Artikel "Utama" Terkini
YT Taja 683 Pelajar Sesi 2018/2019
Dr Ahmad Samsuri (tengah) ketika menyampaikan derma siswa di UMT baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Seramai 683 orang pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) telah dihantar belajar ke institusi pengajian tinggi dalam negeri dan institusi pengajian tinggi di sembilan buah negara luar untuk sesi pengajian 2018/2019.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri berkata, ini termasuk seramai 459 orang dihantar ke pusat pengajian tinggi dalam negeri dan selebihnya (224 orang) ke luar negara.Menurutnya seramai 193 pelajar dihantar ke Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk ke TATI University College (TATiUC), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) (122), Universiti Teknologi MARA (UiTM) (41), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) (20), Politeknik (15), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (10).Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) (lapan), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (tujuh), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (empat), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing tiga orang.Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP), masing-masing dua orang.Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) masing-masing seorang pelajar. Sementara selebihnya (23 orang) belajar di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Dato' Abd Halim Jusoh dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN itu memohon senarai lengkap bilangan pelajar-pelajar tajaan YT untuk setiap negara jika di luar negara dan senarai untuk setiap universiti jika di dalam negara sama ada IPTA atau IPTS.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata kerajaan juga menghantar pelajar keluar negara termasuk ke Rusia seramai 75 orang, Jordan (49), Indonesia (48), United Kingdom (20), Jerman (17), Mesir (12), Australia (dua) dan Amerika Syarikat (seorang).
02 Dec 18
53
Kerajaan Negeri Jalin Hubungan Baik Dengan SPR
Nik Andy (kanan) menunjukkan buku panduan SPR kepada Haji Yahaya (kiri). Foto - Hidayah HauraKUALA TERENGGANU, 3 Disember - Kerajaan negeri memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan badan bebas tersebut dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali berkata, ini merupakan pendekatan terbaik kerajaan dalam berurusan dengan SPR kerana ia adalah sebuah badan bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan dilantik melalui perbincangan Majlis Raja-raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, justeru tugas SPR tidak seharusnya diperlekeh.“Oleh sebab itu, kita berbesar hati menerima kunjung hormat pihak SPR dan dalam masa yang sama diadakan perbincangan tentang pendaftaran pemilih serta persempadanan semula.“Saya mewakili pihak kerajaan negeri berharap SPR dapat mempermudahkan pendaftaran pengundi secara automatik bila cukup umur dan memberi tumpuan khususnya kepada Terengganu untuk menambah kawasan pilihan raya dalam keadaan pertambahan pengundi sudah berlipat kali ganda dari jumlah kerusi yang ada sekarang,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Kunjungan Hormat SPR ke pejabatnya, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Muhyidin Abdul Rashid dan Pengarah SPR Negeri, Nik Andy Suwardy Amry.Jelasnya, persempadanan mengikut kepadatan penduduk dan demografi memudahkan pengundi secara keseluruhannya berlandaskan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.“Kajian semula berkenaan perkara tersebut juga perlu memandangkan peningkatan keberkesanan khidmat kepada rakyat dengan saiz kawasan sewajarnya mengambil kira sempadan pentadbiran daerah dan perwakilan rakyat di peringkat kawasan Parlimen,” katanya lagi.Tambah Yahaya lagi, ianya perlu dilaksanakan supaya perjalanan pilihan raya lebih lancar dan tidak timbul persepsi rakyat dengan alasan tidak mendapat maklumat sepenuhnya dari SPR dengan perubahan mekanisme terbaik dari Kerajaan Persekutuan yang sedang berusaha membuat penambahbaikan untuk keselesaan rakyat.Sementara itu, Nik Andy berkata, pihaknya akan membawa hasil daripada perbincangan pada hari ini ke pihak atasan untuk dibincangkan dan seterusnya membuat keputusan yang sebaiknya untuk kedua-dua pihak.Katanya, sehingga hari ini, Terengganu mempunyai rekod yang baik dengan SPR dalam banyak perkara dan merupakan antara negeri yang tertinggi dari segi target pendaftaran pemilih baru yang layak mengundi berbanding negeri lain.
02 Dec 18
423
440 Pelajar Cemerlang Ditaja Sejak 2010
Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUALA TERENGGANU, 3 Disember - Kerajaan Negeri menaja seramai 440 pelajar cemerlang ke luar negara sejak 2010 dengan penajaan ke Rusia paling ramai berjumlah 219 orang.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada tahun 2010, seramai 56 orang pelajar telah dihantar ke Rusia, tahun 2011 (69), manakala tahun 2012dan 2013 masing-masing seramai 47 orang.Katanya, mulai tahun 2014 hingga tahun ini, tiada pelajar di hantar untuk belajar di Rusia.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Haji Hilmi Harun dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN Manir itu ingin tahu bilangan pelajar cemerlang yang telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2010 dan destinasi institusi pengajian mereka.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, di Mesir kerajaan telah menaja seramai 127 orang pelajar termasuk 61 orang, tahun 2010, tahun 2011 dan 2012 masing-masing seramai 19 orang, tahun 2013 (24) dan tahun 2014 (empat)."Tiada penajaan pelajar ke Mesir dibuat mulai tahun 2015 hingga tahun ini," jelas beliau.Sementara itu seramai 82 orang pelajar di hantar ke United Kingdom mulai 2010 sehingga tahun ini.Ini termasuk tujuh orang pada tahun 2010, 21 orang (2011), 17 orang (2012), tujuh orang (2013), dua orang (2014), 15 orang (2015), lapan orang (2016), seorang (2017)dan empat orang (2018).Kerajaan katanya, menghantar seramai 76 pelajar ke Jordan termasuk 28 orang pada tahun 2012, 22 orang (2013), 15 (2014) dan 11 (2015).Menurut beliau tiada penghantaran pelajar ke negara itu pada tahun 2010, 2011, 2016, 2017 dan 2018.Sementara ke Indonesia, kerajaan menghantar seramai 60 orang pelajar termasuk 29 orang pada tahun 2015, enam orang (2011), lima orang (2012), seorang pelajar (2013) dan empat orang (2014) manakala tahun-tahun lain tiada penajaan pelajar dibuat.Sementara ke Jerman pula kata beliau, seramai 17 pelajar telah dihantar termasuk masing-masing lima orang pada tahun 2014 dan 2017, empat orang (2015) dan tiga orang (2016) manakala tahun-tahun lain tiada penajaan dibuat.Ke magribi pula, jelas beliau kerajaan menghantar lima orang pelajar termasuk empat orang pada tahun 2012 dan seorang (2014), manakala tahun-tahun lain tiada penajaan dibuat.Sementara ke Amerika Syarikat, kerajaan menghantar dua orang pelajar pada tahun 2010 manakala tahun-tahun lain tiada penajaan dibuat."Hanya seorang sahaja pelajar dihantar masing-masing ke Australia pada tahun 2011, Jepun (2012) dan Perancis (2010)," jelasnya.Katanya, mengikut kadar tahunan pula kerajaan menghantar seramai 127 orang pelajar pada tahun 2010, 116 orang (2011), 121 orang (2012), 98 orang (2013), 31 orang (2014), 59 orang (2015), 26 orang (2016), enam orang (2017) dan empat orang (2018).
02 Dec 18
35
Projek Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Di Terengganu RM270 Juta
Oleh : Saifullah JusohKUALA NERUS, 3 Disember - Projek `Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Diperingkat' (EM-IIG) yang melibatkan pemasangan kabel gentian optik dasar laut dari hab internet antarabangsa Hong Kong bernilai RM25 bilion bakal menjadi pelengkap kepada prasarana di Terengganu.Pemasangan kabel gentian fiber optik di Terengganu sepanjang 350 kilometer bernilai RM270 juta untuk fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada November 2019.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kesediaan pelabur, Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd untuk membangunkan projek pemasangan kabel gentian optik dasar laut berkelajuan 150 Terabait di Terengganu, yang pastinya di luar kemampuan kerajaan negeri."Saya sebagai Exco Keusahawanan melihat perkara ini sangat baik dan akan memberi kerjasama sebaik mungkin untuk memastikan pojek dapat berjalan dengan lancar."Dengan adanya projek seperti ini, sudah pastinya akan membuka peluang-peluang kepada kontraktor Bumiputera. Malahan ia akan menambahkan lagi peluang pekerjaan ataupun perniagaan kepada rakyat di negeri ini dan secara tidak langung akan meningkatkan hasil negeri," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan sesi Taklimat dan Pendaftaran Kontraktor untuk Projek EM-IIG- Terengganu Fibre Optic Network Deployment untuk Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd di Hotel Tabung Haji, di sini, semalam.Seramai 102 kontraktor seluruh Terengganu menghadiri sesi taklimat yang diadakan selama dua jam itu.Sesi taklimat itu turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd, Dato' Seri Abdul Rashid Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawanan Terengganu, Rozali Salleh dan Pengarah Eksekutif Seraya Teknologi Sdn Bhd, Shahzalan Adam.Projek yang menawarkan internet jalur lebar berkelajuan tertinggi di dunia dengan kadar harga terendah, bakal memberi manfaat sekurang-kurangnya 2,000 kontraktor Bumiputera termasuk di Terengganu.Projek dibangunkan oleh Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd melibatkan jarak 110,000 km itu dilaksanakan secara berfasa iaitu fasa pertama meliputi kawasan dengan jarak 33,000 km di bandar utama negara ini sebelum diperluaskan di kawasan luar bandar dan pedalaman, turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah.Pemasangan kabel gentian turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah turut memasuki perairan Malaysia akan melibatkan enam stesen pendaratan kabel (Cable Landing Station) di Bintulu, Sarawak; Papar, Sabah; Pengerang, Johor; Batu Kawan dan Batu Maung, Pulau Pinang dan Tok Bali, Kelantan.
02 Dec 18
866
Kerajaan Permudah Bayaran Cukai Tertunggak
Dr Ahmad Samsuri (kanan) berucap di DUN Terengganu baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Kerajaan memberi kemudahan membayar secara ansuran kepada syarikat dan pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai tinggi mengikut kelulusan yang diberikan dan dengan notis pemberitahuan, sebelum borang 6A (Notis Tuntutan: Tunggakan Sewa) dikeluarkan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan juga mengunjungi syarikat-syarikat yang mempunyai cukai yang tinggi dan lama serta mengadakan perbincangan dengan pemilik supaya menjelaskan cukai tanah.Katanya, bagi mengurangkan tunggakan cukai tanah, kerajaan mengadakan kutipan luar cukai atau cukai bergerak bagi memudahkan urusan orang ramai membuat bayaran."Pelbagai insentif juga diberikan bagi menarik orang ramai melunaskan tunggakan," jelas beliau.Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman, di sini baru-baru ini.Tengku Zaihan dalam soalannya ingin tahu mengenai usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan Negeri Terengganu.Dr. Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri telah melakukan pelbagai usaha dalam meningkatkan pendapatan Negeri Terengganu termasuk penguatkuasaan kutipan Tunggakan Hasil Kerajaan Negeri."Ini termasuk menggesa agensi untuk membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten di samping memberi peringatan kepada agensi untuk berbuat demikian."Kerajaan juga mengkaji semula kadar fee urusniaga tanah. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dalam cadangan mengemukakan kadar baharu bagi urusniaga tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri," ujarnya.Di samping itu katanya, pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) telah menyiapkan Enakmen Sumber Air Negeri Terengganu yang baharu bagi menggantikan Enakmen Bekalan Air Negeri Terengganu tahun 1998 yang sedia ada dan ianya sedang disemak oleh agensi teknikal berkaitan termasuk Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu.Kerajaan juga katanya, mengenakan Caj atau Cukai Pelancongan di hotel-hotel Negeri Terengganu.
02 Dec 18
60
Kerajaan Sedia Kursus Pemasaran Agrobazaar Online Percuma
Dr Ahmad Samsuri (tengah) di MAHA 2018, Serdang Selangor. KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Kerajaan melalui FAMA menyediakan kursus pemasaran online melalui portal Agrobazaar Online secara percuma bagi membantu usahawan tani muda mengembangkan perniagaan.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata selain daripada menyediakan khidmat nasihat dalam bidang pemasaran, FAMA turut mengadakan kursus tersebut.Kerajaan juga katanya, menyediakan skim pembiayaan mudah melalui Tabung Pembangunan Usahawan Peladang, Tabung Pembangunan Usahawan Kortani dan Dana Usahatani Terengganu (DUTA).Skim pembiayaan itu disalorkan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, Program Agropeneur Muda di bawah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, FAMA, MARDI, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN Kuala Besut itu ingin tahu bentuk bantuan dan sokongan kepada usahawan tani muda di Terengganu.Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan juga menyediakan ruang pasaran untuk usahawan berniaga di lot-lot pasar tani dan mengadakan pemadanan pasaran (business matching)."Ini bertujuan bagi membolehkan mereka memasarkan produk ke outlet peruncitan seperti Agrobazaar Rakyat di seluruh Malaysia dan ke pasaraya-pasaraya melalui FAMA," jelasnya.
02 Dec 18
191
Terengganu Hantar 20,000 Peserta Himpunan Tolak ICERD
KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Himpunan aman menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini bakal dibanjiri 20,000 peserta yang tidak mengira latar belakang politik dari Terengganu.Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, sasaran itu bakal melengkapkan ramalan bahawa seramai satu juta peserta dari seluruh negeri yang bakal berhimpun demi kepentingan dan kesatuan ummah dan daulah."Kita ramal perhimpunan ini akan mendapat penyertaan dalam jumlah yang besar."Semua sekali tak kira PAS atau Umno akan turun berhimpun. Himpunan ini juga terbuka, tidak kira mereka dari PKR atau parti mana, boleh hadir," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelantikan Jawatankuasa Masjid Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini, hari ini.Tambahnya, himpunan ini akan dipastikan berjalan lancar tanpa provokasi daripada mana-mana pihak dan jaminan ini berdasarkan himpunan yang pernah dianjurkan oleh pihak PAS."Kita yakin jika tiada provokasi dari mana-mana pihak, himpunan ini akan berjalan secara harmoni dan aman."Dengar nasihat penganjur, ikut peraturan yang digariskan dan saya minta para peserta untuk tidak ambil kira dan terpengaruh dengan apa yang dikatakan atau provokasi oleh pihak luar," katanya.
02 Dec 18
65
Guna Wang Tabung Masjid Untuk Kebersihan
KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Jawatankuasa Masjid disarankan memanfaatkan wang tabung yang didermakan oleh orang ramai bagi tujuan kebersihan masjid dan kawasan sekitarnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pihak jawatankuasa perlu berbincang dan menggunakan kewangan masjid untuk memastikan masjid yang ada terjaga dari segi kebersihannya.Jelasnya, ada sebahagian masjid mempunyai kontraktor kebersihan namun bagi yang tidak ada kemudahan ini, ahli jawatankuasa perlu memainkan peranan yang sewajarnya."Jika mereka ini berperanan, maka sudah tentu masalah masjid kotor atau tidak terjaga dapat dihapuskan."Ahli jawatankuasa perlu memikirkan bagaimana nak bangunkan masjid sebagai tempat bersih yang akhirnya memperkasakan slogan kerajaan negeri iaitu Maju, Berkat dan Sejahtera," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Jawatankuasa Masjid Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Ustaz Azmi Tengah.Bagi daerah Kuala Terengganu, sijil pelantikan jawatankuasa diberikan kepada Masjid Kampung Merbau Patah, Masjid Kampung Kolam di Kuala Ibai, Masjid Al-Furqan di Chendering dan Masjid Kampung Banggol Peradong manakala untuk Kuala Nerus adalah Masjid Kampung Sungai Ikan dan Masjid Kampung Padang Hangus.Tambahnya lagi, perbincangan juga perlu dilakukan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan masing-masing bagi memastikan pelaksanaannya berjaya.Beliau juga menasihatkan kepada semua ahli jawatankuasa supaya sentiasa bermesyuarat dan berbincang dalam setiap perkara yang diputuskan."Mesyuarat molek (baik), bincang molek sebab apa yang nak dibuat adalah untuk orang ramai."Hadiri kursus yang dibuat pejabat agama sekurangnya dapat ilmu, peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan pengalaman baharu," katanya.
02 Dec 18
201
Dr Balachandran Jelas Pendirian Tolak ICERD
Dr Balachandran Gopal Krishnan.KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Malaysia yang merupakan negara di mana Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti daripada rakyat adalah Melayu Islam mesti diterima dan dihormati oleh semua pihak.Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, bagi orang Islam, cadangan untuk ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mengancam kedaulatan Raja-raja dan agama mereka."Bagi orang bukan Islam, ia memberi mereka keyakinan bahawa mereka akan dilindungi oleh undang-undang daripada dieksploitasikan. Kita memahami semua pihak mahu diterima dan dihormati sebagai orang Islam dan bukan Islam dengan memastikan hak individu untuk hidup harmoni dan makmur terjamin."Namun, ICERD menjadi tidak relevan kerana Quran menggantikan ICERD tanpa sebarang syarat untuk membawa keadilan dalam erti kata yang benar. Perkauman adalah doktrin yang palsu, ia harus disingkir dari pemikiran dan fikiran kita."Apa jua jenis provokasi dari mana-mana pihak akan membantutkan usaha ke arah kesejahteraan dan hanya menghasilkan kebencian terhadap satu sama lain. Kebencian tidak terhenti dengan kebencian, ia wajib digantikan oleh kuasa kasih sayang yang lebih besar," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang pendiriannya dalam isu ICERD.Dalam tumpuan sama, katanya, oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan dan agama majoriti warganegara, ia wajib memimpin dan menjaga orang Islam dan bukan Islam dalam menanamkan benih keharmonian dan kesejahteraan berteraskan keadilan yang disirami dengan kasih-sayang."Islam mesti memimpin dan bekerjasama dengan pihak bukan Islam dalam mencaknakan kebajikan, keharmonian dan kemakmuran untuk semua serta mewujudkan suasana makmur di bumi ini dengan nikmat khidmat yang adil untuk semua dengan keredaan Pencipta Yang Maha Esa," jelasnya.
02 Dec 18
185
12 Ribu Peluang Pekerjaan di Terengganu
Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUALA TERENGGANU, 2 Disember - Kerajaan Negeri menyediakan sebanyak 12,000 peluang pekerjaan dalam empat sektor termasuk industri kimia, pertanian, polimer dan silika bagi mengatasi masalah pengangguran di Terengganu sehingga Jun tahun depan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan Survey Tenaga Buruh (STB) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di Terengganu adalah 4.5 peratus pada tahun lalu.Menurutnya, bagi mengatasi masalah tersebut, kerajaan negeri komited dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan.Ini termasuk menyediakan 800 peluang pekerjaaan masing-masing dalam industri kimia (Produk Bioteknologi) sebanyak 600 peluang manakala dalam industri pertanian (Jagung Hybrid) sebanyak 200 peluang.Katanya, kedua-dua industri berkenaan telah beroperasi dan mendapat sambutan yang baik.Industri Silika menyediakan 7,200 peluang pekerjaan di Terengganu.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Haji Ridzuan Hashim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.Haji Ridzuan dalam soalannya ingin tahu kadar terkini pengangguran di Terengganu dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasinya.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sebanyak 11,200 peluang pekerjaan lagi dijangka dapat disediakan sehingga Jun tahun depan kerana dua industri termasuk Polimer (Sarung Tangan NBR (Nitrile Butadine Rubber) dan Silika (Produk Berasaskan Silika) masih dalam perancangan.Katanya, Industri Polimer dijangka akan menyediakan sebanyak 4,000 peluang pekerjaan manakala Silika pula (7,200), masing-masing akan mula beroperasi mulai Januari dan Jun tahun depan.
02 Dec 18
64