Artikel "Utama" Terkini
Jumaat Hari Ilmu, Sabtu Hari Keluarga
Perutusan Tahun Baharu 2019Menteri Besar Terengganu Darul ImanTahun 2018 baru sahaja melabuhkan tirainya sekali gus menandakan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu sudah pun mencecah usia tujuh bulan. Tempoh ini adalah fasa pengenalan kepada pentadbiran yang baru, namun ia bukanlah sebab untuk mencipta pelbagai alasan.Tugas yang digalas adalah satu amanah dan Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan. Hasilnya kita merancang untuk melaksanakan 12 daripada 20 agenda manifesto tawaran kepada rakyat Terengganu pada 2019. Sebahagiannya telah pun berjaya dilaksanakan pada tahun lepas. Tanpa menoleh ke belakang, Kerajaan Negeri akan terus memacu tahun 2019 dengan lebih agresif dan proaktif. Rakyat mahu melihat apa yang dirancang dikotakan, bukan sekadar manis di bibir.Namun, agenda ekonomi dan kemajuan tiada erti tanpa penerapan nilai sosial, ilmu dan akhlak kepada masyarakat. Ini bertepatan dengan empat teras dalam Bajet 2019 yang menekankan aspek keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan.Justeru, Kerajaan Negeri ingin mengumumkan bahawa Jumaat merupakan hari ilmu dan Sabtu pula adalah hari keluarga. Pengisytiharan ini bertujuan meningkatkan budaya cintakan ilmu dan pentingkan nilai kekeluargaan yang menjadi tonggak utama sesebuah masyarakat maju, berkat dan sejahtera.Saya juga mengharapkan tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih baik dan produktif bagi negeri Terengganu dalam semua aspek terutamanya dari aspek ekonomi, pembangunan modal insan, dan kebajikan rakyat. Semoga semua perancangan dan urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT.Kepada seluruh rakyat Terengganu, dengan rendah diri saya dan saf Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2019.“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”“Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera”YAB Dr Ahmad Samsuri MokhtarMenteri Besar Terengganu1 Januari 2019 bersamaan 25 Rabi'ul Akhir 1440H
31 Dec 18
218
Perutusan Khas MB Terengganu Sempena Sesi Persekolahan Baru 2019
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto - Hishamuddin AbdullahAssalamualaikum wrh. brh.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.Tahun 2018 telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai pencapaian dan pengalaman yang manis dan juga pahit. Tahun 2019 telah membuka halaman baru, kita semua sudah pasti mengharapkan pencapaian tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Sempena dengan sesi persekolahan baru 2019 ini, saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru setelah bercuti pada hujung tahun lepas.Sebagai Menteri Besar, saya meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak pelajar yang merupakan pewaris negeri Terengganu ini. Jadikan semangat tahun baru 2019 sebagai keazaman untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, tekunlah menuntut ilmu dan bersama kita membangunkan negeri Terengganu yang kita cintai dengan nilai keilmuan.Pada era globalisasi ini, kepincangan akhlak dan pelbagai serangan pemikiran telah masuk ke negara kita. Ia merupakan satu ancaman terutamanya kepada anak-anak pelajar. Sebagai benteng daripada terjebak dengan ancaman budaya dan pemikiran yang tidak baik ini, pendidikan mesti diperkasa bagi membekalkan anak-anak pelajar dengan ilmu yang boleh membezakan antara yang benar dan salah.Saya juga yakin dengan komitmen dan dedikasi para guru yang bukan sahaja bertindak sebagai pengajar (muallim) bahkan berperanan sebagai pendidik (murabbi) yang mendidik pelajar menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Sudah pasti kerjasama yang padu antara pihak pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar amat diperlukan bagi memperolehi pencapaian maksimum sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah diri.Semoga tahun 2019 ini menjadi tahun yang cemerlang buat negeri Terengganu dalam bidang pendidikan dan juga berjaya untuk melahirkan warganegara Malaysia yang boleh menyumbang dalam kemajuan dan kesejahteraan negeri dan negara."Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera"YAB Dr Ahmad Samsuri MokhtarMenteri Besar Terengganu31 Disember 2018 bersamaan 23 Rabi'ul Akhir 1440H
31 Dec 18
59
Terengganu Cari Jalan Laksana Janji Tanpa Salahkan Mana-Mana Pihak
Dr. Samsuri azam tunai janji manifesto yang dijanjikan.KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meletakkan azam untuk melaksanakan baki janji manifesto dan mengukuhkan ekonomi negeri itu menjelang ambang tahun baharu 2019 hari ini.“Setakat ini, sebanyak 12 daripada 20 janji manifesto telah dilaksanakan dan sedang berjalan. “Kita tidak akan melaksanakan semuanya sekali gus kerana terdapat sebahagian janji memerlukan kajian tambahan dan persediaan sebelum diteruskan."Kita laksanakan secara berperingkat kerana mahu kesannya dirasai oleh rakyat.Kerajaan negeri turut prihatin dalam membangun keharmonian antara kaum.“Apa yang penting, kita akan berusaha tanpa mencari alasan untuk tidak melaksanakannya, itu kunci yang lebih penting.“Sebaliknya, cari jalan untuk laksanakan tanpa menyalahkan mana-mana pihak samada di waktu lampau atau sesiapa sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Gateh Basikal sempena Ambang Tahun Baharu 2019 di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau yang turut melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Pasar Payang dalam program tersebut menyatakan tahun 2019 adalah tahun untuk memperkukuh suasana ekonomi negeri.“Walaupun ekonomi global tidak menentu, kita berharap ia tidak menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan janji dan mengukuhkan suasana ekonomi. “Tahun 2018 yang bakal berakhir malam ini adalah tempoh kami mengenal pasti masalah yang wujud dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.“Manakala, tahun mendatang ini adalah masa untuk merealisasikan dan meneruskan janji yang telah diberikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu serta memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.''Gateh' basikal merupakan sukan yang popular di kalangan rakyat Terengganu.
31 Dec 18
40
'Gateh' Basikal Mampu Kukuh Hubungan Antara Komuniti - MB Terengganu
Kayuhan bermula dari Dataran Pantai Batu Buruk.KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Aktiviti mengayuh atau lebih dikenali sebagai ‘gateh’ basikal boleh dilaksanakan di peringkat komuniti kerana ia mampu mengukuhkan hubungan masyarakat dalam komuniti.Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, banyak manfaat yang boleh dicapai dalam aktiviti berbasikal dan menjadi senaman yang baik untuk diri. “Saya sangat bangga dengan rakyat Terengganu kerana memiliki kesedaran tinggi tentang aktiviti ini berbanding di negeri-negeri lain.“Aktiviti ‘gateh’ basikal memperlihatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan orang awam turut sama hari ini bersantai mengayuh basikal. Ianya menjadi kunci kepada keharmonian dan memperlihatkan suasana tenang di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program tersebut di Wisma Darul Iman, hari ini.Program Gateh Basikal Bersama Menteri Besar sempena ambang tahun baharu 2019 itu dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan disertai lebih 250 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan orang awam.Dr. Samsuri sempat beramah mesra bersama pesakit di HSNZ.Paling menarik, program ini turut disertai exco-exco kerajaan negeri, pemain-pemain daripada pasukan Terengganu Football Club (TFC), atlet berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu dan para pelumba Terengganu Cycling Team (TSG).Dalam program kayuhan sejauh lebih kurang 10 kilometer (km) tersebut, Dr. Samsuri turut melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Pasar Payang.Dr. Samsuri juga memaklumkan bahawa progam Hari Tanpa Kenderaan yang telah diperkenalkan kerajaan terdahulu akan diteruskan untuk masa akan datang.“Bagaimanapun, kita akan merangka semula jadual yang sesuai untuk 2019 supaya penyertaan orang awam dapat ditingkatkan.“Waktu akhir tahun ini, kita berdepan cuaca hujan dan sebagainya. Jadi, kita akan akan tengok waktu yang terbaik untuk meneruskan inisiatif ini dan mungkin ia akan dilancarkan semula,” katanya.Pemain TFC turut gateh basikal bersama MB.
31 Dec 18
992
Misi Bantuan Musim Sejuk Syria Capai Matlamat
Keadaan anak kecil Syria yang hidup sebagai pelarian. TURKI, 31 Disember - Misi kemanusiaan Muslim Care Malaysia ke negara Timur Tengah bagi membantu umat Islam Syria di situ dipenuhi jadual yang padat dan menyuntik pelbagai manfaat untuk kerjasama jangka masa panjang.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata, rombongan turut berpeluang melawat dua sekolah rendah dan menengah yang diuruskan oleh Muslim Care dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kerajaan Turki."Terdapat hampir 1,000 orang yang sedang belajar di dua sekolah ini."Kami juga diberi penghormatan dapat bertemu dengan Datuk Bandar Reyhanli, Fatih Cobanoglu dan Pengarah Pendidikan Reyhanli, Mohmet Ali Asalan walaupun pertemuan itu menerusi notis yang singkat."Banyak manfaat yang diperolehi dari mereka untuk kerjasama jangka panjang,"katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas penyertaannya dalam Misi Bantuan Kemanusiaan yang diketuai oleh Presiden Muslim Care Malaysia, Haji Zulkifli Wahijan.Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Pulau Pinang dan pendakwah bebas, Ustaz Nazmi Karim dan Penyelaras Parlimen Setiu, Dr Ridhuan Mohd Nor yang juga Exco Muslim Care Malaysia.Menurut Yahaya, berdasarkan maklumat terdapat lebih dari 6 juta rakyat Syria menjadi pelarian yang bertebaran sama ada dalam negeri atau luar negeri, manakala pelarian di Turki sahaja berjumlah lebih kurang 3.5 juta orang.Katanya, sikap Kerajaan Turki yang bukan sahaja menerima baik kebanjiran pelarian tetapi membantu mereka sebagai saudara seislam seharusnya diberi penghargaan dan membuka mata ramai pihak untuk mengiktiraf tanggungjawab itu."Walau pun apa yang dilakukan oleh pertubuhan seperti Muslim Care Malaysia adalah usaha kecil berbanding dengan jumlah pelarian tetapi ia cukup membanggakan dan seharusnya diberikan sokongan dan penghargaan."Kami sempat melawat pelarian di beberapa tempat dan tidak dapat digambarkan penderitaan yang dialami oleh mereka lebih-lebih lagi dalam suasana musim sejuk. Malah, seekor lembu disembelih untuk dibahagikan dagingnya kepada mereka,"katanya.Berkongsi lanjut pengalaman beliau, Yahaya memberitahu golongan ibu tunggal dan anak yatim serta lelaki yang cacat anggota akibat perang boleh ditemui di mana-mana sahaja.Tambahnya lagi, ada sebahagian daripada menemui rombongan misi untuk menerima sumbangan pada waktu malam selepas diatur oleh pihak Muslim Care Malaysia. Menurutnya lagi, apa yang berlaku di Syria dengan peperangan yang tiada kesudahan merupakan suatu tragedi serta rakyat pula menjadi mangsa akibat pemimpin yang rakus dan zalim."Lebih malang lagi apabila membenarkan kuasa besar dunia seperti Amerika dan Russia campur tangan hingga menjadi tempat mereka berebut pengaruh, menguji senjata baru mereka dan akhirnya membunuh rakyat Syria."Kita mengharapkan jika benar kuasa besar seperti Amerika mahu mengundurkan tentera mereka dari bumi Syria, negara Turki sebagai negara umat Islam berjiran dengan Syria yang diramalkan bangkit semula sebagai kuasa besar Islam akan memainkan peranan yang lebih jauh, adil dan berkesan untuk menyelesaikan persengketaan ini yang membawa padah kepada umat Islam,"katanya lagi.
31 Dec 18
63
Mayat Tiga Beradik Perempuan Dihanyut Badai Ditemui
Mayat mangsa lemas yang dibawa pasukan penyelamat selepas ditemui dalam gerakan mencari dan menyelamat yang dilaksanakan sejurus tragedi malang itu.Oleh : Mohd Asyraf, Sulaiman Rusli, Adli MohamadDUNGUN, 31 Disember - Mayat mangsa terakhir, Nurain Fatma Zawawi, 10 tahun yang juga kakak sulung daripada tiga mangsa yang dihanyutkan ombak besar dalam tragedi malang, di Pantai Sura Tengah, di sini, semalam, ditemui tidak jauh dari pesisir pantai, kira-kira jam 11.10 pagi ini.Penemuan oleh Ahli Kelab Persatuan Bantuan Kecemasan Daerah Dungun, Suhaimi Muda bersama pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang melancarkan operasi gerakan mencari dan menyelamat (SAR) sejurus tragedi itu.Mangsa, Nurain Sufia Zawawi, 8, ditemui terapung pada pukul 7.38 pagi tadi dalam lingkungan 5 kilometer (km) dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila, 6, dijumpai pada kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, iaitu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.Menurut Suhaimi, dia terlihat sesuatu terapung di permukaan laut dan tanpa teragak-agak terus berenang mendekati objek itu bagi mengenalpastinya."Apabila saya menghampiri objek tersebut ianya adalah mangsa yang dicari menyebabkan saya terus bergegas menutup mayat dengan pakaian saya dan membawa ke daratan untuk mendapatkan bantuan bagi membawa mangsa segera ke pusat operasi pencarian," katanya.Menurutnya, dia meminta bantuan sebuah van yang melalui kawasan itu untuk membawa mayat mangsa berikutan semua petugas dan pasukan penyelamat berada di lokasi berbeza bagi meluaskan zon SAR itu."Saya nampak van sekolah yang sedang membawa pelajar UiTM, terus saya panggil van berkenaan untuk bawa mangsa ke pusat operasi pencarian," katanya lagi.Manakala Timbalan Pengarah Bomba Negeri Terengganu, Syarikan Bustaman, bersyukur kerana ketiga-tiga mangsa berkenaan ditemui tidak sampai 24 jam sekali gus menamatkan operasi SAR dengan lancar.Menurutnya, pencarian yang bermula 7.40 petang semalam berjaya menemui ketiga-tiga mangsa tidak sampai sehari pada kedudukan tidak jauh antara satu sama lain sekali gus mencatat rekod penemuan yang pantas sejurus menerima laporan kejadian."Mangsa pertama kita temui dalam jarak lima kilometer dari tempat kejadian yang sebenar. Mangsa kedua yang ditemui dari jarak satu kilometer dan mangsa ketiga dalam empat kilometer."Kita mendapat bantuan dari semua pihak (agensi kerajaan) sama ada dari Angkatan Pertahanan Awam, APMM (Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia), JBPM dan Polis, mengeluarkan aset mereka. Jika mangsa tidak ditemui pada hari itu, unit operasi APMM diminta menggunakan helikopter mereka,"katanya.Katanya, operasi itu menggunakan kekuatan 79 anggota petugas dari pelbagai agensi penyelamat dan jabatan kerajaan. Dalam kejadian pada pukul 6.40 petang semalam, tiga beradik yang berasal dari Kelantan itu sedang bercuti bersama ibu saudara mereka ke Dungun manakala ibu bapa mereka berada di kampung (Kelantan).Ketiga-tiga mereka dipercayai ditarik oleh ombak besar ketika bermain di tepi pantai.
30 Dec 18
80
Kejayaan Hui Ling Dihargai
Dr Ahmad Samsuri menyampaikan plak penghargaan kepada Hui Ling.KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Kejayaan Por Hui Ling, 11, seorang pelajar berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha yang mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan baru-baru ini dihargai melalui satu majlis khas oleh Paya Bunga Hotel Terengganu, semalam.Sempena pembukaan hotel patuh syariah itu, Por Hui Ling turut diberikan plak penghargaan daripada Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan hotel berkenaan yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Kejayaan pelajar dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).Beliau meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.Hui Ling antara 57 daripada 138 murid yang menduduki UPKK memperolehi 8A di SKTJ pada tahun ini.Ini adalah pencapaian istimewa kali pertama yang dicatat di SKTJ oleh anak ketiga daripada empat beradik tersebut setelah memecah rekod abangnya, Por Jie Hao, 14, yang memperoleh 5A 3B dalam UPKK sebelum ini.
30 Dec 18
197
Perutusan Khas Senator Terengganu Sempena Tahun Baru 2019
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam SejahteraTahun 2018 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Kehadiran tahun baharu 2019 pula dijangka akan membawa lebih banyak kejutan buat rakyat Malaysia terutama di Terengganu. Pelbagai peristiwa kejutan sepanjang 2018 masih hangat diperkatakan baik di dada akhbar mahupun media sosial.Pertukaran pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 yang lalu sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan ternyata telah mengubah landskap politik dan dasar-dasar negara. Ucapan tahniah dan terima kasih buat semua pengundi di Malaysia khususnya pengundi yang memberi kepercayaan kepada PAS sehingga berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu. PAS membawa pendekatan budaya politik at-ta’awun akan sentiasa menghormati pilihan rakyat dan menekankan pendekatan berhikmah dalam pentadbiran, membetulkan apa yang salah dan menambahbaik perkara yang sedia ada.Namun di sebalik kejayaan ini muncul pula cabaran baharu yang cuba mengusik keharmonian bermasyarakat di Malaysia. Isu ICERD, LGBT dan kelemahan pihak bertanggungjawab dalam menangani rusuhan kuil sehingga mengorbankan insan yang tidak bersalah amatlah mengecewakan. Umat Islam di Malaysia juga berhadapan dengan cabaran Islamofobia dan hak-hak orang Melayu Bumiputera juga mula dipersoalkan.Sebagai sebuah gerakan Islam yang meletakkan Islam sebagai sistem pemerintahan, PAS dengan pendekatan Islam Memimpin akan berusaha memperbetulkan kembali kekeliruan dan manipulasi yang dicetus oleh musuh Islam terhadap rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tahun 2019 bakal menjadi permulaan buat semua rakyat Malaysia untuk mencari kebenaran dan menjadi lebih matang dalam hal-hal politik di Malaysia, lalu menzahirkan kembali kekuatan rakyat yang menolak salah laku, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran.Satu pengiktirafan buat tenaga pengajar di Malaysia apabila bancian pendidikan global oleh University of Cambridge mendapati guru kita sukakan pekerjaan mereka dan sangat berdedikasi dalam memastikan kecemerlangan para pelajar.Maksud sabda Nabi Muhammad SAW: “Jadilah engkau orang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mahu mendengarkan ilmu, atau orang yang menyukai ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima, maka kamu akan celaka.” [HR. Baihaqi]Penubuhan rangkaian pendidikan seperti PASTI, Dar, Sekolah Menengah Islam, Kolej Islam dan yang terkini Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) akan menjadi satu medan dalam melahirkan amilin yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan Islam. PAS meletakkan pendidikan sebagai satu dakwah dan telah menjadi suatu kewajipan bagi PAS untuk memastikan semua orang terutamanya anak-anak orang Islam mendapat pendidikan Islam yang sebenar.Justeru itu, walau siapa pun kita dan di mana kita berada, sentiasalah kita ingat Islam harus memimpin. Bersedialah menghadapi cabaran dan istiqamahlah dalam perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Gunakanlah mandat yang kita ada ini untuk menjaga kebajikan ummah dan juga rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang. Setiap orang Islam seharusnya ingat yang suatu hari nanti kita akan dihimpunkan di hadapan Allah SWT untuk diadili setiap perbuatan kita.Mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, saya serta pimpinan pelbagai peringkat, mengajak seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman politik agar bersama-sama menyokong penuh usaha kerajaan Negeri Terengganu di bawah PAS dalam menjayakan model pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030). Diharap melalui kejayaan PITAS 2030 ini nanti, rakyat Malaysia bakal melihat satu perubahan besar hasil daripada pemerintahan Islam di Malaysia.Selamat menyambut tahun baharu 2019 kepada semua rakyat negeri Terengganu dan selamat kembali ke sekolah buat para guru dan pelajar persekolahan sesi 2019.“ ISLAM MEMIMPIN “YB SENATOR DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANGAhli Dewan Negara31 Disember 2018 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1440H
30 Dec 18
77
MB Terengganu Puji Usaha IPD Kemaman Didik Mat Rempit
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KEMAMAN, 31 Disember - Hajat 33 remaja lelaki menghabiskan malam minggu dengan berlumba haram bertukar sebaliknya apabila terpaksa menolak motosikal hampir lima kilometer selepas ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan dan Ops Khas Bersepadu Motosikal, di sini.Mat rempit berusia belasan tahun yang ditahan itu turut dibawa menunaikan solat Subuh, membaca surah Yasin dan tahlil serta mendengar tazkirah di Masjid Sultan Ahmad, di sini.Itu antara pengajaran kepada kumpulan remaja berkenaan selepas mereka ditahan dalam operasi yang bermula jam 8 malam hingga jam 5 pagi baru-baru ini (28 Disember).Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata operasi dijalankan di Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Rantau Petronas berhampiran pusat beli-belah yang menjadi litar lumba bagi kumpulan mat rempit.“Ini kali kedua kita membawa penunggang motosikal yang ditahan ke masjid sebagai meneruskan pendekatan mendidik secara kerohanian yang diperkenalkan pada Julai lalu.“Pendekatan seperti ini lebih memberi sentuhan yang mendalam supaya mereka sedar bahawa perbuatan berlumba haram ditegah agama kerana bukan sahaja membahayakan nyawa mereka, tetapi turut mengancam nyawa pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.Sebelum ini, pendekatan kerohanian yang mula diperkenalkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada 27 Julai lalu membawa seramai 79 mat rempit ke masjid sebelum mereka menunaikan solat Subuh berjemaah, membaca Yasin dan mendengar tazkirah.Malah, pendekatan digunakan IPD Kemaman itu turut menjadi pujian netizen apabila gambar mat rempit yang ketika itu berada di masjid menjadi tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp selain turut mendapat pujian Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang melihat ia sebagai satu inisiatif berkesan untuk mengubah mat rempit.Mohd Said berkata, seramai 40 individu diperiksa, manakala 37 pemeriksaan kenderaan membabitkan 34 motosikal dan tiga kereta turut dijalankan.Katanya, daripada pemeriksaan itu, sebanyak 104 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar, tidak patuh arahan polis, melanggar lampu isyarat dan mengubah suai ekzos.“Selain itu, kita turut menyita 34 motosikal dan menahan empat individu mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan melakukan aksi berbahaya.“Kita turut menahan dua lelaki selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.Operasi berkenaan dijalankan dengan kekuatan seramai 51 pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSBT) Terengganu; Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT); Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD); Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND); Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD); Balai Polis (BP) Chukai; BP Ayer Jerneh dan BP Kerteh.SUMBER: BERITA HARIAN
30 Dec 18
179
Beribu-Ribu Pelarian Tinggalkan Chechnya
Haji Yahaya Ali (tengah) dan isteri serta rombongan misi menyampaikan bantuan kepada pelarian Chechnya di Poland.POLAND, 30 Disember - Sehingga kini, beribu-ribu pelarian telah meninggalkan Chechnya ketika tentera Rusia tidak menunjukkan tanda kukuh akan meredakan serangan terhadap pejuang pemisah Islam di wilayah itu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata, terdapat lebih kurang 25,000 orang pelarian Chechnya di seluruh Poland."Dari sini sebahagian mereka berhasrat berhijrah ke negara-negara Eropah yang lain sekiranya mempunyai peluang untuk memulakan kehidupan baru."Hari kedua dan terakhir lawatan kami di Poland bermula pada sebelah pagi di mana Muslim Care Malaysia mengatur misi bantuan kepada pelarian umat Islam Chechnya di Kem Targoweck sekitar Warsaw."Walaupun kami tak dapat masuk ke dalam kem, pihak berkuasa Poland membenarkan kami membahagikan bantuan makanan kepada 35 keluarga di depan pintu masuk kem tersebut. Kami sempat juga melawat dan membahagikan bantuan makanan kepada pelarian yang tinggal di flat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang penyertaannya dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Chechnya di Poland yang diketuai oleh Presiden Muslim Care Malaysia, Haji Zulkifli Wahijan.Dalam tumpuan sama, katanya, pada sebelah petang mereka melakukan program yang sama di Islamic Centre milik Muslim Care Malaysia."Tetapi program di sini lebih ceria dengan bacaan hafazan ayat-ayat suci al-Quran oleh kanak-kanak Chechnya dan kami adakan jamuan makan malam untuk mereka sebelum sumbangan hamper makanan diagihkan," jelasnya.Yahaya turut memberitahu, di pusat itu, Muslim Care Malaysia bukan sekadar menghulurkan bantuan berupa makanan dan pakaian kepada pelarian tetapi aktif mengadakan kelas pendidikan agama secara berjadual terutama kepada kanak-kanak."Ia menjadi pusat kegiatan kemasyarakatan samada kepada pelarian (termasuk pelarian dari negara-negara lain) dan umat Islam tempatan. Ia juga menjadi tempat pertemuan di kalangan pelarian, solat Jumaat, majlis berbuka puasa dan solat tarawikh apabila tiba bulan Ramadhan dan lain-lain aktiviti."Walaupun lawatan kami ke Warsaw, Poland agak singkat tetapi ia cukup memberi pengajaran bahawa umat Islam mesti bersatu dan mengambil cakna nasib saudara-saudara mereka yang tertindas di seluruh dunia," jelasnya.Hadir sama dalam misi tersebut, Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Pulau Pinang dan pendakwah bebas, Ustaz Nazmi Karim.
30 Dec 18
145