Artikel "Utama" Terkini
Belanjawan 2019 Libat Janji PAS Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU, 14 November - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan Belanjawan 2019 yang akan dibentang pada 25 November ini akan mengambil kira manifesto PAS negeri yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.Katanya, 70 peratus daripada tawaran yang dikemukakan dalam manifesto itu akan melibatkan belanjawan yang akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, dan ia disifatkan sebagai bajet berimbang."Ini adalah tahun pertama pembentangan bajet di bawah pemerintahan baharu di Terengganu, sudah tentulah kita sedaya upaya mahu melaksanakan apa yang kita janjikan dalam manifesto PRU14 lalu."Mungkin hanya tiga atau empat sahaja manifesto yang belum kita laksanakan dalam Belanjawan 2019, itu kita akan bawa dalam tahun-tahun akan datang kerana ia melibatkan kajian dan cara pelaksanaan tertentu. Yang penting 70 peratus manifesto itu akan diumumkan dalam bajet pada akhir bulan ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program "Back To School" anjuran anak syarikat milik kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) untuk 80 murid dari empat sekolah dari Parlimen Marang, di pasaraya Mydin Mall, Gong Badak, semalam.Ditanya sama ada kerajaan negeri akan meneruskan pemberian yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti bantuan pakaian sekolah untuk keluarga kurang kemampuan, Ahmad Samsuri berkata, ia akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan."Begitu juga dengan insentif dalam bidang pendidikan, ia akan disentuh dalam Belanjawan 2019 nanti," katanya sambil memaklumkan hasil royalti minyak dan gas akan turut dimasukkan ke dalam bajet itu sebagai hasil terimaan negeri.Terdahulu, Samsuri sempat menemani murid yang menerima bantuan EPIC itu memilih peralatan alat tulis mereka di pasaraya itu.Setiap mereka menerima bantuan RM565 yang diberi dalam beberapa bentuk sumbangan antaranya baucer pakaian sekolah bernilai RM200, baucer kasut RM100 dan pembelian alat tulis RM80.
13 Nov 18
100
Elaun Nelayan Perlu Ditingkatkan RM500 Sebulan
Dato' Dr Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA LUMPUR, 14 November - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) meningkatkan elaun sara hidup nelayan kepada RM500 sebulan.“Saya minta supaya elaun sara hidup ini bukan setakat diperkenalkan kembali atau diteruskan, tetapi perlu ditingkatkan lagi kepada RM500 sebulan berbanding RM250 dan RM300 sebelum ini," kata beliau ketika membahaskan Bajet 2019 di Dewan Rakyat, semalam.Katanya, rata-rata rakyat yang bekerja sebagai nelayan memperoleh pendapatan sekitar RM600 hingga RM1,000 sahaja sebulan.“Tanpa bantuan seumpama ini, agak sukar bagi mereka berhadapan dengan suasana ekonomi bagi memenuhi keperluan harian mereka,” katanya.Dr. Khairuddin berharap agar kerajaan PH meningkatkan lagi elaun sara hidup nelayan, terutama apabila tiba musim tengkujuh yang sememangnya boleh menggugat mata pencarian mereka.Dalam ucapannya semalam, beliau turut membangkitkan pelbagai isu ekonomi rakyat termasuk isu pengangguran, pemberhentian kerja dan hutang isi rumah.
13 Nov 18
158
Permohonan SM Imtiaz YT 2019 Tingkatan 1 Secara Online
KUALA TERENGGANU, 14 November - Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 yang berminat untuk memasuki Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu yang mendapat sekurang-kurangnya 4A 2B layak untuk memohon bermula November ini sehingga Disember 2018 sebaik sahaja keputusan diumumkan.Jika berminat dan melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, rakyat dipelawa untuk menghantar borang permohonan Imtiaz secara 'online' di mana saluran permohonan sesi tahun ini akan dibuka.Untuk makluman, mereka yang layak dipelawa untuk membuat permohonan secara 'online' menerusi laman web www.yt.gov.my @ www.myimtiaz.com.my yang akan dibuka selepas keputusan UPSR diumumkan nanti.SM Imtiaz adalah sekolah elit yang menawarkan pendidikan yang selari dengan sistem pendidikan kebangsaan (bidang sains) yang dirangkumkan secara bersepadu dengan hafazan al-Quran dan pendidikan agama di bawah Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.Senarai SM Imtiaz di negeri Terengganu adalah di Besut, Kuala Berang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Marang.Berikut adalah panduan dan maklumat penting berkaitan permohonan SM IMtiaz tahun 2019 meliputi tarikh penting permohonan dan syarat kelayakan.Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANUTingkat 3, Bangunan Yayasan Terengganu,20200 Kuala Terengganu,TerengganuNo Tel : 09-6221733No Faks : 09-6232944Emel: info@yt.gov.my
13 Nov 18
869
Terengganu Bina Momentum Baharu, Kerjasama MPKK-JKKR
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 14 November - Kerajaan Terengganu bergerak ke arah momentum baharu apabila menjalin persefahaman dengan Felda untuk melibatkan penyertaan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Terengganu sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) berkuat kuasa serta merta.Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dalam satu sidang media di Wisma Darul Iman, semalam.Turut hadir, Pengurus Besar Felda Wilayah, Mohd Helmi Fahkzan Abdul Wahab dan Pegawai Khas Menteri Besar bagi Hal Ehwal Tanah Persekutuan, Naraza Muda.Dr. Azman berkata, pihak pengurusan tertinggi Felda telah bersetuju supaya Pengerusi MPKK menjadi anggota JKKR yang sebelum ini dianggotai ketua-ketua blok dan dipilih secara demokrasi oleh peneroka tanah rancangan tersebut.Katanya, kedua-dua keanggotaan itu berfungsi untuk menjaga kepentingan peneroka termasuk dalam hal kebajikan, pembangunan dan keperluan setempat.Menurutnya, MPKK adalah struktur pentadbiran negeri yang berada di peringkat paling bawah untuk menjadi agen penyampai kerajaan negeri."Struktur pentadbiran Felda pula berbeza dengan pengurusan kampung biasa sebab Felda ada pentadbiran sendiri yang dipanggil JKKR," jelasnya.Beliau berkata, pentadbiran kerajaan negeri dan pengurusan Felda perlu diselaraskan supaya tidak ada ruang kosong berlaku sehingga menimbulkan masalah kepada peneroka."Jadi kalau MPKK bergerak satu hala, JKKR pula bergerak ke arah satu hala yang lain, di situ dia akan tinggalkan satu ruang kosong."Ruang kosong ini kita mahu tiadakan dengan cara kita libatkan MPKK ke dalam JKKR," jelasnya lagi.Justeru, beliau mengharapkan kerjasama itu memberi manfaat kepada kira-kira 7,459 orang peneroka dan 60,000 isi rumah di 21 tanah rancangan Felda seluruh negeri Terengganu.Sementara itu, Mohd Helmi Fahkzan menyokong penuh jalinan kerjasama itu sambil berkata, kedua-dua belah pihak perlu memanfaatkan perkara positif untuk kebaikan peneroka Felda dengan mengenepikan fahaman politik.Terdapat 50 MPKK yang terbabit dengan tanah rancangan Felda dan akan bekerjasama dengan 20 JKKR seluruh negeri Terengganu.
13 Nov 18
81
Terengganu Siap Sedia Hadapi Banjir
Haji Hanafiah Mat.KUALA TERENGGANU, 13 November - Kerajaan Terengganu sudah bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir pada musim tengkujuh tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, jawatankuasa banjir peringkat daerah dan negeri telah ditubuhkan dan semua pihak telah bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.Katanya, persiapan yang dibuat adalah dari aspek kekuatan pegawai dan kakitangan, logistik dan pusat pemindahan serta bekalan makanan.“Setakat ini dari segi material, barang-barang keperluan telah kita hantar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap daerah sebelum diagihkan kepada pusat pemindahan terlibat. “Setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga telah diberikan taklimat dalam memastikan mangsa-mangsa banjir diberi layanan baik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi FB Live Bersama Sinar Harian yang membincangkan tajuk Kerajaan Baharu: Terbelakah Nasib Mangsa Banjir?, hari ini.Menurut beliau, kerajaan negeri juga akan menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir seperti sebelum ini. “Kita akan salurkan seperti biasa selepas menilai segala kerosakan dan sebagainya mengikut prosedur yang telah ditetapkan.“Proses pembayaran juga akan dibuat seberapa segera selepas mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing kerana dalam tempoh ini mereka amat memerlukan bantuan kewangan,” ujarnya.Dalam pada itu, Hanafiah turut menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar peka dengan arahan pihak berkuasa dan segera berpindah apabila diarahkan berbuat demikian.
13 Nov 18
32
Terengganu Sedia Bantuan Banjir - MB
Dr Ahmad Samsuri sedang mengukur baju kanak-kanak dalam Program Back To School.KUALA NERUS, 13 November - Kerajaan Terengganu akan meneliti tahap kerosakan dan kerugian yang dialami mangsa banjir sebelum menyalurkan kadar sumbangan wang tunai. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya tidak mahu menentukan berapa jumlah yang akan diterima sama ada RM500 atau lebih kerana kerugian yang dialami mangsa pastinya tidak sama.Katanya, sebagai contoh, jika mangsa mengalami kerosakan rumah yang agak teruk atau runtuh, sudah tentu nilai RM500 tidak mencukupi. Apa yang pasti mungkin dapat lebih daripada nilai itu.“Setiap perkara akan dinilai dan diteliti oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebelum bantuan diagihkan bagi tujuan mengelak daripada ketidakadilan dalam agihan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Back To School anjuran Epic Berhad, di Mydin Mall, Gong Badak, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman.Seramai 80 murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan anak yatim menerima sumbangan alat tulis, pakaian dan beg sekolah.Mereka turut berpeluang bersarapan di restoran makanan segera dan menonton wayang di Paya Bunga Square. Dr Samsuri turut memberitahu, kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa pihak sudah menubuhkan Jawatankuasa Banjir sebagai persediaan awal berdepan bencana yang akan berlaku pada bila-bila masa.“Setiap agensi telah memainkan peranan masing-masing termasuk mengadakan simulasi banjir, mesyuarat dan perbincangan.“Bagaimanapun, kerajaan negeri berharap dan berdoa agar banjir pada tahun ini dan pada masa akan datang tidak seteruk seperti sebelum ini,” katanya.
13 Nov 18
33
Kerajaan Negeri Sedia Timbang Bajet Tubuh Taska Permata Baharu
Dr. Alias Razak.KUALA NERUS, 13 November - Kerajaan negeri bersedia menimbangkan peruntukan tambahan bagi penubuhan premis baharu Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Keluarga di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sekiranya ada keperluan daripada pihak jabatan berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, perkara itu akan dipertimbangkan kerana permintaan untuk kemudahan taska ini sentiasa meningkat mengikut keperluan semasa dan penubuhannya yang lebih selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan."Permintaan terhadap kemudahan taska akan meningkat dari tahun ke tahun, jadi, dari segi perincian tentang berapa bilangan yang diperlukan mengikut Parlimen, kita serah kepada YPK untuk buat kajian. "Kerajaan negeri sentiasa menyokong Taska Permata Keluarga dan jika ada keperluan kita akan berusaha dapatkan bajet tambahan. Walaupun pendidikan penting tetapi keselamatan lokasi juga sama mustahak," katanya.Dr Alias berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam Taska Permata YPK Kuala Nerus di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab.Seramai 213 kanak-kanak berusia empat tahun daripada sembilan Taska Permata Keluarga di parlimen ini diraikan dalam majlis graduasi itu apabila berjaya menghafaz 23 surah lazim.Sementara itu, beliau turut mengulas keselamatan taska yang mana YPKT mempunyai SOP yang perlu dipatuhi untuk memastikan keselamatan anak-anak yang dihantar ke taska terjamin dalam banyak aspek.Jelasnya, YPKT membuat pemeriksaan berkala mengikut prosedur mereka ke atas taska-taska ini yang merupakan salah satu rutin pihak mereka bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan setakat ini tiada sebarang laporan atau aduan berhubung penganiayaan terhadap kanak-kanak.“YPKT ada menjalankan pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut ke taska-taska bagi memastikan taska yang dikendalikan mematuhi syarat-syarat yang digariskan dalam akta dan peraturan serta kita ada pemantauan dengan CCTV di sesetengah taska.“Guru-guru yang terlatih dan mempunyai kelulusan ijazah merupakan salah satu kriteria dalam pengambilan guru di samping mempunyai minat dalam bidang ini termasuk latihan secara menyeluruh supaya guru-guru ini mempunyai disiplin dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa," ujarnya lagi.Program tradisi tahunan itu secara keseluruhannya disertai seramai 1,170 kanak-kanak di seluruh negeri yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai pengajian al-Quran di samping memupuk minat dan kecintaan dalam usaha membudayakan al-Quran.
13 Nov 18
124
Jawatankuasa Masjid Jangan Kedekut - Ridzuan Hashim
Ridzuan Hashim KUALA NERUS, 13 November - Kerajaan negeri menasihat jawatankuasa masjid di seluruh Terengganu supaya tidak kedekut membelanjakan wang sumbangan orang ramai demi menjaga imej institusi agama itu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berkata, mereka tidak perlu menunggu peruntukan disalurkan dalam menyemarakkan gerak kerja pengimarahan jika wang berkenaan dapat menampung keperluan mewujudkan persekitaran yang selesa kepada jemaah."Secara umumnya kita tidak nafikan, mungkin keadaan itu ada berlaku jadi kita sentiasa ingatkan kepada jawatankuasa masjid supaya memanfaatkan sumbangan orang ramai sebaiknya."Tujuan orang ramai beri duit adalah untuk aktiviti dan sewajarnya digunakan bagi tujuan tersebut. Jangan sesekali merasa bangga dengan jumlah terkumpul sedangkan ia tidak diguna sebagaimana dikehendaki oleh penyumbang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup Program Perjumpaan Bersama Imam, Bilal dan Jawatankuasa Masjid serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, semalam.Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran, Kewangan & Pembangunan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Azhar Jusoh; Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Hampir 2,000 ahli daripada kedua-dua organisasi akar umbi hadir di majlis perjumpaan yang julung kali itu, bagi memperkukuhkan lagi peranan mereka selepas diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan negeri.Menurut Ridzuan, pendekatan sedemikian akan diteruskan termasuk turut merancang untuk mewujudkan pertemuan berskala kecil di peringkat Parlimen selepas ini."Perjumpaan seperti ini sekali gus boleh menghapuskan jurang perbezaan yang boleh meretakkan hubungan di antara mereka dan sebab itu kita akan teruskan pertemuan di peringkat parlimen,"ujarnya lagi.Dalam pada itu, Azhar berkata, isu-isu sosial seperti maksiat misalnya bukan hanya perlu ditangani pihak jabatan agama, sebaliknya menjadi tanggungjawab seluruh anggota masyarakat untuk bersama-sama menyalurkan maklumat."Peranan semua pihak ini dapat membantu JHEAT dalam merangka satu pelan tindakan yang lebih baik supaya apa jua aktiviti akan dapat kita manfaatkan ke arah kesejahteraan rakyat Terengganu," katanya.
12 Nov 18
229
Rakyat Perlu Dapat Semula Hak Mereka
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 13 November - Kerajaan negeri akan memastikan kebajikan rakyat terlaksana dengan sebaik mungkin tanpa ada golongan yang tercicir daripada mendapat manfaat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, kepimpinan negeri masa kini beriltizam untuk memastikan rakyat mendapat kembali hak mereka yang tidak diperolehi ketika kerajaan sebelum ini."Walaupun projek ini dimulakan oleh kerajaan sebelumnya, tapi kita (kerajaan negeri) teruskan untuk baiki (rumah) supaya disegerakan untuk rakyat mendiami rumah tersebut," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Jalan Pusara, Kampung Gelugor, Kerteh, di sini, semalam.Turut hadir, Ketua Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Nazwawi,Tuan Penghulu Mukim Kerteh, Abdul Ghafar Mohamad, Ketua Balai Polis Kerteh, Inspektor Mohd Azuan Abdul Aziz, Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kemasik serta lima peserta dan wakil rumah PPRT di Kampung Gelugor.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut memberi peringatan kepada lima orang penerima rumah berkenaan supaya sentiasa memanjat kesyukuran kerana mampu menikmati kemudahan itu."Majlis Pengurusan Komuniti Kampung adalah wakil ADUN di setiap kampung dan harapan kita dapat merealisasikan Terengganu sebagai negeri yang maju, berkat dan sejahtera," tambahnya.
12 Nov 18
251
MB Terengganu Beri Inspirasi Hari Pertama SPM & STPM
Dr Ahmad Samsuri (tengah) beramah mesra dengan calon SPM dan STPM 2018. Foto - Hishamuddin AbdullahMARANG, 13 November - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang hari ini bertemu dan memberi semangat kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) 2018.Beliau mengharapkan supaya calon-calon SPM dan STPM di seluruh Malaysia dan Terengganu khususnya dapat menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang dan tenteram."Yakinlah anak-anak semua pada diri sendiri, jangan lemah semangat dan berdoalah kepada Allah SWT agar dapat menjawab soalan dengan sempurna dan tepat."Hari ini adalah permulaan untuk perjalanan yang masih panjang. Dengan jiwa muda yang ada, kamu mesti bersemangat untuk capai yang terbaik."Segala kerja kuat, tak tidur malam akan dibayar bermula hari ini. Kalau rasa 'blank', tarik nafas dan selawat supaya dikuatkan ingatan insya-Allah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan calon-calon SPM dan STPM 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, hari ini.Dalam tumpuan sama, Dr Samsuri sempat memberi nasihat agar menjaga kesihatan, makan minum dan keselamatan masing-masing."Elakkan bermain di tempat berisiko dan berbahaya, lebih-lebih lagi pada waktu kritikal musim tengkujuh ini."Tidak lupa kepada guru-guru, saya hargai sokongan yang diberikan dengan pelbagai cara diusahakan demi kecemerlangan pelajar. Bahkan kepada ibu bapa yang banyak berkorban untuk kejayaan anak-anak."Insya-Allah, kita harapkan Terengganu akan kekal cemerlang," tambahnya.Seramai 212 corang murid Tingkatan 5 SMK Tengku Lela Segara menduduki peperiksaan SPM bermula pada hari ini.Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang percubaan SPM 2018 SMK Tengku Lela Segara.Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan bermula hari ini hingga 13 Disember ini.Seramai 19,624 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Terengganu.Berdasarkan angka itu, sejumlah 17,808 calon adalah pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.Selain itu, 740 calon adalah dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), 58 calon sekolah menengah agama negeri, 126 calon swasta dan 892 calon persendirian.Sehubungan itu, seramai 1,303 petugas peperiksaan ditempatkan di 168 pusat peperiksaan bagi membantu mengendalikan calon SPM.Seramai 2,367 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga akan mula menduduki peperiksaan esok di 44 pusat peperiksaan membabitkan 393 petugas peperiksaan.Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu, Haji Matsor Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohd Adnan Salleh, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Roslan Ngah dan Pengetua, Mat Zulddin Jusoh.
12 Nov 18
793