lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Sembilan Perancangan Kuala Terengganu-Kemaman Pintu Masuk Ekonomi
 Industri Petroleum dan Gas Kertih Kemaman pemangkin ekonomi Terengganu. -Gambar Hiasan.KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri mengatur sembilan perancangan bagi menjadikan Daerah Kuala Terengganu dan Kemaman sebagai pintu masuk ekonomi ke Negeri Terengganu.Dari rancangan itu kerajaan meletakkan lima perancangan untuk Daerah Kemaman manakala selebihnya untuk Daerah Kuala Terengganu.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata di Daerah Kemaman, kerajaan merancang untuk mengukuhkan rantaian ekonomi industri pembuatan berat serta minyak dan gas.Kerajaan juga membuka kawasan-kawasan perindustrian baharu yang menfokuskan kepada 'petrol chemical' dan 'biopolymer'.Ini termasuk menyediakan ekosistem industri yang lebih 'investor-friendly' (mesra pelabur) dan boleh menarik kehadiran pelabur berskala besar."Kerajaan juga memperkenalkan insentif-insentif dalam bentuk diskaun bayaran premium tanah bagi menarik minat pelabur."Membaikpulih dan menaiktaraf kawasan-kawasan perindustrian sedia ada," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Ir Saiful Azmi Suhaili dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN itu dalam soalannya ingin tahu perancangan kerajaan bagi merancakkan lagi peluang dan perkembangan untuk menjadikan Kuala Terengganu dan Kemaman sebagai pintu masuk ekonomi ke Negeri Terengganu.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, bagi Daerah Kuala Terengganu, kerajaan sedang mengukuhkan sektor pelancongan sebagi Hub Pelancongan Wilayah Timur dan Kuala Terengganu sebagai pintu masuk utama pelancongan di Negeri Terengganu.Kerajaan juga katanya sedang merancang untuk meningkatkan sektor perkhidmatan, sebagai pusat pendidikan dan perniagaan."Kerajaan turut meneroka potensi pelaburan baharu termasuk perkhidmatan sokongan minyak dan gas (aktiviti crew change), 'Maintenance Repair and Overhaul' (MRO) serta lain-lain perkhidmatan yang memberi impak kepada rakyat."Di samping itu kerajaan juga berusaha meningkatkan potensi usahawan-usahawan tempatan melalui 'business model' secara online," jelas beliau lagi.
03 Dec 18
788
Empty Image
Kerajaan Berkolaborasi Dengan PETRONAS Bangun Bandar Baharu Kertih
 Satu Pemandangan Di Bandar Baharu Kertih. -Gambar Hiasan.KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri sedang menyediakan pelan gunatanah yang bersesuaian melalui Rancangan Tempatan Daerah 2018-2035 bagi menyokong rancangan PETRONAS untuk membangunkan pusat operasi pantai timur syarikat minyak itu dengan wajah baharu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri menyelaras perancangan dengan PETRONAS dalam pembangunan Bandar Baharu Kertih dengan menyediakan pelan gunatanah bersesuaian seperti perniagaan, industri, perumahan dan kemudahan awam melalui rancangan tersebut."Di samping itu perancangan pembangunan kemudahan infrastruktur juga diambil perhatian dalam menyokong cadangan pembangunan oleh PETRONAS, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dan sebagainya," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini baru-baru ini.ADUN itu dalam soalannya menyatakan bahawa pembangunan dan menambahbaikan Bandar Baharu Kertih perlu dibuat sebagai katalis bagi merancakkan lagi pembangunan dan pengembangan industri minyak dan gas di Terengganu.Justeru beliau ingin tahu perancangan kerajaan dalam menjadikan ia sebagai satu bandar satelit berasaskan minyak dan gas serta biopolymer.Katanya merujuk kepada pembentangan oleh pihak PETRONAS di bawah anak syarikatnya KLCC Harta bahawa pusat operasi pantai timur PETRONAS akan dibangunkan dengan wajah baharu termasuk mengambil kira unsur dan keperluan teknologi hijau dalam pembangunannya.Justeru sekali lagi beliau ingin tahu perancangan kerajaan negeri untuk turut sama dalam membangunkan wajah baharu Bandar Baharu Kertih itu.
03 Dec 18
514
Empty Image
993 Permohonan Tanah 'Orang Terkilan' Disemak Semula
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) bersama ADUN BN di DUN Terengganu baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri sedang menyemak semula dan mempertimbangkan sebanyak 993 permohonan untuk mendapatkan kembali lot tanah yang dirampas tahun 1999-2003.Permohonan itu dibuat oleh mereka yang disifatkan sebagai 'orang terkilan', dipercayai dinafikan hak memiliki tanah tersebut oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam kertas bilangan 680/2018 bertarikh 8 Ogos 2018 telah bersetuju mengenai Cadangan Kaedah-kaedah Pelaksanaan Permohonan Semula Rancangan tanah Berkelompok.Ini bertujuan bagi merealisasikan Manifesto Kerajaan Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), untuk mengembalikan Tanah-tanah Yang Dirampas Oleh Kerajaan BN Selepas Pemerintahan Kerajaan PAS pada Tahun 2004.Katanya, permohonan terbanyak diperoleh dari Daerah Setiu berjumlah 499 permohonan diikuti Daerah Besut (300), Daerah Kemaman (124), Daerah Marang (42), Daerah Kuala Nerus (14), Daerah Dungun (tujuh), Daerah Kuala Terengganu (empat) dan Daerah Hulu Terengganu (tiga)."Status semua permohonan tersebut masih berada di dalam proses semakan dan menerima permohonan," jelas beliau.
03 Dec 18
39
Empty Image
SOP Patuh Syariah Pusat Pemindahan Banjir Terengganu
Antara 'Collapsible Tent' yang pernah disediakan di Pusat Pemindahan Banjir di Terengganu. -Gambar Hiasan.KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, menyediakan utiliti dan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memastikan pusat pemindahan banjir patuh syariah di Negeri Terengganu.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antaranya ialah mewujudkan pengasingan mangsa banjir lelaki dan perempauan.Menurur beliau bagi pusat pemindahan yang terdiri daripada Dewan Orang Ramai , Balairaya, Masjid dan Surau, 'Mobile Partition' (Tirai) digunakan untuk membuat pembahagian dan perasingan antara lelaki dan perempuan.Ini katanya, bagi mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan di satu-satu pusat pemindahan.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN itu dalam soalannya ingin tahu persediaan kerajaan negeri ke arah menjadi model kepada pusat pemindahan mangsa banjir patuh syariah di negara ini.Mangsa lebih selesa berada dalam 'Collapsible Tent' untuk tidur terutama kaum wanita. -Gambar Hiasan. Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata antara lain, kerajaan negeri juga menyediakan 'Collapsible Tent' atau khemah tertutup bagi pusat pemindahan terbuka seperti dewan orang ramai, balairaya, masjid dan surau."Setiap keluarga dibekalkan 'Collapsible Tent' terutama kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan dewasa."Ini secara tidak langsung memberi keselesaan kepada mereka terutama sewaktu tidur dan mengelak dari pandangan orang ramai," jelasnya.Katanya, di pusat-pusat tersebut juga disediakan ruangan solat berasingan antara lelaki dan perempuan.Ini secara tidak langsung memberi keselesaan kepada mangsa semasa menunaikan fardhu sembahyang lima waktu.Beliau berkata, di dewan orang ramai dan balai raya juga disediakan tempat penyalinan pakaian bagi memberi keselesaan kepada wanita yang tinggal di pusat berkenaan.Di samping itu katanya, ruangan disediakan bagi memberi keselesaan kepada kaum ibu yang menyusukan anak.Kerajaan negeri juga menggalakkan mangsa menunaikan sembahyang secara berjemaah.Katanya, usaha ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah dalam menyediakan imam untuk memimpin solat tersebut di samping melantik ustaz untuk menyampaikan tazkirah selepas solat maghrib.Begitu juga kerajaan negeri turut membekalkan sejadah kepada mangsa di pusat-pusat terbabit.
03 Dec 18
715
Empty Image
Produk Berasas Nenas Mampu Lonjak MD2
Harwani (kanan) bersama Penolong Pengurus Sofea Pineapple, Nur Shaheda Zabli.SERDANG, 3 Disember - Kepelbagaian produk berasaskan nenas mampu membawa jenama Nenas MD2 Terengganu setaraf nenas keluaran Johor dan Kedah.Pegawai pemasaran Sofea Pineapple, Harwani Mohd Yusuf berkata, Nenas MD2 mempunyai kualiti untuk dipasarkan ke seluruh negara."Pelbagai produk boleh dihasilkan berasaskan nenas dan ia mampu merancakkan pengeluaran hasil dalam negeri."Daripada daun nenas kita boleh menghasilkan benang, kain dan kertas."Manakala, benih nenas boleh disalurkan ke zoo untuk makanan haiwan yang menjadikan keseluruhan hasil yang dituai dapat menjana pendapatan," katanya ketika ditemui di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 kelmarin.Pameran pertanian terbesar negara yang berakhir semalam itu menyaksikan Nenas MD2 mendapat sambutan menggalakkan.Kepelbagaian produk manfaat lebih pengeluaran.Harwani berharap kepelbagaian produk daripada nenas akan melonjakkan pasaran buah itu selain mengangkat nama Terengganu sebagai pengeluar buah-buahan negara."Terima kasih kerajaan negeri dan Lembaga Perindustrian Nenas Negeri Terengganu kerana membuka peluang kepada anak muda mengusahakan tanaman nenas berkelompok."Kami para usahawan berharap kerajaan negeri akan terus memberi sokongan berterusan kepada usahawan dalam usaha mempelbagaikan produk berasaskan nenas," katanya.
03 Dec 18
941
Empty Image
MB Terengganu Teruja PDT Gapai Bintang
Dr. Samsuri bersalaman dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia, Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam sebelum menerima anugerah daripada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.KUALA LUMPUR, 3 Disember - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan keterujaannya ketika menerima Anugerah Penarafan Bintang mewakili Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) daerah Kemaman bagi Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah Negeri 2018."Ini pengiktirafan paling besar buat kakitangan dan seluruh warga PDT."Sesungguhnya amat banyak usaha yang diperlukan untuk kita sampai ke peringkat ini."Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada agensi lain untuk mencapai kejayaan yang sama."Kerajaan negeri akan sentiasa berdiri bersama pegawai-pegawai kita dalam membina kecemerlangan," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis  yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-74 di bangunan Parlimen Malaysia, hari ini.Dr. Samsuri menyerahkan sijil anugerah kepada Mohamad dan Kairuzita sambil diperhatikan Zainal Abidin.PDT Kemaman mendapat penarafan lima bintang apabila menduduki tempat kedua terbaik seluruh negara dengan markah 93.61 peratus di belakang PDT Seberang Perai Tengah (95.01%).Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Tanah  dan Galian negeri, Zainal Abidin Hussin berkata, anugerah yang diterima menggambarkan peningkatan penyampaian kerajaan dalam perkhidmatan."Kejayaan ini sangat membanggakan. Semoga usaha keras berterusan dan menjadi lonjakan kepada jabatan lain untuk membuat penambahbaikan yang sama."Anugerah ini mencipta tangga kejayaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam membina negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," katanya.Turut hadir mengiringi Dr. Samsuri ialahKetua Penolong Pentadbir Tanah (KPPT) PDT Kemaman Mohamad A. Rahman@ Othman dan Penolong Kanan Pentadbir Tanah, Syarifah Khairuzita Tuan Kechil.Anugerah Lima Bintang bukti peningkatan perkhidmatan kepada rakyat.
03 Dec 18
287
Empty Image
Terengganu Agih Bantuan Persekolahan Bermula Hari Ini
Ustaz Satiful Bahri Mamat (duduk) bertanyakan saiz kasut seorang kanak-kanak.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 3 Disember - Bantuan awal persekolahan telah mula diagihkan bermula hari ini secara berperingkat mengikut daerah di Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sebelum ini kerajaan dahulu turut mengagihkan bantuan persekolahan tetapi dalam bentuk baucer tunai."Kalau dulu bantuan ini diterima dalam bentuk tunai namun kali ini kita agihkan terus pakaian sekolah lengkap untuk lelaki dan perempuan."Kerajaan berusaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dalam bentuk pakaian melalui rundingan dengan Syarikat Pakaian Canggih," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka yang bertempat di Dewan Sivik Paka hari ini.Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, bantuan ini akan diagihkan kepada 32 DUN di Terengganu secara berperingkat."Setakat maklumat yang kita dapat, lebih kurang 3,000 hingga 4,000 orang yang menerima bantuan ini dari setiap DUN.Beliau juga memberitahu, sekiranya bantuan ini berjalan dengan baik, ianya akan dikemaskini, ditambah baik pada masa akan datang dan diteruskan kepada rakyat negeri ini."Insya-Allah kerajaan negeri akan meneruskan bantuan ini pada masa akan datang."Saya juga berharap bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini dapat membantu serta meringankan beban rakyat dengan kenaikan harga barang hari ini," tambahnya.Dalam pada itu, seramai 5,105 orang pelajar dari 27 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sekitar DUN Paka menerima bantuan ini yang bermula pada pagi tadi sehingga Ahad depan secara berperingkat.Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Paka, Jabatan Amal Paka, Muslimat PAS Paka, Pemuda PAS Paka dan wakil MPKK yang turut membantu dalam program pengagihan hari ini.
03 Dec 18
98
Empty Image
Bajet 2019 Terima Respon Positif Rakyat
Norzilawati sedang melayan pelanggan di Pasar Besar Kedai Payang.KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Bajet Negeri Terengganu 2019 berasaskan kepada kepentingan dan keperluan rakyat yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini mendapat respon positif daripada orang awam.Rata-rata mereka yang ditemui wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini menyifatkan Belanjawan 2019 itu sebagai berimbang, komprehensif dan memberikan banyak insentif kepada rakyat terutamanya golongan sasar.Bertemakan ‘Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’, ianya memfokuskan kepada segenap lapisan rakyat melalui pelbagai pendekatan yang diyakini mampu memberi impak terus kepada mereka yang secara tidak langsung mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan tahap kesejahteraan serta kemajuan negeri.Bagi peniaga, Norzilawati Che Ali, 32, rakyat negeri ini mendapat pelbagai faedah daripada bajet berjumlah RM2.015 bilion yang dibentangkan.Katanya, intipati Bajet 2019 itu juga dilihat seimbang dan terus kepada rakyat di peringkat akar umbi.“Kerajaan negeri sangat cakna terhadap rakyat negeri ini kerana prihatin terhadap kehendak semua golongan tidak kira peniaga, bukan peniaga, orang tua, orang muda, semua diambil kira.“Justeru, saya mengharapkan kerajaan terus kekalkan bajet yang berteraskan keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan ini di samping terus melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi kepentingan rakyat,” ujarnya yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang.Azhar WahidSementara itu, bagi pemilik Kedai Emas Succie, Azhar Wahid, 59, Bajet 2019 bagi negeri ini dalam sektor keusahawanan yang mencecah RM21 juta memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk memacu usaha mencorak budaya negeri keusahawanan di Terengganu.Katanya, kerajaan negeri begitu bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat termasuk peniaga muda dengan menyediakan banyak dana keusahawan untuk golongan ini menceburi bidang perniagaan.“Sebagai contoh, peruntukan sebanyak RM2 juta bagi bantuan menerokai pasaran atas talian sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak muda yang aktif dengan perniagaan online.“Dengan adanya dana untuk peniaga muda ini, mereka tidak terus berharap dan bergantung kepada makan gaji malah dapat menggalakkan golongan belia berdikari dengan sokongan kerajaan,” ujarnya.Syarifah HaslindaSyarifah Haslinda Syed Nor, 32, pula berpendapat, Bajet 2019 yang menyeluruh termasuk peruntukan berjumlah RM50 juta untuk membina rumah-rumah rakyat merupakan berita paling menggembirakan untuk rakyat negeri ini memenuhi impian memiliki kediaman sendiri.“Saya sebagai rakyat Terengganu amat berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin terhadap kehendak rakyat dengan menyediakan rumah mampu milik dan sebagainya.“Dengan adanya pemberian subsidi rumah oleh kerajaan ini secara tidak langsung dapat membantu kami penuhi impian untuk miliki rumah idaman,” ujarnya.Muhamad Rafizi AmirulSeorang bekas pelajar Politeknik Hulu Terengganu, Muhamad Rafizi Amirul Abd Rashid, 23, turut menyifatkan Belanjawan 2019 sangat menyeluruh kerana menitikberatkan semua aspek termasuk agama Islam, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pendidikan, belia, keusahawanan, sukan, kebajikan, nelayan, penternak dan pertanian, pelancongan, penjawat awam, wanita serta perumahan.“Menyentuh sukan sebagai contoh, Terengganu merupakan negeri yang terkehadapan dalam bidang ini termasuk mempunyai ramai atlet ternama seperti jaguh berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa.“Justeru, usaha kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk pembangunan sukan negeri ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat golongan belia untuk serius dalam bidang ini,” ujarnya.
03 Dec 18
85
Empty Image
RM151.64 Juta Baik Pulih Laguna Kuala Setiu
Satu pemandangan Indah di Laguna Kuala Setiu.KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM151.64 juta bagi memulihkan Laguna Kuala Setiu sebagai destinasi ekopelancongan tanah lembab (Wetlands) terbesar di Malaysia.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peruntukan tersebut digunakan untuk Projek Muara Sungai (Breakwater) Kampung Mangkuk, Permaisuri, Setiu sebanyak RM150 juta dan dijangka ditender pada Februari tahun depan. Katanya, ia juga digunakan untuk Projek Menaiktaraf Ban Pantai Lagun Setiu, Gong Batu, Setiu berjumlah RM8.22 juta. Projek itu kini sudah 55 peratus siap berbanding sasaran awal 58 peratus sepatutnya siap.Manakala Projek Melebar dan Mendalamkan Muara Sungai Kampung Kuala Baru Mangkuk, Permaisuri, siap sepenuhnya dengan peruntukan sebanyak RM8.18 juta.Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Dato' Abd Halim Jusoh dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke -14 di Wisma Darul Iman di sini, baru-baru ini.ADUN itu juga ingin tahu perancangan kerajaan negeri untuk memulihkan Laguna Kuala Setiu dalam kawasan DUN Permaisuri dan jumlah peruntukkan disediakan bagi tujuan tersebut.Menurut maklumat Wikipedia, Laguna Setiu (Setiu Wetlands) atau Tanah Bencah Setiu, sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu dan juga sistem yang lebih besar gabungan lembangan tanah lembap kompleks Setiu-Chalok-Bari-Merang terletak di Terengganu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bot nelayan yang berlabuh di Muara Sungai Setiu.Ia berkeluasan 23,000 hektar, terdiri daripada lapisan hutan riparian tebing sungai, paya gambut, paya bakau, lagun air payau dengan tumbuhan dan pulau-pulau pasir, katil rumput laut dan pantai berpasir.Di Malaysia, hanya tanah lembap di Daerah Setiu mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau.Tanah lembap Setiu bukan saja unik, malah kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.Pantai berpasir, pulau pasir dan tebing sungai adalah tempat bersarang bagi pembiakan terbesar tuntung di Malaysia dari spesies Terrapin Dicat (Callagur borneoensis) dan di situ juga adalah antara beberapa tapak pendaratan penyu hijau (Chelonia mydas) yang diambang kepupusan. Kedua-dua terrapin dicat dan penyu hijau adalah spesies terancam yang masih boleh dilihat berada di Laguna Setiu.
03 Dec 18
809
Empty Image
Pusat Khidmat DUN Jadi Pemudah Cara Pohon Pinjaman Niaga
KUALA TERENGGANU, 3 Disember – Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) membuka permohonan pinjaman usahawan melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri,  Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, peniaga bolehlah mengunjungi petugas dan mengisi borang bagi memohon pinjaman yang disediakan di pusat Khidmat DUN berdekatan.“Pelbagai bentuk dan kategori pinjaman yang kita tawarkan. Kalau boleh semua sektor kita mahu  bantu. Antaranya sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sedia ada seperti usahawan pelancongan, usahawan pertanian dan penternakan juga kita akan bantu.“Jadi permohonan itu bergantung kepada kategori perniagaan seperti kalau mahu menjalankan perniagaan 'foodtruck', YPU boleh menyediakan pinjaman sehingga RM75,000, MARA pula memberi pinjaman sampai RM200,000, ” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Kemudahan dan Bantuan Keusahawanan, di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Padang Hiliran, di sini, hari ini.Mohd Nurkhuzaini berkata, kerajaan juga berharap setiap pemohon dapat memanfaatkan tawaran yang disediakan supaya tiada usahawan yang tertinggal dan terpinggir daripada bantuan yang disediakan. Beliau berkata, tiga jenis kategori pinjaman yang disediakan YPU iaitu pinjaman gerai, perniagaan dan gabungan antara keduanya.“Sepertimana rekod IKS sebelum ini ada (pinjaman) 50 peratus untuk gerai, 50 peratus pinjaman (perniagaan). Kemudian YPU menyediakan 80 peratus kepada usahawan dan 20 peratus usahawan kena cari sendiri,"katanya.
02 Dec 18
35