lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Serap Kurikulum PASTI Ke Dalam Sukatan Taska
Ustaz Wan Sukairi menyampaikan sijil hafazan kepada anak-anak Taska yang berjaya.KUALA TERENGGANU, 6 November - Kerajaan Terengganu bercadang untuk memanfaatkan kurikulum terbaik dalam Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk diserapkan ke dalam Taska menjadi sukatan pembelajaran.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak kisah (mengambil panduan) daripada sesiapa tapi PASTI adalah terbaik dan terbukti keberkesanannya.Sehubungan itu, modul kebangsaan yang digunakan taska terbabit akan ditambah baik  dengan mengambil kira kurikulum yang sedia ada.“Kita tahu perkembangan semasa  teknologi (maklumat) dan pembaharuan  teknik-teknik (untuk menghasilkan) modul yang terbaik.“Ia akan diaplikasikan pada keseluruhan 166 buah taska dalam negeri Terengganu,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Taska Permata Keluarga Parlimen Kuala Terengganu 2018 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, semalam.Seramai 211 orang anak-anak didik Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berjaya menghafal 23 surah daripada juzuk ‘amma’.Jumlah tersebut adalah daripada jumlah keseluruhan pelajar daripada sembilan buah Taska Permata di bawah seliaan YPK  dalam parlimen Kuala Terengganu.“Di peringkat negeri Terengganu, kita telah berjaya mengeluarkan seramai 1,170 pelajar berumur tiga dan empat tahun di yang berjaya di peringkat hafazan mukaddam.“Saya juga suka menyatakan bahawa kerajaan negeri memberikan komitmen penuh terhadap usaha yang dilakukan oleh  YPKT,” jelasnya.Dalam pada itu, menurutnya, komitmen kerajaan negeri menguruskan pengurusan taska tersebut akan diteruskan pada masa akan datang.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim.
05 Nov 18
100
Empty Image
TSG, UMT Mahu Lahir Atlet Berbasikal Berprestasi Tinggi
KUALA TERENGGANU, 6 November - Terengganu Cycling Team (TSG) meneruskan usaha membangunkan sukan berbasikal apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta melancarkan Akademi TSG di universiti itu, semalam.MoU itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor UMT, Profesor Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali dan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, Mohamad Rafee Jusoh.TSG pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Farhan Abd Wahab serta Ketua Pegawai Operasinya, Nasiruddin Wan Idrus.Majlis bersejarah itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.Dr Che Mohd Ruzaidi berkata, kerjasama ini membabitkan pembangunan sukan berbasikal melalui perkongsian kepakaran dan kejurulatihan."Kerjasama ini juga dapat mencungkil bakat baharu serta mampu meningkatkan prestasi atlet dan bakat sedia ada kedua-dua pihak dalam misi melahirkan pelumba bertaraf kebangsaan dan antarabangsa."Ia juga membabitkan pengurusan penggunaan sumber dan fasiliti sukan sedia ada selain bidang penyelidikan, pemasaran, pemakanan dan publisiti dalam misi melahirkan pelumba profesional yang turut cemerlang dalam akademik," katanya.Bagi Ahmad Farhan, MoU ini adalah satu langkah bijak, bukan hanya kepada pelumba TSG, tetapi impaknya kepada kedua-dua pihak serta atlet itu sendiri."Ia bukan hanya meningkatkan kualiti dan prestasi pelumba basikal TSG dan UMT, tetapi turut memberi peluang kepada atlet berbasikal TSG melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa meninggalkan karier dalam sukan itu."Kita mahu melahirkan atlet berbasikal berkelulusan tinggi dalam bidang akademik, selain pertukaran kepakaran bidang kejurulatihan serta akademik sukan berbasikal.“Ia selari dengan penubuhan Akademi TSG yang mahu memastikan kecemerlangan pasukan itu sebagai pasukan profesional di peringkat antarabangsa," kata Ahmad Farhan.
05 Nov 18
163
Empty Image
Terengganu Tanggung RM10 Juta Kos Pengurusan Taska Permata
Pendidikan adalah pelaburan bagi melahirkan generasi Islam yang kompeten pada masa depan.KUALA TERENGGANU, 6 November - Kerajaan Terengganu telah menanggung kos pengurusan Taska Permata sebanyak RM10 juta setahun ataupun 50% daripada keseluruhan kos perbelanjaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia tidak termasuk kos pembaikan, penyelenggaraan bangunan taska dan peralatan serta permainan kanak-kanak.“Kerajaan (negeri) mementingkan kecemerlangan rakyat termasuklah pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini. “Pelaburan mesti dibuat bagi mendapatkan pulangan dalam bentuk modal insan yang cemerlang duniawi dan ukrawi,” tegasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Taska Permata Keluarga Parlimen Kuala Terengganu 2018 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, semalam.Dengan itu, katanya, generasi Islam yang berilmu, berakhlak dan bersahsiah ini diharapkan akan menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan Terengganu pada masa akan datang.Sehubungan itu, beliau percaya kurikulum yang bersepadu dan seimbang mampu menggilap dan meningkatkan potensi kanak-kanak.“Terapkan nilai-nilai kerohanian dan sahsiah diri anak-anak kita di awal usia ini. Anak-anak yang mempunyai ciri-ciri yang soleh, pintar dan cemerlang ini sudah tentu didambakan oleh seluruh ibu bapa.“Hari ini Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang mempunyai 66 buah Taska Permata di seluruh negeri merupakan satu-satunya agensi kerajaan negeri yang terbesar di dalam negara ini yang melaksanakan perkhidmatan taska anak-anak berumur 4 tahun ke bawah,” ujarnya.Justeru, dengan penubuhan Taska-taska Permata YPK ini, ia memberi ruang kepada kanak-kanak di rumah, bagi memperolehi suatu bentuk asuhan dan pendidikan kanak-kanak yang formal, seimbang dan juga menyeronokkan melalui pusat-pusat berdaftar.
05 Nov 18
153
Empty Image
Pusat Pemindahan Banjir Pertama Dibuka Di Terengganu
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 6 November - Pusat Pemindahan Banjir Seberang Pintasan telah dibuka di Dewan Sivik Seberang Pintasan pada 5 November, pukul 12.00 tengah malam semalam, merupakan yang pertama dibuka di negeri Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang berkata, kampung - kampung yang terlibat adalah Kampung Kubang Putat dan Kampung Temiang."11 keluarga telah dipindahkan di sini yang terdiri daripada lapan lelaki dewasa, 18 wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan yang menjadikan jumlah keseluruhannya 36 orang semuanya", katanya yang dihubungi di sini, hari ini.Alias turut memberitahu, banjir tersebut adalah disebabkan air bertakung akibat daripada saliran yang sempit."Saya dah telefon, pihak Jabatan Parit dan Saliran(JPS), kita akan usahakan macam mana pun asalkan air dapat keluar," katanya lagi.
05 Nov 18
88
Empty Image
Road To Maha Peringkat Terengganu Raih Jualan RM725,000
Dr Azman menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas Road To Maha Terengganu, semalam.KUALA TERENGGANU, 5 November - Kejayaan membanggakan program Road To Maha Peringkat Negeri Terengganu pada 25 hingga 27 Oktober lalu, yang meraih nilai jualan hampir RM725,000 memberi petunjuk baik sektor pertanian negeri boleh dimajukan ke tahap lebih komersial dan dinamik.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, program tahunan yang menarik lebih 50,000 pengunjung sepanjang tiga hari itu menjadi sebutan ramai kerana menyediakan pelbagai tarikan dan manfaat kepada rakyat negeri ini."Tanggungjawab memastikan sektor pertanian negeri akan terus diperkasakan memerlukan kerjasama dan komitmen semua agensi dan jabatan berkaitan."Bukan hanya untuk menjayakan program (Road To Maha) seperti ini, tapi untuk bersama-sama berganding bahu bekerja bagi meletakkan sektor pertanian Terengganu di tempat yang disegani dan dibanggakan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika meraikan semua Jawatankuasa Panitia Induk dan petugas program Road To Maha 2018 Peringkat Terengganu di Hotel Grand Continental, di sini, semalam.Majlis itu turut dihadiri semua wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah Portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.Dr Azman turut mengucapkan terima kasih dengan komitmen dan kerja keras serta semangat  kekeluargaan yang utuh sehingga Road To Maha mengukir sejarah tersendiri dalam penganjuran program terbesar pertanian di negeri ini. Road To Maha Peringkat Negeri Terengganu berlangsung tiga hari bermula 25 Oktober lalu di pekarangan Pejabat Mardi, Manir, di sini dirasmikan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Program itu bertujuan mempromosikan Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (Maha 2018) yang bakal diadakan pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
05 Nov 18
178
Empty Image
Pesaka Optimis Tingkatkan Keuntungan Kerajaan Negeri
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 5 November- Pesaka Terengganu Berhad(PTB) yang merupakan anak syarikat kerajaan Terengganu optimis tingkatkan keuntungan ke arah memberi pulangan maksimum kepada negeri dan rakyat.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman yang telah dilantik menjadi  Ahli Lembaga Pengarah Pesaka Terengganu Berhad berkata, PTB merupakan salah satu anak syarikat Golden Pharos mampu mengukuhkan prestasi dan menjana keuntungan yang lebih besar."Ini kita dapat lihat dari hasil keuntungan yang diperolehi pada tahun ini, amat memberansangkan, setelah mengalami kerugian pada tahun-tahun yang lepas, melalui prestasi yang dinilai melalui suku ketiga tahun ini berbanding suku ketiga tahun lepas."Alhamdulillah, saya optimis dan cukup yakin bahawa Pesaka Terengganu Berhad akan mengorak langkah lebih jauh ke hadapan dengan perlantikan Ahli Parlimen Dunggun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah."Dan saya turut akan membantu apabila dipertanggungjawabkan, dengan perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarah Pesaka Terengganu Berhad," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, ketika membuat lawatan ke Kilang Papan Pesaka Bukit Besi, pada Ahad, 4 Oktober.Menurutnya lagi, tenaga kerja yang menguasai Pesaka Terengganu Berhad adalah seramai 244 orang iaitu terdiri dari 88 orang pekerja tetap dan 156 orang merupakan pekerja kontrak."Melalui pekerja yang sedia ada kita akan cuba meningkatkan produktiviti dan pada tahun ini, dijangkakan kilang akan tetap beroperasi pada Disember yang mana pada tahun lepas,  operasi dihentikan pada bulan yang sama."Dengan stok bekalan yang ada, maka operasi akan tetap diteruskan. Maka sudah tentu akan meningkatkan hasil yang lebih baik berbanding tahun-tahun lepas," kata Ghazali.Sehubungan itu beliau turut memaklumkan, beberapa langkah telah diambil bagi mencapai target keuntungan syarat berkenaan."Dibawah Golden Paros ini, diantara anak syarikat bersamanya, ialah Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT), Permint Plywod, Pesama Timber Corporation  dan pada tahun ini balak gred B, akan turut dieksport ke luar negara,"katanya.
04 Nov 18
1281
Empty Image
MB Terengganu Gembira Kejayaan CCL
Dr Ahmad Samsuri (tengah) mempengerusikan mesyuarat kali pertama CCL di UK.UNITED KINGDOM, 5 November - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempengerusikan mesyuarat kali pertama Chicken Cottage Limited (CCL) di sini dan beliau merasa gembira dengan perkembangan positif perniagaan anak syarikat kerajaan negeri itu."Saya mempengerusikan mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Chicken Cottage Limited (CCL) di United Kingdom (UK) semalam dan sangat gembira mendengar perkembangan positif CCL di UK dan penerimaan baik pelanggan di sini," katanya dalam status Facebook beliau.Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Incorporated (Terengganu Inc.), Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc, Dato' Raja Haji Idris Raja Kamaruddin.Antara Ahli Lembaga Pengarah CCL bergambar bersama Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) di UK.Difahamkan, Chicken Cottage ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai syarikat perkongsian dan diperbadankan pada Februari tahun 2001.Restoran Chicken Cottage yang pertama dibuka pada tahun 1994 di Wembley, London.Pada Februari 2014, TI Global Food Holdings Bhd, Terengganu Inc, yang merupakan cabang pelaburan utama Negeri Terengganu, memperoleh 70 peratus kepentingan dalam syarikat itu.Baki 30 peratus pada masa itu dimiliki oleh Ri-Yaz Global Food Brands Inc, anak syarikat Ri-Yaz Holdings, yang fokus utamanya adalah hospitaliti, perniagaan dan pembangunan francais.Antara menu popular Chicken Cottage dijual di UK.Cawangan pertama Malaysia dibuka di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu pada Disember 2015 dan terdapat rancangan untuk mempunyai 50 cawangan lagi, termasuk 15 di Terengganu.Restoran lain ditubuhkan di peringkat antarabangsa termasuk di Jerman, Syria, Dubai (UAE), Doha (Qatar), Iraq, Algeria, Pakistan, Perancis, Slovakia, Afrika Selatan, Libya, Sweden dan Itali.
04 Nov 18
225
Empty Image
Projek ECRL Perlu Diteruskan
Haji Ahmad Amzad (kanan) ketika menyeberangi titian kayu untuk menziarahi beberapa orang pesakit di Kampung Wakaf Mempelam Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 4 November - Kerajaan Pusat tidak perlu terburu-buru membatalkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebaliknya ia perlu diteruskan untuk kepentingan rakyat.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata,  projek berimpak tinggi seperti ECRL yang mempunyai kesan jangka panjang untuk pembangunan wilayah timur itu, perlu dicari jalan penerusan, jangan terburu-buru dibatalkan.Beliau berkata demikian di status facebooknya, meminta kerajaan menangguhkan pembatalan projek tersebut supaya kajian semula dibuat untuk membolehkan ia diteruskan di masa akan datang.Beliau sangat kecewa dengan pembentangan belajawan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana kebanyakan ulasan yang menyebut nama wilayah adalah berkenaan projek-projek di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Sabah Sarawak."Jika dibandingkan dengan  pembentangan bajet  tahun lalu, ada projek di Terengganu atau Kelantan diumumkan, tahun ini macam tiada apa-apa. "Tentu sekali memang ada senarainya. Tetapi bila ia tidak disebut, maka seolah-olah projek di Terengganu dan Kelantan tidak signifikan untuk disebut," ujarnya.Kerana itu, katanya, pembentangan belanjawan tersebut disifatkan sebagai gagal mempamerkan iltizam kerajaan dalam menghayati retorik “Pembangunan Wilayah Yang Seimbang" sebagaimana termaktub dalam manifesto PH dan juga dalam ucapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) oleh Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad baru baru ini."Bagaimanapun, saya alu-alukan peruntukan besar sehingga RM60 bilion bagi sektor pendidikan yang menjadi penentu pembentukan warga yang berkualiti dan berdaya saing.Ketika mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu, beliau menyifatkan ia belanjawan yang bersejarah kerana ia merupakan belanjawan kali pertama sejak merdeka dari parti yang tidak bertunjangkan UMNO."Sejak merdeka, parti yang memerintah adalah Parti Perikatan yang kemudiannya dijenamakan kepada Barisan Nasional (BN)," ujarnya.Katanya, sudah agak lama ia tidak dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebagaimana sekarang."Ianya sejak krisis antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa pemecatan Anwar Ibrahim yang ketika itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan."Sebelum ini, jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh Perdana Menteri sendiri. Maka, sebelum ini rakyat melihat pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan."Lebih menarik lagi sudah agak lama Menteri Kewangan dipegang oleh orang Melayu, ini kali pertama kaum Cina mendapat peluang memegang Menteri  Kewangan setelah kali terakhir oleh Mendiang Tan Siew Sin dari  MCA antara tahun 1958 hingga 1974," ulasnya lagi.Menurut beliau, secara umumnya sudah dijangka pengurangan dibuat dalam jumlah belanja mengurus dan belanja pembangunan dari RM280 bilion untuk tahun 2018 kepada hanya RM251 bilion untuk tahun 2019."Saya mengalu-alukan langkah penjimatan dengan memberi tumpuan penerusan projek yang betul-betul bermanfaat kepada rakyat serta langkah pengurusan kos dengan rundingan semula harga dan spesifikasi. "Saya bersetuju projek mega yang membazir dan bermasalah dibatalkan," tegasnya.Kerajaan menjangkakan defisit fiskal yang lebih tinggi iaitu 3.7 peratus pada tahun 2019 berbanding sasaran 2.8 peratus pada tahun 2018, tentu sekali ia melibatkan pembiayaan hutang baru oleh kerajaan."Saya tertarik dengan penubuhan Pejabat Pengurusan Hutang Negara, pengenalan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal, Akta Perolehan Kerajaan."Semoga ia menambah ketelusan dalam pengurusan wang awam," ujarnya.Katanya, perubahan sistem perakaunan dari belanjawan asas tunai kepada akruan sangat menarik perhatian."Kenaikan cukai judi pada saya tidak akan menghalang masyarakat untuk terus berjudi. Ia satu penyakit. Tapi saya rasa ia boleh beri tekanan kepada sebahagian kaki judi dengan menaikkan kos untuk berjudi. Ia seperti cukai rokok. Bagaimanapun masyarakat terus merokok," jelasnya.Justeru, Haji Ahmad Amzad  mencadangkan supaya sebahagian kutipan cukai tersebut diperuntukkan untuk kempen kesedaran anti judi , rokok dan alkohol."Saya alu-alukan langkah pengurangan “special draw” (sejenis judi) sebanyak 50 peratus. Semoga ia dikembangkan ke jenis-jenis judi yang lain."Jika kerajaan boleh menggazetkan semua restoran terbuka sebagai Zon Bebas Asap Rokok, saya minta ia disekalikan sebagai Zon Bebas Alkohol kerana kesan negatif kedua-duanya sama," jelasnya.Beliau juga mengalu-alukan subsidi untuk menyeimbangkan harga barangan pengguna antara semenanjung dan Sabah Sarawak. Katanya, aplikasi 'Price Catcher' kedengarannya menarik kerana rakyat diajak terlibat sama memantau harga.Sementara itu, kenaikan gaji minima dari RM1,050 kepada RM1,100 pula masih jauh dari kemampuan rakyat untuk berdepan kos sara hidup yang ternyata tidak berkurang setelah kerajaan memperkenalkan SST."Saya perlu melihat dengan lebih 'detail' hal ini," tegasnya.
04 Nov 18
40
Empty Image
'Bas Kite' Dilancar Di Kemaman
Haji Hanafiah (baju batik, tengah) memotong reben untuk gimik pelancaran 'Bas Kite' di Chukai Kemaman, hari ini. Foto - Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 4 November - Kerajaan Terengganu melancarkan 'Bas Kite'  percuma untuk kemudahan pengangkutan penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan Air Putih sebelum dikembangkan ke kawasan lain sekiranya ada keperluan. Pelancaran bas henti-henti itu adalah yang pertama di daerah Kemaman selepas kerajaan PAS mengambil alih pemerintahan Negeri Terengganu tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri,  Haji Hanafiah Mat berkata, dengan adanya bas tersebut, ia dapat menyelesaikan masalah pengangkutan di kedua-dua DUN berkenaan, ketika rakyat menghadapi masalah kemelesetan ekonomi. Haji Hanafiah (kanan) menaiki 'Bas Kite' sempena pelancarannya di Chukai, Kemaman hari ini.Serentak itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana bersedia memberi perkhidmatan bas percuma di kedua-dua DUN tersebut.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan pelancaran Bas Kite di Perkarangan Lembaga Tabung Haji, Chukai, hari ini. Difahamkan, bas berkenaan  akan mula beroperasi esok sejauh kira-kira 20 kilometer untuk satu pusingan bermula dari Bandar Chukai, Kampung Paya Berenjut,  Kampung Binjai dan kembali ke bandar Chukai.Dijangka bas tersebut akan beroperasi sebanyak lima hingga tujuh 'trip' sehari bermula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Bas dari Syarikat Cas Ligas Sdn Bhd yang berkapasiti muatan 40 orang penumpang itu dijangka menelan belanja sebanyak RM260,000 setahun atau RM21,000 sebulan dibayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Haji Hanafiah (kiri) berucap merasmikan Majlis Pelancaran 'Bas Kite' di Chukai Kemaman, hari ini.Jumlah perbelanjaan itu adalah untuk  gaji pemandu,  minyak,  penyelengaraan dan lain-lain. Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata,  hanya sebuah bas sahaja akan beroperasi pada laluan tersebut dan jumlahnya akan ditambah untuk DUN lain berdasarkan kepada keperluan. "Bas ini menelan belanja hampir RM260,000 setahun atau lebih RM21,000 sebulan. "Ianya akan dibayar oleh kerajaan negeri kepada Syarikat Cas Ligas Sdn Bhd," ujarnya.
03 Nov 18
676
Empty Image
Wajib Jual Barangan Harga Terkawal Tidak Melebihi Harga Maksimum
Para peniaga diwajbkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga terkawal. Foto - Afiq M. ZaidKUALA NERUS, 4 November - Para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, setiap peniaga mestilah meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.“Walau bagaimanapun, peniaga  digalakkan menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperolehi adalah lebih rendah.“Para peniaga juga diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota putera berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 di Mydin Gong Badak, semalam.Menurutnya, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum dari segi inidividu boleh didenda oleh mahkamah sehingga  RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua atau dikompaun sehingga RM50,000 dan syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.Peniaga juga boleh diambil tindakan apabila melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal. Individu tersabit kesalahan boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan syarikat pula boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.Sehubungan itu, dalam usaha untuk melindungi pengguna, Kementerian turut meningkatkan keberadaan pegawai-pegawai penguatkuasa di tempat-tempat terpilih  yang menjadi tumpuan orang ramai melalui tindakan 'omnipresence'.Di samping itu, Kementerian turut memperkukuhkan pemantauan harga dengan mengadakan kerjasama bersama pelbagai pihak antaranya, Friends Of  KPDNHEP (FOK) dan kerajaan negeri serta agensi-agensi kerajaan.“Skim ini dilaksanakan supaya pengguna dapat memperoleh barangan terutamanya pada musim perayaan pada harga yang berpatutan dan menyekat daripada peningkatan harga yang melampau.“Ia juga merupakan antara langkah kerajaan untuk mengurangkan bebanan sara hidup rakyat dalam negara,” jelasnya.Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.
03 Nov 18
51