Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Naib Juara Hoki Piala Tun Abdul Razak
KUALA TERENGGANU, 4 November - Pasukan Hoki Terengganu terpaksa akur dinobatkan sebagai naib juara selepas tewas dalam perlawanan akhir menentang Perak menerusi penentuan pukulan penalti 3-1 setelah terikat seri 2-2 dalam perebutan Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.Pada aksi berkenaan, Terengganu berada di hadapan hasil gol padang Ameer Aiman Mohd Saberi pada minit ke-14 sebelum Shazrul Imran Nazli menyamakan kedudukan untuk Perak menerusi pukulan sudut penalti, selang beberapa saat kemudian.Syamiru Aiman Bidin kembali meletakkan Terengganu di depan menerusi gol padang pada minit ke-22 sebelum Muhammad Azrai menyamakan kedudukan untuk Perak hasil gol padang pada minit ke-47.Dalam pada itu, Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu, Chairil Anwar A Aziz @ Musa berkata, walaupun peluang tersedia tidak digunakan sepenuhnya oleh anak-anak buahnya, beliau tetap berpuas hati dengan komitmen dan semangat juang mereka."Alhamdulillah, mereka berjuang hingga ke saat akhir. Pemain yang kita turunkan dikuatkan dengan gabungan 5 pemain berpengalaman dan atlet-atlet pasukan hoki Sukan Malaysia (SUKMA), baru-baru ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini, mengulas mengenai perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak menentang Perak.Perak membawa pulang trofi kemenangan dan mengaut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 sebagai juara edisi ke-56 manakala Terengganu terpaksa berpuas hati dengan beroleh RM7,000.
03 Nov 18
202
2018 Tahun Gemilang Sukan Terengganu
Wan Sukairi Wan Abdullah mengaminkan doa dalam penutup Kejohanan Golf Interclub Piala Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu. Foto - Wan Luqmanul HakimKUALA NERUS, 4 November - Walaupun ramai peminat menangisi kegagalan Terengganu membawa pulang Piala Malaysia baru-baru ini, harus diakui tahun 2018 merupakan tahun gemilang negeri itu dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pencapaian Negeri Terengganu dalam bidang tersebut amat membanggakan."Tahun ini, kita berjaya menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA). Dalam sukan bola sepak pula, kita berjaya memasuki enam perlawanan akhir dalam pelbagai peringkat umur dan memenangi tiga daripadanya," ujarnya.Sehubungan itu, katanya, secara keseluruhannya, Terengganu menguasai sukan dalam negara ini dan beliau berharap agar suatu masa nanti Terengganu akan menguasai sukan golf juga di peringkat yang lebih tinggi.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Kejohanan Golf Interclub Piala Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu di Kuala Terengganu Golf Resort, semalam. Kejohanan itu disertai lapan pasukan dalam negeri dan dimenangi oleh Kelab Sukan Pemain Golf Kuala Terengganu (KSPGKT) yang membawa pulang piala pusingan serta hadiah wang tunai berjumlah RM7,000.Semalam, Pasukan Hoki Terengganu turut dinobatkan sebagai naib juara hoki Piala Razak 2018 apabila tewas kepada Perak menerusi penalti 3-1 setelah seri 2-2
03 Nov 18
181
Terengganu Perluas Kempen Henti Urus Niaga 15 Minit Waktu Maghrib
Pelancaran kempen berhenti urus niaga selama 15 minit waktu Maghrib akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sedikit masa lagi. Foto - Afiq M. ZaidKUALA NERUS, 4 November - Kerajaan Terengganu telah memulakan kempen supaya semua urus niaga dihentikan selama 15 minit pada waktu Maghrib.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia bertujuan untuk memberi ruang kepada peniaga dan pembeli menunaikan kewajipan solat.“Kita minta supaya berhenti lima minit sebelum dan 10 minit selepas Maghrib dan perkara tersebut sudah dimulakan di Taman Selera Jerteh sejak 15 Syawal lalu.“Insya-Allah kempen ini akan diperluaskan ke seluruh negeri di bawah portfolio penjaja negeri,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sempena perayaan Deepavali di Mydin Mall, Gong Badak, semalam.Sehubungan itu, beliau berkata, pelancaran akan dibuat di peringkat negeri, di lokasi yang dikenal pasti sudah mempunyai kemudahan berwuduk dan premis menunaikan solat.Katanya, walaupun pada mulanya ada peniaga yang enggan menerimanya, namun ia berjalan dengan baik, setelah diberikan penjelasan.“Lumrahlah, waktu itu (maghrib) ialah waktu puncak, tapi para peniaga yang majoriti orang Islam kita kena sedarkan mereka, punca rezeki adalah daripada Allah.“Jadi bagaimana rezeki nak mari kalau kita tak tunaikan tanggungjawab (solat) dan alhamdulillah mereka dapat menerima dengan baik,” kata beliau.Menurutnya, perkara yang sama pernah diamalkan oleh Kerajaan Terengganu pada tahun 1999, tetapi tidak diteruskan amalannya apabila Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004.Katanya, kempen tersebut dibuat pada waktu Maghrib kerana ia adalah masa yang singkat, berbanding waktu Isyak yang panjang, sehingga sebelum Subuh.Sehubungan itu, kata beliau, pelancaran peringkat negeri akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar setelah kemudahan asas berkenaan, terutamanya di pasar-pasar malam, dapat disiapkan.“Hasrat saya sendiri dan kerajaan buat di semua (lokasi) peniaga kecil, di pasar-pasar malam, dengan kerjasama Syarikat Air Terengganu (SATU) dan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).“Saya berharap akan dapat dilancarkan oleh YAB Menteri Besar dalam waktu yang terdekat,” tambahnya.Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.
03 Nov 18
53
Pelajar Genius Terengganu Paling Ramai
Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak.Oleh: Aslam WiraMARANG, 4 November - Terengganu menjadi negeri paling ramai mempunyai pelajar genius malah rekod kecemerlangan itu dilihat konsisten untuk beberapa tahun.Menurut Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, daripada data yang dikumpul oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, satu kajian menyatakan Terengganu mempunyai data pelajar pintar yang besar.“Dalam beberapa tahun Terengganu mendominasi statistik pelajar genius paling ramai dan ia konsisten bagi beberapa tahun kebelakangan ini diikuti oleh Negeri Selangor dan Johor.“Dari sudut andaian saya, amalan pemakanan mereka yang memakan ikan segar mungkin adalah faktor utama selain daripada genetik dan persekitaran,” katanya ketika berucap di Forum Kenali Anak Pintar di Bilik Syarahan, Pejabat Daerah Marang, semalam.Program Permata Pintar adalah antara inisiatif yang diperkenalkan oleh PERMATA bagi mengenal pasti dan membangunkan kanak-kanak yang berbakat besar dan semula jadi atau“gifted” dalam pelbagai bidang.Ini seterusnya akan membantu negara mencapai status maju seiring dengan Revolusi Industri 4.0.Kolej PERMATApintar Universiti Kebangsaan Malaysia adalah sekolah yang didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan pendidikan menengah rendah dan menengah tinggi untuk murid pintar dan berbakat seluruh Malaysia.Kolej ini menggunakan kaedah pengajaran berbeza (differentiated instruction) dan memberi peluang untuk murid mengalami beberapa proses pengajaran khusus seperti pecutan, penggayaan dan mampatan.Manakala Kolej PERMATAinsan pula diamanahkan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan kesinambungan dan perluasan daripda program PERMATA yang telah dilaksanakan sebelum ini.Program ini merupakan strategi menjana cendekiawan islam dari bakat anak-anak kecil pintar dari seluruh Malaysia seawal usia 8 tahun.Idea untuk mengadakan forum ini adalah daripada Persatuan Kebajikan Keluarga dan Pelajar Pintar Terengganu (PKKPPT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu serta Pejabat Daerah Marang.Sementara itu, memetik ucapan Pengerusi PKKPPT, Mohd Shukri Abd. Rahman, katanya, beliau menyampaikan salam daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah selaku Penaung PKKPPT.Jamuan untuk forum tersebut mendapat tajaan daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.Turut hadir ke forum tersebut adalah Timbalan Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof Madya Dr Rorlinda Yusof serta Penyelaras Pra Kolej dan Pencarian Bakat Kolej PERMATAInsan, Nor Adlyizan Theis.
03 Nov 18
979
Isu Tanah Runtuh Bukit Kukus:Gesaan Siasatan Diumumkan Segera
Tuan Che Alias HamidKUALA LUMPUR 3 November - Kerajaan digesa mendedahkan laporan siasatan tanah runtuh yang berlaku di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus pada bulan lepas kepada umum dengan segera demi ketelusan dan anggota suruhanjaya itu.Ahli Parlimen Kemaman, Tuan Che Alias Hamid, berkata siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan itu, dijangka tarikh dan tempoh siasatannya ditetapkan bermula pada minggu ini.Jelasnya, pihak jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan itu diharapkan tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan isu ini."Banyak pihak yang ingin mengetahui punca sebenar kejadian yang telah meragut banyak nyawa itu."Adakah kes tanah runtuh ini juga berlaku disebabkan tiga kecuaian itu iaitu kecuaian kelulusan, kecuaian pemantauan dan kecuaian mematuhi garis panduan seperti sebelum ini?"katanya di dalam kenyataan media yang dikeluarkan di Parlimen di sini pada 1 November, baru-baru ini.Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman turut berkatatindakan undang-undang sepatutnya diambil dan kerajaan tidak boleh berkomplot dengan mana-mana pihak yang bersalah."Kita berharap agar Kerajaan Pulau Pinang memberi perhatian terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh penduduk serta Badan-badan Bukan Kerajaan(NGO's) ."Untuk mengelakkan kejadian malang itu terus berulang, saya mencadangkan perlu kurangkan penggondolan bukit untuk pembinaan,"katanya lagi.Menurut Tuan Che Alias, Pulau Pinang sering kali berlaku kes tanah runtuh daripada tahun 2016 Oktober 2018 sehingga dikenali sebagai “Darul Bencana".Terdahulu dalam satu kejadian, sembilan mangsa meninggal dunia selepas tertimbus runtuhan tanah yang menimpa kontena yang menempatkan pekerja di tapak projek jalan raya berkembar di Bukit Kukus, Paya Terubong, Jumaat lepas.Mereka terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan dan seorang wanita Kemboja.
02 Nov 18
159
BAJET 2019: Peruntukan IPG Tidak Bantu Penoreh
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 3 November - Peruntukan RM50 Juta sebagai Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Bajet 2019 semalam tidak memberi manfaat yang besar kepada penoreh.Ini kerana pekebun kecil hanya akan menerima sokongan pendapatan daripada IPG jika harga getah jatuh bawah RM2.20 sekilogram.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim menggesa Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kadar kejatuhan harga getah di bawah paras RM2.20 sekilogram untuk melayakkan mereka menerima sokongan pendapatan dari IPG. "Apa nilai RM2.20 sekilogram untuk seorang penoreh? Inilah harga purata getah yang 'dinikmati' oleh mereka sejak sekian lama dan pada paras ini, ia tidak cukup untuk menampung keperluan kehidupan harian yang minima."Respon yang saya perolehi daripada rata-rata penoreh mencadangkan idea meletakkan harga lantai getah pada paras minima RM4 sekilogram."Pada kadar itu, mereka tidak lagi memerlukan apa-apa bantuan khas yang lain seperti bantuan musim tengkujuh dan sebagainya."Saya juga yakin selepas pelaksanaan Bajet 2019, harga getah akan stabil pada paras RM2.20 sekilogram dan menyebabkan IPG tidak perlu dibayar kepada penoreh!" tegasnya.Berkenaan kepelbagaian penggunaan getah tempatan dalam industri , Dr. Azman melihat ia tidak mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil."Cadangan ini adalah satu inovasi menarik. Tetapi, ia tidak akan mampu melonjakkan harga komoditi ini di pasaran kerana kita semua maklum isu utama kejatuhan harga bukan kerana getah kita tidak laku di pasaran dunia," katanya.Kerajaan Persekutuan mengumumkan akan memperluas penggunaan getah tempatan sebagai bahan campuran dalam pembinaan jalan raya bagi meningkatkan daya ketahanan jalan di samping mengurangkan kos penyelenggaraan. Kerajaan menyasarkan penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen (CMB) terutamanya untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat.Bagi tujuan ini, sebanyak RM100 juta diperuntukkan.
02 Nov 18
33
BAJET 2019: Terengganu Cadang Agihan Adil Kepada Negeri
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 3 November - RM52 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2019 bagi pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri asas tani dianggap nilai yang memadai dalam keadaan ekonomi negara hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berharap peruntukan itu disalurkan secara adil ke semua negeri bagi menarik minat dan penglibatan golongan muda menceburi bidang agro-makanan. "Kita ingin golongan muda melihat industri tani sebagai kerjaya manusia yang berjaya kerana masa depan agro-makanan bergantung kepada mereka."Kita harus membuka mata generasi muda supaya melihat pertanian sebagai bidang kerjaya yang bermutu dan menyedari pertanian adalah perniagaan," ulasnya.Beliau juga menyokong peruntukan keseluruhan RM117 juta bagi tiga fokus utama sektor pertanian terdiri dari kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) (RM47 Juta), Automasi Industri Makanan serta Keusahawanan (RM 18 Juta) dan Latihan Industri Tani yang disifatkan mampu memacu sektor pertanian negara ke satu tahap yang lebih baik."Peruntukan kepada sektor pertanian bermakna peruntukan untuk menjamin 'food security' bagi negara. "Tetapi, faktor kegagalan projek-projek industri pertanian negara sebelum ini perlu diteliti dan diambil kira sebaiknya sebelum bajet disalurkan dan dibelanjakan."Langkah ini perlu diambil supaya kita tidak mengulangi kesilapan ibarat mencurah garam ke laut yang tak memberi apa-apa kesan dan hasil."Perancangan yang baik, pemilihan peserta yang tepat, berminat, berkemahiran serta berdaya tahan ditambah dengan pelaksanaan dan pemantauan yang teratur akan menjadi antara faktor kejayaan dalam sektor ini," ujarnya.
02 Nov 18
41
Lesen Motor Percuma Hadiah Istimewa Buat Belia
Wan Sukairi Wan Abdullah.Foto oleh:Tengku SyamimKUALA TERENGGANU, 1 November-Satu lagi janji untuk anak muda akan terlaksana apabila kerajaan negeri bakal menghadiahkan lesen motosikal percuma kepada golongan belia bermula Januari 2019, sepertimana manifesto PAS negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14, baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata, sebagai permulaan seramai 20,000 belia berumur 16 tahun ke atas hingga 40 tahun layak menikmati tawaran itu."InsyaAllah, pada awal Januari 2019, keseluruhan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mendapat agihan jumlah pemohon yang sama rata iaitu seramai 625 belia yang layak untuk menerima bantuan lesen RM300 seperti kita janjikan sebelum ini."Ini termasuklah 12 Institut Memandu yang terdapat di negeri ini yang akan mendapat pecahan yang sama rata iaitu kira-kira 426 penerima lesen yang berjaya supaya tidak wujud monopoli di kalangan mereka (pengusaha) nanti,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Bengkel Manifesto Lesen di Wisma Kokitab, di sini, hari ini.Wan Sukairi berkata, bengkel berkenaan diadakan bagi mencari kaedah terbaik bagi melaksanakan bantuan lesen yang merupakan salah satu janji daripada 20 manifesto yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi."Kita adakan kerjasama dengan semua pihak termasuk agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi memandu."Hasilnya kita akan masukkan dalam mesyuarat induk manifesto dalam masa yang singkat untuk selaraskan dalam pembentangan bajet nanti,"ujarnya lagi.Tambah Wan Sukairi, pihaknya juga mensasarkan pada pertengahan suku kedua 2019, pemberian lesen percuma ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh."Namun begitu, akan ada jumlah tertentu dengan mengambil kira kewangan negeri," jelasnya.Terdahulu, beliau berkata, tujuan pelaksanaan janji itu kerana mahu mengurangkan gejala rempit tanpa lesen termasuk mengurangkan bebanan keluarga yang sebelum ini terpaksa membayar RM300 untuk mendapatkan lesen di samping mengurangkan kadar kemalangan."Mungkin ada di antara kita yang tidak punyai kemampuan untuk dapatkan lesen yang bagi sesetengah pihak merasa jumlah itu kecil tetapi bagi sesetengah orang ia rasakan jumlah itu cukup besar."Tawaran ini juga akan mendedahkan belia terbabit supaya mengikuti kursus kaedah pemanduan untuk jadi pemandu yang berhemah,"katanya.
01 Nov 18
107
Pusat Pemprosesan Susu Kambing Tenusu, Jana Pendapatan Penternak
Dr Azman menandatangani plak perasmian Program Inkubasi Pengembangan dan Keusahawanan Tenusu.KUALA TERENGGANU, 1 November - Pembukaan Pusat Pemprosesan Susu Kambing Tenusu yang mampu memproses kira-kira 1,000 liter susu sehari di Pusat Pengembangan Veterinar Kampung Jenang, Marang, pada tahun hadapan dijangka mampu menambah pendapatan puluhan penternak di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebelum ini, seramai kira-kira 50 penternak aktif di kampung-kampung hanya memproses susu kambing secara manual.Katanya, kaedah itu pastinya mengurangkan kepercayaan orang ramai yang menganggap cara memproses susu adalah kurang bersih dan tidak berkualiti, selain produk tidak dapat dipasarkan ke luar dan hanya berlegar di sekitar kampung sahaja."Dengan adanya pusat ini, ia diharapkan dapat membantu penternak berskala kecil serta sederhana bagi meningkatkan mutu produk mereka sekaligus meningkatkan pendapatan pada masa akan datang."Kerja-kerja memasukkan mesin dan peralatan yang bernilai RM700,000 sedang dijalankan di pusat yang terletak Kampung Jenang, Marang dan akan mengambil masa antara satu hingga dua bulan sebelum boleh beroperasi sepenuhnya kerana perlu melalui beberapa prosedur dan ujian,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Inkubasi Pengembangan dan Keusahawanan Tenusu di Dataran Kaprima, Bukit Kecil, hari ini.Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Mohd Termizi Ghazali. Seramai 150 peserta dari seluruh negeri menghadiri program tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).Beliau berkata, untuk permulaan, projek ini akan melibatkan 50 penternak kambing tenusu yang aktif tetapi jumlah ini dijangka meningkat kerana dijangka lebih ramai penternak kecil- kecilan akan turut datang untuk menggunakan perkhidmatan di pusat berkenaan."Permintaan susu kambing di Terengganu agak tinggi kerana ia sering diwar-warkan sebagai produk kesihatan dan dalam negeri pun kita tidak ada cukup bekalan khususnya dalam bentuk susu segar."Oleh itu, sasaran kita selepas ini adalah untuk memenuhi keperluan dalam negeri dan juga pasaran di Lembah Klang. Sebelum ini memang ada permintaan dari luar, tetapi kita tak dapat nak bekalkan kerana selain masalah stok, kita juga tidak ada sijil halal dan sebagainya yang amat diperlukan untuk satu-satu produk pergi lebih jauh," katanya.
01 Nov 18
373
JHEAT Mula Operasi SRIDI Januari Ini
Ustaz Satiful bersama sebahagian pelajar di Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran 2018 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. KUALA TERENGGANU, 1 November - Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bakal memulakan operasi Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) mulai Januari ini untuk sesi persekolahan 2019.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, permohonan kemasukan untuk pendaftaran murid Tahun Satu di SRIDI mula dibuka hari ini (1 November) hingga 30 November depan.“Buat permulaan, SRIDI akan beroperasi di enam lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun; Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Kuala Nerus) serta Kampung Raja (Besut).“Dan Sekolah Rendah Agama Yayasan Islam Terengganu (SRAYIT) yang terletak di Losong (Kuala Terengganu) juga akan digabung jalinkan menggunakan modul yang sama dengan SRIDI,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran 2018 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis itu, seramai 346 pelajar Tingkatan Lima diraikan selain pemberian insentif RM1,000 kepada 300 pelajar yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk al Quran.Menurut beliau, pembukaan enam SRIDI merupakan langkah awal untuk menunaikan janji manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu yang mahu menawarkan SRIDI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).“Selepas ini lebih banyak akan dibuka secara berperingkat termasuk Sekolah Menengah Islam di kawasan Parlimen pula," katanya.Katanya, buat permulaan setiap SRIDI akan dibuka sebanyak dua kelas memuatkan pelajar seramai 50 orang (25 orang satu kelas). “Waktu pembelajaran bermula dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang.“Secara tidak langsung, sesi pembelajaran di SRIDI ini akan memudahkan ibu bapa yang bekerja untuk menguruskan rutin persekolahan anak-anak mereka," ujarnya.Katanya , kerajaan negeri mempelawa kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2012 yang berdekatan dengan SRIDI tersebut agar segera membuat permohonan di Bahagian Pendidikan, Kompleks Seri Iman, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
31 Oct 18
597