lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jangan Tinggal Solat - Pesan MB
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 18 Disember- “Pastikan mereka tahu arah kiblat, solat perlu dijaga walau dalam apa jua keadaan”, itulah  antara pesanan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika melakukan kunjungan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar  di Dewan Sivik, Kampung Tanjung Paya, semalam.Dr Ahmad Samsuri turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan mangsa banjir di pusat pemindahan itu.Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Khalid Ambak berkata, PPS Dewan Sivik, Kampung Tanjung Paya merupakan pusat pemindahan banjir yang pertama dibuka di DUN Bandar.“ Mangsa yang terlibat setakat ini hanya sebuah keluarga. Kesemua mereka berjumlah seramai 13 orang yang terdiri daripada warga emas, dewasa dan lima orang kanak-kanak.“Beberapa barangan keperluan telah diagihkan seperti makanan, kelengkapan penginapan, tilam, tikar dan selimut turut disediakan," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di PPS tersebut.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bandar, YM Sayyid Hasan.Sebagai  mewakili mangsa banjir di pusat tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar kerana sudi berkunjung walaupun dalam keadaan mengejut. “Tidak dilupakan juga kepada Penghulu Mukim, Jabatan Khidmat Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, RELA dan seluruh agensi yang terlibat dalam operasi banjir kali ini,” ujarnya.
17 Dec 18
42
Empty Image
Terengganu Rangka Tindakan Susulan Banjir
Tengku Hassan tinjau rumah dan saliran yang dinaiki air.KUALA TERENGGANU, 18 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkesempatan meninjau banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang pagi semalam.Beliau yang ditemani kakitangan Pusat Khidmat DUN melihat keadaan rumah mangsa dan saliran di lokasi kejadian memaklumkan,  keadaan itu telah beberapa kali berlaku dan memerlukan tindakan yang sistematik.“Banjir kilat awal pagi ini di DUN Ladang disebabkan hujan lebat semalam dan dijangkakan akan berulang dua tiga kali lagi pada musim ini.“Punca utamanya ialah longkang yang tidak mampu menampung jumlah air yang banyak daripada kawasan lain melalui kawasan ini sebelum turun ke sungai dan laut. “Penduduk di sini mengatakan air tersekat di punca saliran sama ada di Kuala Ibai atau Tok Andis dan kita akan mengesahkan puncanya,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Alamanda semalam.Keadaan Zainun akan diberi perhatian.Dalam tumpuan sama, beliau sempat menziarahi rumah ibu tunggal, Zainun Yusof, 76, yang turut dinaiki air sehingga ke ruang tamu rumah. Zainun yang baru menjalani pembedahan di kepala terlantar ditemani anak-anaknya.Tengku Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri menegaskan akan melaksanakan tindakan susulan untuk membantu penduduk supaya kejadian ini tidak berulang di masa akan datang.“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan buat laporan teknikal untuk kita ambil tindakan. Untuk kawasan ini, kita dapati air berjalan tetapi tidak dapat mengalir dengan deras menyebabkannya bertakung selama dua tiga jam.“Kita mahu laksanakan penyelesaian segera dan berkesan. Tetapi, JPS lebih tahu teknikalnya untuk tindakan susulan dan kita terpaksa menunggu laporan tersebut.“Bagi situasi ini, pemindahan tidak diperlukan. Cuma ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah diarahkan bersedia untuk membantu sebarang masalah yang berlaku dengan segera,” katanya.
17 Dec 18
50
Empty Image
Permohonan Program Saintis Islam Terengganu Kini Dibuka
KUALA TERENGGANU, 17 Disember- Permohonan mengikuti Program Saintis Islam Terengganu bagi tahun 2019 kini dibuka sehingga 24 Disember ini kepada anak-anak Terengganu yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dengan tajaan kerajaan negeri.Program anjuran kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) yang memasuki edisi kelima itu mempelawa calon-calon yang berminat untuk mengikuti program tersebut.Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, kerajaan negeri bersetuju memberikan penajaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar yang terpilih dan berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD).Katanya, program tersebut bertujuan melahirkan Saintis Islam yang hafiz 30 juzuk al-Quran, mendalami ilmu-ilmu Islam dan pakar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus memartabatkan kegemilangan Islam di negeri ini.“Permohonan ini terbuka kepada semua anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (soft skill), fasih berkomunikasi bahasa Inggeris dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.“Jumlah biasiswa kebiasaannya bergantung kepada kos pengajian dan juga kursus yang diikuti pelajar dan apabila tamat pengajian mereka perlulah berkhidmat di Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Pejabat Yayasan Terengganu, hari ini.Katanya, kerajaan negeri menggerakkan program itu bagi melahirkan golo­ngan saintis bergelar hafiz dengan memiliki ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang strategik termasuk aeroangkasa, kejurute­raan, perubatan dan sebagainya.Ishamudin  menyifatkan sejak program tersebut dijalankan pada 2015, sambutan yang diterima daripada pelajar cemerlang bagi mengikuti program ini sangat baik.Menurut beliau, permohonan boleh dibuat melalui muat turun borang di laman sesawang www.myimtiaz.com.my atau www.yt.gov.my atau boleh didapati di Pejabat Yayasan Terengganu dan di hantar ke Pejabat Yayasan Terengganu.
16 Dec 18
98
Empty Image
Dr SAM Memikat Hati Semua Pihak
Dr SAM (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Dato' Seri Mukhriz (kanan) sebelum mesyuarat bermula.APA YANG MEREKA BINCANGKAN?... Gambar-gambar ini adalah reaksi spontan beberapa orang pemimpin dari beberapa buah negeri sebelum Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-74 di Bangunan Utama Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini.Mereka ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr SAM),  Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan, Haji Ahmad Yakob dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Mahathir.Dr Ahmad Samsuri tidak menjadikan unsur kepartian menghalangnya untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kebaikan negeri Terengganu.Yang penting, permasalahan negeri dan penyelesaiannya perlu diutamakan lebih dari yang lain. Ustaz Dato' Bentara Kanan, Haji Ahmad (kiri) menyatakan sesuatu  kepada Dr SAM.Justeru, beliau boleh dan bersedia berbincang dengan siapa sahaja bagi memastikan matlamat menjadikan negeri Terengganu terus maju, berkat dan sejahtera dapat dilaksanakan.Tidak ada reaksi curiga diwajahnya ketika berdepan dengan sesiapa sahaja sama ada rakyat biasa ataupun pemimpin negara.Dr Ahmad Samsuri fokus terhadap isu yang timbul dalam mana-mana pertemuan dengan mereka sehingga penyelesaian terbaik dapat dicapai.Dr SAM (kanan) bermesra dengan Ustaz Ahmad dalam pertemuan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur baru-baru ini.Pendek kata pendekatan beliau memimpin negeri memikat hati semua pihak dan mendorong sesiapa sahaja memberi kerjasama terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu tercinta.
16 Dec 18
106
Empty Image
Rally Of Terengganu Tutup Tirai Meriah
Rachmat dan Donny bersama pasukan MRU Motorsports.SETIU, 16 Disember - Rally of Terengganu 2018 menutup tirainya petang semalam dengan MRU Motorsports dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan pemandu mereka, pasangan Indonesia, Rachmat dan Donny Wardono yang memandu Mitsubishi Lancer dianugerahkan sebagai juara bagi siri terakhir kejohanan Malaysia Rally Championship (MRC) 2018.Kejohanan selama dua hari di Terengganu International Endurance Park (TIEP) itu berlangsung dalam keadaan hujan dan litar digenangi air.Keadaan itu menyebabkan hanya 23 pelumba berjaya menamatkan saingan daripada keseluruhan 28 pelumba.Penyelaras kejohanan, Mohd Kurnia Abdol Sakor berkata, walaupun cuaca agak mencabar, majoriti pasukan berjaya menamatkan perlumbaaan ini. Kurnia harap Rally of Terengganu kembali tahun hadapan.“Terima kasih kepada kerajaan negeri atas kerjasama dalam penganjuran kali ini dan berharap dapat kembali ke negeri ini lagi,” katanya.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim merakamkan kesyukuran kerana para peserta berpuas hati dengan penganjuran tersebut.“Bersyukur kerana trek kita diakui yang terbaik dan dimeriahkan dengan kedatangan pengunjung luar negeri. Kami berharap negeri ini akan menjadi destinasi pelancong dan pengunjung luar.“Untuk penganjuran pada masa hadapan, kita sedia maklum lokasi ini sebenarnya adalah trek pertandingan kuda lasak. Bagaimanapun, kita dapat lihat Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin agak gembira dengan penganjuran ini dan kami mengira ia mendapat sokongan penuh daripada baginda Tuanku."Bagi penganjuran kali ini, kita berpuas hati dan harap dapat diteruskan lagi di negeri ini,” katanya yang hadir mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kerajaan negeri bantu kelancaran kejohanan - Hishamuddin.
16 Dec 18
95
Empty Image
Lembah Silika Terengganu Bakal Jana 7,200 Peluang Pekerjaan
 Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 16 Disember - Projek pembangunan Lembah Silika Terengganu (TSV) di atas tapak seluas 4,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang yang disasarkan mampu menarik pelaburan mencecah RM13 bilion dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2020 dan mampu menjana 7,200 pekerjaan kepada penduduk tempatan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Tengku Hassan Tengku Omar berkata, kawasan ini dibangunkan khas oleh kerajaan untuk industri silika  dan para pelabur akan dibawa untuk membuka kilang-kilang yang membuat bahan-bahan daripada silika seperti gelas, baju dan sebagainya.Jelasnya, industri silika merupakan satu industri baharu di Terengganu dan memerlukan syarat-syarat yang sesuai dengan mengambil kira kepentingan negeri dan juga rakyat.“Kita akan menetapkan syarat kepada pelabur agar membina kilang di TSV bagi mewujudkan peluang kerja kepada rakyat tempatan dan silika mentah tidak boleh dibawa ke luar negara sebaliknya mesti digunakan untuk industri dalam negeri.“Kita tidak benarkan eksport bahan mentah ke luar negara, paling kurang kena proses pasir silika di sini ke satu tahap yang boleh kita benarkan bawa keluar supaya peluang pekerjaan wujud dengan pembinaan kilang-kilang yang akan dibina.“Mereka perlu faham apa yang mereka dapat jika kilang ini dibina dan kita sedang merangka satu dasar perusahaan silika untuk negeri Terengganu supaya pelabur faham kehendak kita dan kita faham kehendak mereka dan akhirnya memberi ‘win-win situation’ kepada kedua pihak,” katanya ketika ditemubual di ManisFm sempena Bicara Khas PASCA Bajet terengganu 2019, di sini, hari ini. Tambahnya, Terengganu mempunyai deposit silika di semua daerah kecuali Hulu Terengganu dan kerajaan negeri sedang menyediakan pelan induk TSV yang dijangka siap pada Januari depan untuk dibentangkan kepada pucuk pimpinan negeri.“Kerajaan juga sedang menyediakan infrastruktur di sana dan telah menandatangani perjanjian dengan Petronas  bagi membina laluan paip untuk membawa gas ke TSV melalui Paka, Dungun ke Jambu Bongkok.“Cuma terpaksa melalui proses pengambilan tanah, proses buat paip dan lain-lain yang memakan masa, kami jangka paling awal pun pelabur boleh bina kilang mereka seawal bulan September tahun 2020," ujarnya lagi.Beliau juga berkata, pembangunan wilayah untuk membina penempatan baru sedang dirancang dan akan dilaksanakan sebagaimana yang disebutkan dalam manifeso kerajaan negeri secara beransur-ansur.
15 Dec 18
253
Empty Image
‘Kerajaan Negeri Prihatin Komuniti Kami’ - OKU
Sebahagian pelajar tekun menggunakan al-Quran Braille untuk mempelajari kalam Allah di Pertis Wilayah Terengganu.KUALA NERUS, 16 Disember - Bertemakan ‘Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’, Bajet Negeri Terengganu 2019 disifatkan berimbang, menyeluruh serta memperluaskan kumpulan sasar.Belanjawan 2019 yang berjumlah RM2.015 bilion dibentangkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini, dilihat sebagai bajet yang inklusif kepada semua kumpulan sasar termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) selari dengan usaha kerajaan memperkasa golongan itu.Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu, Mohd Fauzi Mansor berkata, peruntukan yang mencecah kira-kira RM4 juta untuk OKU amat bermakna buat komuniti terbabit di negeri ini.“Alhamdulillah, hasil daripada pembentangan Bajet 2019 yang dibentangkan baru-baru ini, saya mewakili OKU penglihatan amat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sangat prihatin terhadap komuniti OKU Terengganu.“Antaranya, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi mengembangkan program pengajian al-Quran Braille di negeri ini dengan menyediakan Pusat Pengajian Braille di Kemaman dan Besut sebagai tambahan pusat sedia ada di Kuala Nerus ini,” ujarnya kepada wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Pejabat Pertis, di sini baru-baru ini (4 Disember).Mohd Fauzi berkata, dengan peruntukan yang diberikan itu diharap Negeri Terengganu dapat melahirkan lebih ramai golongan cacat penglihatan yang boleh menguasai al-Quran selaras dengan visi Pertis sendiri untuk melahirkan golongan buta yang celik al-Quran.“Malah dengan pertambahan pusat pengajian sebegini kita mengharapkan program pengajian al-Quran Braille ini dapat terus dikembangkan dan lebih menyeluruh sekali gus memudahkan golongan OKU penglihatan mempelajari al-Quran di kawasan masing-masing dan tidak hanya bertumpu di Pertis sahaja,” ujarnya.Sementara itu, salah seorang pelajar Pertis, Anis Sakinah A. Azizi, 21, turut menyokong penambahan pusat pengajian Braille di negeri ini.“Saya sokong apa yang akan dilaksanakan kerajaan kerana dengan adanya pusat pengajian Braille yang baharu, ianya akan memberi manfaat kepada rakan-rakan yang senasib dengan saya untuk mempelajari al-Quran.“Ini akan memudahkan golongan istimewa yang berada jauh dari Kuala Nerus untuk mendalami kalam Allah ini khususnya mereka yang tinggal di sekitar Kemaman dan Besut,” ujarnya.Bagi tukang urut sambilan pula, Muhamad Azri Nasruddin Abd Rashid, 21, berpendapat Bajet 2019 yang memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membantu OKU menerusi Dana Prihatin Terengganu (D-HATI) untuk usahawan OKU sangat bermakna buat golongan senasib sepertinya yang terlibat dengan  perniagaan.Katanya, beliau amat berbesar hati kerana kerajaan prihatin terhadap komuniti OKU malah peruntukan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu usahawan OKU mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.
15 Dec 18
461
Empty Image
Kerajaan Peringat Orang Ramai Jangan Tinggal Solat Fardu
Ustaz Satiful Bahri (tengah) ketika menyertai Himpunan Bantah ICERD di Kuala Lumpur baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 16 Disember - Orang ramai diperingatkan supaya menunaikan solat jumaat dan solat fardhu kerana mereka yang tidak berbuat demikian masing-maisng boleh didenda antara RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan hingga tiga tahun.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, menurut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 Bahagian III - Seksyen 18 menyatakan bahawa mana-mana orang, yang mukallaf, yang tidak menunaikan sembahyang fardhu tanpa keuzuran syarie adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.Sementara Seksyen 16 enakmen yang sama menyatakan mana-mana orang lelaki, yang mukallaf, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam mukim masjidnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.Ketika dihubungi beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, kerajaan negeri mahu memastikan rakyat negeri Terengganu bebas dari kesalahan jenayah tersebut kerana kesalahan tidak solat jumaat dan fardhu adalah satu kesalahan dosa besar.Menurut beliau rakyat beragama Islam di negeri ini wajib menjaga hubungan mereka dengan Allah melalui solat fardhu kerana ia amat penting bagi melahirkan masyarakat madani berteraskan hubungan mereka dengan pencipta manusia itu sendiri (Allah SWT)."Kita mahu menjadikan negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera, bererti hubungan dengan Allah melalui solat tidak boleh sekali-kali diabaikan kerana ia adalah kunci segala keberkatan hidup umat Islam."Pengabaian tanggungjawab itu merupakan satu kesalahan besar dan dengan tujuan itulah kerajaan menguatkuasakan enakmen berkenaan," tegas beliau.Sementara solat jumaat, satu manifestasi himpunan perpaduan umat Islam secara mingguan di masjid agar arahan, peringatan dan maklumat penting mengenai hal ehwal Islam dan umatnya dapat disampaikan kepada mereka."Mereka perlu kepada kesatuan, kesedaran dan sensitif terhadap perkembangan terkini permasalahan Islam dan umatnya dalam dan luar negara."Justeru itu Allah SWT menjadikan hari Jumaat sebagai hari mereka berhimpun di masjid sekaligus menjelaskan bahawa mereka perlu ada hubungan dengan masjid sebagai lambang kesatuan dan syiar umat Islam," jelasnya lagi. Dalam perkembangan yang sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika ditemui pemberita di Paya Bunga (PB) Square di sini kelmarin berkata, undang-undang yang telah diwartakan sentiasa dikuatkuasakan dan penguatkuasaan sedang berjalan.Ustaz Mohd Nor (dua dari kanan) berbincang sesuatu dengan seorang pengusaha pawagam di PB Square semasa Kempen "Street Dakwah' di Kuala Terengganu kelmarin."Kita (kerajaan) serah kepada pihak penguatkuasa untuk melaksanakan undang-undang yang sudah sedia ada, jika ada tangkapan berlaku kita serah kepada pihak kehakiman menentukan keputusannya, kita tidak ganggu mereka. "Bahagian kuasa kerajaan ialah menentukan garis panduan, kerajaan buat pemantauan, bidang kuasa kerajaan ialah beri nasihat dan ingatan supaya jangan melakukan kesalahan ini.Beliau yang juga ADUN Bukit Payung berkata, jika ada aduan boleh maklum kepada pihak penguatkuasa dan penguatkuasa menjalankan siasatan dan memantau mana-mana kawasan yang dianggap ada orang yang tidak menunaikan sembahyang jumaat."Tetapi tidak boleh tangkap terus, ada juga orang yang tidak sembahyang dia musafir, termasuk di kawasan-kawasan pelancongan," ujarnya.Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Zuhaiza Ismail berkata, seramai lapan lelaki Islam dicekup kerana didapati ponteng solat Jumaat sepanjang tempoh 2016 hingga November lalu.Kesemua mereka ini didakwa di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.Nik Zuhaiza berkata, penguatkuasaan itu juga adalah bagi meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kewajipan melaksanakan solat fardhu yang lain bermula dengan penekanan solat Jumaat secara berjemaah."Mungkin ada umat Islam yang seumur hidup tidak pernah solat. Menerusi penguatkuasaan ini secara tidak langsung akan membuatkan dia hadir ke masjid walaupun bukan secara sukarela dan siapa tahu hadirnya hidayah dan memberi kesedaran kepadanya," ujarnya.Beliau berkata, kempen dan kesedaran perlu diteruskan dan diperkasa lagi supaya selari dengan tindakan undang-undang yang diambil."Di bahagian penguatkuasaan, kami akan pastikan kempen kesedaran kepada umat Islam selari dengan penguatkuasaan yang diambil," katanya.
15 Dec 18
60
Empty Image
Ustaz Mohd Nor Pimpin Kempen 'Street Dakwah' Terengganu
Ustaz Mohd Nor (tengah) ketika menemui golongan belia dalam Kempen Street Dakwah di PB Square petang semalam.KUALA TERENGGANU,  15 Disember - Kerajaan negeri sentiasa memantau pusat-pusat hiburan agar pengusahanya mematuhi garis panduan hiburan patuh syariah yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya kejadian maksiat di premis berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri,  Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan telah melihat garis panduan yang sedia ada dan akan memperkemaskan lagi garis panduan tersebut di masa akan datang. "Jadi kita (kerajaan) sudah meninjau pusat hiburan di bandar Kuala Terengganu dan melihat sendiri operasi hiburan dijalankan. "Ini termasuk melihat dari segi kekuatan lampu dan susunan kerusi  yang ada dalam panggung wayang di Paya Bunga (PB) Square yang bertujuan untuk menambah baik garis panduan hiburan yang sedia ada, " katanya. Ustaz Mohd Nor (tengah) memasuki pintu sebuah pawagam di PB Square bagi meninjau operasi pawagam berkenaan. Menurut beliau, kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa khusus pelaksanaan syariah,  yang mana di bawahnya terdapat beberapa orang exco yang sedang berusaha memperkemaskan garis panduan kesenian,  kebudayaan dan hiburan di negeri Terengganu. Ustaz Mohd Nor berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai Program 'Street Dakwah' anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT)  di Bangunan PB Square di sini petang semalam. Turut serta dalam masa sejam program itu, 20 orang anggota penguatkuasa syariah diketuai oleh Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) JHEAT, Ustaz Nik Zulhaiza Ismail. Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, program itu adalah kempen kepada pengunjung-pengunjung di pawagam PB Square, bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mereka agar tidak lupa untuk menunaikan solat fardhu. "Yang keduanya untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang kesalahan-kesalahan dalam agama seperti bercumbuan dengan 'ajnabiyyah' (di tempat awam), pergaulan bebas dan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang jenayah syariah. "Jadi kita turun atas asas untuk memberi kesedaran kempen dan melaksanakan program street dakwah kepada warga yang ada di panggung ini, " jelas beliau. Katanya, di waktu yang sama, kerajaan sedang membuat pemantauan tentang pelaksanaan garis panduan hiburan di panggung wayang di premis berkenaan sekali gus berusaha memperkemaskan garis panduan yang sedia ada. "Kerajaan akan sediakan garis panduan hiburan lebih kemas dan kita akan kemukakan kepada syarikat-syarikat yang mengadakan panggung wayang atau yang telah buat industri panggung wayang di negeri Terengganu ini agar ia bertepatan dengan syariat dan tidak akan berlaku sesuatu yang mencemari kemuliaan dan kemurnian nilai-nilai Islam itu sendiri, " jelasnya lagi. Di samping itu katanya,  kerajaan berharap masyarakat awam tidak hanya mengutamakan hiburan semata-mata tanpa menjaga dan mengambil kira nilai-nilai Islam dalam aktiviti tersebut.Mengenai kempen street dakwah, beliau menjelaskan, ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada anak-anak muda yang datang menonton di pawagam berkenaan tanpa rasa takut terhadap kedatangan rombongan kempen itu. Ini kerana ia hanya untuk menyebar risalah kempen semata-mata bukan bertujuan menjalankan operasi cegah maksiat. "Kami  harap dengan risalah yang kami edar itu,  mereka terima dan mereka balik baca dan mereka ada kesedaran (untuk jauhkan diri dari kesalahan jenayah syariah), insya-Allah, " jelas beliau lagi. 
14 Dec 18
43
Empty Image
Anak Kembar Penyelaras DUN Bukit Besi Cemerlang PT3
Ghazali bersama anak kembarnya Hafizi dan Hafizah.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 14 Disember- Keputusan peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3), kelmarin turut melakar momen indah buat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sekeluarga apabila anak kembarnya merekod keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum itu.Ghazali Sulaiman berkata, kejayaan anaknya, Hafizi dan Hafizah Ghazali yang mendapat keputusan 10A itu diterima dengan penuh kesyukuran dan gembira.Pasangan kembar yang belajar di sekolah  berasrama penuh di Setiu itu turut berjaya menghafaz 17 juzuk al-Quran melalui pengajian Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA)."Peperiksaan di Sekolah itu juga turut mementingkan bahasa Inggeris, di mana peperiksaan adalah di dalam bahasa Inggeris, terutamanya bagi subjek Sains dan Matematik."Antara resepi kejayaan anak saya adalah kami selalu bimbing dan ingatkan mereka kepentingan terhadap pelajaran."Kami juga menitikberatkan didikan agama, supaya sentiasa ingat kepada Allah selain amalan membaca al-Quran dan selalu melakukan solat sunat, di samping sentiasa melakukan ulangkaji," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika dihubungi semalam.Ghazali menambah, antara resepi lain kejayaan anaknya juga adalah pentingnya mendapat doa yang baik dan restu dari ibu bapa masing-masing."Tanpa restu ibu bapa kejayaan tidak akan memberi apa-apa makna."Kejayaan yang sejati bukan sahaja kejayaan didalam akademik, bahkan kejayaan menjadi anak yang soleh dan solehah,"katanya.Pada masa yang sama, Ghazali juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 terutama di DUN Bukit Besi."Bagi yang tidak cemerlang, jangan berputus asa, masih ada masa untuk melakukan yang terbaik pada SPM di Tingkatan Lima nanti," katanya.
14 Dec 18
78