Artikel "Utama" Terkini
119 Kanak-Kanak TPK Kemaman Hafaz Muqaddam
Haji Hanafiah Mat (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang kanak-kanak Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Kemaman.KEMAMAN, 11 November - Seramai 119 kanak-kanak Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dari seluruh Kemaman berjaya menghafaz muqaddam pada tahun ini.Bagi meraikan pencapaian mereka selaras dengan usaha ke arah menyemai pembentukan generasi al-Quran di peringkat usia awal, satu himpunan diadakan di sini, pagi iniKanak-kanak berusia empat tahun daripada tujuh buah taska memperdengarkan bacaan 23 surah lazim pada Majlis Penyampaian Sijil Hafaz Muqaddam Taska YPKT di Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat.Hadir sama Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim.Majlis dimeriahkan dengan persembahan 25 Rasul, 'story telling' dan lagu permata oleh kanak-kanak YPK.Lebih 1,000 kanak-kanak di taska kelolaan YPKT berjaya menghafaz 23 surah pada setiap tahun.Pada tahun ini mencatatkan bilangan 1,170 kanak- kanak membabitkan 66 taska TPK dari seluruh Terengganu.Hanafiah berkata, cadangan kerajaan negeri untuk mengguna pakai modul pembelajaran Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dalam TPK kini di peringkat perbincangan."Saya lihat modul pembelajaran kedua- dua pusat asuhan itu adalah baik di mana menekankan dan mengutamakan aspek pembelajaran al-Quran."Bagaimanapun kita tambah nilai di pelbagai sudut lain dengan menekankan kepentingan akhlak dan cerminan sebagai umat islam sejati dari awal usia," katanya.
11 Nov 18
549
UMT Disaran Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Dalam Program Kelestarian
Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.Foto oleh:Tengku SyamimKUALA NERUS, 11 November - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menyarankan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam melaksanakan program-program kelestarian pengurusan sumber protein marin.Baginda turut menzahirkan supaya pihak pengurusan universiti meneruskan usaha menjalankan penyelidikan dan membantu komuniti dalam konservasi sumber makanan, khususnya dalam komuniti nelayan.Titahnya lagi, ianya adalah selari dengan slogan UMT iaitu 'Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat'."Beta berharap usaha dipergiatkan untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran marin kepada mereka supaya kepupusan sumber marin tidak berlaku lagi."Oleh itu. beta menyeru agar semua pihak memberikan sokongan padu untuk meneruskan usaha yang dilaksanakan oleh universiti dan diteruskan bagi manfaat bersama," titah Sultanah Terengganu.Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-16 di Dewan Sultan Mizan, di sini, hari ini.Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.Baginda yang juga Canselor UMT turut bertitah supaya pihak universiti memperkasakan lagi penyelidikan dalam bidang perikanan dan penerokaan lautan termasuk mempertingkatkan penyelidikan dalam penanaman makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.Dalam pada itu, baginda turut menyeru agar UMT dapat bergerak bersama-sama rakan penyelidik ASEAN dan antarabangsa bagi memperkasakan lagi imej dan reputasi universiti dalam konservasi hidupan laut yang terancam."Ini sekaligus menjadikan UMT sebagai hab rujukan bagi ilmu berkaitan koservasi dan biologi penyu di rantau ini,"titah baginda lagi.Dalam pada itu, seramai 195 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah termasuk sarjana, sarjana muda (2,647) dan diploma (128) pada tahun ini.
11 Nov 18
225
2,970 Graduan UMT Diraikan Sempena Konvokesyen Ke-16
Perarakan keluar Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman diiringi Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aeini Mokhtar.Foto oleh:Tengku SyamimKUALA NERUS, 11 November - Seramai 2,970 graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-16 universiti itu bermula hari ini hingga Selasa di Dewan Sultan Mizan, Gong Badak.Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan itu, seramai 195 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah termasuk sarjana, sarjana muda (2,647) dan diploma (128).Istiadat pembukaan majlis disempurnakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.Hadir sama, Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aeini Mokhtar.Foto oleh:Tengku SyamimDalam majlis itu, UMT menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaharudin Idrus dan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Salihin Abang.Manakala Anugerah Profesor Emeritus dimiliki oleh Dr. Mohd Lokman Husain.Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Sains, Muhammad Asyraf Adhwa Masimen (kategori bumiputera) dan Foo Tzen Yoong, graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) bagi kategori bukan bumiputera.Anugerah Pingat Emas Canselor pula menjadi milik graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi), Mohd Tirmizi Mohd Lutfi.Sementara itu, Anugerah Pro Canselor diraih oleh Mohd Azlan Musa (Doktor Falsafah Teknologi Maritim) dan anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti kepada Mohamad Badrul Mohd Khairul Sahimi (Sarjana Sains Akuakultur).
10 Nov 18
788
'Swing Couple' Ancaman Baru Malaysia
Bual bicara beri pendedahan kepada masyarakat.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 11 November - Hari ini, masyarakat bukan sahaja dihidangkan masalah Lesbian, Biseksual, Gender, Trangender (LGBT), bahkan terbaru masalah 'Swing Couple' iaitu bertukar pasangan.Menurut Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita, Khairiah Mokti, perkara itu tidak mustahil akan menjadi satu ancaman di Malaysia kerana ia telah berlaku, cuma kurang disedari ramai."Seumpama LGBT, dulu hanya kita dengar sayup-sayup, sekarang semakin jelas kedengaran."'Swing Couple' adalah di mana perbuatan bertukar pasangan, di antara suami isteri dengan suami dan isteri orang lain."Perbuatan itu didakwa (dikatakan) mampu menyelamatkan rumah tangga, supaya tiada rasa jemu dengan pasangan sendiri yang mengakibatkan penceraian dan pertelingkahan."Perkara itu ternyata bercanggah dengan ajaran Islam dan menzahirkan bahawa masyarakat kita sedang sakit dan nazak," katanya ketika berucap pada Program Bicara Ad-Din anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wanita, Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), baru-baru ini.Rakyat perlu peka gejala sosial yang melanda.Menurut Khairiah, segala masalah yang kian meruncing hari ini dapat diubati jika masyarakat kembali mengamalkan agama Islam secara 'syumul' (menyeluruh)."Kecelaruan ini merupakan penyakit dalam jiwa dan turut dipengaruhi syaitan. Sebahagiannya diyakini boleh diubati dengan cara ruqyah iaitu perubatan Islam."Manakala pencegahan awal perlu diterapkan kepada anak-anak kecil terutama impak gajet yang semakin membimbangkan," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan amat penting mengawal penggunaan gajet anak-anak ekoran dunia pada masa kini membolehkan segala perkara dapat diakses dengan mudah.Khairiah turut mengingatkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa 300,000 gay tidak terlibat dengan perlakuan songsang sangat mengelirukan dan berharap masyarakat tidak terpengaruh dengannya."Kalau sudah (dikatakan) gay, maka gay lah," tegasnya.Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Taman Mulia, Zakiah Alias yang menyatakan program tersebut sangat memberi manfaat."Ilmu yang bermanfaat perlu diaplikasikan dalam kehidupan untuk berdepan dunia hari ini yang begitu mencabar," ujarnya.
10 Nov 18
885
Terengganu Buka Hab Cendawan Pula
Dr Azman Ibrahim menjawab persoalan rakyat pada Majlis Sesi Dialog Menteri Pertanian Bersama Petani, Perternak dan Nelayan.Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU, 10 November - Kerajaan Terengganu akan mewujudkan Hab Pemprosesan dan Pengembangan Cendawan (HPCC) yang akan dirasmikan pada 19 November ini di Balai Informasi Pertanian Kampung Tempinis, Besut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha untuk membantu dan menaikkan industri cendawan sebagai satu tumpuan baru sektor pertanian Negeri Terengganu.Dalam tumpuan lain, untuk memperkayakan sumber perikanan di Perairan Terengganu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM250,000 pada tahun 2018 dibantu dengan peruntukan RM380,000 dari Kerajaan Pusat untuk Program Labuh Unjam dan Tukun di perairan negeri ini."Rizab sumber perikanan di perairan pantai timur sudah berada pada kod merah berbanding perairan Sabah yang berada pada kod kuning," jelasnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sesi Dialog Menteri Pertanian Bersama Petani, Perternak dan Nelayan di Kompleks Pertanian Ajil, Hulu Terengganu, semalam.Dalam perkembangan sama, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi memberitahu, tujuan memperbanyakkan tukun dan unjam ini adalah supaya ikan yang 'berhijrah' dapat singgah dan sekaligus berpotensi memperkayakan sumber untuk faedah nelayan di negeri Terengganu.Di samping itu, unjam dilabuhkan dengan jarak sekitar 4 batu nautika dari persisiran pantai agar para nelayan dapat menangkap ikan walaupun keadaan cuaca tidak menentu dan mereka sempat pulang apabila cuaca tidak mengizinkan.Majlis tersebut bermula jam 10 pagi dan dihadiri sekitar 300 orang masyarakat petani, penternak dan nelayan dari seluruh Negeri Terengganu.Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Haji Salahuddin Ayub dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun.
10 Nov 18
60
Sultan Mizan Saksi Manuskrip Al-Quran Emas Terengganu
Manuskrip al-Quran emas warisan kesultanan Terengganu.KUALA NERUS, 11 November - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyaksikan manuskrip al-Quran emas yang merupakan warisan kesultanan Terengganu tertua, bertarikh 27 Disember 1836 masihi dan pernah dihasilkan ketika zaman Sultan Mansor II pada tahun 1831 hingga 1836 masihi.Manuskrip itu buat julung kalinya dipersembahkan pada Majlis Santapan Malam sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kali Ke-16 di Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Centre, malam tadi.Sehubungan itu, mushaf al-Quran Terengganu itu akan dipamerkan setelah kajian terperinci mengenainya dilaksanakan oleh Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Dr Riswadi Azmi.Sultanah Nur Zahirah berkenan melakukan gimik pelancaran buku Beautiful Terengganu.Difahamkan, pihak UMT akan mempamerkan keindahan manuskrip itu dan kajian mengenai sumbangan kesultanan Terengganu terhadap penyalinan al-Quran kepada umum pada 11 hingga 13 November ini di Pusat Islam Sultan Mahmud.Sempena majlis santapan malam itu, Sultanah Nur Zahirah yang merupakan Canselor UMT turut melancarkan buku 'Beautiful Terengganu' yang diterjemahkan dalam lima bahasa iaitu bahasa Arab, Jerman, Perancis, Mandarin dan Jepun.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Dato' Seri Halim Mohamad dan Naib Canselor UMT, Dato' Dr Nor Aieni Mokhtar.Beautiful Terengganu diterjemahkan ke dalam lima bahasa.
10 Nov 18
954
Sambutan Hangat Kuliah Ustaz Azhar di Kemaman
Ustaz Azhar (kanan) menerima cenderahati dari Haji Hanafiah.KEMAMAN, 11 November - Kuliah Dhuha Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan hangat dari penduduk daerah ini di Program Sayyidatina Aisyah di Padang Astaka di sini, pagi kelmarin.Ustaz Azhar ketika berkuliah di Padang Astaka Kemaman.Pendakwah sejuta ummah itu, seperti biasa menjawab pelbagai persoalan agama dengan huraian yang cukup mudah difahami, menggunakan dialek Terengganu.Imam Muda Fakhrul menyampaikan kuliah Maghrib di Padang Astaka Kemaman. Kehadiran beliau antara acara awal bagi program julung-julung kali diadakan itu dengan inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat yang bertemakan, 'Wanita Sejahtera Bersama Islam'. Ia diikuti dengan ucapan aluan-aluan dari Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai dan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali.Pertandingan Masakan di kalangan muslimat di Program Sayyidatina Aisyah.Pengunjung di program tersebut bukan sahaja datang dari daerah itu bahkan mereka juga datang dari sekitar Kuantan, Pahang dan Kuala Terengganu. Program itu turut diserikan dengan Forum 'Bicara Wanita Berkerjaya' disertai oleh panelis seperti Setiausaha Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa'), Hajah Zarani Othman, seorang pendidik, Nurzila Muhammad dan Presiden Gerakan Serikandi Malaysia, Asyima Zainuddin.Turut diadakan pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak. Perbahasan forum itu berkisar peranan wanita sebagai golongan berkerjaya dan bagaimana mereka mengatasi isu LGBT, keganasan rumah tangga, judi dan maksiat. Turut diadakan, cabutan bertuah berupa basikal dan pelbagai hadiah lain yang ditaja oleh beberapa syarikat bumiputera. Busking, antara hiburan di pentas Program Sayyidatina Aisyah..Seramai kira-kira 210 kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah menyertai pertandingan mewarna di samping pertandingan memasak di kalangan warga dewasa daerah Kemaman dan pertandingan Busana Cilik di kalangan kanak-kanak perempuan. Turut diadakan, booth pemeriksaan mata, pameran bomba dan penyelamat, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain.Manakala, Kuliah Maghrib disampaikan oleh Imam Muda Fakhrul serta busking dan wayang kulit oleh Wok Yoh dari Kelantan.Â
10 Nov 18
190
Program Sayyidatina Aisyah Sejahterakan Wanita
Haji Yahaya berucap merasmikan Program Sayyidatina Aisyah di Padang Astaka Kemaman, semalam.KEMAMAN, 10 November - Tema Program Sayyidatina Aisyah iaitu 'Wanita Sejahtera Bersama Islam', membawa mesej jelas iaitu untuk memakmur dan mensejahterakan wanita Terengganu. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, warga muslimat harus bersama berganding bahu bagi mencapai hasrat kerajaan itu agar mereka berdaya saing, proaktif dan penuh inisiatif demi martabat dan kesepaduan umat. "Hari ini kita dapat lihat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat, menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan segera sepanjang dua hari program Sayyidatina Aisyah di Perkarangan Padang Astaka ini. "Pelbagai jabatan dan agensi yang rata-rata berpayung di bawah jawatankuasa beliau telah diminta untuk turut serta dalam menyediakan khidmat dan bantuan demi menjayakan program ini," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sayyidatina Aisyah kali khidmat di Padang Astaka, di sini semalam.Haji Yahaya (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang cabutan bertuah.Turut hadir, Haji Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Haji Abdul Razak Ibrahim dan Setiausaha Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa'), Hajah Zarani Othman. Sementara itu, Haji Yahaya dimaklumkan bahawa sepanjang program tersebut, pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu turut menyediakan khidmat pemeriksaan percuma kanser payu dara dan pangkal rahim untuk kemudahan wanita Kemaman mengesan kedua-dua penyakit tersebut. "Ini penting kerana kita semua sedia maklum bahawa kanser payu dara dan pangkal rahim merupakan penyakit merbahaya kepada kaum wanita di negara ini. "Saya mengharapkan kaum wanita Kemaman merebut peluang menggunakan kemudahan disediakan secara percuma itu demi menjaga kesihatan mereka sekaligus memastikan mereka bebas dari terkena kedua-dua penyakit itu," katanya. Katanya, selama dua hari itu, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) juga menyediakan maklumat berkait Pinjaman Jaya Diri (PJD), yang cukup popular di kalangan ibu tunggal dan beliawanis. "Alhamdulillah program PJD ini telah melahirkan cukup ramai usahawan wanita yang berjaya di negeri kita," jelas beliau. Difahamkan, sejak mula dilaksanakan tahun 1995, hampir 20,000 orang peserta yang majoritinya kaum hawa telah terlibat dengan program PJD itu sekaligus menjana ekonomi keluarga masing-masing. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberi khidmat potongan harga sebanyak 50 peratus ke atas beberapa jenis saman sempena program tersebut. Pihak Kementerian Kesihatan juga menghantar khidmat pemeriksaan pergigian percuma kepada warga Kemaman. Justeru, kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan terlibat yang menyampaikan informasi, khidmat nasihat serta bantuan kepada orang ramai sempena program tersebut. "Saya menyeru semua agensi kerajaan di seluruh negeri Terengganu agar sentiasa memudah cara dan bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada sebarang karenah birokrasi," ujarnya.Â
10 Nov 18
159
Aisyah Tauladan Terbaik Wanita Zaman Kini
Haji Hanafiah (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Haji Yahaya.KEMAMAN, 10 November - Kaum Wanita perlu menjadikan Sayyidatina Aisyah sebagai suri tauladan terbaik berkait dengan soal menimba ilmu pengetahuan dan perjuangan supaya kental menghadapi dunia semakin mencabar dewasa ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata, Sayyidatina Aisyah mempunyai ketokohan tersendiri yang tidak ada tolok bandingnya untuk ditauladani. "Beliau (Siti Aisyah) merupakan anak kepada sahabat paling rapat dan paling disayangi Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Bakar As-Siddiq r.a."Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan Aisyah semasa beliau masih kecil tetapi dalam umur yang sudah matang, merupakan seorang isteri yang sangat dikasihinya, " jelas beliau. Haji Yahaya berkata, dengan kehidupan baginda s.a.w. sebagai rasul dan pemimpin ummah dan dengan segala macam cabaran, Siti Aisyah menjadi penenang dan tempat nabi bermanja serta berehat.Haji Hanafiah (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Azhar Idrus selepas selesai kuliah dhuha di Program Sayyidatina Aisyah di Padang Astaka Kemaman semalam.Bagi mengambil suri tauladan dari peranan Aisyah di sisi Rasulullah s.a.w., para isteri umat Islam hari ini seharusnya memahami, apabila si suami terlalu sibuk, mengurus kehidupan bermasyarakat, sudah tentu isterilah menjadi tempat penenang, " ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sayyidatina Aisyah Peringkat Daerah Kemaman yang julung-julung kali diadakan di Padang Astaka Kemaman di sini semalam. Program yang bertemakan 'Wanita Sejahtera Bersama Islam' itu berlangsung selama dua hari, bermula semalam dengan sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat dan luar daerah tersebut. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat dab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Haji Abdul Razak Ibrahim.Katanya, Aisyah menjadi rujukan para sahabiyyah dan sahabat Nabi kerana beliau paling arif dan berilmu selepas kewafatan baginda s.a.w."Beliau merupakan wanita yang sangat tahan diuji terutama ketika menghadapi fitnah yang dilemparkan oleh golongan munafik ketika beliau tertinggal dalam satu musafir."Fitnah tersebut berlaku sehingga menjejaskan kehidupan kekeluargaannya," ujar beliau.Akhirnya, turun ayat membersihkan Siti Aisyah dari fitnah tersebut."Ini semua adalah pengajaran dan pedoman yang perlu diambil tauladan oleh wanita kita hari ini ," jelas beliau.Haji Yahaya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu seterusnya berkata, baginda s.a.w. mempunyai ramai isteri tetapi bukan bererti isteri lain dari Siti Aisyah tidak penting. "Semua isteri Rasulullah s.a.w. adalah isteri-isteri yang paling hebat yang boleh dibuat contoh dan tauladan. "Cuma pada hari ini pihak urusetia (program) memilih Sayyidatina Aisyah itu (untuk menjadi tajuk program) dengan sebab yang khusus, " jelasnya.Â
10 Nov 18
79
Pertandingan Lembu Sado Jadi Acara Tahunan
KUALA TERENGGANU 11 November - Pameran dan pertandingan lembu sado bakal menjadi salah satu pengisian aktiviti tahunan dalam kalendar pertanian negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, program ini merupakan anjuran Persatuan Penternak Lembu Sado Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu."Sebanyak 53 ekor lembu dipertandingkan dalam kategori King of Sado, Queen of Sado, Prince of Sado dan Princes of Sado."Juara bagi kategori King dan Queen of Sado masing-masing akan menerima hadiah seekor lembu...bertanding lembu dapat hadiah lembu, barulah 'real' (betul) sungguh,"katanya dalam satu kenyataan dalam akaun 'facebook' milik beliau.Pertandingan Lembu Sado Terengganu telah berlangsung di Pekarangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Manir, di sini, hari ini.Menurutnya lagi, bukan hadiah yang jadi matlamat tetapi ini merupakan medan yang menghimpunkan para penternak yang berkongsi hobi serta minat yang sama dari seluruh negeri.
10 Nov 18
324