lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Taska Permata Bentuk Generasi Masa Depan
106 kanak-kanak Taska Permata seluruh Setiu diraikan dalam Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi di Dewan Majlis Daerah Setiu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailOleh : Hidayah AzlinSETIU, 8 November - Pendidikan awal kanak-kanak merupakan fokus utama kerajaan negeri untuk membina modal insan serta membentuk generasi masa depan sebagai sumber kekuatan ummah dan aset negara.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, bakat dan kebolehan mereka digilap menerusi pelbagai kaedah dan modul yang dapat membimbing mereka daripada usia muda supaya cemerlang duniawi dan ukhrawi."Setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM10 juta bagi tujuan pengurusan 66 buah Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di seluruh negeri. "Angka yang agak besar bukan menjadi perhitungan bagi kerajaan, kerana dalam soal pendidikan tidak mengikut dari segi untung rugi tetapi pembangunan modal insan yang mampu dihasilkan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-Kanak Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Dewan Majlis Daerah Setiu, di sini, semalam. Seramai 106 orang kanak-kanak dari tujuh Taska Permata di Setiu diraikan dalammajlis itu.Turut hadir, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Kadir, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bahri A Rahman dan Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof.Dr Azman yang juga turut menyampaikan sijil pelantikan Ibu Angkat Taska Permata di seluruh Setiu melibatkan Taska Permata Mengabang Lekor, Putera Jaya, PAKR Anak Ikan, Chalok Kedai, Binjai Manis, Putera Jaya dan Pekan Jabi.
07 Nov 18
552
Empty Image
Dr Ahmad Samsuri Teruja Bertemu Pelajar
 Dr Ahmad Samsuri (lima  dari kanan) berkata sesuatu kepada pelajar Terengganu di London.Hubungan Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bukan sahaja akrab (dekat) dengan rakyat biasa tetapi juga dengan pelajar kerana beliau sendiri berasal dari tenaga akademik universiti dan pakar dalam bidang aeroangkasa.Beliau sangat teruja bertemu dengan pelajar universiti sama ada dalam mahupun luar negeri. Bila bertemu dengan mereka, nostalgia zaman menjadi pensyarah universiti akan kembali dirasainya sekaligus cukup gembira bertemu dengan mereka.Perkara ini pernah diluahkan beliau ketika bertemu dan berucap di hadapan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus baru-baru ini.Begitulah apa yang berlaku ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom, 5 November lalu. Dr Ahmad Samsuri bertemu mata dan beramah mesra dengan pelajar Malaysia khususnya anak-anak Terengganu di London."Komitmen dan perjuangan mereka menyambung pelajaran jauh di bumi asing dalam pelbagai bidang sememangnya diperlukan untuk bersama membantu pembangunan negeri ke arah yang lebih baik apabila mereka pulang nanti," tulis beliau di status Facebooknya mengulas pertemuan tersebut."Semoga semua berjaya dan menjadi permata buat keluarga, agama, bangsa dan tanah air tercinta," tulisnya lagi.
07 Nov 18
54
Empty Image
Agihan Baucer Dana Sekolah Bermula 23 November
KUALA TERENGGANU, 7 November -Pemohon bantuan awal persekolahan sesi 2019 yang layak akan menerima agihan baucer bermula 23 November ini.Rakyat Terengganu yang isi pendapatan keluarga kurang RM2,500 sebulan layak memohon bantuan dana persekolahan yang dibuka secara atas talian (online), bermula pada 1 Oktober lalu.Pemohon juga perlu melepasi syarat saringan asas oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), sebelum penilaian oleh Jawatankuasa Penilai Pejabat Daerah.Kemudiannya permohonan akan melalui proses tapisan akhir data BPTM dan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk penetapan jumlah sebenar penerima bantuan persekolahan yang layak.Dalam satu kenyataan sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat menganggarkan 116,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada dana itu yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga yang melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta.Katanya, pemberian kali ini ditukar semula daripada berbentuk tunai kepada pemberian baucer dengan ibu bapa atau pelajar yang boleh ditebus dengan mendapatkan kelengkapan itu di premis-premis yang ditentukan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri kelak.Setiap pelajar lelaki akan menerima baju serta seluar sekolah, stokin, kasut dan beg manakala pelajar perempuan akan menerima kain, baju, stokin, kasut dan tudung.
07 Nov 18
385
Empty Image
Isu Harga Getah; Menteri PH Tidak Faham, Keliru
Dr Azman Ibrahim ditemui selepas merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Permata Keluarga 2018 di Dewan MDS Sungai Tarom.SETIU, 7 November - Pembentangan Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan tentang harga getah dan kenyataan Menteri Industri Utama tentang harga siling getah menonjolkan ketidakfahaman dan kekeliruan mereka tentang isu tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menyeru kedua-dua menteri itu supaya memahami fungsi serta tugas masing-masing.“Menteri Kewangan mengumumkan ketika pembentangan bajet bahawa Insentif Pengeluaran Getah  hanya akan diterima oleh penoreh dan pekebun kecil sekiranya harga getah skrap jatuh di bawah RM2.20 sekilogram.“Saya nampak Menteri agak keliru untuk membezakan antara susu getah, getah skrap dan getah SMR (Standard Malaysian Rubber).“Sebab itu, saya sangat mengesyorkan supaya cepat-cepat adaptasi diri dalam bidang yang dipertanggungjawabkan, sekurang-kurangnya memahami jerit-perih para penoreh getah,” ujarnya.Beliau menjelaskan bahawa dengan harga getah skrap RM2.20 sebagaimana sekarang, penoreh hanya mampu membeli beras secara timbang kilo samada setengah kilo atau sekilogram sahaja sekali beli."Tak mampu nak beli sekampit 5kg atau 10kg. Apakah menteri dah berpuas hati dengan kadar harga getah RM2.20?“Kita nak harga lantai pada kadar yang munasabah mengikut pandangan masyarakat penoreh sekitar RM4 sekilogram dan sekiranya diletakkan pada harga tersebut kerajaan tidak perlu lagi memberi apa-apa insentif tambahan” jelasnya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Permata Keluarga 2018 di Dewan MDS Sungai Tarom, hari ini.Sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Industri Utama pada Selasa (6 November 2018) menunjukkan peningkatan harga kepada RM4 sekilogram akan menyebabkan pertambahan kos yang tinggi kepada kerajaan bahkan meningkatkan penyeludupan produk tersebut kerana harga yang tinggi di pasaran.Justeru, beliau berkata, kenyataan Menteri Industri Utama yang mendakwa tidak perlu harga lantai menunjukkan  menteri yang berasal daripada ibu kota itu tidak faham tentang kehidupan seorang penoreh.“Beliau seolah-olah mendakwa harga semasa getah RM2.20 adalah harga yang tinggi memadai.Oleh yang demikian, Dr Azman menegaskan bahawa bagi meningkatkan taraf hidup seramai 450,568 orang pekebun getah, harga lantai adalah sangat perlu.
07 Nov 18
78
Empty Image
Terengganu Sambut Baik Penubuhan Sekolah Kepimpinan Belia
Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA NERUS, 7 November - Kerajaan Terengganu menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan sekolah kepimpinan belia memandangkan had umur pengundi akan diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun.Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyarankan supaya melaksanakan modul berteraskan sejarah  negara yang sebenar.Katanya, ia merungkai kisah sebenar mengenai perjuangan kemerdekaan negara yang tidak diajar sepenuhnya di sekolah-sekolah kebangsaan pada hari ini, menyebabkan mereka tidak tahu maklumat sebenar kemerdekaan.“Contohnya, peranan yang dimainkan para ulama untuk memberikan kesedaran kepada rakyat terutama di peringkat akar umbi untuk bangkit menentang penjajah tidak didedahkan. “Jadi pendedahan sejarah ini sangat penting supaya belia-belia kita tahu apa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kompleks Tarbiyyah Darul At-Taqwa (Komtaq), baru-baru ini (3 November).Menurutnya, di samping itu, ia akan membangkitkan semangat dan cita-cita untuk mempertahankan negara dari sebarang ancaman yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara di masa akan datang.“Mereka juga lebih pandai untuk membuat penilaian siapa yang sebenarnya berjuang untuk kemerdekaan negara sekaligus akan menjadi seorang pengundi yang tahu apa keperluan masa hadapan."Ini adalah soal siapa yang perlu mereka pilih dan perjuangan bagaimana yang boleh menyelamatkan negara pada masa akan datang,” jelasnya.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, mereka perlu diberi kesedaran sehingga mampu mempunyai satu tahap pemikiran yang benar-benar matang yang menyebabkan undi yang mereka akan keluarkan adalah undi yang benar-benar berkualiti.
07 Nov 18
99
Empty Image
Sukarelawan Banjir Akan Digerakkan Dalam Masa Terdekat
Ustaz Wan Sukairi ketika menyampaikan tazkirah Bicara Nurani Warga Kerja di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.  KUALA TERENGGANU, 7 November - Sukarelawan banjir peringkat negeri yang terdiri daripada gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan digerakkan dalam masa terdekat bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya bercadang untuk mengumumkan nama sukarelawan itu pada majlis pelancarannya awal Disember ini.“Kita akan melancarkannya (sukarelawan banjir) pada awal Disember ini serentak dengan namanya dan diharapkan dengan adanya sukarelawan ini sedikit sebanyak dapat melicinkan gerak kerja membantu, memindah dan menyelamat mangsa-mangsa banjir.“Saya juga mengharapkan belia kita terutamanya persatuan-persatuan belia seluruh negeri dapat bersiap sedia memberikan khidmat sosial termasuk sebarang bantuan dan pertolongan apabila diperlukan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah sempena Bicara Nurani Warga Kerja di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.Katanya, buat masa ini segala perbincangan, kursus dan perjumpaan dari semasa ke semasa telah diadakan dengan kumpulan terbabit bagi menyelaras gerak kerja banjir agar lebih efisyen dan bersistematik.“Kita juga mendapat kerjasama yang baik dari NGO yang turut serta melakukan persiapan yang sama untuk membantu agensi-agensi kerajaan menghadapi musim banjir ini.“Mereka telah bersiap sedia termasuk dari segi latihan. Taklimat juga telah diadakan dan kita juga sentiasa berhubung untuk menyelaraskan semua gerak kerja membantu, menyelamat dan juga memberikan bantuan sekiranya banjir melanda negeri ini,” ujarnya.
06 Nov 18
27
Empty Image
Perkenal Pantai Penarik Di Teksi London
Ariffin (kanan) menunjukkan paparan Pantai Penarik Setiu di Teksi London.UNITED KINGDOM,  7 November - Kerajaan  mempergiatkan promosi negeri Terengganu di luar negara dengan melancarkan teksi London berpaparan pemandangan Pantai Penarik, Setiu.Dengan pelancaran itu, satu lagi usaha bersungguh-sungguh dilakukan kerajaan negeri untuk memperkenalkan Terengganu di mata dunia sekaligus  menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri tersebut.Pelancaran itu dibuat bersama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri , Dato. A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi negeri, Ariffin Deraman di kota London, semalam.Gambar gimik pelancaran itu dimuat naik di status Facebook Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dato' A Rahman menunjukkan isyarat 'bagus' ke atas paparan promosi Pantai Penarik di Teksi London.Dr Ahmad Samsuri di statusnya menyebut, acara tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam mempromosi produk pelancongan negeri di kota London.Katanya, kerajaan memilih untuk membuat promosi berkenaan kerana teksi itu merupakan satu ikon di kota London dan ia mempunyai keunikan reka bentuk tersendiri yang hanya terdapat di situ.Sementara itu, beberapa orang netizen dalam komentar di Facebook Dr Ahmad Samsuri, kebanyakannya menyambut baik sekaligus mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan tersebut.Mohd Asri Yusof menyifatkan iklan itu sangat sesuai dengan orang London.Manakala, Arbaain Embong pula mengharapkan semoga iklan berkenaan membuahkan hasil.
06 Nov 18
73
Empty Image
Chicken Cottage Terengganu Lebih Sedap
Ariffin Deraman (kiri), Exco Kerajaan Terengganu bersama isteri (kanan) menikmati hidangan Chicken Cottage di UK. "Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" Kata Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan)UNITED KINGDOM, 7 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji rasa menu hidangan Chicken Cottage di Terengganu lebih sedap berbanding di sini.Bagaimanapun beliau sedang mencari idea untuk menyusun kembali  perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih  berjaya dari United Kingdom."Sambil menikmati kelazatannya dalam cuaca yang sejuk ini, cari juga idea untuk menyusun kembali perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih berjaya seperti di UK,""Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" tulis beliau dalam status Facebook 5 November.Menu terbaru Chicken Cottage Kuala Terengganu ialah Ayam 'Sweet & Spicy Grill'.Beliau serta rombongannya mengadakan lawatan sambil kerja di sini termasuk meninjau perkembangan perniagaan Chicken Cottage di sini.Sebelum ini beliau mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah pertama Chicken Cottage di sini 4 November.Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu tersergam indah.Sementara itu tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu baru-baru ini mendapati kurangnya sambutan pelanggan terhadap makanan segera di restoran tersebut.Ia mungkin disebabkan faktor lokasi dan promosi yang tidak meluas sebagaimana perniagaan berteraskan makanan segera lain di daerah berkenaan.
06 Nov 18
637
Empty Image
Banjir : Langkap Masih Terkawal, Perlu Berjaga-jaga
Oleh : Ariss Alias dan Dzakaria Mohd SallehSETIU, 6 November 2018 - Beberapa kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dalam keadaan berjaga-jaga ekoran paras air Sungai Chalok dan Sungai Nerus, di sini yang mula naik akibat hujan berterusan sejak semalam.Tinjauan media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Kampung (Kg) Langkap mendapati siren amaran berbunyi kali pertama pada pagi dan penduduk membuat persiapan awal untuk berpindah sekiranya paras air Sungai Nerus terus naik.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, satu jambatan gantung perlu dibina bagi mengatasi masalah perhubungan yang terputus dan memudahkan penghantaran barangan bantuan banjir kepada penduduk."Jambatan ini perlu dibina kerana kejadian sama berulang setiap tahun yang menyukarkan pergerakan penduduk kampung," katanya lagiBeliau berkata demikian ketika menyertai lawatan ke kawasan berisiko banjir di sekitar Langkap, petang ini.Turut serta, pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saluran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pejabat Daerah Setiu dan Majlis Daerah Setiu.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Langkap, Yazid Awang berkata, keadaan terkawal buat masa ini namun akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.Sementara itu,  jalan di Kg Tok Nandong, Pelong pula ditelenggami air dan terputus perhubungan sejak semalam apabila jambatan tenggelam akibat paras air Sungai Pelong yang meningkat.Bagi Pengerusi MPKK Pelong, Yahya Mat Zain pula berharap pembinaan jambatan gantung ini akan menjadi kenyataan."Sudah lama saya dan penduduk kampung menunggu jambatan gantung ini, dengan perubahan kerajaan baharu semoga akan ada perubahan," katanya lagi.Manakala di Kampung Bukit pula, jalan utama ditutup kepada semua jenis kenderaan.Jambatan Tok Nandong yang terputus sejak semalam.Pengguna dinasihatkan menggunakan jalan altenatif melalui ladang milik TDM untuk ke Kampung Bukit, yang juga merupakan jalan pintas ke Kampung Sungai Las, Bukit Munduk, Alor Lek dan Bukit Aman.Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof  turut mengucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi negeri dan persekutuan yang bekerjasama erat dalam pengurusan bencana banjir."Bekalan barangan sudah ditempatkan di semua pusat pemindahan banjir dan agihan bantuan kepada mangsa akan dibuat secara adil," kata beliau lagi.
06 Nov 18
359
Empty Image
Lee Tuck Sah Kekal Di TFC
Foto ihsan - FB Terengganu Football ClubOleh: Mohd Zukifli MatKUALA TERENGGANU, 6 November - Khabar angin mengenai beberapa tonggak utama import pasukan Terengganu Football Club (TFC) yang membayangkan hasrat untuk berhijrah ke pasukan lain akhirnya terjawab.Arkitek TFC yang juga pemain tengah, Lee Andrew Tuck (Lee Tuck) mengumumkan akan terus kekal bersama skuad Penyu di bawah bimbingan Haji Irfan Bakti untuk musim 2019."I’ll be returning to Terengganu FC for the 2019 season. A lot of people have asked with kind messages so cheers. I’ll be seeing you all next year," katanya.Beliau yang merupakan pemain import kelahiran England berkata demikian dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.Sebelum ini, khabar angin mendakwa Lee Tuck tidak kekal bersama Terengganu dan menimbulkan kegusaran peminat setianya yang ternyata menghargai jasanya.Seorang lagi pemain import TFC, Thieryy Chanta Bin yang pernah dinobat sebagai pemain kuota Asia terbaik 2018 turut mengumumkan akan terus kekal di TFC selepas dikaitkan akan berhijrah ke pasukan Thailand.Ini sudah pastinya suatu berita gembira bagi peminat bola sepak Negeri Terengganu yang sekian lama menjadi tanda tanya.Dalam perkembangan sama, kegembiraan turut dirasai apabila Anugerah Bolasepak Kebanggsaan 2018 (ABK2018) telah menobatkan Lee Tuck sebagai Pemain Paling Popular, semalam.Sementara itu, lima pemain TFC memenangi anugerah kesebelasan utama terbaik ABK2018 termasuk Lee Tuck, Thieryy Chanta Bin, Faiz Nasir, Kamal Azizi, dan TcheTche Kipre.Manakala Ketua Jurulatih TFC, Haji Irfan Bakti dianugerahkan sebagai jurulatih terbaik 2018.Menurut Facebook rasmi TFC, mereka mengesahkan bahawa Lee Tuck telah menandatangani pemanjangan kontrak bersama pasukan TFC sehingga tahun 2020.Lee Tuck telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah ditawarkan di dalam kontrak TFC dan beliau semestinya mendahulukan penyokongnya di Terengganu.
06 Nov 18
60