Artikel "Utama" Terkini
MAHA 2018: Pavilion Terengganu Raih Tempat Kedua Terbaik
KUALA LUMPUR, 2 Disember - Tampil dengan pelbagai keunikan dan aktiviti menarik antara faktor kemenangan tempat kedua terbaik yang dicapai Terengganu pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.Pavilion Terengganu yang diperbuat daripada kayu cengal menyajikan lebih 12 aktiviti sepanjang pameran yang berlangsung selama 12 hari, bermula 22 November dan berakhir hari ini.Antaranya pengunjung dapat melihat secara dekat penyu albino, demontrasi membuat nasi dagang, keropok lekor dan pelbagai makanan tradisional Terengganu, selain pertunjukan mencanting batik dan sutera.Hadiah kemenangan diterima oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri,YB Hilmi Harun pada majlis penutupan MAHA 2018 pagi tadi.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kemenangan itu menjadi pendorong kepada Kerajaan Terengganu yang dibantu 33 jabatan di bawah portfolionya untuk mencuba yang terbaik pada MAHA akan datang.“Tidak mustahil dengan kerjasama, idea, sokongan dan semangat kerja berpasukan Terengganu mampu mengulangi kejuaraan seperti yang pernah diraih pada 2014 dan tempat kedua pada 2016,” katanya.Terengganu merekodkan lebih 35,000 pengunjung dengan catatan jualan kira-kira RM140,000 sepanjang pameran berlangsung.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri Tuan Faizah Abd Rahman serta beberapa ahli rombongan sempat mengunjungi Pavilion Terengganu pada 30 November lalu.
02 Dec 18
226
Kerajaan Tawar 16,822 Unit Rumah Mampu Milik
Dr. Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Kerajaan Prihatin dengan masalah keperluan perumahan rakyat berpendapatan rendah sekaligus menawarkan sebanyak 16,822 unit Rumah Mampu Milik (RMM) kepada rakyat negeri Terengganu.Sementara permohonan rumah berkenaan sehingga kini berjumlah 138,946. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain pembinaan RMM dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Oleh Kerajaan dan pemaju swasta, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga menyediakan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada rakyat yang berpendapatan rendah.Menurut beliau mengikut pecahannya jumlah keseluruhan RMM dan PPR ialah 10,030 unit yang ditawarkan manakala permohonan pula berjumlah 126,899.Katanya, Daerah Kuala Terengganu mempunyai permohonan tertinggi berjumlah 35,883 manakala unit rumah ditawarkan berjumlah 2,364 unit.Katanya, Daerah Kemaman pula mempunyai tawaran terbanyak berjumlah 2,706 manakala permohonannya pula berjumlah 26,040.Sementara Dungun permohonan sebanyak 18,665 dan tawaran (1,403), Besut, permohonan (16,303), tawaran (1,225), Hulu Terengganu, permohonan (8,297), tawaran (847), Marang, permohonan (9,472), tawaran (443), Setiu, permohonan (3,426), tawaran (133), Kuala Nerus, permohonan (8,813) dan tawaran (909).Beliau menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Haji Wan Hapandi Wan Nik di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN Sura itu ingintahu jumlah permohonan dan yang berjaya mendudukinya mengikut pecahan daerah.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sementara permohonan RMR dan SPNB pula berjumlah 12,047 dan tawaran berjumlah 6,792.Permohonan Daerah Kuala Terengganu berjumlah 763 manakala tawaran 383, Kemaman, permohonan (1,539) dan tawaran (704), Dungun permohonan (1,303) dan tawaran (759), Besut, permohonan (1,896) manakala tawaran (1,144).Sementara itu Hulu Terengganu, permohonan (1,608) dan tawaran (933), Marang, permohonan (1,782), tawaran (1,052), Setiu permohonan (2,261), tawaran (1,324), Kuala Nerus, permohonan (895) dan tawaran (493).
01 Dec 18
54
PAS Ke Arah Peneraju Kerajaan Malaysia - MB Terengganu
MB dan Presiden PAS (tengah) tiba di Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu di Kemaman semalam.KEMAMAN, 2 Disember - PAS boleh memberi harapan baharu sebagai peneraju Pemerintahan Malaysia selepas Piliahn raya Umum ke 15 (PRU15) apabila parti-parti lain gagal menunjukkan prestasi cemerlang memerintah negara hari ini.Justeru PAS perlu menunaikan tanggungjawab pemerintahan sepenuhnya di negeri Terengganu dan Kelantan, bukan sahaja untuk membuka mata rakyat Terengganu tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhta berkata hari ini PAS melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan lebih baik berbanding dengan parti-parti lain yang membentuk dan memimpin kerajaan di negeri-negeri lain.Menurut beliau rakyat sedang melihat pelbagai parti yang menjadi kerajaan di negeri-negeri lain dengan perbandingan pemerintahan PAS di Terengganu dan Kelantan."Justeru kita (PAS) perlu menunaikan tanggungjawab sepenuhnya supaya membuka mata seluruh rakyat bukan sahaja di negeri Terengganu sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia, bahawa PAS mampu untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan lebih baik berbanding dengan parti-parti lain yang menjadi ketua kerajaan di negeri-negeri lain," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini semalam.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan tertinggi PAS Negeri Terengganu hadir dalam majlis tersebut.Menurut beliau rakyat mahu PAS menjadi harapan bagi rakyat seluruh Malaysia sebagai parti yang mampu membawa perubahan sebenar dalam negara.Katanya, rakyat menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) merungkai apa sahaja semahunya dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Ia bermula tidak mempercayai sesiapapun dalam pentadbiran kerajaan sedia ada, mempersalahkan semua orang kecuali diri mereka sendiri."Mencari seribu alasan untuk tidak melaksanakan janji pilihan raya dengan semuanya mempersalahkan orang lain."Memecat siapa sahaja semahunya tanpa diberi peluang untuk membela diri dan sebagainya. Itulah tabiat yang sedang kita hadapi oleh kerajaan pimpinan parti orang lain di peringkat persekutuan," jelasnya lagi.Seluruh rakyat katanya sedang memerhatikan semua perkara ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, pegawai-pegawai di peringkat persekutuan,sedang berbicara sesama mereka dengan hati yang lemas dan ada yang sudah menyalahkan diri masing-masing kerana memberi undi kepada parti terbabit dalam Pilihan raya Umum Ke 14 (PRU14) yang lalu.Katanya, setengahnya bertindak demikian semata-mata kerana geram kepada kerajaan Umno/BN."Bagi kita di Terengganu, jika diikutkan hati kita ingin bertindak sama dengan kerajaan pusat hari ini kerana kita dinafikan hak dan dizalimi sekian lama."Mungkin terdetik di hati kita setelah menang pilihan raya umum pada 9 Mei baru-baru ini, kita akan memecat mereka bersama parti lawan dalam pentadbiran kerajaan, agensi dan GLC, mengambil tindakan disiplin seterusnya melantik di kalangan kita memerintah dengan selesa untuk membawa agenda tanpa halangan, tanpa ada kemungkinan sabotaj dan sebagainya.Bagaimanapun PAS tidak berbuat demikian kerana kemenangan dalam PRU14 baru-baru ini bukan sepenuhnya hasil dari undi ahli parti itu semata-mata.Kemenangan PAS di Terengganu berpunca dari jentera parti lawan tidak bergerak, kebencian terhadap mantan perdana menteri dan parti lawan terpalit sama (dengan tuduhan sekandal) sehingga ditolak oleh rakyat dalam PRU14.
01 Dec 18
105
Kerajaan Negeri Komited Pastikan Khazanah Alam Kekal Terpelihara
KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman menyifatkan Bajet Terengganu 2019 adalah seimbang dan menyeluruh.Katanya, dengan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion, ianya dilihat bakal memberi inisiatif dan menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dalam memajukan negeri sekaligus menjaga kebajikan rakyat.“Kerajaan negeri komited dalam memastikan kestabilan terus terpelihara dan berterusan di negeri ini bukan sahaja dalam aspek politik tetapi juga ekonomi dan sosial.“Malah penekanan kerajaan negeri terhadap kestabilan berterusan adalah untuk memastikan rakyat di seluruh pelusuk negeri ini mendapat manfaat daripada program pembangunan yang dilaksanakan termasuk dalam sektor pelancongan dengan memperuntukkan sebanyak RM48.5 juta untuk membangun industri pelancongan negeri berasaskan kepada tujuh sub sektor,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran menerusi radio Manis FM, hari ini.Katanya, ianya termasuk Pelancongan Ekologi (Eco Tourism), Pelancongan Tani (Agro Tourism), Pelancongan Islam (Islamic Tourism), Pelancongan Budaya (Culture Tourism), Pelancongan Sukan (Sports Tourism) dan Pelancongan Kesihatan (Health Tourism).Katanya, langkah tersebut melambangkan usaha dan komitmen kerajaan negeri bagi memastikan kelestarian khazanah alam semula jadi yang perlu dipelihara bagi mengekalkan ekosistem.“Dengan mengambil kira sebarang pembangunan adalah berkonsepkan keseimbangan lestari tanpa menjejaskan alam sekitar dan memberi manfaat kepada komuniti setempat selain menggamit kedatangan pelancong,” ujarnya.
01 Dec 18
55
PBSNT Sambut Baik Cadangan Pemain Tutup Aurat
Hishamuddin Abdul Karim.Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA TERENGGANU, 1 Disember - Menjelang musim baru Liga Bola Sepak Malaysia, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyahut saranan kerajaan negeri agar pemain bola sepak Terengganu menutup aurat.Timbalan 1 PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau menerima kerjasama yang baik dari ketua-ketua jurulatih setiap pasukan untuk menjayakan usaha ini."Apa yang lebih menarik, pihak penaja utama pasukan Terengganu iaitu Syarikat Al-Ikhsan akan turut menyediakan seluar 'tight' bagi kesemua pemain setiap pasukan," ujarnya.Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) TEPUH berkata demikian ketika berbahas pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet) baru-baru ini (27 November)."Walaupun ia bukanlah terus dikuatkuasakan sebagai wajib, tetapi cukuplah pendedahan ini sebagai satu proses untuk memupuk kesedaran dalam diri pemain supaya prihatin untuk mematuhi syariat dari sekecil-kecil perkara."Insya-Allah, saya sendiri akan berbicara dengan semua pemain kita. Tiada paksaan. Tapi saya yakin, pemain kita tidak keberatan memilih cara ini."Setidaknya sebagai pemimpin kerajaan, kita berusaha memulakan langkah untuk patuh kepada tuntutan shariah mengikut pegangan mazhab masing-masing," katanya.
30 Nov 18
242
'Ten-Pin Bowling' Pertandingan Mahabbah ADUN Terengganu
Team 31 memenangi tempat pertama Pertandingan TenPin Bowling anjuran Pejabat DUN Terengganu.KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Haji Yahaya Ali serta Ahli-ahli DUN bersantai mengadakan pertandingan '10 Pin Boling' (Ten-Pin Bowling) bagi menjalinkan hubungan mesra antara mereka. Ini membuktikan hasrat Kerajaan Terengganu menghentikan politik 'baloh' antara pihak pembangkang (Barisan Nasional-BN) dan kerajaan (PAS) benar-benar direalisasikan. Jalinan kemesraan itu berlaku dalam pertandingan campuran antara ADUN Kerajaan dan Pembangkang seolah-olah tiada istilah pembangkang di negeri Terengganu sama ada dalam Persidangan DUN yang baru selesai kelmarin dan dalam program tersebut.Ustaz Wan Sukairi (kiri) menerima hadiah khas juri dari Menteri Besar. Kenyataan itu disuarakan sendiri oleh Menteri Besar dan Yang Dipertua DUN ketika berucap di akhir majlis pertandingan mahabbah itu. Sementara itu, Team 31 diisytiharkan sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan 'Ten-Pin Bowling' anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Tingkat 8, Paya Bunga Square, Jalan Tengku Embong Fatimah di sini kelmarin. Pasukan tersebut berjaya mendapat 640 markah. Team itu disertai oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali. Sementara Team 29 mendapat tempat kedua, terdiri dari ADUN (PAS) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, ADUN (BN) Seberang Takir, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan ADUN (BN) Bukit Besi, Haji Roslee Daud dengan memperoleh 633 markah. Sementara Team 33 memenangi tempat ketiga dengan mendapat 632 markah. Team itu terdiri dari ADUN (BN) Batu Rakit, Haji Bazlan Abd Rahman, ADUN (PAS) Manir, Haji Hilmi Harun dan ADUN (PAS) Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik. Sebanyak dua hadiah khas juri dipertandingkan termasuk pemain paling banyak jatuhan pin dan paling terendah perolehan markah. Sebanyak 11 pasukan berentap dalam pertandingan tersebut.
30 Nov 18
110
Tuah Kejar MB Terengganu
Dr. Samsuri menyampaikan hadiah kepada Rosdi dan Nurasyikin.SERDANG, 30 November - Mohd Rosdi Roslan, 30 dan Nurasyikin Roslan, 28 tidak menyangka tindakan mereka mengejar Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar untuk berswafoto mengundang tuah.Nurasyikin berkata, mereka berdua amat mengagumi pemimpin itu dan teruja dapat bertemu beliau lebih dekat."Ketika itu, kami baru sahaja keluar dari Pavilion Terengganu dan melihat Dr. Samsuri beserta rombongan tiba di sana."Kami sempat berpatah balik mengejar beliau dan sempat berswafoto sebelum Menteri Besar masuk melawat Pavilion Terengganu," katanya ketika ditemui di sana, hari ini.Nurasyikin bersyukur kerana Dr. Samsuri menyambut baik hasratnya dan suami.Hasil tindakan tersebut, pasangan dari Semenyih, Selangor itu dipilih oleh Pavilion Terengganu sebagai peserta bertuah dan memenangi percutian tiga hari dua malam di Pulau Redang."Alhamdulillah atas rezeki ini. Terima kasih Pavilion Terengganu kerana memilih kami sebagai pemenang," katanya.Beliau turut menganggapnya sebagai kegembiraan berganda apabila Dr. Samsuri sendiri menyampaikan hadiah berkenaan.
30 Nov 18
35
MB Terengganu Harap Rakyat Sahut Seruan
Dr. Samsuri bergambar bersama rombongannya dan pegawai pavilion.SERDANG, 30 November - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membangunkan industri asas tani dalam Bajet Terengganu 2019 yang dibentangkan baru-baru ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah itu adalah permulaan kepada pembangunan asas tani di negeri itu."Sekiranya kita mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna, kita akan cuba mencari lagi pembiayaan untuk mengembangkan industri ini.Dr. Samsuri ingin industri tani Terengganu berkembang luas."Ini kerana, ia bukan mengenai industri sahaja tetapi ia mencipta pekerjaan bagi rakyat Terengganu."Saya berharap rakyat dapat menyahut seruan untuk menjadikan sektor ini satu perniagaan dan kerjaya."Kerajaan akan mencari jalan untuk membantu rakyat melaksanakannya," katanya ketika ditemui pemberita di Pavilion Terengganu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018, hari ini.Beliau yang ditemani isteri, Tuan Faizah Ab Rahman turut melawat produk-produk hasil inovasi negeri sambil memberi sokongan kepada pengusaha yang terlibat."Saya percaya pengusaha yang terpilih teruja dengan pemasaran di sini."Gunakan ruang yang diberikan untuk mempromosi bukan sekadar perniagaan, tetapi bawalah nama Terengganu ke peringkat lebih tinggi ke seluruh negara dan antarabangsa," katanya.Turut hadir, Pengerusi JawatankuasaPertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim dan timbalannya, Hilmi Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman serta Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Norkhuzaini Ab. Rahman.
30 Nov 18
72
Pemakaian Baju Kebangsaan: Speaker DN Selangor Ditegur
Haji Hanafiah MatKUALA TERENGGANU, 30 November - Speaker Dewan Negeri (DN) Selangor Tuan Ng Suee Lim, tidak wajar menetapkan bahawa baju Melayu bukan lagi pakaian yang dibenarkan untuk masuk ke persidangan dewan itu kecuali hari Jumaat. Speaker berkenaan sepatutnya menarik balik ketetapan yang dibuat kerana boleh mencetuskan permusuhan kaum dan bertentangan dengan ketetapan rasmi kerajaan bahawa ia sebagai Pakaian Kebangsaan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga, Pembangunan Wanita dan Perpaduan Nasional Negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, beliau kecewa apabila speaker DN Selangor tidak membenarkan Ahli Dewan Negeri (ADN) memakai baju Melayu masuk ke DN kecuali hari Jumaat sahaja. "Ini satu lagi isu perkauman, saya rasa baju Melayu telah menjadi tabi'i kepada orang Melayu. "Kenapa orang Cina mengambil kesempatan sebegitu rupa," soal beliau. Haji Hanafiah meminta speaker berkenaan menarik balik kenyataan tersebut supaya negara tidak diancam dengan isu perkauman yang ditimbulkan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semalam, mengulas kenyataan speaker berkenaan menyentuh pemakaian ADN di DN Selangor yang videonya tular di media sosial baru-baru ini. Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, sebelum ini, di waktu speaker berbangsa Melayu, tidak melarang bangsa asing memakai pakaian mereka di DN berkenaan. "Ini kerana kita memahami Perlembagaan Negara, Islam adalah agama rasmi, mana kala agama-agama lain bebas diamalkan dalam negara ini," jelasnya. Katanya, setiap DN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) memperuntukkan pemakaian ADN dan ADUN antara lain termasuk Long Suit dan Baju Melayu. "Dia sudah diiktiraf sebagai baju kebangsaan, jadi kenapa ia dipertikaikan. "Saya sebagai orang Melayu amat malu di atas ucapan sebegitu rupa dan saya minta dia tarik balik (ucapan itu)," tegas beliau.
30 Nov 18
128
YPUT Sedia RM2 juta Untuk Tabung Siti Khadijah
KUALA TERENGGANU, 29 November- Kerajaan negeri memperuntukan RM2 juta bagi Tabung Siti Khadijah khasnya untuk golongan ibu tunggal dan wanita menjalankan perniagaan pada tahun depan.Peruntukan yang disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu ( YPUT) itu antara sebahagian daripada jumlah RM15 juta yang diperuntukan dalam Bajet 2019.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, YB Nurkhuzaini Ab Rahman, berkata sebanyak RM2 juta turut disediakan untuk dana Usahawan Belia Sejahtera .Katanya, manakala masing-masing RM1 juta untuk usahawan Orang Kurang Upaya dan graduan universiti menerusi Program Usahawan Graduan Sejahtera."Menerusi Bajet 2019 itu, satu pelan kerangka strategik jangka panjang akan ditubuhkan bagi memantau dan memperkasakan usahawan."Langkah itu bagi memastikan usahawan komited dan berdisplin menjalankan perniagaan masing- masing, selain mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival i- Spa & Wellness 2018, di Pusat Dagangan Terengganu, di sini, hari ini.Karnival selama tiga hari, berakhir 2 Disember ini menekankan amalan penjagaan kesihatan dan kecantikan.
29 Nov 18
52