lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Bajet 2019: Terima Kasih Tun M Teruskan Projek Tertangguh-MB
KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas keprihatinan beliau menyediakan peruntukan untuk meneruskan beberapa projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang tertangguh sebelum ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terdapat lapan projek di bawah JPS akan dilaksanakan bagi tahun 2019 yang sebelum ini ditangguhkan oleh Kementerian Kewangan oleh sebab tertentu. “Projek-projek berkenaan adalah Rancangan Tebatan Banjir Kemasik dengan anggaran RM60 juta, Rancangan Tebatan Banjir Guntong Luar (RM5 juta) serta Rancangan Tebatan Banjir Gong Kiat (RM7 juta).“Juga Rancangan Tebatan Banjir Kuala Terengganu Utara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kawasan sekitar (RM10 juta), Pembangunan Sungai Bersepadu Kemaman (RM300 juta), Projek Muara Sungai Setiu (RM150 juta), Projek Muara Sungai Merchang (RM43 juta) dan Projek Menaik Taraf Air Taman Rakyat Dungun (RM1. 5 juta),” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Dr. Samsuri berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan diatas pertimbangan yang sedemikian dan berharap semua projek tersebut dapat dilaksanakan dengan efisien untuk kepentingan rakyat negeri ini khususnya.
28 Nov 18
154
Empty Image
Bajet 2019: Cadang Bina 1,848 Unit RMM Di Enam Lokasi
KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan negeri merancang untuk membina 1,848 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di enam lokasi terpilih di negeri ini mulai tahun depan .Lokasi yang dicadangkan adalah di Kuala Abang, Dungun dengan pembinaan 310 unit RMM, Mak Kemas, Marang (210) Pulau Kerengga, Marang (396), Bukit Puteri, Besut (300), Bukit Gasing, Marang (190) dan Gong Medang, Besut (400).Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pihaknya menghantar senarai kawasan cadangan pembinaan RMM kepada kerajaan Pusat.Katanya,  sekiranya dipersetujui, projek yang mengutamakan penduduk berpendapatan rendah itu akan dimulakan awal tahun depan dan dijangka siap dua tahun kemudian.“Kita juga berharap agar dengan adanya rumah ini,  ianya dapat menyelesaikan sebahagian besar keperluan perumahan selain sebanyak 710 buah rumah dibina di bawah kerajaan negeri dan swasta."Kita juga menjangkakan empat daerah yang kini dalam proses pembinaan sebanyak 2,151 unit RMM diselesaikan di mana yang akan disiapkan dalam masa terdekat di Seri Bandi, Kemaman dan Pulau Redang, Setiu,"katanya.Menurutnya lagi, sekiranya projek pembinaan itu berjalan dalam tempoh yang ditetapkan, Terengganu akan mempunyai  5,000 unit RMM dalam tempoh dua tahun ini.Mengulas lanjut, Dr Alias berkata, kerajaan negeri merancang membina RMM di setiap daerah yang sepenuhnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri (PMINT) dan KPKT."RMM 100 peratus dibuat oleh agensi di bawah negeri dan Pusat, lain-lain adalah rumah yang dibuat dengan kerjasama pemaju dan pihak swasta."Kriterianya mestilah jumlah permohonan di kawasan terlibat dan tapak tanah yang telah siap ditambun,"
28 Nov 18
97
Empty Image
Bajet 2019: Pasir Silika Mampu Hasil Baju Kesihatan
KUALA TERENGGANU, 28 November- Industri silika dilihat bakal menjadi sektor pelaburan yang berdaya tinggi baharu di Terengganu apabila ramai pelabur menunjukkan minat  termasuk dari Taiwan yang menyatakan persetujuan menjadikan pasir silika sebagai bahan utama dalam pembuatan baju kesihatan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’  Tengku Hassan Tengku Omar berkata, keistimewaan baju kesihatan itu mengesan pelbagai penyakit termasuk demam.Katanya, perkara itu semakin positif apabila Kedutaan Taiwan menghantar pasukan khas ke Terengganu untuk kajian mendalam mengenai perkara itu .“Kerajaan akan membuat susulan mengenainya agar benar-benar memberi faedah kepada ekonomi Terengganu, termasuk peluang pekerjaaan kepada rakyat.“Manakala, pelabur negara lain mahu membina hotel bertaraf lima bintang di salah sebuah pulau yang menawarkan kadar sewa antara RM3,000 hingga RM4,000 semalam,”katanya.Beliau berkata demikian  ketika menjawab soalan Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS-Batu Buruk) dalam sesi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Dalam perkembangan yang sama, Tengku Hassan memberitahu industri silika di Terengganu berpotensi terus berkembang baik, apabila pihaknya turut didatangi pelabur dari Arab Saudi dan Bangladesh tiga hari lalu, yang turut menyatakan kesudian untuk melabur.“Namum begitu, kerajaan tetap mengambil pendekatan berhati-hati kerana bimbang ditipu. Pengalaman sebelum ini, ada pelabur yang  menyatakan persetujuan dan sudah pun menandatangani penjanjian, menarik diri di saat akhir.“Keadaan itu pastinya merugikan kerajaan kerana sebaik persetujuan dibuat kerajaan bersetuju menyediakan tapak industri dengan membelanjakan peruntukan RM13 juta. Mengelak daripada perkara itu berulang, kerajaan akan mengenakan syarat-syarat tertentu kepada pelabur,”katanya.
27 Nov 18
224
Empty Image
Bajet 2019 : Kerajaan Negeri, JPS Jalin Kerjasama Atasi Hakisan Pantai Kampung Kolam
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan negeri melalui kerjasama Jabatan Pengaliran Dan Saliran (JPS) akan melaksanakan projek menambak dan membaik pulih pantai yang bernilai RM500 ribu bagi menggantikan projek pengawalan hakisan pantai di Pantai Kampung Kolam, Pengkalan Maras, Seberang Takir yang dibatalkan oleh Kerajaan Pusat.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri,  Dr. Mamad Puteh berkata, usaha itu sebagai antara persediaan kerajaan negeri berdepan risiko hakisan pantai di kawasan berkenaan yang dijangka lebih parah pada tahun ini.Katanya, keputusan pembatalan projek berkenaan adalah selaras dengan dasar Kerajaan Pusat apabila berlaku pertukaran pentadbiran menyebabkan projek yang belum dilancar serta baharu 15 peratus pembinaan itu, perlu kajian semula secara menyeluruh oleh JPS melibatkan keberkesanan kos berikutan kekangan kewangan Kerajaan Pusat masa kini."Projek ini yang memakan belanja RM90 juta yang dijangka dilaksanakan pada 2019 telah dibatalkankan atas alasan justifikasi kewangan peringkat pusat."Namun sebagai persediaan awal, kerajaan negeri akan teruskan usaha untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 ribu melalui hasil rundingan bagi melaksanakannya dengan segera supaya masalah hakisan sepanjang 500 meter ini dapat diatasi atau dikurangkan,"ujarnya.Terdahulu beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Hishamuddin Abdul Karim  (PAS-Tepuh).Menurutnya lagi, pihaknya juga akan meneruskan pelaksanaan projek kawalan hakisan dalam skala yang kecil bagi membendung masalah yang membelenggu penduduk di kawasan lain apabila menjelang musim tengkujuh.
27 Nov 18
105
Empty Image
Terengganu Kekalkan Ketenteraman Antara Kaum
KUALA TERENGGANU, 28 November - Kerajaan negeri menyokong penuh kenyataan rasmi Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Keharmonian dan Ketenteraman Awam Diutamakan’ susulan  insiden Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, USJ Subang Jaya, kelmarin. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar  berkata, walaupun kejadian ini berlaku di luar Terengganu, namun ia memberi kesan emosi dan psikologi kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.Tambahan pula, pada zaman digital dan teknologi setiap perkara boleh disebarkan dengan pantas melalui media sosial tanpa mengetahui kesahihannya. "Saya menyeru semua rakyat Terengganu agar bertenang dan kekalkan keharmonian sedia ada. Elakkan membuat provokasi dan menulis komentar negatif di media sosial yang boleh menjejaskan ketenteraman. "Patuhi arahan pihak keselamatan kerana saya percaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat menangani isu ini dengan bijaksana,"katanya dalam saru kenyataan kepada media, hari ini.Dr Samsuri juga menyeru semua rakyat Terengganu untuk bersama mendoakan mangsa yang tercedera termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PB Mohammad Adib bin Mohd Kassim agar cepat sembuh.
27 Nov 18
32
Empty Image
Bajet 2019 : Penurunan Kadar Kunjungan Ke Tasik Kenyir Bersebab - Ariffin
Ariffin (kiri) berucap menggulung perbahasan Enakmen  Perbekalan 2019 di DUN Terengganu semalam.KUALA TERENGGANU, 28 November - Penurunan kunjungan pelancong ke Tasik Kenyir sebanyak 3.9 peratus tahun ini berbanding tahun lalu berpunca dari empat perkara termasuk Tahun Melawat Terengganu, Bola Sepak Piala Dunia, Pilihan Raya Umum ke 14 dan ketibaan Bulan Ramadhan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, data kunjungan itu menurun dikira dari Januari sehingga Oktober, berjumlah 637,309 orang tahun ini berbanding 663,084 orang tahun lalu."Ini bererti sejumlah 25,775 orang dengan kadar 3.9 peratus penurunan kehadiran, berlaku tahun ini berbanding tahun lepas."Dan inilah faktor utama yang menyebabkan data kunjungan pelancong tahun ini tidak sama dengan data tahun 2017," ujarnya.Katanya, tahun lalu kerajaan melancarkan Tahun Melawat Terengganu sudah tentu kujungan pelancong ke negeri ini meningkat.Tahun ini kata beliau, ada Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia sudah pasti ramai yeng menumpukan perhatian kepada perlawanan bertaraf antarabangsa itu sekaligus tidak ramai yang keluar rumah pergi melancong. Lagi pun katanya, tahun ini negara menghadapi demam PRU14 dan Bulan Ramadhan sudah pasti membataskan pergerakan orang ramai dari mengadakan aktiviti luar rumah termasuk melancong dan sebagainya.Beliau berkata demikian ketika menggulung Perbahasan Enakmen Perbekalan 2019 di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat menjawab persoalan ADUN Telemong, Dato' Haji Rozi Mamat mengenai kadar berkenaan ketika membahas rang enakmen tersebut kelmarin.Ariffin berkata, walaupun begitu data kunjungan pelancong ke tasik itu meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2016."Pada tahun 2016, pengujung ke Tasik Kenyir hanya berjumlah 413,000 orang berbanding tahun ini yang berjumlah 637,309 orang," jelasnya.Dalam pada itu kerajaan dimaklumkan bahawa penjualan 'House Boat' di Tasik Kenyir mengalami peningkatan sebanyak 10 peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya."Ini menunjukkan di Tasik Kenyir masih lagi ada produk-produk pelancongan yang semakin meningkat jualannya berbanding sebelum ini termasuk penjualan House Boat," jelasnya lagi.
27 Nov 18
55
Empty Image
Bajet 2019 : Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring Siap Tahun 2020
Dr Mamad (kiri) berucap menggulung perbahasan Enakmen Perbekalan 2019 di DUN Terengganu semalam.KUALA TERENGGANU,  27 November - Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring, Kuala Nerus dekat sini dijangka siap pada tahun 2020 lewat setahun dari tarikh sebenar. Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Dr Mamad Puteh berkata,  projek tersebut diluluskan pada tahun 2015 dan dijangka siap pada tahun hadapan. "Sekarang ini sepatutnya projek itu siap dalam kemajuan sekitar 64.79 peratus tetapi kesiapan sebenarnya sebanyak 62.62 peratus, kemajuannya negatif 2.17 peratus sahaja (lewat 31 hari)," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2019 di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Dr Mamad (tengah) ketika membuat  lawatan kerja ke ke Tapak Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring,  Kuala Nerus baru-baru ini.Projek itu lewat disiapkan kerana 120 lot tanah belum dibayar.Masalah bayaran pengambilan balik tanah untuk projek berkenaan dijangka akan selesai tidak lama lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Tepoh,  Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dalam soalan lisannya sebelum itu bertanyakan tentang status bayaran tersebut.Baru-baru ini,  Dr Mamad telah membuat lawatan kerja ke tapak projek berkenaan untuk mengetahui kemajuan dan permasalahan yang dihadapi.Ketika dihubungi Dr Mamad yang juga ADUN Kuala Berang menjelaskan bahawa projek tersebut menelan belanja RM87 juta.Projek itu dimulakan pada 15 Mac 2015 dan tarikh asal siap ialah 11 Mac 2018.Ia dilanjutkan ke tarikh baru iaitu 16 September 2019 (selama 583 hari) kerana belum selesai pengambilan balik tanah.Kontraktor bagi projek ini ialah GPQ Sdn Bhd .Dr Mamad berkata jumlah keseluruhan pengambilan balik tanah ialah 232 lot. Pejabat Tanah telah selesai siasat sebanyak 211 lot tanah.Sebanyak 91 lot tanah telah selesai dibuat pembayaran manakala 120 lot lagi belum selesai dibayar.Sementara 22 lot tanah lagi ditangguhkan kerana terlibat dengan perubahan rekabentuk 'West Bund' No. 2.Penyelesaian pembayaran 120 lot tanah itu memerlukan peruntukan sebanyak RM16.9 juta.Dilaporkan bahawa seramai lebih 300 penduduk di kampung berkenaan bimbang kawasan perumahan mereka ditenggelami air ketika musim banjir. Mereka dilaporkan trauma dan bimbang jika banjir besar di kampung berkenaan berulang lagi sebagaimana tahun 2014.
27 Nov 18
858
Empty Image
Bajet 2019 : Veterinar Diarah Buat Pemutihan Padang Ragut
KUALA TERENGGANU, 27 November- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu diarahkan melakukan pemutihan keperluan padang ragut dan manfaatnya untuk  kegunaan haiwan ternakan di seluruh negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata,  kerajaan negeri mengenal pasti banyak padang ragut di negeri ini mengikut pe­wartaan tanah yang ada dan tidak digunakan sepenuhnya.“Sebab itu kita minta pihak Veterinar membuat pemutihan semula secara besar-besaran bersesuaian dengan jumlah ternakan yang ada kerana berdasarkan tinjauan mendapati ada rezab yang disalah gunakan."Contohnya di Setiu, kita ada 17 padang ragut yang mana tidak digunakan semaksimanya dan disalah gunakan untuk tujuan lain," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Menurut Dr Azman, pada awalnya petani memohon pajakan tanah untuk integrasi perladangan dan penternakan, namun sebaik diluluskan, mereka tidak melaksanakan sebarang aktiviti sepatutnya."Bukan sahaja lembu, najis lembu pun tiada. Mereka mohon pajakan tanah hendak buat padang ragut tetapi setelah dapat, mereka tanam sawit."Pihak kami juga dapati ada rezab padang ragut yang keluasan 60 hektar tapi cuma guna empat hektar dan ada juga yang 100 hektar tapi guna untuk padang ragut sebanyak sepuluh hektar serta banyak lagi penyalahgunaan,"kata beliau lagi.
27 Nov 18
308
Empty Image
Bajet 2019 : Tiga Ahmad Berpadu Tuntut Royalti Terengganu
Dr. Samsuri bersama dua mantan menteri besar, Razif (kiri) dan Ahmad (kanan).KUALA TERENGGANU, 27 November - Dua mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Dato’ Seri Ahmad Said menyatakan hasrat untuk membantu Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendesak Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan baki royalti yang dianggarkan bernilai RM400 juta hingga RM500 juta.Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir  berkata, wang ehsan atau royalti merupakan perkara yang sensitif kepada rakyat Terengganu.“Kebiasaannya pada tahun-tahun yang lalu, kerajaan negeri akan menerima jumlah sepenuhnya pada bulan Oktober."Kini, sudah penghujung November dan baki anggaran sekitar RM500 Juta belum diterima lagi.“Kita melahirkan rasa bimbang kerana Bajet 2019 yang diumumkan berasas kepada sumber ini,” katanya kepada media selepas sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Ahmad Razif.Beliau menggesa sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk rundingan bersama Kerajaan Persekutuan sebagai satu lagi medium penyelesaian. “Kita perlu bersama-sama dalam hal ini termasuklah bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, bekas ADUN Bandar dan bekas ADUN Batu Buruk yang sentiasa mengemukakan perkara ini sejak dahulu.“Malah, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang kini menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu bersama kerana beliau mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya yang merujuk kepada Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.    Sementara itu, Ahmad Said (BN-Kijal) pula menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menghormati perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini.“Kita mesti akur dengan perjanjian royalti minyak yang telah dipersetujui kedua pihak sejak dahulu.Ahmad Said.“Walaupun hakikatnya, kadar lima peratus itu tidak adil kepada kita tetapi kita tetap menerima perjanjian yang telah ditandatangani dan berharap Kerajaan Persekutuan juga sama dalam hal ini.“Saya telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama kerajaan negeri dalam hal ini. Namun, keputusannya terserah kepada Menteri Besar,” katanya.Dr. Samsuri menyambut baik hasrat mereka dan memutuskan untuk merangka jawatankuasa yang akan diperincikan selewat-lewatnya sebelum akhir Disember."Kita sebagai pemimpin perlu bersatu dalam memenuhi hak rakyat dan kerjasama ini merupakan politik matang dan sejahtera yang kita inginkan," katanya.
27 Nov 18
138
Empty Image
Bajet 2019 : Suntikan RM15 Juta Untuk Usahawan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) memperuntukkan kira-kira RM15 juta tahun depan  untuk disalurkan kepada usahawan khususnya Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh Terengganu bagi melaksanakan pelbagai perniagaan. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada individu yang benar-benar layak dan berpotensi tanpa mengira fahaman politik.Katanya, berdasarkan perkembangan itu, golongan yang mahu menjana pendapatan dan ekonomi keluarga  sewajarnya  mengambil peluang untuk memajukan perniagaan masing-masing sehingga mampu memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.“Kerajaan bersedia membantu golongan IKS dengan mencari pembekal, pemborong dan pengimport untuk memperluaskan pasaran produk sehingga ke pelbagai negara.“Terbaru, ada dua pengimport yang tinggal di Australia dan Arab Saudi bersetuju membeli pelbagai produk rempah Terengganu dalam jumlah yang agar besar untuk pasaran dan dibekalkan kepada peniaga restoran di negara itu.“YPUT akan memainkan peranan berkaitan itu untuk mendapatkan rempah-rempah berkualiti daripada usahawan terpilih, termasuk produk rempah keluaran Adeq Sue Resources Sdn. Bhd,” katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini mengingatkan golongan belia terutama lepasan universiti di negeri ini agar tidak memilih negeri untuk bekerja.Beliau berkata, terdapat rungutan daripada wakil syarikat terkemuka dari Selangor, Kedah, Johor dan Pulau Pinang mengenai sikap penduduk Terengganu yang enggan bekerja di luar Terengganu.“Ramai anak muda datang dalam sesi temuduga, tetapi apabila ditawarkan untuk bekerja dalam sektor tertentu di luar Terengganu, ramai yang menolak tawaran berkenaan.“Sikap seumpama ini perlu dibuang sekiranya mahu memajukan diri dalam pelbagai bidang,”katanya..   
27 Nov 18
48