Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Bakal Perkenal Pinjaman Syarie Usahawan Tani
Dr. Azman Ibrahim.Oleh : Aziz HambaliMARANG, 21 November - Kerajaan negeri bakal memperkenalkan bantuan khas berkonsepkan Islam menerusi pinjaman tanpa faedah dikenali sebagai Skim Bantuan Tani khusus untuk rakyat yang menceburi dalam industri pertanian bermula tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, Skim Bantuan Tani ini adalah satu skim bantuan yang akan dijadikan sebagai satu sumber dana untuk membiayai rakyat yang menceburi empat sektor utama iaitu pertanian, penternakan, perikanan dan industri asas tani dalam bentuk pinjaman tanpa faedah yang diuruskan oleh pihak Lembaga Pertubuhan Peladang.Katanya, jumlah dana yang akan disuntik ke dalam skim bantuan tani berkenaan akan diumumkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam bajet pada 25 November ini."Usahawan tani yang berhasrat memajukan bidang pertanian diseru rebut peluang ini dengan membuat permohonan mulai tahun depan, tetapi perlu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang akan ditentukan pihak jawatankuasa skim bantuan."Dari segi kelulusan skim bantuan tani ini, jawatankuasa induk skim bantuan yang dipengerusikan exco pertanian sendiri akan menimbang dari segi permohonan dengan turun ke lapangan untuk melihat segala aspek," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Majlis Dialog bersama Exco Pertanian bertempat di Dewan Semarak Pantai Kelulut, dekat sini, semalam. Turut hadir dalam majlis tersebut, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Wahad Osman.Mengulas lebih lanjut mengenai syarat skim bantuan tersebut, ianya bergantung kepada apa yang pemohon hendak usahakan dan jawatankuasa induk bersama panel akan turun ke lapangan bagi menilai sesuatu projek yang hendak diusahakan manakala satu tempoh akan diberikan kepada pemohon, bergantung pada industri apa yang hendak ceburi untuk mereka mula membayar.Menurutnya, ada industri yang mungkin selepas tiga hingga enam bulan perlu bayar, ataupun akan pertimbangkan tempoh yang lama dan apa yang penting, kita tidak mahu bebankan peminjam seperti buat pinjaman hari ini, bulan depan terus kena bayar dalam masa yang sama mereka sedangkan belum mendapat sebarang hasil daripada apa yang hendak diusahakan."Yang paling utama sekali, kita hendak supaya halangan-halangan rakyat kita untuk bekerja itu kita cuba permudahkan. Itulah matlamat kita sebab kerajaan tidak mengambil kira untung rugi nak bantu rakyat, apa yang kita hendak biar rakyat yang untung.“Isu rakyat kita yang hendak memulakan industri tetapi mereka kekurangan modal maka kerajaan perlu mempunyai satu alternatif. Kalau rakyat ini hendak membuat pinjaman bank tentu sekali mereka terikat dengan syarat-syarat ketat pinjaman bank, kadar faedah, cagaran dan sebagainya yang di luar dari kemampuan sebahagian besar daripada rakyat kita," ujarnya.
20 Nov 18
76
SMAASZA Terengganu Diiktiraf Antarabangsa
Rombongan SMAASZA pulang dari Zagreb, Croatia dengan lima enugerah antarabangsa. Dato' Tengku Hassan (tiga dari kiri) menyambut kepulangan mereka di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus semalam.KUALA NERUS, 21 November - Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Kuala Terengganu, muncul sekolah terbaik dan bertaraf dunia di Pertunjukan Reka Cipta Antarabangsa (International Invention Show-INOVA) Ke 43 di Zagreb Fair, Croatia baru-baru ini.SMAASZA mendapat lima anugerah kecemerlangan termasuk anugerah terbesar iaitu Rekacipta Terbaik Asia (Best Invention Of Asia) untuk produk P' Amary di samping satu pingat emas, masing-masing untuk produk 'P' Amary' dan 'Smart Eazer'.Kedua-dua produk tersebut juga menerima Anugerah Istimewa (Special Award) dari World Invention Intellectual Property Association (WIIPA) dan JSC NIIAS, Russian Railways.Serentak itu, Kerajaan Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan cemerlang yang dicapai oleh pelajar dan guru sekolah tersebut."Tahniah atas pencapaian cemerlang warga SMAASZA," - Dato' Tengku Hassan.Ucapan berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar ketika menyambut kepulangan rombongan sekolah tersebut di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini semalam.Mereka terdiri dari tiga pelajar termasuk Ahmad Fakhrul Ismail, 16, Ahmad Aliuddin Zulkifli, 16 dan Wan Wadhihah Nadhirah Faisal, 13, serta dua guru pengiring termasuk Saripah Embong dan Zawiah Dollah.Turut menyambut ketibaan mereka ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah dan Pengajian Tinggi, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Safruddin Haji Ali Hussin.Dato' Tengku Hassan (dua dari kiri) dan Haji Safruddin menyambut ketibaan anggota rombongan SMAASZA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus semalam.Menceritakan lebih lanjut latar belakang kejayaan sekolah berkenaan Dato' Tengku Hassan berkata, kisahnya bermula apabila guru dan pelajar berkenaan berhasrat untuk menyertai pertandingan INOVA yang disifatkan sebagai bertaraf dunia itu."Saya telah sampaikan hasrat mereka untuk menyertai pertandingan tersebut dengan pembiayaan kerajaan negeri kepada Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Lalu Menteri Besar terus segera meluluskan satu peruntukan khas untuk mereka ke sana," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang berkata, sebelum ini, mereka telah banyak menyertai pertandingan dalam negeri tetapi keperluan mereka tidak dimaklumkan kepada kerajaan.Tiga pelajar SMAASZA menunjukkan anugerah antarabangsa di pertandingan INOVA di Zagreb, Croatia.Apabila dimaklumkan tambahnya, kerajaan segera menyediakan peruntukan kewangan bagi membolehkan rombongan sekolah tersebut di hantar ke Zagreb, Croatia."Mereka ini sebenarnya telah banyak mendapat anugerah berbentuk pingat emas di banyak pertandingan di dalam dan di luar negara sebelum daripada ini."Jadi kerajaan amat berbesar hati untuk membantu mereka agar kecemerlangan itu lebih bersemarak lagi dan memberi impak yang baik kepada negara dan negeri Terengganu sendiri," ujarnya.Sementara itu berhubung dengan dua produk dipertandingkan itu, beliau menjelaskan bahawa 'P' Amary' merupakan produk kesihatan berasaskan minyak sawit untuk merawat penyakit kulit, anti bakteria, kulat dan penghalau serangga.Manakala Smart Eazer pula merupakan produk pencuci, boleh digunakan untuk mencuci pakaian dan sebagainya."Kedua-dua produk ini merupakan produk yang cukup baik dan insya-Allah kita (kerajaan) akan mengadakan perbincangan untuk membolehkan produk tersebut di'patten'kan sekaligus dikomersialkan," jelasnya lagi.
20 Nov 18
1639
Terengganu Sambut 55 Bayi Maulidur Rasul
Dr Ahmad Samsuri memangku bayi Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul hari ini.KUALA TERENGGANU, 20 November - Seramai 55 bayi Maulidur Rasul dilahirkan di seluruh Negeri Terengganu, membabitkan masing-masing 30 bayi lelaki dan 25 bayi perempuan bermula pada jam 7.00 malam tadi hingga 3:30 petang hari ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri turut bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada ibu-ibu yang melahirkan anak.Katanya, ianya sedikit sebanyak menggambarkan demografi yang ada dalam negeri."Di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sendiri mencatat kelahiran tertinggi seramai 36 bayi membabitkan 19 lelaki dan 17 perempuan, Kemaman 12 orang, Besut 4 orang, Dungun 2 orang dan Setiu seorang."Kita mengambil peluang ini sempena menyambut tarikh kelahiran Rasulullah SAW dengan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Moga-moga bayi yang dilahirkan serta keluarga berada dalam keadaan sihat," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program "Permata Maulidur Rasul 1440H/ 2018M" Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi, HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam tumpuan lain, Dr Samsuri memberitahu, kerajaan negeri akan meneruskan insentif sedia ada iaitu memberi sagu hati sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran bayi di Terengganu di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).Turut hadir meraikan sambutan bayi Maulidur Rasul ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Haji Mohammad Jusoh serta isteri dif-dif kehormat.
20 Nov 18
145
Sultan Mizan Titah Rakyat Pelajari Sirah, Contohi Rasulullah
Tuanku Mizan mahu rakyat contohi Rasulullah dan generasi sahabat.KUALA TERENGGANU, 20 November - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah kepada rakyat negeri supaya mempelajari sirah Rasulullah SAW dan menjadikan baginda sebagai contoh teladan yang perlu diikuti."Sejak akhir-akhir ini, gejala ajaran sesat dan masalah sosial semakin membarah dalam sendi masyarakat Islam. "Semuanya berpunca daripada ketipisan iman dalam jiwa sanubari setiap Muslim terhadap ajaran Islam."Rasulullah SAW dan para sahabat RA merupakan contoh terbaik dalam hal ini. Mereka memiliki akidah yang kental, ibadah yang konsisten dan akhlak yang terbilang sehingga mereka muncul sebagai generasi terbaik dan cemerlang dalam segala lapangan hidup."Sehubungan itu, untuk memartabatkan kembali maruah dan imej umat Islam, setiap Muslim sewajarnya mempelajari sirah Rasulullah SAW, memahaminya, menghayatinya dan juga menterjemahkannya dalam realiti kehidupan semasa kerana Islam itu merupakan cara hidup yang menyeluruh."Islam itu mudah dan senang difahami, dihayati dan diamalkan sesuai dengan fitrah manusia," titah baginda.Sultan Mizan berkenan menyampaikan hadiah kepada Datuk Bandar MBKT dengan diperhatikan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri. Sultan Mizan berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan berangkat hadir bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.Tuanku turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Perarakan Terbaik Maulidur Rasul, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta sijil.
19 Nov 18
100
Tidak Beragama Samaratakan Agama
"Tak boleh samaratakan Islam dengan agama lain ." - Tuan Guru Haji Abdul HadiKUALA TERENGGANU, 20 November - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam wajib menentang ICERD kerana dasar kesamarataannya yang tidak adil termasuk menyamaratakan Islam dengan agama lain.Orang yang melakukan perbuatan tersebut disifatkannya sebagai tidak beragama.Beliau berkata, ICERD ialah satu fahaman yang dibawa oleh barat supaya memberi hak samarata antara kaum kononnya untuk menegakkan keadilan."Kita kena faham bahawa maksud adil itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, " katanya.Tuan Guru Haji Abdul Hadi (kanan) menyampaikan tausiyahnya di Masjid Abidin Kuala Terengganu semalamSebagai contoh ibu bapa yang ada anak 10 orang, tidak sama dengan ibu bapa yang mempunyai anak tiga orang."Tak boleh atas dasar sama rata menyamakan pembahagian (nafkah dan lain-lain) antara kedua-duanya."Mesti dibezakan antara kedua jenis ibu bapa itu," jelas beliau.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tausiyah sempena Majlis Ambang Maulidul Rasul di Masjid Abidin di sini semalam.Dr Ahmad Samsuri bersalaman dengan orang ramai di Masjid Abidin Kuala Terengganu semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Exco-exco Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed.Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, orang Islam bumiputera di negara ini dalam keadaan ketinggalan, diatur oleh penjajah Inggeris dahulu.Katanya, orang bukan Islam diletak di bandar, manakala orang Islam diletak di pinggir bandar, di kampung dan di kawasan pendalaman.Menurut beliau, orang bukan Islam di bandar menguasai perniagaan dan pelabuhan manakala orang Islam banyak yang miskin dan kemudahan pelajarannya lemah."Orang Islam telah diberi hak tidak adil oleh penjajah kerana mereka disisih sejak dahulu untuk menguasai bandar dan ekonomi negara."Justeru ICERD wajib ditentang kerana menjadikan kedudukan agama Islam sama dengan agama-agama lain, " tegasnya.Orang Islam katanya, tidak boleh menyifatkan Islam sama dengan agama lain kerana orang yang menyifatkan demikian tidak beragama.Menurut beliau, orang Islam wajib menjaga sempadan termasuk tidak menyamakan Islam dengan agama lain."Nak perjuangkan persamaan hak sehingga menganggap Islam sama dengan agama lain, ini tidak betul kerana orang menyamaratakan Islam dengan agama lain sebenarnya dia tidak beragama," tegasnya lagi.
19 Nov 18
138
MB Terengganu Ketuai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri
Dr. Samsuri mengetuai perarakan Maulidur Rasul.KUALA TERENGGANU, 20 November - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu menjadi tradisi saban tahun dan disambut meriah dengan penglibatan segenap lapisan masyarakat.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi barisan kepimpinan negeri mengetuai perarakan sejauh 2.4 kilometer (km) dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin dan Bulatan Ladang.Perarakan itu disertai 63 pasukan dengan 1,500 peserta terdiri daripada jabatan kerajaan Persekutuan dan badan berkanun, jabatan kerajaan negeri serta badan berkanun negeri yang mengalunkan selawat sepanjang jalan.Perarakan itu berakhir di Stadium Negeri bagi upacara perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Baginda tuanku turut berkenan menyampaikan hadiah buat pemenang perarakan terbaik dan pertandingan- pertandingan yang diadakan sepanjang pra-sambutan Maulidur Rasul.Hujan tidak merencatkan kemeriahan perarakan.Perarakan terbaik kategori Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri dimenangi oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta sijil.Bagi kategori Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Persekutuan dimenangi Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu.Manakala, kategori Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Kuala Terengganu.Pertandingan Musafir Maulid yang julung kali diadakan dimenangi oleh Muhammad Muaz Anuar dari Dungun bagi kategori kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan Mat Zakie Mat Yeh dari Besut (kategori motosikal).Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 beserta sijil penghargaan.
19 Nov 18
497
Kakitangan i-MiTS Main Peranan Penting Sebar Maklumat Dasar Kerajaan Kepada Rakyat
Foto - Shaharulhafizi Shamsudin.KUALA TERENGGANU, 19 November - Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, mereka yang dilantik selepas PAS menerima mandat memerintah negeri ini juga perlu bertindak sebagai mata, telinga dan mulut kerajaan.“Selain menjadi pelaksana kepada agenda kerajaan, kakitangan i-MiTS adalah mata dan telinga kerajaan untuk mendengar segala permasalah dan aduan daripada masyarakat untuk diambil tindakan sewajarnya.“Juga menjadi mulut untuk menyampaikan semua polisi dan dasar kerajaan agar masyarakat tahu apa yang dilaksanakan kerajaan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Perhimpunan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Negeri Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husain Awang, Pengarah i-MiTS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said @ Mat Ali.Menurut beliau, selain menjadi pelaksana kepada pembangunan modal insan, kakitangan i-MiTS turut bertanggungjawab mengajak dan menanamkan dalam diri seluruh lapisan masyarakat tentang pengabdian diri kepada Allah.“i-MiTs berperanan bukan sahaja membangunkan peribadi semata-mata tetapi membangunkan masyarakat, keluarga, usahawan, pendakwah, kakitangan kerajaan dengan satu perkara yang besar iaitu pengabdian diri kepada Allah.“Di samping berperanan melaksanakan seluruh agenda yang ada dalam kerajaan termasuk pembangunan sukan, belia, wanita, keluarga, usahawan juga menjadi tanggungjawab kakitangan i-MiTS menjayakannya,” ujarnya.Justeru katanya, beliau mengharapkan seluruh kakitangan i-MiTS dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada negeri selaras dengan visi i-MiTS dalam menyebarluaskan dan menerapkan dasar kerajaan kepada rakyat Terengganu dalam menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.
19 Nov 18
104
Kerajaan Negeri, JPJ Jalin Kerjasama Tunai Manifesto Lesen Motor Percuma
KUALA TERENGGANU, 19 November - Kerajaan negeri akan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi merealisasikan pemberian lesen motor percuma kepada golongan belia bermula Januari 2019 seperti mana Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerjasama ini bagi mencari kaedah dan pelaksanaan terbaik dalam melaksanakan janji kerajaan yang dijangka akan diumumkan pada pembentangan sidang bajet pada 25 November ini."Tujuan pihak kami mengadakan kunjung hormat pada hari ini adalah untuk berbincang dengan JPJ tentang pemberian lesen motor percuma dan mencari kaedah serta penyelesaian terbaik untuk kita lakukannya, yang dijangkakan akan diumumkan dalam persidangan bajet tidak lama lagi dan pelaksanaannya selepas daripada itu."Segala bantuan dan khidmat dari pihak JPJ sepanjang tempoh pelaksanaan ini akan membantu pihak kerajaan negeri dalam merealisasikan janji kerajaan baharu dalam pemberian lesen motor percuma kepada belia berumur 16 hingga 40 tahun," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sempena lawatan kerja di Pejabat JPJ, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Turut hadir Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin.Tambah Wan Sukairi lagi, selepas ini pertemuan akan diadakan dengan pihak Institusi Memandu untuk berbincang dalam tempoh sehari dua ini.“Ini kerana banyak proses terpaksa melalui pihak mereka untuk mendapatkan lesen ini dan kita akan buat perjumpaan ini sebelum pembentangan bajet untuk penyelarasan terbaik," ujarnya lagi.Sementara itu, Zulkarnain berkata, pihaknya akan membantu apa yang pihak kerajaan negeri perlukan dalam merealisasikan pelaksanaan manifesto tersebut."Kami sentiasa mengalu-alukan program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri untuk kita sama-sama laksanakan. Pihak kami akan memberi segala bantuan selagi tidak menyalahi undang-undang yang termaktub dalam peraturan JPJ bagi memastikan pelaksanaan manifesto berjaya,” katanya. Untuk rekod, sebagai permulaan seramai 20,000 belia berumur 16 tahun hingga 40 tahun layak menikmati tawaran itu.
19 Nov 18
218
Bumbung Stadium Sultan Mizan Akan Dibina Semula
Dr. Mamad menerima simbolik penyerahan daripada Pengarah JKR.KUALA NERUS, 19 November - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada tahun 2009 dan 2013 akan dibina semula dalam projek naik taraf dan pembaikan Kompleks Sukan Gong Badak yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan fasa pertama projek tersebut yang melibatkan naik taraf Padang Lawn Bowl dengan kos RM6.15 juta yang berjaya disiapkan oleh Jabatan Kerja Jaya (JKR).“Terima kasih kepada kontraktor utama iaitu Sincere Image Sdn. Bhd. kerana berjaya menyiapkan projek ini lebih awal daripada tarikh akhir yang dijadualkan.“Projek ini merupakan sebahagian daripada cadangan mereka bagi membina bumbung baru Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan pembaikan padang ragbi di kompleks sukan untuk keselesaan atlet.“Kita berhasrat untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada atlet Terengganu. Kerajaan negeri berusaha untuk menaik taraf kemudahan sedia ada supaya menjadi venue bertaraf antarabangsa,” katanya ketika hadir dalam Majlis Penyerahan Padang Lawn Bowl di Kompleks Sukan Gong Badak, hari ini.Projek itu melibatkan naik taraf Padang A dan B, pembinaan bumbung Padang A dan baik pulih rumah kelab dan infastruktur. Dr. Mamad berkata, lanjutan projek itu adalah pembinaan asrama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan naik taraf padang.“Untuk makluman, pembinaan bumbung buat masa ini terpaksa ditangguhkan berikutan kekangan kewangan yang dihadapi negeri ketika ini. Sekiranya masalah itu dapat diatasi, kita akan laksanakan.“Ada beberapa pemaju yang hadir mengemukakan cadangan reka bentuk bumbung termasuk satu syarikat daripada Australia, tetapi kita belum membuat sebarang keputusan lagi.“Kita mahu pastikan bumbung tersebut tahan dan kukuh untuk jangka masa panjang dan berfungsi dengan baik melindungi ruang yang perlu ditutup dengan harga yang munasabah.“Bagaimanapun, stadium itu akan tetap digunakan dari masa ke masa selagi projek belum dilaksanakan. Padang bola sepak stadium juga perlu diperbaiki kerana berlaku takungan air dan ia akan dilaksanakan segera,” katanya kepada pemberita dalam majlis itu.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pengarah JKR Negeri, Ir. Che Kamarudin Bahar, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Presiden Persekutuan Lawn Bowl Malaysia, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan wakil Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Fakhrol Ruzi Ibrahim.
19 Nov 18
905
Terengganu Tubuh Hab Pemprosesan Dan Pengembangan Cendawan Pertama Di Malaysia
Dr Azman (tengah) memeriksa cendawan segar yang terdapat di HPPC.BESUT, 19 November - Penubuhan Hab Pemprosesan dan Pengembangan Cendawan (HPPC) di Tempinis, Besut yang pertama di negara ini mampu membantu menjana pendapatan pengusaha cendawan, selain mengelak berlakunya lambakan tumbuhan itu di pasaran.HPPC berupaya menghasilkan pelbagai produk hiliran berasaskan cendawan segar dan cendawan kering, termasuk murtabak, sos, karipap, bebola, burger, perencah masakan dan yang terbaru satar dan keropok cendawan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, apa yang dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (Mestecc) itu merupakan projek perintis dan menjadi satu contoh pertanian menuju ke arah inovasi dan teknologi moden.Oleh itu, katanya, kerajaan berharap pengusaha cendawan di negeri ini memanfaatkan peluang yang ada dengan menambah jumlah tanaman dan mempelbagaikan produk hiliran.“Mereka boleh menghantar cendawan segar ke HPPC untuk diproses dan dikeringkan yang bertujuan memanjangkan ketahanan tumbuhan itu kepada setahun berbanding seminggu seperti sebelum ini,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan HPPC di Tempinis, Besut, hari ini.Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkefly Harun dan Timbalan Ketua Setiausaha Sains Teknologi dan Inovasi Mestecc, Prof Madya Dr Ramzah Dambul.Berdasarkan rekod, hampir 230,000 kilogram cendawan segar dengan nilaian kira-kira RM1.3 juta mampu dihasilkan 39 pengusaha aktif di negeri ini sepanjang Januari sehingga Oktober lalu.Dr Azman turut memberitahu, mereka dibantu kerajaan melalui Program Pembangunan Ladang Organik dengan suntikan peruntukan sebanyak RM496,799 bagi tempoh 2014 sehingga 2018.“Peruntukan bagi tujuan sama akan diteruskan kerajaan di bawah kepimpinan PAS dengan jangkaan modal suntikan lebih tinggi. “Perkara itu akan diumumkan Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2019 akhir bulan ini,” katanya.
19 Nov 18
311