lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
MB Terengganu Ucap Takziah Keluarga Mangsa Tsunami Indonesia
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 23 Disember - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tsunami yang berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada malam tadi."Mewakili kerajaan dan rakyat negeri Terengganu, saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa."Turut berdukacita dan mengharapkan semua warga tabah dan sabar dengan musibah yang menimpa," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu status yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, mengulas tentang tragedi tersebut.Sehingga kini, seramai 222 orang dilaporkan maut akibat tsunami yang berlaku sekitar 9.27 malam tadi (10.27 malam waktu Malaysia) dipercayai berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau.
23 Dec 18
75
Empty Image
Kejayaan Hui Ling Buka Mata, Tidak Perlu Takut Tulisan Jawi, Pendidikan Islam - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 semalam.Oleh: Aslam WiraKUALA LUMPUR, 22 Disember - Kejayaan Por Hui Ling, 11, seorang pelajar berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha yang mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan baru-baru ini, memberi gambaran bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan subjek pendidikan Islam dan tulisan jawi.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sekiranya masyarakat boleh memahami keadaan itu terutamanya golongan bukan Melayu, beliau percaya keharmonian itu akan mudah dicapai.“Apa yang kita bimbangkan adalah apabila wujudnya satu kesangsian antara satu pihak dengan satu pihak yang lain dalam komuniti," ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 di Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur, semalam.Katanya, Hui Ling telah berjaya membuka mata ramai pihak bahawa walaupun hidup dalam pelbagai komuniti, masyarakat boleh terlibat dalam bidang pendidikan dan seumpamanya tanpa mengira latar belakang."Inilah antara gambaran sebuah kumpulan masyarakat yang lebih harmoni,” jelasnya lagi.Foto ihsan - NSTP/ Berita HarianKejayaan Por Hui Ling, 11, dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).Anak ketiga daripada empat beradik itu meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.Ini adalah pencapaian istimewa kali pertama yang dicatat di SKTJ oleh anak ketiga daripada empat beradik tersebut setelah memecah rekod abangnya, Por Jie Hao, 14, yang memperoleh 5A 3B dalam UPKK sebelum ini.
22 Dec 18
363
Empty Image
MB Terengganu Hasrat Anak Muda Mandiri
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan ucaptama dalam pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 semalam.Oleh: Aslam WiraKUALA LUMPUR, 22 Disember - Kerajaan Terengganu memberi penekanan serius dalam usaha membina generasi muda sebagai salah satu watak penting dalam menjayakan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Moktar berkata, ianya termasuklah memfokuskan tentang pembinaan kemandirian mereka melalui segmen pendidikan, perusahaan, keusahawanan dan sebagainya."Kita beri pancingnya, dia akan berusaha mendapatkan ikannya sendiri. Dalam erti kata lain, kita tidak langsung memberikan apa yang dia inginkan, tapi kita berikan bantuan yang boleh dipakai untuk berusaha sendiri dan mampu mendapatkan ikan sampai bila-bila," katanya.Menurutnya lagi, usaha ini akan dimulakan seawal tahun 2019, dan sekiranya Kerajaan Terengganu diberi ruang yang lebih, usaha ini akan dikembangkan sehingga 2020, malah sehingga habis penggal pemerintahan kerajaan negeri.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 di Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur semalam.Program tahunan anjuran Asian Muslim Federation of Muslim Youth (AFMY) tersebut melibatkan wakil-wakil belia dari 10 negara Islam di Asia termasuk negara Palestin dan Yaman. Ianya bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan umat Islam, khususnya dalam konteks generasi muda.Dalam tumpuan sama, Dr Samsuri turut memberitahu, beliau percaya perbincangan antara negara ini adalah satu perbincangan yang penting untuk membuka mata bagi mencari penyelesaian daripada pengalaman dan masalah yang wujud di negara masing-masing.“Kadangkala cara dan kaedah yang diamalkan di negara berbeza ini boleh digunakan di negara lain sebagai jalan penyelesaian di ‘luar kotak’. Perbincangan yang dilakukan perlu diletakkan 'priority', disebabkan masalah yang telampau banyak supaya persidangan ini tidak menjadi tempat luahan semata-mata," ujarnya.Justeru, katanya, setiap perbincangan dalam sidang itu perlu dirancang agenda bertindak, strategi, kaedah pelaksanaan dan siapa yang bertanggungjawab, supaya masalah dan isu yang dibincangkan dapat diselesaikan.Hadir sama dalam sidang media tersebut, Pengerusi Yayasan Serendib Sri Langka, Muhammad Rafique.
22 Dec 18
62
Empty Image
Hui Ling Capai Semua A UPKK
Por Hui Ling. Foto ihsan - NSTP/ Berita HarianKUALA NERUS, 20 Disember - Seorang murid berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan, baru-baru ini.Kejayaan Por Hui Ling, 11, dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).Anak ketiga daripada empat beradik itu meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.Hui Ling berkata, dia mengikuti kelas UPKK atas kerelaannya sendiri memandang abangnya, Por Jie Hao, 14, pernah mengikuti kelas UPKK di SKTJ.“Abang memperolehi 5A dan 3B dalam UPKK pada 2015 justeru saya terdorong untuk mencatat keputusan yang lebih baik daripada abang.“Ibu dan ayah pula menyokong kerana bagi mereka, saya perlu mempelajari juga apa yang murid Melayu belajar kerana semua rakan Melayu juga belajar bahasa Mandarin.“Memang seronok apabila berpeluang mempelajari semua subjek dalam UPKK terutama subjek Pelajaran Jawi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.Tambahnya, dia berterima kasih kepada semua guru UPKK di SKTJ yang mengadakan kelas tambahan untuk murid yang lemah dalam subjek Pelajaran Jawi.“Saya antara murid yang paling lemah dalam subjek Pelajaran Jawi justeru terpaksa mengikuti kelas tambahan pada Jumaat dan Sabtu. Dalam tempoh beberapa bulan, saya berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi selain boleh membaca perkataan dalam Bahasa Arab.“Pencapaian itu memberi kepuasan kepada saya malah menjadi pendorong kepada rakan-rakan lain untuk cemerlang dalam UPKK,” katanya.Menurutnya, semua jenis ilmu atau mata pelajaran boleh dikuasai sekiranya seseorang itu mempunyai kesungguhan dan keinginan yang tinggi.“Saya hanya belajar ketika sesi pembelajaran di dalam kelas selain tidak malu untuk bertanya guru sekiranya tidak memahami sesuatu pembelajaran. Melalui disiplin itu saya berjaya mencapai kecemerlangan di dalam UPKK,” katanya.Sementara itu, Jie Ho berkata, dia berasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi adiknya itu.“Semua subjek dalam UPKK itu bukan senang untuk skor A, paling susah subjek Pelajaran Jawi dan Bahasa Arab. Saya pernah mengikuti semua kelas UPKK oleh itu sedia maklum dengan cabaran dalam menguasai dan mempelajari semua subjek,” katanya.Sementara itu Guru Besar SKTJ , Abdul Aziz Deraman berkata, kejayaan Hui Ling menjadi satu sejarah kepada SKTJ.“Sebelum ini Jie Ho yang mencatat keputusan cemerlang dan diteruskan oleh Hui Ling dengan keputusan yang lebih cemerlang pada tahun ini. Kejayaan Hui Ling itu akan menjadi perangsang dan cabaran kepada murid-murid lain yang beragama Islam untuk turut cemerlang dalam UPKK,” katanya.Menurutnya, Hui Ling antara 57 daripada 138 murid yang menduduki UPKK memperolehi 8A di SKTJ pada tahun ini.SUMBER: BERITA HARIAN
20 Dec 18
162
Empty Image
Pulau Ranggut Potensi Baharu Pelancongan Terengganu
Kecantikan Pulau Ranggut mampu tarik pelancong.MARANG, 20 Disember - Pulau Ranggut yang terletak di mukim Merchang, Marang berpotensi dibangunkan sebagai salah satu mercu pelancongan baharu di daerah tersebut.Berkeluasan 55.4 hektar, pulau yang memiliki paya bakau dan berada betul-betul di hadapan kuala Merchang itu mempunyai pelbagai kelebihan untuk dibangunkan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menjangkakan pulau itu akan menjadi destinasi eko pelancongan yang menarik negeri Terengganu."Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Amat atau Gong Kassim telah mengutarakan cadangan pembinaan Chalet Paya Bakau di bawah projek ekonomi Program Desa Lestari."Berdasarkan tinjauan, saya amat berharap projek kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bernilai RM4 juta ini membuahkan hasil," katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan cadangan di lokasi hari ini.Ariffin harap projek Chalet Paya Bakau membuahkan hasil.Beliau hadir bersama Timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong turut meninjau projek pembinaan jambatan Pulau Ranggut yang telah siap sekitar 50 peratus."Jambatan ini dijangka siap April tahun depan. Dijangkakan dengan adanya akses jalan, ianya akan memudahkan lagi pembangunan di sini," katanya.Sulaiman Sulong.Dalam pada itu, Sulaiman menyatakan Pulau Ranggut termasuk dalam Rancangan Tempatan (RT) daerah untuk dibangunkan sebagai Desa Lestari."Kita juga merancang penempatan khusus nelayan yang tersusun bagi memastikan para nelayan mendapat ruang kebajikan yang diperlukan."Kita juga akan memastikan muara Merchang dibaiki dan dibina benteng pemecah ombak."Setakat ini, semua yang dirancang berada pada garis yang betul seperti yang kita kehendaki. Penerangan MPKK tentang cadangan pembangunan."Diharapkan pejabat daerah dan pihak-pihak lain yang terlibat dapat memastikan perjalanan projek ini sentiasa lancar dan teratur," katanya.Turut hadir Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Anuar Awang.Jambatan Pulau Ranggut hampir siap.
20 Dec 18
532
Empty Image
Maidam Yakin Kutip Zakat RM140 juta
KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Negeri Terengganu berjaya meningkatkan kutipan zakat yang dipungut melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) pada 2018 serta yakin akan dapat mencapai sasaran sebanyak RM140 juta.Yang Dipertua Maidam, Dato' Haji Osman Muda berkata, sehingga kini pungutan zakat yang terkumpul adalah sebanyak RM137 juta."Pada tahun ini, pungutan zakat di negeri Terengganu adalah sebanyak RM137 juta sehingga kelmarin (18 Disember). Target kita berjumlah RM140 juta sehingga penghujung tahun ini. Kita ada kurang lebih 2 minggu lagi. Insya-Allah kita yakin sasaran dapat dicapai sebab akhir tahun memang ramai nak keluarkan zakat," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pembahagian Pakaian Sekolah Kepada Penghuni Asrama Darul Akhyar Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2019 anjuran Maidam di Dewan Kenanga, Club House, Terengganu Equestrian Resort (TER), Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai hari ini.Osman berkata, sasaran pada tahun ini meningkat berbanding jumlah yang telah dikumpulkan pada tahun lalu, sebanyak RM133 juta.Oleh itu menurutnya, agihan asnaf yang paling tinggi adalah kepada bidang pendidikan selain untuk orang fakir dan miskin."Agihan macam saya kata tadi yang paling tinggi sekarang ini (asnaf) pendidikan dan satu lagi asnaf untuk orang miskin dan miskin tegar. Pendidikan kita target tahun ini RM49 juta, tahun depan 2019 lebih kurang RM50 juta untuk pendidikan sahaja," jelasnya.Selain itu kata beliau, sebanyak RM60 juta daripada wang zakat tersebut telah dimanfaatkan untuk membantu golongan miskin dan tidak berkemampuan. Bahkan kata beliau, sebenarnya agihan yang dilaksanakan pada musim ini melebihi daripada jumlah yang dikutip."Asnaf lain kalau yang paling tinggi kemiskinan sekarang ini lebih kurang RM60 juta," katanya.Kata beliau, program yang diadakan pada hari ini adalah sumbangan daripada  pelaburan hartanah Berhad (PHB) dan SOGO.Tambahnya, kedua-dua badan korporat tersebut menaja dan menyumbangkan sebanyak dua pasang pakaian dan sepasang kasut sekolah kepada 105 anak-anak yatim dari pelajar Asrama Darul AKhyar Batu Rakit.
20 Dec 18
58
Empty Image
Hanya 397 Permohonan Nikah Bawah Umur Diluluskan
Maliaman Kasim (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penerima bantuan sokongan keluarga.KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu merekodkan hanya 397 permohonan kebenaran nikah bawah umur kanak-kanak beragama Islam diluluskan daripada keseluruhan 444 permohonan yang didaftarkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini di negeri Terengganu.Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 28 permohonan ditolak atau dibuang kes dan 19 permohonan lagi ditarik balik.Dari segi pecahan katanya, daripada 96 jumlah permohonan yang didaftarkan pada 2013, permohonan yang diluluskan hanya 86 dan masing-masing 5 permohonan ditolak dan 5 ditarik balik.“Pada 2014, permohonan yang didaftarkan (89), permohonan diluluskan (78), permohonan ditolak (7) dan ditarik balik (5), sementara untuk tahun 2015 jumlah yang memohon (93), permohonan diluluskan (87), permohonan ditolak (4) dan ditarik balik (2).“Pada 2016 pula, jumlah yang memohon (68), permohonan diluluskan (58), permohonan ditolak (6) dan ditarik balik (4). Tahun 2017, jumlah yang memohon (61), permohonan diluluskan (54), permohonan ditolak (5) dan ditarik balik (2).“Dan pada 2018, jumlah yang memohon (37), permohonan diluluskan (34), permohonan ditolak (1) dan ditarik balik (2),” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Kali Kedua Tahun 2018 yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Maliaman Kassim di Bilik Gerakan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu hari ini.Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Mohd Soud Said.Katanya, kerajaan negeri masih mengekalkan peruntukan sedia ada dalam Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2017, yang membenarkan perkahwinan pada had usia 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki.Menurut beliau, berdasarkan data Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu antara alasan permohonan yang paling tinggi adalah suka sama suka.“Kebiasaan permohonan seperti ini tidak dikira terlalu berat berbanding beberapa kes seperti hamil luar nikah. Kes-kes berat contohnya seperti hamil luar nikah terpaksa kami luluskan juga walaupun di bawah umur untuk mengelakkan masalah di kemudian hari,” ujarnya.
19 Dec 18
289
Empty Image
Speaker Terengganu Ketuai Lawatan Ke DUN Sabah
KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali mengetuai lawatan kerja ke DUN Sabah selama dua hari baru-baru ini (14 Disember) yang bertujuan untuk mendalami  secara mendalam berkaitan sistem perundangan, kecekapan tugasan dan peraturan-peraturan dewan di negeri di bawah bayu tersebut.Dalam kunjungan tersebut, Yahaya sempat berkongsi pengalaman dengan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali berkaitan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.Difahamkan, katanya, DUN Sabah mempunyai enam ADUN yang sudah lama dilantik bagi bersama-sama kepimpinan kerajaan negeri.“Apa yang telah dilaksanakan Sabah boleh dijadikan contoh dan kita juga ada  melantik Zuraida Md Noor sebagai ADUN wanita pada persidangan DUN baru-baru ini.“Pada masa sama, kita dapat mengetahui dan berkongsi pengalaman bagaimana kaedah, kemudahan dan peraturan yang diguna pakai pihak itu sepanjang persidangan berlangsung,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang tujuan lawatan itu.Dalam tumpuan lain, Yahaya bersama ahli rombongan turut dipelawa menyaksikan perlawanan persahabatan Kejohanan Lawn Bowl (boling padang) antara pasukan Terengganu dan Sabah. Pihak Persatuan Lawn Bowl Sabah mengakui kehebatan Terengganu kerana pernah merangkul tiga emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 baru-baru ini dan mereka bersetuju ke Terengganu bagi mencungkil pengalaman, selain mahu berkongsi rahsia kejayaan dalam tempoh terdekat.Lawatan itu turut disertai isteri beliau, Hajah Zarani Othman, Setiausaha DUN, Zulkifly Isa, pegawai dan kakitangan DUN Terengganu yang lain.
19 Dec 18
259
Empty Image
Jelapang Padi Fasa 2 Tampung Kekurangan Bekalan
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan jelapang padi fasa kedua bagi menampung kekurangan bekalan makanan ruji tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas  Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pengeluaran padi dalam kawasan sedia ada hanya mampu memenuhi 53 peratus sahaja permintaan rakyat tempatan.Katanya, keselamatan makanan (food security) adalah perkara paling penting bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan di negeri ini.Ianya kerana, menurut beliau, dalam konteks Terengganu, bekalan beras untuk negeri ini mempunyai sekitar 12 ribu hektar kawasan padi.“Lima ribu hektar berada di kawasan jelapang yang menjadi tumpuan pengeluaran padi beras negara dan lebih tujuh ribu hektar berada di luar jelapang yang  tidak  memiliki kelengkapan pengairan dan infrastruktur yang lengkap untuk penanaman dua kali setahun.“Jadi, daripada 12 ribu hektar kawasan penanaman padi, kita cuma mampu membekalkan sekitar 53 peratus  keperluan bagi negeri Terengganu. Dengan makna, kita terpaksa beli beras daripada negeri lain, beras yang diimport daripada Thailand umpamanya,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian dalam temubual Pasca Bajet 2019 yang disiarkan secara langsung melalui ManisFm kelmarin.Oleh itu, katanya, tujuh ribu hektar kawasan sawah padi  yang berada di luar jelapang akan dijadikan jelapang padi dengan cara memanfaatkan sistem pengairan dan empangan Paya Peda yang berada di Besut, Terengganu. “Satu empangan yang disiapkan dengan kos lebih RM300 juta yang sehingga sekarang airnya belum digunakan untuk tujuan  pengairan . Maka air dari empangan Paya Peda inilah yang kita rancang untuk dialir dan disalurkan ke sekitar lima ribu hektar lagi kawasan padi.“Ianya untuk kita jadikan 10 ribu hektar jelapang padi negeri Terengganu insya-Allah mampu untuk membekalkan sekitar lebih 80 peratus keperluan beras di negeri ini,” jelasnya. Dengan itu, kata beliau, negeri Terengganu akan mencapai kadar kecukupan sara diri (SSL) walaupun tidak mencapai 100 peratus.Dr Azman menambah, terdapat 12 kawasan jelapang padi di seluruh negara yang menjadi tumpuan dan dibangunkan dengan segala infrastruktur  yang diperlukan oleh pihak kerajaan. 
19 Dec 18
181
Empty Image
Mudah Cara dengan DAR Perlu - Ustaz Satiful Bahri
Mudir DAR bersama Ustaz Satiful (duduk tengah) dengan e-Book sekolah masing-masing.KUALA NERUS, 20 Disember - Kerajaan negeri memperingatkan semua agensinya melaksanakan  dasar pengurusan secara 'mudah cara' dan lebih mesra kepada pusat-pusat pendidikan rakyat dengan syarat pusat-pusat berkenaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ini termasuk menjaga prinsip-prinsip keharmonian dan dasar kerajaan serta mengikut amalan mazhab yang betul dalam masyarakat yang sedia ada.Katanya, kerajaan mengharap urusan pendaftaran sekolah-sekolah berkenaan dipermudahkan dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan baik.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama di Majlis Penyerahan e-Book kepada kira-kira 11 buah DAR di Dewan Komtaq Batu Enam di sini semalam.Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah  Top IT Industries Sdn Bhd (Top IT), Ustaz Haji Zakaria Dagang, Pengarah Jabatan Tarbiyah DAR, Ustaz Ibrahim Tahir dan Mudir-mudir DAR dari seluruh negeri Terengganu.Ustaz Haji Zakaria (kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM24,000 kepada Ustaz Satiful Bahri (kiri)Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, kerajaan negeri juga memberi sokongan dan dokongan kepada rakyat yang turut sama membangunkan bidang pendidikan di negeri Terengganu."Negara-negara luar mendirikan sekolah berasaskan kepada kenegerian dan perkauman sebagai contoh kerajaan Turki membuka sekolah Turki dan mengajar bahasa Turki."Jadi masyarakat luar cukup menjaga bahasa dan bangsa mereka sekaligus membuka sekolah-sekolah bermula dari peringkat pra-sekolah. untuk tujuan tersebut," jelasnya.Bahkan katanya, negara-negara tersebut memberi insentif kepada pengusaha sekolah-sekolah berkenaan kerana dirasakan bahawa mereka telah banyak membuat pelaburan dalam bidang tersebut.Sementara itu Ustaz Haji Zakaria ketika ditanya menjelaskan, sebanyak 550 buah e-book akan diagihkan ke seluruh sekolah DAR di negeri itu."Setiap sekolah dar dijangka akan mendapat antara 30 hingga 50 buah e-Book yang akan di tempat di sebuah bilik khas (Bilik Maya) yang akan disediakan di setiap sekolah berkenaan," jelasnya.Top IT turut memberi sumbangan sebanyak RM24,000 kepada Jabatan Tarbiyah DAR di majlis berkenaan untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah terbabit.
19 Dec 18
169