Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Mahu Jadi Hab Batik Dunia
Ukiran kayu mampu beri pulangan lumayan.BESUT, 15 Disember - Kerajaan Terengganu berhasrat menjadi antara negeri ‘gergasi’ dalam pemasaran dan pengeluaran batik di peringkat dunia.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, hasrat itu diperkukuhkan lagi dengan kursus baharu yang bakal diwujudkan oleh Politeknik Besut pada tahun 2021.“Diploma Industri Kraf dan Batik yang diwujudkan merupakan yang pertama dan satu-satunya di Politeknik Malaysia.“Pengkhususan kepada ukiran kayu dan batik fesyen akan dapat melahirkan bahan baru dalam industri yang berdaya saing.Nurkhuzaini menyampaikan sijil kursus kepada tenaga pengajar politeknik.“Walaupun kedua-dua industri ini kurang popular tetapi ia memberikan pulangan lumayan bagi yang berkemahiran tinggi dalam bidang ini.“Kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk menjadikan industri ini sebagai salah satu kerjaya pilihan dalam usaha melahirkan lebih ramai ‘player’ di pelbagai peringkat.“Inisiatif yang dilakukan Politeknik adalah usaha yang baik dan perlu diteruskan,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan penutup Bengkel Perkongsian dan Pembangunan Ukiran Kayu Tradisi di Desa Ukiran Kayu, Kampung Raja kelmarin.Bengkel tersebut merupakan kursus ‘Training of Trainer’ bagi tenaga pengajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual Politeknik untuk pembangunan program baharu yang bakal diwujudkan.Bengkel tersebut berlangsung selama lima hari bermula 9 Disember lalu yang menampilkan pembelajaran secara teori dan praktikal.Seramai enam orang tenaga pengajar dilatih dengan asas ukiran kayu yang bakal dijadikan silibus dalam program baharu itu.Turut hadir dalam majlis itu ialah Eksekutif Latihan Desa Ukiran Kayu, Mohamad Mazran Zakaria, Pengarah Politeknik Besut, Mukhtar Bakar dan Pengurus Kanan Pengurusan Aset dan Pembiayaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Zulkifli Yunus.
14 Dec 18
275
Terengganu Tunai Janji Taja Umrah Atlet Cemerlang SUKMA
Wan Sukairi Wan Abdullah (tengah) membawa dua atlet cemerlang SUKMA 2018 menunaikan umrah.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 15 Disember - Kerajaan Terengganu menunaikan janji untuk menaja dua atlet cemerlang Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 ke Mekah bagi menunaikan umrah.Ianya terbukti apabila Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018, Azreen Nabila Alias dan Atlet Terbaik Berbasikal SUKMA 2018, Nur Aishah Muhammad Zubir dibawa sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah bagi mengerjakan ibadah suci itu.Menurut Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, kedua-duanya dianugerahkan hadiah bonus berupa pakej umrah, salah seorang ditaja Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd, manakala seorang lagi ditaja Whe Mumtaz Travel & Tours Sdn. Bhd. atas kecemerlangan mereka dalam SUKMA 2018 tempohari."Alhamdulillah, insya-Allah kami bertolak ke tanah suci petang ini. Saya pesan pada Azreen, jangan berlari pecut masa tawaf dan saie nanti, takdan (tak sempat) saya nak kejar," katanya bergurau."Doakan kami semua agar selamat pergi dan balik, dikurniakan kesihatan, dipermudahkan urusan serta dikurniakan umrah yang mabrur insya-Allah," ujarnya dalam status yang dimuat naik di Facebooknya semalam.Beliau mengetuai rombongan umrah tersebut, disertai 2 atlet bersama keluarga masing-masing bermula 14 hingga 25 Disember ini.Pada SUKMA 2018 yang lalu, kontinjen SUKMA Terengganu yang berjaya merealisasikan misi ‘Win Back Mission’ menerima insentif berjumlah RM995,000 daripada kerajaan negeri.Kontinjen Terengganu berjaya meraih 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa sekali gus mengulangi pencapaian sebagai juara keseluruhan setelah kali terakhir melakukannya di SUKMA 2012 di Pahang.Kejayaan Terengganu menjadi juara diiringi dengan kejayaan ‘Ratu Pecut’ Terengganu, Azreen yang telah dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018 dan Aisyah yang memenangi tujuh pingat emas acara berbasikal jalan raya dan trek.
14 Dec 18
162
Sultan Mizan Rasmi Rally of Terengganu 2018
Tuanku Mizan melepaskan peserta perlumbaan.SETIU, 15 Disember - Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Kejohanan Rally Of Terengganu 2018 di Terengganu International Equestrian Park (TIEP) semalam.Baginda hadir diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A.Rahman Yahya.Seramai 28 pelumba daripada tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Jepun menyertai pusingan terakhir Kejuaraan Rali AAM selepas siri kedua berlangsung di Perlis Oktober lalu.Paling menarik, kejohanan kali ini memiliki keunikan tersendiri apabila pertama kali menampilkan trek laluan pesisiran pantai.Trek Lembah Bidong beri pengalaman baharu kepada pelumba.Laluan sejauh 151.33 kilometer (km) itu merupakan tarikan baru buat pelumba-pelumba dalam dan luar negara kerana ia menjadi laluan yang pertama seumpamanya dalam negara dan di peringkat dunia.Pemandu wanita, Gina Finanza Daud yang mewakili One Motorsports BDRT turut teruja dengan laluan tersebut."Ini merupakan trek pertama pesisir pantai. Tidak sabar untuk memulakan perlumbaan dan melihat laluan yang cantik," katanya kepada pengacara majlis sebelum dilepaskan urusetia kejohanan.Kejohanan dianjurkan Malaysia Rally Championship (MRC) itu berlangsung selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini.Antara yang turut serta ialah lagenda rali negara, Karamjit Singh Naranjan Singh yang mewakili MRU Motorsports.Peserta kejohanan merakamkan kenangan bersama Tuanku Mizan.
14 Dec 18
438
Lebih 800 Jawatan Imam Dan Bilal Perlu Diisi
KUALA TERENGGANU, 13 Disember - Kerajaaan negeri merekodkan lebih 800 kekosongan jawatan imam dan bilal yang masih belum diisi di masjid kerajaan dan mukim seluruh negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, ia antara lain disebabkan kerana tidak ramai individu yang berminat dan berkelayakan untuk memikul tanggungjawab itu."Mengikut kuota, di setiap masjid ada tiga imam dan tiga bilal, namun secara purata, ada dua imam dan bilal di lebih 500 masjid mukim seluruh negeri."Ketika sebilangan imam dan bilal yang sedia ada uzur, calon-calon yang dicadangkan oleh jawatankuasa masjid atau kepimpinan di peringkat kampung gagal dalam proses temuduga yang dijalankan."Mungkin kerana mereka tidak bersedia semasa temuduga dan tidak begitu berminat tetapi dicalonkan, jadi kegagalan itu menyebabkan mereka tidak lagi mahu melalui proses itu,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Haflu Al Takrim Al-Sanawi 2018 Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.Pada majlis itu dua pelajar warga emas dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan.Kedua-duanya, Mohd. Nor Rani, 65, dari Kampung Kubang Parit dan Wan Muni Wan Muda, 75, masing-masing berasal dari Marang menerima Anugerah Kulliyyah Al-Furqan bagi kategori lelaki dan perempuan.Mohd. Nor yang merupakan bekas Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) secara khususnya mendapat Anugerah Imam Ibnu Tohhan Al-Andalusiy manakala Wan Muni pula mendapat Anugerah Sheikhah Ummu Sa’ad Najm Al-Misriyyah.Mereka berdua adalah antara 616 pelajar KQT yang diraikan hari ini dalam majlis itu. Daripada jumlah itu, 555 orang merupakan penerima Sijil Ulum al-Quran manakala selebihnya iaitu 61 orang adalah penerima Sijil Dirasat Quraniah.
12 Dec 18
640
477 Calon PT3 Terengganu Capai Semua A
Gambar hiasan. Foto ihsan - Sinar HarianKUALA TERENGGANU, 13 Disember - Seramai 477 calon di negeri Terengganu berjaya memperoleh semua A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018 bagi semua mata pelajaran.Terengganu mencapai Gred Purata Negeri 2018 sebanyak 3.24 dengan seramai 19,237 calon menduduki peperiksaan tersebut membabitkan 145 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan PT3 pada jam 10 pagi tadi."Tahniah kepada semua pelajar cemerlang PT3 2018. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk berjaya pada masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu status yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau hari ini.Dalam tumpuan sama, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin memberitahu, Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu mendominasi pencapaian terbaik dan diikuti oleh sekolah berasrama penuh."Bagaimanapun tiada perbandingan secara terus boleh dibuat kerana sekolah berlainan mempunyai set soalan yang berbeza. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Menengah (PPSM) 2018 adalah gabungan 4 komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu PT3, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)."Selain PT3 , calon juga diberi sijil pencapaian dalam PBD yang dinilai oleh guru mata pelajaran masing-masing. PAJSK pula dinilai berdasarkan penglibatan dan pencapaian dalam kokurikulum dan PPsi pula dinilai berdasarkan kecenderungan dan minat calon tersebut. Keempat-empat sijil ini hendaklah dilihat bersama dalam menentukan kemenjadian calon," jelasnya.
12 Dec 18
94
Temuduga Pelajar SRIDI 17 Disember
Satiful mahu pelajar terbaik sertai SRIDI.KUALA NERUS, 13 Disember - Pemilihan pelajar-pelajar yang memohon Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) akan dilaksanakan dalam sesi temuduga pada 17 Disember ini.Temuduga itu akan diadakan di enam lokasi pertama SRIDI iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, proses itu perlu dilakukan kerana permohonan yang diterima melebihi kapasiti yang diperlukan."Setakat ini, kita hanya memerlukan 50 pelajar bagi setiap cawangan SRIDI dan pelajar-pelajar ini akan dipilih secara adil melalui temuduga tersebut."Paling penting, kita akan pilih yang terbaik kerana para pelajar bakal mengikuti subjek tambahan yang lebih banyak berbanding sekolah rendah kebangsaan," katanya ketika hadir bertemu guru-guru SRIDI yang mengikuti kursus induksi di Institut Pendidikan Guru Dato' Razali Ismail, semalam. Satiful bersama kepimpinan JHEAT dan guru-guru SRIDI.Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menasihati 44 guru yang baru dilantik untuk melaksanakan tugas dengan baik."Ini adalah amanah yang harus ditunaikan sebaik mungkin. Saya berharap para guru yang menggalas kepercayaan kerajaan negeri ini dapat buat yang terbaik demi imej dan masa depan pendidikan Islam di Terengganu," katanya.Tenaga pengajar SRIDI merangkumi subjek agama dan umum mengikuti kursus induksi bermula 9 Disember lalu yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Kursus tersebut berakhir hari ini dan mereka seterusnya akan ditempatkan di enam cawangan SRIDI sebelum memulakan tugasan awal Januari 2019.
12 Dec 18
803
ECTC Ketepi Perbezaan Demi Majukan Pelancongan
Ariffin menandatangani simbolik kerjasama antara negeri ECTC.Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 13 Disember - Sektor pelancongan akan dibangunkan sesuai dengan kehendak rakyat sekali gus menjana ekonomi mereka.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman memaklumkan, satu usaha sama telah dijalin antara empat buah negeri wilayah pantai timur iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor Timur dalam usaha memajukan sektor pelancongan pada awal Disember lalu.Usaha sama yang dikenali sebagai Kerjasama Strategik Koridor Pelancongan Pantai Timur (ECTC) itu adalah gerakan baharu yang diwujudkan bagi meningkatkan pendapatan negeri melalui industri pelancongan. "Kita telah sepakat untuk bekerjasama dan saling membantu bagi memajukan negeri di pantai timur walaupun berbeza pentadbiran."Kerajaan negeri mengetepikan fahaman perbezaan parti politik dan bersikap terbuka demi memajukan sektor pelancongan di negeri masing-masing," katanya kepada pemberita baru-baru ini. Kerjasama membina jaringan pelancongan lebih meluas.Beliau yang merasmikan Pameran Menelusuri Karya Seni Norhaiza 2018 di Kompleks Muzium Negeri dua hari lalu turut menyatakan peningkatan sasaran pelancong bagi tahun 2019."Seramai lima juta pelancong disasarkan berkunjung ke negeri ini tahun hadapan berdasarkan inisiatif yang dibincangkan dalam usaha sama ini."Pelancongan adalah sumber utama kepada negeri-negeri di pantai timur dan lebih penting, ia memberikan manfaat kepada rakyat," katanya.ECTC turut dihadiri Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj Sultan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Perladangan Pahang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung.
12 Dec 18
46
Mangsa Banjir Meningkat Di Setiu
Oleh : Ariss Alias, Dzakaria Mohd Salleh,Helmi Abd SalamSETIU, 13 Disember - Hujan lebat yang berterusan semalam menyebabkan dua lagi pusat pemindahan sementara banjir dibuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap sehingga jam 3 pagi ini, menjadikan tiga pusat pemindahan keseluruhan dengan yang pertama dibuka pada jam 9.45 malam semalam (Rabu), di Masjid Kampung Merbau Menyusut.Dua orang kanak-kanak perempuan dan tiga lelaki dipindahkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.55 pagi, di Balairaya Kampung Langkap.Sebelum itu, PPS Surau Bukit Nyor menempatkan sebuah keluarga melibatkan tiga orang dan menjadikan keseluruhan 55 mangsa selepas tujuh lagi mangsa dipindahkan ke PPS Masjid Merbau Menyusut.Seorang penduduk, Zulkifli Salleh,46, berterima kasih kepada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan pihak bomba yang bertindak cepat untuk mengarahkan mereka berpindah ketika air semakin naik.Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Setiu, Tuan Mustafa Ismail operasi menyelamat yang dijalankannya bersama 15 anggota sehingga kini berjalan dengan lancar."Alhamdulillah...kita mendapat kerjasama yang baik daripada (MPKK) yang terbabit dan juga penduduk yang berpindah," ujarnya ketika ditemui. Sementara itu Pengerusi MPKK Kampung Langkap, Mat Yazid Awang yang ditemui turut berpuas hati dengan tindakan pasukan Bomba dan Penyelamat dalam membantu mangsa banjir dan berkata pihaknya telah bersedia dengan fasiliti yang ada bagi menghadapi kemungkinan lebih banyak lagi mangsa yang akan berpindah.
12 Dec 18
135
Bawa Suara 600,000 Wanita Seluruh Terengganu - Hajah Zuraida
Oleh: Aslam WiraMARANG, 12 Disember - Suara kira-kira 600,000 wanita seluruh Terengganu akan terus saya dengari dan perhalusi untuk memenuhi keperluan dan kebajikan mereka yang memerlukan pembelaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Hajah Zuraida Mohd Noor.Menurutnya, sejurus dilantik sebagai ADUN baru-baru ini, beliau dihujani pelbagai soalan berhubung peranan dan kawasan perkhidmatan sebagai wakil rakyat."Bermulanya lantikan itu, saya telah dikunjungi oleh wanita tidak kira tua atau muda dengan pelbagai isu, jadi saya akan menyuarakan hak dan masalah mewakili mereka untuk saya ketengahkan kepada pihak yang bewajib,” katanya ketika berucap merasmikan program Dana Agihan Baju Persekolahan DUN Rhu Rendang di Dewan Sivik Seberang Marang, di sini, hari ini.Turut serta, Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Haji Mohamad Embong, Pegawai Seranta Hal Ehwal Wanita i-MiTS Terengganu, Faridah Omar dan Ketua Pemuda Pas DUN Rhu Rendang merangkap pengarah program, Mohammad Aswadi Mohamad dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.(MPKK) DUN Rhu Rendang.Bermula 10 sehingga 16 Disember ini, lebih 4,200 pelajar di seluruh DUN itu menerima baucer bantuan pakaian sekolah yang diagihkan menerusi MPKK masing-masing.Menurut Zuraida lagi, sebagaimana dasar kerajaan baru, pihaknya akan terus mengkaji program yang baik seperti itu selain menambah baiknya untuk kepentingan rakyat Terengganu.Malah, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM12 Juta untuk Dana Bantuan Persekolahan ini yang merangkumi 116,000 pelajar di seluruh Terengganu sebagai langkah positif bagi meringankan beban ibu bapa untuk persiapan persekolahan bagi sesi 2019 nanti.
12 Dec 18
66
Besut Bakal Jadi 'Mini Terengganu'
Haji Mohd Nurkhuzaini (kiri) di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Derah Besut baru-baru ini.BESUT, 12 Disember - Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, idea cadangan (proposal) 'Venue Of Besut' seorang pemimpin bukan kerajaan akan dipertimbangkan untuk diguna pakai bagi memajukan daerah Besut sebagai 'Mini Terengganu'.Ini kerana katanya, semua tempat menarik sebagai destinasi pelancongan terdapat di daerah itu termasuk pulau, pantai, sungai, air terjun, tasik dan air panas sekali gus ia menjadi destinasi terkenal di dalam dan luar negara jika ia dimajukan."Pulau Perhentian sebagai contoh memang dikenali di kalangan pelancong asing tetapi destinasi lain yang ada di daerah Besut tidak banyak didedahkan kepada pelancong menyebabkan ia kurang menjadi tumpuan kepada pelancong asing," jelasnya ketika diwawancara oleh sebuah saluran media secara langsung di sini hari ini.Katanya daerah Besut boleh disifatkan sebagai 'Mini Terengganu' kerana apa yang ada di Terengganu ada di dearah tersebut.Cuma jelas beliau, keindahan alam di daerah tersebut perlu diintegrasikan sehingga penduduknya turut mendapat manfaat hasil dari kedatangan pelancong luar dan dalam negeri."(Sebelum diintegrasikan) Pelancong datang ke Pulau Perhentian tidak dapat manfaat yang banyak kepada penduduk Besut sendiri."Pelancong datang 'parking' kereta di Kuala Besut dan Kampung Raja, mereka menaiki bot (untuk ke pulau itu) pergi dan balik, orang Besut hanya duduk minum di kedai kopi, mereka kira (pelancong) datang ramai, ada empat buah bas, 30 buah kereta, orang Besut hanya dapat melihat sahaja, tidak dapat manfaat untuk mereka kecuali orang di Pulau Perhentian," jelas beliau.Justeru, Haji Mohd Nurkhuzaini mahu melihat integrasi dibuat hasil dari ratusan ribu kedatangan pelancong ke daerah tersebut untuk manfaat penduduk setempat.Mengulas mengenai 'proposal' itu lagi, Haji Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Putera berkata, jaluran yang dibuat dalam cadangan itu adalah suatu yang menarik kerana keindahan alam yang ada di daerah itu lebih baik berbanding negara-negara luar."Cuma tempat kita (Besut) tidak dimajukan dan didedahkan keindahan alamnya kepada para pelancong yang berkunjung ke Besut," jelas beliau.Cadangan itu menjelaskan tentang kawasan yang perlu dimajukan bermula dari Kampung Raja sehingga Sungai Keluang dengan keaslian alamnya masih lagi kekal termasuk pokok nipah, biawak, monyet dan hidupan sungainya."Semua ini bagi pelancong mempunyai nilai tersendiri dan saya bercadang untuk mengambil alih cadangan tersebut dengan beberapa pindaan," jelas beliau.
12 Dec 18
101