Artikel "Utama" Terkini
Banjir Masih 'Termenung' Di Terengganu
Che Adam bersama Timbalan Pengerusi MPKK Pasir Puteh, Azfar Ismail meninjau keadaan rumah di Kampung Padang Garam.MARANG, 19 Disember - Tinjauan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu ke Kampung Padang Garam, Pasir Puteh, Merchang mendapati situasi banjir ‘termenung’ yang berlaku di kawasan itu menyebabkan pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh perlu dibuka sehingga ke hari ini.Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman menjangkakan banjir di situ hanya akan surut dalam masa tujuh hingga sepuluh hari mendatang.“Buat masa ini, Kampung Padang Garam merupakan satu-satunya kawasan di Terengganu yang masih digenangi air banjir.“Berkeluasan hampir 10 ekar dan dinaiki air setinggi sekitar 0.3 meter, mendapan air telah tepu menyebabkan ia tidak dapat keluar ke mana-mana.“Berdasarkan tinjauan hari ini, kita tidak benarkan penduduk balik jika belum surut sepenuhnya kerana kita tidak tahu apa yang berada di dalam air ketika ini samada berbahaya atau tidak.Che Adam turut meninjau keadaan di SK Pasir Puteh.“Sebahagian besar kawasan ini adalah kawasan pertanian dan penyelesaian isu ini akan dibincangkan di peringkat pejabat daerah untuk dibawa ke peringkat negeri.“Pihak berwajib akan mencari jalan paling sesuai dalam usaha mengekalkan kelestarian kawasan ini serta mengambil kira keadaan penduduk asal di sini kerana pada akhirnya, penyelesaian itu diharap mendatangkan manfaat kepada penduduk dan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di kawasan tersebut.Seramai 35 mangsa terdiri daripada 12 keluarga masih ditempatkan di SK Pasir Puteh pada hari ketiga banjir daerah itu, hari ini. Manakala, pusat pemindahan lain di Terengganu telah ditutup semalam dan semua mangsa dibenarkan pulang.Che Adam turut memaklumkan, situasi air laut pasang besar dijangka akan berlaku antara 22 sehingga 26 Disember ini.“Jika hujan lebat dan air pasang besar pada waktu yang sama, kita jangkakan akan berlaku banjir lagi di kawasan berisiko dan mangsa pemindahan mungkin akan meningkat sehingga lebih 1,000 orang berbanding 800 mangsa pada gelombang ketiga kali ini,” katanya.Sementara itu, Penghulu Mukim Merchang, Adnan Ibrahim, 52, memaklumkan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah diarahkan bersedia membantu pihak keselamatan sehingga keadaan pulih.“Jawatankuasa MPKK yang dilantik telah diberi taklimat dan kursus untuk menghadapi situasi ini. Mereka memainkan peranan dengan tunjuk ajar APM dan pasukan keselamatan untuk membantu penduduk.“Setakat ini, mereka telah menunjukkan kerja yang baik semasa memindahkan mangsa dan melaksanakan aktiviti di pusat pemindahan. MPKK akan kekal membantu mangsa di pusat pemindahan sehingga semua dibenarkan pulang,” katanya.
19 Dec 18
258
Banjir : Abdul Hadi Tinjau Keadaan PPS Terengganu
Oleh: Aziz HambaliMARANG, 19 Disember - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang turun padang bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir yang dipindahkan di beberapa pusat pemindahan di sekitar Marang semalam.Katanya, beliau berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan banyak pihak dalam menghadapi banjir termasuk pengurusan bantuan banjir di sini."Pihak-pihak yang terlibat dilihat bersedia dan bertindak dengan cepat. Ada penyelarasan di antara penghulu kampung, badan bukan kerajaan (NGO), anggota bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan sebagainya."Banjir sebelum ini lebih besar daripada ini, jika semua pihak bekerjasama, ianya dapat diselesaikan dengan baik untuk kemudahan rakyat insya-Allah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu tinjauan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh semalam.Dalam tumpuan sama, menurut Hadi, kerajaan negeri perlu mencari kawasan rendah untuk menghapuskan air takungan."Ini kerana dalam jangka masa panjang, air itu harus dipindahkan dari kawasan rendah dan digunakan untuk tujuan pertanian," jelasnya.Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dalam satu kenyataan berkata, banjir bagi daerah Marang antaranya melibatkan Kampung Kijing, Kampung Rhu Muda, Kampung Gong Merawang, Kampung Seberang Marang, kampung kelulut, Kampung Serating, Kampung Pulau Rusa dan Kampung Alur Wan Syed.Marang antara daerah di negeri Terengganu yang turut dilanda banjir melibatkan 615 orang mangsa dari DUN Rhu Rendang dan Pengkalan Berangan. Bagaimanapun, keadaan bertambah baik hari ini dengan hanya satu pusat pemindahan masih dibuka di SK Pasir Puteh melibatkan 35 mangsa daripada 12 keluarga.Turut hadir dalam tinjauan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.
19 Dec 18
59
Penjawat Awam Perlu Elak Budaya ‘Yes Boss’
Dato' A. Rahman Yahya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di WDI hari ini.KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya membudayakan pemikiran di luar kotak kebiasaan dan mempunyai kreativiti dalam menyampaikan perkhidmatan.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata, dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mereka seharusnya mengambil inisiatif berfikir di luar kotak bagi memastikan hasil serta kualiti kerja terbaik untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.Dengan cara tersebut katanya, penjawat awam akan sentiasa berada di depan dalam usaha meningkatkan daya saing dan memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan unggul.Di samping itu katanya, penjawat awam juga perlu mengelak budaya ‘Yes Boss’ agar dapat melicinkan lagi pentadbiran negeri.“Sebagai penjawat awam, kita perlu menunaikan amanah Allah dengan sebaik mungkin. Tidak boleh lagi berkelakuan mengikut apa yang dibuat oleh orang terdahulu, maksudnya kita bukan lagi ‘Yes Boss’, sebagai penjawat awam kita hendaklah sentiasa mempunyai idea baru.“Jangan takut dan segan untuk menyatakan idea kita kepada pihak atasan kerana tidak semestinya idea bos itu betul, mungkin gabungan dua idea lebih baik tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan cara yang berhemah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI hari ini.Beliau juga menyeru seluruh penjawat awam agar bersama-sama bertanggungjawab dalam memikul amanah dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.“Buatlah sesuatu kerja atau tugasan itu bermula dengan cara yang betul agar pengakhirannya juga adalah hasil yang betul,” ujarnya.
18 Dec 18
280
Kolaborasi Dengan Kelab Media Terengganu Dialu-alukan - MB
Ahmad Fakhrurazi (dua dari kanan) menyampaikan 'Banjir Kit' kepada Che Adam (kiri) diperhatikan oleh Dr Ahmad Samsuri (tengah).KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri mengalu-ngalukan penglibatan syarikat gergasi antarabangsa untuk berkolaborasi memajukan industri penulisan dan kewartawanan di negeri ini.Katanya, kerajaan negeri sangat mengalu-ngalukan penglibatan syarikat gergasi antarabangsa seperti Repsol Oil dan Gas Malaysia Berhad (Repsol) yang turut sama membantu golongan karyawan dalam konteks negeri Terengganu."Ini bertujuan untuk menjaga kepentingan golongan karyawan termasuk wartawan, pegawai media, jurugambar dan sebagainya di samping syarikat antarabangsa berkenaan boleh memberi sumbangan dalam pembangunan dan kebajikan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas selesai Repsol Media Night 2018 di Hotel Permai di sini semalam.Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Perhubungan Pemegang Saham Repsol, Ahmad Fakhrurazi Arshad.Repsol adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang beribu pejabat di Sepanyol dan operasinya berteraskan kepada sumber asli, petroleum dan gas.Seterusnya, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, Repsol adalah satu contoh syarikat antarabangsa yang terbaik yang berkolaborasi bagi memajukan industri media di Terengganu.Wakil-wakil media bergambar bersama MB (tengah) di Majlis Repsol Media Night 2018 semalam."Saya bagi pihak kerajaan negeri nenyeru kepada syarikat-syarikat lain di luar sana untuk turut mengambil langkah yang sama sebagaimana yang dibuat oleh Repsol," tambahnya.Katanya, mungkin dari segi kepentingannya susah untuk melihat kejayaan kerjasama itu dalam waktu yang singkat tetapi usaha tersebut boleh membantu masyarakat negeri Terengganu dalam jangka masa panjang.Kerajaan negeri katanya, sangat terbuka dengan mana-mana organisasi atau syarikat yang sudi menyumbang dalam bentuk penajaan dan program bersama."Sebab itulah kerajaan negeri Terengganu wujudkan satu portfolio yang khusus mengenai NGO. Ianya kerana kerajaan menyedari kepentingan NGO (memajukan negeri) dan sudah tentu syarikat-syarikat swasta berupaya berbuat demikian untuk membangun negeri Terengganu secara khusus," ujarnya lagi.Sementara itu, Ahmad Fakhrurazi berkata, Repsol amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan golongan karyawan negeri Terengganu."Ini adalah kali pertama kami dapat bekerjasama dengan mereka dan kami berharap dapat meneruskan lagi kerjasama ini di tahun-tahun yang berikutnya," jelas beliau.Repsol katanya, berhasrat untuk membabitkan diri dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility-CSR) kerana beliau difahamkan banyak aktiviti CSR akan dilaksanakan karyawan negeri ini."Kami ingin turut serta dalam program CSR dan sebagai syarikat gergasi antrabangsa memang Repsol adalah nama baru di Malaysia dan kami berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan kami di Malaysia," jelas beliau.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Presiden Kelab Karyawan Kreatif, Nik Mohd Zahid Nik Salim, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan wakil-wakil media dari seluruh negeri Terengganu.Pelbagai acara menarik diadakan dalam majlis tersebut yang bertemakan pakaian tahun 60-an termasuk penyampaian hadiah jasamu dikenang, hadiah istimewa menepati tema majlis dan cabutan bertuah.Ahmad Fakhrurazi turut menyerahkan 'Banjir kit' kepada Che Adam di majlis yang sama diperhatikan oleh Dr Ahmad Samsuri.
18 Dec 18
56
Kerajaan Negeri Siasat Dakwaan Pegawai Menyeleweng
Dr Ahmad Samsuri (kanan) ketika menjawab soalan pemberita berkait dakwaan kononnya pegawai anak syarikat kerajaan Terengganu menyeleweng.KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Kerajaan negeri sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kononnya beberapa orang pegawai di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri terbabit dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, siasatan dalaman mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dibuat bagi mengenalpasti sama ada penyelewengan itu benar-benar berlaku atau tidak dan kerajaan tidak teragak-agak membawa kes dakwaan itu ke pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya jika dakwaan itu ada unsur-unsur melanggar mana-mana akta atau undang-undang negara."Buat masa ini tidak ada sebarang tindakan yang luar biasa dilakukan kerajaan, hanya mengikut SOP dan hanya siasatan dalaman sahaja dibuat, belum melibatkan mana-mana pihak berkuasa sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya ketika disoal pemberita selepas selesai Majlis Repsol Media Night 2018 di Hotel Permai di sini semalam.Katanya buat masa ini siasatan dijalankan oleh satu jawatankuasa dalaman syarikat terbabit.Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan kononnya pejabat CEO terbabit dirantai kerana berlaku pertembungan kepimpinan dalaman syarikat berkenaan.Menjelaskan lebih lanjut berhubung dengan perkara tersebut, Dr Ahmad Samsuri berkata , beliau tidak pasti insiden itu secara fizikalnya tetapi ianya adalah prosedur biasa untuk menghalang individu-individu tertentu supaya tidak berada di premis berkenaan sewaktu siasatan dijalankan."Jadi bagaimana SOP yang diambil sama ada kunci, merantai pintu pejabat atau sebagainya itu adalah satu kaedah sahaja tetapi yang pentingnya ialah prosedur itu perlu dijalankan bagi menghalang mereka yang terbabit memasuki premis berkenaan," jelasnya.Menjawab satu soalan berkaitan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan tidak menetapkan waktu atau tempoh tertentu untuk menyelesaikan siasatan berkenaan kerana jika tindakan tersebut dibuat secara tergesa-gesa, kerajaan bimbang tidak berlaku adil kepada mana-mana pihak terlibat.Menurut beliau, siasatan itu dilaksanakan dengan teliti bukan bertujuan untuk memburu dan mengenakan tindakan sewenang-wenangnya kepada mana-mana individu."Siatan itu dijalankan dengan kadar yang segera mungkin supaya segala urusan dan perjalanan syarikat tidak terjejas," ujarnya.Katanya, kerajaan tidak akan mendedahkan nama atau identiti mereka terbabit kerana ia masih lagi dalam siasatan."Kerajaan mahu berlaku adil kepada pihak yang dinamakan (didakwa) itu supaya kerajaan tidak membuat hukuman melalui media lebih awal, biarlah pihak luar membuat serkap jarang, itu adalah hak mereka (jika tidak bercanggah dengan undang-undang)."Mereka yang membuat serkap jarang itu perlu hormat (supaya tidak membuat tuduhan melulu kepada mereka yang terbabit)," ujarnya lagi.Buat sementara waktu, katanya, operasi syarikat tersebut akan diuruskan secara bersama oleh wakil lembaga pengarah syarikat berkenaan yang dilantik bersama dengan pengurusan yang sedia ada dan tidak terbabit dalam siasatan itu."Jadi akan ada pemangku kumpulan CEO yang bertanggungjawab," jelasnya lagi.
18 Dec 18
164
Kad Sejahtera Sasar 20 Ribu Keluarga Miskin
Dr Haji Alias RazakOleh: Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 18 Disember - Kerajaan negeri mensasarkan kira-kira 20,000 keluarga untuk penggunaan percuma Kad Sejahtera dengan peruntukan sebanyak RM11 juta setahun bagi mengatasi masalah kesesakan tumpuan pesakit di hospital dan klinik kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, untuk itu kerajaan akan mengenalpasti klinik-klinik swasta yang bakal dijadikan panel bagi membolehkan rakyat menikmati kemudahan kad itu dengan nilai RM500 setahun."Jika penggunaannya habis pada tahun semasa, kad baru akan diberi kepada keluarga berkenaan untuk tahun berikutnya, " ujar beliau.Menurut Dr Haji Alias, kad sejahtera itu adalah satu kemudahan tambahan untuk rakyat Terengganu mendapatkan rawatan di klinik swasta secara percuma kepada golongan sasaran."Justeru, kerajaan menyasarkan sekitar 20,000 keluarga akan dapat manfaat daripada skim kad sejahtera ini, " katanya ketika bercakap di sebuah stesen radio di sini semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan tidak menafikan kemudahan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan yang sedia ada tidak mencukupi."Sebab itu kalau kita pergi ke hospital dan klinik kerajaan, pesakit terpaksa tunggu lama."Ini kerana kemampuan hospital untuk menampung keperluan pesakit itu, tidak seimbang maknanya pesakit terlalu ramai sedangkan kemampuan hospital dengan kakitangan dan kemudahan yang sedia ada terhad, " jelasnya.Sebagai contoh katanya banjir kilat akan berlaku bila hujan terlalu lebat sekaligus longkang-longkang yang sedia ada tidak boleh menampung pengaliran air keluar dari kawasan berkenaan.Beliau tidak menyalahkan kakitangan kerajaan kerana mereka melaksanakan tugas dengan baik."Untuk itu bila kerajaan menyediakan kad sejahtera, sebahagian daripada golongan sasaran (berpendapatan rendah) tidak perlu pergi ke hospital atau klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan."Mereka boleh pergi ke klinik swasta dan caj itu akan dibayar oleh kerajaan melalui skim kad sejahtera ini, " jelas beliau lagi.
18 Dec 18
36
Sediakan Slot Keagamaan Di PPS - MB Terengganu
Dr Samsuri (tiga dari kiri) dan isteri mendengar taklimat keadaan mangsa di PPS dari pegawai bertugas. Foto - Aslam WiraKUALA TERENGGANU, 18 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran menyediakan slot keagamaan kepada mangsa banjir, terutama kanak-kanak jika menetap lama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berpendapat, pendekatan itu amat sesuai bagi memberi kekuatan moral kepada mangsa yang kini ditimpa ujian dengan bencana banjir.“Sekiranya mangsa lama menetap di sini, mungkin pengisian (program berbentuk) kerohanian dan keagamaan boleh dilaksanakan, terutama kepada mangsa dan anak-anak untuk memberi mereka kekuatan dalam menghadapi ujian.“Malah, MPKK boleh mengambil langkah ini sekiranya mangsa berada di PPS lebih daripada sehari,” katanya ketika ditemui selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing, Marang semalam.Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Samsuri berpuas hati dengan pengurusan bencana di PPS dan mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terbabit termasuk MPKK yang disifatkannya cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab.“MPKK adalah nadi kepada orang kampung. Tugas yang dipikul mereka sangat baik dan cemerlang bukan sahaja di Marang, malah di seluruh negeri,” katanya.Difahamkan, Ahmad Samsuri meluangkan masa melawat tiga PPS yang beroperasi di daerah Marang yang menempatkan lebih 400 mangsa banjir.SUMBER: BERITA HARIAN
17 Dec 18
43
MB Terengganu Ucap Takziah Pemergian Adib
Naraza Muda (kanan) mewakili Dr Samsuri bertemu abang arwah Adib, Muhamad Asraf Kassim untuk menyampaikan sumbangan.KUALA LUMPUR, 18 Disember - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi.Pegawai Penyelidik (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda berkata, pihaknya mewakili Ahmad Samsuri bagi mengunjungi jenazah Allahyarham di samping menyampaikan sumbangan wang tunai kepada ahli keluarga Muhammad Adib."Saya diarahkan untuk datang bagi menyampaikan ucapan takziah dan menyerahkan sumbangan kepada waris ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib."Pejabat Menteri Besar Terengganu dan seluruh rakyat negeri ini bersimpati dengan kejadian menimpa Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman," katanya.Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi selepas 20 hari bertarung nyawa akibat dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini.Dalam pada itu, Naraza berkata, Ahmad Samsuri tidak dapat hadir sendiri bagi menziarahi keluarga Muhammad Adib berikutan perlu memberi tumpuan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu."Kita akan uruskan (pertemuan dengan keluarga waris) kerana beliau kini sibuk menziarahi mangsa-mangsa banjir."Dan kita doakan semoga proses pengurusan jenazah dipermudahkan," katanya.SUMBER: SINAR HARIAN
17 Dec 18
65
Tubuh Task Force Tangani Ancaman Ulat Bungkus
KUALA TERENGGANU, 18 Disember- Kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan petugas khas (Task Force) bagi menangani serangan ulat bungkus di dua kawasan ladang kelapa sawit di Terenganu.Kawasan Felda Kerteh 5 dan Felcra Seri Bandi di Kemaman yang berkeluasan 1,400 ekar milik 100 peneroka kembali diserang ulat itu sejak November tahun lalu selepas kejadian terdahulu pada 2015.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata pasukan khas itu akan dianggotai beberapa agensi berkaitan termasuk, Felda, Felcra, Ladang Rakyat, TDM Berhad dan tidak dilupakan peneroka dan pekebun kecil.Katanya, langkah awal yang akan diambil menanam puluhan spesis cassia, cobanesis dan turnera subulata, selain membuat semburan racun terhadap daun dan suntikan pada batang kepala sawit secara berkala.“Pendekatan itu sangat diperlukan bagi mengelak ancaman ulat bungkus merebak ke seluruh kawasan ladang sawit, di mana kini telah menyerang kira-kira 1,000 ekar daripada 1,400 ekar milik peneroka.“Walupun saiznya kecil namun ulat bungkus spises metisa plana, pteroma pendula dan mahasena corbetti itu mampu merosakkan keseluruhan pokok kelapa sawit sehingga kering dalam tempoh 77 hari,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan ancaman ulat bungkus terhadap kelapa sawit, di Wisma Darul Iman, petang semalamDr Azman turut memberitahu cara pembiakan ulat itu, bukan faktor hujan atau musim kemarau, sebaliknya penyebaran melalui udara (angin), lebih mudah menyerang sekiranya pokok kelapa sawit berada di laluan kenderaan.“Akibat itu, peneroka yang terlibat mengalami kerugian yang agak besar di mana hanya memperoleh 40 metrik tan hasil buah berbanding 10 metrik tan hasil daripada pokok segar. “Perkara itu pastinya memberi kesan kepada peneroka dan pekebun kecil yang bergantung harap sepenuhnya kepada hasil sawit untuk menyara kehidupan seharian dan keluarga,”katanya.
17 Dec 18
57
Azizulhasni Kebanggaan Terengganu
Oleh : Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 18 Disember- Kejayaan Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak dalam acara keirin pada siri Piala Dunia di London, kelmarin menjadi kebanggaan rakyat di seluruh Terengganu dan Malaysia, amnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullahberkata, kejayaan yang direkodkan anak jati Terengganu itu suatu momen yang amat bersejarah serta memberi kegembiraan untuk semua terutama dirinya."Kejayaan ini sudah tentu mengembirakan saya, memandangkan beliau merupakan anak jati Negeri Terengganu," kata beliau.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejayaan yang dihasilkan anak jati Dungundalam siri saingan Piala Dunia di London itu, menerusi laman sosial Facebook, pagi ini.Menurut wan Sukairi lagi, kejayaan Azizulhasni itu memberi suntikan semangat dan menjadi platform untuk kerajaan negeri lebih memperkasakan sukan itu supaya nama Terengganu dan Malaysia terus gah di persada dunia."InsyaAllah Kerajaan Negeri Terengganu akan terus komited untuk menjadikan sukan berbasikal sebagai sukan nombor satu di Terengganu."Semoga lebih ramai lagi juara baru yang akan lahir dari Terengganu," kata beliau lagi.Pada saingan 16 Disember lalu itu, Azizulhasni yang digelar The Pocketrocketman menamatkan saingan pada kedudukan kedua di belakang pencabar dari Belanda, Matthijs Buchli, manakala Theo Bos dari BEAT Cycling Club (Belanda) di tempat ketiga pada perlumbaan di Velodrom Lee Valley VeloPark.
17 Dec 18
54