lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
TRENGLISH Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Terengganu - MB
Dato' A Rahman Yahya (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta terbaik MTC. Foto - Hishamuddin AbdullahKUALA TERENGGANU, 10 November - Kerajaan Terengganu menyokong usaha semua pihak dalam melahirkan pelajar Terengganu yang boleh menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program Mega TRENGLISH Camp (MTC) seumpamanya bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan pelbagai aktiviti Bahasa Inggeris."Ianya berkonsepkan pembelajaran luar bilik darjah dan aktiviti-aktiviti yang diselitkan menekankan kemahiran komunikasi," ujarnya.Katanya, salah satu rahsia untuk mencapai kejayaan terletak pada "komunikasi" dan ianya memainkan peranan yang besar dalam masyarakat pada hari ini."Bahasa yang paling banyak digunakan di luar sana tanpa ragu-ragu, pastinya bahasa Inggeris," jelasnya.Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato' A Rahman Yahya ketika mewakilinya merasmikan Majlis Penutup MTC 2018 di Dewan Gamelan, Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Program tersebut merupakan usahasama antara kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu serta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang ditaja oleh PETRONAS."Tahniah kepada PETRONAS sebagai salah satu penyumbang terbesar dalam MTC dan sokongan berterusan yang diberikan sepanjang empat tahun program ini dijalankan."Saya difahamkan, PETRONAS telah menyumbang kira-kira RM600,000 setiap tahun," kata beliau.Program TRENGLISH telah berjalan selama lima tahun, bermula dari tahun 2014 hingga 2018 dan MTC adalah acara kemuncak kepada program itu.Bertemakan "Igniting The Spirit Of Success" (Nyalakan Semangat Kejayaan), program ini telah mengumpulkan seramai 240 pelajar tingkatan empat dan tiga dari 40 buah sekolah TRENGLISH di seluruh Terengganu.Turut diadakan beberapa persembahan menarik daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang dan sebagainya.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Hishamudin Hashim, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, Haji Wan Mohd Hasnan Abdullah.
09 Nov 18
366
Empty Image
Terengganu Sebagai Hub Limau Madu
Datuk Salahuddin Ayub (tiga dari kanan) memegang sebiji limau madu dalam satu lawatan beliau di Hulu Terengganu, hari ini.HULU TERENGGANU, 10 November - Hubungan Kerajaan Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan pada dasarnya terjalin erat dengan menjadikan program pembangunan bersama sebagai jambatan untuk mencapai kerjasama tersebut bagi kebaikan rakyat dan negara. Kerajaan negeri tidak pernah menolak kerjasama dengan kerajaan pusat walaupun dipimpin oleh parti yang berlainan antara kedua-dua belah pihak. Terbaharu,  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri,  Dr Azman Ibrahim mewakili kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan pusat untuk menjadikan Terengganu,  sebagai Hub Limau Madu Negara. Pada dasarnya Menteri Pertanian,  Datuk Salahuddin Ayub bersetuju menjadikan Terengganu hub limau madu dengan teknologi terkini ketika  beliau berada di Ajil,  di sini hari ini. Limau madu adalah satu perusahaan pertanian popular di kalangan petani Hulu Terengganu dan beberapa daerah lain di negeri ini. Ia juga mempunyai pasaran yang baik di Malaysia dan perlu dikembangkan dari semasa ke semasa. Ketika pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004, Durian Mentangau Dungun pernah dijadikan hub limau madu Terengganu. 
09 Nov 18
382
Empty Image
Rangka Dakwah Kepada Bukan Islam - Mohd Nor Hamzah
KUALA TERENGGANU, 9 November - Rangka kerja dakwah kepada bukan Islam sedang diperkukuhkan dengan kerjasama beberapa NGO dan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau sedang berbincang dengan beberapa NGO dan lajnah tersebut untuk melebarkan dakwah kepada orang bukan Islam.“Orang bukan Islam di Terengganu tidak terlalu ramai, namun kita akan tetap menjalankan kerja dakwah ini dengan tersusun dan berkesan insya-Allah,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian selepas program Taklimat Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) di Markaz Tarbiyah Kuala Ibai, semalam.Oleh itu kata Ustaz Mohd Nor, beliau mahu memperkemaskan hubungan dengan Persatuan Muslim Cina, Persatuan India Muslim dan Pejabat Agama serta orang Asli beragama Islam.Tambahnya, ianya bertujuan supaya keyakinan mereka kepada Islam bertambah, berterusan, malah lebih kukuh dari masa ke masa.Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Haji Sazali Mohd Noor, Penolong Pengarah Penerangan UPDI,Mohamad Aswadi Mohamad, Ketua DMPNT, Hajah Zarani Othman, Ketua Penerangan DMPNT dan Hajah Maznah Muftahuddin.
09 Nov 18
155
Empty Image
Jasa Dua Ikon Pertanian Negeri Disanjung - Dr. Azman
 KUALA TERENGGANU, 9 November - Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan dua orang penting dalam sektor pertanian di Terengganu amat disanjung tinggi walaupun hanya kira-kira setengah tahun bersama kerajaan negeri yang baharu.Dua ikon itu, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkifley Harun dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Abdul Mubin Abdul Razak bakal bersara pada hujung tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, walau"Hari-hari sedih untuk kami keluarga Pertanian Negeri Terengganu. Saya bakal kehilangan dua orang pengarah merangkap sahabat dan teman sekerja yang bakal menempuh alam persaraan pada hujung tahun ini."Mereka berdua adalah tulang belakang yang selalu meneguhkan kami dalam keluarga besar bidang pertanian negeri dengan sikap baik akhlak, jujur dalam bertindak, kuat bekerja dan sedia mematuhi arahan walaupun jarak umur saya dengan mereka berdua sangat jauh,"kata beliau dalam kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.Dr. Azman berkata, dalam tempoh lebih kurang lima bulan ini kedua-dua ketua jabatan itu sentiasa bersama di medan pertanian untuk menyantuni masyarakat petani, penternak dan nelayan.Katanya, beliau sangat menghargai hari-hari yang dilalui kerana banyak ilmu serta pengalaman dikongsi demi memperkasakan industri itu di Terengganu ke tahap lebih baik.Tambah beliau, selepas lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam, akhirnya kedua-dua ikon ini akan mengucapkan selamat tinggal."Saya terkesan dan terasa kehilangan. Selamat bersara saya ucapkan. Perkhidmatan kerajaan ada tempohnya. Tapi ukhwah dan persahabatan tiada had masa,"kata beliau lagi.
09 Nov 18
315
Empty Image
Kerajaan Negeri Timbang Cadangan Jambatan Baru Sri Bayas
Oleh: Dzakaria Mohd Salleh, Abd Muhaimin Setiu 9 November-Kerajaan negeri akan menimbang kembali cadangan pembinaan jambatan baru bernilai RM10 Juta oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit Saliran (JPS) Setiu yang telah diangkat permohonannya sebelum ini masih belum diluluskan oleh kerajaan terdahulu di Kampung Sri Bayas, Permaisuri, Setiu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamat Puteh berkata beliau hanya mengetahui cadangan pembinaan jambatan yang telah diangkat permohonan ke kerajaan negeri sebelum ini melalui Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir."Jambatan ini memerlukan perbelanjaan yang besar, satu beban juga kepada kerajaan negeri dalam keadaan sekarang kerana kita menghadapi masalah kekurangan bajet, tetapi sekiranya ada bajet yang mencukupi... In Sha Allah kita boleh buat."Alternatif lain bahawa projek ini perlu juga dibawa ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kerana kita lihat kawasan ini adalah kawasan luar bandar dan kerajaan negeri akan berikhtiar supaya KPLB boleh menimbangkan permohonan daripada penduduk terbabit,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)selepas meninjau masalah yang dihadapi  penduduk Kampung Sri Bayas dan sekitarnya berkaitan laluan utama jambatan yang sering dinaiki air terutama pada musim tengkujuh.Turut  hadir, Pegawai Pejabat Daerah Setiu, Rosdi Awang; Jurutera JKR Daerah Setiu, Wan Zaid Wan Sulong; Jurutera Daerah JPS Setiu, Puan Aisyah Abu Bakar dan Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri,  Ustaz Zul Bhari Abd Rahman.Menurut rekod, Kampung Sri Bayas merupakan antara kawasan yang sering dinaiki air ketika musim tengkujuh dan penduduk akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Besut sekiranya paras air semakin meningkat.Perkampungan ini menempatkan seramai 64 keluarga sering terkandas apabila kediaman mereka terputus hubungan kerana jambatan utamanya yang menghubungkan kampung terbabit dengan bandar ditenggelami air setiap kali banjir melanda.Jambatan sepanjang 30 meter itu kerap tenggelam setiap kali air sungai meningkat melebihi satu meter.
09 Nov 18
761
Empty Image
Terengganu Bangun Pusat Pemulihan Dadah Holistik Pada 2020
KUALA TERENGGANU, 9 November - Kerajaan Negeri Terengganu akan membangunkan pusat pemulihan dadah secara holistik pada tahun 2020 sebagai memenuhi janji manifesto PAS pada PRU lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, penubuhan ini memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk menubuhkan pusat tersebut yang lengkap dan berjaya. “Kita sedang buat penyusunan modul yang lengkap untuk kita laksanakan dalam pusat holistik pemulihan dadah itu nanti.“Kita akan gunakan tahun 2019 ini untuk kaji dulu tentang kedudukan penagihan dadah dalam negeri ini dan modul yang  paling baik berkesan  dan berjaya,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas program Taklimat Penerangan Muslimat di Markaz Tarbiyah Kuala Ibai pada, 8 November.Oleh itu menurutnya, pada tahun 2020 pusat ini akan diwujudkan dalam skala kecil di daerah-daerah yang telah dipilih dengan kerjasama pihak UNISZA, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa pihak lain yang berkaitan.Tambah beliau lagi, satu pusat perkampungan yang sudah dirancang dan disusun berasaskan kaedah Islam dan menyatukannya dengan metodologi yang telah dilaksanakan.“Kita (kerajaan) pada masa itu akan ambil pendaftaran nama-nama orang nak masuk sebab pusat pemulihan dadah kita ini asas (secara) sukarela dan kehendak peribadi itu sendiri.Rawatan berasaskan rohani, fizikal, moden dan kita akan beri kerja-kerja tertentu  supaya dia (jadi) baik,” katanya.Menurut Ustaz Mohd Nor yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, pusat pemulihan dadah itu akan dibuat seperti mana hospital yang mana mempunyai kawasan hijau, merah dan kuning.“Ini kawasan hijau, ini kawasan merah, bila kawasan merah kawasan  penagih dadah tegar, kita pulihkan dia dulu, kemudian kita akan pindahkan dia ke kawasan kuning. Kemudian barulah kita pindah ke kawasan hijau.“Dan kita tidak bercadang untuk  mengeluarkan penagih dadah atau pun bekas penagih dadah daripada kawasan tersebut sebab apabila dia balik ke kampung, biasanya dia balik dia, akan jadi penagih dadah semula.Kita akan pindahkan dia ke tempat yang kita akan susun,” jelas beliau.
08 Nov 18
568
Empty Image
Limpahan Empangan, 523 Penduduk Dipindahkan
Antara 523 penduduk yang terlibat dalam Simulasi Limpahan Air Empangan yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.HULU TERENGGANU, 8 November - Hampir 523 penduduk berdekatan Empangan Kenyir berdepan 'situasi cemas' apabila mereka terpaksa 'dipindahkan' setelah siren kecemasan dibunyikan ketika air empangan berkenaan mencecah paras bahaya 153 meter.Antara kampung terlibat termasuk Kampung Dura, Kampung Baung, Kampung Kuala Pueh, Kampung Gaung dan empat buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Pauh, SK Kuala Dura, SK Padang Setengga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor.Mereka dibawa ke pusat penempatan setelah kawasan mereka dilanda banjir akibat limpahan air daripada empangan tersebut dengan kenderaan termasuk lori dan bot selain dibantu kenderaan pacuan empat roda.Mohd Zalizan Sulong.Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zalizan Sulong berkata, 'perpindahan' itu merupakan sebahagian daripada simulasi banjir sekiranya berlaku limpahan air dari empangan dan mereka yang terlibat adalah yang tinggal di sepanjang sungai berhampiran yang berisiko tinggi."Untuk simulasi pada kali ini, pihakJawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah bekerjasama dengan 20 agensi termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Radio Amatur."Program simulasi ini merupakan kali keempat dilaksanakan sejak 2016 tetapi pada kali ini melibatkan skala yang lebih besar sebagai langkah awal hadapi kemungkinan banjir akibat limpahan air dari empangan berkenaan,"katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Keselamatan Empangan "Latih Amal Tindakbalas Kecemasan" Penduduk Mukim Jenagor & Kuala Berang di Dewan Majlis Daerah Kuala Berang, di sini hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar Stesen Janalektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustapha Kamal Yaacob.Tambahnya lagi, pihak TNB juga sentiasa turun padang dalam menyampaikan maklumat serta langkah yang perlu diambil jika berlaku limpahan dan siren kecemasan dibunyikan kepada penduduk sekitar.Untuk rekod, Tasik Kenyir yang berkeluasan 370 kilometer (km) persegi itu mula dibina pada 1978 dan beroperasi sepenuhnya pada 1985, dan kawasan tadahannya seluas 1,260 km persegi yang merangkumi tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang
08 Nov 18
184
Empty Image
TNB Jamin Empangan Kenyir Selamat
Empangan Kenyir.HULU TERENGGANU, 8 November - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa keselamatan Empangan Kenyir sentiasa berada dalam keadaan memuaskan dan selamat melalui pemeriksaan berkala pada empangan berkenaan.Pengurus Besar Stesen Janalektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustapha Kamal Yaacob berkata pihaknya melakukan pemeriksaan yang ketat secara mingguan, bulanan dan tahunan yang dilakukan oleh pakar  khas dari ibu pejabat."Dan setiap sepuluh tahun, kita juga akan bawa pakar dari luar negara untuk membuat pemeriksaan rapi ke atas struktur empangan ini."Kita ada alat khas yang boleh mengukur ketidakstabilan empangan dari segi gegaran termasuk isipadu air dan sejak ia beroperasi pada 1986, tidak ada perkara buruk yang pernah berlaku,"katanya.Mustapha Kamal berkata kepada pemberita di sidang media selepas Program Keselamatan Empangan "Latih Amal Tindakbalas Kecemasan" Penduduk Mukim Jenagor & Kuala Berang di Dewan Majlis Daerah Kuala Berang, di sini hari ini.Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Mohd Zalizan Sulong.Pengurus Besar Stesen Janalektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustapha Kamal Yaacob.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan empangan retak yang menjadi viral di kalangan penduduk sehingga menimbulkan rasa panik tentang tahap keselamatan mereka."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan tercetusnya keadaan panik yang akan memburukkan lagi keadaan."Dakwaan ini tidak benar kerana kami buat pemeriksaan yang mampu mengesan jika ia berlaku kerana TNB sentiasa memberi penekanan terhadap aspek keselamatan semua pihak," ujarnya lagi.Mustapha Kamal turut menasihatkan netizen supaya menghubungi TNB Careline (15454) atau mana-mana media sosial TNB termasuk 'facebook' dan 'instagram' bagi mendapatkan maklumat tepat atau ingin membuat laporan.Sementara itu, beliau turut menegaskan tidak berlaku pelepasan air dari empangan kerana air hanya akan mengalir keluar melalui turbin hidrolektrik jika paras air melebihi paras alur limpah."Rekod tertinggi paras air sejak ia dibuka ialah pada 2014 iaitu 148 meter (m) ketika berlaku banjir besar namun empangan masih terkawal."Paras amaran air empangan adalah 150m dan mencapai paras bahaya jika 153m namun sehingga hari ini, pelepasan air secara terkawal telah dijalankan dan ini mengikut prosedur yang sedia ada memastikan operasi empangan berada di tahap normal dan selamat," katanya.
08 Nov 18
1123
Empty Image
Hampir 9,000 Kanak-Kanak YPKT Hafaz Muqaddam Sejak 2007
Dr Mamad menyampaikan sijil kepada peserta Program Hafaz Muqaddam.HULU TERENGGANU, 8 November - Terengganu berjaya merekodkan hampir 9,000 kanak-kanak yang  berjaya menghafaz 23 surah lazim sejak Program Hafaz Muqaddam diperkenalkan 12 tahun lalu.Manakala pada tahun ini, program yang diselaraskan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu meraikan seramai 1,170 kanak-kanak berumur empat tahun di seluruh Terengganu.Jumlah itu termasuk 98 kanak-kanak dari Parlimen Hulu Terengganu yang diraikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh di Dewan Sivik, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Mereka terpilih berdasarkan kemampuan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.Dr Mamad berkata, program hafazan ini bertujuan untuk menanam rasa cinta kepada al-Quran dan ke arah pembentukan akhlak mulia dalam diri anak-anak sejak awal usia.“Aktiviti pembelanjaran seperti menghafaz dan mengingat secara berulang-ulang, secara tidak langsung akan meningkatkan kognitif, daya dan proses berfikir di kalangan kanak-kanak," katanya.Menurutnya, untuk melaksanakan program itu, kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM20 juta setahun untuk kos pengurusan dan operasi taska di seluruh negeri."Manakala kutipan yuran adalah kira-kira RM10 juta bagi tempoh sama."Ini menunjukkan kerajaan perlu menanggung kos pengurusan sebanyak RM10 juta setahun iaitu kira-kira 50 peratus daripada kos perbelanjaan tidak termasuk kos pembaikian, penyelenggaraan bangunan taska dan peralatan permainan," katanya.
07 Nov 18
141
Empty Image
2,039 Murid Diraikan Dalam Majlis Al-Dirasah Prasekolah
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah JPNT, Rosli Chik (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar prasekolah.KUALA TERENGGANU, 8 November - Seramai 2,039 murid prasekolah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Daripada jumlah itu, 1,114 orang adalah murid prasekolah dari daerah Kuala Terengganu dan bakinya pula dari Kuala Nerus yang melibatkan 925 murid.Majlis Khatam Al-Dirasah Prasekolah 2018 itu dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan (JPNT) Kuala Terengganu, Rosli Chik yang mewakili Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong.Majlis itu dilihat seakan-akan menyerupai konvokesyen universiti dengan semua muridnya memakai jubah mengikut warna sekolah masing-masing yang dibahagikan kepada tiga sesi.Berucap pada majlis itu, Rosli berkata, ianya diadakan bertujuan untuk mengiktiraf murid-murid terbabit yang berjaya menamatkan pembelajaran mereka di peringkat prasekolah.“Di samping memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan murid, secara tidak langsung ianya membuka ruang dan peluang kepada semua murid untuk terlibat aktif,” ujarnya.
07 Nov 18
410