lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Mahu Hidupkan Semula Seni Kain Telepuk
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Kerajaan Negeri Terenggganu akan membantu usaha tokoh pengukir terkenal Malaysia, Norhaiza Nordin yang mahu menghidupkan semula seni penghasilan kain telepuk yang sudah pupus di negara ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Arifin Deraman berkata, perincian bantuan itu akan diputuskan setelah mengadakan perbincangan lanjut bersama pengukir tersebut tidak lama lagi."Kain telepuk adalah antara koleksi yang dipamerkan beliau sempena Pameran Menelusuri Karya Seni Norhaiza Noordin di Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang bermula 1 Disember lalu. Kain telepuk ini adalah sejenis tekstil yang dipakai oleh raja-raja Melayu Terengganu sekitar 1870-an," ujarnya.Katanya, penghasilannya sangat sukar dan unik dan ia akan ‘mati’ dan hilang di dunia ini jika tidak dihidupkan kembali.“Kita rakyat Terengganu bahkan Malaysia sepatutnya berbangga dengan Nor Haiza Nordin kerana selain daripada hasil pengumpulan seni khat yang beliau hasilkan sendiri, sebenarnya terdapat keunikan yang kita baru sedar, antaranya  seni kain telepuk."Ini satu usaha yang sangat murni, jadi pada saya perlu ada satu usaha yang sungguh-sungguh daripada pihak berkenaan kerana kalau kita tidak jaga, ia akan mati,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Menelusuri Karya Seni Norhaiza 2018 yang diadakan di Kompleks Muzium Negeri semalam.Menurut Arifin, warisan itu telah dihidupkan kembali oleh Norhaiza Nordin yang berasal dari Besut, Terengganu yang kini menjadi rujukan dalam bidang seni ukir dan motif. Sehubungan itu, Norhaiza berkata, kerajaan negeri amat perlu mengangkat kembali seni kain telepuk tersebut.“Seni ini ambil masa berbulan-bulan untuk siap, jadi itu yang mengakibatkan seni ini telah pupus,” tegas beliau.Kata beliau, antara sebab seni tersebut makin hilang adalah apabila permintaan daripada istana sudah tidak  ada.“Insya-Allah lepas ini Terengganu kena angkat balik seni yang pernah ulung pada suatu ketika dahulu,” tambah beliau.
11 Dec 18
1597
Empty Image
Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019 Diteruskan
Mazlan Che Wil.KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu melalui kerjasama Yayasan Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Pusat Sains Islam Terengganu (PSKT) akan meneruskan Program Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019.Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz), Mazlan Che Wil berkata, kerajaan negeri mempelawa calon-calon yang berminat untuk mengikuti program tersebut."Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk memberi penajaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar yang terpilih dan berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) dan seterusnya berkhidmat di Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu siaran media yang dikeluarkan Yayasan Terengganu bertarikh 10 Disember, sebagai hebahan tentang Program Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019 itu.Dalam tumpuan sama, katanya, program ini bertujuan untuk melahirkan saintis Islam yang hafiz 30 juzuk al-Quran, mendalami ilmu-ilmu Islam dan pakar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)."Permohonan ini terbuka kepada semua anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (soft skill), fasih berkomunikasi bahasa Inggeris dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan."Permohonan boleh dibuat melalui muat turun borang di laman sesawang www.myimtiaz.com.my atau www.yt.gov.my atau boleh didapati di Pejabat Yayasan Terengganu dan dihantar ke Pejabat Yayasan Terengganu. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Disember 2018," jelasnya.Pengarah Yayasan Terengganu,Bangunan Yayasan,Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.Tel: 09-6221733Faks: 09-6232944
11 Dec 18
111
Empty Image
Pegawai Khas Agama Diperlukan Dalam Pentadbiran Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Penceramah bebas, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek yang dilantik sebagai Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sejak September lalu mengakui tugasnya tidaklah terlalu besar tetapi diperlukan dalam pentadbiran negeri ini.Katanya, antara tugas sebagai Pegawai Khas Agama termasuk membuat kajian terhadap apa yang diperlukan oleh Menteri Besar khususnya berkait dengan bidang agama.“Di peringkat kerajaan negeri, alhamdulillah negeri Terengganu mempunyai seorang Menteri Besar yang sangat faham tentang agama, malah di kalangan exco juga ramai yang mempunyai latar belakang agama.“Justeru, tidak menjadi masalah berkait hukum hakam, halal haram dan pandangan dari sudut agama yang boleh diberikan oleh pihak exco kepada Menteri Besar dan ianya turut meringankan tugas saya,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai pelantikan beliau sebagai Pegawai Khas Agama Menteri Besar ketika ditemui di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, seluruh rakyat diharap dapat memberi kerjasama yang baik kepada Menteri Besar untuk menguruskan negeri ini dengan sebaik mungkin sekali gus dapat merealisasikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.
11 Dec 18
862
Empty Image
4,320 Terima Bantuan Pakaian Persekolahan Di Alur Limbat
Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 12 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat merekodkan seramai 4,320 penerima Bantuan Pakaian Persekolahan membabitkan nilaian sebanyak RM432,000.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun lepas.Katanya, setiap keluarga yang berpendapatan rendah layak  menerima tidak melebihi dua baucer pakaian sekolah dengan nilaian RM200 bagi setiap keluarga.“Kali ini kerajaan negeri mengubah corak agihan bantuan awal persekolahan daripada bentuk  tunai kepada baucer barangan,” katanya.Seorang ibu, Zaidah Mohd Tahar, 48, berkata, pada awalnya, dia teragak-agak untuk menerima pakaian sekolah yang diagih kerana bimbang tidak muat untuk anaknya.Namun katanya, berbeza dengan hari ini, pihak urusetia terlebih dahulu mengukur saiz badan anak dan penerima lain sebelum mengagihkan pakaian.“Saya bukan sahaja berpuas hati dengan menerima barangan  berjenama Canggih malah kaedah pengagihannya,”katanya.Agihan bantuan pakaian sekolah yang diadakan di Dewan Kampung Kepong, Alur Limbat berlangsung selama tiga hari, bermula semalam dan berakhir esok (13 Disember).
11 Dec 18
338
Empty Image
JPS Ambil Kira Kepentingan Komuniti
Oleh: Hanif Hamdan dan Ahmad Syahid AdnanSETIU, 11 Disember - Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau  negeri, semalam mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Setiu dan kawasan Lembangan Sungai Setiu bagi mendapat input berkaitan projek dan isu sekitar.Pengerusinya, Dr Mamad Puteh berkata, lawatan itu bertujuan mendengar taklimat dari JPS dan mendapat gambaran sebenar mengenai tahap dan kesan projek serta manfaat kepada komuniti setempat.“Saya mendengar sendiri taklimat yang diberikan oleh JPS di pejabatnya mengenai beberapa projek yang perlu diberikan pemerhatian sewajarnya dan mengambil kira semua aspek apabila berlakunya pembangunan di sini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja di Bilik Mesyuarat JPS Daerah Setiu,di sini, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusinya, Ir Saiful Azmi Suhaili. Dr Mamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata, kerajaan akan melaksanakan projek ‘breakwater’ dan mengambil kira juga pandangan daripada mereka yang pakar dalam bidang itu kerana pembangunan pastinya memberikan kesan sampingan kepada penduduk di sini.“Kerajaan akan buat projek ‘breakwater’ di muara Sungai Setiu bersama dengan pembangunan di sekitar muara Sungai Setiu, apabila kita hendak buat pembangunan, kita mestilah tengok kesan sampingan apabila berlakunya pembangunan di sini.“Kita tahu ada banyak sangkar ikan di sini seperti sangkar ikan kerapu ‘hybrid’ dan sangkar ikan siakap di mana hasilnya berjuta ringgit setahun, pembangunan yang dijalankan pasti menjejaskan persekitaran, nelayan, penternak ikan dan sebab itulah kita perlu memberikan pemerhatian dalam melaksanakan pembangunan di kawasan ini,” katanya.Beliau ymenyatakan bahawa pandangan daripada pelbagai pihak perlu diambil perhatian bagi memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar dan tidak memberi masalah kepada orang ramai.
11 Dec 18
333
Empty Image
Terengganu Bina Tapak Ekspo Pertanian Negeri
Petugas MAHA 2018 merakamkan kenangan bersama hadiah kemenangan Pavilion Terengganu.Oleh: Nurul Fatimah Az-zahra ZainudinKUALA TERENGGANU, 11 Disember - Kerajaan Terengganu bakal membina lapangan ekspo pertanian seiras tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim memaklumkan, kerajaan negeri akan  memanfaatkan Kompleks Pertanian Negeri di Ajil yang memiliki keluasan lebih 70 hektar untuk tujuan tersebut."Kita akan membina pavilion milik jabatan-jabatan berkaitan yang mempamerkan pelbagai produk pertanian dan industri  asas tani."Sebelum ini, program 'Road to MAHA' julung kali dianjurkan negeri Terengganu pada Oktober lalu di perkarangan Pejabat MARDI Kuala Terengganu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018."Tapak baharu ini bakal dijadikan tapak tetap 'Road to MAHA' yang diadakan secara dwi tahunan," katanya.Dr. Azman Ibrahim.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu meraikan petugas Pavilion Terengganu dalam Majlis Meraikan Petugas MAHA 2018 di Wisma Peladang Terengganu, hari ini.Lebih 200 petugas hadir terdiri daripada kakitangan Jabatan Pertanian Negeri, MARDI, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri.
11 Dec 18
109
Empty Image
Kerajaan Negeri Peruntuk RM2.5 Juta Tubuh Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar
Satiful Bahri Mamat. Foto ihsan - ManisfmKUALA TERENGGANU, 11 Disember - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta menerusi Belanjawan 2019 bagi penubuhan Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar cawangan Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penubuhan Pusat Bahasa Arab (Markaz Lughah) yang pertama di Malaysia itu  yang mana kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Mesir Oktober lalu.Menurut beliau, penubuhannya memberi banyak manfaat  kepada mahasiswa dan mahasisiwi di negeri Terengganu terutamanya dari segi penjimatan kos dan tempoh pengajian sebelum meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar.Katanya, berperanan sebagai pusat persediaan dan penguasaan Bahasa Arab, ianya ditempatkan di Bangunan Hab Digital Terengganu, TD1303.“Sekarang dalam proses penyeliaan tempat dan sebagainya, malah kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bangunan TD1303 untuk dijadikan pusat bahasa ini."Yang paling penting, Sijil Markaz Lughah ini diiktiraf di serata dunia dan menjimatkan masa para pelajar yang bakal meyambung pengajian di Universiti Al-Azhar kerana tidak perlu mengambil bidang bahasa Arab di sana, sebaliknya terus masuk ke kuliah," ujarnya ketika bersiaran di Manis.fm hari ini.Katanya, kerajaan negeri bertuah kerana dapat bekerjasama dengan universiti berkenaan yang mempunyai sistem kurikulum yang baik dan para pensyarah yang berkemahiran dalam melatih para pelajar.
11 Dec 18
182
Empty Image
SPRM Terengganu Sedia Bantu Syarikat Korporat Bebas Rasuah
Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pengurusan Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) di Darul Iman Training Centre (DITC) Teluk Kalong,KEMAMAN, 11 Disember - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu bersedia membantu syarikat korporat di negeri ini menggunakan langkah asas bagi menyelamatkan organisasi daripada terlibat dengan rasuah selaras Akta SPRM (pindaan 2018) yang membabitkan peruntukan baharu Seksyen 17A.Pengarahnya, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Mohd Zaki Hassan berkata, Seksyen 17(A) diluluskan pada sidang Dewan Negara pada Mac lalu yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang 2020 juga membolehkan sesebuah syarikat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perlakuan jenayah dan bukannya sivil sekiranya kakitangan bawahan melakukan kesalahan rasuah sama ada dengan atau tanpa disedari syarikat.Katanya, pindaan itu dilakukan bertujuan menggalakkan perniagaan dan aktiviti komersial dijalankan dalam keadaan bebas rasuah."Contohnya kalau pegawai atau pengurus atas buat kesalahan atas kapasiti individu dan kalau kita boleh buktikan ia diluluskan oleh entiti (syarikat) itu sendiri maknanya kita boleh siasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009."Ia adalah liabiliti korporat, maknanya syarikat pun kena tanggunglah. Sebelum ini syarikat tidak dipertanggungjawabkan atas kesalahan individu iaitu kalau misalnya pengurus, pengurus kanan dan sebagainya terlibat dalam rasuah, kita tuduh atas kapasiti individu dan syarikat tidak dituduh," katanya.Mohd Zaki HassanBeliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pengurusan Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) di Darul Iman Training Centre (DITC) Teluk Kalong, di sini, semalam.Mohd Zaki berkata, Seksyen 17A Akta SPRM 2009 bertujuan menggalakkan syarikat-syarikat korporat untuk menolak dan menghapuskan budaya rasuah kerana rasuah boleh muncul dalam pelbagai bentuk termasuk hiburan dan apa sahaja yang bertujuan melindungi bisnes atau projek.      Menurut Mohd Zaki, SPRM di Terengganu akan mengambil langkah untuk membantu, menerangkan inisiatif dan langkah pencegahan yang boleh diambil sesebuah organisasi bagi mengelak mereka dikenakan tindakan undang-undang liabiliti korporat atas kesalahan rasuah kerana sudah tiba masa korporat dan syarikat swasta lebih berhati-hati dalam menjalankan urusan masing-masing."Kita akan membantu macam mana untuk siap sediakan syarikat korporat ini dengan satu pelan atau rangka yang boleh menyelamatkan syarikat-syarikat daripada terlibat dengan rasuah seperti 'no gift policy' dan sebagainya supaya perkara berkenaan boleh dicegah di peringkat syarikat lagi," katanya.
10 Dec 18
705
Empty Image
Remaja Hanyut Ketika Memancing Masih Belum Ditemui
Pencarian diteruskan dengan bantuan ramai pihak.Oleh: Norekwan MamatBESUT, 10 Disember - Seorang remaja berusia 13 tahun dikenali sebagai Mohd Syarif Mohd Zulkifli, dihanyutkan arus deras ketika memancing bersama adiknya di Sungai Besut berhampiran rumah mangsa di Kampung Gong Duek, kelmarin.Sehingga kini operasi pencarian masih dijalankan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Sukarela Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Mat Daik Mohamad menyeru orang ramai untuk terus berdoa agar urusan pencarian tersebut dipermudahkan."Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan diharapkan mereka bersabar di atas ujian Allah SWT," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini. Beliau hadir bersama sebahagian penduduk kampung membantu dalam usaha pencarian mangsa dari hari kejadian sehingga kini.Mat Daik turut bantu pencarian.
10 Dec 18
50
Empty Image
EPIC Ikrar Bebas Rasuah
Kakitangan termasuk pegawai Kumpulan EPIC bersama pengarah serta pegawai SPRM Terengganu pada Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di Darul Iman Training Centre, Telok Kalong.KEMAMAN, 10 Disember - Seramai 70 kakitangan termasuk pegawai dari Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi  2018, sebagai komitmen menentang gejala rasuah secara holistik.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor berkata, ia merupakan tanda sokongan dan komitmen EPIC sebagai sebuah anak syarikat kerajaan negeri dalam membanteras jenayah salah guna kuasa serta mewujudkan perkhidmatan yang telus dan adil."Majlis ini juga seiring dengan teras utama Rancangan Perniagaan EPIC 2019-2023 iaitu menerima pakai amalan terbaik dalam pengurusan perniagaan tadbir urus dalam menuju ke arah kemampanan dan kreadibiliti syarikat di masa kini dan akan datang."Ikrar Bebas Rasuah ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan lagi nilai-nilai integriti serta melahirkan modal insan yang lebih bertanggungjawab dan amanah dalam setiap aspek tugasan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pengurusan Kumpulan Epic Bersama SPRM 2018 di Darul Iman Training Centre, Teluk Kalong, di sini, hari ini.Noor Fadzil Mohamed Nor.Turut hadir, Pengarah SPRM negeri, Nik Andy Suwardy Amry, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Mohd Zaki Hassan dan Timbalan Pengarah SPRM, Zainal Ayub.Tambahnya lagi, ini merupakan tanda komitmen EPIC  untuk bersama-sama memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa yang merupakan perosak kepada sesebuah organisasi dan masyarakat."EPIC juga telah melaksanakan program transformasi sejak tahun 2014 sehingga kini dengan pelbagai program telah dijalankan dari segi kemajuan perniagaan mahupun aspek akidah, ibadah dan juga akhlak," ujarnya.Untuk rekod, IBR adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh SPRM yang memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat dalam kapasiti individu, untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.Sementara itu, Noor Fadzil berkata, EPIC dijangka mencapai prestasi memberangsangkan dengan unjuran keuntungan sebanyak RM295 juta pada tahun ini iaitu meningkat sebanyak RM25 juta berbanding RM270 juta pada tahun lalu.Tambahnya, peningkatan perolehan yang menghasilkan lebihan keuntungan RM25 juta berbanding tahun lalu itu dijana menerusi pendekatan memberi tumpuan kepada segmen baharu dalam sektor minyak dan gas selain merancakkan aktiviti hiliran dan penyelengaraan.
10 Dec 18
38