lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Bajet 2019 : Madrasah Moden Akan Ditambah Baik
ADUN Paka, Ustaz Satiful pada persidangan DUN, semalam.Oleh : Mohd Lukman KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri bersedia untuk menambah baik tiga Madrasah Moden Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang sedia ada di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tiada penambahan bilangan pusat pengajian agama itu, namun kerajaan akan menaik taraf infrastruktur serta menyelaras semula pentadbirannya ."Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menambah bilangan Madrasah Moden MAIDAM tetapi kita akan kekalkan dan menaik taraf infrastruktur tiga buah madrasah sedia ada iaitu di Besut, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu."Pihak kerajaan juga akan menyelaraskan pentadbirannya di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) (Bahagian Pendidikan)," katanya.Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Ke-14, hari ini.Satiful berkata, permintaan daripada ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke madrasah moden amat tinggi namun kuota pengambilan pada masa kini amat terhad."Kita mendapat banyak permintaan daripada ibu bapa untuk menghantar anak - anak ke madrasah ini tetapi kuota pelajar buat masa ini amat terhad kecuali di Madrasah Moden Besut yang membuka lebih kurang 60 orang pelajar untuk pengambilan baru," katanya.Menurut beliau lagi, Terengganu  juga akan memfokuskan manifesto (PAS) pada Pilihan Raya Umum lalu, untuk mewujudkan satu Parlimen, satu sekolah rendah islam."Setakat ini, kita akan fokus kepada manifesto kita iaitu untuk mewujudkan sekolah rendah islam sekurang- kurangnya satu di setiap Parlimen."InsyaAllah sebanyak enam buah Sekolah Rendah Islam akan beroperasi bermula Januari 2019,"katanya.
25 Nov 18
563
Empty Image
Bajet 2019 : Kerajaan Usaha Atasi Muara Sungai Cetek
Ustaz Muhammad Khalil (kiri) ketika mengemukakan soalan di persidangan DUN Terengganu.KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu telah menyediakan rangka "Term of Reference" (TOR)  bagi tujuan perlantikan perunding untuk melakukan kajian serta rekabentuk terperinci bagi cadangan mendalam Pelabuhan Chendering di bawah pengawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Menteri Besar,  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  pelabuhan tersebut merupakan pelabuhan utama bagi nelayan yang keluar masuk ke laut bagi menjalankan aktiviti penangkapan ikan laut. Katanya,  pada masa ini,  pelabuhan tersebut mengalami masalah muara cetek akibat mendapan pasir yang berlaku di muara sungai. "Faktor cuaca dan perubahan iklim adalah salah satu faktor yang menyebabkan struktur pemecah ombak yang sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik yang menyebabkan mendapan pasir berlaku dengan cepat dan menyebabkan muara cetek, " jelas beliau. Dr Samsuri berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Yang Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini. Ustaz Muhammad Khalil dalam soalannya ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk mendalamkan Pelabuhan Chendering dan Muara Kuala Ibai. Seterusnya Menteri Besar berkata, muara Ibai juga merupakan satu-satunya laluan bot-bot nelayan bagi Kampung Kuala Ibai,  Kampung Chendering,  Kampung Tok Adis,  Kampung Laut dan Kampung Pengkalan Setar. "Masalah besar dihadapi oleh nelayan-nelayan di sini adalah isu kecetekan muara sungai dan kuala tertutup."Ianya telah dirasai sejak bertahun tahun lalu dan keadaan ini semakin buruk, " kata beliau. Fenomena ini,  jelas beliau telah menjadi penghalang kepada aktiviti keluar masuk bot-bot nelayan yang mana terpaksa menunggu air pasang. Faktor kecetekan kuala sungai juga menjejaskan aktiviti sukan riadah di kawasan tersebut terutama bagi acara sukai air seperti kenu dan berkayak. Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata,  bagi mengatasi masalah muara Kuala Ibai,  Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Terengganu telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Pusat di bawah Rolling Plan ke-4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) bagi 'Cadangan Pemuliharaan Muara Sungai Ibai' dengan kos sebanyak RM30 juta. Walau bagaimanapun kata beliau dukacita dimaklumkan permohonan ini tidak diluluskan. Sebagai langkah jangka pendek,  Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan sebuah syarikat swasta bagi menjalankan aktiviti mengorek,  mendalam dan mengeluarkan bahan pasir dari muara berkenaan secara percuma. "Kelulusan ini akan berakhir pada 31 Disember 2018," jelasnya. 
25 Nov 18
77
Empty Image
Bajet 2019 : Penjawat Awam Terengganu Terima Insentif RM500
Sidang DUN kali ini berlangsung selama lima hari.KUALA TERENGGANU, 26 November - Seramai 12,611 penjawat awam (Gred 54 dan ke bawah) di Terengganu bakal menerima insentif bernilai RM500 daripada kerajaan negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan berita gembira itu ketika membentangkan Bajet Terengganu 2019 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke- 14 di Wisma Darul Iman, semalam.Beliau dalam ucapannya berkata, insentif itu sebagai menghargai kerja keras dan kesetiaan penjawat awam."Kerajaan negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penjawat awam yang berdedikasi dan komited sehingga meletakkan Negeri Terengganu antara negeri terbaik di Malaysia," katanya.Sebanyak RM 6,305,500 diperuntukkan dan pembayaran dijangka akan mula disalurkan pada Disember.Bajet 2019 bertemakan Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera merupakan bajet pertama selepas peralihan kuasa di peringkat negeri pada pilihan raya umum (PRU) lalu.Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM2.015 Bilion untuk tahun 2019 berbanding RM1.996 Bilion tahun lalu.
25 Nov 18
36
Empty Image
Bajet 2019 : Kejayaan Atlet Terengganu Dirakam Dalam Bajet 2019
 "Tahniah Atlet Terengganu."-Dr Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan merakamkan jutaan tahniah kepada Kontinjen Terengganu kerana berjaya mencapai 'Win Back Mission' dengan menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak pada bulan September lalu.Ucapan itu dibuat oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentang Rang Enakmen Perbekalan 2019 di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Nageri (DUN) Terengganu di sini semalam.Katanya, Kontinjen Terengganu telah memenangi 56 pingat emas, 51 pingat Perak dan 53 pingat gangsa."Kejayaan ini lebih manis apabila saudari Azreen Nabila Alias telah dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik dan saudari Nur Aisyah Mohamad Zubair telah memenangi tujuh pingat emas dalam acara SUKMA Perak 2018," jelasnya.Kerajaan Negeri juga katanya, mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Terengganu termasuk Terengganu FC (TFC), TFC II, TFC III, TFC IV dan Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Terengganu (PBMNT).Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, TFC telah berjaya ke Pentas Piala Malaysia 2018."Begitu juga , Pasukan TFC II menempah kejayaan juara Piala Cabaran, TFC III menjuarai Piala Presiden dan seterusnya TFC IV merupakan naib juara Piala Belia."Bukan it sahaja, PBMNT telah berjaya menjadi naib juara Piala Emas Raja-raja," jelas beliau.Justeru Menteri Besar mengucapkan syabas dan tahniah buat semua atlet Terengganu sambil berharap agar terus cemerlang di masa akan datang.
25 Nov 18
72
Empty Image
Bajet 2019 : Pelaburan TSV Dijangka RM13 Bilion
"Pelaburan TSV dijangka RM13 Bilion."-Dr Ahmad Samsuri KUALA TERENGGANU, 26 November - Taman Industri seluas 4,000 hektar di Lembah Silika di Jambu Bongkok, Marang dekat sini dijangka akan menarik pelaburan sebanyak kira-kira RM13 bilion, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata, kerajaan negeri sedang membangunkan Terengganu Silica Valley (TSV) di kawasan tersebut dan dijangka melibatkan kos sebanyak RM200 juta termasuk pembangunan infrastruktur asas peringkat pertama."Ini tidak termasuk kos penyaluran paip gas asli yang akan dibuat oleh pihak Petronas Gas dari Santong (Paka, Dungun) ke Tapak Projek," katanya ketika membentang Rang Enakmen Perbekalan 2019 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Udangan Negeri (DUN) Ke 14 di sini semalam.
25 Nov 18
58
Empty Image
Bajet 2019: RM15 Juta Perkaya Sumber Laut Terengganu
Menteri Besar menunjukkan buku Bajet Terengganu 2019.KUALA TERENGGANU, 25 November - Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM15 juta untuk memperkaya sumber perikanan dengan program melabuhkan tukun dan unjam tiruan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peruntukan itu termasuk sebuah bilik sejuk (cold room) dan tempat membaiki bot di kawasan Marang."Aspek kebajikan masyarakat nelayan turut menjadi keutamaan negeri. Bagi melaksanakan hasrat ini, penempatan semula nelayan di Besut, Setiu dan Kemaman."Selain itu, Skim Bantuan Modal Tani iaitu pinjaman tanpa faedah diwujudkan bagi membantu golongan sasar seperti nelayan, peladang dan penternak selain menyediakan kursus dan latihan percuma buat mereka," katanya.Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan Enakmen Perbekalan (Bajet) 2019 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Sebanyak RM1.5 juta juga disediakan untuk proses kajian hidrologi bagi memperdalam dan menaik taraf Pelabuhan Perikanan Chendering.Dr. Azman Ibrahim.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim menyatakan antara ancaman utama sumber laut negeri itu adalah pencerobohan nelayan asing."Laut kita sepanjang 244 kilometer (km) dengan Zon Ekonomi Eksklusif 88,000 km persegi menyukarkan kawalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)."Kita sentiasa berbincang dengan APMM dan berharap para nelayan menjadi penyampai maklumat sekiranya berlaku pencerobohan, kerana ia sangat membantu penguatkuasa," katanya.Selain itu beliau berkata, program melabuhkan unjam dan tukun dapat membantu nelayan mendapatkan hasil laut ketika musim tengkujuh."Tujuan pelabuhan unjam adalah bagi mewujudkan kawasan 'rumah baru' bagi hidupan laut. "Kita letakkan pada jarak lima batu nautika supaya nelayan boleh mendapatkan hasil laut secara berterusan dan tidak perlu pergi jauh pada musim tengkujuh," katanya.
25 Nov 18
135
Empty Image
Bajet 2019 : Terengganu Tunai 12 Janji Manifesto PRU14
Dr Ahmad Samsuri berucap membentangkan Bajet 2019 di DUN Terengganu hari ini.  KUALA TERENGGANU, 25 November - Kerajaan negeri telah menunaikan sebanyak 12 janji manifesto pilihan raya umum ke 14 (PRU14) dan dijangka seluruh baki janji itu akan dilunaskan dalam masa lima tahun secara berperingkat.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi kerajaan negeri menunaikan manifesto merupakan satu tanggungjawab dan komitmen yang harus dilunaskan."In Sya Allah kerajaan negeri akan menunaikan semua manifesto seperti yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang secara berperingkat," katanya ketika membentangkan Enakmen Perbekalan 2019 (Bajet Negeri Terengganu 2019) dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Antara janji manifesto yang akan ditunaikan ialah mengagihkan kad sejahtera bernilai RM500 setahun kepada setiap keluarga daripada golongan miskin dan menyediakan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan dengan peruntukkan sejumlah RM17 juta.Ia akan dilaksanakan tahun depan bagi meringankan beban rakyat Terengganu yang miskin dan berpendapatan rendah, kata Menteri Besar."Kad ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta," jelasnya.MB (tengah) bergambar bersama Exco Kerajaan Terengganu selepas selesai Pembentangan Bajet 2019 di DUN Terengganu hari ini.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk membina rumah-rumah rakyat di bawah skim Projek Perumahan Terengganu-ku Sejahtera (PPTS) dan projek Rumah Mampu Milik (RMM)."Kerajaan negeri memahami antara dilema masyarakat pada hari ini ialah pemilikan rumah. Wal hal, rumah adalah keperluan (dhoruriyat) dalam kehidupan manusia sekaligus peruntukan tersebut dibuat untuk tujuan murni ini," jelas Dr Ahmad Samsuri.Katanya, dalam usaha untuk mendorong lebih ramai terlibat menunaikan fardhu kifayah umat Islam, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan elaun bulanan kepada juru mandi jenazah dan pembantunya sebanyak RM100.Kerajaan negeri turut menyediakan khairat kematian sebanyak RM2,000 bagi juru mandi dan pembantunya yang telah berkhidmat lebih dari lima tahun manakala RM1,000 bagi yang berkhidmat kurang daripada lima tahun.Selain itu menurut beliau elaun juru nikah juga akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan."Semua inisiatif ini akan dilaksanakan dengan peruntukan RM1.3 juta," jelas beliau lagi.
25 Nov 18
93
Empty Image
Bajet 2019 : RM2.015 Bilion 'Bajet Berimbang'
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semasa membentangkan Bajet Terengganu 2019 hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2.015 bilion tahun depan sebagai 'bajet berimbang' melebihi RM1.996 bilion tahun sebelum ini bagi melaksanakan teras serta strategi Bajet Terengganu yang ditetapkan."Bagi tahun depan kita menjangkakan akan memperoleh hasil berjumlah RM2.015 bilion menjadikan bujet tahun 2019 merupakan bajet berimbang."Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM66.93 juta merupakan Hasil Cukai, RM203.53 juta adalah Hasil Bukan Cukai dan RM1.745 bilion merupakan Terimaan Bukan Hasil," katanya ketika membentang Enakmen Perbekalan 2019 (Bajet Negeri Terengganu 2019) dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Katanya, secara perinciannya, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus."Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2.015 bilion tahun depan sebagai Bajet Berimbang."- Dr Ahmad Samsuri.Daripada jumlah tersebut kata beliau sebanyak RM600 juta akan dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk Perbelanjaan Pembangunan."Ia termasuk RM186.2 juta untuk projek bayaran tertangguh (deferred payment) dan bayaran berjadual (scheduled payment). Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta kepada Kumpulan Wang Bekalan Air," jelas beliau.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, di bawah peruntukan Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM86.025 juta atau 4.27 peratus akan diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan sebagaimana yang termaktub secara khusus menurut undang-undang, manakala sejumlah RM1.929 bilion atau 95.73 peratus pula diperuntukkan untuk Perbelanjaan Perbekalan.Barisan Exco Kerajaan Terengganu mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar (tengah) atas pembentangan bajet 2019 di DUN Terengganu pagi tadi. Menurutnya, di bawah peruntukan Perbelanjaan Bekalan pula, sebanyak RM285.47 juta untuk emolumen, RM197.1 juta untuk Perkhidmatan dan Bekalan, RM24.98 juta untuk Aset, RM1.42 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM1.16 juta untuk Perbelanjaan lain-lain.Beliau berkata, di bawah komponen Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sejumlah RM600 juta adalah caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan, RM230 juta diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun dan Pelbagai agensi."Sebanyak RM184 juta diperuntukkan bagi pemberian kepada jabatan-jabatan kerajaan dan RM400 juta pula diperuntukkan bagi pelbagai program di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan yang akan memberi impak secara langsung kepada rakyat," jelasnya lagi.Sementara itu Dr Ahmad Samsuri menjelaskan bahawa perancanaan bajet itu disokong oleh empat teras utama termasuk Teras Pertama, Keberkatan, Teras Kedua (Kemajuan), Teras Ketiga (Kebajikan) dan Teras Keempat (Kecekapan).Sementara teras tersebut akan diperkukuhkan dengan lapan strategi pelaksanaan termasuk, mengukuhkan prinsip Islam, mewujudkan polisi patuh syariah, membangun kualiti modal insan, merancakkan pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan insitusi keluarga dan masyarakat, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan menerapkan nilai integriti dan ketelusan.
25 Nov 18
176
Empty Image
Bajet 2019 : Pemakaian Atlet Terengganu Patuh Syariah
Wan Sukairi.KUALA TERENGGANU, 25 November - Kerajaan negeri menyambut baik hasrat Presiden Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan, Datuk Seri Ahmad Ismail yang mewajibkan semua pemain sepak takraw menutup aurat bermula April 2019.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang berusaha melaksanakan pematuhan syariah dalam pembangunan sukan negeri."Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah pelantikan Mufti negeri, Dato' Dr. Zulkifly Muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk memberi nasihat dan panduan dalam pelaksanaannya."Untuk permulaan, semua pemain beragama Islam di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam sebarang pertandingan samada di dalam atau luar Terengganu," katanya.Beliau memaklumkan hal itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Ke-14, hari ini.Beliau bagaimanapun menyatakan atlet luar dari Terengganu tidak tertakluk kepada peraturan itu."Kita mahu memberi kesedaran dahulu kepada semua tanpa ada unsur paksaan sehingga suatu masa yang ditetapkan," katanya.Negeri juga akan menggariskan panduan berpakaian kepada atlet bukan Islam. "Setakat ini, kita tiada garis panduan lagi. Perbincangan akan dilakukan untuk kita tetapkan panduan ini," katanya.Wan Sukairi mengingatkan bahawa bukan pakaian yang menghalang prestasi atlet, sebaliknya bakat dan kesungguhan.
25 Nov 18
60
Empty Image
Bajet Terengganu 2019 : Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera Sebagai Tema
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mesyuarat Penggal Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet), hari ini. Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU, 25 November - Bajet Negeri Terengganu 2019 yang dibentangkan pada hari ini mengangkat tema “Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera” yang berasaskan kepada kepentingan dan keperluan rakyat di negeri ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tema tersebut bertepatan dengan kalam Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf ayat ke-96 sebagai prinsipnya, diharmonikan bersama pandangan rakyat serta mengambil kira perkembangan ekonomi semasa seterusnya ke arah memenuhi aspirasi Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS).Katanya, perencanaan bajet ini didokong oleh empat (4) teras utama yang menjadi tonggak kepada Bajet 2019 iaitu keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan."Teras pertama adalah keberkatan, teras kedua adalah kemajuan, teras tetiga adalah kebajikan manakala teras keempat adalah kecekapan."Semua teras tersebut akan diperkukuhkan dengan lapan (8) strategi pelaksanaan termasuklah pertama, mengukuhkan prinsip Islam, kedua, mewujudkan polisi patuh syariah, ketiga, membangunkan kualiti modal insan."Seterusnya keempat, merancakkan pertumbuhan ekonomi, kelima, mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat, keenam, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan."Ia juga akan diperkukuh dengan strategi ketujuh, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan kelapan, menerapkan nilai integriti dan ketelusan," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Enakmen Perbekalan Tahun 2019 (Bajet Terengganu 2019) pada Mesyuarat Penggal Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet), hari ini.Dalam tumpuan sama, menurutnya, Kerajaan Terengganu telah mengambil inisiatif melancarkan laman sesawang e-bajet dan menganjurkan bengkel Cadangan Bajet Rakyat Terengganu (CBRT) di setiap daerah bersama dengan semua pemegang taruh 9 ucapan Bajet 2019 (stakeholders) yang berkaitan."Pendekatan ini telah berjaya menarik penglibatan aktif semua lapisan masyarakat dan rakyat terutamanya dari kalangan kumpulan profesional dan bukan profesional untuk turut memberikan idea dan mengetengahkan aspirasi mereka dalam merangka bajet kali ini."Natijahnya, sebanyak 2,260 cadangan rakyat telah diperhalusi dan diterjemahkan mengikut keutamaan dalam bajet kali ini. Justeru, saya mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam proses penggubalan Bajet Negeri Terengganu 2019."Setiap pandangan rakyat sangat dihargai dan diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan negeri," ujarnya.
24 Nov 18
40