Artikel "Utama" Terkini
Perutusan Khas MB Terengganu Sempena Maulidur Rasul 2018/1440H
Contohi Peribadi Rasulullah SAW, Terengganu Terapkan Kebajikan dan Keamanan12 Rabi’ul Awwal adalah hari yang amat istimewa dalam sejarah Islam. Rasulullah SAW dilahirkan membawa rahmat ke seluruh alam sebagai contoh teladan kepada umat manusia. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW seharusnya memperingati kelahiran Rasulullah SAW.Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’, kita harus mencontohi kepimpinan dan peribadi Baginda SAW sebagai asas pewujudan negara madani.Rasulullah SAW telah berjaya memimpin sebuah negara Islam pertama yang digeruni dan dihormati pada ketika itu. Kebajikan rakyat dan keamanan negara terjamin dengan gagasan kesejahteraan berlandaskan syariat yang dibawa oleh Baginda SAW.Dalam konteks hari ini, kepimpinan sebeginilah yang ingin diterapkan dalam pentadbiran Negeri Terengganu di mana kebajikan rakyat dan keamanan negeri menjadi keutamaan. Pada masa yang sama, patuh kepada syariat serta berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.Bersempena dengan Maulidur Rasul tahun ini, saya menyeru semua rakyat Terengganu untuk sama-sama menghayati pengorbanan Baginda Rasulullah SAW dalam memastikan Islam sampai kepada kita hari ini. Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menambahkan lagi kecintaan kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW.Salam Maulidur Rasul 1440 Hijrah.Sekian.‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu19 November 2018
18 Nov 18
563
Kerajaan Negeri Komited Majukan Taman Eco-Rimba
HULU TERENGGANU, 18 November -Kerajaan Terengganu akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar bagi memajukan produk pelancongan berasaskan eko-rimba bagi menaik taraf dan menyelenggara taman berkenaan pada tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ariffin Deraman berkata, peruntukan ini bagi memulihkan taman eco-rimba supaya lebih menarik, tersusun rapi dan mampu menjadi tarikan lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.Jelasnya lagi, bila penaiktarafan ini dibuat, taman eco-rimba lebih menarik dan pelancong akan datang lebih ramai dan seterusnya mampu menjana sumber kewangan negeri."Buat masa sekarang, kita ada memfokuskan enam taman eco-rimba yang merupakan produk pelancongan utama negeri yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri berpotensi dengan dibuktikan peningkatan pelancong di enam kawasan berkenaan."Ia termasuk Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu; Lata Tembakah dan Belantan, Besut; Air Terjun Chemerong dan Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun serta Air Terjun Menderu, Kertih."Saya juga telah meminta pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) kemukakan perancangan segera untuk tambahan peruntukan apabila dimaklumkan jumlah yang diterima jabatan untuk mengurus dan menyelenggara setiap taman adalah sekitar RM20,000 setahun dan ia agak kecil," katanya.Ariffin Deraman.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas lawatan kerja ke Taman Eko Rimba, Sekayu, Hulu Terengganu, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Fadzil Abdul Majid.Ahmad Fadzil Sementara itu, Ahmad Fadzil berkata, jabatannya kini dalam proses menyiapkan Pelan Rancangan Pembangunan Hutan Lipur untuk dibentangkan pada tahun hadapan bagi permohonan tambahan peruntukan."Antara kandungannya ialah rancangan pembangunan yang lebih menyeluruh, tersusun dan sistematik bagi melonjakkan pelancongan eko-rimba," ujarnya.
18 Nov 18
343
Terengganu Bangun Makmal Kualiti Madu Pertama Di Pantai Timur
Dr. Azman melihat proses ujian menggunakan mesin HPLC.KUALA NERUS, 18 November - Kerajaan Terengganu menerusi Jabatan Pertanian Negeri bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membangunkan makmal untuk menguji ketulenan madu yang dihasilkan termasuk madu yang diternak atau madu yang dikutip daripada lebah liar.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata, banyak madu yang dijual di pasaran bukan madu yang tulen bermakna terdapat campuran gula."Industri madu adalah tumpuan baru negeri yang boleh menjana ekonomi rakyat dan negeri. Cuma, isunya ialah tahap ketulenan madu yang dihasilkan di pasaran."Sebelum ini, kita tidak memiliki satu alat moden untuk mengukur ketulenan produk secara saintifik. "Alhamdulillah, dengan biaya kerajaan negeri dan disokong kepakaran UMT, kita berjaya wujudkan makmal ini yang pertama di pantai timur," katanya ketika melawat Makmal Kualiti Madu Pantai Timur di Kampus Utama UMT Gong Badak, hari ini.Terengganu mampu bangun standard khusus untuk industri madu.Makmal bernilai RM420,000 itu memiliki mesin High Performance Liquid Chroatograph (HPLC) yang hanya memerlukan 100 gram sampel madu untuk menilai ketulenan kandungannya.Beliau menjelaskan dengan kemudahan yang ada, proses ujian itu akan dijenamakan sebagai satu standard khusus secara berperingkat."Kita akan bermula daripada proses mendapatkan akreditasi sehingga memperoleh satu pensijilan rasmi. Dijangkakan ia akan selesai pada tahun hadapan," katanya."Makmal ini akan dibuka kepada pengusaha madu dengan harga yang belum ditentukan dan kami akan memastikan harganya lebih rendah daripada ujian untuk kormesial," katanya.Industri madu lebah mampu jana ekonomi rakyat dan negeri.Pengurus makmal, Azmi Ismun menjelaskan, proses ujian mengambil masa 15 hari bekerja daripada peringkat awal sehingga keputusan dikeluarkan.UMT dijangkakan akan mula menerima sampel pertamanya pada penghujung tahun ini.Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, Profesor Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak.
17 Nov 18
471
Madrasah Darul Bayan Terengganu Terbaik UPSRI
Ustaz Mohd Nor menyerahkan keputusan kepada Nur Ainun Sofia Muhammad Ainuddin yang dinobatkan pelajar terbaik UPSRI 2018 di Madrasah Darul Bayan, hari ini DUNGUN, 18 November - Madrasah Darul Bayan (Sekolah Rendah Islam Darul Bayan) di Paka muncul sekolah terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) 2018 yang diumumkan hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, peperiksaan UPSRI adalah diwajibkan kepada pelajar Tahun 5 bagi Sekolah Rendah Islam (Dar) di bawah seliaan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu.Menurut beliau, seramai 576 calon mengambil UPSRI pada tahun ini di tujuh buah madrasah di Terengganu dan tiga di Melaka.“Peperiksaan ini dilaksanakan untuk pelajar Tahun 5 sebagai penilaian awal khususnya mengenai pengajian Islam sebelum mereka ini berhadapan dengan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika meningkat ke Tahun 6.“Keseluruhan Madrasah Dar yang ada di Terengganu sebanyak 11 buah tetapi pelajarnya yang mengambil peperiksaan UPSRI hanya tujuh buah kerana baki empat buah lagi pelajarnya belum menjangkau ke Tahun 5, ada yang baru buka dan sebagainya.“Madrasah Dar di Melaka juga turut sama menerima kurikulum yang kita susun dan terdapat calon yang menduduki UPSRI,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Keputusan UPSRI 2018 di Madrasah Darul Bayan, Paka, hari ini.Menurut beliau, secara keseluruhan seramai 27 pelajar berjaya memperoleh keputusan terbaik dengan mendapat 10A hingga 13A.Katanya, daripada jumlah itu, seramai tujuh orang mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 13A iaitu masing-masing dua pelajar dari Madrasah Darul Bayan, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin, Madrasah Darul Iman Bukit Payong dan seorang lagi dari Madrasah Darul Taqwa Batu Enam, Kuala Terengganu.“Selain itu, pelajar yang mendapat 12A terdiri daripada tiga pelajar Madrasah Darul Bayan, Madrasah Darul Iman Bukit Payong (2) dan seorang pelajar Darul Ehsan, Kubang Lembek Kuala Terengganu. “Pelajar yang mendapat 11A pula seramai tujuh orang iaitu seorang dari Madrasah Darul Taqwa Batu Enam Kuala Terengganu, Madrasah Darul Taqwa Kemaman (2) dan Madrasah Darul Iman Bukit Payong (4).“Dan yang mendapat 10A seorang daripada Madrasah Darussalam Losong Kuala Terengganu, Madrasah Darul Taqwa Batu Enam Kuala Terengganu (2) dan Madrasah Darul Iman Bukit Payong (4),” ujarnya.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan Madrasah Darul Bayan atas kecemerlangan dan pencapaian yang diperoleh.“Semoga keputusan UPSRI pada tahun ini menjadi pencetus semangat dan menjadi kayu ukur untuk pelajar-pelajar lebih berusaha pada masa akan datang, tahniah kepada semua calon yang terlibat.“Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan saya kepada guru-guru dan juga warga kerja yang terlibat dalam menjayakan UPSRI pada tahun ini,” katanya.Nur Ainun Sofia Muhammad Ainuddin yang memperoleh 13A dari Madrasah Darul Bayan dinobatkan sebagai pelajar terbaik UPSRI.
17 Nov 18
1969
Ramai Tidak Tahu Jaga Persekitaran Rumah
ADUN Bandar, Ustaz Ahmad Shah bersama Ustaz Wan Sukairi di Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Seberang Baruh, di sini, semalam. Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU , 18 November - Masih ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak menjaga kebersihan persekitaran rumah sehingga berisiko menyumbang kepada penularan wabak denggi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed.Menurutnya, banyak rumah yang dikunjungi dalam operasi gotong-royong bersama jabatan kesihatan, semalam berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan penularan kes demam denggi dalam masyarakat."Rumah yang disewa bukanlah alasan untuk anda tidak menjaga kebersihan kerana sebagai adab berjiran yang baik, kebersihan perlu dititikberatkan," katanya ketika merasmikan Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Seberang Baruh, di sini, semalam. Turut hadir merasmikan program itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Ahmad Shah juga menyeru agar semua dapat bekerjasama dalam membersih dan menjaga persekitaran rumah masing-masing supaya kehidupan lebih terjamin dan sihat tanpa sebarang penyakit berjangkit yang memudaratkan orang ramai.
17 Nov 18
50
Belanjawan 2019 Tidak Adil Untuk Institusi Pendidikan Agama
Ahmad Amzad ketika berucap di Majlis Ihtifal Al-Baghdadi Playtime Centre, di Grand Puteri Hotel, semalam.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 18 November – Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Parlimen oleh Menteri Kewangan, Lin Guang Eng, baru-baru ini disifatkan tidak seimbang dan tidak adil apabila memperuntukkan perbelanjaan untuk sekolah agama dan tahfiz sama dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyifatkan belanjawan itu tidak dilaksanakan secara berhemah apabila menyediakan peruntukan sama sedangkan sekolah tahfiz dan agama lebih banyak serta memerlukan perbelanjaan yang lebih besar bagi menampung kekurangan dari pelbagai aspek.“Belanjawan yang telah dikemukakan baru-baru ini di peringkat Parlimen adalah belanjawan yang sangat tidak seimbang. Sekolah Cina dapat peruntukan RM50 juta, manakala sekolah agama dan tahfiz juga dapat RM50 juta.“Jadi jumlah ini dibahagi sekata kepada semua sekolah-sekolah tersebut, sedangkan bilangan sekolah agama dan tahfiz jauh lebih banyak dari sekolah Cina, jadi jumlah belanjawan untuk setiap tahfiz jauh lebih sikit dari setiap Cina. Adilkah begitu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ihtifal Al-Baghdadi Playtime Centre, di Grand Puteri Hotel, di sini, semalam.Ahmad Amzad berkata, jumlah yang kecil kepada sekolah agama dan tahfiz itu akan membantutkan usaha pembangunan yang mahu dilaksanakan untuk memperkasakan institusi pendidikan agama dan Islam dalam negara.Antara peruntukan yang diumumkan Guan Eng adalah RM50 juta untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), SJKC (RM50 juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (RM50 juta), Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (RM50 juta), Sekolah Mubaligh (RM50 juta), Sekolah Tahfiz (RM50 juta) dan Sekolah Pondok yang berdaftar (RM25 juta).
17 Nov 18
83
MPKK Tok Dir Muafakat Hadapi Musim Banjir
Oleh : Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU, 16 November - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Dir, Bukit Payung mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong membersih dan menambah baik persekitaran kampung bagi menghadali musim tengkujuh.Penduduk bekerjasama membaik pulih dengan menambun dan membina jalan tar bagi memastikan air tidak bertakung yang akan menyekat laluan apabila tiba musim hujan.Selain itu, penduduk kampung menebas semak-samun di sekitar jalan kampung bagi melancarkan aliran kederaan terutama apabila bertembung dari dua arah.Di samping itu, pokok besar yang berisiko tumbang juga ditebang bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku terutama ketika ribut dan angin kencang.Gotong-royong turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan penduduk kampung .“Saya bersyukur apabila melihat pagi ini, semua lapisan masyarakat penduduk Kampung Tok Dir turun bergotong royong membersih jalan kampung yang sempit bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung.Beliau yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengucapkan terima kasih kepada MPKK Tok Dir dengan usaha murni menganjur aktiviti yang turut dibantu warga setempat itu.
17 Nov 18
344
Graduan Perlu Bijak Gunakan Media Baharu - Sultanah Terengganu
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan merasmikan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-10 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Al-Muktafi Bilal Shah, hari ini.KUALA NERUS, 17 November - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini mengingatkan graduan supaya memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah gejala sosial dan masalah moral tidak sihat yang kian menular dalam masyarakat.Baginda bertitah, semua gejala itu mempunyai kesan negatif dalam usaha membangunkan masyarakat madani dan menaruh kepercayaan kepada graduan untuk memainkan peranan menangani penularan gejala sosial itu."Beta memandang serius terhadap gejala sosial dan masalah moral tidak sihat yang kian menular termasuk dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi."Pada masa kini, penggunaan media baharu juga dilihat telah berkembang dengan pesat dan begitu pantas. Para graduan perlu bijak menggunakan media baharu demi kebaikan ummah."Malahan setiap isu dan perkara baharu yang diterima perlu dinilai secara objektif. Hal ini dapat mengukuhkan jati diri para graduan yang berpendidikan tinggi sebagai contoh kepada masyarakat," titah baginda ketika merasmikan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-10 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Al-Muktafi Bilal Shah, di sini, hari ini.Turut berkenan berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' A. Rahman Yahya; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah universiti, Prof. Emeritus, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA bertitah, graduan dinasihatkan meneruskan jiwa kesukarelawan yang sememangnya telah dipupuk sepanjang berada di UniSZA."Jadilah insan yang dinamik dalam usaha membantu masyarakat di luar sana.Semarakkan budaya ilmu dalam kehidupan masyarakat, bantulah mereka dengan ilmu agar dapat terus hidup mendepani cabaran masa kini."UniSZA bukan sebuah institusi yang melahirkan graduan seperti robot yang dipasarkan semata-mata mengikut kepentingan pihak industri, tetapi demi memenuhi keperluan dan harapan semua pemegang taruh," titah baginda.Seramai 2,359 graduan UniSZA diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula hari ini.Daripada jumlah itu, seramai 65 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (134), sarjana muda (1,641) dan diploma (999).Majlis konvokesyen kali ini turut meraikan kumpulan graduan sulung bagi tiga program baharu iaitu, Sarjana Muda Sains Komputer (Komputer Internet), Sarjana Muda Kerja Sosial dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan.
17 Nov 18
337
UniSZA Rai 2,359 Graduan Sempena Konvokesyen Kali Ke 10
Sebahagian graduan yang menerima ijazah sempena Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.KUALA NERUS, 17 November - Seramai 2,359 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula hari ini.Daripada jumlah itu, seramai 65 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (134), sarjana muda (1,641) dan diploma (999).Istiadat pembukaan majlis berkenaan disempurnakan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA.Turut berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Hadir sama, Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.Dalam majlis konvokesyen kali ini, UniSZA menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Al Quran kepada Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad iaitu Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur yang berasal dari Padang Pulut, Dungun, Terengganu sebagai penghargaan di atas sumbangan beliau.Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul oleh dua orang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Muhamad Amir Zainudin, 24, dan Ong Ying Qian, 24, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Dietetics.Wai Ga Yam, 24, pula meraih Anugerah Malaysian Institute of Food Technology (MIFT) manakala Muhammad Izzul Faiz Japri, 23 (Anugerah Alumni Teknologi Makanan) bagi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan.
16 Nov 18
2018
Sultan Mizan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam UniSZA
Sultan Mizan (tengah) mencemar duli, berangkat ke Majlis Santapan Malam UniSZA di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU, 17 November - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Sultanah Nur Zahirah mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Primula Beach Hotel di sini semalam. Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja kepada dua pelajar UniSZA termasuk Muhammad Amir Zainuddin dan Ong Yin Qian di majlis tersebut.Kedua-dua pelajar berkenaan masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM7,500 beserta sijil dan pingat bersadur emas, sumbangan dari Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri. Sultanah Nur Zahirah turut berkenan menerima tiga sumbangan wakaf bagi pihak UniSZA termasuk Wakaf Tanah Majlis Daerah Besut (MDB), Wakaf Peralatan Produksi TV dan Wakaf Peralatan Dobi Layan Diri.Sultanah Nur Zahirah (dua dari kiri ) berkenan menyampaikan Anugerah Diraja kepada Muhamad Amir (tiga dari kanan).Penyumbang ketiga-tiga wakaf tersebut masing-masing terdiri dari MDB, Karya Bestari Sdn Bhd dan Warga Pelajar UniSZA dan Pejabat Wakaf dan Infaq. Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan Isteri, Hajah Zarani Othman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ab Rahman Yahya dan Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi A Latif. Sementara itu, Pengarah Pejabat Wakaf dan Infaq UniSZA , Prof Dr Ahmad Azrin Adnan dalam satu kenyataan media berkata, tanah yang diwakafkan oleh MDB dirancang untuk dibangunkan rumah kediaman yang disasarkan kepada warga Kampus Besut dan komuniti.Sultanah Nur Zahirah berkenan menerima sumbangan Wakaf Peralatan TV UniSZA."Hasil penjualan manfaat ini akan diagihkan bersama UniSZA dan MDB. "Jawatankuasa Pembangunan Tanah MDB yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UniSZA akan dibentuk bagi mengawal selia inisiatif ini," jelasnya. Menurutnya, dalam usaha melahirkan bakat patuh syariah dalam bidang penyiaran, Pusat Seni dan Warisan (PSW), Unit Media Kreatif Pusat Teknologi Maklumat ( PTM) dan Bahasa dan Komunikasi (FBK) berkolaborasi membangunkan Pusat Produksi TV. "Pusat ini bakal dijadikan makmal bagi dua program Ijazah Sarjana Muda di bawah FBK yang memfokuskan media dan komunikasi, " ujarnya. Dalam pada itu Dr Ahmad Azrin berkata, keperluan mewujudkan Dobi Layan Diri diperoleh daripada maklum balas pelajar. "Untuk itu, Pejabat TNC HEPA telah menggerakkan inisiatif mengumpul RM5 bagi setiap pelajar."Dengan bilangan 10,000 orang pelajar, sebanyak RM50,000 diperoleh. "Sementara Pejabat Wakaf dan Infaq pula menyumbang RM50,000," jelas beliau lagi. Jumlah keseluruhan RM100,000 ini katanya, akan membolehkan fasiliti itu diwujudkan. Menurut beliau keuntungan bersih yang diperoleh akan diagihkan kepada persatuan pelajar, pelajar B40 dalam bentuk kupon makanan, kos penyelengaraan dan tabung wakaf UniSZA. Selain itu katanya, peralatan yang di peroleh menerusi mekanisme wakaf itu membantu pengguna menggerakkan tetikus komputer dengan hanya mengerakkan matanya. Pengguna pertama merupakan pelajar Orang Kurang Upaya (0KU) UniSZA yang mengalami kesukaran menggerakkan tangannya.
16 Nov 18
685