lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Bina IPT Negeri Pada 2020
Usaha telah diambil untuk mengenal pasti lokasi bagi membangunkan  IPT menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA).KUALA TERENGGANU, 12 November - Kerajaan Terengganu tidak melupakan janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu iaitu mewujudkan semula sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Islam milik negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia akan mula dibangunkan pada tahun 2020.“Buat masa sekarang, kita sibuk untuk menyelaraskan kerja-kerja bagi menyusun tindakan (yang) sepatutnya bagi memperkemaskan pentadbiran pendidikan di negeri Terengganu,” jelasnya.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Tahun 2018, hari ini.Sehubungan itu, katanya, usaha telah diambil untuk mengenal pasti lokasi IPT dan membangunkan infrastruktur bagi IPT tersebut yang bakal menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA).“Insya-Allah kita akan buat, kita perlu kenal pasti tempat dan siapkan dengan infrastruktur.“IPT (itu akan) diletakkan di bawah (tanggungjawab) Yayasan Terengganu,” tambah beliau.Terdahulu, KUSZA telah diserahkan kepada Kerajaan Pusat ekoran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2005 dan dijadikan Universiti Darul Iman.Setelah menghadapi beberapa masalah ia telah ditukarkan menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 2010, menjadikan negeri Terengganu tidak lagi memiliki sebuah universiti ataupun kolej.Namun begitu, Ustaz Satiful berkata, tidak ada sebarang peruntukan bagi tujuan pembinaan IPT itu yang akan dimasukkan dalam bajet 2019.“Tempat (lokasi IPT) itu tidak boleh diberitahu lagi tapi dalam bajet kali ini tiada lagi diletakkan peruntukan membina IPT tersebut.“Mungkin tahun depan insya-Allah  kita letak dalam bajet,” ujar beliau.
12 Nov 18
55
Empty Image
SMASZA Sertai Pertunjukan Inovasi Antarabangsa
Rombongan merakamkan gambar sebelum berlepas ke KLIA.KUALA NERUS, 12 November - Tiga pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA) berangkat ke Zagreb, Croatia hari ini untuk menyertai Pertunjukan Inovasi Antarabangsa Kali Ke- 43.Ahmad Fakhrul Ismail, 16, Ahmad Aliuddin Zulkifli, 16 dan Wan Wadhihah Nadhirah Faisal, 13, bersama guru pengiring, Saripah Embong dan Zawiah Dollah dihantar oleh sekumpulan guru dan pelajar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,  petang tadi.Pengetua SMASZA, YM. Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad yang ditemui pemberita merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sokongan yang diberikan terutama menerusi tajaan kewangan."Terima kasih kepada Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas sokongan yang diberikan ini dalam membantu kami merealisasikan misi 'SMASZA Di Persada Antarabangsa'," katanya.YM Engku Abdullah berterima kasih kepada kerajaan negeri.Dalam pada itu, Saripah yang mengetuai rombongan melahirkan rasa syukur atas peluang yang diperolehi."Ini merupakan peluang pertama pelajar SMASZA  bertanding dalam peringkat antarabangsa di luar negara.Saripah."Lebih menggembirakan, kami mendapat tawaran untuk bertanding di pertandingan yang diiktiraf sebagai pertunjukan inovasi tertua di dunia," katanya.SMASZA akan menyertai pertunjukan itu bermula 14 sehingga 19 November 2018 setelah memenangi pingat emas pertunjukan inovasi peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur awal tahun ini.
12 Nov 18
427
Empty Image
Ahli Majlis Jangan Jadi 'Pak Turut'
Dr Alias berucap di DITC Teluk Kalong Kemaman semalam.KEMAMAN, 12 November - Kerajaan menasihatkan ahli majlis yang baharu dilantik  supaya tidak menjadi 'pak turut', meniru idea lama yang ditinggalkan oleh ahli majlis terdahulu dalam merancang pembangunan di daerah masing-masing.Sebaliknya kerajaan negeri mahu mereka mengemukakan idea-idea baharu dalam merancang pembangunan supaya rakyat lebih banyak mengambil manfaat, hasil dari perancangan mereka.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, kerajaan mahu melihat pembangunan negeri dilaksanakan lebih terancang tetapi sekiranya ahli majlis tidak mempunyai ilmu perancangan yang baik, perkara tersebut tidak akan berlaku.Dr Alias bersalaman dengan peserta Kursus Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Siri I 2018 di DITC Teluk Kalong Kemaman semalam."Kalau kita sendiri tidak ada ilmu merancang pembangunan kita akan jadi 'pak turut', ikut sahaja apa orang kata kerana kita sendiri tidak ada idea untuk merancang pembangunan."Pendapat atau wawasan pembangunan kita tidak ada, kita akan mengikut rutin biasa sebagaimana  perancangan orang dahulu (bekas ahli majlis) buat," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Siri I 2018 di Darul Iman Training Centre (DITC) Teluk Kalong di sini, semalam.Turut hadir timbalan beliau, Ustaz Ahmad Shah Muhamed, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Othman Ibrahim dan 84 Ahli Majlis Daerah dan Perbandaran seluruh negeri Terengganu.Kursus yang berkait dengan perancangan kewangan dan pembangunan kerajaan tempatan itu berlangsung selama tiga hari, bermula semalam.Dr Alias (tengah) dan Ustaz Ahmad Shah (kiri) di Majlis Perasmian Kursus Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Siri I 2018 di DITC Teluk Kalong Kemaman semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan berhasrat menjadikan pembangunan di peringkat derah lebih mampan dengan percambahan idea baharu di kalangan ahli majlis tanpa meniru idea lama bekas ahli majlis."Jika kita buat rancangan pembangunan lama sebab orang dahulu buat begitu, maka ilmu itu tidak berkembang. "Kita tidak mahu ahli majlis baharu berbuat demikian, kita mahu 'body' baharu mesti otak baharu, kita mahu idea-idea baharu yang boleh membantu membawa kelainan dalam urusan perancangan majlis-majlis daerah dan majlis perbandaran," tegasnya.Mengenai perancangan kewangan pula, beliau berkata, ahli majlis juga didedahkan dengan kursus asas pentadbiran kewangan. "Paling penting sekali adalah pengurusan kewangan. Kalau duit banyak pun tidak tahu mengurus, boleh jadi bankrap tetapi kalau duit sikit tahu mengatur dengan baik, banyak manfaat yang dapat kita peroleh," ujarnya.Bagaimanapun katanya, pengurusan kewangan bukan mudah untuk dilaksanakan kerana kebanyakan ahli majlis sudah berusia."Saya faham bila umur meningkat 40 hingga 60 tahun, payah nak terima ilmu tetapi berusahalah sedaya upaya untuk mendapatkan ilmu dalam bidang pengurusan tersebut," katanya lagi.
12 Nov 18
152
Empty Image
19,624 Calon SPM Terengganu Bakal Duduki Peperiksaan Esok
Shafruddin Ali Hussin.KUALA TERENGGANU, 12 November - Seramai 19,624 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Terengganu bermula  esok.Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, berdasarkan angka itu, sejumlah 17,808 calon adalah pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.Selain itu, 740 calon adalah dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), 58  calon sekolah menengah agama negeri, 126 calon swasta dan 892 calon persendirian.“Sehubungan itu, seramai 1,303 petugas peperiksaan ditempatkan di 168 pusat peperiksaan bagi membantu mengendalikan calon SPM,” katanya.Dalam tumpuan sama, seramai 2,367  calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga akan  mula menduduki peperiksaan esok di  44 pusat peperiksaan membabitkan 393 petugas peperiksaan.Shafruddin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mengetahui maklumat mengenai masa peperiksaan, arahan dan amaran sepanjang tempoh peperiksaan.Katanya, calon juga diingatkan supaya sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan cuaca di tempat masing-masing.“Sekiranya berlaku kecemasan, termasuk berdepan kesukaran untuk ke pusat peperiksaan, mereka disarankan berhubung seberapa segera dengan pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.
11 Nov 18
49
Empty Image
Top IT Jalin Kerjasama Dengan Cakna Marketing
Haji Mohd Nurkhuzaini (tiga dari kanan) dan Haji Rozali Salleh (dua dari kiri) menyaksikan MoU antara Top It Industries Sdn Bhd dan Cakna Marketing Sdn Bhd.KUALA LUMPUR, 12 November - Top It Industries Sdn Bhd baru-baru ini telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan industri untuk menjalinkan kerjasama strategik.Bagi tujuan tersebut, Top It Industries Sdn Bhd menandatangani MoU bersama Cakna Marketing Sdn Bhd. Kedua-duanya merupakan syarikat milik Kerajaan Terengganu di mana Top It Industries Sdn Bhd diselia oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) manakala Cakna Marketing Sdn Bhd adalah di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Pada majlis itu, Top It industries Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Ibrahim Ismail manakala pihak Cakna Marketing Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji A. Razak Sulaiman.Majlis disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini bin Abdul Rahman. Turut hadir menyaksikan MoU tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YPU, Haji Rozali Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darul Iman Training Centre (DITC), Suhaimi Embong.Mohd Nurkhuzaini dalam ucapannya berkata, jalinan kerjasama strategik tersebut adalah bagi memenuhi hasrat Cakna Marketing Sdn Bhd untuk memasarkan produk usahawan Terengganu menggunakan Payang.my."Top It Industries Sdn Bhd telah dilantik oleh Cakna Marketing Sdn Bhd untuk membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan bagi memasarkan pelbagai produk menggunakan Payang.my."Dengan Payang.my, pengguna dari seluruh Malaysia boleh membeli produk usahawan Terengganu dengan lebih mudah dan cepat," ujarnya di Majlis Menandatangani MoU di antara Top It Industries Sdn Bhd dan Cakna Marketing Sdn Bhd di Wisma Yayasan Terengganu, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini (4 November).Justeru, jalinan kerjasama ini dilihat sebagai komitmen Cakna Marketing Sdn Bhd dalam usaha memasarkan produk usahawan Terengganu secara efektif dan berkesan.
11 Nov 18
410
Empty Image
TATiUC Sedia Program Untuk Pelajar Agama
Ustaz Satiful Bahri (tengah) di Sidang Media sempena Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke 12 di Kemaman semalam.KEMAMAN, 12 November - Kerajaan Terengganu akan menyediakan peruntukan khas untuk pelajar lepasan institusi pengajian agama menyertai kursus di Tati University Collage (TATiUC) tahun hadapan. Jumlah peruntukan perkapita itu akan diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pembentangan Belanjawan Terengganu 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akhir bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah,  Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,  Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata,  kerajaan negeri bersedia untuk menyediakan peruntukan khas bagi merangsang pelajar pengajian agama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil sijil awam di TATiUC. Katanya, kerajaan negeri menyediakan bajet untuk memberi sokongan kepada anak-anak Terengganu khususnya bagi mengambil peperiksaan awam melibatkan kursus vokasional. "Ini bertujuan supaya sekolah tahfiz,  madrasah,  pesantren,  pusat-pusat pengajian agama seperti ini boleh di'upgrade'kan, kepada dua bidang pengajian termasuk pengajian agama dan vokasional, " jelasnya. Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke-12 di Telok Kalong, di sini semalam. Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka seterusnya berkata, program ini dijangka akan bermula tahun hadapan. "Ia akan bermula tahun hadapan dan kita (kerajaan) sediakan peruntukan sedikit untuk bajet bagi memberi sokongan kepada anak-anak negeri mendapat pendidikan yang lebih baik," katanya. Menurut beliau, lebih 140 institusi pengajian agama akan mendapat manfaat dari program tersebut. Bagaimanapun katanya,  institusi berkenaan perlu berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Syarat-syarat pendaftaran dipermudahkan bagi membolehkan institusi berkenaan berdaftar. "Kerajaan negeri berharap supaya mereka berdaftar agar kita selaraskan sesuatu yang menjadi keperluan kepada mereka. "Usaha ini diharapkan mendapat sambutan daripada institusi pendidikan berkenaan. "Kerajaan juga sentiasa memberi sokongan untuk memastikan infrastruktur pusat-pusat pengajian tersebut berada dalam keadaan baik," ujarnya lagi. Ustaz Satiful Bahri mengharapkan masyarakat menyokong sekaligus memberi kepercayaan kepada TATiUC untuk melaksanakan program tersebut. 
11 Nov 18
53
Empty Image
SRIDI Tawar Yuran Serendah RM130 Setahun
Lothman Awang.KUALA TERENGGANU, 12 November - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), milik Kerajaan Negeri Terengganu yang bakal dibuka tahun hadapan menawarkan yuran pendaftaran serendah RM130 setahun kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan.Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pendidikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Lothman Awang berkata, tidak seperti sekolah swasta yang lain, SRIDI hanya mengenakan yuran pendaftaran tahunan tanpa kos pengurusan bulanan.“SRIDI hanya menetapkan yuran makanan pelajar dengan jumlah maksimum RM160 sebulan. Untuk peringkat awal, kita tidak menyediakan kafetaria. Jadi, pihak sekolah akan menyediakan makanan sepanjang sesi persekolahan dari jam lapan pagi hingga empat petang yang mana ia lebih efektif untuk pembelajaran di sekolah.“Tetapi, jumlah itu bukan bayaran tetap sebaliknya bergantung kepada jumlah hari persekolahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JHEAT baru-baru ini (8 November).Untuk tahun 2019, sebanyak lima buah SRIDI akan dibuka di daerah Marang, Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus dengan jumlah 50 pelajar bagi peringkat awal.Manakala, Sekolah Rendah Islam Yayasan Islam Terengganu di Losong akan diambil alih JHEAT sebagai SRIDI bagi daerah Kuala Terengganu.“Kita dapat permintaan tinggi daripada ibu bapa untuk anak-anak mereka. Bagaimanapun, kita akan mengadakan temuduga kerana tempat yang terhad bagi memberi keadilan kepada semua.“SRIDI akan mengguna pakai silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditambah dengan kurikulum negeri yang berasaskan pengajaran agama dan al-Quran dalam bahasa Arab,” katanya.Sekolah itu akan memulakan operasi bermula sesi persekolahan 2019 dengan jumlah 40 orang guru.“Pengambilan guru telah diproses berdasarkan permohonan yang telah dibuka sebelum ini dan akan dimaklumkan pada bulan Disember,” katanya.
11 Nov 18
2560
Empty Image
MB Terengganu Beri Semangat Kepada Calon SPM & STPM
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU, 12 November - "Semoga dikurniakan kejayaan yang cemerlang," itu kata-kata semangat dan doa yang dititipkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) 2018 yang bakal menduduki peperiksaan pada bulan November ini.Beliau mengharapkan supaya calon-calon SPM dan STPM di seluruh Malaysia dan Terengganu khususnya dapat menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang dan tenteram."Yakinlah anak-anak semua pada diri sendiri dan berdoalah kepada Allah SWT agar dapat menjawab soalan dengan sempurna dan tepat," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam ucapan yang disampaikan khas kepada calon SPM dan STPM 2018 melalui video yang dimuat naik di Facebooknya , semalam.Dalam tumpuan sama, Dr Samsuri sempat memberi nasihat agar menjadikan peperiksaan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemampuan diri."Anggaplah peperiksaan adalah satu kaedah membina diri kita, melakukan muhasabah dan cara untuk menambah baik kemampuan diri kita secara berterusan."Tidak lupa juga, kepada guru-guru dan ibu bapa, berikanlah kasih sayang dan dorongan berterusan kepada pelajar dan anak-anak agar mereka mempunyai keyakinan untuk menghadapi peperiksaan dengan jaya insya-Allah," tambahnya.Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan bermula daripada 13 November hingga 13 Disember ini.Seramai 421,706 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu tahun ini di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara.Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.
11 Nov 18
184
Empty Image
UMT Tawar Tiga Program Pengajian Baharu Sesi 2019/2020
Naib Cancelor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni MokhtarKUALA NERUS, 12 November- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memperkenalkan tiga program baharu pada sesi 2019/2020 dalam usaha melonjakkan nama universiti tersohor negara itu di persada antarabangsa. Naib Cancelor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, tiga program berkenaan adalah Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar), Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dan Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan hanya di UMT.“Program yang ditawarkan ini seiring dengan kehendak Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dan mod pengajian tersebut mempunyai penglibatan industri dan merupakan bidang yang diperlukan bagi pasaran kerja masa kini.“Pengambilan pertama bagi Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar) dibuka kepada 20 pelajar untuk mengikuti pengajian selama setahun setengah dan dua lagi program dibuka kepada 40 pelajar yang akan melibatkan tempoh pengajian selama tiga tahun setengah,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-16 di Dewan Sultan Mizan, di sini, semalam.Majlis pembukaan konvokesyen disempurnakan Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.Seramai 2,970 graduan membabitkan enam fakulti diraikan pada istiadat konvokesyen kali ini yang berlangsung selama tiga hari sehingga 13 November ini.
11 Nov 18
121
Empty Image
TATiUC Terus Relevan
Ustaz Satiful Bahri berucap di Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Ke-12 semalam. Foto - Mohd LukmanKEMAMAN, 12 November - Dalam 25 tahun usia kematangan, Tati University College (TATiUC) dilihat terus relevan dalam menyediakan program pengajian berasaskan teknologi. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,  Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, program yang berasaskan latihan pendidikan teknikal dan vokesional itu merupakan program yang menepati kehendak revolusi perindustrian 4.0.Katanya,  TATIUC yang ditubuhkan di bawah Tabung Amanah Warisan (TAW) dilihat mampu memainkan peranan signifikan dalam merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.Ustaz Satiful Bahri (dua dari kanan) sertai perarakan masuk Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Ke-12."Ia bertujuan melahirkan insan yang berkualiti serta aset terpenting negara," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke 12 di Teluk Kalong, di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang,  Alias Harun,  ADUN Kemasik,  Ir Saiful Azmi Suhaili, Cancelor TATiUC,  Tan Sri Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Rektor TATIUC,  Prof Dr Anuar Ahmad. Katanya, siri kejayaan TATiUC dalam bidang penyelidikan inovasi dan keterampilan mahasiswa sesungguhnya membuktikan universiti kolej itu berada di landasan yang betul.Para graduan TATIUC hadapi Revolusi Industri 4.0.Beliau percaya kaedah pengajaran yang diterapkan di TATiUC yang berasaskan kemahiran bukan sahaja mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat dan pembangunan negara, bahkan hasrat itu begitu ampuh untuk berhadapan dengan cabaran revolusi industri 4.0."Saya yakin graduan TATiUC telah bersedia untuk menghadapi impak revolusi ini dan mereka akan lebih maju dalam menangani dan mengatasi perubahan teknologi," ujarnya lagi. Kira-kira 467 graduan TATiUC diraikan dalam majlis gilang gemilang itu. 
11 Nov 18
186