lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Najihah Tidak Kisah Suami OKU; Walimatulurus Perdana Terengganu
MARANG, 25 November - Setiap wanita pastinya inginkan lelaki sempurna sebagai suami, namun bagi Nur Najihah Mohammad, 24, beliau menerima ketentuan jodohnya bersama pasangan, Syed Izz Zahiruddin Syed Kamaruddin, 25, dengan hati yang terbuka.Tentunya menjadi suatu kenangan terindah buat pasangan ini apabila diraikan bersama 30 pasangan lain dalam program Walimatulurus Perdana 2018 bagi Parlimen Marang yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Tuan Faezah Tuan Ab Rahman di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.Nur Najihah dan Syed Izz Zahiruddin yang kini bekerja di bawah satu bumbung di sebuah syarikat swasta mula berkenalan sebagai rakan biasa di laman sosial Facebook sejak 2013 sebelum menjalin hubungan lebih serius dua tahun lalu.“Perancangan awal kami sebenarnya untuk mendirikan rumahtangga pada Februari tahun depan, tetapi kami merasa sangat bertuah dan gembira apabila terpilih mengikuti majlis akad nikah dan resepsi yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) ini.“Kami bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, dengan adanya majlis sebegini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan seperti kami untuk mendirikan masjid,” ujar Syed Izz Zahiruddin yang menghidap sakit saraf di bahagian kaki dan tangan selepas mengalami demam panas ketika berusia setahun kepada pemberita.Sementara itu, Nur Najihah berkata, beliau mendapat tahu kekurangan diri suaminya itu di awal persahabatan mereka dan menganggap ianya tidak mendatangkan masalah dalam perhubungan mereka."Saya mula bersemuka dengan dia setelah setahun kenal dan boleh menerima keadaan dirinya, begitu juga dengan keluarga walaupun pada mulanya sedikit sukar untuk menyakinkan mereka," ujarnya yang tertarik dengan sifat peramah lelaki itu yang kini telah bergelar suaminya yang sah.Pada majlis berkenaan, Dr Ahmad Samsuri turut menyampaikan replika kad nikah kepada pasangan pengantin.Turut hadir, Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa.Majlis Walimatulurus Perdana 2018 yang memasuki siri ketiga itu diadakan secara serentak dengan disertai 190 pasangan dari seluruh daerah negeri ini.Kesemua pasangan berkenaan melangkah ke fasa baharu kehidupan selepas dinikahkan di masjid daerah masing-masing awal pagi tadi.Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam membantu memudahkan pasangan di negeri ini mendirikan rumah tangga, memandangkan bebanan kos mengadakan majlis perkahwinan yang semakin meningkat di samping mereka turut dibimbing dalam pembentukan rumah tangga.
24 Nov 18
270
Empty Image
Taqwa Asas Pembentukan Baiti Jannati; Walimatulurus Perdana Terengganu
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 24 November - Taqwa merupakan elemen penting bagi mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga atau diistilahkan sebagai 'baiti jannati' dalam sesebuah institusi keluarga dengan mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, antara jalan untuk mencapai ketaqwaan ialah dengan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia seperti, solat di awal waktu dan berjemaah, saling menasihati ke arah kebaikan serta menjaga silaturrahim antara kaum kerabat.“Saya ingin memetik nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian & Resepsi Walimatulurus Perdana 2018 Peringkat Daerah Kuala Nerus di Dewan Arena, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Seramai 28 mempelai telah selamat diijabkabulkan di Kuala Nerus dan ianya diadakan serentak membabitkan keseluruhan 190 pasangan termasuk 16 pasangan dari Hulu Terengganu manakala Dungun (31 pasangan), Kemaman (21 pasangan), Setiu (13 pasangan) dan Besut (21 pasangan).Turut hadir meraikan Pegawai Daerah Kuala Nerus, YM. Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Jelasnya, kerajaan mengambil langkah proaktif bagi memastikan majlis meraikan pasangan mempelai itu dapat berlangsung dengan jayanya selari dengan tuntutan agama supaya perkahwinan itu dihebohkan.“Ramai orang muda yang ingin berkahwin awal tetapi mempunyai masalah dari segi kewangan yang belum stabil, justeru kerajaan mengambil inisiatif ini sebagai usaha memudahkan golongan itu dengan penganjuran majlis seumpama ini tanpa melibatkan belanja yang besar daripada pihak keluarga,” ujarnya.Selain itu, antara manfaat berkahwin ketika muda juga dapat mengelakkan diri daripada gejala sosial seperti masalah zina, buang anak serta pergaulan bebas.“Perkahwinan bukanlah bertujuan untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh pasangan dan terhadap anak-anak nanti dengan mengikut sunnah baginda Nabi Muhammad SAW. Jika rumahtangga yang dibina hancur tanpa kasih sayang ibu bapa, maka besarlah risiko anak-anak terjebak dengan gejala sosial.Sementara itu, beliau juga menasihati ibu bapa yang baru menerima menantu dalam hidup agar melayani mereka seperti anak sendiri dengan saling memahami tanggungjawab masing-masing serta segala perbezaan, pertuturan dan sikap diuruskan dengan cermat tanpa mengguriskan hati mana-mana pihak.
24 Nov 18
145
Empty Image
Kahwin Muda Mahu Elak Maksiat; Walimatulurus Perdana Terengganu
Mohamad Salman dan Ainaa Athirah pilih kahwin muda.KUALA TERENGGANU, 24 November - Pasangan muda, Mohamad Salman Muhamad Sebri, 20 dan Ainaa Athirah Ruzima, 18, memilih untuk berkahwin di usia muda kerana mahu mengelak perkara maksiat.Ainaa Athirah berkata, keputusan itu dipersetujui kedua ibu bapa dan keluarga mertua malah mereka menyokong penuh hasratnya bergelar isteri.Katanya, kakak sulung dan kakak kedua juga berkahwin pada usia 18 tahun, dan tidak pelik bagi keluarganya dengan keputusan yang diambil."Banyak saya belajar terutama berkaitan ilmu rumahtangga dengan mereka, apa yang baik saya akan amalkannya untuk menjadi isteri solehah," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Walimatulurus Perdana 2018 Parlimen Kuala Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Majlis yang meraikan 29 pasangan pengantin itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.Tengku Hasan turut menyampaikan kad nikah, wang caruman bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan kepada pasangan pengantin.Majlis akad berlangsung kira-kira pukul 8.30 pagi dan Majlis Resepsi pula pada jam 11.00 pagi itu merupakan siri ketiga bagi tahun ini.Ianya diadakan secara serentak membabitkan keseluruhan 190 pasangan termasuk 16 pasangan dari Hulu Terengganu manakala Dungun (31 pasangan), Kemaman (21 pasangan), Setiu (13 pasangan) dan Besut (21 pasangan).Program Walimatulurus Perdana 2018 itu antara lain bagi membantu memudahkan pasangan di negeri ini mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos meraikan perkahwinan yang semakin meningkat di samping dibimbing dalam pembentukan rumah tangga.
24 Nov 18
1128
Empty Image
Himpunan Tolak ICERD Rai Kesyukuran Rakyat - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 24 November - Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD tetap diteruskan meskipun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan Kerajaan Persekutuan secara rasmi menolak untuk meratifikasi konvensyen tersebut."Tahniah kepada Perdana Menteri kerana membuat keputusan yang berani walaupun diberi tekanan secara dalaman dan daripada pihak antarabangsa."Ini keputusan yang tepat dan wajar dengan mengambil kira suasana masyarakat yang ada. "Apa yang penting, keharmonian antara masyarakat itu dipertahankan dan dipastikan menjadi lebih baik daripada yang ada hari ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Meraikan Atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Daerah Marang di Hotel Primula, semalam.Dr. Samsuri juga menyatakan, sebarang usaha untuk meratifikasi ICERD telah menimbulkan kecelaruan dalam negara."Kita dapat melihat bantahan serta ketidakselesaan daripada pelbagai pihak. Ia mewujudkan suasana tegang dan tidak baik terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)."Sepatutnya tempoh selepas PRU adalah tempoh untuk berkerja dan bukannya mencari masalah baru yang memporak-perandakan rakyat."Saya mendapat maklumat himpunan pada 8 Disember nanti tetap diteruskan. Tetapi, ia lebih kepada meraikan kesyukuran rakyat dalam hal ini," katanya.
23 Nov 18
23
Empty Image
MB Terengganu Umum Dana Khas Pembangunan Atlet
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui pemberita dalam Majlis Meraikan Atlet SUKMA Daerah Marang, semalam.KUALA TERENGGANU, 24 November - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan bahawa dana khas sukan bakal diperuntukkan buat atlet muda Terengganu.Beliau yang hadir bersama isteri, Tuan Faizah Ab Rahman meraikan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 berkata, dana khas tersebut bertujuan untuk memudahkan atlet berlatih dan mencari pendedahan dalam meningkatkan prestasi diri."Kita percaya bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan dalam apa jua peringkat, antara aspek penting yang membantu adalah pendedahan dalam pertandingan."Oleh itu, kerajaan negeri menyediakan insentif untuk atlet muda kita berlatih atau mendapat pendedahan termasuklah di luar negara."Kita fokus kepada atlet muda untuk mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan suasana pertandingan."Tentulah ia sebagai persediaan SUKMA akan datang. Namun, pendedahan ini juga dapat membantu atlet di peringkat negara dan antarabangsa," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Meraikan Atlet SUKMA Daerah Marang di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.Beliau bagaimanapun merahsiakan nilai dana yang bakal diperuntukkan. "Jumlah dana khas itu akan saya umumkan dalam Belanjawan Terengganu 2019 nanti," katanya.Dalam majlis tersebut, seramai 30 atlet bersama ibu bapa mereka diraikan oleh Dr. Samsuri selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang dan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi beserta isteri, Wan Hamidah Wan Daud.
23 Nov 18
29
Empty Image
Setiu Wetland Terengganu, Mercu Tanda Baharu Eko-Pelancongan
YM Tengku Azam menunjukkan pembahagian ekosistem Setiu Wetland.SETIU, 24 November - Dengan keluasan 23 ribu hektar dan memiliki sembilan ekosistem, Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali 'Setiu Wetland' merupakan tanah lembap terbesar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri telah mewartakan sebahagian kawasan itu sebagai taman negeri untuk menjaga kelestarian ekosistemnya."Tanah bencah ini bakal memberi nafas baru kepada pembangunan di daerah Setiu khususnya dan di Negeri Terengganu amnya."Kerajaan negeri sedang meningkatkan usaha membangunkan taman negeri ini melalui lima kluster iaitu promosi, latihan kemahiran, pembangunan produk dan fasiliti, pemuliharaan serta institusi perniagaan.Ariffin mahu Setiu Wetland menjadi mercu pembangunan daerah itu."Kita telah menaik taraf laluan masuk dan mengenal pasti produk-produk tempatan untuk meningkatkan ekonomi penduduk sekitar," katanya.Beliau yang ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di Broadwalk Setiu, Pengkalan Gelap kelmarin menyatakan keunikan 'wetland' itu memiliki kelebihan tersendiri berbanding tanah bencah lain."Kedudukannya yang berdepan dengan tiga pulau iaitu Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah dan Pulau Redang menjadikannya destinasi strategik untuk persinggahan pelancong."Penggiat-penggiat industri pelancongan boleh mengambil peluang memperkenalkan Terengganu melalui pakej-pakej eko-pelancongan 'Setiu Wetland' yang inovatif, kreatif dan berbaloi."Keunikan dan kepelbagaian hidupan di sini sesuai dibangunkan sebagai produk 'edu-tourism'," katanya.'Setiu Wetland' semenjak diwartakan telah menjadi tumpuan penyelidikan dan eko-pelancongan kerana keunikan alam dan hidupannya.Lawatan kerja sehari itu turut disertai Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pengetua Wetland School of Setiu, YM Tengku Azam Tengku Mat.Menyusuri Wetland merupakan salah satu tarikan unik di sini.
23 Nov 18
609
Empty Image
Umat Islam Perlu Bersatu Bantah ICERD
 Oleh: Hanif HamdanHULU TERENGGANU, 24 November - Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak meratifikasi ICERD sebagaimana kenyataan akhbar oleh Pejabat Perdana Menteri semalam, namun umat Islam digesa meneruskan bantahan kepada cadangan untuk ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menyentuh perkara berkaitan kepentingan Islam, Institusi Diraja, Melayu dan Bumiputera.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh berkata, rakyat perlu memberikan peringatan dan amaran kepada Kerajaan Pusat dengan menghadirkan diri dalam Himpunan Aman tolak ICERD yang akan diadakan di Dataran Merdeka mengikut jadual asal pada 8 Disember ini."ICERD ini merupakan salah satu agenda Yahudi yang pastinya akan memberikan kesan buruk kepada negara ini dan umat Islam.“Ia merupakan agenda Yahudi melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan kita tidak akan sesekali ikut telunjuk dan peraturan mereka kerana kita sudah ada peraturan kita sendiri iaitu al-Quran dan hadis,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Bantah ICERD di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang selepas solat di sini, semalam.Turut hadir dalam Himpunan Bantah ICERD ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Muhyiddin Abd Rashid, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera, Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu, Ustaz Harun Esa dan Ketua Pemuda DUN Kuala Berang, Ustaz Aminuddin Mohamed.Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Berang berkata, sudah tiba masanya umat Islam bersatu demi kebaikan bersama."Pada hari ini, marilah kita seluruh umat Islam bersatu untuk hadir himpunan yang akan diadakan pada bulan depan di Dataran Merdeka kerana kehadiran kita yang ramai mampu memberikan isyarat penting kepada Kerajaan Pusat bahawa umat Islam menolak sekeras-kerasnya ICERD ini daripada dilaksanakan,” tegasnya.Tambahnya, Kerajaan Persekutuan diingatkan supaya tidak mengusik apa-apa yang termaktub dalam perlembagaan termasuk menyamaratakan Islam dengan agama lain, kedaulatan Raja-raja Melayu, dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
23 Nov 18
266
Empty Image
MB Terengganu Saran Penduduk Sertai Perancangan Kerajaan
Dr. Samsuri memandikan peserta khatan perdana.MARANG, 24 November - Penduduk Marang disaran hadir untuk meneliti Draf Rancangan Tempatan Daerah Marang yang dipamerkan bermula 22 November hingga 23 Disember nanti.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat sebagai pemegang taruh dalam sesuatu perancangan kerajaan harus memberikan pandangan terhadap perancangan kerajaan."Rakyat mempunyai suara untuk menyatakan pandangan kerana ia berkait dengan persekitaran mereka," katanya.Salah seorang peserta ketika dikhatankan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu merasmikan Majlis Khatan Perdana DUN Rhu Rendang di Kampung Darat Pak Chan, hari ini.Seramai 160 kanak-kanak diraikan dalam majlis tersebut. Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu, Ahmad Puteh berkata, program tersebut merupakan program perintis yang bakal diadakan secara tahunan."Program ini dianjurkan oleh Lujnah Kebajikan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS)."Penyertaan melibatkan daripada seluruh DUN. Sambutan kali ini menggalakkan dan dijangka tahun hadapan kita akan adakan pada skala lebih besar lagi," katanya.
23 Nov 18
83
Empty Image
Manfaatkan Draf RT Untuk Bangunkan Daerah Marang
Oleh: Aslam WiraMARANG, 23 November - Orang awam digalakkan untuk mengambil peluang dan ruang bagi memberikan maklum balas, pandangan atau bantahan jika tidak bersetuju terhadap sesuatu cadangan pihak berkuasa perancangan tempatan mengenai Draft Rancangan Tempatan (RT) untuk pembangunan Daerah Marang.Kerajaan juga menyeru semua pihak menggunakan sepenuhnya tempoh publisiti dan penyertaan awam ini untuk memberikan pandangan bagi mengukuhkan kandungan RT sebelum dipersetujui, diluluskan dan diwartakan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, program publisiti dan penyertaan awam adalah untuk memberi peluang kepada semua pihak, sama ada tuan tanah, pengusaha, pemaju, perunding dan sesiapa sahaja terutama penduduk di daerah ini khususnya kawasa yang terlibat dengan penggubahan ini untuk menyemak, meneliti dan memahami kandungan draf rancangan tempatan yang telah disiapkan.“Peluang dan ruang telah dibuka kepada semua pihak. Oleh itu, marilah bersama-sama memanfaatkan tempoh program ini dan menyarankan semua pihak mengambil peluang untuk sama-sama merancang pembangunan daerah kita,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Marang di Dataran Daerah Marang, di sini, semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Anuar Awang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Mohammed, Pegawai Daerah Marang, Mat Azmin Arshad, Pengarah PLANMalaysia Negeri Terengganu, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Wahad Osman dan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Harun Yusof.Sulaiman berkata, program Publisiti dan Penyertaan Awam itu juga selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 yang diumumkan dalam Majlis Ucaptama Negeri Terengganu 2018 pada Julai lalu.Menurutnya, keperluan penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Marang 2030 (penggubahan) ini berdasarkan dokumen perancangan yang terkini dan komprehensif.Tambahnya, dokumen yang sedang diguna pakai pada masa kini tidak selari dengan keperluan dan tekanan pembangunan semasa.Oleh itu, beliau berkata, kajian semula terhadap dokumen sedia ada adalah perlu agar ianya selari dengan hasrat pemegang taruh dan pelabur di Daerah Marang.Katanya, matlamat pembangunan Rancangan Tanah Daerah (RTD) Penggubahan, 'Memperkukuhkan Pusat-Pusat Pertumbuhan Daerah Marang Melalui Pengintegrasian Sumber Semula Jadi dan Mineral Secara Inklusif dan Komprehensif' merupakan strategi pembangunan yang dirangka agar dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi merancakkan pembangunan di Daerah Marang.Beliau berkata, salinan Draf RT yang siap untuk diperiksa oleh orang awam tidak kurang daripada empat minggu dari tarikh Draft RT bagi membolehkan semua pihak berkepentingan memberi maklum balas, pandangan dan bantahan berkenaan kandungan Draft RT yang disediakan.
23 Nov 18
360
Empty Image
Ustaz Wan Sukairi Hantar Sukarelawan Ke Palu
Ustaz Wan Sukairi (kiri)  berucap melepaskan misi NGO Terengganu ke Palu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus semalam .KUALA NERUS,  23 November - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menghantar 17 anggota pelbagai NGO Terengganu ke Palu,  Sulawesi Indonesia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini semalam. Ustaz Wan Sukairi berkata,  tindakan proaktif kumpulan sukarelawan itu menunjukkan keprihatinan mereka terhadap permasalahan bencana gempa bumi itu. "Apa yang dilakukan oleh kumpulan NGO ini,  bukan sahaja satu keprihatinan tetapi juga semangat kebersamaan dengan rakyat Indonesia khususnya warga Palu,  Sulawesi,  yang menghadapi bencana," jelasnya."NGO Terengganu perlu bertindak pro aktif ."-Ustaz Wan Sukairi.Beliau berucap di Majlis 'Flag Off' Misi Kemanusiaan Palu,  Sulawesi Indonesia di lapangan terbang tersebut semalam. NGO menyertai misi itu terdiri dari Papisma, Iman Care, Yayasan Amal Malaysia, KAMI,  U Care Indonesia,  Kuala Terengganu Care dan lain-lain. Misi tersebut bermula 22 hingga 27 November ini.Seterusnya Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Wakaf Mempelam berkata,  NGO berkenaan mengambil tindakan pro aktif termasuk mengumpulkan dana sebanyak RM70,000 untuk membangun institusi rumah ibadat termasuk masjid dan surau. "Apa yang berlaku kepada mereka,  kita tidak hanya sekadar memandang dengan mata sahaja,  ataupun membaca dengan mulut,  mendengar dengan telinga bahkan kita mengambil tindakan pro aktif termasuk mengumpul dana bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh penduduk Palu," jelasnya. Beliau mengucapkan terima kasih di atas inisiatif yang diambil oleh kumpulan profesional dari kalangan NGO berkenaan bagi menyediakan khidmat kaunseling dan khidmat nasihat kepada penduduk Palu. "Ianya perlu bagi mengatasi masalah kemingkunan ada di kalangan kanak-kanak,  remaja atau golongan belia yang masih trauma dengan peristiwa yang berlaku kepada mereka," ujar beliau. Apa yang penting kata beliau,  semangat prihatin di kalangan rakyat Terengganu terhadap permasalahan di Palu, melambangkan mereka adalah masyarakat berkemajuan bukan sahaja dari sudut harta benda tetapi dari sudut merasai susah senang mereka yang ditimpa musibah. 
23 Nov 18
266