lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Ladang Hutan Bakal Dikomersialkan Di Terengganu
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN 22 November -Sektor perladangan hutan akan menjadi satu strategi jangka panjang bagi memberikan hasil untuk memenuhi keperluan industri berasaskan kayu di Malaysia pada hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, penanaman pokok di ladang ini juga bakal memberikan hasil kepada  kerajaan negeri."Insya Allah, kita harap ladang komersial yang kita buat itu akan berjaya dan seterusnya memberi pulangan balik kepada kerajaan dan masyarakat."Makin lambat kita tanam, makin lambat hasil yang kita akan dapat,"katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd( KPKKT).Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah  KPKKT berkata demikian ketika merasmikan Program Konsultasi  KPKKT bersama komuniti di Dewan Orang Ramai Kampung Tepus, di sini hari ini.Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad(GPB), Dato' Nadza Abdul; Pengurus Besar Kanan KPKKT, Suhairi Sulong dan ketua - ketua jabatan yang lain.Sementara itu, Suhari Sulong berkata ladang ini juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber kayu dari hutan asli."Dengan adanya ladang ini, kita akan memperolehi hasil kita sendiri di samping dapat memberikan peluang pekerjaan kepasa penduduk setempat khusunya sekitar Hutan Simpan Jerangau."Insya Allah dalam masa 10 tahun hingga ke 30 tahun ladang ini akan memberikan hasil kepada kita," tambahnya.Menurutnya, Kumpulan GPB melalui Syarikat KPKKT telah memilih spesies pokok yang cepat membesar seperti Kelempayan dan Batai untuk ditanam.
23 Nov 18
172
Empty Image
Isu Roboh Rumah Di Kampung Tanjung; Apa Yang Berlaku?
KUALA TERENGGANU, 22 November - Bahagian Penguatkuasa Pejabat Tanah Kuala Terengganu yang telah menjalankan tindakan merobohkan sebuah rumah di Kampung Tanjung Kelab Pantai semalam menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa perbuatan tersebut adalah suatu kezaliman dan menyalahi aspek perundangan.Pegawai Daerah Tanah Kuala Terengganu, Azmi Razik berkata, sebenarnya sejak tahun 2015 lagi Pejabat Tanah meminta pemilik rumah untuk keluar dari rumah berkenaan kerana pemiliknya tidak dapat membuktikan tanah Lot 2795 adalah tanah milik mereka."Sepatutnya mereka sekeluarga perlu bersedia untuk tindakan meroboh, pemilik rumah mempunyai masa untuk berpindah dan membuktikan tanah tersebut adalah milik mereka bermula dari tahun 2015 sehingga semalam, 21 November 2018."Justeru tindakan ini bukan berniat zalim dan menganiaya warga emas kerana kita sudah memberikan masa yang sangat panjang kepada mereka. Setakat ini projek ini tidak dapat dijalankankan lagi sebab keseluruhan kawasan belum dapat dibersihkan lagi."Kesan kelewatan pindah rumah, perancangan projek tidak dapat dijalankan, pulangan modal pelabur lambat dapat, hasil negeri akan berkurang dan pelabur akan hilang keyakinan untuk melabur projek di Negeri Terengganu," jelasnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini, ketika dihubungi pemberita, mengulas mengenai kekecohan yang berlaku apabila rumah pusaka yang dibina pada awal 1900 itu, milik Wan Mokhtar Wan Yusof, 64, di Kampung Tanjung Kelab Pantai dirobohkan pihak berkuasa untuk projek pembangunan.Mengulas lanjut, Azmi turut memberitahu kronologi ringkas berkenaan perkara tersebut. Difahamkan, sebagaimana rekod yang terdapat di Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada 6 November 2016, didapati bahawa tanah berketerangan Lot 2795 ini adalah merupakan tanah kerajaan dan tidak pernah didaftarkan di atas mana-mana nama pemilik individu. Malah tiada rekod yang menyatakan tanah ini pernah diambil balik oleh kerajaan sebelum ini.Melalui Warta Kerajaan Negeri No. 1168 bertarikh 13 Oktober 2011, kawasan di sekitar Kampung Tanjung ini telah terlibat dengan pengambilan tanah bagi Projek Pembangunan Kampung Tanjung yang mana ia termasuklah tanah berketerangan Lot 2795 ini.Beberapa orang yang mendakwa pewaris kepada pemilik asal tanah ini telah membuat bantahan kepada Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan menyatakan bahawa Lot 2795 ini adalah merupakan tanah milik mereka. Malah mereka juga mendakwa telah membayar cukai pintu tahunan sehingga tahun 2008.Walaubagaimanapun tiada rekod bayaran cukai tanah dibuat ke atas tanah ini. Pejabat Tanah juga ada memohon supaya penama-penama ini menyediakan bukti pembayaran cukai tanah tahunan sekiranya ada namun sehingga kini tidak diserahkan.Sebagaimana yang diputuskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke-8 Tahun 2015 pada 11 Mac 2015, Pihak Berkuasa Negeri bersetuju dengan cadangan untuk bayaran wang ehsan dengan kadar 30 peratus daripada nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Terengganu (JPPHT) atau tertakluk maksima RM20,000.00 kepada pemilik-pemilik rumah atau bangunan di atas tanah kerajaan dan tanah yang tidak dapat dipastikan statusnya yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi Projek Pembangunan Kampung Tanjung.Sehubungan itu, pada 16 April 2015 Pejabat Tanah telah menghantar sesalinan surat kepada penama-penama yang mendakwa pemilik tanah Lot 2795 ini untuk menyerahkan salinan buku bank dan salinan kad pengenalan untuk urusan bayaran wang ehsan ini namun sehingga kini tiada tindakan dan maklum balas daripada mereka. Sehinggalah pada 27 Julai 2015, Pejabat Tanah telah menerima surat berkenaan tuntutan mereka ke atas tanah Lot 2795 ini.Sebuah rumah yang terdapat di atas tanah Lot 2795 ini juga belum dirobohkan memandangkan penama-penama yang mendakwa tanah ini milik mereka enggan berpindah keluar dan masih berkeras dengan menyatakan bahawa mereka pewaris kepada pemilik asal tanah tersebut. Malah mereka juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.Pada 25 November 2015, Pejabat Tanah telah mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) supaya berpindah keluar dari tanah tersebut memandangkan kerja-kerja pembangunan sedang dijalankan di kawasan terbabit. Notis tersebut telah disampaikan kepada seorang yang mendakwa sebagai pemilik rumah tersebut. Walaubagaimanapun sehingga tamat tempoh yang diberikan, mereka masih belum berpindah keluar atau merobohkan rumah tersebut.Pada 26 Jun 2016, Pejabat Tanah sekali lagi mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 425 KTN kepada pemilik rumah tersebut. Walaubagaimanapun pemilik enggan menerima notis tersebut dan notis tersebut telah ditampal di bahagian rumah tersebut sebagai bukti penyampaian. Sehinggalah tamat tempoh yang diberikan, mereka masih belum berpindah keluar dari tanah tersebut atau merobohkan rumah tersebut.Pada 27 Julai 2016, Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah menerima sesalinan surat daripada Tetuan Patrick Dass & Co yang telah mewakili sembilan (9) penama yang mendakwa bahawa mereka adalah pemilik tanah berketerangan Lot 2795 dan rumah yang terdapat di atasnya.Pada 25 September 2016, Pejabat Tanah telah mengeluarkan surat jawapan kepada peguam dan memohon supaya dilampirkan dokumen-dokumen berkaitan yang menyokong bahawa tanah tersebut merupakan milik mereka yang berdaftar, namun sehingga kini masih tiada alasan yang diterima.Pejabat Tanah telah diminta oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk melakukan penguatkuasaan dan perobohan ke atas bangunan di atas tanah ini dengan kadar yang segera ke atas lot ini sedangkan waris kepada pemilik rumah tersebut enggan berpindah keluar dan enggan mengambil wang ehsan yang ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.Menurutnya, Pejabat Tanah juga bimbang sekiranya penguatkuasaan dilakukan atau tidak dilakukan akan mengakibatkan ketidakadilan kepada mana-mana pihak yang terlibat."Apa yang berlaku adalah tindakan penguatkuasaan telah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Tindakan Tanah Daerah Kuala Terengganu dan surat pentadbiran telah dikeluarkan sekali lagi kepada pemilik dan telah memaklumkan kepada pemilik rumah operasi akan dilakukan pada 21 November 2018."Bahkan, merujuk Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri, tiada halangan untuk diambil tindakan penguatkuasaan (tanah kerajaan) kerana pemilik tidak dapat membuktikan tapak berkenaan adalah tanah milik mereka," tambahnya.Dalam tumpuan sama, menyentuh mengenai nilai estetika yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak, Azmi menjelaskan, Pejabat Tanah juga mengambil langkah mendapatkan khidmat pihak muzium untuk mengesahkan dakwaan pemilik rumah mengatakan bahawa rumah berkenaan adalah rumah warisan dan khazanah yang perlu dikekalkan, namun hasil siasatan daripada pihak muzium mengatakan bahawa tiada unsur-unsur warisan dan khazanah yang perlu dikekalkan kerana rumah berkenaan tidak mempunyai nilai-nilai sejarah sebagaimana rumah warisan di Losong Haji Su.Ditanya mengenai rumah-rumah lain yang terlibat dalam projek pembangunan ini sebelum ini, katanya, terdapat 326 buah rumah telah dirobohkan secara sendiri atau dengan bantuan Pejabat Tanah. Pemilik rumah yang lain telah memberi kerjasama yang baik dengan meroboh sendiri rumah dan ada yang meminta Pejabat Tanah untuk robohkan rumah mereka."Cadangan pembangunan akan datang akan dimajukan dengan bentuk pembangunan yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri kelak. Buat masa sekarang, tapak diberi sewaan kepada pihak Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) bermula 1 April 2018 hingga 31 Mac 2021," katanya.
22 Nov 18
1630
Empty Image
MB Terengganu Sedia Bentang Bajet Negeri 2019
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) akan membentang Bajet Terengganu 2019 pada 25 November ini.KUALA TERENGGANU, 22 November - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, Bajet Terengganu 2019 akan dibentangkan oleh beliau pada 25 November ini yang bakal menyaksikan perancangan kewangan kerajaan negeri bagi tahun hadapan."Insya-Allah kita akan bersiaran secara langsung dalam pembentangan Bajet Terengganu 2019 pada hari Ahad 25 November 2018 bermula jam 11:00 pagi."Sehubungan itu, saya mengajak rakyat untuk sama-sama menyaksikan perancangan kerajaan negeri dalam membawa Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Layari Facebook Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Facebook TV Darul Iman dan YouTube Web Tv Terengganu," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.Pembentangan belanjawan tersebut akan berlangsung pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet). Persidangan akan berakhir pada Khamis 29 September.Sesi pembentangan Belanjawan Terengganu bagi setiap tahun pastinya mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Terengganu malah rakyat menantikan tarikh pembentangan bajet itu. Sebagai sebuah kerajaan prihatin serta bertanggungjawab, kerajaan di bawah kepimpinan Dr Samsuri pasti tahu apa yang perlu dilakukan demi kesejahteraan rakyat.Setiap intipati peruntukan bajet menjadi fokus dalam kalangan rakyat dan penganalisis kewangan. Apa yang penting, sebarang jangkaan dan harapan rakyat terhadap Belanjawan Terengganu 2019 akan diselaraskan dengan kedudukan kewangan kerajaan.Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Haji Zahari Azhar.
22 Nov 18
63
Empty Image
Sidang DUN Terengganu Bakal Saksi Pembentangan Bajet 2019
Sumber foto: ManisFMKUALA TERENGGANU, 22 November - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bakal menyaksikan Kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membentangkan Bajet Terengganu 2019 yang mengutamakan kebajikan rakyat dengan memberi keutamaan kepada sebahagian manifesto PAS yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).Yang Dipertuanya, Yahaya Ali berkata, yang pasti pembentangan bajet kali ini tidak akan membebankan rakyat dan ia merupakan hasrat kerajaan negeri sebagai satu berita baik untuk semua pihak.Jelasnya lagi, kerajaan akan memberi perhatian kepada keutamaan perbelanjaan, apa yang utama untuk rakyat dan ia mesti sampai kepada rakyat.“Kita tak nak orang kata dalam hal belanjawan ini tentang apa yang kita bercakap sebelum pilihan raya, berjanji itu dan ini tapi bila pelaksanaan tak dibuat. Justeru, kerajaan negeri akan buat yang terbaik insya-Allah untuk merealisasikan janji-janji tersebut.“Belanjawan mestilah berasaskan kemampuan kerajaan, dari mana hasilnya dan ke mana akan dibelanjakan, yang boleh meninggalkan kesan kepada rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemu bual secara langsung oleh Manis FM, hari ini.Katanya lagi, persidangan DUN yang berlangsung selama lima hari itu juga akan menyaksikan perbahasan bajet, soalan lisan dan bertulis berkait isu berbangkit  dan perbahasan rang undang-undang dan usul.“Selain membahaskan bajet, kita juga akan berbahas tentang  rang undang-undang untuk pindaan iaitu pengunaan lambang yang berkaitan dengan institusi diraja, pindaan rang undang-undang keluarga Islam, rang undang-undang pentadbiran hal ehwal agama Islam dengan pindaan perjawatan dan rang undang-undang berkaitan tanah simpanan melayu.“Kita juga akan membahaskan lima usul yang berkaitan rancangan pembangunan untuk 2019, bekalan air, penubuhan jawatankuasa pilihan pengurusan dewan, pelantikan  ADUN dan senator dari kalangan wanita,” ujarnya lagi.Sementara itu, Yahaya berkata, pada persidangan kali ini, DUN Terengganu melalui peranan anggotanya dalam persidangan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi meletakkan perjalanan sidang pada kedudukan terbaik berbanding negeri lain dan dihormati oleh semua pihak.“Ini termasuklah memanjangkan tempoh persidangan dari empat hari kepada lima bagi memberi peluang kepada semua ADUN untuk membahaskan Belanjawan 2019,” jelas beliau.Tambahnya, persidangan DUN untuk belanjawan itu juga mencipta sejarah apabila buat julung kalinya ADUN hanya perlu mengemukakan soalan dalam talian dan bukannya menggunakan kaedah lama menerusi surat bertujuan meningkatkan kecekapan mengurus dan mentadbir perjalanan DUN sekali gus menjimatkan masa selain menyahut seruan untuk mengurangkan penggunaan kertas.Untuk rekod, Terengganu adalah negeri ketiga yang memperkenalkan e-Dewan selepas Selangor dan Perak.
21 Nov 18
105
Empty Image
Terengganu Jelas Pendirian Tolak Ratifikasi ICERD - MB
Dr Samsuri ditemui hari ini, mengulas tentang polemik yang berlaku dalam isu ICERD.KUALA TERENGGANU, 22 November - Pendirian Kerajaan Negeri Terengganu adalah jelas, iaitu tidak menerima cadangan untuk ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak perlu melihat dengan cara panjang lebar tentang sejarah pembentukan negara Malaysia sendiri."Pendirian kami di Negeri Terengganu adalah jelas, iaitu kita tidak menerima cadangan untuk ratifikasi ICERD ini kerana kita perlu melihat dengan cara panjang lebar tentang sejarah pembentukan negara Malaysia sendiri."Saya percaya sebenarnya isu-isu yang dibangkitkan mengenai diskriminasi berasaskan kaum, warna kulit dan sebagainya itu boleh diselesaikan dengan apa jua peruntukan perlembagaan dan kaedah perundangan yang ada dalam negara kita."Jadi, untuk kita mengambil satu langkah yang sangat besar iaitu ratifikasi ini, ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada struktur dan demografi masyarakat dalam negara kita yang pelbagai kaum dan sebagainya," katanya kepada pemberita hari ini, mengulas tentang polemik yang berlaku dalam isu ICERD.Dalam tumpuan sama, Dr Samsuri turut memberitahu, beliau percaya sebenarnya isu ini perlu diperhalusi dengan begitu mendalam akan kesannya kepada struktur dalam masyarakat."Ianya tidak semudah untuk kita ratifikasi dan duduk diam saja tanpa berbuat apa-apa. Ianya jelas berkait mengenai kedudukan, peraturan dan enakmen yang ada dalam perlembagaan kita."Apabila sudah dibuat ratifikasi, bermakna langkah seterusnya adalah untuk melakukan perubahan struktur dalam perlembagaan dan perundangan negara kita."Inilah yang akan menimbulkan suasana yang tidak sesuai buat masa ini dalam negara kita.Oleh kerana itu, katanya, kerajaan negeri menolak sekeras-kerasnya satu usaha untuk ratifikasi ICERD tersebut.
21 Nov 18
44
Empty Image
Felda Wilayah Terengganu Kunjungi MB
 Pertemuan antara Felda Wilayah Terengganu dengan Menteri Besar (tiga dari kanan) di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman semalam.KUALA TERENGGANU, 22 November - Felda Wilayah Terengganu mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman semalam bertujuan mengeratkan hubungan dua hala bagi menyelesaikan pelbagai isu berkait dengan kepentingan masing-masing.Pegawai Penyelidik (Hal Ehwal Tanah Persekutuan) di Pejabat Menteri Besar Naraza Muda berkata, Felda diwakili oleh Pengurus Besar Wilayah, Encik Mohd Helmi Fakhzan Abd Wahab, Ketua Peneroka Wilayah, Mohd Ghazali Mamat, Pengerusi GPW Wilayah, Dasia Dollah, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah, Mohd Azani Abd Aziz @ Md Noor dan Pengerusi Kami Anak Felda (KAF) Wilayah, Rahimi Ghazali.Sementara pihak Kerajaan Terengganu diwakili Menteri Besar, Setiausaha Politik, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, Pegawai Penyelidik di Pejabat Menteri Besar, Ustaz Sheikh Hanafi Sheikh Hassan dan Naraza sendiri.Pada dasarnya kata Naraza, pihak Felda berpuashati dengan pertemuan yang pertama itu bertujuan menjalinkan satu kerjasama antara pihak Felda dan kerajaan negeri.Kunjungan itu juga menurut beliau, memberi peluang kepada pihak pengurusan Felda menyampaikan secara langsung segala maklumat mengenai Felda kepada Menteri Besar."Saya melihat reaksi positif Menteri Besar terhadap kunjungan itu di mana beliau meluangkan masa lebih lama, hampir dua jam, berbanding dengan pertemuan biasa lain, sekitar 30 minit sahaja."Saya berharap JKKR dapat jalin kerjasama erat dengan MPKK." -Dr Ahmad Samsuri."Kita melihat perkembangan terkini bahawa mereka agak mesra dengan kerajaan negeri sekaligus bersedia menjalin kerjasama erat bagi memastikan 70,000 warga Felda di negeri ini mendapat perhatian yang sewajarnya, apa lagi dalam suasana harga komoditi sawit mengalami penurunan yang agak teruk," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui, selepas selesai kunjungan hormat berkenaan, di pejabat beliau di sini semalam.Menteri Besar katanya mengharapkan jalinan kerjasama antara 50 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) dapat diwujudkan dengan sebaik mungkin setelah pihak Felda menerima masuk Pengerusi MPKK sebagai anggota JKKR.Naraza (kiri), Sheikh Hanafi (tengah) dan Haji Muhyiddin (kanan) turut hadir dalam kunjungan hormat Felda Wilayah Terengganu di Pejabat MB semalam."Menjadi harapan Menteri Besar agar mereka dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin supaya jalinan kerajaan negeri dan Felda di peringkat akar umbi dapat dijalinkan tanpa ada sebarang halangan."Ini satu jalinan kerjasama yang kita lihat membawa kebaikan dan damensi baru yang berbeza dengan kerajaan sebelum ini yang biasanya berlaku diskriminasi apabila pendirian politik kerajaan negeri berbeza dengan kerajaan pusat," jelasnyaMenurut Naraza, hasil perbincangan dari kunjungan hormat itu, pihak felda telah memberi maklumat asas, berkait dengan tanah Felda di negeri Terengganu."Dan juga maklumat-maklumat tanah pemilikan Felda yang tidak ada peneroka, hampir  14,000 Hektar di Terengganu."Felda juga memberi maklumat tentang kedudukan 20 buah tanah rancangan Felda di seluruh negeri Terengganu," jelasnya.Menurut Naraza lagi, dalam masa perbincangan tersebut, pihak Felda turut membawa isu-isu berbangkit yang belum dapat diselesaikan termasuk Geran Pemilikan Tanah Peneroka Felda, Rumah Generasi Kedua Felda, Jalan Pertanian dan lain-lain."Isu itu melibatkan peruntukan yang telah menjadi amalan pihak kerajaan negeri, disalurkan kepada Felda yang In Sya Allah akan diumumkan kerajaan dalam sedikit masa lagi," jelasnya.
21 Nov 18
707
Empty Image
Nekad Jual Telur Sotong, Sara Keluarga
Alias Harun bersama peserta PJD selepas Majlis Penyampaian Cek PJDKUALA TERENGGANU, 21 November - Nekad mahu mengubah kehidupan keluarga selepas kematian suami pada 2006, mendorong Aini Harun, 52, dari Seberang Kastam, Besut menjual telur sotong secara kecil-kecilan.Aini berkata, ketika itu dia hilang punca pendapatan untuk menanggung empat anak yang masih kecil, hanya terlintas untuk menjual telur sotong selepas melihat kejayaan beberapa kenalan di Kuantan, Pahang.“Saya memberanikan diri menjual produk dari Kedah itu di Terengganu berikutan tiada pesaing, selain mahu menampakkan kelainan berbanding peniaga lain.“Alhamdulillah selepas beberapa tahun, produk yang menggunakan nama Kak Ma Telur Sotong mendapat sambutan cukup menggalakkan, mampu menjual  antara 10 hingga 15 kilogram (kg) sehari dengan nilaian RM35 sekilogram,” katanya.Aini berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Program Jaya Diri (PJD) di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, hari ini.Hadir merasmikan program itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Aini turut memberitahu, dalam tempoh tertentu terutama pada Jun dan Julai, bekalan telur sotong akan terputus kerana bukan musim sotong bertelur..“Keadaan ini menyebabkan pelanggan terdiri daripada pengusaha restoran tempatan dan individu dari Kuala Lumpur terpaksa menunggu dalam tempoh lama.“Tidak mahu berdepan masalah itu, saya mengambil keputusan membuat pinjaman PJD dalam jumlah RM10,000 supaya dapat dijadikan modal untuk membeli telur sotong dalam kuantiti yang banyak agar bekalan untuk pelanggan tidak terputus.“Selepas ini, saya mahu membuat tempahan sehingga 200 kg berbanding hanya 100 kg sebelum ini,” katanya yang kini kembali berumahtangga.Sementara itu, Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, YPKT merekodkan pada masa kini, seramai 2,643 peserta PJD aktif membuat pinjaman dengan nilaian RM15 juta. Katanya, program itu nyata membantu peserta kerana mengenakan syarat yang mudah iaitu penubuhan kumpulan bagi menggantikan cagaran atau penjamin yang bekerja tetap.“Berdasarkan rekod, setiap peserta yang mengikut program itu mampu memperoleh pendapatan antara RM500 sehingga RM2,000 sebulan. “’YPKT akan terus meningkatkan usaha melahirkan usahawan dari kalangan peserta PJD itu dengan bantuan kursus dan bimbingan yang bersesuaian.“’Perkara ini sangat penting kerana sebahagian besar peserta yang menyertai program ini tidak pernah mendapat bimbingan keusahawanan,” katanya
21 Nov 18
225
Empty Image
Isu Roboh Rumah Di Kampung Tanjung Sah Undang-Undang - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ditemui media hari ini.KUALA TERENGGANU, 21 November - Kerajaan negeri berharap isu merobohkan sebuah rumah di Kampung Tanjung Kelab Pantai oleh pihak berkuasa hari ini untuk tujuan projek pembangunan tidak diperbesar atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tindakan itu tidak salah dari aspek perundangan kerana pemiliknya telah lama diberikan notis untuk mengosongkan rumah berkenaan.“Sebenarnya sudah ada perundingan tentang rumah berkenaan dan cara bagaimana diuruskan pengambilan tanah di kawasan itu, malah pemilik yang mendakwa tanah beliau itu juga telah diberi peluang untuk mengemukakan bukti-bukti pemilikan dan sebagainya.“Perkara ini telah diuruskan dan kita dapati tiada halangan untuk kerajaan ambil tindakan hari ini untuk kosongkan tanah malahan nilai pampasan pun telah diberi mengikut pertimbangan dan status pemilikan itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kekecohan yang berlaku apabila rumah pusaka yang dibina pada awal 1900 itu, milik Wan Mokhtar Wan Yusof, 64, di Kampung Tanjung Kelab Pantai dirobohkan pihak berkuasa untuk projek pembangunan.Menurut beliau, dakwaan Wan Mokhtar bahawa kerajaan negeri hanya memberi notis selama tiga hari untuk mengosongkan rumah tersebut adalah tidak benar.“Dakwaan tuan tanah itu tidak tepat. Dari aspek perundangan, apa yang dilakukan kerajaan negeri itu tidak salah. Isu yang disebut sebagai pampasan dan sebagainya itu adalah ehsan yang diberi mengambil kira mereka menduduki tempat itu sebelum ini.“Tetapi dari aspek perundangan yang telah dibuat, sebenarnya tidak ada hujah yang kuat dari orang yang mendakwa itu tanah miliknya dan kita minta supaya proses (merobohkan) dapat diteruskan.“Ia sebenarnya bukan masalah tiga hari notis kerana prosesnya telah berjalan begitu lama dan sudah dalam makluman mereka yang berkenaan,” ujarnya.Menyentuh mengenai nilai estetika rumah itu yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak, Dr Ahmad Samsuri berkata, ianya lebih kepada pandangan peribadi masing-masing.“Kecualilah rumah itu ada unsur-unsur sejarahnya yang sangat unik. Kita akan membuat pertimbangan. Oleh kerana tidak ada unsur-unsur yang unik, bukan rumah berusia ratusan tahun dan sebagainya, saya rasa tidak menjadi halangan untuk kita mengambil langkah tersebut.“Memang susah untuk kita buat semua pihak berpuas hati, tetapi mengambil kira rumah itu tidak didiami oleh sesiapa pun, bukan kita menghalau orang yang sedang menduduki rumah itu dan sudah berapa lama sebenarnya tidak ada penghuni, tindakan merobohkan untuk tujuan pembangunan di kawasan itu bukanlah satu tindakan untuk menganiayai mana-mana pihak,” ujarnya.
20 Nov 18
108
Empty Image
78 Atlet Bawa Cabaran Terengganu Ke Para SUKMA
Terengganu idam kekalkan pencapaian lalu.KUALA TERENGGANU, 21 November - Seramai 78 atlet Para Terengganu berangkat ke negeri Perak pagi ini bagi menyertai Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) ke- 19 yang akan bermula dua hari lagi.Kontinjen mereka turut disertai 51 pegawai Jabatan Belia dan Sukan Terengganu terdiri jurulatih dan pengiring.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kontinjen Para meletakkan sasaran 68 pingat untuk kejohanan kali ini."Tahun ini terdapat peraturan baharu di mana had umur atlet tidak melebihi 45 tahun menyebabkan beberapa atlet kita yang berbakat tidak dapat bermain."Bagaimanapun, kita meletakkan sasaran mengekalkan tempat ketiga sebagaimana yang diperolehi pada Para SUKMA di Sarawak dua tahun lalu," katanya kepada pemberita ketika Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para SUKMA Terengganu di Kompleks Belia dan Sukan, semalam.Dalam majlis itu, Wan Sukairi turut berharap Pasukan Terengganu berjaya mencapai sasaran 28 pingat emas yang ditetapkan."Lubuk emas kita adalah sukan ping pong yang mana kita letakkan sasaran 12 emas daripadanya," katanya.Beliau juga mengingatkan para atlet supaya berusaha memastikan bendera Terengganu dijulang di podium."Tentang imbuhan, kerajaan negeri masih berahsia kerana kita tidak mahu mengganggu tumpuan atlet."Kita mahu atlet capai kejayaan terlebih dahulu dan kerajaan negeri pasti tidak akan mengabaikan kejayaan yang mereka bawa pulang," katanya.Pada Para SUKMA di Sarawak dua tahun lalu, Pasukan Para SUKMA Terengganu menduduki tempat ketiga keseluruhan pungutan pingat dengan 28 pingat emas.
20 Nov 18
201
Empty Image
MB Terengganu Serah Piala YAB ADUN Rhu Rendang Kepada Rusila FC
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) meredah hujan menyampaikan piala pusingan kepada Rusila FC.Oleh: Aslam WiraMARANG, 21 November - Pasukan Rusila FC muncul juara selepas mencatatkan kemenangan tiga gol tanpa balas ke atas Bandar Marang FC dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala YAB ADUN Rhu Rendang di Padang Majlis Daerah Marang malam tadi.Setelah mengambil masa selama lebih 2 bulan bermula pada 31 Ogos lalu, perlawanan penentuan kejohanan yang berlangsung semalam melabuhkan tirainya.Menteri Besar Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang bagi merasmikan kejohanan dan menonton perlawanan sengit di antara dua pasukan tersebut.Terdahulu, kejohanan ini telah melibatkan 21 pasukan dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, yang juga dirasmikan oleh beliau.Bagi meraikan kemenangan pasukan yang menyandang juara, Dr Samsuri sendiri telah menyampaikan piala pusingan dan mengucapkan tahniah kepada pemenang.Rusila FC turut membawa pulang medal serta hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 sebagai juara kejohanan itu.Manakala, Mohd Hafizan Talib yang memegang jersi bernombor lapan dari Rusila FC telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan akhir tersebut.Hadir sama dalam majlis penyampaian hadiah itu adalah Pegawai Daerah Marang, Azmi Arshad, Pegawai Khas ADUN, Wahad Osman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Yusof, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Haji Mohd Embong dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Yusof Abdul Hadi.Dalam tumpuan lain, Dr Samsuri turut menandatangani banner atau sepanduk Bantahan ICERD sebagai tanda membantah sekerasnya terhadap isu terbabit.Banner yang ditandatangani oleh orang ramai akan dibawa ke Himpunan Aman oleh Pemuda PAS DUN Rhu Rendang menjelang Disember nanti.
20 Nov 18
307