lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Gaya Hidup Sihat Cara Dr SAM
 Dr SAM bersama isteri di satu lokasi di Bandar Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Kecergasan dan kesihatan menjadi agenda penting bagi mensejahterakan warga Terengganu. Ia dimulai sendiri oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr SAM) sebagai ketua kerajaan negeri.Waktu petang dengan cuaca yang agak baik, Dr SAM bersama isteri Tuan Faizah Abd Rahmandan beberapa orang lain berbasikal sepanjang kira-kira 11 kilometer menyusuri pantai dari kediaman beliau di Batu Burok di sini baru-baru ini.Trek laluan basikal Dr SAM bersama isteri di Kuala Terengganu.Dengan mengambil masa selama 38 minit mereka berbasikal sambil melihat pembangunan dan kehidupan rakyat di sekitar bandar Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Bandar Pesisir Air satu ketika dahulu.Mereka berkayuh dengan tenang menghirup udara petang dan menikmati suasana senja yang indah.Boleh dikatakan sukan dan rekreasi khususnya sukan berbasikal sudah menjadi budaya kepada pemimpin dan rakyat negeri Terengganu hari ini sehingga sukan itu menjadi popular, mendapat perhatian dan penyumbang utama kemenangan dalam mana-mana acara sukan berkaitan di persada negara dan dunia.Dr SAM berbasikal melalui beberapa batang jalan di bandar Kuala Terengganu.Walaupun sebelum ini tiada trek khusus dibina kerajaan untuk melatih atlet berbasikal di negeri ini namun dengan trek jalan raya yang pelbagai dimensi dan bentuk geografinya, melatih atlet negeri maju ke depan, mengatasi atlet negeri-negeri lain.Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk tabung sukan yang bakal dimanfaat untuk membantu pembangunan sukan negeri sebagaimana terkandung dalam Bajet Terengganu 2019.Justeru bagi merealisasikan agenda sukan itu satu trek basikal bercirikan keselamatan bakal dibina dari Teluk Ketapang Kuala Nerus hingga ke Kuala Ibai di sini dijangka menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.Dr SAM tenang berbasikal menikmati suasana senja di Bandar Kuala Terengganu.Dengan kemudahan ini, diharapkan ia akan membudayakan aktiviti berbasikal dan gaya hidup sihat di kalangan rakyat serta melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi dari negeri Terengganu.
25 Dec 18
345
Empty Image
Sedia Peruntukan Besar Bantu Pelajar
Oleh : Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU, 24 Disember- Kerajaan negeri  berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajar cemerlang melalui  pelbagai aspek, terutama berkaitan peruntukan kewangan.Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu,  Muhyidin Abdul Rashid berkata, sebanyak RM6.5 juta biasiswa disediakan untuk pelajar cemerlang yang bakal  menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Katanya, peruntukan sama turut diagihkan kepada  pelajar yang menyertai Program Saintis Islam Terengganu  yang menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah  sampailah ke ijazah doktor falsafah (PHD)."Manakala sebanyak RM3 juta pula diperuntukkan untuk menaiktaraf sekolah pondok, sekolah agama persendirian dan pusat pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan."Selain itu RM2 juta diperuntukkan bagi lepasan pelajar pondok untuk belajar kursus teknikal di pusat latihan bawah kerajaan negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR (Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah) Tahun 2018  Peringkat Hulu Terengganu, di Dewan Kampung Buloh, Kuala Berang, semalamPada masa sama, beliau berpesan kepada semua pelajar bahawa kecemerlangan yang diperoleh adalah berkat usaha pelajar di samping ibubapa yang selalu mendoakan kejayaan anak-anak mereka."Ibubapa adalah orang yang amat gembira dengan kejayaan mereka," katanya.
25 Dec 18
47
Empty Image
Perkampungan Nelayan Bakal Diwujudkan Di Merchang
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 25 Disember - Kerajaan negeri akan mendirikan satu penempatan khusus untuk nelayan di Pulau Ranggut, Merchang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kerajaan negeri akan menjadikan satu perkampungan tersusun dengan pelan perancangan yang lengkap khusus untuk nelayan di kawasan itu."Ianya untuk memastikan para nelayan mendapat perhatian sewajarnya dari sudut kebajikan. Kita beri ruang kebajikan kepada mereka untuk memastikan mereka boleh berada di kawasan yang sepatutnya menjadi penempatan," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi lawatan ke Pulau Ranggut, Merchang yang diketuai oleh Pengerusinya, Ustaz Ariffin Deraman baru-baru ini (20 Disember).Selain itu, kerajaan juga sedang berusaha untuk memastikan muara sungai Merchang dibaiki dan dibina benteng pemecah ombak untuk memudahkan para nelayan melakukan urusan menangkap ikan di lautan yang merupakan sumber utama kepada mereka.Justeru itu, katanya, setakat ini semua yang dirancang itu berada dalam garis yang dikehendaki. Kerajaan akan memastikan apa yang sedang dirancang dan disusun ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur.Dalam tumpuan sama, Sulaiman turut mengharapkan agar kerajaan memberi tumpuan, fokus yang lebih kepada pembangunan Pulau Ranggut dan kawasan sekitar. Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Anuar Awang.
24 Dec 18
190
Empty Image
"Terima Kasih, Akhirnya Saya Dapat Baju Sekolah" - Amiruddin
Amiruddin menerima sumbangan Bantuan Awal Persekolahan daripada Ahmad Shah.Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 25 Disember - “Walaupun nama anak kami tercicir daripada senarai penerima bantuan sebelum ini, tetapi akhirnya kami tetap mendapat ‘nikmat’ sama seperti yang lain."Terima kasih YB (Yang Berhormat)!” ujar Azlan Ali, bapa kepada adik Muhammad Amiruddin, 13, salah seorang penerima Bantuan Awal Persekolahan Tambahan, hari ini.Amiruddin merupakan pelajar baru tingkatan satu dan akan mendaftar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang bagi sesi persekolahan 2019.Pada awalnya, sumbangan Bantuan Persekolahan oleh Tabung Darul Iman (TDI) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar berlangsung dua minggu yang lalu.Namun, hari ini sesi bantuan sekali lagi diadakan untuk mereka yang layak menerima bantuan tetapi dikesan tercicir dari menerima baucer I-Dana.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, seramai 40 orang menerima bantuan awal persekolahan pada sesi pertama.“Apabila menyedari ada pelajar yang tercicir, kami mengambil inisiatif mencari dana lain bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memang layak menerima.“Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi sedikit keselesaan dan kesenangan kepada mereka yang menerima," katanya ketika menyampaikan sumbangan tersebut di Balairaya Kampung Hiliran, semalam.Dalam program yang dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun itu, Ahmad Shah turut menyerahkan cek bantuan kepada lima pesakit kronik dalam Dun Bandar.
24 Dec 18
85
Empty Image
Terengganu Nilai Penghasilan Minyak Diesel Daripada Plastik
Minyak yang dihasilkan memiliki standard yang tinggi.Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 24 Disember: Kerajaan negeri akan menilai penghasilan minyak Diesel secara komersial dengan menggunakan sisa buangan daripada bahan plastik.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, antara kelebihan dengan wujudnya teknologi ini, ia akan dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar daripada 100 peratus menjadi 10 peratus di kawasan operasi.“Kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan untuk penyelenggaraan dan pelupusan sampah juga  dapat dikurangkan secara tidak langsung jika adanya inovasi seperti ini dengan kaedah yang mudah dan selamat,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri lawatan Tapak Projek "Plastic to Fuel" di kilang Syngas, Gong Badak, hari ini.Dr. Alias melihat prises dalam mesin yang digunakan.Dr. Alias menyifatkan inovasi tersebut mempunyai prospek cerah di pasaran memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengguna kenderaan di samping dapat menghasilkan biomas ataupun tenaga yang boleh diperbaharui. “Kerajaan bersedia untuk menjalin kerjasama bagi memajukan industri ini yang secara tidak langsung akan membuka peluang pekerjaan buat penduduk tempatan."Selain itu, ia juga memberi kesan positif kepada tapak pelupusan sampah sedia ada," katanya.Sementara itu, Pengurus Besar Syarikat Syngas, Ahmad Zaim Bin Mohamad Adan berkata, teknologi yang dibina dapat menghasilkan 200 liter Diesel hanya dalam masa sejam."Mesin yang bernilai RM6 Juta ini merupakan binaan tempatan dan mampu menghasilkan kapasiti minyak sebanyak 5,000 liter dalam satu masa," katanya.Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh serta pegawai-pegawai pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK).Sisa plastik yang dikumpulkan mampu jana hasil.
24 Dec 18
239
Empty Image
Terengganu Giat Kurangkan Penghasilan Sampah
Pengurusan sisa mampu panjangkan hayat tapak pelupusan.KUALA NERUS, 24 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu berusaha mengurangkan jumlah sampah sisa pepejal ke tapak pelupusan di negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, rakyat Terengganu menghasilkan sekitar 800 tan sampah setiap hari.“Daripada jumlah ini, Kuala Terengganu sebagai ibu negeri merupakan daerah tertinggi dengan penghasilan 240 tan sampah sehari.“Setakat ini, kita cuma melaksanakan kaedah ‘landfill’ iaitu pengumpulan sampah di tapak pelupusan."Bagaimanapun cara ini dilihat menggunakan kapasiti tanah yang luas dan memakan masa lama untuk dilupuskan.Dr. Alias dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh (kiri) meneliti teknologi yang dihasilkan oleh Syngas bersama Pegawai Eksekutif Mensilin Green Energy, Mohamad Adan Yusof (kanan)."Tambahan pula, air sisa pepejal itu turut mencemarkan alam sekitar," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke Kilang Syngas, anak syarikat Mensilin Green Energy Sdn. Bhd. di Gong Badak, hari ini.Dalam lawatan tersebut, beliau didedahkan dengan teknologi penghasilan minyak diesel daripada plastik yang mampu mengurangkan sisa plastik ke tapak pelupusan sampah."Teknologi ini dilihat menggunakan sisa plastik dan selepas proses akhir, hanya 10 peratus sisa yang tinggal untuk dilupuskan melalui kaedah 'landfill'."Secara tidak langsung ia akan mengurangkan jumlah sisa pepejal ke tapak pelupusan di samping menghasilkan pendapatan buat negeri."Bagaimanapun, kita akan menilai kaedah ini di peringkat negeri sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.Setakat ini, Terengganu memiliki lima tapak pelupusan sampah iaitu di Tertak Batu, Marang; Bukit Ayat, Jertih; Sungai Ikan, Kuala Terengganu; Batu 111/2, Kuala Berang dan di Besut.Pusat pelupusan Tertak Batu diuruskan secara teknologi tinggi. Manakala, pusat pelupusan Bukit Jemalang, Kemaman yang dengan teknologi sama telah siap 90 peratus dan dijangka beroperasi tidak lama lagi.
24 Dec 18
675
Empty Image
Pelaksanaan 22 Inovasi Dipantau Kerajaan Negeri
Dato' Haji A Rahman (empat dari kiri)  menyampaikan hadiah khas SUK  kepada pasukan  yang menang pertandingan.KUALA TERENGGANU, 24 Disember - "Kerajaan Terengganu akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pelaksanaan 22 inovasi yang dicipta oleh 21 jabatan tahun ini," kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya."Saya akan pastikan jawatankuasa ini akan berfungsi dan memastikan semua inovasi yang telah dibuat dilaksanakan di negeri Terengganu."Hari ini sebanyak 22 inovasi dapat dicipta dan akan dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu, bukan di jabatan berkenaan sahaja," katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan '1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 Tahun' Peringkat Negeri Terengganu Bagi Tahun 2018 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Antara wakil pasukan menerima hadiah inovasi dari Dato' A Rahman (tengah).Turut hadir, Pengarah Tanah dan Galian negeri, Haji Zainal Abidin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Haji Rosman Roslan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Haji Marzuki Endut dan Ketua Panel Hakim Pertandingan dari Bahagian Pembangunan Organisasi dan Inovasi, Wan Saifullizam Wan Jusoh.Menurut Dato' Haji A Rahman, pertandingan '1 inovasi, 1 jabatan, 1 tahun' yang julung-julung kali diadakan, diharapkan dapat mewujudkan budaya kerja baharu di kalangan kakitangan kerajaan supaya melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan efisyen di masa akan datang."Dengan cara demikian, kaedah penyampaian kerajaan kepada rakyat akan lebih berkesan dan akan meningkatkan lagi kepuasan pelanggan (rakyat) kepada kerajaan negeri," jelasnya.Tujuan pertandingan katanya, bukan semata-mata untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang menang tetapi ia adalah inisiatif untuk meningkatkan lagi inovatif di kalangan kakitangan kerajaan serta semangat kerjasama di kalangan mereka.Ini kerana kerajaan tidak mampu melaksanakan sesuatu program inovasi tanpa ada kerjasama atau 'team work' di kalangan mereka."Hari ini kerajaan dapati daripada 148 jabatan, 21 jabatan yang masuk bertanding berbanding tahun lepas, hanya tiga peratus sahaja jabatan yang masuk."Tahun ini telah meningkat kepada 14 peratus dan saya mengharapkan pada tahun depan, akan berlaku peningkatan 100 peratus kepada jabatan yang masuk dalam pertandingan ini yang akan diadakan setiap tahun," ujarnya.Tahun depan beliau mahu melihat dalam sasaran kerja tahunan setiap ketua jabatan mesti ada satu inovasi yang akan diwujudkan.Katanya, tidak ada lagi pengecualian dalam hal ini dan diharap semua jabatan menyertai pertandingan tersebut.
24 Dec 18
423
Empty Image
KPDNHEP Terengganu Catat 504 Kes Libatkan Pelbagai Akta
Pengarah KPDNHEP negeri, Saharuddin mengiringi Exco Kerajaan Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman meninjau bekalan telur di Pasaraya Xiri, Gong Datok sempena  SKHMP Krismas hari ini.KUALA NERUS, 23 Disember - Sebanyak 504 kes dicatatkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melibatkan peniaga yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 di Terengganu.Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, keseluruhan kes itu melibatkan nilai rampasan sebanyak RM601,419.20 manakala nilai denda sebanyak RM203,800 dan nilai kompaun yang dikeluarkan sebanyak RM87,900 sehingga 23 Disember tahun ini.Jelasnya, jumlah pemeriksaan yang dijalankan pada tahun ini meningkat sebanyak 32.60 peratus iaitu 36,295 daripada 24,419 pada tahun lepas di 7,613 premis di seluruh negeri dalam tempoh tersebut."Pemeriksaan yang dijalankan adalah merangkumi pemeriksaan harian, pemeriksaan susulan daripada aduan diterima, pemeriksaan berkala dan pemeriksaan bermusim."Daripada jumlah itu, Kemaman mencatatkan jumlah rampasan tertinggi iaitu RM330,186 dan diikuti daerah Kuala Terengganu dengan nilai rampasan RM152,590, Besut RM116,875 dan Dungun sebanyak RM1,767," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media sempena pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas di Pasaraya Xiri di Gong Datok, Gong Badak di sini hari ini.Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini berkata, beliau berpuas hati dengan tinjauan harga yang telah dilakukan oleh pihak KPDNHEP terhadap premis-premis yang terdapat di negeri ini."Seperti tinjauan di Pasaraya Xiri hari ini, kita dapati dari segi harga tidak melebihi dari harga yang ditetapkan dan beberapa harga yang kurang daripada harga maksimum."Bagi pihak kerajaan negeri, saya ucapkan terima kasih kepada pasaraya yang sambut saranan kerajaan dan kita mengharapkan lebih banyak pasaraya sambut kempen yang dianjurkan oleh KPDNHEP ini," ujarnya.
23 Dec 18
75
Empty Image
11 Barang Kawalan Sempena Krismas Di Terengganu
Mohd Nurkhuzaini  membuat tinjauan harga ayam di Pasaraya Xiri Gong Datok.KUALA NERUS, 23 Disember - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas (SKHMP) bagi 2018 berkuatkuasa hari ini hingga 27 Disember ini bagi Terengganu.Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pelaksanaan kawalan harga itu dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.Jelasnya, SKHMP yang bermula hari ini berjalan lancar dengan harga 11 jenis barangan berada pada paras kawalan atau dijual pada harga lebih rendah.“Tempoh kuat kuasa skim ini adalah selama lima hari iaitu selama dua hari sebelum dan selepas hari perayaan serta sehari pada hari perayaan di seluruh negara.“Peniaga diwajibkan menjual barangan terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan dengan barangan lain,” katanya kepada pemberita di sidang media sempena pelancaran SKHMP Krismas di Pasaraya Xiri di Gong Datok, Gong Badak di sini hari ini.Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Tambah Saharuddin, bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak.“Para peniaga diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini,” ujarnya lagi.Sekiranya gagal mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi perseorangan, kesalahan pertama denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.Sementara itu bagi syarikat untuk kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 .Sebanyak 11 jenis barangan disenaraikan di bawah skim itu bersempena sambutan Krismas pada Selasa ini seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, ayam belanda import, kepak ayam, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing dan daging bebiri bertulang, telur gred A, telur gred B, telur gred C, tomato dan lada benggala hijau.
23 Dec 18
51
Empty Image
Pendidikan Tetap Jadi Keutamaan Terengganu
Pendidikan keutamaan Terengganu dalam setiap kepimpinan.MARANG, 23 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu memastikan bidang pendidikan terus diberi keutamaan sebagaimana pimpinan terdahulu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali berkata, walaupun kerajaan negeri  berubah, tetapi bidang pendidikan tetap diambil kira dan diberi keutamaan."Kerajaan negeri ditadbir oleh Menteri Besar dari kalangan ahli akademik yang berasal dari bidang pendidikan dan memahami keperluan bidang ini."Maka, polisi-polisi baik yang dilaksanakan kerajaan terdahulu akan diteruskan," katanya ketika merasmikan Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Penilaian Prestasi Sekolah Rendah (PPSR) 2018 di Sekolah Menengah Agama Marang hari ini.Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar cemerlang yang menerima anugerah tersebut.Yahaya mahu pelajar cemerlang dalam pelbagai kebolehan."Tahniah kepada yang berjaya hari ini. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat daripada pelbagai pihak iaitu pelajar, ibu bapa, guru-guru, dan pihak bahagian pendidikan yang telah banyak berusaha."Kepada pelajar yang tidak mendapat anugerah kali ini, jangan putus asa kerana banyak lagi peluang dan ruang untuk melakukan yang lebih baik."Kejayaan perlu dilipatgandakan kerana ini hanyalah permulaan."Kita mahu bina bukan semata-mata pencapaian daripada segi peperiksaan, tetapi kombinasi dalam pelbagai kebolehan."Ia sangat penting, supaya tidak dilihat pencapaian itu sekadar peperiksaan."Apa yang kita harap, anak-anak kita mesti menjadikan pencapaian ini sebagai satu permulaan kejayaan mereka di peringkat lebih tinggi."Kita nak pelajar kita terus berkembang dari segi intelektual dan paling asas, pencapaian sahsiah mereka."Kerana akhirnya mereka akan menjadi manusia yang terbaik dan menjalankan perintah Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi," katanya.Seramai 69 pelajar daripada 26 buah sekolah di parlimen Marang menerima insentif sumbangan Yayasan Terengganu (YT) dalam majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) itu.Setiap daripada mereka menerima hadiah wang tunai RM300.Sebanyak RM20,700  diperuntukkan untuk parlimen itu daripada jumlah keseluruhan RM167,500 bagi 558 pelajar cemerlang di seluruh negeri.Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah YT, Dr. Hashim Azmi Che Noh, Pegawai Pendidikan Daerah, Adnan Salleh@Abd Ghani.
23 Dec 18
102