Pengerusi REHDA Terengganu, Haji Mohamad Hishamudin dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin REHDA Malaysia, Datuk Haji Muztaza Mohamad.
30 Oct 18
38
Kerajaan Negeri Hargai 17 Penggiat Seni Gamelan
Ustaz Ariffin Deraman (kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penggiat seni gamelan.Oleh: Noraini JusohKUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Majlis Aspresiasi Lambang Sari Gamelan Tradisional Melayu hari ini menjadi medan untuk menghargai 17 orang penggiat dan aktivis gamelan negeri ini.Majlis anugerah yang diadakan di Wisma Darul Iman itu dianjurkan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif memberikan pengiktirafan khas itu sebagai menghargai jasa serta pengorbanan penggiat dan aktivis gamelan negeri ini yang banyak berjasa memastikan warisan seni Istana Terengganu suatu ketika dahulu itu tetap dilestari dan dipertahankan sehingga kini.“Sijil pengiktirafan ini akan membuktikan kelayakan dan kebolehan mereka untuk memberi tunjuk ajar dan melatih generasi baru dalam seni budaya gamelan.“Di samping itu, ianya sebagai satu tanda penghormatan dan penghargaan daripada pewaris-pewaris, anak-anak didik serta generasi baru kepada individu-individu yang telah banyak menabur bakti serta berkongsi ilmu kesenian gamelan ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Aspresiasi Lambang Sari Gamelan Tradisonal Melayu di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis itu, Tokoh Gamelan Tradisional Melayu dianugerahkan kepada Wan A.Latiff Wan Besar, Wan Salmah Wan Sulaiman dan Zaharah Abdul Hamid.Manakala Anugerah Adi Guru Gamelan Tradisional Melayu pula diberikan kepada Ramli Ibrahim, Hamzah Abdul Hamid, Tun Baharum Tun Abdul Razak, Salwani Shamsuddin, Ahmad Zaki Abdullah, Razali Embong dan Muhammad shahrul Azmi Hassan.Anugerah Khas Gamelan Tradisional Melayu pula diterima oleh Prof. Dr Siti Zainon Ismail, Dr.Harun Mat Piah, Che Mat Jusoh, Mohd Yusof Abdullah, Sulong Ismail, Othman Abdullah dan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain yang diwakili anaknya Megat Mohd Syahraini.Pada majlis itu juga, SUKTRA Terengganu menerima Anugerah Khas Institut Gamelan Tradisional Melayu.
30 Oct 18
979
Dr Samsuri Sedia Sumbang Kepakaran Bantu Tragedi Lion Air JT 610
KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Pakar aeroangkasa, Dr Ahmad Samsuri Moktar bersedia menyumbang kepakaran sekiranya diperlukan oleh kedutaan Indonesia bagi membantu menyiasat kejadian Pesawat Lion Air, JT 610 yang terhempas di perairan Kerawang, Indonesia, semalam.Katanya, kesudian itu dianggap sebahagian tanggungjawab sosial sebagai rakyat Malaysia bagi membantu negara jiran.“Bagaimanapun kita perlu menunggu laporan siasatan berkaitan itu, saya sendiri pun tidak tahu secara mendalam, sekiranya memerlukan bantuan, saya sudi bantu setakat yang mampu.“Saya percaya dalam situasi itu, juruterbang tidak mampu mengambil sebarang tindakan sekiranya pesawat mengalami teknikal atau kerosakan enjin,” katanya.Difahamkan, dalam kejadian itu, seramai 189 penumpang termasuk dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi serta anak kapal gagal diselamatkan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih di Taman Tamaduan Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis itu bagi meraikan persaraan bekas Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Ikstisad Negeri Terengganu (PMINT), Razaki Puteh serta dua bekas kakitangan PMINT, Ismail Wahab dan Zawiah Abdullah.Ahmad Samsuri turut memberitahu, dalam memastikan PMINT terus memacu pembangunan negeri, banyak perkara yang perlu dititikberatkan.“Oleh itu, dia menyarankan warga kerja PMINT sama ada pihak pengurusan dan kakitangan sokongan perlu bekerja secara berpasukan kerana impaknya sangat besar kepada organisasi,” katanya.
30 Oct 18
67
3,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat
Hanafiah Mat.KEMAMAN, 30 Oktober - Lebih 3,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada rakyat apabila sebuah kilang plastik di tapak kilang besi Perwaja Steel Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini, yang ditutup empat tahun lalu akan beroperasi semula tidak lama lagi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, kilang plastik itu yang dimiliki sebuah syarikat dari China dijangka beroperasi awal Januari depan.Menurutnya, ketika ini kerja-kerja pembinaan pemasangan di kilang tersebut sedang rancak dilaksanakan."Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada kilang ini untuk beroperasi."Saya juga telah arahkan jabatan-jabatan kerajaan supaya mempercepatkan proses agar kilang ini dapat beroperasi seperti yang disasarkan supaya rakyat terutama yang kehilangan kerja akibat kelembapan ekonomi dapat bekerja semula," katanya ketika ditemui pada program di Chukai, baru-baru ini.Perwaja Steel menutup operasinya pada November 2014 menyebabkan 1,500 pekerjanya terpaksa diberhentikan.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata, pembukaan kilang baharu di tapak kilang besi itu bakal merancakkan lagi kawasan perindustrian berkenaan yang sebelum ini kian malap.Malah menurutnya, Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) yang terletak berdekatan tapak Perwaja Steel juga baru mengadakan temuduga terbuka untuk pengambilan 200 pekerja."KSB adakan pengambilan pekerja ini ekoran harga pasaran minyak dunia yang kembali meningkat sekali gus menghidupkan semula peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas ini."Saya harap dalam tempoh lima tahun lagi Kemaman akan kembali bersinar sebagai kawasan industri minyak dan gas seperimana 15 tahun lalu," katanya.Kredit: Sinar Harian
29 Oct 18
246
Kafe Bas Jana Ekonomi Masjid Al-Muktafi Billah Shah
Kafe Bas MAMBS galak masyarakat membeli sambil mendermaKUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Masjid Al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) memperkenalkan Kafe Bas sebagai usaha menggalakkan masyarakat bersama-sama menjana pendapatan masjid sekaligus menjadikan ia sebagai dana tetap untuk menjalankan aktiviti dan dakwah.Pengerusi MAMBS, Datuk Wan Mohd Albakri Wan Md Nor berkata, pembukaan Kafe Bas juga bertujuan menyemarakkan lagi fungsi dan peranan masjid. “Masjid bukanlah hanya sebuah rumah ibadat, ia juga berperanan sebagai pusat komuniti, tempat berkumpul dan melakukan aktiviti yang menjurus kepada kebaikan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.“Jadi tidak mustahil sekiranya kawasan masjid boleh dijadikan medan untuk menambah dana masjid itu sendiri dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan selain turut berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pendidikan dan sebagainya,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kafe Bas di MAMBS, hari ini.Katanya, pembukaan kafe tersebut juga turut memberi peluang kepada para usahawan yang terlibat dalam industri makanan untuk mempromosikan produk masing-masing.“Kita akan membantu mereka dari aspek pembungkusan dan penjenamaan supaya para usahawan yang terlibat ada identiti tersendiri, malah kita juga sedang mencari golongan asnaf yang dapat menyediakan makanan berkualiti untuk dijual di Kafe Bas yang sekali gus dapat membantu golongan ini menjana pendapatan sampingan,” ujarnya.Tambah beliau, pembukaan Kafe Bas juga diharap dapat membudayakan sikap membeli sambil menderma di kalangan masyarakat.“Keuntungan daripada hasil jualan di kafe ini akan dimasukkan terus ke tabung masjid dan kita juga mengharapkan lebih banyak syarikat korporat serta individu yang ingin bersedekah boleh menyumbang makanan untuk kita jual dan keuntungan akan pergi kepada tabung masjid,” ujarnya.Sementara itu, ditanya tentang kos pembinaan kafe tersebut, beliau berkata, bas yang diubah suai menjadi kafe itu adalah sumbangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.“Manakala, lain-lain termasuk peralatan, kelengkapan dan sebagainya adalah antara sumbangan syarikat korporat serta orang perseorangan,” ujarnya.Katanya, kafe tersebut menyediakan menu sarapan pagi seperti nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, kuih muih tradisional serta juadah minum petang seperti keropok lekor, popia goreng dan sebagainya yang menawarkan harga berpatutan.“Kafe ini akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan akan berhenti seketika waktu operasinya antara pukul 12.30 tengahari sehingga 1.30 petang,” ujarnya.Dalam perkembangan sama katanya, MAMBS juga akan membuka kedai gunting awal tahun hadapan dan buat permulaan memberi peluang pekerjaan sebagai tukang gunting kepada empat orang anak asnaf.“Ini merupakan salah satu lagi usaha kita untuk menjana ekonomi masjid di samping membantu golongan yang memerlukan.“Jika sebelum ini golongan belia ‘segan’ untuk mendekati kawasan masjid apatah lagi memasuki masjid, diharap dengan adanya aktiviti sebegini mereka akan lebih dekat dengan masjid sekaligus dapat menggalakkan golongan belia untuk datang.“Apabila mereka mula berada dekat dengan masjid sekaligus sedikit sebanyak dapat menarik mereka untuk turut bersama-masa mengimarahkan masjid,” ujarnya.
29 Oct 18
404