Artikel "Utama" Terkini
Bajet 2019 : Kerajaan Negeri Cakna Isu Alam Sekitar
KUALA TERENGGANU, 29 November 2018 - Kerajaan Negeri Terengganu prihatin kepada masalah alam sekitar dan akan memastikan keindahan alam semula jadi dan pantai serta taman negeri sentiasa terpelihara.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, isu pencemaran mikro plastik akan diberi perhatian bagi mengekalkan kecantikan pesisir pantai. “Kita menerima hakikat bahawa Terenganu merupakan negeri yang sangat cantik terutamanya mempunyai persisiran pantai sepanjang 244 kilometer (km) dan pulau-pulau yang begitu indah serta antara terbaik di Malaysia.“Sudah tentu sebahagian bajet RM4 juta yang diperuntukkan untuk kebersihan akan melibatkan isu-isu kebersihan dan pencemaran mikro plastik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wakil Kuala Besut pada Persidangan Kedua Penggal Pertama Keempat Belas Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.Oleh itu, beliau akan berbincang dengan semua pihak untuk menyelesaikan perkara berkaitan dengan melibatkan semua lapisan masyarakat sehinggalah ke peringkat paling bawah iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Menurutnya, kerajaan bukan sahaja melantik syarikat yang tertentu untuk menjaga kebersihan termasuk pantai dan pulau tetapi juga melibatkan komuniti untuk tahun hadapan.Sehubungan itu, beliau menegaskan Tanah Becah Setiu (Setiu Wetland) sebagai khazanah yang sangat penting dan bernilai yang akan dipelihara untuk generasi akan datang.Oleh itu, kata beliau, kerajaan akan meningkatkan usaha memastikan taman negeri itu relevan dan mampan.“Usaha sedang diadakan dengan menanam beribu-ribu pokok dan kita akan buat pelbagai program dan siapkan prasarana dalam masa terdekat. Antaranya medan ikan bakar, pusat pelancongan dan jeti."Mungkin sekarang kita tidak merasa hebatnya Setiu Wetland tapi pada saya untuk generasi akan datang, suatu peninggalan yang sangat bernilai kepada kerajaan negeri dan masyarakat amnya,” jelasnya.Justeru kata beliau, kerajaan sedang melakukan audit bagi kesemua 200 pusat-pusat pelancongan di seluruh negeri.“Kami akan pergi ke setiap daerah bertemu dengan pihak berkenaan dan mengenal pasti masalah. Paling kurang kita luluskan dalam bajet sebanyak RM2 juta untuk penambahbaikan pusat pelancongan,” tambah beliau.
29 Nov 18
34
Nuridah Calon Ahli Dewan Negara Wakili DUN Terengganu
Nuridah Mohd Salleh KUALA TERENGGANU, 29 November - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu meluluskan pemilihan Nuridah Mohd Salleh sebagai calon wanita untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara menerusi undian sebulat suara sebagai Senator selama tiga tahun berkuat kuasa bulan ini.Beliau menggantikan Engku Naemah Engku Taib yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara pada 5 November lalu.Nuridah, 57, berasal dari Kampung Padang Buloh, Pekan, Pahang yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Kuala Rompin dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Pengubatan Islam Darussyifa’.Beliau yang juga pendakwah bebas pernah tiga kali dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu dua kali sebagai calon parlimen di Rompin pada PRU13 dan Sungai Buloh pada PRU14 serta calon DUN Tahan pada PRU12.Ibu kepada 10 orang anak ini turut aktif dalam persatuan dan menyertai program keamanan seperti Misi Kemanusiaan Gempa Bumi di Lombok & Palu, Indonesia, Misi Kemanusiaan ke Syria, Myanmar, Bangladesh, Jerman dan Republik Czech, Misi Food Flotilla For Rohingya, Misi Dakwah di Pulau Krismas, Australia dan banyak lagi bagi menunjukkan wanita juga boleh memainkan peranan membawa suara keamanan kepada masyarakat dunia.Nuridah yang ditemui selepas persidangan DUN hari ini berkata, pencalonan ini merupakan satu penghormatan dan kepercayaan kepadanya bagi menjalankan tugas untuk menyuarakan hasrat kerajaan negeri di peringkat pusat."Saya juga sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada Zuraida sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili suara wanita."Ini suatu perkara yang sangat menggembirakan kami serta seluruh muslimat kerana sudah lama menantikan saat ini dan kami berharap dapat menjalankan tugas sebaiknya dengan sokongan dari semua pihak," katanya.
29 Nov 18
127
ADUN Wanita Untuk Semua - Zuraida
Zuraida Md Noor.KUALA TERENGGANU, 29 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama di Terengganu, Zuraida Md Noor menyatakan, pelantikannya hari ini membuktikan bahawa Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyedari kepentingan dan peranan wanita dalam kepimpinan untuk sama-sama menyumbang idea untuk pembangunan negeri."Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Undangan Negeri Terengganu atas pelantikan ini. Tugas ADUN Wanita bukan sekadar membawa isu berkaitan wanita dan kekeluargaan sahaja tetapi untuk berkhidmat kepada semua masyarakat."ADUN Wanita juga sebagai semak dan imbang (check and balance) kepada polisi kerajaan negeri. Ini kerana kami mempunyai pandang sisi berbeza sebagai seorang ibu, anak, isteri dan juga sebagai rakyat ke atas sesuatu isu," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini, mengulas tentang pelantikannya yang telah berlangsung di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Terengganu Keempat Belas (Bajet), hari ini.Menurutnya, beliau percaya wanita lebih dinamik dan holistik untuk membantu kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu rakyat."Dengan slogan 'ADUN Wanita Untuk Semua' insyaAllah akan berbakti untuk rakyat Terengganu sebaiknya demi agama, bangsa dan negara. Semoga dengan pelantikan ini akan menjayakan lagi agenda Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) ke arah Terengganu maju, berkat dan sejahtera," ujarnya.Kerajaan PAS Terengganu mencipta sejarah hari ini apabila melantik Zuraida sebagai ADUN wanita pertama di Terengganu.Zuraida, 38, yang juga Pengarah Ameerah negeri mengangkat sumpah memegang jawatan itu selama sepenggal bagi tempoh lima tahun, di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali.Pemilihan itu dibuat selaras dengan pelantikan ADUN yang termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004.Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri pertama di Semenanjung Malaysia melantik ADUN wanita yang membolehkan wanita yang tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum mewakili DUN untuk bercakap, berbahas dan mengemukakan soalan kepada DUN Terengganu, selain mempunyai hak yang sama seperti ADUN lain tetapi tidak boleh mengundi.
28 Nov 18
97
Terengganu Tubuh Jawatankuasa Tambah Baik Pengurusan Dewan
Yahaya Ali.KUALA TERENGGANU, 29 November - Kerajaan Terengganu menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan yang dianggotai tujuh orang ahli termasuk kerajaan dan parti pembangkang bagi menambahbaik sistem pengurusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.Yang Dipertua DUN Terengganu, Yahaya Ali berkata, buat julung kalinya jawatankuasa terbabit dibentuk di negeri ini.Katanya, jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh beliau itu dianggotai oleh enam orang lagi ahli jawatankuasa termasuk seorang dari kalangan Yang Berhormat pembangkang. Yahaya berkata, penubuhannya bagi membantu dari segi perancangan, pentadbiran dan pengurusan dewan secara lebih berobjektif.“Bukan saya kata dahulu tidak berobjektif tetapi biasanya dalam pengurusan dewan ini lebih kepada budi bicara pihak Yang Dipertua Dewan.“Tetapi apabila kita ada satu jawatankuasa terpilih seumpama ini yang melibatkan soal pentadbiran serta pengurusan dewan, ianya akan menambah baik peranan dewan itu sendiri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Terengganu Keempat Belas (Bajet), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Katanya, Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan juga bertanggungjawab dalam soal mengkaji dan membuat penambahbaikan berkait dengan peraturan tetap dewan.“Maknanya, untuk jangka panjang selepas ini dewan boleh memikirkan secara lebih jauh ke hadapan termasuk dalam konteks peranan ahli-ahli badan legislatif serta kebajikan ahli dewan.“Juga termasuk penambahbaikan yang perlu dibuat dengan program serta kursus yang lebih tersusun untuk pendedahan ahli dewan bagi menjadikan Dewan Terengganu antara yang terbaik insya-Allah,” ujarnya.
28 Nov 18
25
Landasan Terbaik Muslimat Jadi Calon PRU Akan Datang
Dr Ahmad Samsuri meneliti dokumen sejurus selesai majlis angkat sumpah ADUN wanita yang baharu Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 29 November - Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama Terengganu, Zuraida Md Noor bakal menjadi landasan terbaik untuk PAS Terengganu mengemukakan calon muslimat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu mempunyai ramai tokoh-tokoh wanita yang boleh diketengahkan sebagai calon ADUN dan mampu memenangi pilihan raya umum untuk menganggotai barisan kepimpinan negeri.“Pelantikan ini sebagai satu landasan untuk kita membina kepimpinan dan ketokohan wanita...Saya percaya wanita di Terengganu ramai tokoh yang mampu diketengahkan, namun atas sebab suasana demografi dan sebagainya di Terengganu menyebabkan mereka tidak menjadi calon pilihan raya.“Peristiwa pada hari ini (pelantikan ADUN) sebenarnya membuka ruang kepada wanita di masa akan datang untuk menjadi wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya. Jadi kita berharap ini merupakan satu permulaan yang menunjukkan keterbukaan kita supaya dapat membawa aspirasi semua golongan di Terengganu,” katanya.Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian sejurus selesai Sidang DUN di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Zuraida yang juga Pengarah Ameerah negeri mengangkat sumpah memegang jawatan itu selama sepenggal bagi tempoh lima tahun, hari ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Pemilihan itu dibuat selaras dengan pelantikan ADUN yang termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004.Ibu kepada tiga cahaya mata yang lahir tanggal 1 Ogos 1980 di Kuala Terengganu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tengku Bariah sebelum ke Terengganu Advanced Technical Institute (1998-2002) dalam Diploma In Manufacturing Engineering(Major in Tool & Die Design). Sebelum itu, Menteri Besar berkata, pelantikan itu akan menjadi sejarah baharu buat Terengganu dan mengharapkan isu wanita dan suara golongan hawa akan dibawa ke persidangan DUN untuk diselesaikan di peringkat negeri dan Pusat.“Kena faham konteks politik di Terengganu, di mana kehadiran ADUN wanita ini seingat saya tidak pernah berlaku sebelum ini dalam pilihan raya."Jadi pada kesempatan hari ini juga membuka ruang untuk wanita, bahawa wanita Terengganu juga mampu memberi hujah dan berperanan dalam DUN,"katanya.Mengulas mengenai situasi sidang DUN, beliau berpuas hati dengan perjalanan persidangan sepanjang lima hari sejak Ahad lalu yang berjalan lancar dan menonjolkan budaya politik baru apabila pihak kerajaan dan bukan kerajaan boleh berbincang bersama bagi mencari penyelesaian untuk rakyat.Beliau juga berharap situasi tenang dan positif yang turut ditonjolkan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri lain itu juga akan berterusan pada persidangan DUN akan datang.
28 Nov 18
44
Zuraida ADUN Wanita Pertama Terengganu
Zuraida Md NoorKUALA TERENGGANU 29 November - Kerajaan PAS Terengganu mencipta sejarah apabila melantik Zuraida Md Noor sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama di Terengganu.Zuraida, 38, yang juga Pengarah Ameerah negeri mengangkat sumpah memegang jawatan itu selama sepenggal bagi tempoh lima tahun, hari ini, di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali.Pemilihan itu dibuat selaras dengan pelantikan ADUN yang termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004. Zuraida dilahirkan pada 1 Ogos 1980 di Kuala Terengganu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tengku Bariah sebelum ke Terengganu Advanced Technical Institute (1998-2002) dalam Diploma In Manufacturing Engineering (Major in Tool & Die Design). Beliau kemudian menyambung pelajaran di Open University Malaysia dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.Zuraida ketika mengangkat sumpah sebagai ADUN Wanita di Sidang Dewan Undangan Negeri, hari iniIbu kepada tiga cahaya mata berusia antara 12 hingga 18 tahun, mula berkhidmat sebagai Pensyarah Di Akademi Caddcam pada 2002-2007 dalam bidang Expert in Computer Aided Design & Computer Aided Manufacturing) Software: AutoCAD & IDEAS.Beliau mula terlibat secara serius dalam organisasi PAS bermula 2007 juga aktif menyertai Misi Kemanusiaan di Kem Pelarian Rohingya Cox’s Bazar, Bangladesh; Misi Kemanusiaan di Kem Pelarian Rohingya di Acheh; Misi Dakwah di Sarawak serta Misi Korban dan Aqiqah di Kemboja.Zuraida ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah berkata, pelantikan ini menjadi satu pengiktirafan cukup besar kerajaan negeri kepadanya yang mewakili golongan wanita untuk sama-sama menyumbang idea kepada pentadbiran dan pembangunan negeri.“Ini satu penghormatan dan kepercayaan dalam memartabatkan wanita dalam kepimpinan bagi membawa isu berkaitan wanita dan kekeluargaan, selain berkhidmat untuk semua masyarakat.“Kami percaya wanita lebih dinamik dan holistik untuk membantu kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu rakyat dengan slogan ‘ADUN Wanita Untuk semua’ demi agama, bangsa dan negara,”ujarnyaUntuk rekod, Terengganu merupakan negeri pertama di Semenanjung Malaysia melantik ADUN wanita yang membolehkan wanita yang tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum mewakili DUN untuk bercakap, berbahas dan mengemukakan soalan kepada DUN Terengganu, selain mempunyai hak yang sama seperti ADUN lain tetapi tidak boleh mengundi.
28 Nov 18
885
RM80.01 Juta Kutipan Hasil Hutan Terengganu
Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUALA TERENGGANU, 29 November - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kutipan hasil perhutanan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2017 hingga 2018 adalah berjumlah RM80.01 juta.Katanya, ini termasuk kutipan hasil tahun 2018 sebanyak RM44.43 juta manakala selebihnya RM35.59 juta, tahun sebelumnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman di sini.ADUN Sura itu dalam soalan bertulisnya ingintahu tentang kutipan hasil perhutanan yang diperolehi Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2017 hingga 2018.
28 Nov 18
59
Kerajaan Tangani Gejala Sosial Remaja Terengganu
"Gejala sosial di kalangan remaja Terengganu ditangani dengan baik." -Dr Ahmad Samsuri (kanan).KUALA TERENGGANU, 29 November - Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bagi menangani masalah keruntuhan akhlak serta gejala sosial di kalangan remaja melalui pelbagai jabatan kerajaan.Ini termasuk melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Yayasan Islam Terengganu (YIT).Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, JHEAT melalui Bahagian Undang-undang Keluarga melaksanakan beberapa program untuk tujuan tersebut termasuk Program Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS).Menteri Besar berkata, bahagian itu juga mewujud dan memperkasakan Modul Keluarga Sakinah yang bersepadu dan praktikal melalui program kursus perkahwinan Islam, Ziarah Mahabbah dan Bimbingan Islam kepada Pesakit-pesakit di Wad Hospital seluruh Daerah di Negeri Terengganu dan lain-lain.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sebanyak empat program untuk tujuan tersebut juga dilaksanakan oleh Bahagian Dakwah JHEAT termasuk mewujudkan kelas Agama Islam Terengganu (SPAIT), menempatkan seramai 260 orang muallim dan 56 pegawai Daie bagi mengimarahkan masjid dan suaru di seluruh negeri Terengganu, membuka kelas Tafaqquh Fiddin, kursus kefahaman Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan menerbitkan bahan bercetak untuk pelajar dan masyarakat awam."Perbelanjaan bagi aktiviti ini untuk tahun 2018 adalah sebanyak RM309,000," jelas beliau.Menurut Dr Ahmad Samsuri berkata Bahagian Penguatkuasaan JHEAT juga melaksanakan enam program termasuk Seminar Pencegahan Jenayah Syariah kepada Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu.Kursus Pencegahan Jenayah Syariah kepada Pelajar Sekolah bagi Daerah Setiu 2018, Forum Ihya' Ramadhan "Hebat Ibadat, Delete Maksiat", Program Islam Mukhayyam Komuniti Di Sayang.Seminar Pencegahan Jenayah Syariah kepada Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Pelajar Kolej Vokasional Dungun serta Program Bina Insan Komuniti Yang Disayangi.Sementara itu YPK pula melaksanakan tiga program termasuk Saya Anak Terengganu "Taklif"-Pemantapan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Anak, Saya Anak Terengganu "Ingat Sebelum Terkena", Saya Anak Terengganu "Peningkatan Potensi Diri".Sementara i-MiTS pula kata beliau sentiasa menangani masalah gejala sosial di kalangan remaja secara berterusan melalui bimbingan kerohanian, majlis ilmu, sukan, pembinaan jati diri dan pendedahan kerjaya.Dalam pada itu YIT juga mengadakan pelbagai progran termasuk Usrah di kalangan Mat Motor, Penagih Dadah, Kak Yah (Pondan), remaja terlibat budaya Punk dan lain-lain.
28 Nov 18
514
Pelaburan Terengganu RM4.27 Bilion
"Terengganu terima pelaburan sebanyak RM4.27 bilion." -Dr Ahmad SamsuriKUALA TERENGGANU, 29 November - Jumlah pelaburan yang diterima Negeri Terengganu sehingga November tahun ini adalah sebanyak lapan pelaburan pada kadar RM4.27 Bilion kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata, ini termasuk RM4.20 bilion pelaburan asing manakala selebihnya RM73.31 juta pelaburan tempatan.Menurutnya mulai bulan Januari hingga Jun tahun ini, Negeri Terengganu menerima empat pelaburan berjumlah RM4.20 bilion termasuk pelaburan asing sebanyak RM4.16 bilion manakala pelaburan tempatan sebanyak RM35.80 juta.Sementara tahun 2017 pula Terengganu menerima empat pelaburan berjumlah RM73.12 juta termasuk RM35.62 juta pelaburan asing manakala selebihnya (RM37.51 juta), pelaburan tempatan.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Haji Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di Wisma Darul Iman.
28 Nov 18
71
Bajet 2019: Terengganu Komited Tarik Pelabur Baharu
KUALA TERENGGANU, 28 November-Terengganu komited untuk terus menarik pelabur dari industri hiliran ke negeri ini bagi memastikan ekonomi terus berkembang sekali gus memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sehubungan itu, kerajaan akan mewujudkan perhubungan yang baik dengan pelabur sedia ada bagi menggalakkan syarikat berkenaan meningkatkan pelaburan dan menarik pelabur yang menjadi pelengkap kepada produk mereka.Katanya lagi, sekiranya sebuah kilang kereta beroperasi pastinya akan membawa kepada pembukaan kilang tayar, bateri, besi dan elektronik sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat."Di samping itu juga, kita menyertai misi-misi pelaburan anjuran Malaysia Investment Development Authority (MIDA) dan ini adalah peluang kerajaan negeri untuk mengadakan sesi 'business matching' secara terus dengan pelabur."Malah kita juga bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam mempromosikan peluang pelaburan di Negeri Terengganu untuk menarik pelabur luar negara dan mengadakan hubungan yang baik dengan agensi pelaburan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC),"katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, di sini, hari ini.Dr. Ahmad Samsuri yang baharu sahaja menerima surat pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelarasan (ICC) Negeri Terengganu turut mengucapkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di atas kepercayaan tersebut.Tambahnya lagi, hubungan yang erat turut dijalinkan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkait rapat dengan sektor industri sebagai contoh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina dan Dewan Perniagaan India Muslim Terengganu."Melalui jalinan perhubungan ini, ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri di dalam usaha mempelbagaikan industri di Terengganu dan ini tidak hanya terhad kepada pelabur asing sahaja."Kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan-kawasan industri baharu yang berhampiran dengan perkhidmatan logistik dan lebuh raya yang boleh menarik pelabur baharu dan ia telah dibincangkan dalam mesyuarat pertama ECERDC yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Oktober 2018,"katanya.Menurutnya, bagi menambah baik sistem penyampaian untuk memastikan permohonan pelaburan dapat diluluskan dengan lebih cekap dan efisien, semua birokrasi permohonan pelaburan akan dipermudahkan tanpa meminggirkan kepentingan aset dan rakyat Terengganu.Beliau berkata, usaha itu termasuklah membantu pelabur untuk menikmati skim galakan pelaburan yang menarik daripada agensi pelaburan seperti MIDA dan ECER.
28 Nov 18
50